script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peniaga Rugi RM32,000 Di Tipu Dek Pinjaman Tidak Wujud !


KUANTAN - Hasrat seorang peniaga untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 tidak kesampaian apabila berdepan dengan kerugian RM32,073.99 selepas diperdaya pinjaman tidak wujud pada 26 April lalu.
Mangsa berusia 35 tahun dari daerah ini diperdaya ahli sindiket terbabit sebaik sahaja diminta untuk membuat pelbagai bayaran proses bagi mendapat pinjaman yang dipohon itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa tertarik dengan tawaran iklan itu selepas melayari laman sosial Facebook dan berurusan dengan seorang lelaki bagi mendapatkan pinjaman RM50,000.
"Suspek memaklumkan pinjaman akan diluluskan tetapi perlu membuat pembayaran wang proses bagi melengkapkan proses pinjaman tersebut.
"Mangsa kemudian membuat pembayaran pertama telah memindahkan wang berjumlah RM1,390.69 melalui transaksi dalam talian ke dalam satu akuan yang tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun menurutnya, selepas itu suspek meminta mangsa membuat lagi pembayaran bagi proses kelulusan pinjaman terbabit.
"Tanpa berfikir panjang mangsa telah melakukan pemindahan wang sebanyak 10 kali iaitu sebanyak RM 30,683.30 ke dalam dua akaun yang diberikan suspek.
"Kesemua transaksi ini dilakukan dengan melalui mesin deposit tunai (CDM) dan secara dalam talian," katanya.
Mohd Wazir berkata, selepas membuat kesemua pembayaran wang proses, suspek meminta mangsa memasukkan wang lagi.
"Mangsa yang berasa dirinya ditipu tidak lagi memasukkan wang tersebut dan segera membuat laporan polis," katanya. #sumber
Share:

AMANAH Jawab AMK: Tidak Bermaruah Biar PN Berkuasa !


KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dibidas sebagai ‘dangkal’ selepas mendakwa kenyataan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mempelawa PPBM kembali bersama Pakatan Harapan (PH) adalah idea yang tidak bermaruah.
Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, hal tersebut telah dibincangkan dalam Majlis Presiden PH dan bersetuju untuk meneruskan kerjasama politik antara PH dan PPBM yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, membiarkan negara terus dikuasai Perikatan Nasional (PN) malah sebenarnya tindakan yang tidak bermaruah.
“Salahuddin Ayub dengan nada terbuka mempelawa PPBM atau mana-mana ahli Parlimen (MP) atau Adun PPBM untuk bersama PH dan ini sebenarnya tindakan bermaruah.
“Umum mengetahui bahawa PH atau PN memerlukan sokongan majoriti ahli Parlimen atau Adun bagi membentuk kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.
“Oleh itu, pelawaan Salahuddin selari dengan keputusan kolektif PH dan tiada khilafnya dari sudut politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Salahuddin yang juga Adun Simpang Jeram dalam satu kenyataan, 30 Apri lalu berkata, kepimpinan PH bersedia untuk nenerima PPBM di Johor yang dilihat dipinggirkan oleh kerajaan PN dalam agihan jawatan.
Ahli Parlimen Pulai itu juga yakin pengalaman PH dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini jauh lebih baik berbanding PN yang dianggap semakin parah dengan prasangka dan sengketa.
Mengulas lanjut, Faiz berkata, PH harus meramaikan rakan politik dan tidak boleh bermegah dengan jumlah MP atau Adun PH yang ketika ini tidak cukup bilangan bagi merampas semula kerajaan yang dirompak PN.
Tegas Adun Permatang Pasir itu, Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Razab perlu menarik semula kenyataan tersebut memandangkang penerimaan kembali PPBM adalah satu keputusan kolektif yang perlu dihormati dan diterima dengan baik.
Faiz juga menegur sayap pemuda itu, bahawa AMK di bawah gabungan PH harus mengemukakan pandangan berbeza melalui saluran parti dan bukannya secara terbuka melalui media sehingga boleh mengelirukan rakyat.
Malah, beliau mengingatkan bahawa kenyataan Salahuddin dibuat secara terbuka dan bukannya melibatkan pertemuan sulit yang tidak bermaruah sepertimana yang dilakukan Pas sebelum ini sehingga terbubarnya Pakatan Rakyat (PR).
“Tindakan PPBM keluar PH dilakukan Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan bukannya Perhimpunan Agung Parti.
“Sudah pasti ada di kalangan pemimpin dan ahli PPBM yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana kerjasama dengan Umno bertentangan dengan semangat penubuhan PPBM yang mahu menjatuhkan kerajaan kleptokrasi.
“Oleh itu, sudah pasti ada antara mereka yang mahu bersama PH yang menolak Umno yang mana saka-saka kleptokrasi masih diwarisi sehingga sekarang,” tambah Faiz lagi. #sumber
Share:

Mukhriz: Kembali Bersama PH Satu-Satunya Pilihan PPBM !


PETALING JAYA: Kembali bersama Pakatan Harapan (PH) merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat PPBM bagi memastikan parti itu terus mendapat tempat semasa pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir.

Dalam satu kenyataan Mukhriz bekata, beliau sendiri tidak mempunyai jawapan jelas apakah PPBM akan menentang Muafakat Nasional (MN), gabungan yang wujud antara UMNO dan PAS, dan apakah Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti akan dilantik semula sebagai Perdana Menteri.
“PPBM hanya ada satu pilihan sahaja iaitu kembali bersama PH. Pengalaman tidak sampai 2 bulan di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang ‘tidak wujud’ itu sangat pahit bagi PPBM hingga ke akar umbi.
“Ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung yang dianggotai PPBM sudah digugurkan di beberapa negeri kecuali Kedah. Cukup-cukuplah dengan menang sorak kampung tergadai. Kami tidak mahu lagi PPBM diperkudakan dan diperkotak-katikkan mana-mana pihak,” katanya.
Mukhriz pada masa sama turut meminta penjelasan jelas daripada Muhyiddin berhubung persoalan yang timbul dalam kalangan ahli parti dan mengapakah perdana menteri itu tidak menunaikan janji dibuatnya, khususnya membabitkan asas PPBM meninggalkan PH sebelum ini.
“Soalan-soalan ini juga berlegar didalam benak pemikiran setiap ahli PPBM dan sekiranya tidak dijawab maka ia menyebabkan kekeliruan dan kesangsian yang amat memilukan. Ramai ahli PPBM ingin tahu adakah benar kerjasama politik antara MN dan PPBM hanya dapat bertahan sehingga Dewan Rakyat dibubar.
“Tidakkah PPBM berhak untuk berunding agihan kerusi dengan UMNO dan PAS menjelang pilihan raya umum ke-15 nanti. Memandangkan kerajaan sekarang dianggotai ketiga-tiga parti politik ini, tidakkah dirasakan pelik bahawa MN akan berlawan dengan PPBM di kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU15 nanti,” katanya.
Menurut Mukhriz, semua pihak maklum bahawa UMNO, PAS dan PPBM merupakan parti politik yang mewakili masyarakat Melayu dan Islam. Bahkan asas politik bagi ketiga-tiga parti ini juga adalah sama, iaitu masyarakat Melayu di kawasan luar bandar.
“Sudah tentu PPBM, UMNO dan PAS berhasrat bertanding di kawasan-kawasan demografi tersebut. Sememangnya semua parti ini sudah bertembung di kawasan sama pada PRU14. Apakah peluang PPBM untuk menang kerusi ditandingi jika ia akan berdepan dengan UMNO atau PAS dalam keadaan tiada kesepakatan.
“Jika PPBM sebenarnya tidak bersama MN dan tidak juga bersama PH, apa logiknya PPBM boleh menang di mana-mana kawasan sekalipun. Adakah PPBM berupaya mempertahankan semua kerusi Parlimen dan DUN yang sekarang berada dalam tangannya?” katanya.
Mukhriz berkata, berdasarkan beberapa kenyataan dikeluarkan pemimpin UMNO seperti Timbalan Presiden Mohamad Hasan; Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin dan beberapa individu lain secara jelas memberi gambaran bahawa Perikatan Nasional (PN) sebenarnya tidak wujud.
Memandangkan sehingga ke hari ini masih tidak ada perjanjian rasmi di antara UMNO, PAS dan Barisan Nasional bersama PPBM untuk bergabung secara rasmi bagi menubuhkan kerajaan PN.
“Angkuh dan sombong, itulah yang boleh dirumuskan mengenai sikap pemimpin Umno terhadap PPBM, yang tidak menggambarkan kesepakatan dan menyebabkan kejatuhan kerajaan PH dan penubuhan kerajaan baru yang digelar kerajaan PN di peringkat persekutuan dan beberapa negeri,” katanya.
Beliau turut memberi bayangan, apakah menteri Kabinet yang ada di dalam PPBM terpaksa menentang beberapa menteri Kabinet daripada parti UMNO, seperti yang berlaku di Parlimen Ketereh, membabitkan Annuar Musa dan Mohd Radzi Md Jidin.
“Siapakah yang akan dipilih sebagai calon di kerusi itu pada pilihan raya nanti atau adakah mereka berdua harus berentap merebut kerusi yang sama walhal pada ketika ini kedua-duanya menganggotai kerajaan PN. Usahkan menteri, bagaimana dengan nasib Muhyiddin sendiri.
“Adakah beliau akan masih dipilih sebagai Perdana Menteri selepas PRU15. Semestinya ada satu bentuk perjanjian antara parti yang kini menjalinkan kerjasama politik untuk menguasai kerajaan. Kalau tiada, apa makna kerjasama politik ini?
“Apakah yang menyebabkan PPBM sanggup bersama dengan MN walhal keberadaan kita dengan mereka umpama hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong.
“Ya, benar Presiden PPBM adalah Perdana Menteri tetapi perlu diingatkan bahawa Perdana Menteri sebelum ini pun dari PPBM juga,” katanya merujuk kepada Penasihat parti itu Dr Mahathir Mohamad. #sumber
Share:

Covid-19: 122 Kes Baru, 87 Sembuh, 2 Lagi Terkorban


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 122 kes Covid-19 baru di Malaysia setakat tengah hari ini, menandakan hari kedua berturut-turut kes baru melebihi melebihi 100.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 70 kes adalah penularan tempatan manakala 52 lagi kes import.

Jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 6,298, dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak sebanyak 1,780 kes.

Sejumlah 27 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang empat daripada semalam. Daripada jumlah itu, 13 orang memerlukan bantuan pernafasan, kurang seorang berbanding semalam

Jumlah pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang hari ini adalah 87 orang, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 4,413, atau 70 peratus daripada keseluruhan kes.

Manakala dua lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 105 orang.
Dua pesakit yang meninggal dunia itu ialah:

Pesakit 5,539 (kematian ke-104)

Lelaki warga Malaysia berumur 82 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.
Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April dan disahkan meninggal dunia pada pukul 6.29 petang, semalam.

Pesakit 5,837 (kematian ke-15)

Lelaki warga Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban pada 27 April dan disahkan meninggal dunia pukul 9.46 pagi, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata daripada 70 kes penularan tempatan hari ini, 24 dikenal pasti di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan, iaitu Selangor Mansion (3), sekitar pasar borong Kuala Lumpur (17) dan Selayang Baru (4).

Selain itu terdapat kenaikan dalam kes kluster. Terdapat 50 kes baru yang berkaitan dengan kluster pesantren Indonesia, Sendayan (7), pasar Chow Kit (16), perhimpunan gereja Sarawak (1), dan petugas kesihatan Kuching (1). #sumber
Share:

NGO Gesa MPK Pantau Premis Warga Asing Di Jalan Bukit Ubi


KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa pantau dan bertindak segera termasuk menarik balik lesen perniagaan mana-mana pemilik warga tempatan yang dipercayai menyewakan premis mereka kepada warga asing di bandar ini.

Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini. Beliau berkata kini operasi perniagaan warga asing dikatakan tumbuh bagaikan cendawan di bandar Kuantan.

Menurut Shukri antara lokasi yang dikenalpasti ialah sekitar Jalan Bukit Ubi dan Jalan Pasar. Malah lebih mengejutkan katanya ada warga asing yang sanggup membayar dua tiga kali ganda sewaan semata-mata untuk menjalankan operasi mereka.

"Dapat dilihat dengan jelas dari jalan utama, beberapa buah restoran, kedai runcit, kedai telefon yang dimiliki oleh warga asing di bandar ini. Mungkin bagi mengaburi mata pihak berkuasa tempatan (PBT) mereka menunjukkan lesen perniagaan pemilik asal yang digunakan. Mereka juga mendakwa mereka hanyalah pekerja. Walhal pemilik asal hanya goyang kaki kaut untung lumayan atas sewaan sahaja", kata Shukri.

Beliau juga hairan kenapa MPK seolah-olah menutup mata melihat senario ini.

"PBT seolah-olah tiada kuasa untuk menghalang. Sedangkan mereka boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku. Apalah wajar dibiarkan Kuantan kini berubah menjadi Selayang ?? yang dipenuhi dengan warga asing hingga menakutkan orang tempatan?", katanya lagi.

Beliau turut mendakwa berasa sedih dengan apa yang berlaku, katanya warga tempatan jika mahu berniaga bukan main ketat peraturan yang telah dtetapkan. 

"Jika berniaga macam-macam hal dikenakan kepada peniaga tempatan, anihnya warga asing seolah-olah segalanya dipermudahkan. Perseolannya mereka ini berniaga atas tiket apa? Mereka pelancong atau bekerja? Apakah mereka dibolehkan menjalankan perniagaan sedangkan mereka seatutnya bekerja dalam bidang pembinaan, perladangan dan sebagainya. Bagaimana mereka boleh dibenarkan berniaga di negara ini tanpa ada sebarang sekatan dan tindakan. Jika ada pun, sekejap saja tutup kemudian beroperasi semula", kata Shukri lagi.

Justera dakwanya, sesuai dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini beliau merayu kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) agar menjalankan tanggungjawab dengan amanah untuk membenteras warga asing yang menyewa premis untuk menjalanan perniagaan di bandar ini.

"Kami juga akan turun padang tidak lama lagi untuk membantu MPK mengenalpasti premis yang berkenaan. Kita akan buat siaran Live FB agar semua ini tidak jatuh fitnah dan memudahkan pihak terbabit mengambil tindakan. Kerjasama akan diberikan sehingga ke tahap kami akan temubual peniaga-peniaga terbabit dan dapatkan maklumat lanjut bagaimana mereka boleh berniaga sewenangnya tanpa ada tindakan daripada pihak berkuasa", tambah beliau lagi. 

Kuantan kini menuju ke arah bandaraya, apakah kita mahu lihat situasi seperti ini disajikan kepada generasi akan datang. Akhirnya warga asing menjadi "tuan" di bumi tercinta ini. #pahangdaily
Share:

Anggota Polis Maut Di Langgar Pemandu Mabuk Di Kajang !


KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS maut dilanggar sebuah kenderaan dipercayai dipandu lelaki mabuk.
Mangsa, Safwan Muhammad Ismail, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap oleh Toyota Hilux selepas dilanggar kenderaan itu.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi tadi. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk siasatan lanjut. Suspek yang turut cedera dalam kemalangan tersebut dirawat di hospital yang sama.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan media pagi tadi berkata, siasatan Pihak Polis mendapati semasa kejadian pemandu Hilux memandu dari arah Kajang menuju ke arah Plaza Tol Kajang Selatan.
Katanya, apabila sampai di sekatan jalan raya , pemandu Hilux gagal mengawal kenderaanya disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga melangar seorang anggota polis yang sedang bertugas dan melanggar kenderaan anggota yang diletakkan ditepi jalan.
“Laporan polis telah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya dan pemandu Hilux masih belum membuat laporan polis.
“Kertas siasatan telah dibuka oleh polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya. #sumber
Share:

Tolak Terajui TNB, Syed Saddiq Puji Keputusan Tok Mat !


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji tindakan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang menolak pelantikan bagi menerajui Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana mahu menumpukan perhatian kepada parti.
Beliau berkata, pendirian Mohamad atau Tok Mat menolak tawaran jawatan itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana itu sikap sebenar pemimpin berkenaan.
Menurutnya, sumbangan Mohamad kepada parti serta politik negara tidak boleh dinafikan kerana banyak memberi manfaat dalam politik negara.
Syed Saddiq berkata, sejak kebelakangan ini, beliau melihat ramai ahli politik yang menyokong penubuhan Perikatan Nasional (PN) diberi jawatan dan dilantik memegang posisi di dalam syarikat berkaitan kerajaan, agensi pusat dan negeri.
Katanya, kebanyakan mereka menerima tawaran tersebut tetapi berbeza dengan Mohamad yang memberi tauladan terbaik kepada dunia politik terutama membabitkan prinsip dan integriti.
"Saya percaya ini permulaan yang sukar untuk politik khidmat di negara kita.
"Jarang sekali ahli politik menolak bentuk tawaran sebegini, lebih-lebih lagi tawaran dari syarikat yang besar dan utama di negara kita datang dengan begitu banyak kelebihan.
"Selain bayaran asas, tawaran tersebut juga datang dengan elaun mesyuarat, elaun kereta, elaun elektrik, dan lain lain lagi....Kalau prinsip ahli politik dikaburi dengan ringgit, pasti tidak akan menolak tawaran yang boleh mencecah lebih RM300,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Mohamad mengesahkan beliau menolak pelantikan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertujuan memberikan sepenuh tumpuan kepada parti.
Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, prinsip nilai dan tanggungjawab ahli politik bertujuan menjaga dan membela kebajikan rakyat.
Beliau berkata, ketika susah bila berdepan dengan krisis ekonomi, ramai ahli politik yang menutup mata dan berlapang dada dengan jawatan dan pangkat.
"Jika prinsip ini tergadai, apa lagi yang tinggal untuk masa hadapan dan generasi berikutnya?
"Saya sokong pegangan Datuk Seri (Mohamad) dalam hal ini. Inilah yang harus saya dan rakan-rakan sejawatan pelajari," katanya. #sumber

Share:

Tok Mat Tolak Tawaran Terajui TNB, Tumpu Kukuhkan Parti !


SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menolak tawaran pelantikan untuk menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Menurut laporan Free Malaysia Today, Mohamad berkata, tindakan itu diambil kerana beliau mahu memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
“Ya, saya tolak jawatan di sebuah GLC.
"Saya mahu beri tumpuan sepenuhnya pada parti,” katanya dipetik sebagai berkata.
Sebelum itu, tular di media sosial satu senarai pelantikan sejumlah pemimpin UMNO bagi mengetuai GLC dan nama Mohamad turut dikaitkan antara yang akan dilantik sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Beberapa nama lain seperti, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan akan dilantik sebagai pengerusi Petronas, Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid akan dilantik sebagai pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin Abdul Rahman pula bakal menjadi pengerusi Prasarana Malaysia Bhd.
Selain itu, difahamkan dari kalangan senarai nama pemimpin yang tersebar, hanya Mohamad dikatakan menolak tawaran tersebut. #sumber
Share:

Tindakan PKR Senarai Hitam NGO, Tak Demokratik & Jumud


KUANTAN -  Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyenarai hitam dan mengarahkan ahli mereka agar tidak terlibat dengan NGO jelas melanggar prinsip demokrasi di negara ini.

Demikian ditegaskan oleh Zakaria Abdul Hamid pada satu kenyataan medianya. Menurut beliau pekeliling PKR bertarikh 29 April 2020 telah menyenarai hitam NGO yang secara khusus menyebut Penggerak Komuniti Negara dan Pemuda Negara dengan menghalang anggotanya  berkerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan NGO tersebut adalah satu tindakan yang tidak demokratik dan jumud.

"Persatuan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Kepentingan berpersatuan dapat melahirkan masyarakat harmoni yang saling mengambil berat sesama anggota masyarakat dan memupuk semangat integriti serta jatidiri dalam kehidupan", kata  Pengerusi  Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Pahang itu.

Justeru katanya, tindakan menghalang anggota parti bekerjasama dengan persatuan lain bermakna menghalang fitrah manusia yang berhajatkan kepada hidup berkumpulan dan bermasyarakat bagi memenuhi konsep saling membantu dan kepedulian sesama insan.

"Tindakan kolot menghalang anggota parti daripada menjadi anggota persatuan memberi indikasi parti berkenaan menghadapi dilema kepimpinan hati semut yang mula terarah kepada kediktatoran", tambah beliau lagi.

Penggerak Komuniti Negara dan Pemuda Negara adalah NGO  berdaftar, bukannya pertubuhan haram. Keanggotaannya terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa terikat dengan mana-mana ideologi kepartian dakwa beliau.

"Saya nasihatkan kepimpinan PKR agar jangan hilang pedoman hingga boleh dilihat rakyat sebagai parti merudum menyembah bumi", katanya lagi. #sumber

Share:

Ustaz Ebit Lew Turun Padang Ke Raub Bantu Rakyat Miskin !


RAUB - Pendakwah tersohor Ustaz Ebit Lew sekali lagi terus turun padang untuk membantu rakyat miskin selepas diberi kebenaran oleh pihak polis baru-baru ini.

Kali ini beliau turun pula ke negeri Pahang, dan lokasinya ialah di Kampung Teras dekat sini.  Baca posting terbaru di FB beliau.

"Ya Allah sebak tengok bangsal pasangan ini dan anak comel ini. Dari Negeri Sembilan terus ke Kg Teras Raub Pahang. Suami kerja penoreh. Isteri kerja cleaner. Rm200 sebulan. Tapi sekarang semua kerja tiada. Musim hujan air masuk bangsal. Sedih bukan rumah. Pondok atau bangsal jer. Di situ tidur, di situ semuanya. Tandas semua begitu je."

"Tadi terbaca komen kakak ni minta tolong buatkan zink. Sebab air hujan lebat. Teruk air masuk pondok ini. Dengan nyamuk begini. Penuh nyamuk. Saya tengah cari rumah untuk mereka. Ya Allah nak menangis rasa. Terkejut ramai orang hidup begini. Ya Allah maafkanlah diriku. Ini semua salah saya."


"Pohon doa semua ye tengah cari rumah nak pindahkan kakak dan abang ni serta anak comel ni. Syukur penduduk kampung. Penghulu semuanya banyak membantu memberi makanan dan barang dapur pada keluarga ini."

Moga segalanya dipermudahkan dan kehadiran Ustaz Ebit Lew tidak mencetuskan kontroversi kali ini. #PDO
Share:

PKP Pahang Kekal, Keputusan Pusat Akan Di Kaji, Perhalusi


KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pahang perlu mengkaji dan memperhalusi keputusan Kerajaan Pusat berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula esok.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu perlu dibuat selaras dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik Covid-19 di Pahang.
Perkara itu akan dibincang secara lanjut pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri pada 8 Mei ini.
”Sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, segala ketetapan yang dibuat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, masih kekal,” katanya di sini.
Pahang kini sedang menghadapi kemunculan kluster baharu, oleh itu tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya.
”Kerajaan Pahang sedang memperhalusi langkah-langkah pelaksanaan PKPB supaya apabila mana-mana sektor dibuka tidak akan menyebabkan penularan baharu,” ujar beliau. #sumber
Share:

Covid-19: Tiada Kematian Di Rekodkan, 105 Kes Positif Hari Ini


PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan 105 kes Covid-19 baru, yang merupakan peningkatan kes harian tertinggi sejak 16 hari lalu.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baru itu terdiri daripada 11 kes import dan 94 kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang sudah direkodkan ialah 6,176 kes.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa 116 pesakit lagi pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh 4,326 kes, atau 70 peratus.

Ini bermakna kes Covid-19 aktif di Malaysia setakat tengah hari tadi ialah 1,747 kes.
Daripada jumlah itu, sebanyak 31 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 12 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian baru dilaporkan setakat tengah hari tadi dan jumlah korban kekal 103 atau 1.67 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan. #sumber

Share:

Menteri Saran Bank Pertimbangkan Lupus Faedah Pinjaman !


KUALA LUMPUR – Semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium disaran supaya mempertimbangkan pengenaan faedah sewaktu tempoh enam bulan tempoh penangguhan.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia meliputi faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli) atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap) untuk dilupuskan.
Beliau berkata, menurut Akta Bank Negara 2009, isu tersebut berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) namun Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut itu melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.
“Kami di Kementerian Kewangan bersedia untuk bekerjasama dengan BNM dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan ini.
Beliau berkata, menurut Akta Bank Negara 2009, isu tersebut berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) namun Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut itu melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.

“Kami di Kementerian Kewangan bersedia untuk bekerjasama dengan BNM dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan ini.
Kerajaan sentiasa peka kepada cetusan hati nurani rakyat, terutamanya dari golongan B40 dan M40, dan mengambil berat perkara ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Tengku Zafrul berkata, dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak Covid-19, beliau amat berharap pandangan itu dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara.
Tengku Zafrul berkata demikian menjelaskan mengenai kekeliruan umum berkenaan kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium (penangguhan) enam bulan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.
Menurut Tengku Zafrul, antara punca kekeliruan itu adalah disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat.
Sehubungan itu katanya, pihak BNM semalam telahpun menerbitkan di laman web BNM sebuah dokumen ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap’ yang telah dikemaskini.
BNM juga jelas beliau, telah membuat sidang media untuk memperjelaskan lagi kekeliruan yang dihadapi peminjam.
Katanya lagi, sejak kebelakangan ini, media massa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu berkenaan.
Ujarnya, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru (accrued interest) atau faedah dikompaun (compounded interest) atas pinjaman.
Namun jelas beliau, ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman dimana setiap bank pula mengambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium. #sumber
Share:

Ismail Sabri: PKP Tidak Di Tarik Balik, Ia Hanya Di Longgarkan !


KUALA LUMPUR – Kelonggaran bersyarat yang dikenakan kerajaan semalam tidak bermakna Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik.
Sebaliknya, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP tetap diteruskan seperti mula-mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.
"Hanya untuk PKP keempat bermula Isnin ini, kita memberi beberapa kelonggaran seperti pekerja kakitangan awam dan swasta sudah boleh mula bekerja dan sebagainya.
“Sungguhpun kelonggaran diberikan, rakyat masih terikat dengan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan polis.
Ini kerana Akta 324 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 masih berkuasa dan berkuatkuasa. Begitu juga dengan PKP masih berkuasa. Jadi, semua pematuhan mesti dipatuhi,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang merupakan pendekatan ketiga sebagai langkah membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak Covid-19.
Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif Covid-19 yang tinggi.
Menurut Ismail Sabri, PKPB itu akan bermula 4 Mei ini berdasarkan beberapa kriteria utama, iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang ekonomi negara.
“Disebabkan itu, kerajaan mengarahkan pihak berkenaan menyediakan SOP yang ketat sepanjang PKPB supaya orang ramai tidak terlalu bebas dan melakukan aktiviti secara terbuka.
“Saya tegaskan, bahawa PKP masih terus dilaksanakan. Akta 342 masih berkuatkuasa dan tindakan masih boleh diambil kepada mereka yang ingkar kepatuhan ini.
“Ini selari dengan pengumuman awal, kelonggaran demi kelonggaran akan dilakukan. Contohnya, waku premis berniaga sebelum ini sehingga jam 8 malam, dengan PKP keempat (PKPB), waktu tutup dilonggarkan sehingga jam 10 malam,” katanya.
Begitu juga, kata beliau, sektor kilang pada awalnya melibatkan keperluan asasi seperti makanan dan perubatan sahabat dibenarkan beroperasi, kini dilonggarkan kepada sektor tertentu secara berperingkat.
Ujar beliau, kelonggaran itu dilakukan kerana kerajaan telah mengenal pasti Zon Hijau, Zon Merah dan Zon Kuning, berbanding diawal PKP, ia dilaksanakan mengikut negara.
“Selepas itu peringkat demi peringkat dari penguatkuasaan seluruh negara, selepas itu diturunkan kepada negeri dan kepada daerah, mukim sebelum ditentukan mengikut lokaliti.
“Seperti Putrajaya, sebelum ini kita isytiharkan Zon Merah, tetapi apabila kita lakukan pemeriksaan dan penelitian, kita dapati hanya satu present sahaja terlibat, maka present itu kita isytiharkan Zon Merah, kawasan lain Zon Hijau dan diberi kelonggaran,” katanya. #sumber
Share:

Annuar: Isu 'U-Turn', Panggil Gabenor BNM Buat Penjelasan !


KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menyarankan agar Gabenor Bank Negara (BNM) dipanggil untuk membuat penjelasan.
Perkara itu dipercayai ada kaitannya kenyataan BNM semalam berhubung moritorium penangguhan bayaran pinjaman sehingga Oktober 2020 sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
"Governor BNM wajar di panggil dan membuat penjelasan,” demikian ciapan Menteri Wilayah Persekutuan itu di Twitter.
Semalam, kecoh di laman sosial mengenai kenyataan terbaru isu moratorium yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).
Ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa terkejut kerana sebelum ini dinyatakan peminjam akan menerima tangguhan bayaran secara automatik dalam tempoh enam bulan berikutan penularan wabak pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, menerusi kenyataan terbaru malam tadi, dimaklumkan peminjam perlu membuat pemohonan jika bersetuju dengan penangguhan tersebut dan turut dinyatakan tentang kadar faedah yang perlu dibayar.
Laman Facebook BNM dihujani ribuan komen netizen yang rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman terbaharu bank Pusat itu yang disifatkan sebagai mengelirukan peminjam.
Kalangan netizen juga berpendapat BNM gagal dalam membuat keputusan yang konsisten dengan matlamat asal kelonggaran pembayaran balik pinjaman yang sepatutnya memudahkan rakyat. #sumber
Share:

Covid-19: 69 Kes Baharu, 39 Kes Pulih, Satu Kematian Hari Ini


PUTRAJAYA – Seorang pesakit positif Covid-19 meninggal dunia hari ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa direkodkan mempunyai latar  belakang penyakit barah.
"Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-4818). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 4.00 petang,” katanya.
Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 103 kes, tambah beliau.
Sementara itu, menurut Noor Hisham kes baharu positif Covid-19 melebihi kes pulih hari ini.
Noor Hisham berkata, terdapat 69 kes baharu yang telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,071 kes.
“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 69 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 12 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan  tempatan adalah sebanyak 57 kes,” tambah beliau.
Ujarnya, sebanyak 39 kes pulih positif Covid-19 direkodkan hari ini dan kesemua telah discaj.
Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 4,210 kes yang  merangkumi 63.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif virus tersebut, katanya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.