script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Maut Di Belasah, 'Hubungan Sulit' Isteri Orang Terbongkar !


BATU PAHAT:  Seorang lelaki yang dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan bini orang telah meninggal dunia selepas dibelasah oleh dua orang lelaki di Taman Kota Aman, Yong Peng di sini.

Memetik laporan Harian Metro, ahli perniagaan berumur 50 tahun berkenaan yang berasal dari Johor Bahru telah ditemui kira-kira jam 11 pagi semalam dalam keadaan nazak di tepi jalan di taman perumahan berkenaan.

Selepas mangsa dijumpa dalam keadaan nazak, orang ramai telah menghubungi pihak ambulans.

Berdasarkan cerita sumber mangsa yang memandu sebuah kereta jenis Mercedes Benz dari Yong Peng telah memasuki kawasan taman perumahan berkenaan sambil diekori oleh sebuah kenderaan lain.

Kereta mangsa telah dipintas oleh kenderaan yang mengekori tersebut, kelihatan dua orang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa.

“Mangsa cuba menjelaskan sesuatu kepada dua lelaki terbabit sebelum cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek yang membelasahnya sehingga rebah," ceritanya. #sumber
Share:

Tiga Hartanah Australia, MARA Bayar Lebihan RM66.2 Juta !


KUALA LUMPUR: The National Oversight & Whistleblowers (NOW) terus menyiasat pembelian hartanah oleh MARA di Australia dan mendapati agensi itu membeli tiga hartanah di sana dengan harga yang melebihi harga pasaran.

Menurut NOW, pembelian ketiga-tiga hartanah itu membabitkan jumlah bayaran lebihan sebanyak A$19.1 juta (RM66.2 juta).

Kenyataan ini timbul selepas pengarah bersama NOW, Akmal Nasir hari ini mendedahkan pembelian hartanah ketiga - 51 Queens Street,  sebuah bangunan pejabat dan sebuah bangunan komersial yang telah dibeli oleh Mara Incorporated Sdn Bhd dengan harga A$5.35 juta (RM18 Juta) pada Mac 2013.




Menurut Akmal, cara pembelian 51 Queen Street adalah sama dengan pembeli Dudley House dan 333 Exhibition Street dan ia menunjukkan terdapat kegiatan luar biasa yang berlaku.

Tambah Akmal, kini NOW sedang meminta jawapan dimana hilangnya RM 66.20 yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan komuniti Bumiputra melalui pendidikan dan bantuan perniagaan. #sumber
Share:

Galeri DiRaja: "Selawat Bergema", Tengku Mahkota Pahang Bersama "Solat Tarawih", Di Ruang Legar Istana Abu Bakar


Tanggal 29 Jun, KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang telah bercemar duli untu mengerjakan solat Tarawih di ruang legar Istana Abu Bakar di Pekan


Turut sama Baginda ialah Paduka Kanda dan Paduka Adinda, YAB Menteri Besar Pahang, Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang, tetamu jemputan serta pelajar-pelajar sekolaha agama dan tahfiz yang dijemput hadir. #Dirgahayu Tuanku". #RBONEWS
Share:

Galeri DiRaja: Tengku Mahkota Pahang Berangkat Ke Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Untuk Almarhumah Bonda Di Pekan


Pada sebelah petang 29 Jun 2015 pula, KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang telah bercemar dulu berangkat ke Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Sempena Genap 27 Tahun Kemangkatan Almarhumah KDYMM Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan Rahimahallah Binti Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Istana Abu Bakar Pekan.


Turut mengiringin Baginda ialah Paduka Kanda YAM Tengku Puteri Lelawangsa Pahang, YAM Tengku Puteri Kemala Pahang, Paduka Adinda YAM Tengku Muda Pahang, YAM Tengku Puteri Manja Pahang dan YAM Tengku Puteri Bongsu Pahang.


Turut memuliakan keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang ialah YAB Menteri Besar Pahang,, Speaker DUN Pahang dan Exco-Exco Kerajaan Negero Pahang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan diikuti dengan tahlil yang dipimpin oleh Mufti Pahang.  "Dirgahayu Tuanku". #RBONEWS


Share:

Galeri DiRaja: Tengku Mahkota Pahang Telah Berangkat Ke Pusara "Almarhumah Bondanya", Di Makam DiRaja Pekan


Tanggal 29 Jun, Selepas beberapa hari mengambil peluang bertemu rakyat di daerah Maran, Lipis dan Raub, KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang diiringi oleh Paduka Kanda dan Adinda baginda telah bercemar duli berangkat ke pusara Almarhumah Bonda tercinta Makam DiRaja Pekan.



 Almarhumah KDYMM Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan Rahimahallah Binti Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad  telah genap 27 tahun kembali ke rahmatullah. 


Turut mengiringi dan memuliakan keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota sekeluarga ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob, Dato' Sri Sh Puzi Zh Ali (ADUN Peramu), Timbalan Yang DiPertua MUIP Dato' Sri Wan Wahid dan Pegawai Daerah Pekan, Dato' Mohd Fadzli Mohd Kenali.


Al-Fatihah, semoga roh Almathumah senantiasa dicucuri rahmat Allah. Amin. #RBONEWS


Share:

Selangor Jamin, Perjanjian Air Di Muktamad Masa Terdekat



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memberi jaminan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri itu akan dapat dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat memandangkan hanya satu perkara lagi yang perlu diselesaikan.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu sedang cuba diselesaikan pihaknya dengan kerajaan Persekutuan setelah perbincangan lanjut dilakukan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) minggu lepas.

"Saya sudah jumpa menteri (Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) untuk bincangkan tiga perkara yang masih dipertikai dan ia dapat diselesaikan.

"Namun satu saja perkara lagi belum dipersetujui kedua-dua pihak. Saya sendiri sudah berjumpa dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk minta pandangan tentang pendekatan yang kita ambil dalam hal itu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin enggan menyatakan perkara yang sedang cuba diselesaikan itu.

Pada 17 Jun lepas, kerajaan Persekutuan menggesa kerajaan Selangor meneruskan kerjasama bagi menjayakan penstrukturan dan pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) seperti yang telah dipersetujui kepimpinan negeri sebelum ini.

Menurut Ongkili, sekiranya perjanjian tersebut masih tidak menemui jalan penyelesaian, kerajaan Persekutuan boleh mengambil alih kawalan operasi pengagihan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikut Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Tindakan itu adalah susulan daripada penangguhan beberapa kali yang dibuat Mohamed Azmin termasuk kemungkinan membatalkan perjanjian tersebut pada Mac lepas atas alasan Putrajaya melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 Sept 2014.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata pihaknya kini sedang bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan membina Projek Mitigasi 2 bagi mengalihkan bekalan air bersih dari kawasan utara Selangor ke selatan negeri itu.

Katanya, kerja tersebut yang dijangka siap pada September ini adalah bagi menampung permintaan tinggi bekalan air mentah di kawasan selatan Selangor selain mengelakkan daripada berlakunya catuan air.

"Kita alihkan air kerana kapasiti air di kawasan utara melebih permintaan dan menerusi projek ini, kita yakin dapat menangani masalah bekalan air pada masa depan.

"Cuma buat sementara waktu, bagi beberapa kawasan pada masa ini yang mengalami kekurangan bekalan, kita arahkan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) terus salurkan air bersih kepada pengguna," katanya.

Mohamed Azmin berkata, pihaknya turut membina tangki-tangki air di kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan sebagai langkah jangka panjang menangani masalah tersebut. #sumber
Share:

Penyanyi Veteran Samsudin Lamin Meninggal Dunia, Rabu !


PETALING JAYA: Penyanyi veteran, Samsudin Lamin, 76, meninggal dunia pada Rabu di kediamannya di Kampung Setia, Batu 18, Rawang dekat sini.

Menurut isterinya, Yunetta Yusof, 57, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.40 pagi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Dia jatuh di biliknya kira-kira 28 Mac lalu dan sejak itu keadaan kesihatan arwah semakin buruk dan tidak mampu untuk berjalan, selain itu dia juga ada jangkitan kuman pada paru-paru.

"Sejak jatuh itu, dia ada beberapa kali dimasukan ke Hospital Sungai Buloh dan pagi tadi juga kami sudah panggil ambulans untuk membawanya ke hospital, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia di rumah," ujarnya kepada mStar Onlineketika dihubungi di sini pada Rabu.




Dalam pada itu, Yunetta berkata, sebelum suaminya itu meninggal dunia, Allahyarham ada mengadu sesak nafas sebelum rebah dipangkuannya.

Tambahnya, ketika kejadian, dia sedang melakukan rutin harian untuk memandikan dan menukar lampin suaminya itu.

"Saya tidak menyangka sebab pada mulanya dia hanya mengadu sesak nafas dan tiba-tiba pengsan di pangkuan saya dan apabila doktor datang arwah sudahpun meninggal dunia," katanya.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Kampung Setia dan dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Batu 20, Kuang, dekat sini.

Samsudin Lamin terkenal dengan lagu-lagu Melayu asli antaranya Titisan Embun Pagi, Seri Siantan, dan Bukit Malawati. #sumber
Share:

MARA Serahkan 'Dokumen Pembelian Aset' Kepada SPRM !


KOTA BHARU: Dokumen berkaitan pembelian aset oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di luar negara telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses siasatan, kata Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata dokumen tersebut termasuklah tiga hartanah yang didakwa dibeli secara meragukan di Melbourne, Australia.

"Jadi biarlah penyiasatan berjalan. Kita tak ada apa nak disembunyikan," katanya kepada pemberita selepas selepas majlis penyerahan zakat kepada 380 orang penerima dalam kawasan Parlimen Ketereh di sini, hari ini.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh menegaskan pihaknya tidak akan menyembunyikan apa-apa perkara berhubung pembelian aset Mara di luar negara dan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak jika diminta berbuat demikian.

Akhbar Australia, The Age baru-baru ini melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.    

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House', daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University. #sumber
Share:

Kemalangan 'LPT Maran', Niat Bantu Bertukar Jadi Tragedi !


MARAN:  Niat dua keluarga untuk membantu mangsa kereta terbabas bertukar tragedi apabila masing-masing kehilangan seorang anak dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 149.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, dua kanak-kanak, Nur Damia Batrisha Paizo, 5, dan Muhammad Akmal Nuraidi, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Bapa kepada Nur Damia, Paizo Yusof, 28, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga termasuk isteri dan dua anak serta dua adik ipar yang menaiki kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari pengebumian nenek isterinya di Raub.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia bertindak memberhentikan kereta di lorong kecemasan sebaik melihat Perodua Myvi di hadapannya terbabas ke kanan lebuh raya selepas melanggar belakang sebuah treler.

"Dalam masa yang sama sebuah kereta jenis Proton Exora di belakang kereta saya turut bertindak sedemikian kerana mahu membantu mangsa," katanya yang merupakan seorang anggota tentera.


Kereta dirempuh tiba-tiba

Difahamkan sebelum kejadian, pada awalnya tiga kenderaan ini berada di lorong perlahan dan secara tiba-tiba MyVi melanggar belakang treler di depannya sebelum terbabas ke lorong laju dan merempuh pembahagi jalan.

Paizo berkata, kejadian itu menyebabkan dia dan pemandu Exora segera berhenti di tepi jalan.

"Saya keluar kereta sementara isteri dan anak termasuk anak yang bongsu berusia tiga tahun serta dua ipar berada dalam kereta.

“Ketika sedang membantu mangsa terbabas dalam tempoh kurang lima minit, secara tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Toyota Lexus dan cuba mengelak MyVi berkenaan,” katanya.

Paizo berkata, Lexus yang mengelak ke arah kiri jalan terbabas merempuh belakang keretanya (Viva) sebelum turut merempuh belakang Exora.

Menurutnya, anaknya yang berada di tempat duduk belakang meninggal dunia sementara ahli keluarga lain mengalami kecederaan dan tersepit.

“Saya memang tidak menyangka kehilangan anak sulung dalam kemalangan sebegini kerana saya berhenti dengan niat membantu orang lain.

“Dia yang sangat manja dengan saya dan menjadi penyeri kami sekeluarga kerana dia petah bercakap serta periang,” katanya sugul.


Maut akibat rempuhan kuat

Sementara itu, Mohd Syukor Abdullah, 24, iaitu bapa saudara kanak-kanak Muhammad Akmal berkata, mereka anak-beranak dalam perjalanan dari Bangi ke Kuala Krai untuk menziarahi nenek yang sedang tenat.

Katanya, dia keluar dari kereta membawa lampu suluh untuk memberi isyarat kepada kenderaan lain selepas MyVi terbabit terbabas dan masih di lorong laju.       

“Anak saudara saya (mangsa) keluar dari kereta dan duduk dekat tepi longkang mungkin kerana hendak lihat apa yang berlaku sementara yang lain ada di dalam kereta.

“Rempuhan kuat Lexus ke Viva terus mengenai Exora dan ke arah anak saudara sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, ASP Mohd Rizal Mat Radzi mengesahkan kejadian tersebut dan kedua mayat kanak-kanak terbabit di hantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

"Tiga mangsa dalam kereta Viva yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh," katanya. #sumber
Share:

Akur Nasihat "Rani Kulup", Azwan Ali Akhirnya Minta Maaf !


KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam dari tempoh seminggu yang diberikan, selebriti kontroversi negara, Azwan Ali‎, akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman akaun sosialnya, malam tadi.‎
 
Petikan status di Facebooknya menunjukkan tanda-tanda perdamaian nyata mengejutkan semua pihak, terutamanya netizen yang sebelum ini pedas menyindir Azwan.
 
Sebaik umat Islam berbuka puasa semalam, Azwan secara terbuka meminta maaf dan menyatakan rasa hormatnya terhadap  Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah‎ yang terdahulu, memberi amaran keras untuk membuat laporan polis terhadap kelantangannya menghina orang Melayu.
 
"Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah..Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah.‎
 
"Tidak ada masalah langsung (walau sebesar hama) dan ‎harap bersifat terbuka. Hentikan isu yang telah diperbesarkan oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab," katanya.
 
Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka memberikan tempoh seminggu bagi selebriti itu untuk membuat permohonan maaf sebelum laporan polis dibuat.

Menurut Arka, amaran itu bertujuan melindungi kedaulatan institusi Diraja serta menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.
 
Sementara itu, tambah Azwan lagi: "Bak kata Ayah, ini hari baik, bulan baik. Kepada semua Melayu khasnya si batu api, tolong muhasabah! Azwan Ali tidak gentar untuk berdepan dengan apa juga kebenaran.
 
"Baca terima maaf Azwan Ali dan stop all the nonsense! (hentikan semua hal mengarut!)," katanya lagi.
 
Kontroversi bermula apabila  Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya.
 
Tweetnya itu turut mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab ‘menate’.
 
Selebriti dan bekas hos televisyen itu yang tersalah tafsir jawapan tersebut terus menyerang dan menghina wanita berkenaan.
 
Namun, @NurAziraWA tidak cepat melatah dan menjawab bahawa dia hanya merujuk sebuah restoran yang diberi nama ‘Menate’ dan bukan mengutuk.
 
“Maksud saya Steak House Menate,” jawabnya.
 
Salah faham itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen lain selepas ‘screen shot’ perbualannya dengan selebriti itu menjadi viral di media sosial. #sumber
 
Share:

Ibu Tunggal Cucuk Sate 1,000 Sehari Untuk Tanggung Anak


KUANTAN: Mencucuk  sejumlah 1,000 batang sate sehari belum mencukupi untuk perbelanjaan tujuh beranak, namun itu ia antara usaha ibu tunggal, Hanita Mohamad Bon, 37, mencari kewangan sempena Ramadan.

Upah yang diterima walaupun hanya RM18 sehari dianggap rezeki yang boleh menampung kewangan untuk membeli barangan keperluan keluarganya.

Sate yang dihantar ke rumahnya di Kampung Pantai Beserah, dicucuk bersama seorang rakan yang membantu meringankan beban kerjanya.

Hanita yang kematian suami sejak dua tahun lalu mengambil upah mencucuk sate dari dua syarikat penjual sate sejak lebih setahun lalu bagi menampung pendapatan arwah suami yang hanya bekerja sebagai nelayan.

“Ketika arwah masih hidup, akak hanya ambil upah kira-kira 500 cucuk je... tapi sekarang ni perlu menambah pendapatan untuk perbelanjaan puasa dan hari raya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ibu enam anak berusia antara lima hingga 19 tahun ini mengakui dirinya belum membuat sebarang persiapan menyambut Aidilfitri  kerana perbelanjaan yang tidak mencukupi.

"Belum buat persediaan lagi. Pendapatan bulanan akak sekitar hanya RM700 saja... Tapi, kini Alhamdulillah sebab anak yang sulung ada bantu. Dia pun baru je mula kerja kat pasar raya di bandar ni, jadi jurujual.

"Akak ada juga terfikir macam mana nak sediakan kelengkapan hari raya untuk anak-anak sebab pendapatan tak mencukupi,” katanya.

Hanita memberitahu, kehidupannya sukar selepas kematian suami akibat sakit. Namun, dia tetap berusaha memastikan anak-anak mendapat keperluan sepatutnya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tinggal di rumah peninggalan suami dan anak sulungnya dapat menggunakan kereta terpakai yang dibeli arwah suaminya untuk berulang-alik bekerja.

Dia turut mendapat bantuan mesin jahit melalui program e-kasih dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk persekolahan anak-anaknya sebanyak RM450 sebulan. #sumber
Share:

Ramadan Tiada Erti, Setahun Terlantar Selepas Keluar Wad


KUANTAN: Ramadan tahun ini mungkin tidak membawa erti kepada warga emas, Muhammed Nor Awang, 83, kerana terpaksa terlantar akibat masalah saluran kencing mengecil.

Dia disahkan mengalami masalah berkenaan selepas mengalami kesakitan dan sukar membuang air kecil pada pertengahan tahun lalu.

Anaknya, Shayira Yazuwa, 34, berkata, bapanya hanya mampu terlantar selepas keluar wad Oktober tahun lalu dan dia mengambil tugas menguruskan keperluan dan makan minum bapanya.

Bagaimanapun, katanya, kesemua adik beradik lain turut membantu mengikut kemampuan mereka.

“Ayah tiada pantang cuma tidak boleh makan makanan keras. Saya belikan dia susu tetapi hanya jenama biasa kerana susu khas untuk tulang mahal dan tidak mampu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Beserah semalam.

Katanya, bapanya sepatutnya menjalani satu lagi pembedahan tetapi dimaklumkan pihak hospital faktor umur dan kesihatan tidak membenarkan prosedur itu diteruskan.

“Kami bersyukur kerana pembedahan pertama membolehkan ayah membuang air kecil secara normal dan tidak perlu menggunakan saluran khas seperti sebelum ini,” katanya.

Shayira berkata, sebelum ini, bapanya bekerja sebagai nelayan dan tiada pendapatan tetap tapi mujur dia menerima wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Menurutnya, wang berkenaan cukup untuk membeli bekalan lampin pakai buang dan susu.

Ibu kepada tiga anak itu bersyukur kerana tinggal di rumah milik bapanya dan tidak perlu menyewa dan boleh menjimatkan kos.

“Tapi keadaan rumah pun uzur dan bocor kerana  tidak dapat dibaiki selepas keadaan suami yang tidak boleh melakukan kerja berat akibat kemalangan,” katanya.

Bagi mereka yang mahu membantu meringankan beban Muhammed Nor, boleh melakukan demikian melalui sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 0611441000036629. #sumber
Share:

Penduduk Di Daerah Bera Bimbang Dengan Ancaman Lalat !


BERA: Penduduk di daerah ini bimbang dengan ancaman lalat yang boleh menjejaskan kesihatan mereka, selain menjejaskan sumber pendapatan bagi mereka yang berniaga.
 
Mereka mendakwa ancaman itu berikutan wujudnya lebih 50 ladang ternakan ayam di beberapa kawasan di seluruh daerah ini, dan mahu pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini.
 
Seorang peniaga, Rashidah Arshad, 42 berkata, masalah lalat ini adalah masalah berulang dari semasa ke semasa, yang secara tidak langsung menimbulkan kesulitan kepada perniagaan kedai makan termasuk mereka yang berniaga di Bazar Ramadan.
 
Menurutnya, walaupun mereka memasang perangkap lalat namun kaedah itu tidak mencukupi dan tidak mampu membunuh lalat sepenuhnya.
 
“Lalat akan sentiasa hinggap pada makanan yang dijual walaupun kita meletakkan perangkap pelekat lalat. Pelanggan tidak suka dengan keadaan ini. Apabila melihat lalat hinggap pada makanan, sudah pasti mereka menganggap makanan itu tidak bersih sedangkan kita sudah berikhtiar mengurangkan jumlah lalat di premis kita,” katanya.
 
Sementara itu, Saidatul Akma Zainal, 28 berkata, sekiranya tiada pelanggan, mereka boleh menutup juadah dengan plastik tetapi jika pelanggan datang untuk membeli, plastik itu perlu dibuka bagi membolehkan pelanggan membuat pilihan.
 
Katanya, selain menggunakan perangkap, peniaga menggunakan kaedah lain seperti mengibas plastik untuk menghalau lalat sementara pelanggan memilih.
 
“Kebanyakan peniaga bimbang sekiranya situasi ini berterusan, ia akan menjejaskan perniagaan mereka kerana pada pandangan pelanggan, lalat yang hinggap pada makanan akan menjejaskan kesihatan mereka.
 
“Ancaman lalat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, dan kami berharap pihak yang berkaitan dapat mengambil tindakan drastik untuk mengurangkan ancaman lalat ini,” kata.
Saidatul Akma berkata, ancaman lalat bukan sahaja di premis perniagaan atau Bazar Ramadan tetapi juga di rumah.
 
Bagi Mizan Mohd Zain, 39, ancaman lalat ini kerap berlaku tanpa mengira waktu, dan hanya akan berkurangan sekiranya ada program atau aktiviti yang melibatkan orang kenamaan atau tetamu kehormat.
 
“Kalau ada aktiviti atau program dilaksanakan, jarang kita lihat lalat berterbangan. Malah untuk lihat lalat hinggap pada makanan pun sukar. Tetapi apabila program berkurangan, lalat akan banyak. Kami memang rimas dengan masalah ini, dan seolah-olah tiada tindakan susulan dilakukan pihak berkaitan,” katanya.
 
Menurutnya, ancaman lalat ini menyebabkan daerah ini lebih dikenali sebagai Bandar Lalat, dan jolokan nama ini sedikit-sebanyak memalukan penduduk di sini. #sumber
Share:

Lima Nyaris Maut, MPV Perodua Alza Rempuh Bas Ekspres !


BENTONG: Lima nyaris maut dalam kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza dan sebuah bas ekspres di Jalan Bentong - Raub, kelmarin.
 
Lima mangsa terbabit yang merupakan pemandu dan penumpang Alza tersebut cedera dan dirawat di Hospital Bentong.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, kejadian jam 5.30 petang itu berlaku apabila kesemua mangsa dalam perjalanan dari Raub ke Bentong.
 
“Pemandu dan penumpang Alza terbabit yang hampir tiba di rumah mereka di Jalan Tras di sini, iaitu tidak sampai satu kilometer dari tempat kejadian dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bas ekspres yang datang dari arah Bentong.
 
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, malah 15 penumpang dan pemandu Ekspres Jengka Liner juga selamat dan tidak cedera,” katanya.
 
Menurutnya, tiada mangsa yang tersepit dan operasi berjaya ditamatkan pada jam 5.49 petang selepas kesemua mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan. #sumber
Share:

Seorang Penjaga Kaunter Pusat Refleksologi, Mati Terjatuh


TEMERLOH: Seorang penjaga kaunter sebuah pusat refleksologi di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah hotel kelmarin.
 
Ketua Balai Polis Temerloh, Asisten Superintendan Mohd Irwan Ismawi Sapawi berkata, mangsa Yeong Hing Ing 72, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.
 
“Siasatan masih lagi dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pada peringkat awal kita mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.
 
“Kita masih menunggu laporan bedah daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh sebelum mengetahui punca sebenar kematian,” katanya sambil memberitahu mangsa dipercayai mendaftar masuk ke hotel berkenaan seorang diri pada hari sama dan siasatan awal tidak menemui sebarang bentuk kejadian jenayah.
 
Menurutnya, polis telah memaklumkan kepada dua anak mangsa di Singapura mengenai kejadian itu.
 
“Kita minta mana-mana pihak yang ada maklumat yboleh membantu siasatan supaya tampil menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya. #sumber
Share:

Polis Kuantan Berjaya Cekup Lima Penyamun Bawah Umur


KUANTAN: Polis berjaya menyelesaikan dua kes samun kedai serbaneka 24 jam awal pagi kelmarin dengan tertangkapnya lima remaja bawah umur termasuk dua pelajar sekolah menengah di sini kurang dua jam selepas kejadian.
 
Suspek berusia 16 hingga 18 tahun berasal sekitar bandar Kuantan ditahan secara berasingan di mana tiga daripada mereka kesemuanya berusia 18 tahun dicekup seawal jam 7 pagi ketika berada di sebuah rumah di Air Putih.
 
Manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima itu ditahan di rumah keluarga mereka di Lorong Galing di sini antara jam 2 hingga 3 petang hari yang sama.
 
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh (foto) berkata, ekoran tertangkapnya kesemua suspek itu, polis berjaya menemui dan merampas kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan, pakaian, sejumlah rokok, cerut, gula-gula yang disyaki hasil samun yang sudah dibahagikan.
 
Menurutnya, polis juga turut merampas batang besi dan topi keledar yang digunakan dalam kejadian samun itu dalam simpanan salah seorang suspek.



“Kejayaan ini susulan dua laporan polis yang dibuat dua pekerja kedai serbaneka 24 jam di Jalan Beserah dan Sungai Isap mendakwa mereka menjadi mangsa samun sekumpulan lelaki bersenjatakan batang besi kira-kira jam 3.45 pagi hingga 5.35 pagi disyaki didalangi kumpulan sama.
 
“Dalam kejadian pertama di premis di Jalan Beserah, tiga lelaki menaiki kereta jenis Perodua Myvi masuk ke dalam kedai sebelum mengugut pekerja sebelum melarikan sejumlah rokok pelbagai jenis dan wang tunai kira-kira RM100,” katanya.
 
Abdul Aziz berkata, tidak puas hati dengan habuan pertama, suspek yang juga pemilik kenderaan digunakan mengajak dua lagi rakan mereka berusia 16 dan 17 tahun untuk menyertai mereka melakukan samun kedai serbaneka 24 jam yang menjadi sasaran di Sungai Isap.
 
“Dalam kejadian kira-kira jam 5.35 pagi itu, suspek melarikan sejumlah rokok dan wang tunai hanya RM50.
 
“Susulan kejadian, polis  berjaya mengesan kereta dinaiki suspek dipandu laju di Air Putih di sini,” katanya.
 
Beliau berkata, hasil gerakan yang dijalankan, polis berjaya mengesan kereta tersebut diletakkan di luar sebuah rumah sebelum berjaya menahan mereka dalam tiga serbuan berasingan.
 
“Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti penglibatan mereka dalam kes-samun kedaia serbaneka yang dilaporkan di sini sebelum ini,” katanya. #sumber
Share:

Najib Lahirkan Kebimbangan, Mahu Anwar Di Beri Rawatan


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kebimbangan mengenai tahap kesihatatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

"Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya," tulis Najib di Twitter pada lewat petang Selasa.



Susulan itu, isteri Anwar yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menulis di Twitter merayu supaya supaya Najib mengambil langkah sewajarnya berhubung perkara berkenaan.

"@NajibRazak salam, pls do the needful (Salam, tolang lakukan apa yang perlu)," kata Dr Wan Azizah.

Terdahulu peguam Anwar mahu bekas Ketua Pembangkang itu ditahan di bawah tahanan kediaman bagi membolehkannya mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan.


Peguamnya R. Sivarasa mendakwa kesihatan Anwar merosot dengan cepat di penjara Sungai Buloh kerana tidak diberikan akses kepada rawatan yang diperlukan.

Menerusi kenyataan media, Sivarasa mendakwa doktor memberitahu Anwar bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lanjut berkaitan beberapa isu perubatan termasuk tekanan darah yang tidak teratur, ketumbuhan 4cm pada buah pinggang yang memerlukan imbasan CT, gastritis yang memerlukan diet bebas gluten, dan otot bahu yang koyak dan artritis kronik yang memerlukan rawatan fisioterapi intensif.

Menurut Sivarasa pihak penjara memberitahu tidak menerima sebarang laporan perubatan dari hospital yang meminta ujian lanjut dan tidak ada kemudahan untuk ujian atau rawatan kepada keadaannya itu.

Anwar sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 2 Jun sebelum dibenarkan keluar pada 5 Jun.

Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. #sumber

Share:

Suami Isteri Terkilan Kerana "Terpaksa Kurung" Anak OKU !


JERANTUT:  Ibu bapa mana yang sanggup mengurung anak dalam bilik berpagar, namun itulah yang terpaksa dilakukan oleh pasangan suami isteri ke atas seorang anak kurang upaya (OKU) mereka di Kampung Belukar, Damak, di sini sejak beberapa bulan lalu.

Ibu bapa terbabit, Yusuf Nin, 60 dan Che Nisah Hussin, 54, terpaksa berbuat demikian kerana bimbang anaknya, yang berusia 14 tahun itu akan merayau ke dalam hutan dan tidak jumpa jalan pulang.

Menurut Yusuf, anaknya itu pernah hilang beberapa hari sebelum ini dan ditemui berada dalam sebuah hutan yang agak jauh dari rumah mereka.

“Kami bimbang sekiranya kami tidak mengurung anak kami ini, dia akan merayau ke dalam hutan dan tidak dapat pulang semula ke rumah.

“Kami bernasib baik kerana tidak berlaku apa-apa ke atasnya ketika hilang di dalam hutan sebelum ini, namun kami tidak mahu kejadian sama berulang lagi,” katanya.

Sejurus kejadian terbabit, permohonan mereka untuk membina sebuah bilik berpagar di bahagian hadapan rumahnya telah diluluskan oleh Adun Damak, Datuk Lau Lee.

Menurut Yusuf, sejak daripada itu, remaja malang itu tidak pernah dibiarkan keluar dari bilik berkenaan tanpa pemantauan, malah dia juga akan makan dan minum serta tidur di dalam bilik terbabit.

Bercerita lanjut, Che Nisah memberitahu, anak bongsu daripada enam beradik itu mengalami masalah kecacatan mental sejak terkena demam panas ketika berusia tiga tahun.

“Pelbagai rawatan yang telah diikhtiarkan untuk merawat anak kami ini, namun tidak berkesan. Sebelum kami dapat bilik itu, anak saya ini terpaksa saya ikat tangannya dengan tangan saya walaupun ketika tidur supaya apabila dia hendak keluar, saya akan terjaga untuk menghalangnya merayau ke dalam hutan,” katanya.

Kesusahan Yusuf sekeluarga tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, malah Yusuf dan isteri yang terpaksa bergilir menoreh getah milik orang lain menggunakan pendapatannya sebanyak RM8 sehari untuk menyara tiga lagi anak dan empat cucu yang tinggal bersama mereka.

“Salah seorang anak saya bersama empat cucu saya baru sahaja menetap dengan saya kerana rumahnya hanyut di bawa arus air ketika banjir melanda Kelantan tahun lalu.

“Dia kini tinggal berasingan dengan suaminya dan tidak bekerja kerana menjaga anak-anaknya. Suaminya ada memberi wang, namun tidak banyak kerana bekerja tidak menentu.

“Salah seorang anak lelaki kami pula tidak mempunyai kerja tetap selain mempunyai masalah tangan yang sakit. Kalau ada orang panggil, barulah boleh bekerja,” kata Yusuf.

Menurut Yusuf lagi, anak bongsunya pula tidak menerima sebarang bentuk bantuan dengan alasan dia tidak cukup umur untuk menerima bantuan bagi golongan OKU.

“Kehidupan kami hanya bergantung pada pendapatan sekitar RM200 sebulan. Namun berterima kasih atas bantuan sedikit sebanyak dihulurkan penduduk setempat bagi menampung keperluan makanan harian kami,” katanya.

Yusuf sekeluarga dalam pada itu menerima kunjungan Ketua PKR Cabang Jerantut, Mohamad Razali Ithnin bersama ahlinya bagi menyampaikan sumbangan kepada Yusuf untuk meringankan beban mereka sekeluarga.

Jiran Yusuf, Mahmud Che Mamat, 49, berkata, kesusahan hidupa Yusuf sekeluarga sememangnya telah diketahui penduduk setempat sejak sekian lama.

“Anak-anak Yusuf tidak bersekolah tinggi, jadi ada antara mereka yang bekerja biasa sahaja tidak cukup menampung kehidupan mereka sekeluarga.

“Kami sebagai penduduk bersimpati dengan nasib yang menimpa Yusuf dan berharap agar bantuan sewajarnya dapat dihulurkan kepada keluarga ini,” katanya.#sumber
Share:

TNB:Orang Ramai Di Gesa Tak Pasang Palam Penyambung


KUANTAN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang mengingatkan orang ramai tidak terlalu banyak memasang palam penyambung di musim perayaan bimbang berlaku penggunaan elektrik yang berlebihan.
 
Pengurus Besarnya, Datuk Sharuddin Mohd Simin berkata,  penggunaan elektrik yang berlebihan akan menyebabkan sistem pendawaian terbakar.
 
Selain itu, katanya orang ramai yang akan pulang ke kampung diminta mematikan setiap suis di dalam rumah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
 
“Kadang-kadang kita lupa untuk mematikan suis yang ada dan ini akan menyumbang kepada perkara negatif,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim di sini, semalam yang turut dihadiri Adun Lepar, Datuk Sohaimi Jusoh.
 
 Dalam perkembangan sama, Sharuddin berkata TNB menjalankan prosedur biasa iaitu memastikan bekalan elektrik terutama di kawasan yang mempunyai penggunaan tinggi tidak terganggu di musim perayaan.
 
Menurutnya, dengan jumlah pengguna yang bertambah terutama di kawasan luar bandar, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita membuat semakan bekalan di kawasan yang dijangka mempunyai penggunaan elektrik yang tinggi agar tidak berlaku gangguan bekalan.
 
“Selain itu, kita turut mengingatkan kontraktor supaya bersiap sedia pada musim perayaan kerana sebarang gangguan mungkin di luar jangkaan,” katanya.
 
Sharuddin berkata, sebarang gangguan bekalan boleh dilaporkan terus di talian 15454 dan tiga pusat panggilan sehenti iaitu di Johor Bharu, Penang dan Kuala Lumpur akan memberikan maklum balas. #sumber
Share:

Harga Petrol RON95 Naik 10 Sen, RON97 Pula Naik 20 Sen


PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa 1 Julai.

"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi..

Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai," katanya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.