script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Azahlina: Dana RM2.6 Bilion, Akan Di Jawab 3 Disember Ini !


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menjawab mengenai isu dana politik  RM2.6 bilion pada sesi soal jawab pada hari terakhir sesi persidangan Dewan Rakyat penggal ini.
Ia berkenaan dengan dana politik yang disalurkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata, semua persoalan yang dibangkitkan berhubung perkara itu akan dijawab pada hari terakhir sesi sidang Dewan Rakyat. 
"Kita akan jawab pada sesi akhir pada 3 Disember ini.
"Peraturan mesyuarat tidak menyatakan jawapan tidak akan diberikan pada hari yang saya soalan itu ditanya, jadi kita akan kumpul kesemua soalan dan jawapan pada satu masa," katanya dalam satu temuramah di Parlimen pada Khamis.
Ditanya sekiranya Najib akan hadir bagi menjawab soalan itu sendiri, Azalina berkata, ia bergantung kepada beliau untuk memutuskannya. #sumber
Share:

Zahid Sahkan Terdapat Plot, Untuk Mengulingkan Kerajaan


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengesahkan terdapat plot untuk menggulingkan kerajaan melalui cara yang tidak demokratik tetapi tidak mendedahkan butirannya atas faktor keselamatan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis masih mengumpul bukti berhubung perkara tersebut.
"Kerajaan sentiasa serius terhadap sesiapa yang cuba menggunakan cara yang tidak demokratik untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. Kerajaan juga menyedari bahawa usaha yang menyalahi undang-undang ini akan memberi kesan kepada ekonomi negara.
"Kerajaan telah mengenal pasti terdapat rancangan tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran tanpa melalui proses demokrasi.
"Bagaimanapun, bukti-bukti rancangan itu tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan dan polis sedang mengumpul butiran berhubung perkara ini," katanya kepada Nasruddin Hassan (Temerloh-PAS) di Parlimen.
Nasruddin bertanya Menteri Dalam Negeri bagi mengemukakan bukti mengenai plot untuk menjatuhkan kerajaan. #sumber
Share:

Rafizi Akan Gantikan Pua, Debat 1MDB Dengan Arul Kanda


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan telah menawarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk menggantikan Tony Pua dalam debat terhadap Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.
Pakatan pembangkang berkata, ia menjangkakan syarat lain perdebatan seperti siaran langsung di RTM tidak berubah.
"Jika RTM tidak berminat, kita akan berbincang dengan pihak lain," kata Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke.
Pua terpaksa menarik diri daripada debat bersama Arul berikutan kedudukannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan menjejaskan siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa itu terhadap kes 1MDB. #sumber
Share:

Transaksi SRC International Tak Perlu Kelulusan Oleh PM !


KUALA LUMPUR: Semua transaksi utama SRC International Sdn Bhd tidak memerlukan kelulusan bertulis Perdana Menteri, demikian Dewan Rakyat diberitahu, Rabu.
Menerusi jawapan bertulis Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata, peraturan itu selaras dengan Memorandum Pertubuhan atau Memorandum and Articles of Association (M&A).
“Artikel 116 dalam M&A SRC International hanya menetapkan dua perkara yang memerlukan kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri.
“Ia membabitkan pindaan M&A, pelantikan dan penamatan pengarah serta pengurusan tertinggi syarikat,” kata Najib.
Beliau menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang ingin mengetahui sama ada transaksi utama SRC memerlukan kelulusan bertulis Perdana Menteri.
Sementara itu, menjawab mengenai persoalan sama ada SRC International membayar RM40 juta pada Disember 2012 dan RM10 juta pada Februari 2013 kepada Ihsan Perdana melalui anak syarikatnya Gandingan Mentari, Najib berkata, perkara itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“SPRM dan pihak berkuasa lain masih lagi menjalankan siasatan ke atas perkara ini.
“Justeru itu adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak memberikan sebarang komen mengenainya agar tidak mengganggu proses siasatan,” katanya.
SRC International Sdn Bhd merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebelum ini The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan RM50 juta daripada SRC International disalurkan ke unitnya Gandingan Mentari Sdn Bhd, yang menyalurkannya pula kepada unit tanggungjawab korporat sosial 1MDB, Ihsan Perdana Sdn Bhd antara Disember 2014 dan Februari 2015.
Ihsan Perdana, kemudian, didakwa mendeposit RM42 juta ke dalam akaun Najib. #sumber
Share:

Zahid: Penasihat Komunikasi Pejabat PM Dapat Status PR !


KUALA LUMPUR: Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Paul Stadlen mempunyai status penduduk tetap (PR) di Malaysia, demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, sehubungan itu, Stadlen bebas untuk keluar masuk ke negara ini tanpa sebarang sekatan.
“Semakan rekod Jabatan Imigresen mendapati Paul Stadlen adalah seorang penduduk tetap Malaysia.
“Oleh yang demikian beliau bebas keluar masuk dan bekerja di negara ini tanpa perlu memiliki pas untuk bekerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.
Ahmad Zahid menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) berhubung sama ada Stadlen mempunyai permit pekerja yang sah untuk bekerja di Malaysia.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pernah mendedahkan bahawa kerajaan tidak pernah membayar gaji Stadlen setakat April 2014. #sumber
Share:

Bekas Peguam Negara Dakwa Malaysia Memerlukan Sosma


KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 tetapi ia bergantung tentang bagaimana ia ditafsir dan dilaksanakan, kata Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam ucapan pertama di khalayak ramai selepas tempoh perkhidmatannya sebagai Peguam Negara berakhir Julai lepas, Abdul Gani berkata akta itu masih diperlukan untuk melindungi negara daripada sebarang ancaman keganasan. 
Ketika berucap pada forum bertajuk 'Sosma - Wolf in Sheeps Clothing', Abdul Gani berkata, Sosma masih digunakan dan harus dipatuhi semua pihak.
Forum anjuran Majlis Peguam itu diadakan di bangunan majlis berkenaan, di sini malam Selasa.
"Keperluan Sosma terbukti banyak berguna terutama dalam kes Lahad Datu dan siasatan terhadap IS...tidak syak lagi, yang menimbulkan kontroversi sekarang ialah memperluaskan penggunaan akta itu meliputi kesalahan keselamatan lain yang termaktub di bawah jadual baharu akta tersebut," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Gani berkata, beliau tidak dapat bersuara dan mengkritik Sosma kerana beliau yang menggubal akta berkenaan. #sumber
Share:

Ibu Bapa Pelajar Berang, Sekolah Buat Solat Hajat Di LPT2 !



KUALA TERENGGANU: Gambar pelajar sekolah yang sedang membacakan surah Yasin di tepi jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mengundang kemarahan ibu bapa.
Ibu bapa yang berang itu mendakwa pentadbiran sekolah bertindak tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa pelajar.
Gambar yang menjadi viral di Facebook dan Whatsapp pada Ahad menunjukkan pelajar dan guru sedang duduk beralaskan tikar di lorong kecemasan. Sebuah bas juga kelihatan diletakkan berhampiran.
Mereka dikatakan sedang membacakan ayat-ayat Al-Quran untuk keselamatan pengguna lebuhraya.
Seorang bapa Shah Julian Aman Shah mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa sekolah membenarkan aktiviti seperti itu diadakan di tempat yang bahaya.
"Pihak berkuasa sekolah seharusnya mencari tempat yang lebih sesuai. Dan adakah pihak sekolah meminta kebenaran daripada ibu bapa?" ujar bapa kepada dua anak.
Tambahnya lagi, pihak sekolah tidak sepatutnya mengadakan solat hajat di tempat yang boleh berlakunya kemalangan.
Seorang ibu kepada pelajar, Marlinda Abd Rahman berkata walaupun tindakan itu mulia tetapi sangat salah.
"Siapa benarkan mereka mengadakan solat di tempat seperti itu?
"Adakah mereka sebenarnya meminta kebenaran daripada ibu bapa atau polis ataupun pihak berkuasa lebuhraya?" kata Marlinda.
Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Shafruddin Ali Hussin mengingatkan pihak berkuasa sekolah untuk menganjurkan acara seperti itu di tempat selamat seperti di kompleks lebuhraya.
Shafruddin berkata pihaknya akan memanggil guru yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber dari sekolah mengatakan acara yang dianjurkan itu dalam lawatan ke Kemaman selepas tamat peperiksaan PT3. #sumber
Jelasnya, solat hajat itu bukanlah sebahagian daripada rancangan program.

Tags / Kata Kunci:

Share:

Lelaki "Terjun" Ke Sungai Pahang, Di Khuatiri Mati Lemas !


TEMERLOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Pahang dari jambatan Temerloh setinggi kira-kira 20 meter lebih kurang jam 4.15 petang semalam.

Lelaki terbabit dipercayai menunggang motosikal dari arah bandar Temerloh memberhentikan motosikalnya di tengah jambatan lalu memanjat pagar dan terjun.

Saksi, Azahari Lateh berkata, dia yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, melihat lelaki berkenaan di tengah jambatan.

"Saya tegur dia yang ketika itu sedang pegang  pagar jambatan. Apabila ditegur lelaki itu seperti marah memandang tepat ke muka saya.

"Saya teruskan perjalanan.  Bila sampai  di rumah saya dapat tahu seorang lelaki terjun jambatan. Tak sangka pula rupa-rupanya lelaki yang saya tegur tadi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Anuar Othman, mengesahkan kejadian itu.
Operasi mencari yang disertai pasukan bomba, polis dan penduduk kampung dimulakan kira-kira 4.30 petang semalam.

Pemilik asal kenderaan turut dikesan dan seorang wanita yang juga ibu mangsa mengesahkan  anak lelakinya membawa motosikal itu.

Mangsa turut dikatakan mempunyai rekod sakit mental dan ahli keluarga akan membuat laporan kejadian dalam masa terdekat. #sumber
Share:

Dua Lelaki Diberkas Polis, Selepas Samun Kedai Serbaneka


KUANTAN: Dua lelaki nekad bergelut dengan empat anggota polis dalam cubaan mereka meloloskan diri setelah gagal menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kuantan Avenue, Jalan Beserah di sini, awal pagi, hari ini.

Cubaan suspek berusia 22 dan 23 tahun itu gagal apabila mereka berjaya diberkas sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut bagaimanapun seorang lagi rakan mereka berjaya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, susulan penahanan dua lelaki itu , pihaknya berjaya merampas sebilah parang yang digunakan, dua tin minuman keras dan sebuah motosikal dipercayai milik seorang suspek.

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian dua pekerja kedai terbabit disamun tiga lelaki bertopi keledar dan bersenjatakan parang dalam kejadian rompakan kira-kira jam 4.25 pagi, hari ini.

“Dalam kejadian itu, suspek didakwa mengacukan parang ke arah dua pekerja terbabit sebelum mereka merampas empat tin minuman keras dan lima kotak rokok.

“Kejadian itu bagaimanapun disedari orang awam yang ada di kawasan berhampiran lalu mereka bertindak mengejar suspek sebelum  dua daripada mereka berjaya diberkas berhampiran Jalan Teluk Sisek di sini,” katanya.

Raja Shahrom berkata, ketika orang ramai cuba menyerahkan suspek kepada anggota polis yang tiba di lokasi, dua lelaki itu bertindak liar cuba meloloskan diri sehingga berlaku pergelutan.

“Tindakan pantas anggota terlibat berjaya menghalang cubaan suspek apabila mereka berjaya diberkas,” katanya. #sumber
Share:

Penganjur "Perhimpunan Bersih 4.0", Maria Chin Di Dakwa !


KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Maria Chin Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas tuduhan gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis berhubung penganjuran perhimpunan itu pada Ogos lepas.
Maria, 59, yang juga Pengerusi Perhimpunan Bersih 2.0, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Sebagai penganjur, beliau didakwa gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis Daerah Brickfields, di sini 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan itu di hadapan kompleks beli-belah NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini antara 2 petang hingga 3 petang, 29 Ogos lepas, yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Honey Tan Lay Ean, yang mewakili Maria sebagai orang kena saman, memohon mahkamah tidak mengenakan jaminan atas alasan anak guamnya sentiasa memberi kerjasama dan tidak akan melarikan diri kerana bekerja di negara ini.
Hakim Mat Ghani membenarkan Maria diikat jamin RM5,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan semula kes. #sumber
Share:

Promosi Hebat: Tawaran Iklaneka Di Pahang Daily Online !

Assalammualaikum WBT Dan Salam Sejahtera. Kami Mempelawa Anda Mengiklankan Perniagaan Di Portal  Rasmi Suara Rakyat http://pahangdaily.blogspot.my . Tawaran Promosi  Iklan Kini Menanti Anda. Lebih Murah Lebih Menjimatkan.

Pakej2 Pilihan Adalah Seperti Berikut:-


Sila Emailkan Banner Atau HTML CODE Iklan Anda 
Ke pahangdaily@yahoo.com

Attach SLIP @ BUKTI Bayaran Yg Telah Di Buat. Iklan
Akan Di Paparkan Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Bayaran
Di Sahkan. (PERCUMA 3 HARI).  Harap Maklum
Share:

Pelajar Tingkatan Dua Mati Lemas Dekat Lombong Bauksit !


KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Felda Bukit Goh di sini ditemui mati lemas di bekas lombong bauksit di Ladang Makmur Bukit Goh pada Jumaat.

Mangsa, Nabil Ariff Shaari, 14, dari Taman Impian dikatakan mangsa pertama yang direkodkan lemas di daerah ini sejak lombong berkenaan dibuka.

Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Othman Bakar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.00 petang itu, mangsa dipercayai mandi bersama lima rakan lain.




Beliau berkata, ketika sedang mandi, seorang daripada rakannya menyedari mangsa terkapai-kapai meminta tolong.





“Bagaimanapun, rakannya gagal membantu mangsa kerana paras air di tempat mangsa agak dalam,” katanya.

Menurutnya, sebaik ditemui mangsa disahkan mati lemas dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.




Othman berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa sudah dituntut ahli keluarganya semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Noraina Anang, 42,  menyifatkan anaknya, Nabil Ariff sebagai seorang yang sangat suka membantu dan akrab dengan adik-beradiknya.

Menurutnya, anak ke empat dari lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini sebaliknya sentiasa ceria dan bersikap seperti biasa.

“Malah kami sekeluarga juga tak sangka dia pergitinggalkan kami petang semalam (kelmarin),” katanya.

Dia berkata, paling terkesan ialah adik-beradiknya yang lain kerana hubungan mereka sangat rapat.

Noraina berkata, sebagai ketua kelas di sekolahnya, Allahyarham Nabil Ariff juga seorang yang sangat suka membantu dan mempunyai ramai kawan di sekolah dan kawasan tempat tinggal mereka.

“Dia bercita-cita jadi seorang chef dan di sekolah juga aktif memasak dan ambil mata pelajaran itu sebagai persediaan awal untuk jadi tukang masak,” katanya.

Menurutnya, dia dimaklumkan rakan mangsa kira-kira jam 5 petang bahawa mangsa lemas dalam bekas lombong kira-kira 20 minit perjalanan dari rumahnya.

“Dia balik awal dari sekolah sebab hari Jumaat, selepas bersiap dia terus keluar bersama beberapa kawan. Tapi lepas solat Jumaat dia tak balik sehingga kami diberitahu dia lemas di bekas lombong,” katanya. #sumber
Share:

SPRM: Untung Jadi 'Pembangkang', Terhindar Dari Rasuah !



SHAH ALAM: Pembangkang disifatkan beruntung kerana lebih terhindar daripada gejala rasuah yang sering menghimpit golongan memegang tampuk kuasa. 

Namun, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Abdul Samat Kasah (foto) berkata, rasuah akan datang juga sekiranya pembangkang menang dalam mana-mana pilihan raya. 

“Rasuah ini bukan dari segi siapa atau parti politik mana...yang penting dia mesti ada kuasa. Sebab itu pembangkang jarang kena kecuali apabila dia (pembangkang) menang (pilihan raya) dan jadi kerajaan. Sebab rasuah ini memang jadi sebab ada kuasa. Tiada kuasa, tiada isu rasuah. Insya-ALLAH bersih. 

“Sebab itu jadi pembangkang ini, untung satu sahaja, dia tidak ada isu rasuah tetapi pada saat dia memenangi pilihan raya dan menjadi kerajaan hari itu, cabaran dia datang,” katanya pada Forum Integriti dan Pencegahan Rasuah Bersama Pemimpin Politik Pas Selangor, di sini, hari ini. 

Menurutnya, banyak kes melibatkan anggota pentadbiran berlaku sepanjang tempoh ini termasuk ahli Parlimen, Adun, Exco, menteri besar dan menteri.

“Anggota pentadbiran ini menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan. Kes melibatkan ahli-ahli Parlimen, Adun, Exco, menteri besar dan sebagainya. Semua kita siasat dan ada yang dituduh dan didapati bersalah. 

“Ini semua kita jadikan contoh iaitu bukan orangnya tapi kejadiannya. Ada yang menggunakan kuasa dengan meluluskan tanah kepada seorang wanita yang ketika itu mereka belum berkahwin pun tapi dia telah mengadakan majlis pertunangan, berbincang dan telah menetapkan tarikh (pernikahan).

“Sebelum dia kahwin lebih kurang dalam dua minggu, dia telah meluluskan tanah kepada wanita itu. Memang kalau ikut undang-undang semasa kejadian wanita itu bukan isterinya tapi mahkamah mendapati niatnya semasa dia meluluskan tanah kepada bakal isterinya,” katanya.

Tegasnya, siasatan dan tindakan yang dikenakan tidak mengambil kira status pelaku.

“Bukan nak bela mana-mana pihak. Polis pun ada yang jahat ada yang baik. Ini sebab  kita dilahirkan dalam kelompok manusia yang sama.

“Pegawai SPRM pun ada yang kena tangkap sebab rasuah. Ini bukan sesuatu yang saya banggakan tapi saya kena sebut. Rasuah ini tak kenal latar belakang. Hakim, majistret, ustaz pun ada,” katanya. #sumber
Share:

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Ada Emas Di Lombong Bauksit


KUANTAN: Penemuan emas di kawasan perlombongan bauksit di sekitar Kuantan adalah tidak benar kerana aktiviti perlombongan mineral itu tidak berlaku di jalur kawasan emas.

Exco Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak (foto) berkata, beliau dan kerajaan negeri juga tidak pernah dimaklumkan tentang penemuan emas di sini sejak perlombongan bauksit bermula beberapa tahun lalu.

Menurutnya, sebarang penemuan emas di negeri ini perlu dilaporkan kepada jabatan berkenaan dan kerajaan negeri.

“Apabila melombong, mungkin akan berjumpa sedikit mineral lain selain mineral utama. Tetapi emas memang kita tidak dengar kerana emas di Pahang hanya terdapat di kawasan tertentu.

“Emas di Pahang juga lazimnya dijumpai dalam bentuk ‘solid rock’ menyebabkan ia tidak mudah untuk diambil dalam bentuk ‘finish product’,” katanya semasa dihubungi.

Sehubungan itu, Mohd Soffi menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa penemuan emas di lombong bauksit menjadi sebab aktiviti perlombongan mineral itu tidak dihentikan.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, Mohd Zaim Abdul Wahab juga menyifatkan dakwaan penemuan emas di Kuantan sebagai ‘sangat-sangat tipis dan boleh diabaikan’ kerana geologinya sebagai kawasan yang bukan mempunyai emas.

“Kajian menunjukkan jalur emas di Pahang bermula dari Kelantan, melalui Merapoh, Kuala Lipis, Raub dan Bentong.

"Semua kawasan ini terletak di Pahang barat dan bukannya di timur negeri,” katanya. #sumber
Share:

Tambang "Keretapi KTM Komuter" Akan Naik Disember Ini !


PETALING JAYA: Tambang keretapi KTM Komuter akan naik bermula Disember.
Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad mengesahkan bahawa kenaikan tambang bagi laluan KTM Komuter akan diumumkan pada Isnin, dengan kadar tambang baharu bermula pada 2 Disember.

Penumpang dijangka dikenakan tambang 15 sen per km, meningkat dari kadar tambang semasa 11 sen per km.

Nawawi berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan butir-butirnya, tetapi kereta api Intercity KTMB terlepas daripada kenaikan.

Sebelum ini, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar telah menunjukkan tanda-tanda bahawa tambang LRT dan Monorel akan dinaikkan.

Beliau berkata Prasarana akan mengumumkan kenaikan sebelum akhir Oktober.

Syed Hamid berkata SPAD telah mendapat kelulusan Kabinet untuk menaikkan tambang.

SPAD dan Prasarana (mengendalikan laluan LRT dan Monorel di Lembah Klang) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Pada Julai, Prasarana berkata tambang LRT kekal tidak berubah sejak 2002. Tambang komuter KTM kali terakhir disemak semula pada tahun 2003. #sumber
Share:

Ahli Politik, Debat Arul-Tony Pua Menarik Untuk Di Tonton !


KUALA LUMPUR: Ahli politik kedua-dua belah parti (kerajaan dan pembangkang) tidak sabar menantikan debat antara Arul Kanda Kandasamy dan Tony Pua.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjangkakan ia akan menjadi sesuatu yang baik kerana 'Arul adalah ketua 1MDB yang sering dikritik Tony Pua' (MP Petaling Jaya Utara).

"Pua telah mengambil sudut yang sangat negatif dalam bagaimana dia melihat 1MDB," katanya, sambil menambah orang ramai akan dapat menilai kedua-dua pihak semasa perbahasan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata Pua tidak sepatutnya menjadi satu-satunya orang yang bertanyakan soalan.

"Jika anda mahu menjadikannya lebih meriah, anda perlu untuk mendapatkan moderator," katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan tidak bersetuju dengan perdebatan itu, menyatakan bahawa kedua-dua mereka mempunyai tugas yang lebih besar daripada berdebat antara satu sama lain.

"Tetapi oleh kerana Pua adalah ketua pengkritik dan Arul adalah ketua 1MDB, ketetapan ini membolehkan orang ramai membezakan yang mana betul dan yang mana salah.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, ia adalah satu peluang yang baik untuk Pua mendapatkan jawapan dan membantu negara mengetahui tentang isu-isu yang melibatkan 1MDB.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata mengadakan perbahasan adalah cara yang lebih baik.

"Cara Arul menjawab soalan, dia tidak benar-benar menjawab. Saya berharap Pua mampu untuk mendapatkan jawapan daripadanya," katanya. #sumber
Share:

Pemimpin UMNO Perlulah Dengar Pandangan Dan Kritikan !


JOHOR BAHRU: Semua ahli Umno termasuk pemimpin tertinggi digesa mengamalkan kesederhanaan untuk memastikan parti kekal relevan walaupun dalam landskap politik hari ini.

Ketika membuat gesaan itu, veteran Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, mereka mesti bersedia mendengar pandangan, pendapat dan juga menerima kritikan daripada ahli-ahli lain.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata Umno harus berfungsi sebagai sebuah organisasi dan bukannya seolah-olah dimiliki oleh individu atau orang-orang tertentu.

"Kesederhanaan dalam Umno telah membuatkan parti kekal selama bertahun-tahun dan semua ahli parti mestilah berpegang kepada prinsip itu," kata Shahrir pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kim Teng Park mengenai isu pengambilan tanah daripada kawasan perumahan mereka, yang merupakan salah satu daripada yang tertua di Johor Baru.

Shahrir berkata akhir-akhir ini, beliau menyedari bahawa ahli-ahli Umno termasuk di peringkat Majlis Tertinggi telah menjadi 'lebih toleran' dalam memaksa orang lain untuk hanya menerima pandangan mereka.

Beliau berkata, individu-individu ini juga merasakan mereka adalah betul dan orang lain adalah salah dan orang-orang yang tidak bersetuju dengan pandangan mereka telah dijenamakan sebagai pengecut.

"Pemimpin yang baik perlu bersedia menerima pandangan dan kritikan daripada akar umbi dan tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima atau bersetuju hanya pendapat anda," kata Shahrir. #sumber
Share:

Lim Guan Eng 'Selar PAS', Pada Konvensyen DAP Selangor !


PETALING JAYA: PAS menjadi topik hangat dalam perbincangan pada konvensyen DAP Selangor, dengan Lim Guan Eng menyelar parti Islam itu kerana tidak mahu menyokong usul penolakan Bajet 2016.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, tindakan PAS tersebut begitu mengecewakan, menunjukkan parti berkenaan tidak bersama-sama dengan parti pembangkang lain.
"Ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bekerjasama rapat dengan Barisan Nasional," dakwa Guan Eng dalam ucapannya pada perasmian konvensyen itu, Ahad.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sebuah akhbar harian berbahasa Melayu bahawa parti Islam tersebut tidak akan menyertai parti-parti pembangkang lain dalam usul menolak Bajet 2016.
Guan Eng mendakwa bahawa kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan PAS lebih memilih untuk bersama dengan Barisan Nasional. #sumber
Share:

Gagal Senaraikan IPO, "Punca Masalah" Aliran Tunai 1MDB !


KUALA LUMPUR: Kegagalan menyenaraikan aset tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun lalu menjadi punca utama kepada masalah aliran tunai syarikat itu, kata Presidennya Arul Kanda Kandasamy pada Sabtu.
Menurut Arul, 1MDB mempunyai dua tarikh yang disasarkan untuk menyenaraikan aset tersebut yang kini dibawah unit Edra Global Energy Bhd.
Kali pertama pada November 2013 dan tarikh lain ditetapkan pada November tahun lalu.
"Dalam kedua-dua keadaan, atas pelbagai sebab termasuk faktor dalaman dan luaran, tawaran awam permulaan (IPO) tidak berlaku," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur.
Arul menjelaskan apabila IPO gagal dilakukan, timbul ketidaksepadanan antara caj faedah yang perlu dibayar dalam tempoh yang singkat selain pembayaran utama.
"Itu jawapan saya mengapa 1MDB menghadapi masalah dan cabaran yang kita lalui pada hari ini," katanya.
Beliau berkata, tanpa mengurangkan beban hutang semasa sebanyak RM42 bilion, kos caj faedah perkhidmatan ke atas jumlah hutang mencecah RM2.4 bilion setahun.
Jelas beliau lagi, 1MDB merancang untuk mengurangkan keseluruhan hutang pada Jun tahun depan menerusi satu siri latihan rasionalisasi.
Penjualan Edra kepada pembida yang berminat yang sedang dilakukan ketika ini dijangka dapat mengurangkan antara RM16 bilion hingga RM20 bilion bebanan hutang. #sumber
Share:

Rafizi: Arul Kandasamay Adalah "Pembahas" Yang Terbaik !


PETALING JAYA: Arul Kanda Kandasamy telah digambarkan sebagai seorang 'lagenda di kalangan pembahas Malaysia' oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Menurut beliau, Arul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah mengetuai pasukan debat yang berkali-kali memenangi Piala Perdana Menteri (PPM) pada 1990-an.

Ahli Parlimen Pandan menyatakan perkara ini dalam posting blog beliau bertarikh 1 September 2010, di mana beliau telah memberi penghormatan kepada Allahyarham rakannya Adlan Benar Omar, atau Ben.

"Dalam era 90-an, PPM dimenangi berulang kali oleh Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diterajui oleh seseorang yang bernama Arulkanda Kandasamy," katanya.

"Selepas itu, kami bertemu ketika kami bertiga di UKEC (United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students) di UK  - dan Arulkanda (lagenda di kalangan pembahas Malaysia) seringkali mengagumi kehandalan Ben berbahas," tulis Rafizi.

Dalam mesej teks pada Sabtu, Arul mengakui bahawa beliau sememangnya menjadi pembahas terbaik keseluruhan dan pembahas paling muda dalam pertandingan PPM ketika di tingkatan satu.

"Saya adalah pemenang termuda dalam 'International Plain Speaking Award' ketika tingkatan 2, mewakili Malaysia di Australia, dan selebihnya dalam adalah dalam sejarah PPM sehingga tingkatan lima," katanya. #sumber
Share:

SPRM Nafi Dakwaan Raja Petra, Sokongan Kini Meningkat !


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata keyakinan dan sokongan orang ramai terhadap SPRM meningkat berikutan pelbagai inisiatif dan tindakan yang dilaksanakannya sejak 2009.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata menerusi program transformasi, SPRM melaksanakan pelbagai strategi operasi pencegahan rasuah, pengurusan berkesan modal insan dan meningkatkan usaha mencegah rasuah.

"Pelbagai strategi dan pendekatan telah dilaksanakan termasuk 'engagement' dengan pihak-pihak berkepentingan untuk meningkatkan prestasi SPRM secara holistik," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan itu sebagai mengulas laporan artikel Malaysia Today tulisan Raja Petra Kamarudin pada Sabtu bertajuk 'When MACC Literally Gets Away with Murder'.

SPRM juga menekankan bahawa ia tidak semata-mata bertindak ke atas kes berprofil tinggi sebagaimana didakwa Raja Petra bagi meningkatkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai ke atas SPRM.

Rohaizad berkata oleh itu SPRM mempunyai tugas dan tanggungjawab moral untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh.

Beliau berkata SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas akan menjalankan siasatan ke atas setiap kes secara telus dan profesional. #sumber
Share:

Juara "Piala AFC", Cuti Khas Peristiwa Di Johor Pada Ahad !


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa di seluruh negeri itu berikutan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 

Pengumuman cuti khas itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers, Sabtu malam. 

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 membantu skuad Harimau Selatan mengalahkan juara bertahan Liga Tajikistan, FC Istiklol 1-0 pada aksi final di Stadium Central Republican,Dushanbe, Tajikistan. 

Untuk rekod, JDT yang sebelum ini dikenali sebagai Johor FC pernah membuat penampilan sulung dalam kempen Piala AFC pada 2009 namun gagal melepasi peringkat kumpulan. #sumber
Share:

Arul Kanda "Sedia Debat" Dengan Tony Pua Tanpa Syarat !


KUALA LUMPUR: Arul Kanda Kandasamy kini bersedia berdebat secara terbuka dengan Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat, sekali gus menarik balik syarat awal bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Saya dengan ini menarik balik syarat saya. Saya akan bertemu dengan Tony Pua dalam program bual bicara atau berdebat dengan beliau secara langsung di televisyen tanpa mengenakan sebarang syarat.
"Saya tidak sabar dengan perbincangan ini supaya kita boleh berdebat mengenai semua persoalan Pua," kata Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.
Arul turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menyediakan platform untuk siaran langsung perdebatan itu.
Sejurus pengumuman itu, Pua turut mengucapkan terima kasih kepada Arul menerusi Twitternya kerana menerima cabaran beliau dan menarik balik syarat awalnya.
Beliau turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menjadi hos program tersebut dan berharap tarikh, masa dan format akan akan diselesaikan dalam masa terdekat.
"Satu-satunya orang yang akan mendapat manfaat adalah rakyat Malaysia yang mahu kebenaran didedahkan," kata Pua.
Pada malam Jumaat, Arul muncul dalam satu program temu bual bersama Bernama TV yang mendorong Pua berkata hanya jawapan 'kitar semula' akan diberikan.
Pua pada Sabtu kemudiannya mencabar Arul untuk berdebat secara langsung dengan beliau.
Arul menegaskan beliau bersetuju dengan cabaran tersebut tetapi Pua perlu terlebih dahulu meletak jawatan daripada PAC. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.