script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terengganu Mungkin Adakan Pilihan Raya Negeri Mengejut


KUALA LUMPUR: Terengganu kembali dilanda krisis dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin boleh memutuskan sama ada negeri perlu menyelesaikannya dengan mengadakan pilihan raya negeri mengejut.
Krisis terbaharu itu susulan ketegangan yang tercetus antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan penyandang jawatan terdahulu yang tidak sehaluan, Datuk Seri Ahmad Said sejak beberapa hari lalu.
Situasi berkenaan menjadi "bahaya dan goyah" apabila Ahmad disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ghazali Taib yang jelas memberontak.
Tindakan mereka keluar dari Umno akan menyebabkan DUN tergantung dan Ahmad Razif dikatakan perlu bersiap sedia dari segi mental untuk kemungkinan membubarkan DUN.
Ahmad menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada Sabtu lalu, dengan menyasarkan Ahmad Razif dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahmad yang merupakan Ahli Undangan Negeri (Adun) Kijal menyampaikan ucapan panjang dan berang pada majlis Umno di Kemaman yang mana beliau mencabar parti untuk memecatnya, dengan menyatakan "mereka akan lihat apa yang saya boleh lakukan".
Kemarahannya dipercayai susulan permintaan Ahmad Razif kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno supaya memecat bekas menteri besar itu.
Ahmad Razif, yang ditemui pemberita pada majlis Hari Raya pada Selasa mengesahkan Umno Terengganu telah menghantar laporan mengenai dakwaan salah laku Ahmad kepada MT dan Lembaga Disiplin parti.
"Parti telah mengambil tindakan terhadap timbalan presiden dan naib presiden Umno. Saya menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk mengambil tindakan disiplin berdasarkan laporan kami. Sepatutnya takkan ada 'double standard'," kata Ahmad Razif.
Difahamkan Menteri Besar juga meminta MT supaya mempertimpangkan untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut bagi menyelesaikan krisis yang berlaku.
"MB meletakkan jawatan bergantung kepada keadaan. Jika tiada pilihan raya, beliau bersedia dan yakin Barisan akan melakukannya dengan lebih baik," kata pegawai Umno Terengganu.
Ia bukan pertama kali Ahmad cuba untuk menjatuhkan penggantinya tetapi kali ini beliau dilihat mendapat sokongan Ghazali.
Ghazali yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas mengadakan sidang media pada Selasa bagi mempertahankan Ahmad dan menyatakan tiada keperluan untuk memecat mana-mana Adun di Terengganu.
Beliau turut mengkritik kerajaan negeri dan mengingatkan Barisan bahawa ia mendapat kuasa mentadbir negeri itu dengan majoriti dua kerusi.
Daripada 32 kerusi, Umno mempunyai 17 kerusi, PAS 14 dan PKR satu. DUN tergantung akan berlaku sekiranya Ahmad dan Ghazali mahu mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas.
"Politik di Terengganu penuh dengan dendam dan kita perlu berdepan dengan krisis sekali lagi. Semuanya berdebar, sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku dalam beberapa hari akan datang," kata pakar politik Terengganu, Dr Azmi Omar.
Pada sidang DUN sebelum ini, Ahmad cuba untuk membentangkan usul undi tak percaya terhadap Menteri Besar tetapi gagal.
Kepimpinan Umno hilang keyakinan terhadap Ahmad selepas hampir menyaksikan kejatuhan parti itu di Terengganu pada pilihan raya umum 2013.
Ahmad dan dua lagi Adun meletakkan jawatan dari Umno dan hampir menumbangkan kerajaan Barisan apabila Perdana Menteri menggantikan beliau pada 2014.
Bagaimanapun, ketiga-tiga individu termasuk Ghazali dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud dipujuk untuk menarik balik perletakan jawatan mereka.
Kedudukan Ahmad Razif juga tergugat sebelum ini apabila Sultan menarik balik semua gelarannya yang sehingga kini tidak diketahui puncanya.
Kelebihan yang ada pada Menteri Besar adalah PAS tidak berminat untuk mengambil Ahmad atau mana-mana rakannya menyertai parti Islam itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan secara terbuka berkata, PAS mahu berkuasa di Terengganu menerusi pilihan raya dan bukannya melalui pintu belakang. #sumber
Share:

Bersih 5 Dibenarkan Jika Patuh Akta Perhimpunan Aman


KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 akan diberi lampu hijau untuk menganjurkan perhimpunan kelima mereka, asalkan kumpulan yang menuntut reformasi pilihan raya itu mematuhi ketetapan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak mempunyai masalah untuk membantu kumpulan itu dalam hal-hal keselamatan.

"Apa yang mereka perlu lakukan adalah mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman dan kami akan menyokong mereka dengan senang hati," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Rabu.

Pada 25 Julai, dilaporkan bahawa kumpulan itu tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan jika ia bertujuan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Khalid dipetik: "Terdapat peruntukan-peruntukan tertentu untuk meminta perdana menteri meletak jawatan. Ikut prosedur."

Rancangan mengadakan perhimpunan Bersih 5 muncul selepas  Jabatan Kehakiman AS menuntut untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4.06 bilion) yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB. #sumber
Share:

Berdiam Diri Bukan Pilihan, Bersih 5.0 Di Teruskan

PETALING JAYA: Bersih 2.0 hari ini mengumumkan perhimpunan kelima anjuran gabungan itu bagi memberi tekanan supaya mereka yang bersalah dalam skandal 1MDB dibawa ke muka pengadilan.
Gabungan pilihan raya adil itu bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh perhimpunan yang dinamakan Bersih 5 itu.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata ia mengadakan siri perbincangan dengan pelbagai kumpulan NGO, pemimpin belia dan golongan akademik dan merumuskan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam memastikan penyiasatan menyeluruh di sebalik pelbagai pendedahan salah laku melibatkan 1MDB.
“Perdana menteri dan anggota Kabinet yang diberikan amanah melindungi kepentingan rakyat gagal menjalankan tugas mereka. Mereka membiarkan skandal 1MDB berpanjangan selama lima tahun tanpa pertimbangan akauntabiliti.
“Mereka perlu menjalankan penyiasatan dengan serta merta dan menangkap Malaysian Official 1 atas jenayahnya. Sekiranya tiada tindakan, PM dan Kabinet perlu letak jawatan,” kata kenyataan itu.
Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.
Dokuman penyiasat AS turut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, menggunakan wang yang dilesapkan daripada 1MDB, bagaimanapun tidak merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, jolokan “Malaysian Official 1” sebanyak 32 kali dalam dokumen penyiasat itu menjadi spekulasi di kalangan pemimpin pembangkang yang rata-rata setuju ia merujuk kepada Najib.
Bersih berkata perhimpunan yang akan diadakan itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan menyiasat 1MDB dengan telus.
Ogos tahun lalu, Bersih mengadakan perhimpunan keempat selama dua hari, disertai lebih 200,000 orang di Kuala Lumpur, selepas pengakuan Najib menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Bersih berkata ia akan turut serta dalam perhimpunan belia #TangkapMalaysianOfficial1 di ibu negara pada 27 Ogos ini.
“Kami menyokong penuh tindakan ini,” kata kenyataan itu.
“Rakyat Malaysia tidak patut berdiam diri atau menerima kleptokrasi dan rasuah yang berlaku.” #sumber
Share:

UMNO Kelantan Setaraf PAS Perjuangkan Islam !

PETALING JAYA: Perjuangan Islam yang dibawa PAS Kelantan tidak lagi menggentarkan Umno untuk menawan kembali negeri serambi Mekah itu.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Hanafi Mamat berkata ini kerana Umno juga parti yang memperjuangkan gerakan Islam.
“Sentimen keagamaan yang dibawa PAS tidak timbul kerana Umno Kelantan bersedia menyokong usaha untuk meningkatkan lagi gerakan Islam di Kelantan dan kita juga menyokong pelaksanaan hudud,” katanya kepada FMT.
Hanafi berkata Umno Kelantan mampu merampas Kelantan daripada PAS walaupun melalui pilihan raya awal seperti saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Datuk Ahmad Jazlan Yaakub supaya DUN negeri dibubarkan kerana banyak kelemahan dalam pentadbiran sedia ada.
“Keadaan kerajaan negeri dari sudut pentadbiran sangat lemah, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah prasarana negeri untuk kemudahan rakyat, tidak dapat mengurus isu air bersih, pendapatan negeri merosot, kos premium tanah meningkat, malah mereka lebih bergantung kepada dana persekutuan.
“Umno yakin dengan perkhidmatan kita secara berterusan kepada rakyat, keikhlasan kita membantu kerajaan negeri dan keupayaan kita mentadbir Kelantan pada masa akan datang.
“Saya rasa rakyat juga memahami perkara ini dan dapat membuat perbandingan antara keikhlasan kita membantu rakyat dengan kerajaan PAS Kelantan membantu rakyat,” katanya.
Sebelum ini, Ahmad Jazlan menyarankan DUN negeri itu dibubarkan lebih awal susulan kemelut dan ketidaksepakatan dalam kalangan pemimpin PAS dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.
Kenyataan Ahmad Jazlan itu dibidas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dengan menyifatkan desakan itu lebih kepada motif politik memandangkan tidak ada bukti yang jelas dan terdesak untuk DUN Kelantan dibubarkan. #sumber
Share:

Pengurus Kuantan FA Kecewa, FAM Berdiam Diri !


KUANTAN: Pengurus Kuantan FA, Datuk Wan Solihi Wan Hassan kecewa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana tidak memberi sebarang kata putus berhubung penggantungan ketua jurulatih pasukan itu.

Beliau berkata, mereka sudah beberapa kali membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman penggantungan tujuh bulan yang dikenakan ke atas Zulhamizan Zakaria, namun masih dipandang sepi oleh badan induk bola sepak negara itu.

“Penggantungan tujuh bulan yang dikenakan ke atas Zulhamizan adalah terlalu lama dan kita sudah mengemukakan rayuan beberapa kali bagi meringankan hukuman itu.

“Tetapi malangnya sehingga kini tiada jawapan yang diberikan oleh FAM dan yang menjadi mangsa dalam situasi ini ialah Kuantan FA kerana kami terpaksa menanggung beban untuk membayar gaji kepada Zulhamizan walaupun dia digantung.

“Dalam masa yang sama kami juga tidak dapat menggantikan dia dengan jurulatih lain ekoran FAM gagal memberikan keputusan segera terhadap rayuan itu,”

Wan Solihi berkata, beliau berharap kemelut tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ia memberikan imej negatif kepada FAM yang sebelum ini sudah banyak tercalar.

“Hukuman ke atas Ketua Jurulatih Perak, Syamsul Saad hanya digantung empat perlawanan berbanding Zulhamizan yang dikenakan penggantungan selama tujuh bulan, sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah sama”

Pada 30 Mac lalu, FAM menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tatatertibnya telah menggantung Zulhamizan susulan tindakan jurulatih itu mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan semasa perlawanan Liga Perdana antara Kuantan FA dan UiTM FC serta semasa Piala FA, menentang Perak. #sumber
Share:

Polis Henti Siasat Dakwaan Konspirasi Guling PM


SHAH ALAM: Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa ada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan menghentikan siasatan diambil selepas didapati Khairul Azwan membuat laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap (hearsay).
"Polis sudah rakam percakapan Khairul Azwan dan kami dapati dia buat laporan berdasarkan andaian...dia tidak dapat kemukakan bukti seperti yang didakwa dalam laporannya.
"Kami tidak boleh jalankan siasatan berdasarkan kepada andaian, jadi polis tidak berhajat untuk teruskan siasatan dan telah hentikan (siasatan) minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Selasa.
Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat. 
Khalid bagaimanapun berkata, Khairul Azwan tidak dianggap membuat laporan polis palsu kerana naib ketua Pemuda itu mungkin berasa terpanggil untuk membuat laporan selepas membaca laporan akhbar dan mendengar cerita daripada pihak lain.
"Kami sudah nasihati dia (Khairul Azwan) supaya tidak buat lagi di masa depan. Kalau tiada alasan yang kukuh, janganlah kita buat sebarang tuduhan kerana bila laporan dibuat polis kena siasat jadi kalau benda itu tidak berasas buang masa kita sahaja. 
"Sebab itu dalam hal ini di peringkat awal lagi saya dah beritahu kami perlu soal pengadu, tengok apa dia ada...kalau dia tiada apa-apa kami tidak akan teruskan siasatan," katanya. 
Pada 26 Julai lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam laporan yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia. #sumber
Share:

Kenali Siapa Pengasas Pasaraya Mydin Mohamed



Pengasas Rangkaian Pasaraya Milik Islam yang terbesar di Malaysia, Allahyarham Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein (duduk kanan) meninggal dunia jam 5.06 petang Isnin (1 Ogos 2016) pada usia 88 tahun. Jenazah akan dikebumikan pada Rabu (3 Ogos 2016) ini di Tanah Perkuburan Mont Kiara.


Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Orang-Orang yang  Beriman. .Aamin..  Al Fatihah..

Kenali Siapa Pengasas Pasaraya Mydin

Pasaraya Mydin bukanlah lagi suatu nama asing di Malaysia, malah syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. (MYDIN) ini telah pun dicalonkan dan memenangi pelbagai jenis anugerah dari tahun ke tahun. Antaranya, adalah Anugerah Industri Jualan Terbaik Bekalan Fama (PROSES), Asia Pacific Entrepreneurship Awards 2007, CIO Recognition Awards 2006. 

Hampir 60 tahun ini, MYDIN telah melakar sejarah yang gemilang dalam industri keusahawanan. Hal ini kerana MYDIN mampu berkembang dari hanya kedai secara kecil- kecilan dan kini telah menjadi syarikat yang mampu meraih multi bilion RM. MYDIN pada mulanya diasaskan dan diusahakan sendiri oleh usahawan Malaysia yang bernama Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Beliau adalah keturunan India Muslium dari Kathiawar di Gujerat India dan dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1928. 

Idea penubuhan syarikat ini bermula daripada Encik Ghulam Hussein, iaitu bapa kepada Encik Mydin Mohamed. Bapa kepada Encik Ghulam Hussein, iaitu Encik Jamal merupakan imigran Muslim dari India. Encik Mydin berkahwin Berkahwin dengan isterinya yang merupakan gadis dari India iaitu Rowshan Bhai pada tahun 1949 serta  mempunyai tujuh orang cahaya mata, tiga perempuan dan empat lelaki.  

Setelah bertapak hampir 58 tahun di Malaysia, iaitu bermula dari tahun 1957, MYDIN kini mempunyai lebih daripada 90 cawangan di seluruh Malaysia. MYDIN merupakan antara perniagaan terbesar di Malaysia yang mengusahakan aktiviti peruncitan dan pemborongan.

MYDIN bermula dengan penubuhan kedai kecil-kecilan mereka pada tahun 1918 di Penang oleh Encik Ghulam Hussein. Namun, kedai mereka telah terlibat dengan kebakaran sewaktu Perang Dunia Kedua. Walaupun mereka kehilangan segala aset mereka, namun itu tidak mematahkan semangat kumpulan MYDIN untuk terus merancang strategi perniagaan mereka. 

Pada 1957, putera Encik Ghulam Hussein iaitu Encik Mydin Mohamed membuka kedai kecil berpapan mereka di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan. Kedai mereka dikenali dengan nama Syarikat Mydin Mohamed. Kedai ini dibuka dengan hasil penat lelah duit yang dikumpul sendiri oleh Encik Mydin Mohamed. 



Basikal dijadikan sebagai alat pengangkutan barang dan untuk kegunaan menghantar pesanan kepada pelanggannya yang berdekatan. Sekiranya beliau menerima pesanan dari pelanggan di luar Bandar, beliau akan menghantar pesanan dengan menaiki bas. Setelah perniagaannya mula berkembang sedikit demi sedikit, beliau membuat keputusan untuk membeli sebuah van untuk memudahkannya menyampaikan pesanan dalam kuantiti yang lebih besar. 



Pada ketika itu, Syarikat Mydin Mohamed hanya menjual barang keperluan harian dan juga alat permainan. Berkat rezeki dan pertolongan keluarga, Syarikat Mydin Mohamed berjaya melebarkan perniagaan mereka ke Kuala Terengganu pada 1979. Kemudian, mereka juga memulakan outlet mereka di Lembah Klang di Jalan India pada 1989. 

Setelah itu, MYDIN semakin bertapak kukuh di Malaysia dan berkembang pesat dari semasa ke semasa. Antara rangkaian produk MYDIN termasuklah barang keperluan harian seperti makanan, peralatan elektrik,alat permainan, alat tulis, pinggan mangkuk,barang basah,keperluan muslim,makanan sejuk beku,makanan laut,produk kesihatan, hadiah, hiasan dan gubahan dan pelbagai lagi. 



MYDIN kini diterajui oleh putera kedua Encik Mydin Mohamed, Dato’ Ameer Ali yang berkelulusan Masters in International Business dari Sonoma State University, California. Beliau mula menyertai pengurusan MYDIN pada 1987 setelah hampir 6 tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank.

Usahawan Mydin Mohamed Bin Ghulan Hussein mempunyai banyak ciri – ciri keusahawan pada diri beliau yang boleh dicontohi terutamanya oleh usahawan muda di Malaysia. Kesabaran dan semangat yang tinggi beliau amat memberi impak kepada kejayaan MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. untuk bertapak di Malaysia selama hampir 58 tahun. 

Antara ciri – cirinya adalah :

1, Daya Usaha (Initiative)

Perkembangan pesat perniagaan yang diusahakan oleh Mydin Mohamed Bin Ghulan Hussein seperti pada masa ini mampu terhasil oleh kerana hasil daya usahanya yang seakan tiada tanda noktah. Contohnya, walaupun bermula dengan hanya modal yang kecil untuk menubuhkan kedai kecil berpapan di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan pada 1957. 

Namun, beliau tetap terus terdorong untuk merancang strategi dan memikirkan langkah dan usaha untuk belia mengembangkan perniagaanya. Daya usahanya yang tinggi tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mengumpul modal dan menimba pengalaman baru dalam perniagaannya untuk memantapkan dirinya sebagai seorang usahawan.

Hasilnya, pada 1979, Encik Mydin telah pun membuka cawangan baru yang berpusat di Kuala Terengganu. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk membuka cawangan keduanya iaitu hampir 22 tahun, namun perniagaan ini terus bergerak maju dan sentiasa berkembang. Daya usaha Encik Mydin diteruskan lagi dengan penubuhan cawangan -cawangan baru MYDIN di Malaysia iaitu di kawasan Lembah Klang di Jalan India pada 1989. 

Hasil berkat daya usaha Encik Mydin, kini wujud lebih daripada 90 cawangan MYDIN di seluruh Malaysia termasuklah 50 cawangan di Selangor, 5 cawangan di Terengganu, 4 cawangan di Melaka, 3 cawangan di Kelantan, 1 cawangan di Putrajaya,8 cawangan di   Kuala Lumpur, 2 cawangan di Pahang, 3 cawangan di Pulau Pinang, 2 cawangan di Negeri Sembilan, 4 cawangan di Johor,4 cawangan di Perak, 1 cawangan di Kedah dan lain – lain. Daya usahanya juga tidak terhad kepada penubuhan cawangan cawangan baru, malah Encik Mydin juga sentiasa mencari peluang untuk menyertai aktiviti keusahawan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

 Contohnya, pada tahun 2011, MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. telah terlibat dengan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang turut disertai oleh Pasaraya Tesco dan Carrefour. Mydin berperanan untuk memberi latihan dan tunjuk ajar kepada beberapa kedai runcit tradisi yang terpilih dalam program untuk ditransformasikan kepada kedai runcit moden. Selain dapat meluaskan sektor ekonomi negara, langkah ini juga dianggap sebagai daya usaha Encik Mydin untuk memperkukuhkan nama MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. di Malaysia. 

Contoh lain bagi daya usahawan Encik Mydin adalah untuk mengvariasikan model perniagaan di bawah syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. Bermula dengan perniagaan kecil, kini MYDIN turut mengusahakan 9 jenis perniagaan iaitu pasaraya,emporium, kedai runcit mini, kedai keperluan 24 jam, pasar mini, pasaraya kompleks, pasaraya premium, dan restoran premium. 

Daya usaha ini turut tersemat dalam diri bapa usahawan ini sendiri, iaitu Encik Ghulan Hussein. Pada 1918, kedai kecil yang beliau tubuhkan telah pun dibakar semasa Perang Dunia Kedua. Walaupun kehilangan segala harta, semangat beliau tidak pernah luntur untuk terus memegang gelaran sebagai seorang usahawan.

2. Mempunyai Pandangan Jauh (Foresight)

Mempunyai pandangan yang jauh dan pemikiran yang bersifat futuristik adalah antara faktor yang membolehkan Encik Mydin berjaya sebagai seorang usahawan. Walaupun bermula dengan wang hasil simpanan sendiri yang terhad, beliau mampu mengembangkan perniagaannya secara berperingkat – peringkat. Ini adalah kerana skop pemikirannya yang luas ke depan yang membolehkannya merancang strategi perniagaan dengan berkesan. 

Maka tidak hairanlah jika syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. mampu meraih jualan sebanyak RM2.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac 2012. Selain itu, ciri keusahawanan ini turut dipamerkan oleh Encik Mydin melalui penetapan harga ke atas barang yang dijual. MYDIN amat terkenal dengan harga barangannya yang murah berbanding harga pasaran, namun dalam masa yang sama kualiti barang juga turut diberi perhatian. 

Jadi, tidak hairanlah mengapa MYDIN amat terkenal dengan slogannya “Mengapa bayar lebih? Beli pada harga borong”. Faktor ini amat membantu dalam menarik kepuasan dan kesetiaan pelanggan terutamanya dari golongan individu dan isi rumah yang mahu berjimat cermat. Ini sekaligus memberikan nilai tambah kepada kumpulan MYDIN untuk menjadi pilihan pengguna dan mampu bersaing dengan pesaing terdekatnya seperti Pasaraya Econsave, Tesco, Carefour dan lain-lain. 



Antara contoh lain adalah hasil pandangan yang jauh Encik Mydin mampu menimbulkan idea untuk menvariasikan rangkaian produknya. Pada mulanya, Encik Mydin hanya menjual barang keperluan harian dan alatan permainan di kedai kecilnya. Beliau telah merancang strategi untuk mempelbagaikan jenis produk jualannya apabila perniagaan berkembang kelak. Antara rangkaian produk baharu ialah peralatan elektrik, pinggan mangkuk, alat tulis, aksesori, pakaian dan lain-lain. 

Ini membuktikan bahawa pemikiran Encik Mydin adalah sentiasa maju ke hadapan walaupun pada ketika itu beliau hanyamempunyai modal yang terhad. Ciri ini juga turut dipamerkan oleh putera kedua Encik Mydin, iaitu Datuk Ameer Ali. Usaha beliau untuk mencari dana bagi penubuhan cawangan Mydin di Subang Jaya amat sukar apabila kesemua bank menolak permohonan pinjamannya. 



Hal ini kerana projek ini dianggap amat berisiko kerana lokasi penubuhannya yang terletak hanya bersebelahan dengan pasaraya Giant yang juga turut menjadi pilihan pengguna. Namun kerana pemikiran Datuk Ameer yang yakin dengan perniagaannya dan ganjaran yang akan diterima pada masa akan datang kerana risiko yang diambilnya, beliau terus berazam untuk mendapatkan dana. 



Akhirnya permohonan pinjamannya diluluskan oleh Arab-Malaysian Bank Bhd. Hasilnya, terbukti bahawa jangkaan Datuk Ameer Ali tepat. Hanya dalam tempoh setahun cawangan Mydin di Subang Jaya terpaksa meluaskan kawasan parkir kereta kerana sambutan yang amat menggalakkan dari pelanggan.


3. Muktamad (Decisive)

Sikap muktamad/tegas ini turut ditampilkan pada perwatakan Encik Mydin sepanjang perjalanannya dalam dunia perniagaan. Sebagai contoh, keputusannya yang muktamad untuk mengubah nasib diri dan keluarganya telah memberi impak yang cukup hebat kepada kejayaannya dalam industri perniagaan. 

Bermula dengan bekerja sebagai peniaga pasar malam, beliau mula mengumpul modal sebelum membuka kedainya yang pertama pada 1957. Pada ketika itu, beliau sedar bahawa nasibnya sebagai peniaga pasar malam sentiasa berbeza-beza dari segi keuntungan dan kerugian. Sejak dari itu, beliah berikrar untuk mula mengorak langkahnya sebagai seorang usahawan. 

Pendiriannya yang tegas dan muktamad itu mendorong beliau untuk mengatur strategi perniagaanya. Beliau mula mencari sumber untuk mendapatkan barang pada harga yang murah dan menjualnya semula kepada pengguna akhir juga pada harga yang lebih murah dari harga pasaran. Hasilnya, beliau mula mengimport barang daripada Thailand kerana harganya yang lebih murah dan menjual semula barang itu di Malaysia dengan harga yang lebih murang daripada pesaing. 

Kerana ketegasannya itulah yang membolehkan syarikatnya kini iaitu MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. untuk berpegang teguh kepada slogan mereka iaitu “Mengapa bayar lebih? Beli pada harga borong”. Rata-rata pengguna memilih untuk mengunjungi dan menjadi pelanggan setia MYDIN kerana harga barangnya yang murah dan mempunyai kualiti yang baik. Ketegasan untuk meraih kejayaan yang ada pada diri Encik Mydin ini juga banyak melatih beliau untuk terus mengatur langkah dan tidak berputus asa. 



Contohnya, Encik Mydin mengambil masa selama 22 tahun untuk membuka kedainya yang kedua, iaitu di Lembah Klang yang terletak di Jalan India. Walaupun tempoh itu ternyata amat lama, namun sikap beliau yang muktamad untuk terus mencapai kejayaan membolehkan beliau untuk tidak menghentikan langkahnya sebagai usahawan dalam tempoh 22 tahun itu. 



Ketegasan beliau untuk terus berjuang dibuktikan lagi dengan penubuhan cawangan cawangan Mydin yang baru di sekitar Malaysia apabila beliau mula mempunyai modal yang lebih besar. Selain itu, ketegasan beliau tentang nilai berjimat cermat yang diamalkan olehnya dan keluarga turut menjadi faktor beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. Walaupun beliau sudah memperolehi kekayaan hasil perniagaanya, beliau tetap tegas dengan sikap berjimat cermat dan juga sentiasa merendah diri. 

Putera dan puterinya sering diingatkan tentang amalan berjimat cermat dan peka akan kos hidup. Ketekadan beliau untuk berjaya juga memberi semangat kepada beliau untuk mempercukupkan ilmu perniagaannya terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaannya sendiri. Beliau mula bekerja dari bawah, iaitu di sebuah kedai runcit milik Mr. Peerbhai.

4. Kesedaran Beretika (Ethical Consciousness)

Walaupun Encik Mydin sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan keuntungan syarikat, namun beliau tidak lupa akan tanggungjawab sosial syarikatnya. Hal ini seiring dengan konsep perniagaannya iaitu eiring dengan konsep perniagaannya ‘daripada masyarakat untuk masyarakat.’ Beliau berpegang teguh dengan slogannya,iaitu untuk menjual barang pada harga borong. 

Penetapan harga ini amat bermakna buat pelanggannya terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Selain itu, syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. juga turut sama terlibat dalam penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M) dan telah diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menjadi operator/pengedar dalam projek ini. KR1M yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini (tahun 2011) berperanan sebagai medium yang mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli bagi barang keperluan. 



Antara sumbangan syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. adalah terlibat dalam aktiviti memasang peralatan kedai, bantuan IT untuk sistem jualan, teknik kemahiran dan penjualan, dan juga menyediakan latihan. Selain itu, MYDIN turut menjaga etikanya dalam perniagaan. Hal ini dapat dilihat pada kualiti produk jualan MYDIN. 

Walaupun dijual pada harga borong iaitu harga yang lebih murah berbanding pasaran, namun hal itu tidak menyekat kumpulan MYDIN untuk memantau tahap kualiti produk jualannya. Antara contoh lain nilai etika yang diamalkan oleh pentadbiran syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. adalah dengan mementingkan label dan status halal produk yang dijual di cawangan MYDIN. 

Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat kepada visi syarikat itu sendiri iaitu “untuk menjadi syarikat pengedar terkemuka di dunia bagi barangan dan perkhidmatan yang halal”. Ini menunjukkan bahawa kumpulan MYDIN prihatin dengan keutamaan penduduk di Malaysia yang didominasi oleh golongan Muslim sebanyak 61.3% (setakat 2010). Kumpulan MYDIN juga menitikberatkan kesedaran beretika dalam pengurusannya dengan menglibatkan kakitangan dalam aktiviti yang dapat menyumbang bakti kepada masyarakat. 

Sebagai contoh, pada tahun 2012, Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM) dengan kerjasama MYDIN di Kubang Kerian telah pun menjayakan sebuah program kemanusiaan yang bertemakan ‘kembali ke sekolah’. Melalui program ini, pelajar yang terpilih akan diberi bantuan dari segi kelengkapan persekolahan khususnya bagi anak-anak yatim miskin dan anak-anak golongan fakir miskin di kawasan luar bandar. 

Menurut Utusan Malaysia, Presiden IAM iaitu Zawahir Abdullah sangat menghargai kerjasama MYDIN atas layanan istimewa yang diberikan. MYDIN juga pernah memberi sumbangan iaitu sebuah van dan kelengkapan pengurusan jenazah kepada masjid Kampung Surau Panjang. Terbaru, MYDIN turut terlibat untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir 2014 melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Bencana Banjir dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

5. Integriti dan Kebolehpercayaan (Integrity and Reliability)

Sikap berintegriti dan boleh dipercayai yang wujud dalam diri Encik Mydin turut dititkberatkan dalam pengurusan syarikatnya iaitu MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD. Nilai kejujuran menjadi aspek penting dalam organisasi itu. Sebagai contoh, pernah berlaku penyelewengan wang jualan oleh supervisor di salah sebuah cawangan Mydin. Tindakan disiplin terpaksa diambil oleh kumpulan Mydin iaitu menamatkan perkhidmatan supervisor berkenaan kerana budaya organisasinya yang mementingkan kejujuran.

KESIMPULAN


Kejayaan Syarikat MYDIN Mohamed Holdings Bhd dalm industri keusahawanan ini pastinya tidak akan mampu diraih tanpa ciri keusahawanan yang jitu dalam diri Encik Mydin Mohamed sebagai CEO syarikat tersebut. Antara ciri-ciri keusahawanan tersebut adalah daya usaha, mempunyai pandangan jauh, muktamad dan integriti dan kebolehpercayaan. 



Usahawan muda kini seharusnya menjadikan kejayaan dan ketegasan Encik Mydin dalam meraih peluang dan menghadapi risiko dalam mengembangkan perniagaan. Walaupun dibatasi dengan modal yang terhad, namun kesabaran Encik Mydin membuatkan diri beliau kuat untuk terus bergerak ke hadapan dengan perniagaannya. Hasilnya, beliau mampu mengumpul modal dengan lebih banyak dan mampu menambah lebih banyak outlet perniagaannya dan membeli aset-aset perniagaan yang menelan belanja yang besar.

Sikap keluarga MYDIN yang tidak mengambil jalan pintas untuk mencapai kejayaan patut dijadikan sebagai faktor motivasi untuk semua individu terutama golongan usahawan. Bagi keluarga MYDIN, pengalaman pahit manis yang mereka terima sepanjang menguruskan perniagaan itulah yang banyak mengajar mereka untuk terus kekal kukuh dalam industri ini. Hal ini sangat bersesuaian dengan kuotasi “The only source of knowledge is experience” oleh Albert Enstein. #sumber

Share:

Dzulkifli Mulakan Tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM


PUTRAJAYA: Datuk Dzulkifli Ahmad pada Isnin memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Beliau yang tiba tepat pada 8 pagi disambut barisan pengurusan tertinggi SPRM yang diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah.

Hadir sama termasuk Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM Datuk Alias Salim dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.
Beliau kemudiaannya mengetip kad perakam waktu sebelum masuk ke pejabat.

Dzulkifli, yang sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). #sumber
Share:

Pengasas "Pasar Raya Mydin" Meninggal Dunia !


KUALA LUMPUR: Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini Isnin kerana sakit tua.
Anak Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, 60, berkata bapanya yang berusia 88 tahun itu meninggal dunia pada 5.06 petang.
"Bapa saya dibawa ke hospital kerana muntah-muntah selepas pulang dari kedai (Mydin) di Masjid India selepas waktu Zohor tadi," katanya.
Beliau berkata jenazah dijangka dikebumikan di Mont Kiara selepas solat Zohor pada Rabu, setelah kepulangan anak bongsu Allahyarham yang menetap di Amerika Syarikat.
Lahir di Pulau Pinang pada 1928, Allahyarham meninggalkan isteri Rowshan Bai, 80, serta tujuh anak.
Ameer Ali berkata syarikat Mydin diasaskan arwah bapanya di Kota Baharu, Kelantan pada 1957.
"Arwah merupakan seorang yang sangat berdisiplin dan menepati waktu semasa berurusan dengan orang lain terutama dalam urusan perniagaan.
"Arwah juga sering mengingatkan anak-anaknya supaya makan duit yang halal dengan menjalankan perniagaan yang jujur," kata Ameer Ali yang merupakan anak ketiga Allahyarham. #sumber

Kenali Siapa Pengasas Pasaraya Mydins
Share:

Jangan Termakan, Kenyataan "Bekas Pemimpin" !


KOTA TINGGI: Masyarakat hari ini diingatkan supaya tidak termakan dengan kata-kata bekas pemimpin yang mahu mewujudkan porak peranda dengan membawa elemen asing ke negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata masyarakat harus mempunyai kebijaksanaan untuk menilai apa sahaja tuduhan dan gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa meletakkan keutamaan kepada rakyat.

"Seperti dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) contohnya, saya tidak faham kenapa ada antara mereka yang dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menolak keputusan PAC secara menyeluruh. Mereka cakap seolah-olah kononnya kenyataan orang luar seperti Peguam Negara Amerika Syarikat lebih bernas daripada Pengerusi PAC sendiri.

"Jadi, saya lihat pada keadaan lebih positif dan nampak sangat mereka ini sudah tidak ada pilihan dan terdesak pergi ke luar negara. Kepada ahli PAC, kalau tidak yakin keputusan PAC, eloklah sekiranya letak jawatan dari PAC," katanya.

Azalina berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang, di sini, malam tadi yang dihadiri lebih 15,000 penduduk sekitar kawasan Parlimen Pengerang.

Dalam pada itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Pengerang turut berharap supaya masyarakat kawasan terbabit tidak mudah termakan dengan fitnah dan andaian membabitkan isu di kawasan Pengerang.

Katanya, pihak yang menabur pelbagai cerita boleh bercakap mengenai apa sahaja, namun, mereka bukannya orang tempatan yang mengetahui tentang keadaan di kawasan tersebut.

"Tiada rakyat di kawasan Pengerang yang tersisih daripada menerima bantuan.
"Di sini juga (Pengerang), kita ada tambahan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).Sebab itu, kerjasama kerajaan negeri dan pusat adalah satu kerjasama yang diutamakan.


"Masyarakat juga perlu berfikiran terbuka kerana banyak isu yang berlaku di kawasan Pengerang berjaya diselesaikan dengan kerjasama wakil rakyat, Menteri Besar Johor dan Perdana Menteri. Dengan kerjasama erat inilah yang memberikan kebolehan untuk kita meneruskan tugas kerja demi kesejahteran rakyat," katanya. #sumber
Share:

Hup Seng Nafi Biskutnya Tidak Selamat Dimakan !


PETALING JAYA: Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa produk keluarannya, termasuk Krim Kraker Istimewa Ping Pong tidak selamat untuk dimakan.
 
"Mengenai kes biskut terbakar, kami ingin mengumumkan bahawa ia adalah ciri-ciri produk yang mengandungi tepung gandum dan minyak di mana ia boleh terbakar.

"Namun begitu, keupayaan untuk terbakar tiada kait-mengait ataupun mempunyai kesan pada keselamatan makanan tersebut. Krim Kraker Istimewa Ping Pong Hup Seng adalah selamat untuk dimakan," kata syarikat ini dalam satu kenyataan.

Syarikat ini mengeluarkan kenyataan berikutan video yang mendakwa biskut atau produk keluaran syarikat ini disalut dengan plastik.




Video ini telah dimuat naik oleh pengguna Facebook Emo-ji pada 29 Julai di mana telah membakar biskut itu dan mendakwa ia mungkin mengandungi bahan sintetik dan tidak selamat untuk dimakan.

Hup Seng berkata klip video itu bertujuan untuk menjatuhkan imej serta nama baik syarikat.

Menurut kenyataan itu, ujian makmal pada tahun 2011 menunjukkan bahawa tidak ada plastik yang dikesan dalam Kraker Istimewa.
"Baru-baru ini, kami telah menghantar Krim Kraker Istimewa untuk ujian makmal bagi mengesan 'plasticizers' sekali lagi dan akan mengumumkan keputusan sebaik sahaja ianya diterima," katanya. #sumber
Share:

Mat Said: "Pecat Saya", Berlaku DUN Tergantung !


KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno berhubung nasibnya dalam parti tetapi juga memberi amaran mengenai kesan yang bakal dihadap parti di negeri itu.
Perkara itu dibangkitkan Ahmad Said yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal selepas beliau mendengar pada mesyuarat MT pada Jumaat lalu terdapat anggota yang menggesa MT supaya memecat beliau berikutan kelantangannya mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan juga mengemukakan usul tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman semasa mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lalu.
"Saya akan terima keputusan mereka dan jika ramai yang tidak mahu saya dalam parti maka saya akan berundur. Ia semua bergantung kepada keadaan.
"Bagaimanapun, jika mereka pecat saya daripada parti, mereka (Umno) mungkin perlu berdepan dengan akibatnya kerana keputusan ini akan memberi kesan kepada Umno di negeri ini. Akan berlaku parlimen tergantung dengan memecat saya," katanya.
Pada masa ini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi DUN, berbanding PAS dengan 14 kerusi dan satu oleh PKR.
"Jika mereka fikir mereka mahu meneruskan keputusan untuk pecat saya, mereka boleh melakukannya. Dan akan berlaku parlimen tergantung dan kemudian Menteri Besar perlu menghadap Sultan sama ada meletakkan jawatan atau membubarkannya," katanya kepada pemberita.
Ahmad Said, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata, keutamaan beliau pada masa ini adalah memberi tumpuan dengan berkhidmat untuk rakyat.
Share:

Saya Di Pinjam Sementara Ke Jabatan Imigresen !


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali menegaskan bahawa perpindahannya ke Jabatan Imigresen hanyalah sementara.
"Saya masih lagi pegawai SPRM, cuma saya dipinjamkan sementara ke Jabatan Imigresen. Jadi, kita akan bersama-sama sebagai satu pasukan untuk memantapkan dan mengukuhkan organisasi yang saya terajui di luar sana," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia pada Ahad.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Jumaat mengumumkan Mustafar akan dipindahkan ke Jabatan Imigresen berkuat kuasa 1 Ogos, mengambil alih jawatan Ketua Pengarah daripada Datuk Seri Sakib Kusmi.
Mustafar berkata, beliau mahu bekerjasama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik, Datuk Dzulkifli Ahmad yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abu Kassim Mohammed.
"Macam dalam laporan akhbar, polis tahan 28 pegawai imigresen kerana terlibat dalam menyeludup masuk dan keluar warga asing ke negara ini. Perkara ini perlu dilihat dan sudah tentu, saya memerlukan bantuan daripada SPRM. 
"Harapan saya di Jabatan Imigresen dengan menggabung jalinkan tindakan kita dalam misi dan visi yang satu," katanya.
Mustafar turut berkongsi pengumuman mengenai perpindahannya sebagai satu kejutan di kalangan para pegawainya memandangkan beliau telah bersama-sama dengan organisasi itu lebih 30 tahun.

"Saya lihat mereka bukan sebagai kawan tetapi sebagai keluarga saya. Kesedihan saya juga apabila ada pegawai-pegawai datang ke bilik saya, tiba-tiba mereka kata kenapa Datuk Seri tinggalkan SPRM dengan begitu mengejut dan sebagainya.
"Ramailah yang menangis apabila meninggalkan bilik saya. Malah yang lelaki pun tanpa segan silu, sambil berpelukan mengucapkan terima kasih menangis teresak-esak. Semalam, semasa ucapan, saya sebak sangat sehingga menitiskan air mata apabila lagu Basmi Rasuah dinyanyikan sebelum majlis bermula.
"Dalam bait-bait senikata lagu itu ada disebut bersama sepakat untuk membanteras rasuah misalnya, tetapi tiba-tiba saya tidak ada dalam SPRM tetapi berada di luar, memang terlalu sedih. 
"Apa yang lebih penting masyarakat di luar sana sebagai pihak berkepentingan dan pelanggan jabatan itu perlu dididik supaya jangan lakukan sebarang bentuk penyelewengan atau menyimpang dari norma-norma kerja yang ada," katanya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.