script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ADUN Ketari Bentong, YB Rara Sah Bercerai Talak Satu Hari Ini


KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Lafaz cerai itu dibuat, Muhamad Masyhur Abdullah,32, selaku plaintif terhadap Young Syefura, 30, atau lebih dikenali dengan panggilan Rara sebagai defendan di hadapan Hakim Syarie Mohd. Saifullah Hamzah pukul 11.40 pagi.


Selepas mendengar lafaz cerai itu, Mohd. Saifullah kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Rara menjalani tempoh edah selama tiga bulan termasuk Muhamad Masyur perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.

Permohonan cerai tersebut dibuat Muhamad Masyur mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 1 Mac lalu.

Terdahulu sebelum melafazkan cerai, Muhamad Masyur menyatakan kepada mahkamah penceraian ini dibuat selepas tiada persefahaman antara kedua-dua belah pihak.

"Selain itu pelbagai usaha untuk menyelamatkan perkahwinan juga tidak berhasil," katanya. #sumber
Share:

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 Akan Di Umum 14 Mac


PUTRAJAYA: Seramai 421,706 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan mendapat keputusan peperiksaan mereka pada 14 Mac ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu seramai 362,754 merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan (9,427); sekolah menengah agama negeri (8,160); sekolah menengah agama rakyat (2,059); sekolah swasta (14,001); dan calon persendirian (25,305).

Menurut KPM, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri. #sumber
Share:

Tun Dr Mahathir: PH Tidak Gentar Gabungan PAS Dan UMNO !


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak gentar melihat gabungan PAS dengan UMNO kerana ia memberi banyak isu dan peluang dalam mendedahkan kedua-dua parti bahawa pembohongan telah menjadi wajib bagi mereka.

Perdana Menteri berkata gabungan itu agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan PAS dahulu belum selesai.

“Ulama UMNO keluar UMNO untuk menubuh PAS kononnya kerana Islam. Lagipun semasa kepimpinan UMNO yang lepas, salah satu sebab penggabungan bahkan kerjasama UMNO dan PAS tidak berlaku adalah kerana PAS telah mengkafirkan UMNO,” katanya menerusi catatan di blog rasminya, chedet.cc malam ini.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH berkata antara faktor lain, PAS juga tidak mahu bekerjasama dengan UMNO pada masa dahulu kerana UMNO mengamalkan perlembagaan yang dituduh sekular dan kafir.

“PAS tidak pernah menarik balik “fatwa” tersebut. Sudahkah PAS Islamkan UMNO,” soal Dr Mahathir.

“Ini adalah di antara asas ‘Amanat Haji Hadi’ yang membawa kepada sembahyang dua imam; tidak mahu makan sembelihan orang UMNO, jenazah perlu disembahyangkan semula oleh orang PAS jika sebelumnya disembahyangkan oleh orang UMNO, mengharamkan anak mengahwini anak orang UMNO, mengharamkan isteri mengundi UMNO dan jika dilakukan akan gugur talak dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan, sama ada kesemua larangan dan amalan-amalan itu telah ditarik balik atau diarah untuk dihentikan

“Apakah orang UMNO terima bahawa mereka dengan PAS kelainan agama tetapi perbezaan ini diterima kedua-dua pihak,” soalnya.

Beliau berkata melihat kepada perkembangan sekarang, kerjasama antara UMNO dan PAS lebih ke arah untuk mengembalikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang didakwa terhadapnya.

“Adakah PAS sudah anggap Najib yang sedang menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah dan salah guna kuasa tidak bersalah.

“Apakah atas nama penyatuan Melayu dan Islam, rasuah, salah guna kuasa dan jenayah boleh dihalalkan. Apakah ini adalah pembohongan yang wajib

“Betul Najib belum didapati bersalah kerana perbicaraan oleh Mahkamah belum dapat diadakan. Akan terimakah Najib sebagai pemimpin PAS jika ia didapati bersalah,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, jika anggota dan pemimpin PAS yang arif akan apa yang berlaku di serata dunia, kenapa mereka masih bersedia bersekongkol bersama UMNO dan Najib.

“Tidak sedarkah mereka bahawa ramai ahli UMNO sudah meninggalkan UMNO kerana telah jadi kleptokrasi dan bukan demokrasi.

“Mereka juga pasti sedar bagaimana beberapa buah bank terkenal dunia telah ditutup dan pegawai-pegawai mereka didakwa dan di jel kerana pembabitan di dalam skandal 1MDB,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, PAS perlu sedar nilai yang diterap apabila bekerjasama dengan Najib dan UMNO di waktu ini iaitu Najib menggelar dirinya dan digelar oleh pengikutnya sebagai ‘Boss’ yang tidak perlu berasa malu.

“Bos bermakna ‘Tuan Hamba’. Apakah PAS juga bersedia untuk jadi hamba kepada seorang yang dipercayai mencuri. Sudah gugurkah PAS perasaan malu apabila menerima Najib sebagai “boss”,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir turut menceritakan beberapa orang pemimpin PAS telah datang berjumpa beliau dan menyerah satu dokumen akujanji akan menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

“Pemimpin PAS kata tidak akan berkempen sokong BN di Semenyih. Tetapi pada hari penamaan calon ramai pemimpin PAS hadir bersama pemimpin BN. Inikah janji PAS,” tanya Dr Mahathir.

Semalam, UMNO dan PAS mengumumkan kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah. #sumber
Share:

Mazlan Aliman: LPP Sasarkan 10 PPK Laksana Projek Fertigasi


MELAKA: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berhasrat melahirkan 10 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) baharu tahun ini yang lebih berdaya saing dengan menjalankan projek fertigasi menggunakan teknologi tinggi sepenuhnya dalam usaha memperkasakan sektor pertanian di negara ini.

Pengerusi LPP Datuk Mazlan Aliman berkata konsep pertanian itu mampu menghasilkan pengeluaran pertanian yang lebih baik walaupun diusahakan di kawasan tanah yang terhad selain dapat mengurangkan kebergantungan bekalan hasil pertanian dari pasaran luar.

Beliau berkata antara tanaman yang dikenal pasti sesuai untuk konsep itu ialah cili kulai dan cili api yang harganya stabil dan tinggi selain boleh dituai dalam tempoh empat bulan serta timun dan terung yang turut mendapat permintaan tinggi. #sumber
Share:

Kes Bunuh Aisyah, Polis Rampas Alas Tilam Ada Titisan Darah !


LANGKAWI - Polis menemui beberapa kesan dipercayai titisan darah pada alas tilam ketika melakukan pemeriksaan di rumah pasangan suami isteri yang disyaki membunuh kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, di kuarters kakitangan Hospital Langkawi (HL) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) di kediaman tersebut kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

"Alas tilam yang dipercayai menjadi tempat mangsa tidur ini dirampas untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi proses analisa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya tidak menolak berlaku unsur penderaan terhadap kanak-kanak terbabit berdasarkan soal siasat yang dilakukan terhadap suspek wanita selain keterangan jiran mendakwa sering mendengar tangisan dari kediaman tersebut.

Mohd. Iqbal pada masa sama memberitahu, pihaknya akan meneruskan pencarian anggota badan lain mangsa di lokasi mayat dibuang iaitu kawasan gaung di Gunung Raya pada pagi esok.

"Kita akan meluaskan lagi radius pencarian di kawasan gaung tersebut termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9)," ujarnya.

Tambahnya, ibu kandung mangsa juga akan diminta memberikan sampel darah bagi melakukan ujian padanan asid deosiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi esok. #sumber
Share:

Lagi Individu Hina Islam, Nabi Muhammad SAW Di Tahan Polis !


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di laman media sosial Facebook ditahan polis dalam satu serbuan di pusat beli-belah Plaza Pudu di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang menggunakan nama akaun 'Alvin Chow' di laman Facebook itu ditahan dalam satu serbuan oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Selangor.


"Berdasarkan maklumat serta risikan yang dilakukan, pihak polis telah berjaya menahan lelaki berusia 43 tahun itu sekitar pukul 5 petang.

"Semakan yang dilakukan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Menurut Fadzil, suspek yang beralamat di Danau Kota di sini dikehendaki polis berikutan laporan yang dibuat kerana melakukan penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda.  

"Lelaki berkenaan seterusnya diserahkan kepada pihak Bukit Aman untuk siasatan lanjut," jelas beliau. #sumber
Share:

´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV


MELAKA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa kerajaan mengambil semula aset Felda yang telah dipajakkan kepada Kumpulan FGV Holdings Bhd (FGV) dalam usaha memulihkan agensi pembangunan tanah itu.

Pengerusi Anak,Datuk Mazlan Aliman berkata jika Felda dapat ambil balik kilang dan tanah daripada FGV, beliau yakin kerajaan Pakatan Harapan mampu pulihkan semula Felda dalam masa lima tahun ini. 

Felda antara lain mempunyai aset tanah seluas 320,000 hektar yang dipajak kepada FGV dan apabila tanah tersebut diambil semula, Felda dijangka mampu mendapat hasil RM1 billion setahun yang akan membantu langkah memulihkan agensi itu.

Mazlan yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata langkah mengambil balik aset itu adalah lebih baik daripada membuat pinjaman kewangan bagi memulihkan Felda.

“Daripada membuat pinjaman bagi memulihkan Felda adalah lebih baik jika kerajaan membuat ‘bail out’ ke atas tanah tersebut ... saya difahamkan ‘bail out’ adalah sekitar RM2.5 bilion,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di Seri Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan pihak tertentu agar kerajaan membuat pinjaman baharu adalah tidak sesuai kerana ini akan membebankan kerajaan yang terpaksa membayar faedah pinjaman yang lama.

Mazlan berkata dengan pengambilalihan itu Felda dapat menambah sumber pendapatan dan seterusnya mengukuhkan aliran tunainya. 

Mazlan berkata selain itu, Felda juga mempunyai 68 buah kilang memproses kelapa sawit yang dikendalikan oleh FGV.

Mazlan berkata perkara tersebut telah dibincangkan dengan pihak kerajaan dan diterima dengan positif dan difahamkan hanya dapat dilaksanakan selepas pembentangan kertas putih di Parlimen nanti. #sumber

Share:

Isteri, Anak Bekas CEO Cradle Fund Akan Di Tuduh Membunuh


SHAH ALAM: Isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Allahyarham Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini berhubung kes pembunuhan suaminya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, berkata turut didakwa berhubung kes itu adalah dua anak lelakinya berumur 15 dan 17 tahun dan seorang lagi masih bebas pada pukul 2.00 petang ini.

“Pihak Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan terhadap mereka. #sumber
Share:

Sultan Selangor Kecewa Isu Hina Keperibadian Rasulullah SAW


SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu kenyataan berkata, baginda menzahirkan kekecewaan itu selepas berbincang dengan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor pada hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, bagi membendung gejala penghinaan ini agar tidak terus berlaku tanpa kawalan, Sultan Selangor mengingatkan rakyat terutama yang bukan beragama Islam, supaya menghentikan perbuatan mempersendakan keperibadian Rasulullah SAW dan mencemar kesucian agama Islam.

Ini kerana, katanya, perbuatan tersebut bukan sahaja boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat, malah boleh menyebabkan rusuhan antara kaum serta agama yang akan mengakibatkan permusuhan berpanjangan antara kaum di negara ini.

“Kejadian penghinaan terhadap Rasulullah SAW serta isu-isu yang mencemar kesucian agama Islam kerapkali berlaku dan telah sampai ke tahap mencabar kesabaran umat Islam. Agama Islam yang merupakan agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seharusnya perlu sentiasa dihormati oleh setiap rakyat di negara ini,” katanya.

Menurut Hanafisah, walaupun perbuatan penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan kesucian agama Islam merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang dan tindakan undang-undang serta hukuman juga telah dikenakan terhadap mereka yang melakukannya, ia masih tetap berlaku dan seolah-olah tiada kesan terhadap tindakan undang-undang yang diambil terhadap golongan ini.

“Sejarah telah menunjukkan sesebuah negara boleh menjadi porak-peranda sekiranya rakyat bermusuhan atas sebab tidak menghormati agama yang dianuti oleh pelbagai kaum.

“Sebagai Raja yang merupakan ketua agama Islam negeri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menegaskan bahawa memelihara maruah agama Islam serta maruah junjungan Rasulullah SAW merupakan tuntutan utama dalam maqasid syariah dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk sentiasa mempertahankannya,” katanya.

Oleh itu, Hanafisah menegaskan, peringatan Sultan Selangor ini perlu diambil serius oleh rakyat keseluruhannya terutama golongan bukan Islam jika inginkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan kaum dan agama di negara ini terus kekal.

Katanya, peringatan oleh baginda bukan sekadar untuk golongan bukan Islam tetapi termasuk juga kepada umat Islam di mana mereka sendiri perlu sentiasa berwaspada dalam melontarkan sebarang pandangan berkaitan dengan agama lain.

Beliau seterusnya berkata, Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menjunjung segala titah Sultan Selangor dan turut berasa terkesan dengan kekecewaan yang dizahirkan oleh baginda berkaitan dengan isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan agama Islam.

“Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menggesa supaya pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara mengambil berat akan peringatan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan mengambil langkah-langkah berkesan dan efektif bagi menangani masalah ini.

“Penyiasatan terperinci terhadap mereka yang disyaki melakukan kesalahan perlu segera dilaksanakan dan tindakan pendakwaan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi,” katanya. #sumber
Share:

Mukhriz: Pakatan Harapan Tak Ambil Mudah PRK DUN Rantau


KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata, PH bakal berdepan saingan daripada UMNO memandangkan kawasan itu diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Kami tidak akan ambil mudah tambah-tambah lagi apabila seorang bekas Menteri Besar bakal bertanding di situ. Kita akan lakukan yang terbaik. #sumber
Share:

Bukan Mudah PH Baiki Sistem 60 Tahun Yang Di Tinggalkan BN


PERMATANG PAUH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bukan mudah untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) membaiki sistem berusia 60 tahun yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Katanya usaha itu akan mengambil masa dan ini ditambah dengan beban hutang negara yang banyak, ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Selama 60 tahun kerajaan tidak pernah tukar. Bila kita ambil alih kita tidak ada dana yang mencukupi. Ini fakta...hutang negara kalau kita tidak membayar kita akan menjadi negara yang bankrap.

"Kita (kerajaan PH) baru lapan bulan, tidak mudah membaiki sistem yang dah lama. Ini bukan excuse (alasan). Kita cuba usahakan dengan mengadakan mesyuarat demi mesyuarat, jawatankuasa demi jawatankuasa macam mana kita nak turunkan kos sara hidup yang kita rasa bebankan rakyat," katanya ketika berucap pada program Santai Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PH mengakui kerajaan baharu mempunyai kelemahan berikutan kebanyakan barisan Kabinet adalah muka baharu yang tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara.

"Kerajaan ada kelemahan memang saya akui, kita tidak 'perfect' (sempurna). Saya sendiri akui sebab (anggota) kabinet semua muka baharu. Yang lama pun (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad dan (Menteri Dalam Negeri) Tan Sri Muhyiddin Yassin. (Menteri Kewangan) Lim Guan Eng dan (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada pengalaman mentadbir negeri.

"(Menteri) hat lain semua muka baharu. Kami perlu realistik. Bagaimanapun kita akan cuba betulkan keadaan," katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata beliau sekeluarga terhutang budi dengan penduduk Permatang Pauh yang sentiasa memberikan sokongan, bermula dengan suaminya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga anak mereka Nurul Izzah.

Menurutnya walaupun kini beliau tidak lagi menjadi wakil rakyat di kawasan itu, beliau sentiasa mengingati jasa penduduk Permatang Pauh.

"Saya tidak akan lupa jasa orang Permatang Pauh. Saya memang terhutang budi. Memang saya lama tak balik, memang rindu. Permatang Pauhlah di mana saya bertatih sehingga sampai ke peringkat dunia. Kini, anak saya Nurul Izzah pula menjadi wakil rakyat di sini untuk kesinambungan perjuangan kita," katanya. #sumber
Share:

Keputusan PRK Semenyih Mesej Rakyat Buat Pakatan Harapan


IPOH: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih merupakan mesej rakyat yang perlu dipertimbangkan sewajarnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama mengenai kos sara hidup, kata Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK itu semalam, bukan kerana rakyat menyokong parti itu dan UMNO, tetapi ia mesej jelas daripada rakyat agar kerajaan mempertimbangankan sebaik-baiknya keperluan mereka.

“Keputusan PRK Semenyih semalam adalah keputusan jelas daripada rakyat dan kita perlu menghormatinya. Saya rasa kos sara hidup adalah isu ditegaskan oleh rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pendengaran Malaysia di sebuah pusat membeli belah di sini hari ini. #sumber
Share:

Tun Dr Mahathir: Kerjasama UMNO-PAS Tidak Bimbangkan PH


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak bimbang dengan kerjasama UMNO-PAS yang menjadi antara punca kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, semalam.

Perdana Menteri berkata beliau yakin gabungan sebegitu hanya akan berlaku pada PRK yang kemenangannya tidak membawa makna besar.

“Dalam pilihan raya kecil menang kalah tidak penting tetapi dalam pilihan raya umum lain, mereka tidak tidak boleh bekerjasama.

“Kalau mereka bekerjasama PAS tidak akan mendapat apa-apa,” kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Landskap Negara di Taman Botani, di sini hari ini.

BN merampas kembali kerusi DUN Semenyih pada PRK semalam yang menyaksikan calonnya Zakaria Hanafi mengatasi calon PH Mohammad Aiman Zanali dan dua lagi calon dengan majoriti 1,914 undi,. 

Mengakui penggunaan isu agama yang keterluan ketika kempen juga antara punca kekalahan PH, Dr Mahathir berkata pihaknya akan segera melakukan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sebenar gabungan itu gagal mempertahankan kerusi DUN Semenyih yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas.

Beliau berkata perbezaan majoriti yang diraih juga menunjukkan pengundi Semenyih sudah berubah fikiran akibat persepsi negatif dan provokasi agama tidak perlu yang berlaku sepanjang tempoh berkempen.

“Ada sesetengah pihak yang melakukan provokasi tidak perlu seperti melukis kartun Nabi Muhammad sedangkan perkara sebegini tidak menyumbang ke arah kebaikan negara,” katanya.

Berhubung kegagalan menunaikan janji manifesto yang juga dilihat antara faktor menyumbang kekalahan PH itu, Dr Mahathir berkata kerajaan memerlukan masa yang lebih panjang untuk merealisasikan janji mereka.

Perdana Menteri berkata ketika pihaknya berusaha menunaikan janji pilihan raya, kerajaan juga pada masa yang sama perlu membayar hutang lebih RM1 trilion yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Menjadikan hutang projek Laluan Rel Pantai Timur sebagai contoh, Dr Mahathir berkata kerajaan terpaksa membayar faedah RM200 juta pada setiap enam bulan bagi pinjaman RM55 bilion yang dibuat kerajaan terdahulu untuk melaksanakan projek tersebut.

“Bermakna duit yang kita ada yang sepatutnya diguna untuk membantu rakyat terpaksa digunakan untuk membayar hutang yang ditinggalkan kepada kita,” katanya.

Dr Mahathir juga mempertahankan dakwaan PH terhadap PAS kerana yakin dengan kebenarannya termasuk janji tidak menyokong UMNO di Semenyih serta pembayaran RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Clare Rewcastle-Brown untuk penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dr Mahathir berkata pihaknya mempunyai bukti jelas berkenaan pembayaran tersebut dan perkara itu tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

Katanya beliau tidak menyalahkan individu (Rameli Musa) yang dikaitkan dengan pembayaran wang oleh Abdul Hadi kepada Rewcastle-Brown namun "marah dengan cara PAS yang berbohong". #sumber
Share:

Dua Pelajar UiTM Jengka Maut Dalam Kemalangan Di Maran !


MARAN: Dua pelajar wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka di sini maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di KM22 Jalan Temerloh-Jengka tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata mangsa berkenaan ialah Siti Najiha Azahar, 21, dari Taman Idaman, Kluang, Johor dan rakannya Aina Mardhiah Razmi, 21, dari Desa Mewah, Semenyih, Selangor.

“Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah hari ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan menuju ke Temerloh. #sumber
Share:

Fuziah: Lynas Perlu Hentikan Sementara Pengeluaran Sisa WLP


KUANTAN: Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) perlu menghentikan sementara operasi pengeluaran sisa buangan ‘Water Leached Purification’ (WLP) di kilang nadir bumi milik mereka di sini sekiranya masih gagal membersihkan sisa yang ada menjelang September nanti.

Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh hal itu wajar dipertimbangkan oleh syarikat berkenaan memandangkan sebarang pengeluaran sisa buangan baharu akan merumitkan lagi usaha untuk menghantar balik kesemua sisa bahan itu ke Australia dari premis penapisannya di Gebeng.

“Lynas dalam kenyataannya yang hari ini (semalam) menyatakan mereka tidak yakin dapat memenuhi untuk mengeluarkan kesemua sisa bahan buangan mereka sebelum September nanti seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat pembaharuan lesen operasi mereka nanti. #sumberr
Share:

Mujahid: Kerajaan PH Bertindak Cepat Dakwa Pihak Hina Nabi !


PARIT BUNTAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa bertindak tegas dan akan mengambil tindakan pantas terhadap mana-mana individu atau pihak yang menghina agama serta kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengambil contoh kes terbaharu apabila dua individu menghina Nabi Muhammad SAW yang tular di Facebook baru-baru ini, mereka didakwa di mahkamah dalam tempoh kurang sebulan.

‘Kita dah tuduh mereka (hina nabi) di mahkamah mengikut undang-undang negara, sebab kita bukan negara Taliban, orang yang didakwa itu diberikan hak untuk mendapatkan pembelaan dan jaminan apabila di tuduh di mahkamah,” katanya semasa menutup Karnival Rahmah dan Ramah di pekarangan Surau Sungai Betul Bawah di Bagan Tiang dekat sini.

Anggota Parlimen Parit Buntar itu turut menyangkal dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya Peguam Negara, Tommy Thomas mempengaruhi pihak pendakwa raya membebaskan seorang individu dengan jaminan selepas didakwa.

"Selepas itu, mereka kaitkan pula dengan kenyataan Peguam Negara yang kononnya mengatakan ini adalah kebebasan memberi pandangan, namun hakikatnya dia (Tommy) tidak keluarkan kenyataan itu. Mengikut 'rule of law', apabila seseorang itu didakwa, dia akan diberi hak untuk pembelaan dan ketika itu dia ada hak diberikan jaminan," katanya.

Pada 27 Febuari lalu, seorang lelaki yang menggunakan nama Facebook Foo Sin Wai ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW, namun dibebaskan dengan jaminan polis tiga hari kemudian, dan terdahulu, tindakan lelaki itu memuat naik karikatur menghina perkahwinan Rasulullah dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh negara. #sumber
Share:

Menang PRK: MB Pahang Ucapkan Tahniah Kepada Calon BN


KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Semenyih, Zakaria Hanafi yang menang pada pilihanraya kecil DUN itu hari ini.

Wan Rosdy yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu BN merampas semula kerusi DUN itu daripada Pakatan Harapan.

"Saya turut ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jentera Barisan Nasional dan parti komponennya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), badan-badan NGO, pasukan keselamatan, pihak SPR, pihak media yang membuat liputan dan semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh semasa kempen dijalankan", katanya di Facebook beliau malam ini. 
Dengan kemenangan Barisan Nasional ini, jelasnya menunjukkan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional untuk memimpin mereka.
"Semoga YB Zakaria Hanafi dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin sebaiknya dan yang paling penting adalah kerap turun padang untuk bersama rakyat, InsyaAllah. Syukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah", tambahnya. #PDO
Share:

JAKIM Bantu Perjelaskan Isu Suntikan Vaksin Dari Sudut Fatwa


KUANTAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat dasar berkenaan suntikan vaksin imunisasai dari sudut pandangan fatwa sama ada perlu mewajibkan pengambilannya atau sebaliknya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, dalam masa yang sama Jakim akan turut membantu memperjelaskan kepada orang ramai mengenai suntikan vaksin itu memandangkan terdapat sesetengah ibu bapa berpandangan ia mempunyai elemen yang tidak halal.

“Kita akui hak mereka sebagai ibu bapa tetapi kalau kita lihat dari sudut lebih besar apabila anak itu (tidak mendapatkan suntikan vaksin) mungkin tidak terlindung daripada sesetengah penyakit dan kemudian dia boleh merebak membawa penyakit itu kepada orang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Moh Sambung Belajar 2019 Kolej Poly-Tech Mara Kuantan di sini, hari ini. #sumber
Share:

PRK Semenyih: Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka


SEMENYIH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon daripada Bersatu.

Naib presiden PH itu berkata gabungan berkenaan akan membaiki segala kelemahan bagi memenangi kembali hati rakyat.

"Kami sudah cuba sedaya mungkin tapi rakyat lebih tahu apa pilihan mereka, kami terima keputusan ini dengan hati terbuka. Mana-mana kelemahan akan kami baiki," katanya kepada pemberita di bilik gerakan utama PH di sini malam ini.

Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru dengan majoriti 1,914 undi.

Kata Mukhriz: "Kami anggap (kekalahan) ini sebagai satu mesej yang mana kami perlu hayati sebaik mungkin."  #sumber
Share:

Pelajar Kolej Vokasional Maut Di Hempap Dek Pokok Kelapa !


PARIT BUNTAR - Seorang pelajar Kolej Vokasional Kerian maut dihempap sebatang pokok kelapa yang tumbang ketika mangsa sedang menunggang motosikal di Kampung Parit Abas, Kuala Kurau dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang, mangsa Mohamad Ridzuan Abdul Rani, 18, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini dari pekan Kuala Kurau sebelum sebatang pokok kelapa di kanan jalan tiba-tiba tumbang mengenai kepalanya dan meninggal di lokasi.

Bapa mangsa Abdul Rani Amran, 46, berkata, ketika kejadian anaknya dalam perjalanan pulang selepas menyiapkan tugasan Kolej Vokasional Bagan Serai di pekan Kuala Kurau.

"Saya dimaklumkan oleh jiran mengenai kejadian itu ketika berada di Parit Buntar lalu bergegas pulang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau Mohd Azhar Azmuni berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.04 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan lapan anggota dan dua buah kenderaan.

"Ambulans yang tiba membuat pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya sambil menambah mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. #sumber
Share:

PRK Semenyih: Calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi Menang


HULU LANGAT - Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi meraih 19,780 undi bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. 

Zakaria mendapat majoriti 1,914 undi bagi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 undi dan calon Bebas iaitu Kuan Chee Heng (725 undi) serta Nik Aziz Afiq Abdul dari Parti Sosialis Malaysia (847 undi). 

Pegawai Pengurus PRK DUN Semenyih, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar berkata, jumlah undi yang ditolak adalah 650 undi manakala peratusan pengundian berbanding jumlah pemilih adalah 73.24 peratus.

"Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa Zakaria Hanafi dari BN telah dipilih sebagai sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Semenyih," katanya di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian di sini hari ini. #sumber
Share:

Pegawai Kanan FGV Di Tahan Di Syaki Minta Suapan RM10,000


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seorang pegawai kanan FGV Holdings Berhad bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000.

Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang, dekat sini, kira-kira 11.30 pagi tadi.

Katanya, individu itu dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan bagi mengesyorkan lanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan kerja pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan syarikat berkaitan kerajaan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. #sumber
Share:

AS Buat Tawaran RM4 Juta Cari Anak Lelaki Osama Bin Laden


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM4.06 juta) bagi maklumat mengenai anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, kerana beliau dilihat sebagai sebagai “wajah baru” ekstremisme.

Lokasi Hamza bin Laden, digelar ‘Putera Mahkota Jihad’, menjadi spekulasi sejak beberapa tahun dengan laporan menyebut beliau tinggal di Pakistan, Afghanistan, Syria atau dikenakan tahanan dalam rumah di Iran.

“Hamza bin Laden ialah anak lelaki Osama dan kini muncul sebagai pemimpin dalam rangkaian Al-Qaeda,” kata Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan.

Jabatan Negara berkata, ia menawarkan ganjaran AS$1 juta bagi apa-apa maklumat yang membawa kepada lokasi Hamza di mana-mana negara.

Menurut AS, Hamza, 30, mengancam menyerang negara itu bagi membalas dendam atas pembunuhan bapanya pada 2011, yang ketika itu bersembunyi di bandar Abottabad, Pakistan, oleh tentera khas AS.

Agensi perisikan AS melihat Hamza sebagai pengganti kepada bapanya yang berperanan besar dalam jihad global, terutama apabila militan Daesh semakin hampir menemui kekalahan di Syria.

Pada 2015, Hamza menyiarkan mesej audio menggesa pejuang di Syria bersatu, dengan mendakwa perang di negara itu akan membuka jalan kepada pembebasan Palestin.

Beliau juga sebelum itu menggesa kepemimpinan Arab Saudi ditumbangkan. #sumber
Share:

PAS Gesa Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Penghina Nabi !


KOTA BHARU:  PAS hari ini menggesa kerajaan pusat agar mengambil tindakan lebih tegas kepada pihak yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Mohd Asri Daud berkata perbuatan menghina nabi adalah satu tindakan melampau dan pelakunya wajar dikenakan hukuman berat.

Beliau yang ditemui selepas hadir di Perhimpunan Bantah Hina Nabi di Medan Ilmu di sini berkata hukuman berat itu sejajar dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. #sumber
Share:

Marang: Suri Rumah Terkejut Jumpa Mayat Janin Sudah Berulat


MARANG - Seorang suri rumah yang dalam perjalanan untuk ke kenduri perkahwinan terkejut apabila terserempak dengan mayat janin dipercayai tidak cukup sifat di Kampung Banggol Kapas dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, Nur Azura Husin, 34, mengesyaki sesuatu tidak kena pada beg kertas berwarna biru yang diletakkan di sebatang tiang lampu di persimpangan jalan di kampung itu apabila ia mengeluarkan bau yang sangat busuk.

"Saya rasa tidak sedap hati apabila merasakan sesuatu dibungkus dengan kain batik di dalam beg kertas itu, selepas dikuis dengan sebatang kayu oleh anak perempuan saya berusia 10 tahun, kami nampak sedikit kulit kepala janin tersebut.

"Janin yang sudah berulat itu dipercayai sudah dibuang sekurang-kurangnya tiga hari lalu sebab pertama kali saya perasan kehadiran beg plastik di tiang elektrik tersebut pada pagi Rabu lalu," katanya ketika ditemui Kosmo! Online di lokasi kejadian di Kampung Banggol Kapas dekat sini hari ini.

Nur Azura berkata, dia kemudiannya memanggil penduduk kampung lain sebelum memaklumkan penemuan mayat bayi tersebut kepada pihak polis.

Menurutnya, sebelum ini dia tidak mengesyaki apa-apa berhubung penemuan beg kertas berkenaan kerana ia tidak mengeluarkan apa-apa bau. #sumber
Share:

Tun Mahathir: Rumah Mampu Milik Harus Bawah RM300,000 !


KUALA LUMPUR - Harga rumah mampu milik di pasaran harus berada dalam lingkungan bawah RM300,000 seunit, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Memandangkan taraf ekonomi penduduk juga telah meningkat, maka secara dasarnya, harga
rumah mampu milik adalah di bawah RM300,000," kata beliau semasa merasmikan Ekspo Kempen Pemilikan Rumah (HOC), di sini hari ini.  

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin yang hadir turut bersetuju penetapan harga tersebut bagi rumah kategori mampu milik di lokasi Lembah Klang tetapi harus lebih murah bagi projek di luar Kuala Lumpur.

"Garis panduan kita (KPKT), (harga) rumah mampu milik adalah di bawah RM300,000.

"Ia tidak dianggap mampu milik (sekiranya melebihi RM300,000 kerana harga melebihi paras itu sehingga RM500,000 adalah untuk (pembeli) kumpulan M40)," katanya kepada wartawan selepas majlis perasmian.

Beliau menjawab soalan sama ada harga rumah ditetapkan pemaju yang melebihi RM300,000 boleh di kategorikan sebagai rumah mampu milik. #sumber
Share:

Sasaran Baru Kutipan Cukai Langsung RM150 Bilion Tahun Ini


CYBERJAYA: Kerajaan menetapkan sasaran baharu kutipan cukai langsung Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun ini sebanyak RM150 bilion berbanding sasaran awal sebanyak RM147 bilion, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarkan sasaran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini pada kadar 4.9 peratus yang perlu disusuli dengan pertambahan kutipan cukai yang sewajarnya.

"Dengan kemampuan LHDN untuk mendapatkan kutipan yang lebih tinggi dan rakyat yang lebih sudi untuk membayar cukai kerana yakin kerajaan yang bersih tidak akan merompak duit mereka," katanya semasa merasmikan Hari Hasil 2019, di sini hari ini.

Lim berkata sebelum ini, kerajaan meletakkan sasaran kutipan cukai langsung sebanyak RM147 bilion bagi tahun ini, peningkatan sebanyak 7.27 peratus berbanding 2018.

Katanya LHDN telah mencipta sejarah pada tahun lepas apabila mencatatkan kutipan cukai langsung berjumlah RM137.035 bilion iaitu meningkat RM13.723 bilion atau 11.13 peratus lebih tinggi berbanding 2017.

"Pencapaian kutipan ini mencerminkan ekonomi negara berada di landasan yang kukuh, seiring dengan pengenalan tadbir urus Kerajaan Persekutuan memperkasakan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT)," katanya.

Mengenai bayaran balik cukai pendapatan, Lim berkata setakat Januari lepas, sejumlah RM1.64 bilion telah dibayar melibatkan lebih 32,000 kes merangkumi 18,215 kes syarikat, 14,082 bukan syarikat dan 162 duti setem.

Katanya pembayaran balik tunggakan cukai berjumlah RM37 bilion merangkumi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan pada tahun ini dijangka selesai dalam tempoh 10 bulan atau dalam tempoh lebih singkat.

"RM19.4 bilion (GST) dan kira-kira RM18 bilion bagi cukai pendapatan. Perbezaan pada tahun ini ialah anda akan mendapat bayaran balik awal," katanya.

Dalam pada itu, Lim berkata lebih 203,000 pengakuan sukarela telah direkodkan LHDN daripada pemilik akaun bank di dalam dan luar negara di bawah Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS), melibatkan cukai tambahan dan penalti yang telah ditaksir sekitar RM1.306 bilion.

"Ini merupakan petunjuk positif ke arah mencapai sasaran kutipan keseluruhan hasil bagi tahun 2019," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata LHDN telah menerima sebanyak 455,732 akaun bank milik pembayar cukai Malaysia di 57 buah negara.

"Sebahagian daripada mereka telah datang membuat pengakuan secara sukarela. Tetapi jumlah ini kita terima daripada pentadbir cukai luar negara," katanya.

PKPS merupakan kaedah untuk membantu pembayar cukai menormalkan cukai mereka dengan kerajaan bersetuju memberi kelonggaran pengurangan bayaran penalti daripada 300 peratus kepada 10 peratus.

PKPS menawarkan penyelesaian cukai bagi mereka yang mempunyai akaun di luar atau dalam negara tetapi pendapatannya tidak dilaporkan kepada LHDN.

BACA: Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j secara rahsia selesai kes saman. #sumber

Share:

Americk Singh Sidhu: Cek Haji Hadi Awang Kepada Clare Tulen


KUALA LUMPUR: Cek bernilai RM1.4 juta yang dibayar oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown adalah tulen.

Peguam Rewcastle-Brown, Americk Singh Sidhu berkata, beliau kini sedang menunggu dua hingga tiga hari lagi sebelum pembayaran cek itu dijelaskan.

Tempoh berkenaan itu membolehkannya memindahkan wang berkenaan ke akaun Rewcastle-Brown di London.

Americk juga memaklumkan, cek yang bertarikh 31 Januari 2019 itu diterimanya pada 24 Januari lalu.


CEK RM1.4 juta yang dibayar Abdul Hadi Awang kepada Clare Rewcastle-Brown. - Gambar ihsan Americk Sidhu


“Dia (Nasrudin Hasan) menafikan bayaran itu dibuat oleh Pas, tetapi bayaran itu sebenarnya dibayar oleh Hadi Awang untuk menyelesaikan kes di London.

“Nasarudin kata cek itu cek palsu, tapi kalau palsu, bagaimana dia boleh jelas melalui akaun saya?” soalnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Sidhu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nasrudin yang juga Ketua Penerangan Pasyang mendakwa menafikan gambar cek dan nombor akaun yang dikatakan sebagai bayaran RM1.54 juta yang dibuat Pas.

Pada Khamis, gambar dan nombor akaun yang tertera pada cek itu menjadi tular.

Nasrudin dalam satu kenyataan yang dimuat naik di dalam Facebook pada Jumaat berkata, ada dalam kalangan rakan-rakannya membuat semakan nombor akaun berkenaan dengan cuba memindahkan wang, namun ternyata akaun itu tidak wujud.

Dalam pada itu, Americk turut memberitahu, sekiranya cek itu palsu, pihak bank tidak akan menerimanya dan sudah tentu ia akan dikelaskan sebagai cek tendang.

“Kalau cek ini bukan cek tulen, bagaimana ia boleh dijelaskan di dalam akaun saya, jadi ertinya duit sudah masuk saya punya akaun.

“Daripada mana duit itu datang. Kalau cek tidak benar atau cek palsu memang duit tidak boleh dimasukkan dalam akaun saya. Secara logik, cek itu mestilah cek tulen. Jika tidak, bagaimana ia boleh ‘muncul’ di akaun saya,” jelasnya. #sumber
Share:

Lagi Pemimpin PAS Di Panggil SPRM Berkait Dana RM90 Juta !


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini memanggil 2 lagi pemimpin PAS untuk memberi keterangan berkaitan dakwaan penerimaan dana RM90 juta daripada Umno.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin tiba di pejabat SPRM Perlis di Kangar untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan siasatan dana tersebut.

Beliau yang berbaju Melayu hijau tiba kira-kira 9.45 pagi tadi.

Semalam, SPRM membekukan akaun bank serta merampas beberapa aset, termasuk kereta mewah disyaki milik pemimpin PAS berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

Beberapa individu dipanggil SPRM sebelum ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan itu, antaranya Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Amanah, Husam Musa.

SPRM memanggil Nik Abduh pada 8 Februari lalu.

Di Kota Bharu, Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Mohd Nasir Daud hadir di pejabat SPRM Kelantan untuk diambil keterangan berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta itu.

Beliau tiba di pejabat SPRM pada 9.40 pagi tadi dan dilihat keluar lebih sejam kemudian.

Beliau yang ditemui pemberita selepas itu mengesahkan kehadirannya untuk membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan itu.

Nasir berkata, beliau memberi keterangan kepada 2 pegawai SPRM yang tidak meminta sebarang dokumen daripadanya.

“Saya telah menjawab segala soalan berkaitan bagi membantu siasatan.” #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.