script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dr.Kamarul: Beranikah 10 Wakil Rakyat PAS Lompat Parti ?


KOTA BHARU: Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit 'panas' apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada PAS akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.
Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lepas, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semasa melancarkan parti berkenaan di Kota Baharu, pada 11 Sept.
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan berkenaan dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.
Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada tiga anggota Parlimen dan tujuh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari negeri ini.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff (foto) menjangkakan 10 wakil rakyat PAS Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dipersetujui mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad, sepakat bahawa bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyat PAS adalah sah, kata Kamarul Zaman.
"Sebaliknya, wakil rakyat PAS Kelantan yang keluar daripada PAS inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jika wakil rakyat PAS Kelantan tetap keluar daripada PAS di sebalik bai'ah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat," katanya baru-baru ini.
Ditanya mengenai tindakan anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai Amanah dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, Kamarul Zaman berkata kedua-dua anggota Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana mereka bukan berasal dari Kelantan.
"Saya melihat bahawa faktor penerimaan daripada masyarakat setempat menyebabkan sesuatu yang tidak begitu besar kebarangkaliannya untuk wakil rakyat PAS Kelantan yang menetap di Kelantan keluar daripada PAS.
"Selain itu, Kamarudin sendiri contohnya pernah beberapa kali bertanding di Tumpat di atas tiket Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pernah menang sehinggalah beliau bertanding di atas tiket PAS, sekali gus menunjukkan kemenangan beliau bukanlah berpunca daripada populariti diri beliau tetapi oleh parti yang beliau wakili," katanya.
PAS menguasai majoriti 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, diikuti BN dengan 12 kerusi, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi.
Kamarul Zaman berkata jika benar tujuh Adun PAS melompat parti dan menyertai Amanah, PAS Kelantan masih mampu berdiri dengan utuh dan mempunyai majoriti selesa.
"Jika pun 10 wakil rakyat PAS Kelantan, terutama tujuh Adunnya ini benar-benar keluar daripada PAS menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan Kerajaan PAS Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak memungkinkan ia akan tumbang.
"Pada masa yang sama, kemungkinan untuk tujuh Adun PAS Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan juga adalah terlalu kecil," katanya. #sumber
Share:

Dr.M Dakwa Perhimpunan Baju Merah Untuk Alih Isu 1MDB !


PETALING JAYA: Perhimpunan 'baju merah' sengaja diadakan oleh kerajaan bagi menghasut sentimen perkauman, demikian dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi temu bual dengan majalah hal ehwal semasa Asia Pasifik, The Diplomat, bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa bahawa perhimpunan pada 16 September atau Himpunan Maruah Melayu diadakan sebagai satu cara untuk mengalihkan perhatian daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"(Perhimpunan 16 September) dianjurkan oleh kerajaan. Mereka cetuskan persepsi bahawa demonstrasi Bersih adalah perkauman iaitu Cina menentang Melayu...sebenarnya tidak.

"Tapi mereka perlu mengalihkan perhatian mengenai tuntutan Bersih mengenai 1MDB. Ini adalah sangat berbahaya, kerajaan mahu mendapatkan orang ramai untuk menunjukkan sokongan kepada mereka," katanya.

Menurut penganjur perhimpunan 16 September, ia diadakan untuk 'melindungi maruah kaum'.

Berkongsi pandangan mengenai mengapa beliau menghadiri perhimpunan Bersih 4.0, Dr Mahathir berkata kumpulan 'baju kuning' adalah satu cara untuk beliau menyuarakan pendapatnya.

"(Menghadiri Bersih 4.0) adalah pilihan terakhir. Saya berasa perlu untuk menyatakan pendapat saya, dan kerana saya mempunyai pandangan yang sama seperti Bersih iaitu untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Ia tiada kaitan dengan isu perkauman.

"Peserta Bersih datang dari semua golongan masyarakat. Ia bukan satu demonstrasi Cina terhadap kerajaan Melayu. Ia bukan bersifat perkauman sama sekali," katanya. #sumber
Share:

PM Minta Ling "Tarik Balik" Kenyataan Atau Akan Di Saman


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap perdana menteri atau berdepan tindakan undang-undang.

Dalam surat tuntutannya, firma guaman Messrs Hafarizam Wan and Aisha Mubarak berkata firma itu telah diarahkan supaya mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik, permohonan maaf yang jelas dan ganti rugi munasabah berhubung kenyataan yang diterbitkan menerusi artikel bertajuk 'MCA's Liong Sik Joins Call For Najib's Ouster For allegedly Putting People's Money in His Own Pocket'.

Surat itu menyebut bahawa makna yang jelas menerusi perkataan yang terkandung dalam artikel itu membawa maksud bahawa, antara lain, Najib telah menyalahgunakan wang milik dana pelaburan kerajaan ke dalam akaun peribadi beliau; bahawa beliau menyalahgunakan dana itu bagi kepentingan peribadi beliau, bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua parti politik dan pemimpin negara, dan bahawa beliau tidak layak untuk menjadi ketua kerajaan Malaysia.

Artikel itu disiarkan Malay Mail online pada 3 Oktober lepas dan masih boleh dilayari masyarakat umum menerusi jaringan sejagat, menurut surat bertarikh 5 Okt 2015, dan ditandatangani peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Firma itu, yang bertindak bagi Najib atas sifat peribadi beliau, berkata surat itu diserahkan di rumah Ling di Bukit Damansara di sini semalam, dan diterima isteri Ling pada 4 petang.

Surat itu menuntut supaya Ling melakukan perkara berikut dalam masa tujuh hari:

BERHENTI daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah atau apa-apa kenyataan seumpamanya yang merujuk kepada anak guam kami,

MENGELUARKAN permohonan maaf yang jelas dan penuh secara bertulis serta menarik balik kenyataan fitnah, berdasarkan terma yang dipersetujui oleh kami, bagi pihak anak guam kami,

MENERBITKAN penarikan balik kenyataan dan permohonan maaf itu dalam muka surat dan saiz yang dipersetujui anak guam kami dalam dua akhbar nasional yang dipilih anak guam kami,
MEMBERI anak guam kami janji bertulis bahawa anda akan mengelak daripada mengeluarkan/menerbitkan kenyataan fitnah atau apa-apa kenyataan seumpamanya, dan,

MEMBAYAR GANTI RUGI kepada anak guam kami berkaitan semua kos dan perbelanjaan yang berbangkit daripada perkara ini.
"Sekiranya kami tidak menerima sebarang jawapan yang memuaskan berhubung perkara di atas, adalah dianggapkan bahawa anda tidak mempertikaikan dakwaan anak guam kami seperti yang dinyatakan dalam surat ini, dan, walau apa pun, bahawa anda berhasrat untuk terus menerbitkan kenyataan berunsur fitnah.

"Dalam perkara ini, kami menerima arahan yang tegas daripada anak guam kami untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda dan/atau ejen yang berkaitan dengan anda tanpa apa-apa rujukan selanjutnya kepada anda, termasuk memohon injunksi untuk menghalang sebarang penerbitan seperti itu lagi," menurut surat itu. #sumber
Share:

RM Terus Merudum, Orang Ramai Di Pelawa "Terjah" Forex !


Susulan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dollar Amerika (USD) yang semakin ketara sekarang ini, maka ramai rakyat Malaysia kini mula  melibatkan diri dengan perniagaan berasaskan pertukaran matawang asing (forex).



Nilai ringgit yang menjunam kepada  RM4.4 berbanding USD1 menyebabkan mereka mengambil peluang dalam dunia forex online. Perniagaan forex yang dulunya amat ditakuti oleh ramai pihak, kini mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia. 




Mereka yang tidak tahu menahu tentang forex, kini mula mendekati dan mahu mempelajari ilmu tentang forex. Antara platform forex online yang sedang meletup sekarang ini ialah Nexus FX. Program itu kini menjadi viral dan kegilaan dikalangan penggemar forex online. 




Malah, dalam tempoh hanya tiga bulan lebih Nexus FX dilancarkan, sudah berpuluh orang usahawan yang terdiri dari kalangan anak-anak muda kini mencapai pendapatan lumayan setiap bulan termasuk memiliki kereta-kereta mewah.



Sesuatu yang amat mengejutkan sebenarnya. Namun inilah yang berlaku, biarpun berbagai platform forex online muncul di pasaran ternyata Nexus FX berjaya mencipta tsunami yang cukup luar biasa di pasaran.



Dalam masa cukup singkat, ribuan rakyat Malaysia menceburi dunia forex Nexus FX untuk menjana pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi masing-masing. Dengan kejatuhan matawang kita dan kenaikan harga barang yang mendadak susulan tindakan kerajaan melaksanakan Good & Services Tax (GST), maka ramai yang kian terasa bahangnya.



Untuk terlibat dengan perniagaan lain mereka terpaksa menjual barangan dan mencari orang seperti multi level marketing (MLM). Namun dengan Nexus FX, kini mereka boleh tersenyum lebar kerana berjaya memperolehi pendapatan sampingan (side income) lumayan setiap hari tanpa meninggalkan pekerjaan hakiki mereka. 



Satu majlis "Gala Dinner" besar-besaran akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar ini dalam masa terdekat. Majlis yang akan disertai oleh usahawan Nexus FX dari seluruh negara termasuk dari luar itu akan membuka mata orang ramai tentang kehebatan perniagaan forex bersama Nexus FX. 



Soalnya, apakah kehebatan Nexus FX sehingga ia berjaya mencipta gelombang baru dalam industri forex online?.  Ada beberapa perkara yang menarik perhatian sebenarnya, antara yang paling utama ialah menerusi Nexus FX anda ditawarkan dividen antara 3.5% hingga 5.0% setaip hari untuk tempoh kontrak 80 hari sahaja. 



Maknanya, anda akan menerima dividen sekitar RM80 hingga RM800 dengan membuka akaun di Nexus FX. Modal pelaburan adalah pilihan anda sendiri, kerana ia akan membolehkan anda mendapat dividen yang setimpal dengan apa yang dilaburkan. 

Adakah anda perlu trade forex sendiri?. Dengan Nexus FX, anda hanya perlu memantau akaun anda menerusi platform online yang disediakan. Urusan trade diuruskan oleh pihak syarikat dan mereka mengenakan caj hanya 20% daripada jumlah dividen harian yang anda terima. 

Bayangkan, jika hari ini anda simpan RM10,000 dalam masa 80 hari menjadi RM18,000 bukahkah ia sesuatu yang amat menakjubkan. Untung serta modal yang diterima boleh di cairkan terus ke akaun bank setiap hari bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. 

Banyak faedah lain menanti kepada mereka yang berminat memasarkan Nexus FX. Malah anda berpeluang menjana pendapatan lima angka sebulan dengan mempelajari dan mengikuti sistem pemasaran yang telah disediakan oleh pihak syarikat. 



Nexus FX masih terlalu awal dipasaram, namun momentumnya cukup hebat dan berjaya menggegarkan industri forex online di pasaran pada masa ini. Kini ia bakal membuka pasaran ke Indonesia, Thailand termasuk juga negara-negara lain di seluruh dunia.

Justeru, sekiranya anda tercari-cari peluang menjana pendapatan sekarang ini maka jangan lupa untuk bersama Nexus FX. Ini kerana anda juga ada peluang untuk mendapat pendapatan pasif atau pun aktif. Jika anda simpan duit di mana-mana institusi perbankan, belum tentu wang anda akan meningkat sekali ganda dalam tempoh sekitar 80 hari sahaja. Oleh itu, menyimpan atau  melaburkan di Nexus FX kerana anda bakal menjadi salah seorang jutawan terawal program ini sebenarnya.

Roadshow sedang diadakan di seluruh negara. Jika anda berminat untuk menjadi usahawan atau pun menanam modal di Nexus FX, sila WhastApp FX_Nama_Lokasi anda ke talian hotline 012-385 4400 untuk dihubungi. Info lanjut klik www.nexusfx2u.blogspot.my sekarang. Jadilah yang terawal merebut peluang keemasan ini. #Advitorial
Share:

Tuduhan Wujud "Komplot" Guling Wan Azizah Berniat Jahat


SHAH ALAM: Tuduhan wujudnya komplot untuk menggulingkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jelas berniat jahat, kata timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata dakwaan tersebut juga merupakan fitnah semata-mata yang cuba disebarkan oleh individu yang telah bankrap.
"Apa sahaja perkara yang kita bincang dalam parti tidak perlu kita dedahkan pada media dan tuduhan ini adalah berniat jahat serta merupakan fitnah oleh individu yang telah bankrap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kreatif Digital Selangor di I-City di sini Isnin.
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yang mendakwa wujud kumpulan pemimpin kanan PKR bertujuan menggulingkan Dr Wan Azizah.
Badrul Hisham, menerusi laman blognya (http://chegubard.blogspot.my), pada Ahad turut mendakwa kumpulan terbabit dipercayai didalangi beberapa pemimpin kanan parti yang kurang senang dengan tindakan Dr Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan baharu pembangkang pada 22 September lepas.  #sumber


Share:

SPRM Tumpu Usaha Perangi Rasuah, Di Sektor Perbankan !


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi lebih tumpuan dalam usaha memerangi rasuah dalam sektor perbankan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, SPRM akan mengadakan perbincangan  dengan Persatuan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dalam masa terdekat.
"Satu perbincangan dua hala antara SPRM dan AIBIM akan diadakan selepas ini bagi memperincikan kerjasama erat itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, SPRM pada Isnin telah menganjurkan 'MACC Luncheon Talk' bersama AIBIM di Putrajaya, selaras dengan Dasar Merakyatkan SPRM untuk memberi ruang kepada sektor perbankan Islam mengenai peranan mereka dalam memerangi rasuah.
Menurut kenyataan itu, program itu juga diadakan bagi menjelaskan peranan dan fungsi SPRM kepada anggota-anggota AIBIM, serta usaha-usaha pencegahan rasuah yang sedang dijalankan.
"Usaha-usaha secara bersepadu ini diharap akan mengurangkan kadar rasuah, memperbaiki indeks persepsi rasuah dalam industri perbankan dan secara keseluruhannya mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM.
"Selain itu, SPRM juga berharap pertemuan ini akan memerangi jenayah rasuah dan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan integriti dan memerangi jenayah rasuah dalam negara," kata Mustafar. #sumber
Share:

Saman Terhadap Utusan, TV3 Akan 'Di Selesai' Secara Baik


KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd (Utusan Melayu) dan empat defendan lain berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berkemungkinan diselesaikan secara baik melalui proses mediasi.
Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Anwar selaku plaintif, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar hari ini di hadapan Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman.
Turut hadir peguam Choo Shi Jin yang mewakili Utusan Melayu dan peguam G. Navinthar mewakili TV3.
Shahid Adli berkata kedua-dua pihak (plaintif dan defendan) memohon supaya kes itu diselesaikan secara baik dan 5 Nov ini ditetapkan untuk proses mediasi (rundingan) berkenaan.
Selain Utusan Melayu selaku defendan pertama, Anwar yang memfailkan saman itu pada 8 Mac 2013, turut menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan kedua.
Bekas ketua pembangkang itu turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd Datuk Shaharudin Abd Latif; dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga dan kelima.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 menyiarkan artikel di muka hadapannya bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan artikel di muka surat sembilan bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang'.
Bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu menyatakan defendan ketiga hingga kelima, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua. #sumber
Share:

Mahkamah Menolak Permohonan Azmi, 'Akta Hasutan' Sah


PUTRAJAYA: Pensyarah Undang-undang Azmi Sharom gagal dalam permohonannya mencabar Akta Hasutan 1948 yang digubal semasa pemerintahan British diisytiharkan sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan Azmi, dan memerintahkan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.
Panel lima hakim itu termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Abdull Hamid Embong dan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Arifin yang membacakan keputusan itu berkata akta itu tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun.

Pensyarah Universiti Malaya ini yang memakai baju kelabu dan tali leher coklat, dilihat menggelengkan kepalanya apabila mendengar keputusan tersebut dibacakan.

Mahkamah penuh dengan penyokong dan peguam seawal pukul 8.30 pagi, Selasa.

Pada 2 September tahun lepas, Kolumnis The Star ini didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) akta tersebut berhubung komen beliau dalam satu artikel bertajuk 'Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told' yang disiarkan dalam sebuah portal berita.

Jika sabit kesalahan di bawah mana-mana satu dakwaan, beliau akan menghadapi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya. #sumber
Share:

Bekas Peguam Negara 'Bersara' Dari Perkhidmatan Awam !


PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail secara rasminya bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan, sehari sebelum meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-60, iaitu umur persaraan wajib kakitangan awam.
Menurut sumber pada Isnin, Abdul Gani tidak melakukan "punch out", rutin terakhir bagi penjawat awam sebelum meninggalkan pejabat masing-masing.
Ini kerana Abdul Gani mengambil cuti sejak 27 Julai lalu.
Sumber berkata, tiada sebarang perancangan untuk mengadakan majlis rasmi untuk meraikan persaraan Abdul Gani.
Abdul Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun bermula pada Januari 2002 sebelum perkhidmatannya ditamatkan secara mengejut pada 27 Julai lalu.
Laporan sebelum ini memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai berkata penamatan tugas Abdul Gani adalah disebabkan masalah kesihatan.
Namun, Abdul Gani dilaporkan terkejut dengan pengumuman tersebut.
Beliau terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.
Jawatan beliau digantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkuat kuasa pada 27 Julai lalu.
Terdahulu, Abdul Gani mengetuai Pasukan Siasatan Khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Perdana Menteri membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Antara kes berprofil tinggi yang dikendalikan beliau adalah kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Abdul Gani memulakan kariernya pada 15 April 1980 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu dan selepas lima tahun, beliau dilantik sebagai Peguam Kanan Persekutuan untuk Sabah pada 1985.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua bahagian pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pada 16 Januari 1994. #sumber

Share:

Ling Liong Sik Gesa Najib "Letak Jawatan" Perdana Menteri


KUALA LUMPUR: Tun Dr Ling Liong Sik secara terbuka menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Apabila bekas Presiden MCA itu ditanya sama ada beliau menyokong gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib berundur, beliau menjawab "Saya bersetuju".

"Saya pergi ke demonstrasi Bersih di Perth. Matlamat saya adalah untuk menggesa supaya undi tidak percaya dibuat terhadap Najib," katanya selepas menghadiri Festival Minda Malaysia di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman Universiti di Setapak. #sumber
Share:

Tuan Ibrahim: PAS Tak Mungkin, Akan Terima Parti Amanah


PAS "tidak mungkin" dapat menerima kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kini didakwa giat menarik ahli dan merampas bangunan milik parti berkenaan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, apabila PAS bergabung dengan PKR sebahagian besar kerusi parti itu diserahkan kepada rakan kerjasama dalam gabungan pembangkang.
Turut 'diserahkan' ialah jentera dan petugas parti.
Namun katanya, sekiranya PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna mereka sekali lagi perlu menyerahkan kerusi kepada parti baru dan ia "tidak mungkin berlaku".
"Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada AMANAH.
PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya (sebelum ini) kerana itu adalah hak PAS. Jika komponen parti pembangkang.
lain khususnya AMANAH juga meletakkan calonnya, ia menjadi penyambung tali hayat kepada UMNO atau BN," kata beliau. #sumber
Yang untung DAP
Walaupun ada yang mendakwa PAS tidak akan memenangi kerusi dalam pilihan raya umum akan datang disebabakan kehilangan pengundi Cina, Tuan Ibrahim mendakwa, AMANAH juga tidak akan menang dengan undi Melayu di kalangan ahli dan penyokong PAS serta Umno.
"Ramai yang melihat yang bakal untung nanti mungkin DAP.
"Reaksi senyap rakyat terhadap tindakan terlalu mendesak dan tidak berkompromi ditunjukkan pimpinan DAP tidak dapat diagak seperti kesan terhadap sebahagian peti undi di beberapa parlimen dan kawasan dewan undangan negeri yang ditandingi dengan bantuan petugas PAS," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa DAP, PKR dan AMANAH membentuk Pakatan Harapan menonjolkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca keretakan Pakatan Rakyat.
Tambah Tuan Ibrahim, PAS berharap tidak akan berlaku perpecahan kerjasama dengan PKR walaupun bibit perpecahan itu mula kelihatan.
Sejak Pakatan Rakyat berkubur, PAS hanya bekerjasama dengan PKR dan memutuskan hubungan dengan DAP.
Perselisihan itu berlarutan ekoran beberapa isu - terutama apabila membabitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - dan DAP.
Doa untuk PKR
AMANAH adalah parti baru yang dibentuk golongan progresif yang diketepikan oleh perwakilan muktamar PAS beberapa bulan lalu.
PAS kini dikuasai golongan konservatif dan sering menunjukkan sikap keras terhadap DAP dan AMANAH.
Kata Tuan Ibrahim, ketika ini ada pihak ingin menjadi juara dengan mengawal parti pembangkang lain.
"PAS mendoakan PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami oleh PAS.
"Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu akan melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya.
Beliau menjelaskan, pengalaman PAS akibat pertembungan dalaman menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan kesedaran politik di kalangan rakyat.
Menurut beliau, sejarah panjang PAS menyaksikan bagaimana campur tangan pihak luar yang meresap masuk ke dalam parti dengan mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan menyebabkan berlakunya perpecahan.
"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru. Parti serpihan ini tidak akan mampu mencapai sokongan sebagaimana parti induk," katanya. #sumber

Share:

PEKA Nafi, Dakwaan Dapat Kawasan Balak & Terima Wang !


KUANTAN: NGO Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka menerima sejumlah wang dan mendapat kawasan pembalakan daripada pihak-pihak tertentu.  Menerusi satu kenyataan di laman facebook PEKA semalam jelas menunjukkan ada pihak yang tidak senang dengan perjuangan isu alam sekitar yang dibawa oleh PEKA. 


Antara kenyataan yang didakwa fitnah terbabit adalah dibuat oleh individu bernama Azam Abd Rahman dan Wan Zamzuei Wan Hassan (WZWH). Kedua-duanya menduduk, PEKA mendapat rasuah atas kerja-kerja yang mereka lakukan.


Di bawah ini pula adalah jawapan yang dikeluarkan di laman facebook PEKA pada hari semalam:-

"Hari ini satu lagi fitnah bodoh disebarkan oleh macai-macai penjenayah alam sekitar Pahang terhadap perjuangan PEKA. Bagi manusia yg boleh berfikir secara waras, apakah logik tauke-tauke balak dan tauke-tauke lombong memberi sumbangan kepada pihak PEKA sedangkan kami adalah penentang kerakusan mereka? Kalaulah benar, kami amat berterima kasih kerana dengan wang sumbangan yang dikatakan ratusan ribu ringgit itu, kami akan boleh bergerak lebih aktif ke seluruh ceruk negeri Pahang setiap masa membongkar lebih banyak kemusnahan alam semulajadi dan sungai akibat kerakusan golongan ini! Untuk makluman semua, perjuangan kami selama ini hanyalah menggunakan duit poket kami sendiri dan kami percaya ia adalah amal jariah kami kepada rakyat dan makhluk Allah yang lain. Cuma kami kini agak bimbang dengan satu maklumat terbaru diterima, yang mengatakan ada macai-macai penjenayah alam sekitar ini sendiri yang mengepau "bapak Tuhan" (God father) mereka sendiri dengan mendakwa kononnya wang itu untuk disogok kepada "orang PEKA" tetapi sebenarnya masuk ke poket mereka sendiri! Apa pun, kami di PEKA Pahang tidak pernah sedikit pun gentar dengan fitnah dan taktik-taktik kotor macai-macai penjenayah alam sekitar ini. Kami berjuang kerana Allah demi melindungi khazanah ciptaan Allah untuk kepentingan kehidupan mahkluk-Nya. Kami berjuang demi rakyat yang sudah cerdik dan celik menilai semua kemusnahan ini, termasuk yang tinggal di ulu-ulu sungai. Kepada Allah kami berdoa agar pejuang-pejuang alam sekitar dan penyokong-penyokong kami sentiasa di dalam lindungan-Nya".

Nampaknya, perjuangan alam sekitar di Pahang kini mendapat perhatian ramai pihak. Ternyata NGO PEKA telah berjaya membuka mata rakyat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mula sedar tentang kerakusan sesetengah pihak terutamanya orang politik yang mendalangi aktiviti kemusnahan alam sekitar secara besar-besaran, terutamanya di kawasan Hulu Tembeling, Jerantut. Semoga PEKA akan teruskan perjuangan demi masa depan generasi akan datang. Jika tidak maka pupuslah khazanah alam untuk dinikmati oleh anak cucu kita kelak. #sumber

Share:

Zainal Tinggalkan Pahang, Ke Selangor Pada Tahun Depan !


KUALA LUMPUR: Ketika kempen Pahang memburu kejuaraan hattrick Piala Malaysia masih separuh jalan, muncul desas-de­sus bahawa pengendalinya Zainal Abidin Hassan akan menyertai Selangor musim depan manakala masa depan penyerang sensasi Matias Conti bersama Tok Gajah juga masih terumbang-ambing kerana belum ada perbincangan mengenai kontraknya yang akan tamat tidak lama lagi.

Menurut sumber rapat dengan skuad Tok Gajah, Zainal bakal meninggalkan Pahang untuk menggantikan Mehmet Durakovic yang gagal membimbing Red Giants memenangi sebarang kejua­raan musim ini.

Malah, Selangor juga dikatakan tidak berminat untuk menyambung khidmat jurulatih dari Australia itu sekali pun jika skuadnya berjaya memenuhi misi menang Piala Malaysia untuk kali ke-33.

“Zainal akan menyertai Sela­ngor pada musim depan namun, perkara ini bergantung kepada setinggi mana minat Pahang untuk mengekalkannya,” kata sumber itu, yang enggan namanya didedahkan.

Melihat kepada pencapaian Selangor sepanjang lima tahun ini adalah tidak mustahil mereka mahu mencuba khidmat jurulatih baharu setelah kali terakhir menjulang trofi pada 2010 apabila muncul juara Liga Super di bawah bimbingan jurulatih tempatan K. Devan.

Kemarau kejuaraan sejak sekian lama menyebabkan peminat tegar Selangor mendesak Dirakovic, bekas pemain pertahanan mereka pada era 90-an, agar berundur, dan sekiranya berjaya memenangi Piala Malaysia musim ini juga dikatakan tidak akan meredakan tekanan daripada penyokong.

Zainal, yang memenangi treble pada musim pertamanya bersama Pahang tahun lalu, dikatakan calon paling dikehendaki oleh Selangor untuk menggantikan Durakovic.

Walaupun terlepas dua trofi musim ini iaitu Piala FA dan Liga Super, Zainal masih dilihat memiliki butiran diri yang kuat setelah memimpin Pahang mara ke suku akhir Piala AFC sebelum kalah dengan agregat 5-3 kepada kelab Tajikistan, Istiklol.

Zainal yang dihubungi bagaimanapun mengambil pe­ndekatan untuk enggan mengulas lebih lanjut sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada persaingan Piala Malaysia.

“Mana awak tahu mengenai perkara ini? Saya masih lagi de­ngan Pahang. Piala Malaysia pun belum habis macam mana saya nak tahu mengenai musim depan. Ini semua khabar angin sahaja,” kata Zainal sambil ketawa.

Dalam pada itu, sumber yang sama turut mendedahkan bahawa penyerang dari Argentina, Conti yang kontraknya bersama Pahang bakal tamat selepas kempen Piala Malaysia berakhir juga tertanya-tanya sama ada khidmatnya akan diperlukan lagi selepas itu.

Malah, sumber itu berkata, masa depan Dickson Nwakamae serta Damion Stewart bersama Tok Gajah turut menjadi tanda tanya.

“Kebiasaannya kontrak pemain akan dibincangkan pada September ataupun Oktober, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang tanda-tanda perbincangan akan dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam masa terdekat. Keadaan se­nyap sahaja...tiada cakap pun nak lanjutkan tempoh kontrak,” kata sumber itu lagi. #sumber
Share:

RoS "Ikhtiraf Secara Rasmi", Parti Amanah Negara (PAN) !


GEORGETOWN: Parti Amanah Negara (PAN) diiktiraf secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata Presiden parti Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di KOMTAR pada Jumaat berkata RoS telah meluluskan permohonan untuk menukar nama Parti Pekerja Malaysia kepada PAN.

"Kami baru sahaja menerima berita baik hari ini. Oleh itu, kini secara rasminya PAN adalah sebuah parti rasmi," kata Mohamad Sabu.

Katanya, beliau juga yakin bahawa RoS juga akan meluluskan permohonan PAN untuk menggantikan gelaran 'Pengerusi' dengan gelaran 'Presiden'. #sumber
Share:

Meja Bulat: Sebagai Ahli UMNO, Saifuddin Tak Patut Hadir !


KUALA LUMPUR: Sebagai ahli Umno, Datuk Saifuddin Abdullah sepatut mempertimbangkan untuk tidak menghadiri majlis pelancaran gabungan terbaharu pembangkang, Pakatan Harapan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara peribadi beliau berpendapat tindakan itu tidak seharusnya berlaku.
"Sebarang tindakan terhadap Saifuddin terpulang kepada Lembaga Disiplin yang diketuai Tan Sri Megat Najmuddin yang berpendapat tidak salah untuk mana-mana ahli Umno menghadiri majlis yang dianjurkan parti politik lain.
"Tetapi bagi saya secara peribadi, ia tidak seharusnya berlaku.
"Ia pandangan peribadi saya, tetapi jika pengerusi Majlis Tertinggi Umno tidak bersetuju dengan Megat, jadi Saifuddin perlu menjawab kepada majlis," katanya.
Berdasarkan struktur Lembaga Disiplin Umno, ia dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail , manakala Tribunal Siasatan Lembaga Disiplin diketuai Megat Najmuddin Megat Khas dan Panel Rayuannya pula dipengerusikan Tan Sri Sabaruddin Chik.
Kehadiran Saifuddin pada sidang meja bulat pembangkang yang berlangsung pada 22 September mencetuskan kritikan di kalangan pemimpin Umno.
Beliau bagaimanapun menafikan terbabit dalam gabungan pembangkang itu dan memaklumkan kehadirannya atas kapasiti sebagai pengerusi Akademi Belia. #sumber
Share:

Tajuddin Beri Amaran, Mahu 'Lempang' Cina-Cina Malaysia !


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.
"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.
"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Malah, anggota Majlis Tertinggi Umno itu meminta rakyat Cina di negara ini berhenti "berangan" bahawa ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.
"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada big boss datang, ada godfather datang dari negara China sebab nak tolong dia.
"Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.
Menurut Tajuddin lagi, kehadiran Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat negaranya yang melancong di Malaysia.
"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan.
"Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," kata Tajuddin.
Huang semalam mengingatkan bahawa lawatannya ke Jalan Petaling Jumaat lalu tidak harus dijadikan sebagai satu isu anti kerajaan Malaysia.
Huang mengulangi kunjungannya sebagai lawatan muhibah dan untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kebimbangan keselamatan, sebelum membuat keputusan sama ada akan mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelancong dari China.
Tajuddin bagaimanapun selepas itu menghubungiMalaysiakini memberitahu bahawa beliau merujuk kepada "Cina DAP" apabila membuat kenyataan itu.
Rakaman suara sidang media itu bagaimanapun mendapati beliau menyebut "Cina-Cina Malaysia". #sumber
Share:

Khutbah: Kerajaan Negeri 'Sokong Tindakan' Mufti Pahang !



KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang menyokong penuh tindakan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang mempertahankan isi kandungan khutbah Aidiladha Khamis lepas.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kandungan khutbah berkenaan tidak lari daripada landasan yang sepatutnya iaitu memperingati jemaah tentang keadaan semasa, selaras dengan tujuan khutbah itu.

Khutbah merupakan salah satu rukun dalam sembahyang Jumaat dan sembahyang Hari Raya Aidilfitri serta Aidiladha.
"Ia merupakan satu amanat yang dibacakan kepada jemaah untuk peringatan tentang isu yang berkisar soal kehidupan dan kejadian seharian supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa," katanya.
Beliau berkata demikian melalui kiriman pesanan ringkas kepada media di Kuantan hari ini.
Adnan berkata, bersesuaian dengan keadaan umat Islam pada masa kini yang dilihat tidak lagi bersefahaman, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyediakan khutbah yang antara lain intipatinya menyentuh tentang pentingnya umat Islam hidup bersatu padu serta harmoni antara satu sama lain.
"Tahniah kepada Mufti Pahang kerana telah menyusun khutbah yang begitu padat dan penuh bersemangat.
"Mana-mana pihak yang berkenaan sepatutnya tidak mempertikaikan khutbah berkenaan yang merupakan sebahagian dari rukun sembahyang Aidiladha," katanya.
Sehubungan itu Adnan berkata kerajaan negeri bersedia mempertahankan Abdul Rahman termasuk menyediakan pasukan peguam jika hal ini dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.
Sebelum ini, DAP melalui Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri memberi masa lima hari kepada JAIP memohon maaf secara terbuka dan menarik balik khutbah itu atau berdepan tindakan undang-undang.
Bagaimanapun, Abdul Rahman dalam reaksinya menyatakan rasa tidak gentar dengan ancaman DAP itu kerana khutbah tersebut merupakan satu nasihat kepada orang Islam supaya bersatu padu dan bukan bersama dengan pihak yang mencabar Islam. #sumber
Share:

Zahid: Tiada Satu Sen Di Belanja Untuk Majlis Kahwin Anak



PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak membelanjakan walau satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya di Jakarta pada 19 September lalu.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, keluarga menantu perempuannya itu berhasrat untuk mengadakan satu majlis untuk pasangan baharu berkahwin tersebut sebaik sahaja mengetahui beliau akan berada di Jakarta untuk lawatan rasmi.
"Saya tidak membelanjakan wang untuk mengadakan majlis tersebut. Saya tidak membelanjakan wang untuk menteri dan tetamu dari Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.
"Saya tidak membelanjakan wang untuk menghiburkan sesiapa sahaja kerana itu bukan majlis saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Pendaftaran Negara pada Khamis.
Dr Ahmad Zahid mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta antara 18 hingga 21 September lalu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pemilik blog, Shahbudin Husin yang mempertikaikan tempoh lawatannya yang kebetulan sama tarikh dengan majlis perkahwinan anak lelakinya dengan seorang gadis dari Indonesia. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.