script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mufti Pahang: Berdosa, Sekiranya Keluarkan Sesuatu 'Fatwa' Tanpa Ilmu


KUANTAN: Mana-mana pihak yang tidak tahu mengenai fatwa tetapi bertindak mengeluarkan sesuatu fatwa kepada orang ramai adalah melakukan satu dosa kerana berbuat demikian tanpa ilmu.
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata sekiranya fatwa yang dikeluarkan itu menyimpang daripada landasan Islam sebenar ia boleh mendatangkan fitnah sekali gus memecahbelahkan masyarakat.
"Orang yang tidak tahu fatwa, (tetapi) dia mengeluarkan fatwa,... dia melakukan satu dosa (kerana) mengeluarkan fatwa tanpa ilmu," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Abdul Rahman mengulas tentang kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa jemaah yang menunaikan haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pemberian kerajaan tidak akan mendapat haji mabrur.
Dr Mahathir dalam kenyataan berkenaan dipetik berkata haji tidak mabrur itu disebabkan wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Abdul Rahman berkata tiada bukti jelas dan sahih mengikut undang-undang mengatakan wang berkenaan adalah hasil curi, sekali gus menjadi haram kepada umat Islam di negara ini menggunakan wang itu untuk menunaikan haji.
"Kita tidak dapat menentukan status halal atau haram wang tersebut kerana dengan jelas tidak ada bukti sahih, ia hanya sekadar tohmahan pihak pembangkang lebih-lebih lagi yang memang cuba hendak menjatuhkan dan memburukkan kerajaan.
"Saya sebagai Mufti Pahang pun tidak berani membuat (sebarang) kenyataan tanpa bukti, apabila tidak ada bukti, dari segi syarak dan kaedah feqah, kita menghukum di atas benda yang zahir sahaja, dan Allah SWT sahaja menghukum perkara-perkara yang batil," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata hanya Allah yang berhak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur ataupun tidak kerana mabrur bukan sesuatu yang boleh diukur.
"Kalau kita hendak membuat perbandingan dengan ibadat lain seperti sembahyang, sembahyang kalau seseorang itu cukup rukun dan syarat, dari segi zahir sembahyang ini sah, begitu juga haji yang dilakukan menepati kehendak rukun syarat haji, maka sah ibadah haji seseorang itu," katanya. #sumber
Share:

'Penjawat Awam' Ada Perempuan Simpanan Ciri-Ciri Terlibat Rasuah


PETALING JAYA: Selain bermain golf di luar negara, mempunyai perempuan simpanan adalah antara ciri-ciri lain seorang penjawat awam berkemungkinan terlibat dengan aktiviti rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki.

Beliau yang bercakap dalam wawancara khas bersama radio dalam talian SPRM, MACC.fm berkata, ia adalah petunjuk golongan itu menjalani kehidupan mewah. 

“Apakah antara ciri-ciri orang yang melakukan rasuah? Hidup mewah, bermain golf, ada teman wanita, perempuan simpanan. Kita melihat kepada indikasi-indikasi ini,” katanya.

Azam berkata, ciri-ciri perasuah lain di kalangan pegawai kerajaan adalah kerap ke luar negara dengan menaiki penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan.

Bagaimanapun katanya, petunjuk sahaja tidak mencukupi, sebaliknya pegawai kerajaan perlu memberi penjelasan bagaimana mereka memperoleh kemewahan itu.

“Kalau dia pegawai kerajaan, dia kena perjelaskan dari mana dia dapat wang itu. Kalau boleh pergi ke luar negara, kerap kali satu tahun, naik kelas perniagaan atau kelas pertama sampai empat kali satu keluarga,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.

Katanya, SPRM melakukan pemantauan dan mempunyai maklumat tentang pergerakan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan penjawat awam terbabit.

Mengulas lanjut, Azam berkata, aktiviti itu sebenarnya merupakan salah satu petunjuk yang menunjukkan orang itu ada ciri-ciri mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

“Mungkin ada yang tak setuju dengan kenyataan saya dan ketua pesuruhjaya mengenai main golf tetapi...  banyak maklumat kita dapat daripada pegawai-pegawai kerajaan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan kerajaan bermain golf di luar negara

“Yang turut serta bermain golf dengan mereka tak salah. Saya pun main golf, apa salahnya main golf. Di luar negara golf ini merupakan permainan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun kata Azam, setakat ini di Malaysia kebanyakan yang bermain golf melibatkan orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai kerajaan yang ada kelas tertinggi.

“Jadi antara dalam rombongan itu adalah kontraktor dan pembekal-pembekal. Kalau dia pergi seorang tak apa, tetapi kadang-kadang sampai satu pejabat pergi.

“Ia bukan sahaja pegawai di peringkat Persekutuan, tetapi juga di negeri-negeri yang bertugas di pejabat daerah, pejabat tanah dan majlis-majlis daerah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam menghentikan sebarang aktiviti yang menjurus kepada kegiatan rasuah.

“Bagi saya mereka ini perlu menghentikan aktiviti-aktiviti yang akan menjejaskan imej perkhidmatan awam di negara ini,” ujar Azam. #sumber
Share:

Mahkamah Benarkan Nurul Izzah Cabar "Persempadanan Semula" !

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan 10 pengundi kawasan itu memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas menolak bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara mewakili SPR, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.
Dalam penghakimannya beliau berkata, mahkamah berpuas hati permohonan itu tidak bersifat remeh dan kesemua pemohon adalah pihak yang mempunyai kepentingan mengemukakan Ä·es mereka.
Katanya, mahkamah bersetuju terdapat persoalan dan isu yang boleh dihujahkan dalam permohonan itu dan jika terdapat sebarang kecacatan ketika proses membuat keputusan dalam prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula, ia boleh disemak di mahkamah.
Ketiga-tiga responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, Suzana Atan, Shamsul Bolhassan dan Azizan Md Arshad.
Azizul turut membenarkan permohonan peguam A.Surendra yang mewakili kesemua pemohon untuk menangguhkan prosiding inkuiri cadangan persempadanan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu yang akan didengar pada 15 Feb ini diputuskan mahkamah.
Nurul Izzah, 36, dan 10 pengundi berdaftar di kawasan itu memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut pada 11 Nov lepas.
Dalam permohonan itu, mereka menuntut satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan SPR dalam notis bertarikh 15 Sept 2016 berhubung cadangan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri. #sumber
Share:

Isu Bahri Kecewa: Rahman Dakwa Tak Semua 'Siasatan Kes' SPRM Ke Mahkamah

PETALING JAYA: Seorang penyiasat tidak seharusnya menjadi pendakwa pada masa yang sama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau menjawab kenyataan bekas pengarah operasi khas Datuk Bahri Mohamad Zain hari ini, yang memilih untuk bersara awal daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas, kerana “kecewa” dengan cara pihak berkuasa menangani siasatan terhadap SRC International.
Bahri, yang memainkan peranan penting dalam siasatan terhadap SRC International, memberitahu  sejumlah wang “digelapkan” tetapi tiada pendakwaan.
“Saya percaya dalam semak dan imbang, dan sistem kehakiman yang memisahkan siasatan dan pendakwaan,” kata Rahman.
“Tugas SPRM adalah menyiasat, tetapi itu tidak bermakna ia akan membawa kepada pendakwaan.
“Sekiranya peguam negara mendapati kes itu tiada merit untuk dibawa ke mahkamah, kita perlulah percaya keputusan itu dibuat berdasarkan kepada fakta yang dibentangkan.”
Rahman, yang juga menteri bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi, berkata beliau juga pernah mempertikaikan mengapa ada kes tidak membawa kepada pendakwaan, semasa menganggotai jawatankuasa khas SPRM.
“Adakalanya kerana bukti tidak kukuh, atau siasatan tidak lengkap, atau tiada unsur jenayah.”
Itu menunjukkan siasatan SRC dilakukan Bahri bukan yang pertama, atau yang terakhir akan diberi cop “tiada tindakan lagi”, katanya.
“Malah di mahkamah, tidak semestinya semua anggota kehakiman memberikan keputusan yang sama.”
“Contohnya, kita selalu saksikan keputusan 2 lawan 1 atau 3 lawan 2 di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
“Itu tak bermakna mereka salah. Ia tafsiran fakta dan bukti yang dibentangkan kepada mereka,” kata Rahman.
Bahri memulakan siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu selepas sejumlah RM42 juta dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dalam kes SRC dan dalam jawapan bertulis Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) di Parlimen pada Mac tahun lepas, perdana menteri berkata SRC tidak mempunyai rekod mengenai pemindahan wang yang dikatakan itu. #sumber
Share:

Felda Rugi RM193 Juta, PKR Desak Senarai Kontraktor Di Dedahkan !

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR mendesak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendedahkan senarai kontraktor yang gagal menyiapkan projek perumahan untuk warganya.
Rafizi Ramli memetik Penyata Kewangan Felda setakat 31 Disember 2014 yang menunjukkan ia menanggung kerugian berjumlah RM193 juta bagi projek Perumahan Warga Felda (PWF).
Selain PWF, Felda turut melaksanakan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dan Program Sentuhan Kasih Felda.
“Penyata kewangan menunjukkan perbelanjaan yang dibuat tidak sepadan dengan kemajuan pembinaan rumah.
“Sejumlah RM193 juta yang sepatutnya boleh membina sekitar 4,800 rumah kos rendah hangus begitu sahaja,” katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
Menurut Rafizi, soalannya di Parlimen pada 2 Disember 2015 berhubung jumlah unit, lokasi, harga dan kontraktor terlibat tidak mendapat jawapan memuaskan.
Beliau turut memetik jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di Parlimen pada yang menurutnya hanya menyatakan syarikat berjaya menyiapkan projek.
Jawapan itu menyenaraikan jumlah kontraktor bagi 3 projek tersebut iaitu PWF, PGBF dan Program Sentuhan Kasih Felda setakat Oktober 2015.
Menurut jawapan itu, sejumlah 3,426 rumah berjaya disiapkan di bawah projek PWF oleh 11 syarikat, dengan harga jualan minimum RM42,000 bagi kos rendah dan RM92,000 bagi kos sederhana rendah.
Manakala bagi PGBF, sejumlah 8,420 unit disiapkan manakala Program Sentuhan Kasih FELDA hanya 400 unit.
Beliau mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad menyiarkan secara terperinci senarai kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.
“(Jawapan itu) hanya untuk projek sudah siap. Isa patut menyenaraikan semua supaya kita boleh tahu siapa dalang di belakang syarikat ini,” kata ahli Parlimen Pandan itu lagi.
Dalam wawancara bersama New Straits Times pada 27 September lalu, Isa berkata projek PGBF “tergendala sedikit” ekoran belum mendapat pinjaman institusi kewangan. #sumber
Share:

SPRM Nafi, Graa-Gara Kecewa Kes SRC Jadi Punca Bahri Bersara Awal

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Zain bersara awal kerana kekecewaan berhubung kes siasatan SRC International (SRC).
Dalam satu kenyataan rasmi petang ini, SPRM menyatakan Bahri memohon persaraan pilihan atas kehendaknya sendiri 6 bulan lalu.
“SPRM sudah menghubungi beliau dan Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.
“Permohonan yang dibuat itu selari dengan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurang 6 bulan sebelum tarikh persaraan,” katanya.
Bagaimanapun, awal hari ini, Bahri semasa dihubungi FMT mengakui punca utama beliau memilih bersara awal kerana kecewa dengan kes siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah.
Bahri memberi kenyataannya menerusi aplikasi Whatsapp.
Bahri berkata, beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.
Bahri memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui 2 syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan. #sumber
Share:

Bersara Awal Dek Kerana Kecewa, Kata Pengarah Operasi Khas SPRM



PETALING JAYA: Pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Zain, 57, yang bersara pada Jumaat lepas berkata beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah.

“Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah,” katanya, hari ini.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Beliau memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui dua syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan.

Menurut Bahri, beliau mendapati SRC yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyeleweng wang rakyat secara terang-terangan.
“Begitu banyak wang rakyat diselewengkan secara terang-terangan”, katanya.

SRC ditubuhkan pada awal 2011 untuk meneroka pelaburan strategik di seberang laut dalam sumber tenaga.

Ia kemudian diambil alih Kementerian Kewangan berikutan program penstrukturan semula 1MDB. #sumber
Share:

Zaid Ibrahim "Sedia" Bertanding Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 !





JOHOR BAHRU: Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Malah beliau berkata akan mempertimbangkan hasrat itu jika parti pembangkang, selain PAS menawarkan peluang untuk menyertai mereka.

"Saya mungkin akan bertanding di Kota Bharu atau Johor Bahru untuk kerusi Parlimen," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Ditanya tentang parti yang akan disertainya, Zaid berkata, satu pengumuman tentang perkara itu akan dibuat apabila tiba masanya.

"Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini berbeza dengan sebelum ini dan pengundi perlu menggunakan hak serta membuat keputusan bijak untuk mengundi," katanya.

Pada pilihan raya umum 2004, Zaid memenangi kerusi Parlimen di Kota Bharu di atas tiket Barisan Nasional.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2008 tetapi meletak jawatan setahun kemudian untuk menyertai PKR.

Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April 2010, Zaid diletakkan sebagai calon PKR tetapi tewas kepada Datuk P. Kalamanathan dari Barisan Nasional.

Beliau meninggalkan PKR setahun kemudian untuk membentuk Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). #sumber
Share:

Polis Nafi Anggotai Jawatan Kuasa "Penganjuran" Fiesta Gegar Klang 2016



SHAH ALAM: Polis menyanggah dakwaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bahawa ia turut terlibat dalam jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang 2016 sempena tahun baharu pada hujung minggu lepas. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, pihaknya hanya dijemput bermesyuarat sekali sahaja oleh MPK selaku penganjur, iaitu pada 24 Nov, dan tidak lagi terlibat dalam perbincangan selepas itu.

Beliau berkata polis juga menganggap pertunjukan bunga api itu dibatalkan kerana MPK tidak memohon permit mahupun merujuk atau meminta pandangan pihaknya berhubung perkara tersebut. 

"Disebabkan tiada permohonan permit (oleh MPK) bagi pertunjukan bunga api, polis menganggap ia dibatalkan jadi penugasan hanya tertumpu terhadap kawalan keselamatan orang ramai sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, akhbar melaporkan Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata polis turut terlibat dalam jawatankuasa penganjuran fiesta tiga hari itu yang bermula pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian Sabtu lepas, kegembiraan orang ramai yang mengunjungi pesta itu bagi menunggu detik 12 tengah malam tahun baharu 2017 bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bunga api meletup di atas tanah, menyebabkan 14 cedera. #sumber
Share:

Pelajar IPTS "Cedera", Di Tumbuk Lelaki Gila Seks Depan Rumahnya



JOHOR BAHRU: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sedang menjalani latihan industri di Pasir Gudang, Johor Bahru, menerima 14 jahitan di pipi kiri selepas ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Tanjung Puteri Indah, dekat sini jam 1 pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, Rochell Waynee Ubong, 20, juga menanggung malu apabila penjenayah terbabit bertindak membuka seluar sebelum menunjukkan kemaluannya.

Rochell berkata, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar bersama rakan yang tinggal di Kampung Pasir Putih.

"Sebaik tiba di hadapan rumah, seorang lelaki lingkungan 30 tahun muncul. Apa yang memeranjatkan saya adalah dia membuka seluar dan cuba menunjukkan kemaluannya di hadapan saya.

"Saya yang terkejut cuba berlari masuk ke rumah, namun dia menarik beg tangan saya sebelum bertindak memukul di muka sebanyak tiga kali," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia menjerit sekuat hati menyebabkan bapa dan ibunya keluar membantu.

"Ketika itu, lelaki terbabit sudah melarikan diri," katanya.

Rochell berkata, dia kemudian mendapatkan rawatan di klinik berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai.

"Saya masih trauma kerana kejadian ini berlaku dalam tempoh sangat pantas. Saya berharap orang ramai khususnya wanita lebih berhati-hati jika berjalan seorang diri," katanya. #sumber
Share:

Aplikasi Khusus Sempena Tahun Melawat Pahang Bakal Di Lancar


BENTONG: Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan aplikasi Visit Pahang Malaysia bagi memudahkan pelancong mendapat maklumat dan penerangan destinasi pelancongan popular sempena Tahun Melawat Pahang (TMP2017).

Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar (foto) berkata, aplikasi itu dibangunkan syarikat swasta dan boleh dimuat turut secara percuma di App Store bagi pengguna telefon bimbit Apple atau Google Play untuk pengguna sistem Android.

"Aplikasi ini bukan sahaja memberi petunjuk destinasi pelancongan tetapi juga aktiviti yang boleh dilakukan di situ, tempat makanan popular dan lokasi penginapan untuk kemudahan 15 juta pelancong yang dijangka berkunjung ke negeri ini tahun ini," katanya.

Ishak berkata demikian kepada Bernama semasa ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Melawat Pahang di Plaza Tol Bentong di sini hari ini, yang disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pengguna sudah mula boleh memuat turun aplikasi itu, namun pelancaran secara rasmi akan diadakan pada 11 Januari ini di restoran Jaman Tori di Kuantan, yang merupakan destinasi makanan terkenal dengan daging salai.     

Mengulas mengenai TMP2017, Ishak berkata kerajaan negeri menetapkan 20 Januari depan sebagai tarikh pengisytiharan permulaan acara pelancongan itu yang akan diadakan di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan.

"Majlis itu dijadual disempurnakan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan pelbagai aktiviti kebudayaan yang menjadi identiti Pahang akan ditonjolkan pada hari tersebut," katanya.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, semua penduduk Pahang perlu memainkan peranan memastikan kelancaran TMP2017 yang akan menjana pendapatan, selain memastikan semua perancangan dan komitmen kerajaan negeri menjayakan program itu berbaloi.

Tiong Lai yang juga ahli Parlimen Bentong berkata, semua pihak juga perlu memberi kerjasama kepada agenda 3K bagi menarik perhatian pelancong, iaitu kebersihan, kesopanan dan keselamatan.

"Kerajaan Pahang berbelanja besar mempromosikan TMP2017 seperti bekerjasama dengan China Post pada November lalu.  Hasilnya ada 60 pelawat dari China telah datang ke Bentong yang kemudiannya menjadi duta kecil mempromosikan Pahang," katanya.

Berhubung penjualan nombor pendaftaran khas 'VIP' yang bermaksud 'Visit Pahang), Liow berkata kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan kepada kerajaan negeri sebagai tanda sokongan kepada program pelancongan itu.

"Ini adalah bantuan kerajaan Persekutuan kerana kita faham kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan yang terhad sedangkan promosi yang dilakukan memerlukan kewangan yang kukuh," katanya. #sumber
Share:

Dua "Isteri Orang" Antara Yang Di Tahan Kerana "Bersekedudukan" !


MELAKA: Dua wanita yang berstatus isteri adalah antara 30 individu yang ditahan di tujuh buah hotel bajet dan empat rumah urut di sekitar Melaka Tengah awal pagi Isnin.
Wanita berkenaan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki bersekedudukan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 56 tahun itu ditahan kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak.
"Terdapat juga seorang wanita yang berstatus ibu tunggal membawa anak lelakinya berusia empat tahun di bilik hotel ketika ditahan bersama seorang lelaki yang didakwa sepupunya," katanya kepada pemberita. #sumber
Share:

Lapan Individu Yang Panjat Papan Tanda, "Bebas" Dengan Jaminan Polis


IPOH: Lapan remaja yang memanjat huruf-huruf besar yang membentuk perkataan 'IPOH' di Jalan Kuala Kangsar, di sini dibebaskan pada Isnin dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mereka yang terbabit iaitu lima lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun telah memberi keterangan di Balai Polis Kampung Tawas pada pukul 10 pagi tadi.

"Kesemua mereka telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapan mereka dirakam.

"Polis akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat untuk dirujuk kepada pihak atasan," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Isnin.

Menurut Sum, kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain.

Katanya jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

Semalam, polis meminta kesemua individu terbabit tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes tersebut.

Rakaman perbuatan mereka itu menjadi viral sejak empat hari lalu yang menunjukkan ada antara mereka berbaring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka yang menampung huruf-huruf besar pada ketinggian melebihi 20 meter.


Majlis Bandaraya Ipoh membuat laporan polis berkaitan perbuatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada pukul 12.45 malam Ahad lepas. #sumber
Share:

Selepas "Papan Tanda", Kini Viral Video Remaja Panjat Kren Pula Di Ipoh


IPOH: Sebuah video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan seorang remaja memanjat kren yang tinggi menerusi rakaman sendiri.
Klip video berdurasi 1.22 minit itu bertajuk 'Viral aksi berani remaja lelaki pulak panjat kren' dimuat naik pengguna "Viral Malaysia" pada 31 Disember lalu.
Dalam video berkenaan, remaja tersebut merakamkan dirinya sendiri sambil memanjat kren.
Sebaik sahaja sampai tiba di kemuncak, remaja tersebut duduk dan terus merakamkan dirinya sendiri.
Latar belakangnya dapat melihat kawasan Greentown.
Berdasarkan mercu tanda yang dilihat pada latar belakang, video tersebut dipercayai dirakamkan di kawasan pembinaan Pusat Konvensyen Ipoh.
Jumaat lalu, satu video lain dimuat naik di YouTube menunjukkan sekumpulan remaja memanjat papan tanda 'Ipoh' di puncak Gunung Lang, Jalan Kuala Kangsar.
Mereka turut mengambil gambar dengan mengucapkan terima kasih kepada majlis bandaraya kerana memberikan kebenaran kepada mereka untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menafikan pihak berkuasa meluluskan aksi berkenaan, sambil menambah bahawa ia adalah kawasan larangan dan boleh membahayakan orang lain.
 
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, perkara itu disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain.
Difahamkan, lapan orang terlibat dalam aksi papan tanda Ipoh telah hadir menyerah diri kepada pihak polis dan memberi keterangan pada pagi Isnin.
Jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-dua sekali. #sumber
Share:

Polis Akan Siasat Program Terbaru Anjuran "Bakal Orang Terkaya Di Dunia"

PETALING JAYA: Polis memulakan siasatan terhadap satu program amal anjuran YSLM, sebuah syarikat dimiliki warganegara China yang mengisytiharkan dirinya sebagai “bakal orang terkaya”, Zhang Jian.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau Zhang selepas laporan berita menunjukkan seperti beliau membangunkan semula perniagaan MLM atau pemasaran berbilang tingkat (multi-level marketing) di Malaysia.
“Aktivitinya akan diteliti. Pegawai saya akan mengkaji konsep majlis amalnya itu,” katanya.
Khalid berkata Zhang boleh dilarang memasuki Malaysia jika didapati melanggar undang-undang.
China Press sebelum ini dalam laporannya yang memetik sumber berkata program amal anjuran YSLM atau “Yun Shu Mao”, diadakan di sebuah hotel di Selangor pada 29 Disember.
Acara itu dilaporkan menampilkan poster yang hampir serupa dengan di papan iklan besar gambar Zhang yang dipasang di Pulau Pinang pada 2014.
Akhbar tempatan itu melaporkan acara itu dihadiri ratusan warganegara China dan 150 kereta diberikan sebagai hadiah dan insentif kepada ahli YSLM.
Zhang dilaporkan berada di Thailand.
YSLM mula terkenal pada 2014 apabila didakwa memperdaya orang untuk mendapatkan wang menerusi skim piramid dan cepat kaya.
Pada tahun sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendakwa YSLM ialah syarikat jualan langsung yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan beroperasi tanpa lesen kementerian.
Zhang juga dilaporkan ditahan di Thailand pada penghujung 2014 kerana didakwa menipu RM605 juta daripada ribuan orang di China, Malaysia dan Thailand. #sumber
Share:

Polis Keluar Lebih 46,000 Saman 'Guna Telefon' Ketika Memandu

KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan lebih 46,000 saman kepada pemandu atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu pada 2016, peningkatan hampir 4,000 saman berbanding 2015.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus berkata, sejak beberapa tahun lalu, polis mengeluarkan puluhan ribu saman untuk kesalahan itu dengan kadar kompaun RM300.
Pada 2013, sebanyak 30,825 saman dikeluarkan kepada pemandu kerana menggunakan telefon bimbit sambil memandu, angka itu meningkat kepada 44,004 saman pada 2014 dan berkurangan kepada 42,641 saman pada 2015.
Bagaimanapun, ia meningkat kepada 46,289 saman setakat 27 Disember lalu.
“Orang selalu kata polis tidak menguatkuasakan undang-undang secukupnya. Lihat jumlah saman yang kami keluarkan hanya untuk kesalahan ini. Tidak adil untuk kata kurang penguatkuasaan.
“Orang ramai tidak boleh mengharapkan kami untuk meletakkan seorang pegawai polis di setiap km lebuh raya. Masalah itu berpunca daripada kekurangan disiplin (di kalangan pengguna jalan raya),” katanya.
Mahamad berkata, masalah itu bertambah teruk sejak beberapa tahun ini, khasnya dengan kemunculan aplikasi mesej seperti WhatsApp dan media sosial.
“Ramai pengguna jalan raya sentiasa menggunakan telefon mereka ketika memandu, apabila berlaku kesesakan lalu lintas mereka lihat telefon mereka, apabila sampai ke lampu isyarat mereka tengok telefon mereka. Malah, penunggang motosikal turut menggunakan telefon ketika menunggang.”
Beliau berkata, pengguna jalan raya perlu beringat di bawah undang-undang, kesalahan lalu lintas di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan dikategorikan sebagai undang-undang liabiliti ketat, yang bermakna terpulang kepada pemandu untuk membuktikan mereka tidak bersalah di mahkamah.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya yang ditangkap menggunakan telefon bimbit ketika memandu supaya tidak cuba mencari jalan mengelak daripada disaman dengan menyembunyikan telefon bimbit mereka.
“Saya menasihatkan pengguna jalan raya menjauhkan tangan mereka daripada telefon ketika memandu. Ia adalah satu kesalahan walaupun sekadar memegang telefon, tidak kira ketika anda terperangkap dalam kesesakan (lalu lintas) atau (menunggu) lampu isyarat.
“Anda tidak sepatutnya berhenti di lorong kecemasan untuk menghantar teks atau bercakap di telefon. Hanya guna peranti bebas tangan atau bluetooth jika anda benar-benar perlu.”
Baru-baru ini, video seorang pemandu bas ekspres menggunakan telefon bimbitnya dan merokok ketika memandu ke Plaza Tol Tangkak di Johor dari Kuala Lumpur menjadi viral.
Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu. #sumber
Share:

Guna "Telefon Bimbit" Sambil Memandu Antara Punca Utama Nahas

KUALA LUMPUR: Menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah satu daripada 6 punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia, kata polis.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus (foto) berkata, 6 punca utama itu adalah menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong barisan dan memotong di garisan berkembar.
Beliau mengulas video viral baru-baru ini mengenai seorang pemandu bas ekspres dirakam menggunakan telefon bimbit dan merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak, Johor dari Kuala Lumpur.
Mahamad berkata, penggunaan telefon bimbit ketika memandu bukan sahaja sangat tidak bertanggungjawab, tetapi berbahaya.
“Sekadar membaca mesej ketika memandu di mana mata anda beralih dari jalan raya walaupun hanya beberapa saat boleh membawa kepada kemalangan maut,” katanya.
Beliau berkata, banyak kemalangan maut berpunca daripada penggunaan telefon bimbit ketika memandu, namun tiada angka tepat buat masa ini kerana tumpuan siasatan ke atas kemalangan adalah sama ada pemandu cuai dan tidak bertimbang rasa seperti termaktub di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pakar keselamatan jalan raya, Karen Goonting berkata, pemandu kenderaan tidak memahami bahaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Memetik satu kajian Amerika pada 2009, beliau berkata, seorang pemandu yang menaip atau membaca mesej teks ketika memandu adalah 23 kali lebih berkemungkinan menyebabkan atau terbabit dalam kemalangan.
Kajian bertajuk “100 kajian kereta” itu dijalankan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Nasional Amerika Syarikat, Majlis Penyelidikan Pengangkutan Virginia dan Virginia Tech.
Katanya, pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu lebih cenderung melakukan kesalahan berbanding mereka yang bercakap dengan penumpang atau mendengar muzik.
“Mereka lebih cenderung terkeluar daripada lorong, terlepas jalan, melanggar lampu isyarat merah, melanggar kenderaan di hadapan mereka dan juga pejalan kaki.
“Malah, perbuatan membaca atau menghantar SMS dan beralih pandangan daripada jalan untuk setiap 2 saat ketika memandu 88km sejam umpama memandu dengan mata ditutup di sebuah padang bola.” #sumber
Share:

Majlis Perbandaran Klang Tidak Di Beri "Permit" Pertunjukan Bunga Api

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak memohon sebarang permit bagi pertunjukan bunga api ketika sambutan ambang Tahun Baharu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad.
Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden yang mencederakan 14 pengunjung ketika sambutan itu.
“Kesemua mangsa yang menerima rawatan sebagai pesakit luar dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pertunjukan bunga api itu merupakan sebahagian daripada program Fiesta Gegar Klang anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Disember hingga hari ini.
Selain pertunjukan bunga api, program lain yang dijadualkan sepanjang fiesta itu termasuk jualan gerai, trak makanan, persembahan badut, persembahan motosikal, senamrobik perdana dan kayuhan santai basikal.
Alzafny berkata MPK selaku penganjur sepatutnya memohon permit bagi mengadakan pertunjukan bunga api itu.
Dalam kejadian itu, seramai 14 pengunjung iaitu 10 dewasa dan 4 kanak-kanak melecur akibat terkena serpihan letupan bunga api.
Mereka terdiri daripada 9 lelaki dan 5 perempuan.
Difahamkan bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara.
Terdahulu, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat insiden berkenaan.
Mohamad Yasid berkata langkah keselamatan diutamakan sepanjang program itu yang dihadiri kira-kira 15,000 orang. #sumber
Share:

Hujan Lebat: Final "Battles Of The Band" Di "Fiesta Gegar Klang" Di Lewatkan


KLANG: Final Battles Of The Band mengalami kelewatan berikutan hujan lebat di perkarangan Kompleks Sukan Pandamaran di sini, malam ini.

Pertandingan disertai 10 kumpulan muzik diadakan sempena Fiesta Gegar Klang bermula semalam hingga hari ini.

Penganjur menangguhkannya sementara waktu kerana keadaan tidak mengizinkan disebabkan tapak pesta dibasahi hujan dengan kebanyakan pengunjung mengalami kesukaran.

“Pertandingan bermula kira-kira jam 9.30 malam tetapi terpaksa dilewatkan sehingga hujan reda.

“Kita akan tetap meneruskan pertandingan ini seperti dijadualkam,” kata seorang petugas pertandingan kepada SelangorKini.

Johan pertandjngan akan beroleh wang tunai RM3,000 beserta piala diikuti pemenang kedua (RM2,000 dan piala) serta ketiga (RM1,000 dan piala). #sumber
Share:

Ambang 2017: Tragedi Bunga Api Meletup Atas Tanah, 10 Cedera Di Klang

PETALING JAYA: Kejadian bunga api meletup sebelum pertunjukan bermula di Klang tengah malam tadi dilaporkan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang tercedera, lapor Harian Metro.
Akhbar itu melaporkan, ketika kejadian di Kompleks Sukan Pandamaran itu, bunga api yang digunakan untuk pertunjukan sempena sambutan ambang tahun baru 2017 meletup di tanah terlebih dulu sebelum sempat ke udara.Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.
“Kami menerima panggilan pada 12.10 tengah malam. Seramai 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.
“Tujuh mangsa melecur di kaki manakala 3 lagi mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan selanjutnya,” katanya dipetik daripada akhbar itu. #sumber
Share:

Mufti Pahang: Tiada Kaitan Punca Wang 1MDB Dengan 'Haji Mabrur'

KUANTAN: Hanya Allah saja yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak, kata Mufti Pahang.
Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah dan tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.
“Orang yang menerima mabrur ini adalah daripada Allah, apabila kita lakukan ibadah haji dengan sempurna, ikhlas, khusyuk dan seluruhnya. Banyak kategori yang menyebabkan seseorang itu boleh mabrur, bukan kerana duit.
“Mabrur ini kita nak tahu apabila selepas menunaikan haji, akan berlaku perubahan daripada segi ibadah dan keperibadian dia. Dia akan jadi orang yang lebih baik, meningkat amal soleh dan itu yang dikatakan mabrur,” katanya..
Sebelum ini, pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.
Bekas perdana menteri itu juga berkata ia berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, Rahman berkata jika ada pihak yang memberi wang untuk seseorang menunaikan ibadah haji, wang berkenaan menjadi hak mutlaknya dan tidak wajar dipersoalkan sumbernya.
“Daripada segi pemberian, orang memberi kita sesuatu, itu sudah menjadi hak kita, tidak perlu tanya orang yang memberi dan hasilnya daripada apa. Yang penting, dia (pemberi wang) melepaskan jalan untuknya mengerjakan haji.
“Haji adalah rukun kepada mereka yang mampu, mampu ini sesiapa saja yang bantu menyebabkan dia mampu untuk pergi menunaikan haji. Tidak salah untuk menerima wang daripada sesiapa untuk dia mengerjakan haji,” katanya.
Sejak 2011, Yayasan 1MDB menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan ibadah haji dan jumlah bertambah kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).
Manakala, bagi 2016 seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih menyertai program itu. #sumber
Share:

Mahathir: Haji 'Tak Mabrur' Guna Duit 1MDB 'Sebab Ia Di Curi' Najib

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.
Bekas Perdana Menteri itu berkata haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi kita buat kerja haji, bagus ke tidak?
“Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Sejak 2011, Yayasan 1MDB menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan ibadah haji dan jumlah bertambah kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).
Manakala, bagi 2016 seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih menyertai program itu.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata Najib merosakkan negara dengan cara seperti itu.
“Inilah Najib dan dia rosakkan negara kita ini dengan cara yang cukup buruk sampai sekarang negara kekurangan duit. Sekarang ini kalau minta ubat dia suruh beli sendiri,” katanya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.