script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Rosli Abd Jabar: PAS Sedia Tadbir Pahang, Dengan "Sistem Islamik"


TEMERLOH: PAS Pahang bersedia meneraju kerajaan negeri ini dengan memperkenalkan sistem pentadbiran yang lebih baik berlandaskan lslam jika diberi mandat pada PRU14 nanti.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abd Jabar berkata, antara isu yang akan menjadi keutamaan PAS dalam pentadbiran negeri ialah penyelesaian ‘hutang’ kerajaan negeri yang mana dikatakan tertinggi di Malaysia.

Menurutnya, selain itu, isu pengurusan alam sekitar serta penerokaan hasil baharu dengan memanfaatkan sumber sedia ada dan mengurangkan kebergantungan atau berhutang kepada kerajaan persekutuan.

"Pas juga akan mengkaji operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya ia memberi keuntungan maksima kepada kerajaan negeri.

Sekiranya diberi mandat, pengurusan kewangaan kerajaan negeri akan mengutamakan perbelanjaan ‘berhemah tetapi tidak kedekut dengan menjadikan pentadbiran Kelantan sebagai salah satu contoh mengurus tadbir kerajaan negeri yang baik.

"Kami juga berpendapat, kerajaan UMNO/BN terlalu lama berkuasa, ia perlu diganti dengan kerajaaan baharu yang segar kerana para pemimpin Umno dilihat semakin kehilangan idea dan lemah sehingga menyebabkan kerajaan negeri tidak mampu bersaing dengan kerajaan negeri yang dikuasai oleh pembangkang," katanya  hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Perhubungan PAS Pahang di Kompleks al-Makmur Kerdau, di sini hari sebentar tadi.

Turut hadir Pengerusi Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga ADUN Beserah, Andansura Rabu; Setiausaha PAS Pahang, Roslan Zainal.

Rosli berkata, antara cadangan pengukuhan hasil negeri ialah penyusunan semula struktur kutipan premium pembalakan dan perlombongan bagi memberi pulangan maksimum kepada kerajaaan negeri.

"Ini jelas apabila hutang kerajaan negeri meningkat setiap tahun dan terkini sudah melebihi RM3 bilion, hasil negeri cuma berlegar dari sumber tradisi, iaitu pembalakan, 

perlombongan, air dan cukai tanah malah tiada usaha dan kreativiti dalam meneroka sumber pendapatan baharu sedangkan Pahang adalah sebuah negeri yang sangat subur.

Rosli berkata, PAS juga akan memperkukuh industri eko-pelancongan dengan memanfaatkan keindahan alam dengan flora dan fauna, hutan serta gunung sungai dan pantai yang indah.

Katanya, bidang pertanian akan dinaiktaraf menjadi bidang keusahawanan dengan membangunkan tanah-tanah terbiar bagi mempertingkat pengeluaran hasil dan membuka peluang keusahawanan kepada anak negeri Pahang.

"Pas mempunyai ramai tokoh berwibawa, berlatar belakangkan agama dan profesional yang bertaqwa mampu menggalas tugas sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya diberi kepercayaan menerajui Pahang.

Rosli berkata, sementara itu seramai lebih 12,000 petugas jentera pilihan raya Pas Pahang akan berkampung di Kompleks al-Makmur di sini pada program Fastaqim 2.3, 20 Januari depan. #sumber
Share:

Isu "Tukar Hak Milik" Tanah Felda, Polis Di Jangka Panggil Isa Samad !


GEORGETOWN: Polis tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan berhubung isu pertukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Nor Rashid Ibrahim, berkata satu pasukan khas sudah diwujudkan bagi menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Katanya, pasukan itu kini dalam proses mengumpulkan bukti sebelum beberapa saksi dipanggil bagi memberi keterangan dalam tempoh terdekat.

"Kita akan menunggu arahan selanjutnya sama ada akan memanggil beliau (Mohd Isa) untuk diambil keterangan atau sebaliknya.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 421 Kanun Keseksaan atas kesalahan tipu dan pemalsuan dokumen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal Solidariti PDRM 2017 di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, awal pagi tadi.

Yang turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Chee Lye.

BH kelmarin melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, di ibu kota, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Mohd Isa adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017. #sumber
Share:

Pengumuman SPRM, GERAM Gesa "Kesilapan Berulang" Di Elakkan !


KUANTAN: NGO Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM) mendakwa pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menarik semula penyitaan 10 juta tan stockpile bauksit di Kuantan bakal menghantui semula penduduk jika tidak ada langkah-langkah kawalan berkesan diambil.

"Sepanjang tempoh moratorium ini kehidupan penduduk sekitar amat selesa sekali selepas melalui tempoh yang penuh dengan kesengsaraan akibat daripada sikap haloba para peniaga bauksit"

"Tiada lagi persekitaran yang kotor, berdebu serta gangguan jalanraya yang menakutkan. Suasana ini bakal berubah sekiranya kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk menyediakan satu mekanisme berkesan bagi mengawal kegiatan perlombongan dan pengangkutan sekiranya aktiviti bauksit diteruskan", kata kenyataan media yang diedarkan semalam.

"Dicadangkan supaya kerajaan negeri dan agensi-agensi yang terlibat duduk berbincang bersama-sama dengan wakil penduduk dan pengusaha bauksit bagi mencari jalan menang-menang supaya segala kelemahan yang ada di masa lalu dapat diatasi dengan baik".

"Selagi tiada sebarang penambahbaikan dan pengenalan SOP yang baharu diperkenalkan, adalah disarankan semua aktiviti berkaitan bauksit tidak diteruskan".

Sementara itu pihak SPRM dituntut untuk mengumumkan samada terdapat unsur rasuah dalam aktivit bauksit sebelum ini dan tindakan mendakwa mereka yang terlibat perlu disegerakan.

Cadangan supaya satu aku janji dibuat oleh semua yang terlibat dengan aktiviti bauksit dibimbangi hanya merupakan satu janji kosong serta tidak mampu mengekang sebarang unsur rasuah daripada berlaku dimasa akan datang, kata kenyataan itu lagi. #pdonews
Share:

Lelaki Mengaku Punyai Gelaran "'Datuk" Bengang Kena Saman !


KUALA LUMPUR: Geram kerana disaman, seorang lelaki yang mengaku mempunyai gelaran 'Datuk' cuba mempertikai saman yang diterimanya dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki berusia 33 tahun berkenaan dikatakan cuba menggertak polis yang menyamannya dengan mengatakan dia mempunyai gelaran 'Datuk' dan mendakwa dia adalah penerima kurniaan darjah dari sebuah negeri.

Bagaimanapun, polis yang menjalankan semakan awal dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati lelaki berusia 33 tahun berasal dari Bentong, Pahang itu tidak mempunyai sebarang gelaran 'Datuk' seperti didakwa selain ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata anggota polis trafik yang sedang mengadakan Ops Motosikal di laluan berkenaan pada mulanya ternampak sebuah kereta Honda Accord dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas anggota kita jalankan pemeriksaan, satu saman dikeluarkan ke atasnya atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

"Semasa proses mengeluarkan saman, pemandu berasa tidak puas hati dan mengatakan dirinya seorang 'Datuk' untuk mempertikai saman berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada tubuh badannya mendapati tidak menemui sebarang barang yang salah namun pemandu terbabit kelihatan berada dalam keadaan khayal.

"Lelaki itu sendiri mengaku mengambil bahan terlarang disyaki dadah.

"Justeru, kita diserahkan dia kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing sebelum didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine," kata beliau.

Menurutnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri dan polis masih menyiasat status 'Datuk' lelaki terbabit. #sumber
Share:

Penganalisis: PH 'Sukar' Di Pekan, Tapi Ada Cara Ulangi Kejutan ’99 !

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dicadangkan melihat kerusi Pekan yang diwakili Perdana Menteri secara strategik, bukannya cuba merampas kerusi itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Wong Chin Huat dari Penang Institute berkata keputusan PRU pada 1999, yang menyaksikan Datuk Seri Najib Razak hampir dikalahkan, amat sukar diulangi kali ini.
Ia kerana kerusi itu mengalami pertumbuhan pengundi yang ketara, kira-kira 54,000 pengundi sejak 18 tahun dulu, termasuk melalui penyempadanan semula.
“Jelas, pengundi terpilih dipindahkan untuk mengukuhkan tempat Najib, jadi anda tidak boleh menggunakan keputusan PRU 1999 sebagai asas,” katanya.
Sebelum ini, seorang pemimpin PKR Pahang, Lee Chean Chung mengakui sukar untuk pembangkang memenangi kerusi Pekan tetapi yakin ia bukan sesuatu yang mustahil.
Lee, yang juga Adun Semambu, berkata keyakinan itu kerana pembangkang pernah hampir mengalahkan Najib pada PRU 1999.
Pada 1999, di kemuncak krisis politik susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Ramli Mohamed kalah tipis kepada Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Najib menang dengan majoriti hanya 241 undi.
Berdasarkan sejarah itu, Lee yakin ia sesuatu yang boleh diulangi.
Alih perhatian
Wong berkata walaupun kerusi Pekan kelihatan suram bagi PH, ia masih mempersembahkan peluang unik bagi gabungan itu untuk menyakiti lawannya dalam PRU akan datang.
“PH mesti menghantar seseorang ke sana untuk mengalih perhatian Najib. PPBM juga sesuai kerana ia dilihat sebagai cubaan proksi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib.”
Beliau berkata calon yang baik untuk usaha itu mestilah seorang yang muda, bersemangat dan berani.
“Jika calon dinamik ditempatkan, Najib perlu menghabiskan masa di Pekan untuk mengelakkan kekalahan yang tidak disengajakan. Ini menghalang beliau daripada berkempen ke seluruh negara sepanjang masa.
“Memandangkan tiada siapa yang menjangkakan Najib benar-benar kalah, calon PH yang kalah dengan berkongsi undian hebat sudah pun menjadi kemenangan moral.” #sumber
Share:

Shahrir Akui Transaksi Tanah Ada Berlaku, Tapi Tak Terima Satu Sen Pun !

KUALA LUMPUR: Felda hari ini mengakui transaksi tanah milik agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang melibatkan 4 bidang tanah memang berlaku dan dianggarkan jumlah keseluruhannya bernilai RM270 juta.
Bagaimanapun, Pengerusi Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata walaupun transaksi telah berlaku tetapi Felda tidak menerima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu.
“Duit tak ada. RM 1 sen pun tidak bayar. Tiada rekod wang dimasukkan atau dibayar dalam transaksi itu.
“Walaupun dengar dalam surat jual beli tanah itu berjuta-juta tetapi Felda tidak terima wang itu,” katanya pada sidang media mengenai isu pindah milik tanah Felda itu di Menara Felda.
Berita Harian hari ini mendedahkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik itu apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Menurut akhbar itu, sumber memberitahu pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkan tanah itu.
Felda dipengerusikan Tan Sri Isa Samad sehingga Januari lalu. Beliau merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga kini
Menurut carian BH di Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebuah lot tanah seluas 16 hektar menempatkan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda, kini ditukar nama kepada syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama itu pada 21 Julai 2016.
Shahrir, yang dilantik menjadi pengerusi Felda 6 Januari lalu, berkata beliau hanya menyedari pertukaran hak milik tanah Felda itu pada akhir Januari tahun ini.
Kerana khuatir terdapat penipuan dalam perjanjian tanah itu, Shahrir mengumumkan Felda, atas nasihat perdana menteri, akan melantik audit luar untuk melakukan siasatan ke atas transaksi itu.
“Selain itu, Felda juga akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil di mahkamah terhadap syarikat itu. Felda juga telah membuat laporan polis pada 12 Disember lalu apabila mengesyaki ada berlakunya unsur penipuan,” tambahnya.
Dalam pada itu, Shahrir berkata Felda juga akan mendaftarkan 4 bidang tanah yang sudah ditukar hak milik itu sebagai “kaveat persendirian” di Jabatan Tanah Wilayah Persekutuan.
“Kita sudah kaveat tanah itu pada 14 April. Kita tunggu siasatan dalaman oleh audit luar yang dijangka akan dimulakan pada Januari depan,” katanya.
Kaveat persendirian adalah kaveat yang dimasukkan oleh individu atau badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah bagi menyekat atau menghalang sebarang urus niaga harta itu, termasuk dipindah milik dan hanya boleh ditarik balik menerusi perintah mahkamah.
Shahrir berkata Felda akan berusaha mendapatkan balik hak milik tanah itu dan sebarang rundingan masih boleh dilakukan dengan syarikat terlibat jika mahu memulangkan tanah itu.
“Kita tidak berminat sebarang duit tetapi kita mahu tanah,” katanya. #sumber
Share:

Tiga Beradik Maut, Kemalangan Di Jalan Pekan-Kuantan Jam 5.45 Pagi Tadi


KUANTAN: Perjalanan tiga adik-beradik selepas menghantar ibu bapa mengerjakan umrah berakhir tragedi, apabila ketiga-tiganya maut dalam kemalangan, di Kampung Batu Putih di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir, 14.

Mangsa cedera dalam kemalangan itu pula ibu saudara mereka, Salma Ibrahim serta anaknya, Nurul Aliyani Zawawi yang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ibu saudara mereka yang hanya mahu dikenali sebagai mama, berkata kelima-limanya dalam perjalanan pulang dari Melaka, ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.

Khamis lalu, katanya, mereka menghantar ibu bapa serta adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus ke Melaka untuk melawat saudara.

"Saya mendapat tahu mengenai kejadian ini, kira-kira jam 7 pagi selepas dihubungi oleh Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan mereka yang termasuk ke longkang besar di tepi jalan. Dia beritahu kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 pagi.

"Dia beritahu saya, tiga adik beradik itu sudah meninggal dunia dan dia hanya dapat keluar selepas dua jam bergenang dalam air. Ibunya (Salma) dapat dikeluarkan tidak berapa lama selepas itu.

"Luluh hati saya sebaik mendengar berita itu. Tidak tahu macam mana hendak beritahu ibu bapa mereka yang sedang mengerjakan umrah," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTAA di sini, pagi tadi.

Mengikut maklumat awal diterima daripada ahli keluarga, ibu bapa kepada mangsa dikenali Wan Kamaruzzaman dan Rosnani Ibrahaim manakala adik perempuan dikenali, Wan Nor Aqilah yang sedang mengerjakan umrah.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian. #sumber


Share:

Tun Mahathir Mohamad Sanggup Ketepikan Perbezaan Politik Demi Palestin


PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad (Dr Mahathir) hadir pada Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra di sini pada Jumaat.

Mantan pemimpin negara itu tiba dengan pengikutnya sekitar pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Dr Mahathir membuat keputusan untuk hadir ke perhimpunan itu kira-kira sejam sebelum ketibaan beliau.

"Kami amat terkejut kerana ia keputusan di saat-saat akhir," katanya.

Tambah Syed Saddiq, kemunculan Dr Mahathir itu adalah untuk menunjukkan sokongan beliau terhadap rakyat Palestin dan sanggup mengenepikan perbezaan pegangan politik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut tiba di masjid itu pada pukul 12.30 tengah hari.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak berselisih dengan Ahmad Zahid.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pula ditetapkan tiba pada pukul 2 petang.

Barisan Nasional menganjurkan perhimpunan itu sebagai solidariti menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel. #sumber

Share:

SPRM Tarik Balik Penyitaan Lebih "10 Juta Tan Bauksit" Di Pahang !


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menarik balik penyitaan simpanan stok bauksit yang dianggarkan lebih 10 juta tan di negeri Pahang menerusi satu mekanisme yang dipersetujui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya, Datuk Seri Azam Baki dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, mekanisme baharu itu dilihat satu cara bagi mengekang kegiatan perlombongan haram bauksit serta pencemaran alam sekitar.

“Arahan ini bagi membolehkan pengusaha mengeluarkan simpanan stok itu dalam tempoh morotarium yang masih berkuat kuasa. Perlu diingatkan, penarikan balik arahan penyitaan ini tidak bermakna perlombongan baharu dibenarkan di negeri tersebut.


“Pihak kementerian dan kerajaan negeri telah menetapkan peraturan-peraturan yang perlu diakuri oleh pengusaha-pengusaha bauksit bagi menjamin pengeluaran stok simpanan bauksit dibuat secara teratur,” katanya di sini hari ini.
Memperincikan mekanisme itu, Azam menjelaskan, semua pengusaha bauksit perlu menandatangani satu aku janji sebelum permohonan kelulusan permit (AP) untuk mereka mengeluarkan stok simpanan diluluskan oleh kementerian.
Menurutnya, antara aku janji tersebut juga adalah bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
“SPRM akan bekerjasama de­ngan kementerian dan kerajaan negeri bagi memantau pemindahan stok simpanan bauksit yang diluluskan selain memastikan tiada perlombo­ngan bauksit baharu di kawasan yang tidak dibenarkan oleh ke­rajaan negeri setakat ini.
“Sekiranya ada pi­hak didapati terlibat dalam perlombongan bauksit secara tidak sah, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka mengikut Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.
Tambah Azam, SPRM meminta kerjasama orang ramai bagi membekalkan maklumat sekiranya ada aktiviti perlombongan bauksit secara haram agar tindakan sewajarnya diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. #sumber

Share:

Anak Pegawai Pelancongan Perak "Ada Saham" Syarikat Di Kaitkan IMAMS

PETALING JAYA: Anak kepada seorang penasihat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan merupakan salah seorang pemegang saham dalam sebuah syarikat yang diberi kontrak menguruskan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang dibatalkan minggu lalu, menurut carian rekod syarikat.
Md Mahathir Md Salleh Huddin, 28, anak kepada Md Salleh Huddin Abu Hanifah, disenaraikan sebagai pemegang saham dalam OPG Global Group Sdn Bhd, syarikat yang diberikan kontrak menguruskan IMAMS, yang mengundang reaksi marah dari pelbagai pihak sehingga memaksa Putrajaya membatalkannya.
Menurut direktori rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Salleh merupakan penasihat kepada menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di samping penasihat Destination Perak Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Ketika dihubungi, Salleh menafikan penglibatan anaknya menjurus kepada kronisme.
Salleh juga menafikan beliah “pegawai khas” Nazri seperti terkandung dalam mesej di media sosial hari ini.
“Saya bukan pegawai (Datuk Seri Nazri Aziz). Saya sebenarnya jaga pelancongan Perak, saya sebagai penasihat, saya tidak terima sebarang gaji, saya tidak ada kaitan,” katanya.
“Saya tidak ambil gaji dari kementerian, satu sen pun saya tidak ambil. Saya hanya ‘freelance’,” katanya.
Mengenai anaknya yang dikaitkan dengan IMAMS, Salleh berkata beliau tidak ada kaitan dengan urusan itu.
“Apa yang hendak ditipukan? Dia meniaga lama dah, bukannya baru,” katanya.
“Itu syarikat anak saya, tidak ada kena-mengena dengan saya,” katanya.
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Mahathir adalah pemegang saham kedua dalam OPG Global, di samping Sofia Akzan Amir Selamat Amir.

Bagaimanapun, nama “Salleh Huddin Abu Hanifah” tertera di laman web OPG Global sebagai “pengerusi eksekutif” syarikat itu.
IMAMS dirancang sebagai akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dan diwujudkan bagi membanteras aktiviti penipuan pakej umrah.
Sistem yang sepatutnya dilaksanakan ke atas agensi pelancongan umrah itu bagaimanapun dibatalkan sehari selepas pelancarannya pada 15 Disember lalu, susulan bantahan pelbagai pihak.
Di bawah sistem itu, jemaah perlu membayar tambahan RM90.10 yang merangkumi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM5.10, insurans (RM40) dan caj sistem yang digunakan IMAMS (RM45). #sumber
Share:

Program Kazuki Coin Di Sri Manja Hotel "Di Serbu" Warga Kuantan !



KUANTAN: Orang ramai terutamanya peminat matawang digital (Cryptocurrency) menyerbu program "Kazuki Coffee Coffee Talk" yang diadakan di Sri Manja Boutique Hotel dekat sini baru-baru ini.

Program yang bertujuan untuk memperkenalkan sistem "Scan N Pay" dengan menggunakan matawang digital terhangat di pasaran sekarang ini iaitu Kazuki Coin (KZKC). 



Orang ramai mula memenuhi dewan sejak dari awal lagi, bagi tidak melepaskan peluang untuk mendengar dari dekat tentang kehebatan Kazuki Coin yang dibawa ke Malaysia oleh syarikat pengeluar produk minuman kesihatan kopi terkemuka iaitu Superbest Power. 



Superbest Power menerusi anak syarikatnya Laulima Sdn Bhd yang menjadi peneraju matawang digital Kazuki Coin telah memperkenalkan matawang tersebut di Malaysia sejak bulan Julai 2017 yang lalu.





Pencerahan Kazuki Coin telah dibuat oleh bekas Pengacara TV3, Aidil Abdul Ghafar yang kini bertindak sebagai Chief Media And Branding Kazuki Coin. 



Turut sama Mr.Pajtim (Albania), Chief Marketing dan Tuan Kamal Md Nor,CEO Superbest Power yang juga peneraju matawang digital Kazuki Coin. 



Turut bersama artis vateran Dato'Azizul Khamis dan ZettyMentor. Program turut menampilkan usahawan digital Kazuki Coin yang datang dari Bali, Indonesia dan juga Singapura.


Kini, Kazuki Coin telah diterima oleh sebahagian besar pemain matawang digital di dunia kerana ia menyediakan platform pencairan (withdrawall) yang tercanggih di dunia pada masa ini. 



Kazuki Coin menggunakan exchanger sendiri iaitu "K-Pay" yang diuruskan oleh Laulima Sdn Bhd untuk membolehkan urusan pengeluaran wang ke bank lebih cepat dan pantas. 

Selama ini, pemain matawang digital sering bergantung kepada pihak ketiga (3rd party) untuk cairkan matawang digital mereka menjadi tunai ke bank. Banyak platform yang digunakan seperti Debit Master Dan Visa Card serta lain-lain lagi. 



Semuanya mengenakan caj yang tinggi dan tempoh masa pengeluaran yang agak lama. Namun, dengan K-Pay segalanya dapat diatasi kerana ia tidak menggunakan pihak ketiga. Sebaliknya anda boleh keluarkan wang terus ke bank tempatan dalam tempoh yang singkat. Pada masa ini di Malaysia, K-Pay menggunakan Malayan Banking Berhad (Maybank). 

Pada masa akan datang, lebih banyak lagi bank akan digunakan bagi memudahkan komuniti Kazuki Coin membuat urusan. Orang ramai boleh install Appstore di Playstore untuk 



Paling menarik, jika lain-lain matawang yang berada di pasaran masih lagi bergantung sepenuhnya kepada Bitcoin (BTC) untuk urusan transaksi kini dengan Kazuki Coin (KZKC) anda tidak perlu bersusah payah lagi.

Kazuki Coin adalah sama seperti Bitcoin. Malah sistem yang digunakan oleh Kazuki Coin juga adalah berasaskan kepada Teknologi Satoshi. Jika Bitcoin masih menggunakan Blockchain (wallet) kemudian Debit Master Dan Visa Card (Wirex, Xapo, AdvCash dan lain-lain lagi) untuk transaski ke bank. 



Kini dengan Kazuki Coin ia memudahkan urusan kerana dari Kazuki Coin.Net anda hanya perlu hantar ke K-Pay dua kali sebulan dan dari K-Pay bolehh dikeluarkan ke bank tia-tiap hari. Kadar maksima yang ditetapkan ialah USD10,000 setiap kali pengeluaran.



Malahan juga, Kazuki Coin menerima Bitcoin. Bermakna, anda yang ada masalah untuk mencairkan Bitcoin kepada tunai pada masa ini, maka anda dipelawa untuk bersama dengan komuniti Kazuki Coin sekarang. Belian dengan Bitcoin juga diterima pakai.



Justeru, orang ramai yang berminat untuk menjadi komuniti Kazuki Coin diseluruh dunia boleh WhatsApp Kazuki_Nama_Lokasi ke 0108672810 untuk dihubungi. Beli dan simpan matawang digital terhangat di pasaran sekarang ini, kerana harga masih di paras lantai. 

Anda boleh menyertai Kazuki Coin dan mendapat untung berganda-ganda sama seperti pemilik Bitcoin sekarang. Mereka membeli pada harga rendah, kemudian menjualnya pada harga tinggi. Ramai yang jadi jutawan segera tanpa diduga, kerana mereka membeli matawang digital itu ketika orang lain masih tidak faham tentang Cryptocurrency. #pdonews
Share:

Dollah: Jangan Pandai-Pandai Nak Cakap Azam Azih Bakal Tinggalkan Pahang


KUANTAN: Pengendali Tok Gajah mengingatkan penyokong untuk tidak mudah percaya dengan khabar angin atau berita sebaran media sosial tidak rasmi skuad itu.

Dollah Salleh, 54, berkata, penyokong tidak perlu membaca atau mendengar berita yang tidak sahih mengenai pasukan atau pemain, lebih-lebih lagi skuadnya.

"Kami masih bercuti lagi. Belum ada perkembangan terbaharu. Namun kita telah melepaskan beberapa pemain (lapan orang) bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

"Itu sahaja yang betul. Yang lain-lain kami (Persatuan Bola Sepak Pahang) belum membuat sebarang keputusan.

"Baru semalam (Selasa) kami berjumpa dan membincangkan perancangan musim depan.
"Apa yang saya boleh cakap setakat ni semua pemain (selain yang dilepaskan) kekal dengan kita," ujarnya.

Dalam pada itu, Dollah menolak khabar angin mengenai salah seorang pemain mudanya, Muhamad Nor Azam Abdul Azih akan meninggalkan pasukan itu.

"Siapa cakap? Tak perlulah percaya dengan media sosial. Ramai sangat yang nak jadi 'reporter'," ujarnya ringkas. #sumber

Share:

Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung

SERI KEMBANGAN: Menteri pelancongan dan kebudayaan menyokong tindakan diambil terhadap hotel yang melarang pekerja wanitanya bertudung, termasuk cadangan menarik balik lesen pengusaha.
Datuk Seri Nazri Aziz berkata, larangan itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Memang betullah itu. Kita tidak boleh keluarkan syarat-syarat yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
“Perkara itu tidak boleh dihalalkan oleh undang-undang (yang dibuat) mereka.
“Jadi, mana-mana hotel yang keluarkan arahan begitu, dia harus tarik balik. Kalau tidak kita akan ambil tindakan terhadap mereka,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), hari ini.
Beliau mengulas cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang menyarankan pihak berkuasa tempatan menarik balik lesen pengusaha hotel antarabangsa itu.
Baru-baru ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dalam suratnya kepada media mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam di bahagian perkhidmatan pelanggan.
Sehubungan itu, UNI-MLC menggesa Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menangani isu diskriminasi ke atas pekerja wanita Islam yang diarah menanggalkan tudung mereka.
Mengulas lanjut, Nazri berikrar akan mempertahankan orang bukan Islam, jika mereka berdepan diskriminasi sedemikian.
Beliau menggesa pekerja tanpa mengira agama atau kaum memaklumkan kementeriannya, jika mereka didiskriminasi majikan.
“Ini bukan soal orang Islam sahaja, orang Punjabi dan Sikh pun pakai serban.
“Sebab itu tak ramai kerja di situ. Sebab itu perkara menyebabkan ramai orang Punjabi dan Sikh tidak bekerja.
“Kita akan monitor. Kita harap mana-mana pekerja yang berdepan diskriminsi sedemikian akan maklum kepada kita.” #sumber
Share:

Guru Besar Tadika Di Dakwa 'Ikat', Sumbat Mulut Kanak-Kanak Nakal

KUALA LUMPUR: Seorang ibu mendakwa anaknya berusia 5 tahun diikat dan mulutnya disumbat guru besar tadika kerana terlalu bising.
Teng Aai Hong, 36, berkata beliau mendapat tahu perkara itu secara kebetulan.
Pada 4 November lalu, Teng mendapati anak perempuannya mengikat dan menyumbat mulut anak lelakinya berusia 2 tahun dengan sapu tangan di rumah mereka.
“Saya memarahinya dan bertanya mengapa dia berbuat demikian. Dia beritahu itulah yang dilakukan gurunya apabila dia nakal,” katanya dipetik The Star pada sidang akhbar di Wisma MCA, semalam.
Teng berkata, beliau bersemuka dengan guru besar tadika di Setapak itu beberapa hari kemudian.
“Dia (guru besar) mengaku mengikat anak saya, tetapi mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana itu caranya untuk mendisiplinkan murid. Malah, dia menunjukkan caranya dengan mengikut seorang murid.”
Teng mendakwa anak lelakinya mungkin lemas jika beliau tidak menghalang anak perempuannya pada 4 November lalu, semuanya akibat contoh ditunjukkan guru besar itu.
Menurut laporan itu, Teng tidak lagi menghantar anaknya ke tadika itu dan sudah membuat laporan polis.
Polis sedang menyiasat kes itu.
The Star memetik Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong sebagai berkata, guru besar itu sepatutnya lebih tahu kaedah lebih baik untuk mendisiplinkan kanak-kanak kerana keselamatan mereka lebih penting. #sumber
Share:

Penceramah Islam Kanada Failkan Saman RM1 Juta Terhadap Ustaz Zamihan

KUALA LUMPUR: Seorang penceramah Islam warga Kanada memfailkan saman fitnah terhadap penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin kerana catatan Facebook.
Abu Ameenah Bilal Philips, yang memfailkan saman pada September, berkata Zamihan melabel beliau “penyokong terorisme antarabangsa”.
Dalam pernyataan tuntutannya, Bilal Philips berakta Zamihan membuat catatan sejak November tahun lalu, yang memaparkan gambar beliau dan label mengatakan beliau menyokong terorisme antarabangsa.
Beliau berkata catatan terbaru dibuat sebelum satu acara agama yang akan diadakan di Perlis bulan depan, di mana warga Kanada itu diundang sebagai speaker.
Bilal Philips berkata perkataan yang digunakan untuk menggambarkan beliau itu adalah salah, memfitnah dan tidak berasas, kerana beliau berusaha mempromosikan keamanan dan menolak terorisme yang dilakukan atas nama Islam.
Beliau berkata dakwaan defendan membayangkan beliau terlibat dalamt terorisme dan keganasan, dan ceramah direka untuk mencapai objektif itu.
Bilal Philips berkata catatan itu terdapat 119 perkongsian Facebook apabila saman dibuat, dan Zamihan membuat kenyataan lanjut di catatan asal di lamannya.
Penceramah terkenal itu, yang memeluk Islam pada 1970-an, menulis kira-kira 50 buku mengenai Islam, dan dijemput ke pelbagai program TV keagamaan seperti “Peace TV”, “Huda TV” dan “The Deen Show, Chicago”.
Bilal Philips, yang diangkat antara 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia tahun ini, menuntut ganti rugi am RM1 juta serta ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang dirasakan wajar oleh mahkamah.
Beliau juga memohon perintah sekatan dan injunksi bagi menghalang Zamihan mengulangi kata-katanya, dan menuntut Zamihan membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar pilihan plantif.
Dalam pembelaan yang difailkan pada 19 Oktober, Zamihan berkata kenyataan tentang penglibatan Bilal Philips dalam aktiviti berkaitan pengganas diambil daripada laporan berita yang tersiar di National Post dan The Guardian, serta polis.
Zamihan mendakwa plaintif dilarang memasuki beberapa negara seperti Jerman, United Kingdom, Denmark dan Kenya.
Peguam Meor Amir Meor Omar Baki, yang mewakili Abu Ameenah, di pengurusan kes hari ini berkata Zamihan memohon plaintif meletakkan wang di mahkamah sebagai sekuriti untuk kos.
Permohonan itu dibuat apabila plaintif seorang warga asing dan defendan tidak boleh mendapatkan kos jika saman digugurkan.
Satu lagi pengurusan kes ditetapkan pada 30 November. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.