script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Tunku Aziz: "Cegah Rasuah", Ahli Politik Tidak Wajar Di Lantik Urus GLC !


KUALA LUMPUR: Dalam usaha mencegah rasuah, ahli politik tidak harus dilantik mengurus syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kata Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata ahli politik yang memegang jawatan dalam GLC berkemungkinan berdepan dengan percanggahan kepentingan yang membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan tanggungjawab.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau berkata: "Banyak pelantikan dibuat atas sebab politik. Jika anda dilantik memegang jawatan dengan kuasa mutlak, ada keputusan yang anda harus buat setiap hari, atau setiap minggu, bulan dan lain-lain.

"Dan dalam membuat keputusan ini, akan terdapat beberapa permintaan terhadap anda atas dasar hubungan, saudara mara, kawan-kawan dan kroni," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata trend menyalah guna kuasa ini atas sebab konflik kepentingan telah lama berlaku dan boleh dicegah jika pelantikan untuk jawatan penting dalam sesebuah GLC dilakukan dengan "pemilihan dan tapisan yang betul".

Tunku Abdul Aziz berkata proses pemilihan harus termasuk meneliti latar belakang dan rekod perkhidmatan calon.

Katanya, akan sentiasa ada orang yang mahukan layanan istimewa, untuk mendapat kelebihan berbanding pesaing mereka.

"Mereka tidak peduli dengan apa jua cara pun (asalkan mereka dapat pekerjaan itu)...di sinilah bermulanya amalan rasuah itu," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata prosedur dan teknik pengambilan yang betul boleh membantu mencapai ketelusan dan akauntabiliti, sesuatu yang amat penting untuk pengurusan atasan.

"Kita boleh jadikan rasuah itu suatu urusan yang tidak menguntungkan dengan menjadikannya lebih susah untuk seseorang itu mendapat hasilnya," kata Tunku Abdul Aziz.

Beliau percaya yang amalan rasuah berlaku di peringkat operasi.

"Menteri-menteri tidak boleh menandatangani atau memberikan kontrak tetapi pengarah dalam jabatan-jabatan tertentu boleh berbuat demikian. Di sinilah penyalahgunaan kuasa berlaku," katanya.

"Jika anda tiada kuasa, anda tidak boleh menyalahgunakannya. Kakitangan awam mempunyai lebih banyak kuasa berbanding pemimpin politik mereka dan menteri-menteri (dalam memberikan kontrak)," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa SPRM memberkas lebih banyak 'jerung' kini berbanding sebelum pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu pada Julai tahun lepas.

Tunku Abdul Aziz berkata SPRM merupakan sebuah pasukan profesional yang amat berdedikasi dengan memberi tumpuan kepada punca penyebab rasuah dan memberkas pesalahnya. #sumber

Share:

BN: Tony Pua & Wan Azizah Patut Minta Maaf Cuba Kelirukan Harga Minyak

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) membidas pembangkang kerana memutarbelitkan kenyataan mengenai kenaikan harga bahan api dan meminta mereka memohon maaf kepada umum kerana memberi maklumat yang mengelirukan.
Pasukan Komunikasi Strategik BN berkata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat kenyataan yang bercanggah mengenai isu itu baru-baru ini.
“Dua hari lepas, Pua dan Wan Azizah berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga runcit petrol pada Februari kerana harga minyak mentah jatuh pada Januari.
“Hari ini, selepas diberitahu oleh kami harga petrol berdasarkan harga minyak yang ditapis dan bukan minyak mentah, Pua dalam satu kenyataan hari ini tiba-tiba bersetuju dan mengaku harga minyak ditapis meningkat pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
“Ini bermakna kenyataan Pua dan Wan Azizah sebelum ini yang tiada alasan bagi menaikkan harga minyak adalah salah,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan, malam tadi.
Pasukan itu juga menasihatkan Pua untuk lebih memahami realiti ekonomi dan pasaran mengenai harga petrol sebelum membuat kenyataan tidak berasas atau pengiraan yang bukan saja tidak benar, tetapi sengaja direka untuk mengelirukan dan menghasut rakyat Malaysia.
“Pua membuat kiraan purata harga MOPS95 bagi Disember 2016 ialah AS$66,55 (RM294.42) setong. Ini bermakna RM1.8753 seliter pada kadar tukaran AS$1 kepada RM4.48 ketika itu.
“Pengiraan yang dibuat mengenai purata harga MOPS95 bagi Disember 2016 agak betul tetapi salah bagi purata kadar tukaran wang berdasarkan angka rasmi kadar tukaran wang oleh Bank Negara.
“Purata kadar tukaran wang untuk hari-hari urus niaga MOP pada Disember 2016 ialah AS$1 kepada RM4.4599 dan bukan RM4.48 seperti diberikan Pua, ” kata kenyataan itu.
MOPS (Mean of Platts Singapore) ialah sistem penilaian harga bagi penetapan harga minyak petrol dan diesel.
Pasukan itu berkata Pua juga gagal untuk menyedari hakikat pemandu tidak perlu mengepam petrol secara terus daripada loji penapisan, sambil menegaskan petrol perlu dibeli syarikat minyak, dipasarkan dan dipam di stesen minyak, semuanya melibatkan kos.
Katanya, butiran caj bagi RON95 diperincikan secara jelas oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) kerajaan sejak April 1983.
“Ia merangkumi 5 sen ‘Alpha’ untuk variasi harga pada masa dibeli daripada loji penapisan, 9.54 sen bagi kos pengangkutan dan pemasaran, 5 sen margin bagi syarikat minyak dan 12.19 sen margin bagi stesen minyak.
“Oleh itu, kiraan Pua iaitu RM1.8753 seliter bagi Disember yang menentukan harga bagi Januari 2017 adalah salah,” katanya.
Menurutnya, harga APM termasuk margin dan kos ditetapkan bagi Januari 2017 ialah RM2.19 seliter, iaitu 9 sen lebih mahal daripada harga runcit RM2.10 bagi bulan itu.
Pasukan itu berkata Pua juga cuba mengira harga runcit bagi Februari dan mendakwa harga purata MOPS95 lebih tinggi sedikit pada AS$68.820 (RM304.46) setong pada Januari, diterjemahkan kepada RM1.9130 seliter berdasarkan kadar purata tukaran wang AS$1 kepada RM4.42.
“Bagaimanapun, beliau salah dalam membuat kiraan bagi harga purata MOPS dan kadar tukaran wang. Kadar purata tukaran wang bagi Januari 2017 sepatutnya RM4.45, bukannya RM4.42 seperti didakwa Pua,” katanya.
Selain itu, katanya harga RM1.9130 seliter dikira Pua itu juga tidak termasuk margin dan kos APM dan harga APM bagi Februari 2017 sepatutnya RM2.262 seliter, iaitu 3.8 sen lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 bagi Februari 2017.
“Fakta terdapat 9 sen bayaran kurang pada Januari dan 3.8 sen terlebih bayar pada Februari menunjukkan kenapa perlunya pengapungan terurus dilaksanakan.
“Tanpa amalan kesederhanaan ini, harga petrol RON95 akan naik 30 sen dari Disember ke Januari dan 10 sen dari Januari ke Februari. Bagaimanapun, dengan pengapungan terurus ini, harga petrol sebaliknya naik 20 sen bagi Januari dan Februari,” katanya.
Pasukan itu berkata menerusi sistem pengapungan terurus dan sistem APM, harga akan naik dan turun berdasarkan harga petrol ditapis global, dengan itu harga bulanan petrol tidak sepatutnya menjadi isu untuk dipolitikkan pembangkang setiap bulan.
Selain itu, mereka berkata Malaysia secara konsisten berada dalam ranking antara 14 negara teratas bagi harga runcit petrol termurah dalam kalangan 180 negara di dunia. #sumber
Share:

Annuar Musa Serah Diri Sukarela Kepada SPRM, "Untuk Di Siasat" !

SEPANG: Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akan menyerah diri secara sukarela kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, agar dapat disiasat secara telus dan tanpa pilih kasih.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kini digantung tugas susulan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa itu, berkata beliau akan tampil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya seawal 8 pagi.
“Saya secara sukarela mahu siasatan dijalankan oleh SPRM. Saya khuatir siasatan dalaman MARA akan ada tuduhan bahawa ia tidak telus.
“Saya akan beri kerjasama penuh dan tiada apa yang perlu disembunyikan. Saya bekerja dengan penuh tanggungjawab, integriti dan amanah,” katanya pada sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dari New Zealand, malam tadi.
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata beliau akan bertemu perdana menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukannya sebagai ketua penerangan parti.
“Saya tidak mahu dituduh merayu supaya dilindungi. Biar saya jumpa dengan SPRM dan jumpa perdana menteri,” katanya, sambil menghargai keputusan mengekalkan jawatannya dalam parti.
Pada Selasa lepas, mesyuarat khas Ahli Majlis Mara menggantung jawatan Annuar sebagai pengerusi Mara dan pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) berkuat kuasa serta-merta.
Penggantungan itu dibuat bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.
Susulan itu, SPRM pada hari sama membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Annuar.
Mengulas lanjut, Annuar berkata siasatan itu melibatkan kepentingan rakyat, kerana rakyat mahu tahu siapa dan bagaimana dana pendidikan pelajar digunakan.
Dalam pada itu, Annuar turut menolak desas-desus arahan penggantungannya itu berpunca daripada tindakan pihak tertentu yang cuba “menikam daripada belakang”.
“Saya menyeru anggota Umno agar tidak menunding jari dan membuat spekulasi sebaliknya fokus pada solidariti bersama pemimpin untuk agenda lagi besar.
“Kita sebagai pemimpin perlu ambil tanggungjawab dan jangan lari. Saya pemimpin rakyat dan saya tidak terlepas daripada undang-undang,” katanya.
Annuar juga menegaskan hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga akrab dan tidak timbul kononnya beliau terbabit sama dalam isu tersebut. #sumber
Share:

Hamidin: TMJ, Khairy Dan Annuar Musa Di Calon, Jadi Presiden FAM


SHAH ALAM: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dato' Hamidin Haji Mohd Amin mengesahkan Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Annuar Musa layak bertanding merebut jawatan presiden persatuan itu.
Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, mengikut artikel 8 Statut FAM, seseorang warganegara hanya tidak boleh bertanding sekiranya diisytihar bankrap, pernah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun sebelum pertandingan dan pernah didakwa.
“Pada masa ini, kita belum mendapat pengesahan daripada Khairy sama ada mahu bertanding atau tidak. Beliau mempunyai masa sehingga 13 Februari untuk mengesahkan pencalonannya…kita perlu memberi ruang kepadanya untuk membuat keputusan.
“Bagi Annuar pula, saya rasa setakat ini beliau tidak berada dalam 3 kategori itu, maka beliau layak bertanding,” katanya selepas majlis undian Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia hari ini.
Selain Khairy dan Annuar, 2 lagi nama yang dicalonkan merebut “kerusi panas” itu ialah pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.
Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini menyatakan akan mengambil kira saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak bertanding jawatan itu.
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu pula digantung tugas sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB), susulan siasatan ke atasnya melibatkan dakwaan salah guna kuasa berkaitan penajaan untuk pasukan Kelantan.
Hamidin berkata, sekiranya seseorang calon termasuk dalam tiga kategori tersebut selepas pemilihan diadakan, maka Jawatankuasa Eksekutif boleh menggantikan individu berkenaan pada mesyuarat agung seterusnya.
Pemilihan FAM akan diadakan ketika Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.
Sementara itu, Hamidin berkata, pihaknya menerima pengesahan daripada beberapa calon yang menyatakan keputusan sama ada bertanding atau tidak sejak pencalonan ditutup pada 31 Januari lalu.
“Kita sudah menerima 4 pencalonan untuk jawatan Presiden, 8 Timbalan Presiden, 21 Naib Presiden, 30 exco lelaki dan 7 bagi exco wanita.
“Kita sudah menerima beberapa pengesahan, namun saya tidak boleh mendedahkan sekarang. Nama calon yang bertanding hanya akan diumumkan pada 20 Februari ini selepas mesyuarat exco,” katanya. #sumber
Share:

Hishammuddin Dakwa Beliau Juga Tidak Akan Terlepas, Jika Terbabit Rasuah !

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap proses mahkamah terhadap bekas pegawainya yang didakwa rasuah akan dapat “mencari kebenaran” terhadap isu tersebut.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan rasuah dilakukan bekas pegawai khasnya ketika di Kementerian Pengangkutan, Zailan Jauhari.
Zailan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana didakwa menerima suapan berjumlah RM80,000 pada 2014.
Hishamuddin menyerahkan kes tersebut sepenuhnya kepada undang-undang dan proses mahkamah.
“Apa sahaja berkaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa, tiada sesiapa terkecuali daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk saya dan pegawai saya.
Cuma saya berharap sepanjang proses siasatan (dan pendakwaan) ini, jangan sampai orang tidak berdosa menjadi mangsa,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran dan pemeteraian memorandum persefahaman program “Recognition of Prior Experimential Learning” (RFEL) untuk veteran tentera di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini.
Zailan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melibatkan tender 2 syarikat membersihkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu ketika menjadi pegawai khas Hishammuddin yang memangku jawatan menteri pengangkutan, pada Januari 2014.
Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai suapan.
Hishammuddin yang juga naib presiden Umno bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes tersebut kerana tidak mahu melakukan “perbicaraan melalui media”.
“Saya dimaklumkan ia kes lama dan pegawai berkenaan bersama saya sejak di Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan,” katanya lagi. #sumber
Share:

Jamal Dan Sembilan Yang Lain, Di Siasat Kes Rompak Berkumpulan !

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan Datuk Seri Jamal Md Yunos, selepas menerima beberapa laporan berhubung kecurian yang didakwa berlaku ketika ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu bersama sekumpulan belia menyerbu sebuah pusat perjudian, Disember lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, Jamal ditahan tengah hari ini, manakala 9 yang lain ditahan malam tadi.
“Kami sedang siasat mereka untuk rompakan berkumpulan,” katanya.
Terdahulu, ketua gerakan Baju Merah itu berkongsi gambar anggota polis berpakaian biasa menunggu di luar rumahnya.
Jamal mengetuai sekumpulan orang melakukan satu siri serbuan di pusat perjudian sekitar Selangor bagi membuktikan dakwaannya yang kerajaan negeri kurang melakukan penguatkuasaan ke atas premis perjudian haram.
Ini adalah kali ke-3 Jamal ditahan polis.
Beliau ditahan pada Oktober lalu susulan satu catatan di Facebook dan kali ke-2 pada bulan berikutnya, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 5 yang diadakan pada 19 November lalu di Kuala Lumpur. #sumber
Share:

Muhyiddin: Kerjasama PPBM-PAS Akan Lengkapkan Pembangkang !

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya jika PAS bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ia akan melengkapkan pakatan pilihan raya antara parti pembangkang.
Presiden PPBM itu menyambut baik kesediaan PAS untuk membentuk kerjasama dengan PPBM, sekaligus yakin ia mampu mengukuhkan kedudukan parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kerjasama ini akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) secara satu-lawan-satu pada PRU14.
“Insya Allah, jika diberikan mandat oleh rakyat, kami akan membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, PAS dan PPBM mengadakan mesyuarat bagi menentukan rangka kerjasama persefahaman politik dan sebuah “jawatankuasa teknikal bersama” akan ditubuhkan untuk mengambil tindakan susulan ke atas keputusan yang dipersetujui 2 parti itu.
Draf rangka kerjasama persefahaman itu akan diperhalusi pemimpin tertinggi kedua-dua parti, sebelum ditandatangani presiden masing-masing dalam waktu terdekat.
Pemimpin tertinggi kedua-dua parti tidak menyertai mesyuarat “penentu” semalam. Sebaliknya, delegasi PAS diwakili Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, manakala delegasi PPBM diketuai Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
PAS dan DAP memutuskan hubungan akibat perbalahan mengenai hudud sehingga menyaksikan Pakatan Rakyat dibubarkan. Parti Islam itu berikrar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti serpihannya, Amanah.
PPBM bagaimanapun dilihat cuba menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan dan PAS menjelang PRU14, malah dalam usaha memastikan tiada pertembungan 3 penjuru antara PAS dan Amanah.
Muhyiddin berkata, perbincangan PAS dan PPBM semalam membawa harapan untuk menyelamatkan Malaysia demi masa depan lebih cerah buat negara.
“Saya berdoa semoga perjanjian PPBM-PAS akan dapat dimeterai oleh saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS dalam tempoh beberapa hari akan datang,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.
PPBM menandatangani memorandum persefahaman untuk membentuk kerjasama rasmi dengan PH bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan BN, pada 13 Disember lalu.
Beberapa perkara dipersetujui dalam kerjasama PH dan PPBM, termasuk 1 calon mewakili PH dan PPBM pada PRU14, malah calon juga dipilih berdasarkan persetujuan semua parti dalam pakatan itu.
Malah, gabungan PH dan PPBM bersetuju menggunakan logo, manifesto dan rangka kerja sama pada PRU14. #sumber
Share:

Caj "Rawatan Pergigian", Pesakit Luar Di Hospital Kerajaan "Kekal"

PUTRAJAYA: Caj rawatan pergigian bagi pesakit luar di hospital kerajaan kekal pada kadar sama berikutan kerajaan terus komited memberikan subsidi tinggi kepada rakyat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pesakit luar hanya perlu membayar RM2 bagi perkhidmatan penskaleran dan penggilapan gigi (cuci gigi), RM2 untuk tampalan gigi dan RM1 untuk cabutan gigi.
“Walaupun sememangnya terdapat keperluan kenaikan caj bagi prosedur rawatan sedia ada, kerajaan terus komited memberikan subsidi yang tinggi bagi rakyat termasuk rawatan pesakit luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham memberikan contoh bagi penskaleran dan penggilapan gigi, kos rawatan pesakit luar bersubsidi di Kementerian Kesihatan adalah RM55 mengikut kadar caj prosedur 2017, namun pesakit luar yang diberi subsidi tinggi hanya perlu membayar RM2 sahaja.
Beliau berkata caj bagi prosedur rawatan sedia ada dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 tidak pernah disemak selama 35 tahun sedangkan kos sebenar meningkat.
usteru, katanya, perintah fi tersebut dikemas kini di mana Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 menunjukkan kos rawatan asas semasa (bersubsidi) bagi rawatan pergigian di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dr Noor Hisham menjelaskan kadar subsidi semasa sebenarnya bertambah berbanding dahulu.
Katanya seperti yang diamalkan bagi bil di hospital untuk pesakit dalam, pesakit luar pergigian akan diberikan pemakluman caj rawatan yang akan menunjukkan kos sebenar rawatan yang disubsidi oleh kerajaan.
“Oleh itu, senarai caj yang disenaraikan dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 bagi pesakit luar adalah untuk kegunaan pihak hospital dan klinik bagi memudahkan pemakluman tersebut,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata pengecualian bayaran bagi golongan tertentu pula adalah dikekalkan seperti sedia ada mengikut tatacara digariskan. #sumber
Share:

Harga Petrol Sepatutnya Naik 3.8 Sen, Kenapa Naik Hingga 20 Sen ?


PETALING JAYA: Pasukan komunikasi strategik BN tidak perlu menjelaskan panjang lebar mengaburi rakyat untuk menutup tindakan kerajaan mewajarkan kenaikan harga petrol.
Sebaliknya, mereka hanya perlu memberi maklumat sebenar bagaimana kerajaan menaikkan 20 sen harga minyak secara mendadak sehingga membebankan rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berdasarkan penjelasan pasukan komunikasi BN sendiri, perbezaan harga minyak pada Januari hanyalah 3.8 sen.
“Kalau begitu, saya nak tanya mengapa kerajaan menaikkan sehingga 20 sen?” soalnya dalam satu kenyataan.
Mereka menjelaskan bahawa harga dikira dari purata harga minyak ditapis yang diukur menggunakan sistem harga Singapore Means of Platts (MOPS).
Jelas Tony, purata harga bagi MOPS95 bagi bulan Disember 2016 ialah AS$66.553 atau AS$0.4186 setiap tong yang menjadikannya RM1.8753 seliter berdasarkan tukaran nilai RM4.48 bagi setiap satu dolar Amerika.
Bagi bulan Januari pula, purata harga bagi MOPS95 sedikit meningkat pada AS$68.820 setiap barel atau AS$0.4328 seliter menjadikannya RM1.9130 seliter berdasar tukaran nilai RM4.32 bagi satu dolar Amerika.
Justeru, Setiausaha Publisiti DAP itu mengulangi desakannya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan menjelaskan kenapa harga petrol naik mendadak sehingga 20 sen.
“Kementerian Kewangan perlu dedahkan adakah kerajaan mengenakan cukai tersembunyi kepada pengguna untuk menutup kekurangan dana kerajaan?
“Sekali lagi saya menggesa kerajaan mendedahkan maklumat yang tepat bagaimana kenaikan ini boleh berlaku supaya rakyat Malaysia tahu mengapa mereka terpaksa menderita akibat dasar-dasar kerajaan ini,” katanya. #sumber
Share:

Jumlah Mangsa Banjir Di Seluruh Negeri Pahang Meningkat Sedikit


KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit pagi ini kepada 2,100 orang daripada 583 keluarga berbanding 2,096 orang daripada 582 keluarga, malam tadi.  
  
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri, Zainal Yusoff berkata daerah Pekan merekodkan peningkatan mangsa daripada 1,481 orang (411 keluarga) kepada 1,485 orang (412 keluarga).    

"Ia  diikuti Maran orang 436 (123 keluarga), Kuantan 141 orang (38 keluarga) dan Bera 38 orang (10 keluarga).    

Sebanyak, 35 pusat pemindahan sementara masih beroperasi iaitu 20 di Pekan, Maran (13) dan masing-masing satu di Bera dan Kuantan. #sumber
Share:

Harga Minyak Dunia Jatuh, Tetapi Mengapa "Harga Petrol Malaysia" Naik ?


KUALA LUMPUR: Mengapa rakyat Malaysia terpaksa berdepan kenaikan drastik harga minyak petrol sedangkan harga minyak mentah dunia menurun pada Januari lalu?
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, tidak ada alasan kukuh kerajaan mewajarkan kenaikan harga petrol bermula hari ini (1 Februari), tambahan pula ia telah pun meningkat sebanyak 0.20 sen seliter pada bulan lepas.
“Semasa harga petrol naik pada Januari, ia boleh difahami kerana harga minyak mentah dunia meningkat (dari AS$51.48 kepada AS$56.73) pada bulan Disember.
“Tapi sekarang minyak mentah Brent menurun kepada AS$55.86.  Jadi mengapa harga petrol meningkat pula?” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Menurut Tony, nilai mata wang Ringgit yang lemah juga tidak boleh dijadikan alasan kepada kenaikan tersebut, kerana Ringgit dilihat sedikit kukuh untuk bulan Januari berbanding bulan-bulan sebelumnya.
“Oleh itu, Perdana Menteri mestilah menjelaskan langkah menaikkan harga petrol ini. Atau adakah kerajaan sebenarnya mengenakan cukai tersembunyi kepada pengguna kerana bajet tidak cukup?
“Melalui kenaikan itu, adakah sebenarnya rakyat ‘dipaksa’ membayar untuk semua projek ‘mesra rakyat’, supaya kredit untuk semua projek itu kemudiannya diperoleh oleh kerajaan pimpinan Najib?” soalnya.
Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing meningkat sebanyak 20 sen bermula 1 Februari (hari ini), kepada RM2.30 dan RM2.60. Manakala harga minyak diesel meningkat sebanyak 10 sen kepada RM2.15.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mahu ada kementerian yang menggunakan alasan ‘tidak cukup peruntukan’ untuk melaksanakan projek ‘mesra rakyat’.
“Tidak memperoleh peruntukan atau tidak ada dana yang cukup bukanlah alasan kepada mana-mana kementerian tidak melaksanakan projek,” katanya pada minggu lalu. #sumber
Share:

Tunku Puan Pahang Naik Lori, Bot Melawat Mangsa Banjir Di Pekan !


PEKAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menaiki trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum menggunakan bot ke rumah mangsa banjir di Kampung Lamir dan Pulau Keladi Pekan, semalam.

Tunku Azizah menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga selain barang keperluan antaranya ayam, sayur, ikan bilis, udang kering dan ikan masin.

Penolong Pengurus Yayasan Istana Abdulaziz, Rahim Othman berkata, pergerakkan ke sesuatu tempat terpaksa menaiki trak ATM berikutan  jalan utama ke kawasab berkenaan ditenggelami banjir.

Menurutnya, bot digunakan untuk ke rumah mangsa yang tidak berpindah selepas kampung berkenaan terkepung banjir sejak lima hari lalu.

"Tunku Azizah memulaka rutin menziarahi mangsa banjir dengan memasak di Balai Raya Kampung Lamir sebelum meninjau keadaan banjir di kampung berkenaan.

"Memasuki hari kesembilan negeri ini dilanda banjir, sebanyak RM2 juta disalurkan kepada mangsa banjir melalui Yayasan Istana Abdulaziz dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip)," katanya. #sumber
Share:

Mangsa Banjir Pahang Meningkat Akibat Limpahan Air Dari Sungai !


KUANTAN: Limpahan air Sungai Pahang di Pekan menyebabkan jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 2,393 orang berbanding 2,365 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Zainal Yusoff berkata biarpun cuaca terang sejak dua hari lalu, Pekan mencatat sedikit peningkatan jumlah mangsa.

Setakat pukul 8 pagi tadi, 1,263 mangsa daripada 350 keluarga dipindahkan ke PPS berbanding 1,222 mangsa daripada 337 keluarga malam tadi.

Ini diikuti Maran dengan 975 mangsa daripada 297 keluarga, Bera 108 mangsa (31 keluarga), Temerloh 31 orang (enam keluarga) dan Rompin 16 orang (empat keluarga).

Jumlah PPS yang masih beroperasi juga meningkat daripada 47 kepada 49 iaitu 20 di Maran, Pekan (20), Bera (lima), Temerloh (tiga) dan satu di Rompin. #sumber
Share:

Kanak-Kanak Maut Di Pukul Guru, Gara-Gara Tidak Tahu Membaca !


GARA-GARA tidak pandai membaca, seorang kanak-kanak perempuan di Kenya maut dipukul gurunya sendiri, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Metro.uk, mangsa yang dikenali sebagai Joy Wangari dipukul setiap kali gagal membaca seperti yang diminta oleh gurunya itu.

Walaupun Wangari mengaku dia tidak tahu membaca, guru tersebut tetap memukulnya selain menyuruh pelajar lain membuat perkara sama ke atas kanak-kanak malang tersebut.
Ekoran kerap dipukul, Wangari yang tinggal bersama neneknya, dilaporkan tidak hadir kerana sakit akibat dipukul.

Jiran mangsa, Ann Wairimu berkata, dia pernah melawat Wangari dan melihat kanak-kanak itu dalam keadaan lemah selain mengadu sakit belakang serta perut.

"Dia mendakwa dipukul teruk oleh guru dan rakan sekelas," katanya.
Wangari kemudiannya dibawa ke hospital untuk dirawat tetapi keadaannya semakin teruk sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Pengarah pendidikan tempatan, Kamemba Kamande berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Guru yang dipercayai memukul kanak-kanak itu dilaporkan telah melarikan diri. #sumber

Share:

Bekas Pegawai Khas Menteri 'Nafi' Ada Menerima Rasuah RM80,000 !

SHAH ALAM: Seorang bekas Pegawai Khas kepada seorang Menteri Kabinet dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada seorang kontraktor, tiga tahun lepas.
Zailan Jauhari, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
smadi membenarkan Zailan dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb ini untuk sebutan semula kes.
Hakim turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin minggu pertama setiap bulan.
Tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM20,000 dan cek bernilai RM60,000 sebagai upah kerana membantu dua syarikat mendapatkan tender bagi kerja pembersihan sekolah dalam daerah Kuala Selangor.
Zailan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Kuala Selangor, antara 7.30 malam dan 8 malam, pada 8 Jan 2014. #sumber
Share:

Benarkah Bangsa Johor Keluarkan "Kad Indentiti" Pengenalan Sendiri ?


TERKEJUT seketika apabila tersebar di laman sosial Twitter mengenai kewujudan Kad Identiti Bangsa Johor. 
Menurut sebuah akaun Twitter bernama @syedsigaraga , kad berkenaan harus didapati melalui prosedur mengisi borang keahlian Kelab Identiti Bangsa Johor yang turut disertakan bersama-sama twitter tersebut.
Kad yang turut disertakan dengan VISA PayWave itu mengandungi nama penuh pemilik dalam ejaan Bahasa Melayu dan Jawi serta beberapa maklumat diri pemilik.
Antara maklumat tersebut adalah seperti nombor Kad Pengenalan pemilik, nombor ‘IBJ’ dipercayai Identiti Bangsa Johor, alamat pemilik di Johor, nama penuh waris dan nombor telefon waris.
Mungkin juga kad berkenaan sekadar kad pengenalan kelab yang turut dilengkapi dengan aplikasi debit VISA, namun cara penyampaian pemilik Twitter yang mempromosikan kad berkenaan seolah-olah ia merupakan ‘Kad Pengenalan Bangsa Johor’.
Tambahan lagi, antara syarat utama untuk memohon kad tersebut mestilah yang lahir di negeri Johor atau mempunyai bukti berketurunan dari negeri berkenaan.
Yuran sebanyak RM30 juga dikenakan bagi mereka yang ini memohon, disamping mereka yang berstatus muflis turut tidak diberi halangan memohon kad tersebut.
Bagaimanapun, hasil pemerhatian di Twitter mendapati terdapat ramai para netizen yang mencemuh perkara ini, khususnya terhadap penggunaan kad kepada ‘Bangsa Johor’.
Menurut pemilik akaun Twitter bernama Faris Imadi, dia cuba mempertikaikan motif keperluan untuk bergelar ‘Bangsa Johor’ dan mempersoalkan kewujudan Kad Identiti Bangsa Johor tersebut.
“Johor dah keluar Malaysia ke? Johor sekarang qualify as negara oversea ke?,” katanya dalam Twitter.
Begitu juga dengan seorang lagi pemilik akaun Twitter bernama Akak Pening yang memuatnaik status agak sinis terhadap perkara tersebut.
“Alhamdulillah negeri lain tak payah ada kad pun dah qualified dah negeri dia tinggal. Tak payah nak bangsa2 sgt,” katanya melalui akaun Twitter @qyscha_ .
Berbeza pula dengan tweet oleh pemilik akaun Lutfi Hambali. Dia lebih sinis dengan menyenaraikan bio berkaitan ‘negara’ Johor bagi membalas tweet asal oleh @syedsigaraga .
Apapun yang dikatakan dalam media sosial, diharap pihak berwajib yang bertindak mengeluarkan kad identiti berkenaan tampil membuat penjelasan lanjut agar para netizen tidak samar-samar mengenai tujuan asal kad berkenaan dipromosi dalam media sosial.
Malah, usaha untuk penyatuan dan perpaduan sesama kita amatlah perlu agar anasir luar tidak mampu memperdaya tanah tumpah darah sendiri. #sumber
Share:

Anwar Saman KJ Kerana Fitnahnya Homoseksual Dan Rendah Akhlak !


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada satu majlis di Lembah Pantai pada 2008 menggambarkan beliau sebagai homoseksual, rendah akhlak dan cenderung melakukan jenayah dan maksiat.

Anwar, 69, berkata kenyataan fitnah menteri itu dalam ucapannya pada Majlis Pemuda UMNO-BN (Barisan Nasional) itu menjurus kepada peribadi dan perilakunya secara negatif dan menghina yang secara jelas serta tersirat menudingnya sebagai homoseksual.

"Kenyataan tersebut bermaksud untuk menggambarkan saya sebagai manusia yang berselingkuh, rendah akhlak dan cenderung melakukan jenayah dan maksiat," katanya menerusi kenyataan saksi di hadapan Hakim Azizul Azmi Adnan.

Anwar selaku plaintif dalam kes saman itu berkata sindiran secara licik itu bertujuan menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat awam bahawa dirinya bersalah atas pertuduhan liwat.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan Khairy itu menggambarkan dirinya (Anwar) sebagai seorang yang tidak layak untuk menyandang sebarang jawatan politik kerana dianggap bahaya kepada masyarakat serta bermaksud untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

"Defendan dengan sengaja mencerca saya di Lembah Pantai kerana anak saya, Nurul Izzah diumumkan sebagai calon ketika itu, kenyataan kesat itu menambah duka keluarga serta sudah pasti mencemarkan peribadi dan keluarga. Saya berharap dengan tuntutan ini keadilan dapat ditegakkan," katanya. 

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi menuntut ganti rugi RM100 juta atas dakwaan Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO telah mengeluarkan perkataan memfitnah terhadapnya dalam ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Februari 2008.

Anwar yang diwakili peguam R. Sivarasa mendakwa perkataan memfitnah dan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' telah dimuat naik dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.

Sementara itu, peguam Sarah Abishegam yang mewakili Khairy memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam utama defendan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mengemukakan permohonan untuk memanggil semula Khairy bagi memberi keterangannya kerana terdapat penemuan baharu dalam kenyataan saksi Anwar.

Pada 19 September tahun lepas, Khairy yang merupakan saksi defendan pertama dalam keterangannya menafikan ucapannya itu merujuk kes liwat Anwar tetapi menegaskan pendiriannya bahawa maksud ucapannya hanya metafora berkaitan kempen BN. #sumber

Share:

Caj "Rawatan Pergigian", Di Klinik Kerajaan Naik RM15 Mulai Mac Ini

PETALING JAYA: Klinik pergigian kerajaan dikatakan akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi mulai bulan depan.
Menurut pekeliling dalaman , kos mencabut gigi bukan lagi RM1 tetapi RM15.
Menampal gigi pula dikenakan RM25 berbanding RM2 sekarang ini.
Cuci gigi pula, sekarang ini RM2, dikenakan RM55.
Pekeliling bertarikh 26 Januari itu menyatakan semakan kadar bayaran itu akan berkuatkuasa pada Mac.
Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam dalam kenyataan hari ini berkata rakyat akan terus menikmati penjagaan kesihatan bersubsidi.
Beliau menjelaskan hanya bayaran bagi pesakit wad kelas pertama dan kedua disemak. Ini kerana semakan sudah lama tidak dilakukan.
Pesakit kelas ketiga akan terus menerima perkhidmatan rawatan perubatan percuma.
Subramaniam berkata golongan berpendapatan rendah akan terus menerima penjagaan kesihatan yang baik. #sumber
Share:

Mesyuarat "Penentu’ Kerjasama PRU PAS-PPBM Tiada Kata Putus !

PETALING JAYA: Mesyuarat yang dilihat sebagai “penentu” kerjasama pilihan raya antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat memutuskan bentuk kerjasama antara mereka.
Sebaliknya, PAS dan PPBM akan membawa pulang “rangka kerjasama persefahaman politik” yang dicapai dalam pertemuan tadi untuk dipertimbangkan pimpinan tertinggi kedua-dua parti.
Pemimpin tertinggi kedua-dua parti tidak menyertai mesyuarat “penentu” hari ini. Delegasi PAS diwakili Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala delegasi PPBM diketuai Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Kami memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha memeterai kerjasama.
“Rangka ini akan diperhalusi pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani presiden masing-masing pada waktu terdekat,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
PAS dan PPBM akan menubuhkan satu “jawatankuasa teknikal bersama” untuk mengambil tindakan susulan ke atas keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.
Sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat hari ini menjadi penentu kepada kerjasama antara PAS dan partinya.
Keputusan membentuk jawatankuasa teknikal bersama itu menyusuli serangan PAS terhadap Dr Mahathir.
Pertemuan dilakukan di sebuah lokasi rahsia di Bangsar, di saat wartawan memenuhi ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Ia sepatutnya diadakan pada Khamis tetapi diawalkan ke hari ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi  hari ini enggan memberitahu persefahaman dan keputusan yang dipersetujui dalam pertemuan itu.
PPBM cuba menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan dan juga PAS, dua pihak yang tidak sefahaman.
Ketika Konvensyen Pakatan Harapan November lalu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat parti untuk menyertai gabungan itu.
Beberapa pemimpin PAS pula, antaranya naib presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka sedia bekerjasama dengan PPBM, tetapi bukan dengan Amanah dan DAP. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.