script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

42 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Angkat Sumpah Jawatan


KUANTAN: Empat puluh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebelum bermula penggal baharu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di Wisma Seri Pahang, di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah dimulakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga ADUN Jelai, diikuti 10 anggota EXCO dan ADUN lain.

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad yang dipilih semula menduduki jawatan itu selepas dicadangkan oleh Wan Rosdy.

Ketika membentangkan usul itu, Wan Rosdy berkata, pemilihan Ishak yang juga bekas ADUN Bebar selama empat penggal dan bekas EXCO Kerajaan Negeri, adalah berdasarkan pengalaman luas serta prestasi cemerlangnya sebelum ini.

Usul itu disokong ADUN Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi.

ADUN Jenderak, Datuk Seri Muhammed Jaafar turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN yang dicadangkan oleh Wan Rosdy dengan disokong ADUN Benta, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Barisan Nasional (BN) kekal menguasai Pahang selepas memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) meraih sembilan kerusi dan PAS (lapan).

Berucap sebelum menangguhkan persidangan itu, Ishak berkata, rakyat Malaysia berjaya menunjukkan demokrasi matang pada PRU-14, termasuk mengekalkan keamanan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum.

"Rakyat sudah memilih dan kepada mereka yang dipilih, tunaikan janji dan dekati rakyat.

"Mahkamah rakyat akan mengadili kita semua apabila tiba masanya," katanya. #sumber

Share:

Pemburu "Kripto" Kini Memilih Cryptominingfarm (CMF) Untuk Melombong Bitcoin !


Pemburu matawang kripto kini mula beralih arah menggunakan platform iaitu Cryptominingfarm (CMF) yang dikatakan memberi hasil pulangan yang cukup lumayan sejak empat tahun lalu.

CMF ialah singkatan nama bagi Crypto Mining Farm. Sebuah platform perlombongan pemilikan Bitcoin / Ethreum / UNIT / Usdt untuk orang ramai yang dibangunkan oleh Lifetime Technologies (Thailand) Co. Ltd sejak tahun 2014.

Ramai pelombong kini memilih CMF kerana penghasilan Bitcoinnya cukup laju dan paling pantas di dunia pada masa ini. Malah ia berada pada kedudukan teratas dalam senarai 10 syarikat perlombongan Bitcoin terhebat di dunia (KLIK SINI).

Lantaran itulah tidak hairan orang ramai yang ingin menjana pendapatan lumayan dengan menyimpan aset digital Bitcoin kini beralih kepada CMF. Rata-rata terkejut dan berpuas hari dengan sistem dan hasil yang ditawarkan.

Bayangkan diketika harga Bitcoin sekitar RM30,000 hari ini, anda boleh menjana income hingga mencecah RM100,000 dalam masa yang cukup singkat. Beli Hashrate (GHS) CMF kemudian anda boleh lihat sendiri kehebatan sistem ini.

Paling menarik, bagi mereka yang tidak mempunyai modal juga berpeluang menjana pendapatan bersama CMF. Mereka hanya perlu mendaftar akaun trial 50GHS secara percuma dan boleh melihat sendiri penghasilan Bitcoin setiap hari. 

Paling menarik, dengan CMF anda tidak perlu mencari atau mengajak sesiapa untuk bersama. Hanya simpan untuk diri sendiri dikala harga Bitcoin turun sekarang ini. Simpan Bitcoin dan dapatkan pulangan yang cukup lumayan. 

Dapatkan info lanjut tentang perlombongan Bitcoin melalui CMF dan daftar percuma (trial) di www.cmfpower.blogspot.my  atau WhatsApp www.wasap.my/60108672810/CMF. Ubah masa depan anda dengan menyimpan aset digital.#Advitorial

Share:

PKNP FC 'Rebah' Di Ipoh, Pahang Mara Ke Peringkat Akhir Piala FA


IPOH: Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) gagal memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri apabila tewas tipis kepada Pahang 1-2 dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala FA di Stadium Perak di sini sebentar tadi. 

Bermula babak pertama, kedua-dua pasukan bermula garang apabila masing-masing melakukan asakan ke kubu lawan bagi mendapatkan jaringan awal perlawanan. 

PKNP FC hampir menjaringkan gol awal perlawanan apabila kaptennya, Mohamad Hafiz Ramdan mendapat peluang membawa bola masuk ke kotak penalti namun bola tendangannya dihalang pemain pertahanan pasukan pelawat pada minit ke-28. 

Pahang kembali memperkemaskan jentera serangan dan usaha mereka berhasil apabila penyerangnya, Austin Amutu merembat kencang bola terus ke gawang PKNP FC menewaskan Ahmad Asyraaf Omar pada minit ke-32. 

Anak buah Abu Bakar Fadzim turut berpeluang mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-39 apabila pemain pertahanan PKNP FC, Ritus Krjauklis menanduk bola selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma rakan sepasukan, Mohamad Ezanie Mat Salleh namun bola tersebut tersasar ke sebelah kiri gawang Pahang. 

Kedudukan Pahang mendahului pasukan rumah 1-0 kekal sehingga akhir separuh masa pertama. 

Bermula babak kedua, pasukan tuan rumah menyusun lebih banyak gerakan bagi mencari gol penyamaan namun beberapa percubaan daripada PKNP FC dinafikan penjaga gol Pahang, Mohd. Helmi Eliza Elias. 

PKNP FC mendapat peluang terbaik mereka pada minit ke-74 selepas Hafiz Ramdan menendang kencang bola ke gawang Pahang dari luar kotak penalti namun ia sedikit tersasar ke sebelah kiri gol Pahang. 

Pasukan tuan rumah sekali lagi tersentak apabila penyerang berbisa Pahang, Norshahrul Idlan Talaha merembat masuk bola ke gawang PKNP FC selepas berlaku kekecohan di hadapan gol pada minit ke-76. 

PKNP FC mendapat gol saguhati pada minit ke-81 apabila pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri menghadiahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Pahang menampan bola menggunakan tangan di dalam kotak penalti. 

Pemain import PKNP FC, Franklin Anzite mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut. 

Keputusan 1-2 tersebut kekal sehingga minit akhir perlawanan yang dihadiri kira-kira 3,000 penonton termasuk Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu. 

Dengan keputusan tersebut, Pahang mara ke peringkat akhir dengan agregat 3-2. #sumber
Share:

Ahli Parlimen DAP Musykil, Najib Dapat Hadiah RM19 Juta Setahun ?



IPOH: Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah ‘terkhilaf’ menerima hadiah selama selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan kerana ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi penganiayaan terhadap amanah rakyat.

“Biarlah kita mengingatkan Najib Razak bahawa menurut Seksyen 3 Akta SPRM 2009, maksud ‘suapan’ merangkumi ‘wang, derma, pinjaman, hadiah dan harta’.

“Pengakuan penerimaan ‘hadiah’ ini oleh Najib Razak sendiri ini adalah mencukupi untuk beliau dibawa ke ambang keadilan untuk dibicarakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau membangkitkan persoalan bagaimana Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mampu menerima dan mengumpul ‘hadiah’ yang dianggarkan bernilai antara RM686 juta sehingga nilai RM1.1 bilion.

Soalnya, bukankah hadiah-hadiah tersebut diterima kerana kedudukan Najib selaku pimpinan utama negara selama 36 tahun bermula ketika menjawat jawatan Menteri Besar dari tahun 1982 sehingga jawatan Perdana Menteri yang berakhir pada 2018.

“Sekiranya kita membahagikan nilai minima sebanyak RM686 juta tersebut dengan tahun perkhidmatan beliau, secara puratanya setiap tahun Najib akan menerima ‘hadiah’ bernilai RM19 juta atau bersamaan dengan RM1.6 juta koleksi setiap bulan!” katanya yang juga seorang peguam.

Beliau menambah, kenyataan Najib kononnya ‘hadiah mewah’ bernilai sekurang-kurangnya RM686 juta tersebut untuk dipamerkan suatu hari nanti adalah tindakan yang dilihat cuba memperbodohkan rakyat.

“Kenyataan sebegini adalah langsung tidak masuk akal,” katanya.

Katanya, jika tidak berlaku perubahan kerajaan 9 Mei lalu, pameran yang disebut-sebut Najib tersebut akan terus kekal sebagai ‘koleksi peribadi Rosmah Mansor’ dan tidak akan didedahkan kepada rakyat Malaysia. #sumber
Share:

Majlis Penasihat Kerajaan Tidak Paksa Nazir Lepas Jawatan CIMB


KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak memaksa sekiranya Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mahu berhenti awal sebelum kontraknya berakhir Ogos 2019.

Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin berkata, keputusan meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada Nazir.

“Terpulang kepada dialah, masing-masing ada kontrak. Kalau dia nak berhenti awal terpulang kepada dia,” katanya ringkas mengulas status Nazir selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Aishah Ghani Srikandi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB) dan logo barunya hari ini.

Sementara itu, Nazir dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau belum memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh kontraknya yang akan berakhir tahun depan, namun akan mengundur diri sekiranya Lembaga Pengarah CIMB, pemegang saham serta Bank Negara mahu beliau meletak jawatan lebih awal.

Terdahulu, pada majlis itu, Pengerusi KJMWB, Armi Zainudin berkata, buku terbitan koperasi itu mengisahkan perjuangan tokoh wanita Tan Sri Aishah Ghani dalam mengendalikan KJMWB sejak penubuhannya pada 1974 sehingga menjadi sebuah koperasi wanita Melayu yang berjaya dan paling lama di Malaysia.

Menurutnya, pengenalan logo baru koperasi itu sejajar usaha menarik ahli baru menjadi tenaga pelapis, di samping tampil lebih dinamik, segar dan menggambarkan kemantapan yang ingin dibentuk.

“KJMWB bertekad untuk memesatkan lagi aktiviti pembangunan sosio ekonominya, jadi kami perlu membuat persiapan memasuki fasa pertumbuhan lebih mencabar melalui suntikan modal, idea bernas dan tenaga pelapis yang komited.”

Turut hadir Pengerusi Yayasan Suara Wanita (Yusnita), Tan Sri Zaleha Ismail; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh. #sumber
Share:

Khairy Jamaluddin Tolak Tawaran Zahid Jadi "Setiausaha Agung" BN


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin menolak tawaran daripada Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Calon Presiden UMNO yang tewas dalam pemilian parti semalam berkata, beliau tidak mahu memegang sebarang jawatan tertinggi dalam parti, sebaliknya mahu fokus menjadi ahli Parlimen Rembau.

“Terima kasih Datuk Seri Zahid kerana menawarkan saya jawatan Setiausaha Agung BN tadi. Saya memberitahu beliau saya tidak mahu pegang apa-apa jawatan tinggi parti.

“Saya memberi fokus kepada tugas sebagai ahli Parlimen. (Saya) sedia bantu dan tetap bersama UMNO,” tulisnya dalam Twitter hari ini.

Terdahulu, Zahid dilaporkan berkata, beliau akan berbincang dengan pucuk pimpinan Umno untuk melantik calon Presiden yang tewas semalam memegang jawatan lantikan parti.

“Saya akan melihat kepada peranan yang akan dimainkan kedua-dua calon presiden yang tidak dapat memenangi jawatan ini. Janji saya adalah untuk membawa dan memberi tanggungjawab kepada mereka.

“Ia adalah untuk kita mengorak langkah menuju pembaharuan, sebagaimana dilontarkan calon-calon Presiden,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO hari ini.

Terdahulu, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dilaporkan berkata, statistik undi popular menunjukkan majoriti ahli UMNO  mahukan perubahan, namun sistem undi di peringkat bahagian menyebelahi “warlords” yang mempunyai cengkaman kuat ke atas bahagian mereka.

Katanya, ramai perwakilan UMNO  diarah, diugut dan dipaksa mengikut pilihan “warlord” dalam pemilihan UMNO  peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi semalam.

“Majoriti ahli nak berubah, tetapi ‘warlords’ masih pekak terhadap suara rakyat.

“Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri,” tulisnya di Twitternya hari ini. #sumber
Share:

SPRM Panggil Zahid,Untuk Bantu Siasatan Dua Kes Yang Berasingan


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil untuk membantu siasatan agensi anti-rasuah itu membabitkan dua kes berasingan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM menghubungi bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 27 Jun lalu untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok.

“SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut laporan media, pegawai SPRM dijangka mengambil keterangan Zahid berhubung dakwaan perjumpaannya dengan seorang kerabat diraja Arab Saudi yang dikatakan menderma wang kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, Zahid mengesahkan SPRM memanggilnya untuk memberi keterangan esok berhubung penyelewengan dana sebuah yayasan milik ahli keluarganya.

Katanya, dana yayasan itu adalah sumbangan beliau sendiri dan beberapa rakan untuk tujuan kebajikan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan siasatan SPRM sejak awal tahun ini mendapati seorang pemimpin tertinggi Umno disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan itu untuk membayar bil kad kredit miliknya dan isteri sejak 2014 hingga 2016.

Difahamkan, Zahid ialah pengerusi yayasan itu dan rekod menunjukkan ia ditubuhkan pada 1977 dengan matlamat menerima serta menguruskan dana bagi membasmi kemiskinan.

Hari ini, Jabatan Imigresen mengesahkan Zahid tidak dilarang keluar negara kerana tiada arahan daripada SPRM untuk berbuat demikian. #sumber
Share:

Pemimpin UMNO Yang "Di Siasat" SPRM Di Minta Letakkan Jawatan !


KUANTAN: Kepemimpinan UMNO dipilih semalam yang terpalit dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta meletak jawatan.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, berkata presiden parti hingga ketua bahagian yang disiasat suruhanjaya itu harus melepaskan jawatan masing-masing.

"Pemimpin UMNO yang dipilih semalam sama ada daripada presiden hingga ketua bahagian yang tahu dirinya dalam siasatan SPRM, sila lepaskan jawatan. Anda hanya menambah imej buruk, membawa kebencian orang Melayu pada UMNO.

"Kita tidak perlukan kepemimpinan anda (untuk menerajui UMNO)," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp kepada NSTP, di sini, hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dipilih sebagai Presiden UMNO kelapan selepas menewaskan dua lagi pencabarnya iaitu Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Sementara jawatan Timbalan Presiden UMNO dimenangi Datuk Seri Mohamad Hasan yang menewaskan Tan Sri Annuar Musa.

Ahmad Tajuddin secara sinis, menyatakan barisan kepemimpinan yang dipilih semalam ibarat 'barisan ke penjara' dan boleh menghancurkan UMNO.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pemimpin terpalit dengan siasatan SPRM yang berada dalam barisan kepemimpinan UMNO hari ini.

"Sudah separuh nyawa (masih) nak main wayang lagi...baik bubar sahaja. Ahli UMNO bukan Hang Nadim pelindung jenayah pemimpin," katanya.

Katanya, beliau tidak gentar dikenakan tindakan tata tertib oleh pucuk pimpinan hanya kerana menyatakan pendapat dan kebenaran.

Ahmad Tajuddin dipilih semula menerajui UMNO Bahagian Paya Besar dalam pemilihan parti berkenaan semalam selepas memperoleh 311 undi menewaskan pencabarnya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah yang memperoleh 190 undi.

Ahmad Tajuddin pernah menjawat jawatan itu pada 2000 sebelum tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail pada pemilihan UMNO 2013. #sumber
Share:

Pemilihan UMNO: Khaled Nordin Sah "Naib Presiden" Yang Ketiga !


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini disahkan sebagai Naib Presiden UMNO yang ketiga dalam pemilihan parti bagi sesi 2018-2021.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, namun beliau tidak mendedahkan jumlah undi yang diperoleh Khaled.

Carian di laman web UMNO tidak menemui jumlah undi diterima Khaled dan akaun Twitter Pemilihan UMNO 2018 pula menyebut beliau menerima 91 undi sehingga 3.30 petang ini.

Semalam, dua daripada jawatan itu diisi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang masing-masing mendapat 146 dan 99 undi.

Satu lagi kekosongan jawatan itu tidak dapat diumumkan kerana ada bahagian yang belum selesai mengira jumlah pengundian. #sumber
Share:

Khairy Dakwa, Ramai Perwakilan UMNO Di Arah, Di Ugut, Di Paksa Ikut Pilihan 'Warlords'


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mendakwa ramai perwakilan parti itu diarah, diugut, dan dipaksa untuk mengikut pilihan ?warlords' dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian dan majlis tertinggi semalam.

Khairy yang tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam perebutan jawatan Presiden UMNO berkata sistem undi bahagian berpihak kepada ?warlords' yang mempunyai cengkaman kuat ke atas bahagian mereka walaupun statistik undi popular menunjukkan majoriti anggota parti itu mahukan perubahan.

"Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat."

"Angguk-angguk, tepuk-tepuk, seolah-olah tiada pendirian sendiri," katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Walaupun bekas Menteri Belia dan Sukan itu menerima keputusan semalam dengan hati terbuka, beliau mahu anggota parti supaya membuang mentaliti feudal selain mengulangi pendiriannya untuk melihat perubahan dalam UMNO.

Ahmad Zahid, yang sebelum ini naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, dipilih sebagai Presiden UMNO apabila mendapat 93 undi, jauh mendahului dua pencabar utamanya iaitu Khairy yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi. #sumber
Share:

Ayu 'Di Keji', Selepas Isu Jadi Isteri Ketiga Termuda Kecohkan Negara


GUA MUSANG:  Pelbagai hinaan dan kata kejian diterima kanak-kanak 11 tahun yang menjadi isteri ketiga lelaki berusia 41 tahun selepas gambar perkahwinan mereka tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, perkara itu tidak membuatkan kanak-kanak itu dikenali Ayu kesal kerana dia begitu menyayangi suaminya, Che Abdul Karim Che Hamid, 41, yang dikenali sejak berusia 7 tahun.

Ayu yang lahir di Pattani, Selatan Thailand berkata, ketika ini dia akan tinggal bersama kedua ibu bapanya di Kampung Panggong Lalat di sini kerana menghormati status 'nikah gantung' mereka.

Katanya, hinaan itu bukan saja di laman sosial Facebook, bahkan ada yang tidak berpuas hati sehingga sanggup menelefon dan menghantar kiriman WhatsApp berunsur ugutan.

"Saya meneruskan hidup seperti biasa biarpun kisah kami sudah gempar satu Malaysia.

"Saya masih lagi pergi keluar mengaji al-Quran, bermain dengan teman sepermainan dan ke kenduri kahwin," katanya.

Bapa Ayu, dikenali Madroseh berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu reti membaca dan fasih berbahasa Melayu kerana telah membesar di sini.

Katanya, anaknya juga sempat belajar di prasekolah di kampung ini selama dua tahun #sumber
Share:

Bekas Ketua Puteri Umum Keluar UMNO, Jadi Ahli Parlimen Bebas !


MELAKA: Bekas ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar parti itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota parlimen bebas.
"Oleh yang demikian, bermula 1 Julai 2018 dengan seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman, saya mengumumkan keluar daripada parti UMNO bersama-sama dengan pengikut setia saya dan saya akan menjadi ahli parlimen bebas
"...bagi maksud yang telah dinyatakan iaitu untuk menjadi ahli parlimen yang berperanan menegur dan menasihati pihak Kerajaan sebagai “check and balance” atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan HARAPAN tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti.
"... dan berlandaskan latar belakang saya sebagai bekas peguam, saya berharap untuk membuat yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk memastikan badan eksekutif di pantau oleh parlimen yang efektif," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Mas  Ermieyati tidak bertanding dalam pemilihan Umno yang berakhir semalam. Pada PRU14, lalu beliau menang kerusi Anggota Parlimen Masjid Tanah. #sumber
Share:

Dato' Tajuddin "Di Pilih" Kembali Menerajui UMNO Bahagian Paya Besar


KUANTAN: Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman membuat kemunculan semula apabila memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar pada pemilihan parti itu di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), di sini hari ini.

Beliau yang memperoleh 311 undi menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah yang mendapat 190 undi.


Ahmad Tajuddin pernah dipilih menerajui UMNO Paya Besar sejak bahagian itu ditubuhkan pada 2000 namun tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail pada pemilihan UMNO 2013.

Abdul Manan meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu dan Md. Sohaimi yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Paya Besar diberi tanggungjawab memangku tugas mengetuai bahagian berkenaan sehingga pemilihan parti hari ini. #sumber
Share:

GENERASI "Tuntut Janji" Manifesto Pakatan Harapan (PH) Khas Untuk Warga Felda


KUALA LUMPUR: NGO GENERASI menuntut janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang dibuat Pakatan Harapan (PH) khasnya kepada warga Felda ditunaikan segera.

Presidennya, Ustaz Roslan Md Esa berkata, antara isu besar yang membelenggu warga Felda adalah hutang.
Semasa kempen PRU14 kata beliau, PH berjanji mahu menghapuskan hutang peneroka.

Namun kata beliau, hingga kini janji itu hanya tinggal janji kosong walaupun telah hampir dua bulan mereka menerajui kerajaan pusat.

Kata beliau apa yang dihadapi peneroka Felda sejak Umno-BN menerajui agensi itu adalah seksaan dan tekanan yang berpanjangan.

Namun selepas kerajaan berubah, masalah yang sama kata beliau masih berlaku, sedangkan peneroka menanti perubahan yang dijanjikan.

"Setakat ini tiada apa apa pengumuman yang melegakan peneroka dan warganya. Kami anak generasi Felda juga sedang melihat dan memerhatikan perkembangan ini.

"Kita juga kekal dengan prinsip yang benar adalah benar dan yang salah adalah salah tanpa prejudis dalam masa yang sama pemberian duit raya tempohari sangat mengembirakan peneroka tetapi ia bersifat hanya duit raya tapi yang lebih besar adalah mana janji pilihan raya," katanya lagi. #sumber
Share:

PAS Selangor Jawab Persoalan Isu Penggubahan Wang Haram Akaun Parti Itu


Menjawab penggubahan wang haram dalam akaun PAS: Tuduhan lama pun tiada bukti, inikan tuduhan baru

Firman Allah swt dalam Surah al Maidah ayat 8,
ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُونُوا Ù‚َÙˆَّامِينَ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ Ø´ُÙ‡َدَاءَ بِالْÙ‚ِسْØ·ِ ۖ ÙˆَÙ„َا ÙŠَجْرِÙ…َÙ†َّÙƒُÙ…ْ Ø´َÙ†َآنُ Ù‚َÙˆْÙ…ٍ عَÙ„َÙ‰ٰ Ø£َÙ„َّا تَعْدِÙ„ُوا ۚ اعْدِÙ„ُوا Ù‡ُÙˆَ Ø£َÙ‚ْرَبُ Ù„ِلتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ٰ ۖ ÙˆَاتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ ۚ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ø®َبِيرٌ بِÙ…َا تَعْÙ…َÙ„ُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Keceluparan peguam PAN, Faiz Fadzil, Timbalan Ketua Pemuda PAN sepatutnya berasaskan kepada undang-undang dan apa yang dipelajarinya dan diamalkan sebagai pengamal undang-undang.

Sewenang-wenangnya cubaan buat kesekian kalinya para pimpinan PAN sejak tahun 2016 untuk cuba membina persepsi buruk terhadap PAS sama ada dengan memfitnah PAS bergabung dengan Umno atau menerima duit Umno walaupun telah diperjelaskan oleh pimpinan PAS sebelum ini.

Itulah modus operandi mereka bertahun lamanya dan tak pernah berasa menyesal dan bersalah walaupun kaedah itu bercanggah dengan prinsip Islam dan prinsip undang-undang itu sendiri yang kononnya mereka adalah pembela dan pejuang prinsip itu.

Pembuktian terhadap tuduhan PAS sehingga hari ini masih sekadar tuduhan melulu, telahan tiada berasas, berbentuk fitnah dijaja ke sana ke sini, malah PAS telah berjaya di beberapa peringkat prosiding mahkamah samannya di London langsung tidak diendahkan.

Cadangan membekukan akaun PAS hanya berpandukan tuduhan ciptaan lidah bercabang PAN bahawa PAS mesra Umno menjadi ratib setiap saat para pimpinan PAN, walaupun kini kelihatan bekas pimpinan Umno yang kalah pilihan raya berbondong-bondong menyertai PH samada PKR atau PPBM. Ini mesra apa? Mesra fulus dan pangkat\?

Saya ingin menegur dan mengecam keceluparan Faiz Fadzil ini, janganlah berlagak sombong menjadi kerajaan ingin menggunakan kuasa yang rakyat beri dengan semudah menghukum pembangkang.

Saya berharap Kerajaan PH tidak hanya laju dan pantas mencari dan mendedahkan kesilapan dan kepincangan bekas pimpinan kerajaan yang kalah, tapi menutup membuta mata dan memekakkan telinga kepincangan yang pernah dilakukan di kalangan pimpinan kerajaan PH sekarang.

PAS tidak terkejut dan tidak hairan apa yang sedang dibuat oleh Kerajaan PH sekarang dalam mendedahkan korupsi pimpinan Umno dan bekas pimpinan kerajaan kerana mereka bukan lagi berkuasa. Apa yang mengkagumkan ialah kejayaan mendedahkan korupsi pimpinan kerajaan yang sedang berkuasa sekiranya ada bukti.

Saya ingin mengingatkan pimpinan Kerajaan PH bahawa tiada kerajaan yang kekal di dunia ini kalau sikap begini diamalkan untuk menghukum pembangkang, bagaimana nasib mereka nanti sekiranya Kerajaan Persekutuan dipegang oleh Umno kembali? 

Beristiqamah Sehingga Kemenangan

Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS 
Negeri Selangor 
Share:

Wan Azizah Dakwa "Sedia" Lepas Jawatan TPM, jika Anwar Jadi PM


ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersedia mengundur diri daripada jawatan nombor 2 kerajaan, jika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
Beliau berkata, perkara itu bukanlah isu besar kerana situasi di mana jawatan timbalan perdana menteri dan perdana menteri disandang suami isteri tidak pernah berlaku di negara ini.
“Itu (situasi di mana jawatan timbalan perdana menteri dan perdana menteri disandang suami isteri) tidaklah…saya kira saya akan undur dirilah, tak payah jadi isu kerana itu memang niat saya daripada mula-mula lagi.
“Kenapa suami saya tidak boleh bertanding?…suami saya telah dizalimi, sekarang telah diampuni dan sekarang dia boleh ambil bahagian.
"Namun, kita ikut janji perdana menteri sekarang adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan saya timbalan perdana menteri,” katanya selepas melawat Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini. hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dipetik portal berita sebagai berkata, beliau akan melepaskan jawatan sejurus Anwar diangkat menjadi perdana menteri, namun siapa yang bakal mengisi jawatan timbalan perdana menteri belum diputuskan.
Ditanya apakah proses peralihan kuasa itu akan dipercepatkan, Dr Wan Azizah berkata, apa yang paling penting buat masa ini adalah melaksanakan mandat diberikan rakyat kepada kerajaan baru.
“Kita kena beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat.”
Mengulas projek RTB itu, Dr Wan Azizah berkata, ia kini di tahap 70% dan akan mengambil 18 bulan untuk siap sepenuhnya.
“Kita diberi taklimat dan mendapati sejak 2010, seramai 46,000 mangsa banjir dipindahkan. Banyak masalah lain seperti kerosakan bendang, harta benda, malah kehilangan nyawa yang berlaku. Sebab itu, kita ingin percepatkan RTB yang dijangka siap pada 2020.
“Kita juga diberitahu projek ini boleh siap dalam 18 bulan, jadi kerajaan pusat akan beri kerjasama untuk menjayakan projek RTB dan bajet tambahan RM62 juta diluluskan tahun lepas untuk kegunaan projek tersebut.”
Katanya, bajet tambahan itu akan digunakan untuk membina jalan lencongan bagi jambatan dari Jalan Alor Setar-Kangar dan jambatan Jalan Alor Setar-Gunung Keriang, yang mampu menyelesaikan masalah banjir. #sumber
Share:

Najib: Orang Melayu Kini Adalah "Terbangsat" Di Negara Sendiri !


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan, orang Melayu kini terbangsat di negara sendiri, sejak UMNO kehilangan kuasa sebagai pemerintah.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO, berkata selepas menyelesaikan pemilihan, semua ahli UMNO kini perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan mereka, dalam usaha membina semula kekuatan.
Najib juga menggesa semua pihak dalam parti itu, belajar dari kesilapan lalu, sambil memperkuatkan perpaduan dan kasih sayang sesama ahli.
"Kita hendaklah berhenti berbalah. Elakkan membuat tohmahan yang boleh menjejaskan perpaduan UMNO jika ingin memulihkan kekuatan parti dan mengangkat perjuangan agama, bangsa dan negara.
"Orang Melayu tidak boleh berharap kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mempertahankan dan memperjuangkan nasib mereka. Ini kerana kekuatan parti Melayu mereka (PH) datang dari sokongan orang bukan Melayu," katanya dalam catatan terbaru menerusi Facebook, malam ini.
Najib mendakwa, setakat ini, kerajaan Pakatan Harapan mengizinkan pencabulan terhadap bahasa Melayu, agenda Islam dan Bumiputera juga tidak akan mendapat tempat utama dalam pentadbiran mereka.
"Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat di negara sendiri jika UMNO hilang kuasa. Kita (UMNO) sudah terlepas kuasa dan mesti tabah hadapi ujian Allah SWT ini.
"Insya-Allah, dengan adanya perpaduan yang lebih kukuh dan kasih kepada parti, UMNO boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu," katanya. #sumber
Share:

Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan


BENTONG: Badan Perhubungan UMNO Pahang menerima pembekuan akaun bank miliknya sebagai wajar bagi memberi laluan kepada penyiasatan oleh pihak berkuasa berhubung pelbagai isu berbangkit.
Mengesahkan akaun bank berkenaan sudah dibekukan, Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
"Saya bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada 19 Jun lalu dan Tun Daim Zainuddin bertanyakan sama ada kami ada mendapat bantuan kewangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)...saya kata Badan Perhubungan UMNO Pahang mendapat dua keping cek.
Saya ada menyimpan dokumen seperti salinan imbasan dan penyata kewangan, ini memudahkan pihak berkenaan membuat siasatan.
"Tindakan ini wajar bagi membantu siasatan, namun saya hairan akaun UMNO Bahagian Bentong pun turut dibekukan dan saya diberitahu kita ada mendapat cek...kita terbuka dalam siasatan dilakukan pihak berkuasa," katanya ditemui selepas mesyuarat UMNO Bahagian Bentong di Dewan Arena, dekat sini, hari ini.
Baru-baru ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memangku jawatan Presiden UMNO mendedahkan SPRM membekukan akaun UMNO Pusat, UMNO Selangor dan UMNO Johor.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai membekukan akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam pada itu, Adnan berkata, walaupun berdepan tindakan pembekuan akaun berkenaan pihaknya akan terus bergerak namun dengan cara lebih bersederhana.
"UMNO ketika mula penubuhannya dahulu pun bukan senang tetapi kita ada semangat, jika kita ambil semula semangat berkenaan maka tiada masalah untuk bangkit semula," katanya.
Selain itu, Adnan berkata, ahli UMNO harus menerapkan tiga aspek bagi mengembalikan semula martabat parti itu supaya ia diterima rakyat pada masa depan.
"Tiga aspek itu adalah mempunyai jiwa kuat serta roh suci, penampilan dan kelakuan yang baik...InsyaAllah kita akan mendapat kepercayaan rakyat," katanya. #sumber
Share:

Jamal Yunos Berjaya Pertahankan Jawatan "Ketua UMNO" Bahagian Sungai Besar


SUNGAI BESAR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menjadi buruan polis, berjaya mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu hari ini.
Beliau menewaskan pencabarnya yang juga bekas Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Masloro Abdullah.
Jamal memperoleh undi 347 undi berbanding Masloro yang menerima 240 undi.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Ramli Norani, pula mempertahankan jawatan itu selepas menewaskan pencabarnya, Ketua UMNO Cawangan Tali 13 Sungai Nipah, Abdul Wahab Sarman.
Budiman Mohd Zohdi menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. #sumber

Share:

Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin, memilih untuk berjiwa besar di sebalik kegagalannya dalam persaingan merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini.
Walaupun tewas, beliau melihat pertandingan itu sebagai satu keterbukaan baharu dalam UMNO yang menyaksikan jawatan tertinggi parti dipertandingkan secara demokratik.
Ahli Parlimen Rembau itu juga tidak kecewa dengan kekalahannya, sebaliknya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada sejarah apabila berpeluang bersaing dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh Hamzah merebut jawatan nombor satu dalam parti.
Saya mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid kerana memenangi pertandingan ini dan setinggi tahniah juga kepada Tengku Razaleigh yang menawarkan kebijaksanaan serta pengalaman sebagai seorang negarawan.
"Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya membanggakan warga Rembau dan orang Negeri Sembilan.
"Buat barisan jentera saya serta penyokong, jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan saya ucapkan kepada anda semua. Begitu juga dengan rakyat Malaysia secara keseluruhan yang mengikuti pemilihan UMNO ini dengan dekat.
"Terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat anda semua," katanya menerusi Facebook rasminya, malam ini.
Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO yang baharu selepas menewaskan Tengku Razaleigh dan Khairy serta dua calon lain dalam pertembungan lima penjuru merebut jawatan tertinggi parti.
Bagaimanapun, keputusan penuh jumlah undian diterima setiap calon belum diumumkan.
Khairy juga berharap Ahmad Zahid serta barisan kepemimpinan baharu UMNO dapat melaksanakan segala idea bernas yang dicadangkan dalam pemilihan berkenaan tanpa mengira siapa yang melontarkannya.
"Semoga perubahan yang akan kita laksanakan dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO," katanya.
Bekas Ketua Pemuda UMNO turut menyatakan komitmen untuk memberi fokus menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau serta wakil rakyat. #sumber
Share:

Pemain Perancis "Mbappe" Ikut Jejak Legenda Pele Di Piala Dunia


KAZAN, Russia: Bintang remaja sensasi, Kylian Mbappe meledak dua gol dan membuat satu umpanan ketika Perancis kembali membuktikan ketajaman jentera serangan dengan menewaskan Argentina 4-3 sekali gus mara ke suku akhir Piala Dunia.
Ketika aksi di Russia dianggap pentas Piala Dunia terakhir buat jaguh Argentina, Lionel Messi, bintang Paris Saint-Germain berusia 19 tahun, Mbappe lebih mencuri tumpuan pada pertembungan menghiburkan di Arena Kazan itu.
Dua jaringannya menyaksikan dia muncul pemain termuda menjaringkan dua gol dalam perlawanan Piala Dunia sejak legenda Brazil, Pele melakukannya pada 1958.
Sebelum perlawanan, jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli menjanjikan skuad kendaliannya akan menggunakan pendekatan "agresif dan menyerang."
Begitupun, kebimbangannya mengenai kepantasan yang dimiliki jentera serangan Perancis terbukti apabila Mbappe berlari mengejar bola dari kawasan tengah padang sebelum dia dijatuhkan oleh Marcos Rojo untuk penalti yang disempurnakan Antoine Griezmann.
Sekalipun rakan sepasukan Mbappe di PSG, Angel Di Maria menyamakan kedudukan pada minit ke-41 sebelum Argentina mendahului pada awal babak kedua menerusi tampanan Gabriel Mercado susulan rembatan Messi yang mungkin satu-satunya sumbangan besar bintang Barcelona itu pada perlawanan berkenaan, ia tidak menghalang kebangkitan Perancis.
Selepas pertahanan Benjamin Pavard menyamakan kedudukan menerusi voli mengagumkan pada minit ke-57, dua gol Mbappe pada minit ke-64 dan 68 seakan mematikan semangat Argentina.
Walaupun Perancis berjaya mengawal tekanan selepas mendahului dua gol, mereka begitupun tampak bergelut pada minit-minit terakhir permainan.
Selepas bermati-matian memburu gol, Argentina akhirnya memperoleh gol ketiga pada minit ketiga masa kecederaan menerusi tandukan Sergio Aguero sekali gus menyaksikan Hugo Lloris tewas buat kali ketiga.
Sebagai rekod, kali terakhir Perancis tewas perlawanan Piala Dunia ketika sedang mendahului adalah pada 1982 sewaktu menentang Poland. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.