script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ejen Hartanah Di Bunuh, Kerana "Money Game" !


PETALING JAYA: Ejen hartanah wanita yang dibunuh penembak bermotosikal di Taman OUG semalam disyaki ada kaitan dengan pembabitannya dalam skim piramid mengumpul dana haram (money game).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa yang dipetik Oriental Daily berkata, polis tidak menolak kemungkinan punca kematian wanita itu ada kaitan dengan mangsa dan suaminya yang berusia 39 tahun pernah terbabit dalam ‘money game’.
“Suami mangsa mengaku pernah menjalankan skim piramid kumpul dana haram ketika berada di China dan beliau pulang ke tanah air baru-baru ini selepas meraih keuntungan,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu.
Tegasnya, yang pasti pasangan itu pernah menjalankan kegiatan mengumpul dana haram tetapi polis tidak pasti jika suami mangsa pernah terbabit dalam kegiatan pelaburan Nanning.
Sehubungan itu, katanya, polis perlu menunggu siasatan lanjut selesai untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan mangsa.
Sementara itu, Rusdi berkata, anak perempuan mangsa berusia 8 tahun yang turut terkena tembakan selamat menjalani pembedahan kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mengeluarkan peluru di bahagian kiri dada dekat jantungnya.
Mangsa ditembak mati dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika beliau memandu kenderaan Vellfire bersama lima anaknya dan seorang pembantu rumah melalui Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG kira-kira jam 2.30 petang Rabu.
Mangsa maut di tempat kejadian selepas satu daripada lima das tembakan itu terkena lehernya manakala anak perempuannya yang berada di tempat duduk hadapan penumpang turut cedera dalam kejadian itu.
Sebelum ini, media melaporkan lebih 10,000 rakyat Malaysia terbabit dalam skim pelaburan haram yang berleluasa di Nanning, China manakala puluhan rakyat Malaysia yang ditahan polis China pada Mac lalu kerana menyertai aktiviti haram itu, dibebaskan kerana tiada bukti mencukupi. #sumber
Sindiket pelaburan haram itu menyasarkan keturunan Cina dari negara lain dengan alasan pembangunan rancak di China menyebabkan kerajaan negara itu memerlukan modal besar dan pelabur yang terjerat dibawa melawat ‘projek-projek pembangunan’ yang dikatakan disertai mereka di China.  #sumber
Share:

Peniaga Di Jengka, Engkar Skim Kawalan Harga !


MARAN: Tinjauan di Bandar Pusat Jengka di sini, mendapati rata-rata peniaga tepi jalan menjual ayam standard melebihi kadar ditetapkan Skim Kawalan Harga Runcit Barangan Terkawal Musim Perayaan 2016.

Beberapa gerai dengan label khemah Pasar Tani yang menempatkan pekerja bukan warga negara itu menjual pada harga RM9 dan RM9.50 sekilogram untuk ayam standard iaitu ayam yang disembelih dan dibersihkan beserta kepala, kaki dan hempedal dan mana-mana bahagian.

Sedangkan skim yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga runcit maksimum ayam standard adalah RM7.10 dan RM7.90 (ayam standard) untuk Daerah Maran.

Skim itu berkuatkasa 16 jun lalu sehingga hari raya pertama.

Selain meletakkan harga tinggi, peniaga turut gagal meletakkan tanda harga bagi barangan kawalan yang lain seperti tomato dan cili merah yang boleh menimbulkan kekeliruan pembeli.

Penduduk, Md Shah Kasim, 50, dari Felda Jengka 11 berkata, beliau memilih untuk membeli di pasar raya berbanding gerai tepi jalan kerana harga ditawarkan tidak terkawal.

"Beli di pasar raya lebih berpuas hati sebab ada tanda harga dan lebih rendah berbanding di luar. Kalau di luar peniaga kata harga musim raya kena naik lagi," katanya.

Sementara itu, Mohd Zahid Idris, 46, berasal dari Kuala Lumpur juga tidak berpuas hati dengan harga ditawarkan peniaga tepi jalan menyebabkan beliau memilih untuk membeli keperluan perayaan di pasar raya berdekatan.

"Lebih baik beli di pasar raya berbanding di gerai tepi jalan sebab harga di sini terkawal. Setiap kali raya macam ni. Sebab tu saya tak beli di gerai. Selalu juga dengar rungutan kawan-kawan yang beli di luar kata mahal," katanya.

Sinar Harian turut membuat tinjauan di pasar raya terdekat dan rata-ratanya mendapati harga mengikut piawaian ditetapkan KPDNKK.

Pemilik pasar raya turut meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakan senarai barangan harga kawalan dan tidak.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Tuan Mohd Roslan Mahayudin ketika dihubungi berkata, orang ramai boleh membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang tidak mengikut garis panduan ditetapkan menerusi talian hotline KPDNKK 1800 885 800
 atau merujuk laman web KPDNKK di www.gov.kpdnkk.my.  
 #sumber
Share:

Kemalangan Maut, Di Seluruh Pahang Meningkat !


KUANTAN:  Ops Selamat 9/2006 bagi negeri ini mencatatkan 307 kemalangan dengan 10 maut sementara 6,082 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam tempoh lima hari pertama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, jumlah itu meningkat berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 317 kemalangan dengan sembilan maut dan 3,458 saman.

Menurutnya, polis memandang serius perkara itu dan terus melakukan pemantauan bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan.

Katanya, dua pemandu lori dan seorang pemandu bas ekspres didapati positif dadah melalui ujian air kencing selepas ditahan dalam sekatan di Raub, kelmarin.

“Kami juga melakukan operasi di beberapa laluan utama kenderaan berat termasuk bas ekspres sepanjang tempoh Ops Selamat yang berakhir 13 Julai ini.

“Sebanyak 30 laluan panas di seluruh daerah dikenal pasti berdasarkan statistik kemalangan tahun lalu dengan tiga yang utama iaitu laluan Rompin-Nenasi, Pekan-Kuantan dan Raub berdekatan Sungai Koyan.

“Rondaan juga dibuat di laluan bukan dalam lokasi panas menerusi 256 pegawai dan anggota yang bertugas,” katanya di Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Pahang, baru-baru ini. #sumber

 

Share:

PAS: Najib Belum Di Dakwa, Tidak Perlu Bercuti !

PETALING JAYA: PAS tidak akan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk bercuti kerana berpendapat kes yang membabitkan perdana menteri itu berbeza dengan kes pembelian rumah banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menggesa Guan Eng bercuti adalah tepat kerana kes itu sudah didakwa di mahkamah.
“Saya baca kenyataan beliau di media. Bagi saya kes Guan Eng dengan perdana menteri berbeza. Haron Din menggesa Guan Eng bercuti kerana beliau dalam perbicaraan dan saya fikir wajar kerana kesnya sedang dibicarakan.
“Ia selaras dengan pandangan parti dan berbeza dengan Najib, beliau masih belum didakwa kerana itu ia satu kedudukan yang berbeza,” katanya.
uan Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mempersoalkan “nasihat” Haron kepada Guan Eng untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.
Dalam kenyataannya itu, Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Haron yang tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri susulan kes wang “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Guan Eng didakwa atas pertuduhan berkait salah guna kuasa dalam meluluskan permohonan sebuah syarikat menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman.
Beliau turut didakwa menyalah guna kedudukannya dalam pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat Dr Zuhdi Marzuki berkata kenyataan Haron itu tidak menunjukkan sebarang ‘double standart’.
“Sekiranya Najib didakwa ke mahkamah seperti yang dihadapi Guan Eng, beliau juga harus bercuti sementara kesnya dibicarakan. Tiada double standard,” katanya. #sumber
Share:

Lemang Periuk Kera, Jadi Pilihan Warga Kuantan !


KUANTAN: Lemang periuk kera kini menjadi pilihan warga di sini sebagai juadah Aidilfitri nanti selain ketupat dan lemang biasa yang dimasak di dalam buluh.
Peniaga lemang Abdul Rahim Abdul Ghani, 37, berkata beliau mula berniaga lemang periuk kera pertama kali pada Ramadan tahun ini dan mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada pelanggan terhadap lemang buatannya itu.
Abdul Rahim berkata setakat ini, beliau sudah mendapat tempahan raya kira-kira 500 biji lemang periuk kera dan lebih 200 batang lemang buluh daripada pelanggan sekitar sini sebagai juadah pada pagi raya nanti.
"Sepanjang bulan puasa ini, lemang periuk kera ini paling cepat habis dijual dengan harga mengikut saiz kecil hingga besar antara RM1 dan RM4. Boleh dikatakan setiap hari lemang periuk kera ini habis dibeli pelanggan," katanya.
Beliau berkata secara purata, kira-kira 200 biji lemang periuk kera habis dijual manakala lemang buluh terjual kira-kira 40 batang setiap hari.
Ditanya penyediaan memasak lemang periuk kera, Abdul Rahim berkata kelongsong periuk kera perlu dibersihkan sebaik mungkin sebelum memasukkan pulut dan santan ke dalam kelongsong berkenaan untuk dikukus.
"Lemang periuk kera ini kena kukus bukan bakar macam lemang biasa dalam buluh ini. Mula-mula kita masukkan pulut dalam kelongsong periuk kera ini kemudian baru kita tuangkan santan di atas pulut sebelum dikukus.
"Isteri saya yang ditugaskan menyediakan lemang periuk kera ini sementara saya menumpukan kepada kerja membakar lemang buluh ini," katanya.
Beliau berkata kelebihan lemang periuk kera ini adalah rasanya yang sangat berlemak berbanding lemang biasa yang dibakar dalam buluh.
"Sesiapa yang belum pernah rasa lemang periuk kera ini, sekali makan pasti hendak lagi dan akan datang cari lagi lemang ini, sehinggakan membuat tempahan kepada saya untuk sambutan hari raya nanti," katanya. #sumber
Share:

Kejadian Letupan Movida, Polis Sahkan IS Dalang

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara mengesahkan kejadian letupan di kelab malam Movida, Puchong 28 Jun lalu didalangi pengganas IS.
Dalam sidang media di Bukit Aman hari ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata 15 orang yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas itu ditahan selepas siasatan terhadap insiden itu.
“Sejumlah 7 tangkapan di Kedah, 4 di Selangor, 2 di Kuala Lumpur, dan 1 di Melaka dan Pulau Pinang,” katanya. Semua yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan berusia antara 19 hingga 52 tahun.
Menurut Khalid, dua yang ditahan disyaki ada kaitan langsung dalam serangan yang menyebabkan lapan orang tercedera akibat letupan bom tangan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.15 pagi 28 Jun.
“Kita dapati kedua-dua mereka ini dapat arahan terus dari warga kita di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi yang telah arahkan mereka ini lancarkan serangan-serangan di Malaysia, terhadap pemimpin kanan kerajaan, pemimpin kanan polis, dan hakim-hakim kerana ketiga kumpulan ini halang kegiatan mereka,” jelas beliau.
Menurut Khalid, bom tangan yang digunakan dalam serangan itu diperoleh daripada negara jiran.
Siasatan juga membawa kepada penangkapan dua anggota polis berpangkat rendah yang bertugas di Kedah dan Pulau Pinang.
“Seorang ditahan kerana disyaki merancang membuat samun sebagai dana untuk sel IS di sini, manakala seorang lagi kerana memberi perlindungan kepada ahli IS,” katanya.
Semua yang ditahan disiasat bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Dua lagi individu – Md Saifuddin Muji daripada Rengit, Johor dan Jasanizam Rosni daripada Batu Pahat dalam buruan pihak berkuasa.
Berikutan serangan fizikal pertama IS di negara ini, polis telah meningkatkan usaha bagi menghalang ia berulang dan terus menahan ahli kumpulan pengganas itu.
“15 yang kita tahan ini dipercayai terlibat atau telah terima arahan untuk lancar serangan kepada pihak-pihak yang saya sebut serta pusat hiburan, kononnya tempat-tempat ini tidak Islamik.
“Saya menyeru orang ramai agar terus beri kerjasama untuk pastikan IS tidak mudah jalankan aktiviti mereka,” kata Khalid.
Beliau juga meminta pusat-pusat hiburan supaya beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. #sumber
Share:

Kecewa Di Gantung, Shafie Umum Keluar UMNO !

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar UMNO selepas Majlis Tertinggi (MT) memutuskan untuk menggantung keahlian beliau sehingga siasatan selesai dijalankan.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu digantung daripada jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO  susulan tindakannya yang dikatakan secara terang-terangan melanggar disiplin dan perlembagaan parti.

Turut hadir mendengar pengumuman itu ialah beberapa pemimpin UMNO  Bahagian dan sayap, selain penyokongnya. Shafie yang kini bekas ketua UMNO Bahagian Semporna merupakan salah seorang pengasas parti Melayu itu Sabah.


Sebelum ini MT sebulat suara membuat keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli UMNO kerana didapati melanggar disiplin dan perlembagaan parti. VIDEO

Kedua-duanya didakwa duduk sepentas dengan parti pembangkang sambil memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.
Walaupun Shafie sejak mula dipecat daripada Kabinet bersama Muhyiddin kerana mengkritik kepimpinan Najib, namun nasibnya agak baik kerana MT hanya menggantung keahliannya sehingga siasatan jawatankuasa disiplin parti selesai. #sumber
Share:

Rahim Thamby Chik Ancam Menyaman Mat Sabu


PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kerana didakwa menuduh beliau atas kesalahan seksual.
"Saya tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah atas kesalahan seksual dan saya akan memastikan Mat Sabu diheret ke mahkamah," kata bekas Ketua Menteri Melaka itu menerusi Twitternya pada malam Sabtu.
Mat Sabu dilaporkan menyifatkan penangkapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai 'tayangan ulangan' plot yang sama.
Bercakap kepada orang ramai di luar pejabat SPRM Pulau Pinang pada malam Khamis, bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata apa yang menimpa Lim merupakan ulang episod sama seperti berlaku pada 1998.
Beliau mendakwa Lim mempertahankan mangsa dan akhirnya dipenjarakan.
Abdul Rahim merupakan Ketua Menteri Melaka dari 1982 hingga 1994 dan dituduh terbabit kes rogol budak bawah umur.
Beliau kemudiannya menggosongkan sementara kedudukannya sementara menunggu siasatan kes tersebut.
Pada 1994, Peguam Negara ketika itu memutuskan bahawa tiada bukti yang cukup untuk mendakwanya di mahkamah. #sumber
Share:

Penyanyi, Herman Tino Sertai Semula Parti UMNO

SHAH ALAM: Penyanyi Dangdut Herman Tino yang pernah dipecat daripada UMNO selepas bertanding atas tiket bebas, semalam pulang ke pangkuan parti.
“Saya sedar adalah satu kesilapan apabila bertanding atas tiket bebas menentang UMNO .
“Saya tidak mahu ingat lagi kisah lama dan berjanji akan pandang ke hadapan membantu Umno seperti lirik dalam lagi saya ‘mengapa dikenang mengapa difikir’,” katanya.
Pada pilihan raya umum 2013, Herman yang nama sebenarnya Marsun Tamsi, bertanding di Tanjung Karang menentang Pengerusi UMNO  Selangor Tan Sri Noh Omar dan calon PAS, Mohamad Rashdi Deraman.
Noh menang dengan majoriti 4,394 mengalahkan PAS, manakala Herman hilang deposit selepas meraih 340 undi.
Semalam, Herman menyerahkan borang penyertaan UMNO  kepada Noh, sambil berkata beliau masih sayangkan UMNO .
“Saya juga minta maaf jika ada kata-kata kurang enak dan tidak menyenangkan, termasuk kata-kata ‘saya tidak suka mu’ kepada Tan Sri Noh.” #sumber

Share:

Penulis Di Tahan, Hantar Mesej Gambar Hina PM !


JOHOR BAHRU: Seorang penulis buku berusia 76 tahun ditahan polis pada Sabtu setelah didapati menghantar mesej bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aplikasi WhatsApp yang bersifat jelik bertujuan menghina. 

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam kenyataan di sini berkata lelaki itu ditahan di rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi setelah satu laporan polis diterima di negeri ini pada Jumaat. 

Beliau berkata polis merampas seunit telefon bimbit berjenama Samsung G5 daripada lelaki itu dan dia akan direman di Mahkamah Majistret di sini, Ahad bagi melengkapkan siasatan.

"Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej bergambar tersebut atas nama 'Pa Ya' dalam kumpulan WhatApps "Bicara Politik Melayu" yang bersifat jelik bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia. 

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya," kata beliau. #sumber
Share:

Jurutera Di Bunuh Gara-Gara Pikat Kekasih Orang


JOHOR BAHRU: Seorang jurutera sebuah syarikat cari gali minyak dibunuh kerana dikatakan cuba memikat seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki.

Mayat mangsa ditemui ditanam di kawasan belukar di Km 25.9 Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mangsa Tan Chuen Take, 31, yang bekerja di Singapura sebelum itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Dato Chellam di sini sejak 26 Jun lalu yang dipercayai diculik sepasang kekasih.

Menurut beliau, pihak polis kemudiannya menahan pasangan berkenaan yang merupakan warga tempatan dan berusia 22 dan 32 tahun di sebuah rumah di Taman Indahpura, Kulai pagi semalam.

"Hasil siasatan dan dipandu arah oleh seorang suspek membawa polis kepada lokasi mangsa ditanam selepas dibunuh dan dilarikan pasangan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati motif penculikan dan pembunuhan adalah kerana perasaan dendam dan cemburu," katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kedua-dua pasangan itu direman hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk disiasat mengikut Seksyen 363 dan 302 kanun yang sama. #sumber
Share:

Amanah Cadang Muhyiddin Ketua Pembangkang !


JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Ketua Pembangkang baharu bagi Pakatan Harapan.

Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman berkata terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

"Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.

"Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita.

"Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu kita untuk menjadi Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club di sini, Jumaat.

Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata Muhyiddin adalah musuh yang menggerunkan apabila beliau bersama Umno dan percaya bahawa pihak pembangkang harus berkerjasama dengannya dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, apabila Anwar dipecat kira-kira 18 tahun lalu, bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, membuka pintu kepada beliau untuk menyertai pembangkang.

"Apabila beliau menjadi menteri besar di sini, Muhyiddin menjadikan Johor sebagai kubu BN di mana pembangkang hampir tidak dapat menembusinya walau banyak percubaan dilakukan," katanya. #sumber
Share:

MCA Pertikai Wang Derma Ikat Jamin Guan Eng !


KUALA LUMPUR: Apa yang akan dilakukan DAP dengan wang sumbangan lebih RM1 juta yang dikutip untuk ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas perbicaraan kes rasuah beliau selesai, soal Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker.

Lian Ker mempersoalkan sama ada wang itu akan dikembalikan semula kepada penderma atau sebaliknya.

"Mengapa DAP menganjurkan kempen kutipan derma untuk mendapatkan kembali wang yang digunakan untuk ikat jamin Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah pun dibebaskan dengan ikat jamin?

"Lim sudah dibebaskan dengan ikat jamin dan di sini mereka mengelirukan orang ramai untuk menderma dana yang mungkin kemudian tidak digunakan," kata Ti dalam satu kenyataan.

Lian Ker berkata, dakwaan rasuah terhadap Guan Eng adalah bersifat peribadi kerana ia melibatkan sebuah banglo yang dibeli di bawah harga pasaran daripada pemilik yang mungkin mempunyai urusan negeri atau mendapat manfaat daripada jawatannya sebagai ketua menteri.

"Ini berbeza jika DAP mencari dana untuk satu tragedi yang melanda negeri atau ke arah kebajikan tertentu yang tidak ada dalam budaya dan amalan DAP," katanya.

Lian Ker berkata parti itu mengamalkan sikap 'double standard', memberi contoh kes C Selvam, pemandu kepada mendiang Pengerusi DAP Karpal Singh, yang telah dikurung selama lebih sebulan apabila tiada siapa yang membayar ikat jamin RM5,000 untuk dirinya.

"Kami juga mengingatkan tentang bekas Pengerusi DAP Sarawak, mendiang Wong Ho Leng yang mengadu kurang mendapat perhatian atau bantuan parti apabila dia menghidap kanser," katanya.

Lian Ker mengingatkan orang ramai bahawa DAP telah gagal mendedahkan jumlah yang dikumpul untuk dana 'Save Bukit China' pada tahun 1984 bagi menghentikan rancangan pembangunan kerajaan Melaka di bukit itu.

DAP telah melancarkan kempen derma 'RM10 Solidariti Bersama Guan Eng' selepas Setiausaha Agung didakwa dengan dua tuduhan rasuah pada Khamis dan jumlah ikat jamin RM1 juta ditetapkan
. #sumber
Share:

Polis Nafi, Viral 'Tumpahan Minyak' Di Lebuhraya !


BENTONG: Polis menafikan kejadian simbah minyak yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) atau Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak baru-baru ini seperti yang diviralkan oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abdul Ghani (foto) berkata, gambar yang diviralkan berkenaan adalah sama dengan gambar yang diviralkan pada tahun lalu dan tidak ada kaitan dengan kejadian simbah minyak.

Menurutnya, sejak tiga hari lalu, gambar kesan minyak dilebuhraya diviralkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa berlaku kejadian simbah minyak sehingga terdapat dalam kalangan pengguna jalan raya yang hampir terbabas.

“Pihak polis telah melakukan siasatan dan mendapati itu adalah gambar lama dan tidak ada kes terbaharu seperti itu,"katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Noor Yusof Ali berkata, meskipun laporan berkenaan tidak benar pihaknya tetap melakukan tindakan dan pemantauan segera di kawasan lebuh raya terbabit.

Menurutnya, pihak polis juga telah menghubungi pihak berkaitan bagi memastikan perkara ini tidak berlaku sehingga menjejaskan keselamatan pengguna.

"Kita dapati gambar ini mesti viral setiap kali musim perayaan dan sudah banyak kali kita memberi penjelasan kepada pengguna jalan raya mengenai perkara ini.

"Bagaimanapun kita tetap mengambil tindakan dengan melakukan pemantauan berterusan dan sekiranya perkara ini betul-betul berlaku tindakan tegas akan diambil kepada pihak dan individu terbabit,"katanya.

Sementara itu, Pengarah Anih Berhad, Nik Fauzi Nik Hussin berkata, gambar yang diviralkan berkenaan merupakan kesan tumpahan minyak yang berlaku akibat daripada satu kemalangan di Kilometer 70 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Sungai Dua, Bentong November tahun lalu.

Beliau berkata, sejurus selepas kejadian kemalangan pada November tahun lalu itu pihaknya telah melakukan tindakan segera membersihkan tumpahan minyak berkenaan termasuk menggunakan habuk kayu.

"Kita kesal dengan berita yang diviralkan berkenaan dan pada tahun lalu kita juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut," katanya. #sumber
Share:

Cemburu: 'Suami Maut Di Tikam Isteri' Di Chenor !


MARAN: Pertengkaran sepasang suami isteri, disyaki berpunca daripada persaraan cemburu, berakhir tragis apabila lelaki itu ditikam di Kampung Paya Besar, Kertau Chenor, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, mangsa Awang ak Muhamad, 42, seorang penoreh getah, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Chenor selepas terkena dua tikaman dengan pisau dapur di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Maran, Supt. Mat Rizal Mat Radzi berkata siasatan awal mendapati anak lelaki tiri mangsa berusia 10 tahun terdengar suspek bertengkar dengan mangsa sebelum menikamnya di dalam bilik di rumah mereka.

"Hasil temu bual dengan anak tiri mangsa ini mengatakan suspek telah bertengkar dengan mangsa sebelum menikam mangsa di dalam bilik.
"Kemudiannya anak tiri mangsa yang melihat kejadian itu membawa seorang adiknya yang berumur 11 bulan ke rumah saudara berdekatan dan memaklumkan kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Mat Rizal berkata ketika kejadian hanya terdapat pasangan suami isteri itu serta dua anak mereka.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata suspek yang berumur 33 tahun itu sudah ditahan berhampiran kawasan rumahnya selepas kejadian itu dan dia akan direman hari ini.

Katanya kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber
Share:

Moratorium Bauksit 'Di Lanjutkan' Dua Bulan Lagi


PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir pada 15 Julai ini dilanjutkan dua bulan lagi sehingga 14 September, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium kali ketiga itu adalah untuk membolehkan usaha mengosongkan stokpil bauksit yang masih berada di luar Pelabuhan Kuantan iaitu sekitar bandar Kuantan dan Bukit Goh dilakukan.

"Jumlah bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan dianggarkan sebanyak 5.4 juta tan meliputi 1.3 juta tan dalam stokpil di kawasan Gebeng, 2.3 juta di dalam kawasan lombong dan 1.8 juta tan di kawasan Felda.

"Selagi stokpil tidak keluar, selama itu kementerian dan kerajaan negeri Pahang bersetuju bahawa kita tidak akan membenarkan aktiviti melombong baukist," katanya pada satu sidang media di sini Khamis.

Kerajaan sebelum ini mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari dan berakhir pada 14 April lalu.

Ia kemudian dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Julai ini.

Wan Junaidi berkata bagi tujuan mengosongkan stokpil tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengeluarkan sebanyak 25 AP khas.

"Namun sehingga 1 Jun lalu, hanya 187,438 tan sahaja dieksport, sedangkan kapasiti pengendalian eksport bauksit di Pelabuhan Kuantan adalah 1.5 juta tan sebulan dan di Pelabuhan Kemaman, Terengganu sebanyak 700,000 tan sebulan.

"(Stokpil yang bertimbun) Ini bukan salah kerajaan pusat dan negeri atau kementerian tetapi industri bauksit tidak bergerak. Saya tidak faham dan rasional disebalik kenapa mereka memegang stokpil. Industri yang membunuh sendiri kerana stokpil bauksit tidak bergerak," katanya.

Wan Junaidi berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada 24 Jun lalu mengenai beberapa perkara yang masih memerlukan tindakan lanjut terutamanya menyelesaikan isu pengosongan stokpil bausit.

Dalam hal ini, katanya kementerian dan kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk bekerjasama mempermudahkan pengeksportan kesemua baki bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan.

"Kementerian dan kerajaan negeri Pahang berharap pihak industri dapat memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua stokpil tersebut dieksport keluar dalam jangka masa tersebut," katanya.

Ditanya sekiranya stokpil bauksit masih tidak dapat dikosongkan sehingga tempoh lanjutan pada 14 September ini berakhir, Wan Juanidi berkata: "Selagi  stokpil tidak dikosongkan, saya masih mencadangkan kepada kerajaan untuk memanjangkan tempoh moratorium bagi perlombongan bauksit dan kerajaan akan membuat keputusan".


Beliau berkata semua pemain industri bauksit harus mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila kerajaan menarik balik moratorium ke atas perlombongan pada masa akan datang. #sumber
Share:

ASWAJA: Majlis Fatwa Perlu Perjelas 'Kafir Harbi'

PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan dan agensi agama sewajarnya perjelaskan ‘kafir harbi’ supaya masyarakat dicerahkan dengan takrifan yang jelas.
Ini kerana ketidakfahaman istilah ‘kafir harbi’ telah membawa kepada kenyataan-kenyataan yang menunjukkan sikap sembrono dan terlebih prasangka terhadap Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
“ASWAJA berpuas hati dengan penjelasan yang berikan oleh mufti dan kenyataan mengenai kafir harbi tidak ada cacat celanya,” kata Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) Zamihan Mat Zin, yang bertemu Abdul Rahman bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya.
Penjelasan yang diterimanya, menurut Zamihan, dibuat mengikut nas dan kitab ulama.
“Ahli politik, sarjana dan agamawan seharusnya ‘tabayyun’ (mencari penjelasan) terlebih dahulu sebelum membuat ulasan bebas menerusi berita akhbar dan media yang masing-masing mempunyai motif tersendiri,” kata Zamihan, yang mengatakan isu ini dimanipulasikan oleh segelintir agamawan dan sarjana “terlajak ulas” dan mengaitkan kenyataan mufti itu dengan keganasan.
Dalam kenyataannya malam tadi, Zamihan tidak menafikan istilah harbi bermaksud memerangi dan diperangi.
“Namun, jangan sempitkan tafsiran ini dengan minda yang cetek. Islam mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak kecuali sekiranya Islam itu diperangi maka wajib umat Islam mempertahankannya,” tegas Zamihan.
Kontroversi kafir harbi mendorong Jemaah Menteri mengeluarkan kenyataan semalam bagi menjelaskan kenyataan Abdul Rahman. Pejabat Perdana Menteri menjelaskan mufti bermaksud golongan kafir harbi wajib ditentang dan bukannya diperangi.
“Isu ini telah menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang cuba menyeleweng kenyataan berkenaan dengan menggunakan istilah ‘diperangi’”, kata Pejabat Perdana Menteri.
Sebelum itu, kumpulan profesional Islam membidas penggunaan label “kafir harbi” terhadap rakyat bukan Islam, dengan berkata ia istilah lapuk di zaman moden kecuali oleh kumpulan pengganas seperti IS dan Boko Haram.
“Ramai sarjana semasa Islam, seperti Muhammad Abu Zahrah, Abdullah Bayyah, Yusuf Qaradawi, Wahbah al-Zuhayli, Fahmi Huwaidi dan Muhammad Emarah Syakh berpendapat kategori kafir harbi dan kafir dhimmi tidak lagi relevan dan terpakai dalam kerangka sosio-politik zaman moden hari ini,” kata Forum Profesional Islam (MPF).
Mufti Perlis Asri Zainul Abidin mengambil pendirian rakyat bukan Islam tidak boleh dikelaskan sebagai kafir harbi selagi mendapat kerakyatan dan dipelihara oleh undang-undang Malaysia. #sumber
Share:

Hormati Keputusan Ahmad Husni, Henti Spekulasi


KUANTAN: Keputusan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah  melepaskan semua jawatan dalam Kabinet dan UMNO tidak seharusnya dipolitikkan atau menimbulkan pelbagai spekulasi, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Beliau berkata setiap individu mempunyai hak untuk menentukan pilihannya dan semua pihak perlu menghormati pilihan itu.  

"Beliau (Ahmad Husni) telah lakukan tugas yang baik dan sekarang memilih untuk berundur. Berundur ini banyak sebabnya...kita tak usah nak viral, spekulasi atau buruk sangka.  

"Biar Ahmad Husni berehat. Sekarang tidak ada sesiapa yang boleh paksa kitapegang jawatan atau bersara. Itu yang menjadi amalan parti dan kerajaan," kata Menteri Besar Pahang itu pada Khamis.


Pada Isnin, Ahmad Husni melepaskan semua jawatannya dalam UMNO dan hanya mengekalkan jawatan Anggota Parlimen Tambun manakala pada Jumaat sebelumnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Adnan turut menyifatkan tindakan pembangkang yang membesar-besarkan isu peletakan jawatan Ahamd Husni sebagai 'tindakan biasa yang tidak perlu dihairankan kerana sudah menjadi lumrah sebagai pembangkang'.  

Menteri besar Pahang itu menambah apa yang seharusnya menjadi keutamaan Umno adalah memastikan pengganti Ahmad Husni dapat meneruskan dan melakukan tugas dengan cemerlang seperti yang telah dicorakkan beliau.  

"Umno juga tidak akan bermasalah. Jika dilihat sejarah parti, Umno telah melalui pelbagai krisis sebelum ini. Kita hanya perlu pandang ke depan, fokus dan bertahan...Mereka yang pandang ke belakang memang akan ketinggalan.  

"Dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku tapi siapa yang bolehbersabar, bertahan dan dapat mengatasi segala cabaran, merekalah yang akan bertahan," katanya. 

Mengulas pemecatan bekas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin danbekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada 
UMNO  pada Jumaat lalu, Adnan berkata tindakan itu membuktikan tiada siapa mengatasi peraturan dan undang-undang parti. 

Sebagai sebuah parti yang memerintah, 
UMNO  juga perlu menunjukkan contoh dankomitmen terhadap undang-undang yang didukungnya kepada parti lain, khususnya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN), tambahnya.  

"Saya harap Muhyiddin dan Mukhriz dapat menerima tindakan itu dengan hatiyang terbuka dan dalam politik UMNO, tidak pernah tiada persengketaan. Ini adalah cara kita belajar dan menjadikan politik Umno semakin matang," katanya. #sumber
Share:

Mufti Pahang Dakwa Tak Maksud Angkat Senjata !

PETALING JAYA: Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman, yang dikritik kerana menggelas bukan Islam menentang undang-undang syariah sebagai kafir harbi, berkata beliau tidak bermaksud mereka perlu dibunuh.
Beliau berkata kenyataan memerangi kafir harbi itu bukan dalam konteks mengangkat senjata, dan boleh juga dikenakan terhadap orang Islam yang menentang prinsip Islam.
“Sebagai Muslim, kita bertanggungjawab untuk mengisytiharkan jihad terhadap kafir harbi. Dalam konteks ini, jihad tidak semestinya bererti mengangkat senjata dan pergi berperang.”
Katanya, jihad bermaksud melawan ideologi melalui perdebatan dan hujah.
Abdul Rahman menambah, tidak masuk beliau mahu mencetuskan huru-hara kerana beliau juga punyai kawan bukan Islam.
Mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya, Abdul Rahman berkata itu adalah hak masing-masing.
Beliau menambah, bukan Islam tidak perlu khuatir mengenai usul memperkasa mahkamah syariah kerana ia tidak melibatkan mereka.
Katanya, mengaitkan kenyataannya dengan ideologi IS juga tidak masuk akal.
Abdul Rahman sebelum ini enggan menarik balik atau memohon maaf di atas kenyataannya.
Semalam, polis berkata beliau sedang disiasat di bawah Akta Hasutan akibat kenyataannya itu. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.