script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

EVO7 Dan EVO8 Produk Ubat Kuat Bertenaga, Lulus KKM Yang Paling "Hangat" Di Malaysia !


EVO7 adalah produk permakanan tambahan dan bukannya ubat. Produk ini sudah lebih dari 15 tahun berada di pasaran negara kita.

Produk NANO TEKNOLOGI  JAPAN ini di bungkus di Malaysia.  Ia telah melepasi segala ujian dan mendapat semua kelulusan dari Malaysia dan juga luar negara


Produk ini amat sesuai untuk penyakit Gout,  kencing manis, jantung, darah tinggi dan merangkumi pelbagai penyakit.


EVO7 amat sesuai untuk lelaki yang mati pucuk dan lemah tenaga semasa bersama dengan Isteri tersayang. 


Manakala kami juga mencadangkan untuk anda dapatkan produk EVO8 yang amat sesuai untuk wanita yang bersikap dingin dalam hubungan kelamin suami isteri.


Dalam masa 45 minit anda akan menikmati kebahagiaan yang selama ini tidak kesampaian. Sayangilah Isteri anda dan aayangilah suami anda. Jangan sampai rumahtangga bergelora. Wang ringgit boleh dicari tetapi kebahagiaan rumahtangga tidak boleh dijual beli.

CEPAT DAPATKAN SEKARANG !!

Produk ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan HALAL. Malah keputusan makmal juga menunjukkan produk ini tiada racun terlarang, dadah, bahan kimia serta ubat-ubatan yang dilarang.


Produk ini terbukti mampu untuk merawat pelbagai penyakit kronik seperti :-

✅  Kencing manis
✅  Darah tinggi
✅  Kolestrol
✅  Penyakit Gout
✅  Kebas kaki tangan
✅  Masalah urat saraf
✅  Sakit sendi
✅  Kencing tak lawas
✅  Lemah tenaga batin 
✅  Lambat terangsang sex
✅  Cepat terpancut air mani
✅  Mudah tewas di ranjang


Kami telah membantu mengembalikan tenaga lelaki perkasa dengan EVO7


Dengan satu produk EVO7 mampu merawat berbagai jenis penyakit kronik. Mengapa anda tidak mahu mencuba jika anda ada masalah tenaga batin sejak sekian lama?.


Anda tak perlu risau, sudah terbukti amat berkesanProduk ini dalam bentuk serbuk.

Harga yang kami tawarkan untuk sekotak EVO7 (lelaki) atau pun EVO8 (wanita) :-

✅  RM180 (Semenanjung Malaysia)
✅  RM190 (Sabah Dan Sarawak)
✔  Harga termasuk Caj penghantaran 

☑  Beli 2 kotak diskaun ditawarkan
🔴  Sekotak ada 15 sachet 
🔴  Guna 2 hari sekali (sebulan)
🔴  Letak bawah lidah (biar larut)

Share:

Covid-19: Sebanyak 3,391 Kes Positif Baharu Dengan 19 Kematian Di Rekodkan 5 Februari

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,391 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 234,874 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, empat adalah kes import manakala sebanyak 3,387 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,751 kes.

“Sebanyak 19 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 845 kes.

“Terdapat 3,392 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 185,278 kes,” katanya menerusi pemakluman menerusi Facebook beliau hari ini.

Selain itu, katanya, terdapat 310 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 134 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

MB Lulus Peruntukan Segera RM10,000 Untuk 19 Pelajar SPM Yang Ditempatkan Di KUIPSAS

 

KUANTAN - Nasib 19 pelajar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikuarantin di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau melakukan lawatan ke pusat kuarantin itu pagi tadi bagi memantau keadaan pelajar berkenaan dan memastikan semua kemudahan diperlukan 12 pelajar lelaki dan tujuh pelajar perempuan dapat disediakan sebaik mungkin.

Dalam lawatan itu juga, Wan Rosdy turut meluluskan peruntukan segera berjumlah RM10,000 kepada pelajar terbabit bagi tujuan membeli barangan peribadi mengikut keperluan masing-masing.

“Pelajar ini ditempatkan di sini berikutan ibu bapa atau penjaga mereka disahkan positif COVID-19.

“Untuk memastikan persediaan pelajar ini tidak terganggu memandangkan peperiksaan SPM juga sudah semakin hampir iaitu pada 22 Februari ini, jadi kita bawa mereka ke sini untuk memudahkan proses ulang kaji pelajaran.

“Saya berpuas hati dengan kemudahan disediakan pihak KUIPSAS dan saya harap semua pelajar terbabit dapat menumpukan dan fokus kepada pelajaran mereka sepanjang ditempatkan di sini,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat kuarantin berkenaan.

Wan Rosdy berkata, sumbangan kerajaan negeri itu adalah untuk meringankan bebanan pelajar terbabit bagi membeli peralatan tulis dan barangan penjagaan kebersihan diri mereka. #sumber

Share:

Covid-19: Kerajaan Negeri Pahang Sediakan Pusat Kuarantin Khas Bagi Para Pelajar SPM

 

KUANTAN – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini daripada keluarga yang positif Covid-19 akan ditempatkan di sebuah pusat kuarantin khas bagi menduduki peperiksaan yang dijadual bermula 22 Februari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, buat permulaan kerajaan negeri mengambil inisiatif mewujudkan pusat kuarantin di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini yang diaktifkan bermula semalam.

“Pusat ini diwujudkan bagi memudahkan mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih selesa dan berkesan.

“Ia khusus untuk pelajar yang bakal menduduki SPM bermula 22 Februari ini kerana kita mahu mereka fokus untuk belajar dalam suasana yang kondusif,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau pusat kuarantin berkenaan di KUIPSAS di sini hari ini.

Pada kunjungan itu, Wan Rosdy turut mengambil kesempatan berbual dan bertanya khabar dengan pelajar yang ditempatkan di situ menerusi interkom.

Menurutnya, pusat itu diwujudkan susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah ini terutama membabitkan kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Beliau memberitahu, buat permulaan seramai 19 pelajar ditempatkan di situ bermula semalam yang terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh perempuan.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, penempatan itu adalah berdasarkan keperluan prosedur operasi standard (SOP) termasuk dari segi penjarakan fizikal.

Beliau berkata, kesemua pelajar berkenaan disediakan internet untuk mereka mengikuti PdPR, serta makan dan minum secukupnya yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Telah ditetapkan, satu bilik bagi seorang pelajar, KUIPSAS menyediakan 200 bilik di sini.

“Saya telah minta supaya dipastikan kesemua mereka terus ditempatkan di sini sehingga habis menduduki SPM. Selepas didapati rumah mereka bersih dan bebas dari wabak Covid-19, baharulah mereka dibenarkan pulang. Kita tidak mahu di sini mereka negatif tapi dijangkiti apabila pulang ke rumah,”ujarnya.  #sumber

Share:

Felda Jengka 20 Di Kenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti Sehingga 18 Februari Ini

 

MARAN – Felda Jengka 20 di sini dikenakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti (PKKL) bermula semalam sehingga 18 Februari ini susulan peningkatan kes positif Covid-19 di tanah rancangan itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, sehingga kini terdapat 14 penduduk di Felda berkenaan disahkan positif Covid-19 manakala seramai 35 individu dikuarantin.

“Kes pertama positif Covid-19 di Felda ini dikesan pada 28 Januari lalu dan sehingga terkini seramai 35 individu bergejala dikuarantin di rumah masing-masing dan dipakaikan gelang merah.

“Seramai 11 pesakit perempuan telah dihantar menjalani rawatan di Kolej Jururawat Kuantan manakala tiga lelaki dihantar ke Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) Kuantan,”katanya selepas taklimat pelaksanaan PKKL di Felda Jengka 20 di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman.

Menurut Ismail, semalam PKKL hanya membabitkan enam lorong blok di Felda Jengka 20 melibatkan 150 buah rumah tetapi diperluaskan ke seluruh penduduk felda berkenaan hari ini.

Beliau memberitahu, Felda Jengka 20 yang terletak di kawasan Felda Wilayah Jengka mempunyai 435 buah rumah peneroka dan 15 buah rumah kakitangan Felda.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga kini terdapat lapan tanah rancangan di Felda Wilayah Jengka yang merekodkan kes positif Covid-19. #sumber

Share:

Dua Pelajar "Perakaunan" Universiti Teknologi Mara (UiTM) Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia

 

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar kecemerlangan apabila tersenarai antara 10 terbaik dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) pada Dis lepas.

UiTM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, 22, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, 19, pelajar semester akhir program CAT.

Fatin Najwa mendapat tempat pertama di Malaysia dan kesembilan dunia bagi peperiksaan Audit and Assurance (AA) manakala Putera Aiman memperoleh tempat pertama dan kedua dunia bagi peperiksaan Maintaning Financial Records (FA2).

Dalam kenyataan sama, Dekan Fakulti Perakaunan, Prof Dr Haslinda Yusoff berkata kedua-dua pelajar tersebut amat komited dan berdedikasi dalam pelajaran ditambah suasana pembelajaran yang positif.

“Pihak fakulti amat proaktif dalam memupuk suasana pembelajaran yang berkesan. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif di UiTM merupakan kombinasi dalam kejayaan pelajar.

“Kejayaan ini juga turut membuktikan kecemerlangan bumiputera dalam bidang perakauan. Ia boleh dijadikan rangsangan bagi melahirkan lebih ramai profesional perakaunan bumiputera terbaik di dunia,” katanya.

Haslinda berkata kedua-dua pelajar berkenaan juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada semua warga UiTM untuk terus memberikan yang terbaik demi menjadikan universiti itu sebuah institusi pendidikan unggul dunia.

UiTM merupakan universiti awam pertama di Malaysia menerima ACCA Platinum Award sejak Julai 2011 dan terus berperanan sebagai institusi pengajian awam utama dalam mendokong pencapaian aspirasi negara untuk menghasilkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030. #sumber

Share:

Pakatan Harapan (PH) Tak Mahu Pilihan Raya Umum, Cuma Mahu Mandat Mereka Kembali !

 

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian tidak mahu pilihan raya umum (PRU) diadakan, sebaliknya mahu mandat rakyat dikembalikan.

Dalam satu kenyataan bersama, tiga setiausaha parti dalam gabungan PH mempertikai kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering membangkitkan isu pilihan raya.

"Amat jelas rakyat Malaysia tidak inginkan pilihan raya pada waktu ini, tetapi mahu kestabilan politik untuk menyelesai isu pandemik dan ekonomi.

"Maka PH kekal dengan pendirian bahawa pilihan raya tidak diperlukan memandangkan mandat yang diberikan rakyat pada PRU-14 adalah sah sehingga 2023.

"Yang diperlukan adalah pengembalian mandat tersebut kepada pihak yang sepatutnya, pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah, Datuk Wira Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Foke.

Kerajaan PH tumbang selepas Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama kumpulannya menarik sokongan terhadap PH.

Pada bulan Mac, Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama dengan UMNO, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

Bagaimanapun kini kedudukan kerajaan PN menjadi pertikaian kerana dikatakan sudah hilang majoriti.

Ia susulan tiga ahli parlimen BN iaitu, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Sri Nazri Aziz dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Kisah korban Covid-19: Perginya jururawat cekal lepas lahirkan anak kelima
Apa jadi jawatankuasa darurat?

Dalam pada itu, Majlis Presiden PH turut membincangkan isu Jawatankuasa khas bebas darurat yang telah diumum pada 12 Januari lalu.

"Senarai nama telah diberi kepada pihak kerajaan pada 21Januari lalu, iaitu lebih dua minggu yang lalu.

"Namun sehingga hari ini kami belum menerima sebarang maklum balas berkenaan pengaktifan jawatankuasa tersebut.

"Ini amat mendukacitakan kerana kami diberi gambaran bahawa jawatankuasa ini penting untuk meneliti keadaan semasa bagi membuat pengesyoran berkaitan penamatan darurat," kata kenyataan itu lagi. #sumber

Share:

Rasuah: Dua Anggota Polis Di Hukum Penjara 36 Bulan Dan Denda RM25,000 Di Kuala Lipis

 

KUANTAN -- Dua anggota polis masing-masing dihukum penjara 36 bulan dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain turut memerintahkan Lans Koperal Shafiq Kharidan, 28, dan Koperal Muhamad Nurlizam Ali, 35, dipenjara sembilan bulan lagi jika gagal membayar denda.

Ahmad Zamzani membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 21 saksi pendakwaan serta tiga saksi pembelaan dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Shafiq dan Muhamad Nurlizam didakwa menerima suapan sebanyak RM3,000 dan RM1,000 daripada seorang peniaga sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap dirinya serta seorang lagi rakan kerana memiliki rokok seludup di Jalan FELDA Kechau dan Taman Cahaya di Lipis, pada 23 dan 24 Sept 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Kedua-dua tertuduh yang semasa kejadian bertugas di cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lipis, dihadapkan ke mahkamah kali pertama pada 15 Ogos 2018.

Pada prosiding itu, peguam Datuk Shukri Mohamad memohon mahkamah membenarkan penangguhan hukuman kerana kedua-dua anak guamnya berhasrat memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

"Mereka kini berniaga sendiri selepas digantung kerja dan tidak pernah gagal hadir ke mahkamah setiap kali perbicaraan diadakan. Shafiq walaupun belum berkahwin menanggung ibu bapanya manakala Muhamad Nurlizam mempunyai tiga orang anak," katanya.

Ahmad Zamzani membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan tersebut selesai didengar dan jaminan RM5,000 yang dikenakan sebelum ini dikekalkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nadzirah Zahari. #sumber

Share:

Bekas Pengerusi MARA Inc Di Dakwa Atas 22 Tuduhan Rasuah, Pengubahan Wang Haram !

 

KUALA LUMPUR -- Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) Datuk Mohammad Lan Allani hari ini, dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini, atas 22 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM20.45 juta, membabitkan hartanah di Melbourne, Australia.

Mohammad Lan, 65, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi dan Rozina Ayob.

Tertuduh didakwa atas 17 pertuduhan menerima suapan, tiga pertuduhan cuba menerima suapan dan dua pertuduhan pengubahan wang haram, antaranya bagi meluluskan kertas cadangan bertajuk 'Proposed Acquisition of a Student Accommodation Building and a Commercial Retail Block known as Dudley International House, 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Victoria 3145, Melbourne, Australia antara 2012 dan 2013.

Kemua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi antaranya di Solaris Mont Kiara, Maybank Cawangan Mont Kiara, sebuah restoran di Bukit Kiara dan CIMB Bank Jalan Sagunting, Kota Kinabalu.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah, sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 April depan untuk sebutan semula kes. #sumber

Share:

Bapa Islam Ibu Penganut Buddha, Mahkamah Persekutuan Putuskan Rosliza Bukan Muslim !

 

PUTRAJAYA -- Seorang wanita yang dilahirkan luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim dalam penghakimaan dengan keputusan majoriti 7-2 itu membenarkan rayuan Rosliza Ibrahim serta permohonannya.

Beliau memutuskan bahawa Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.

Tengku Maimun berkata Rosliza dan ibunya tidak pernah menjadi seorang Muslim.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang bersetuju dengan Tengku Maimun.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim setuju dengan Tengku Maimun berhubung dua persoalan undang-undang itu namun berpendapat tidak boleh membuat sebarang perintah berhubung pengisytiharan yang diminta Rosliza kerana tidak mempunyai pandangan jawatankuasa fatwa.

Rosliza, 38, memfailkan saman pemula pada 2015 untuk mendapatkan satu pengisytiharan bahawa beliau telah dilahirkan sebelum bapanya, yang beragama Islam dan mendiang ibunya, penganut Buddha, berkahwin.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu atas alasan bukti yang dikemukakan pemohon hanya menunjukkan bahawa tiada pendaftaran perkahwinan dibuat dan perkara itu tidak membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak berlaku.

Wanita itu kemudiannya merayu namun gagal setelah rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Jan tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah. #sumber

Share:

Polis: Pengedar Dadah Jadikan Alasan Sukar Peroleh Bekalan Untuk Jual Berlipat Ganda !

 

CAMERON HIGHLANDS  -- Kesukaran mendapatkan bekalan di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands dijadikan kesempatan untuk pengedar dadah, menjual barang terlarang itu dengan harga tinggi bagi memperoleh keuntungan berganda.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Ashari Abu Samah berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah itu menyerbu sebuah rumah sewa seorang suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun di Ringlet di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari pada Isnin lepas.

“Polis menemukan 61 paket pastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu, dengan anggaran berat 117.87 gram (g) bernilai RM17,550,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ditahan, suspek yang merupakan seorang penganggur dan mengedar dadah secara bersendirian, sedang membungkus dadah itu disyaki untuk dijual kepada pelanggan tetap di sekitar kawasan tanah tinggi ini, khususnya di Ringlet serta Tanah Rata.

Katanya siasatan awal mendapati dadah itu dijual pada harga RM100 bagi satu tiub yang beratnya antara 0.5g hingga 1g, berbanding harga pasaran luar hanya RM40 hingga RM50 bagi satu tiub.

Ashari berkata suspek yang berasal dari Slim River, Perak memperoleh bekalan dadah dari Ipoh atau Tapah, sebelum dibawa ke sini dan mengakui risiko tinggi sebagai alasan untuk menjualnya dengan harga tinggi kepada penagih yang terdesak, sejak kira-kira lima bulan lalu.

“Modus operandinya adalah suspek yang beroperasi menerima pesanan melalui panggilan telefon atau aplikasi Whatsapp daripada pelanggan tetap dan tertentu, dengan berhati-hati sebelum menghantarnya dengan kaedah pembayaran tunai semasa penghantaran,” katanya.

Beliau berkata suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu, direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Ashari berkata tahap pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh penduduk di Cameron Highlands setakat ini melebihi 95 peratus, dan hanya 12 kompaun dikeluarkan atas pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP), sejak 22 Jan lepas.

Katanya polis turut mengadakan dua sekatan jalan raya di sempadan Perak dan Pahang untuk ke Cameron Highlands iaitu di Simpang Pulai serta Tapah. #sumber

Share:

Rumah Hangus Terbakar Gara-Gara Anak Main Pemetik Api, Seorang Nyaris Maut Di Jengka 8

 

MARAN – Dipercayai akibat tindakan seorang kanak-kanak berusia enam tahun bermain pemetik api bagi membakar kayu dinding menyebabkan sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Jengka 8 petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu juga menyaksikan seorang warga emas yang berusia 80 tahun nyaris maut apabila terperangkap dalam kebakaran berkenaan.

Bagaimanapun mangsa berjaya diselamatkan penduduk kampung yang bergegas masuk ke dalam rumah dan membawa mangsa keluar ketika api sedang marak.

Seorang mangsa, Fadilah Saari,48, berkata, kejadian difahamkan bermula di ruang tamu berpunca daripada anaknya yang berumur enam tahun bermain pemetik api.

“Ketika api sudah marak anak saya yang berumur 14 tahun yang berada di tandas tersedar dan berlari keluar melalui pintu dapur sebelum orang ramai mencari dan menyelamatkan bapa mentua saya.

“Semasa dalam keadaan kelam kabut itulah orang ramai menyatakan anak saya yang berusia enam tahun berada di dalam rumah tetapi nasib baik dia telah pun berlari keluar mengikut pintu dapur,”katanya ketika ditemui di Jengka 8 di sini, hari ini.

Menurut Fadilah semasa kejadian dia berada di ladang sawit bagi menguruskan lembu manakala isterinya keluar ke bandar bagi membeli barangan keperluan.

Katanya, akibat kejadian menyebabkan keluarganya tinggal sehelai sepinggang selepas lebih 90 peratus rumahnya musnah bersama sebuah motosikal yang baru dibelinya empat bulan lalu.

“Pada mulanya memang saya hendak menaiki motosikal baharu ke ladang tetapi saya menukar menaiki motosikal lama menyebabkan motosikal baharu musnah terbakar, kereta saya juga mengalami kerosakan akibat kebakaran.

“Saya reda dengan ujian ini meskipun baru sahaja menggantikan barang-barang selepas rumah ditenggelami air banjir baru-baru ini tetapi kini semuanya musnah dalam kebakaran,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pada masa ini keluarga mangsa ditempatkan sementara di rumah inap desa Masjid Jengka 18 sehingga rumah baharu dibina.

Katanya, Gabungan Masjid Wilayah Felda bersama pemimpin setempat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta telah tampil menghulurkan bantuan.

“Semua masjid di Felda Wilayah Jengka juga membuat kutipan bagi membantu membina semula rumah mangsa membolehkan mereka kembali hidup seperti biasa,” ujarnya. #sumber

Share:

Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut, Pusat Cuci Kereta Di Benar Beroperasi Mulai Esok

 

KUALA LUMPUR - Pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dibenar beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah dinilai dari segi risiko dan jumlah kluster dihasilkan setiap aktiviti perniagaan tersebut.

“Setelah berbincang dan melihat tiada kluster baharu oleh ketiga-tiga aktiviti perniagaan ini, maka mesyuarat setuju untuk luluskan (beroperasi semula),” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata pasar malam dibenar beroperasi dari 4 petang hingga 10 malam dengan memastikan jarak satu meter antara setiap gerai, laluan keluar masuk yang berbeza, dan ada pengawasan oleh RELA untuk memantau pergerakan pengunjung.

Bagi kedai gunting rambut dan salon, beliau berkata ia dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam namun hanya perkhidmatan gunting rambut dibenarkan.

“Rawatan muka dan lain-lain untuk kecantikan tidak dibenarkan dan SOPnya juga ketat iaitu petugas mesti pakai pelindung muka dan lebih baik kalau ada pelitup muka (bersekali), apron digunakan mesti dipakai buang, setiap pelanggan satu apron dan sarung tangan perlu dipakai oleh petugas yang menggunting rambut.

“Begitu juga dengan gunting dan sikat mesti dicuci dengan air panas sebelum digunakan untuk pelanggan baharu. Pusat cuci kereta juga dibenar beroperasi sehingga 10 malam,” katanya.

Ismail Sabri turut memberi bayangan lebih banyak aktiviti termasuk sukan dan rekreasi seperti gim dan kejohanan sukan berimpak tinggi, selain sektor peruncitan akan diberi kelonggaran namun ia tertakluk kepada penilaian risiko dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini, katanya selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masing-masing mengemukakan cadangan kepada mesyuarat khas hari ini.

“Kami teliti setiap perkara dibentangkan sama ada KPDNHEP dan KBS. Kami akan kaji dan setiap kajian kami pastinya akan dapat pandangan daripada KKM dan mereka akan buat penilaian risiko dan berdasarkan kluster baharu yang wujud daripada setiap aktiviti yang dicadangkan.

“Sekiranya KKM berpandangan risiko tidak tinggi dan daripada data tidak tunjukkan kluster-kluster baharu dihasilkan maka ada kemungkinan kami akan luluskan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata tindakan tegas boleh dikenakan terhadap majikan yang didapati enggan membayar atau menanggung kos saringan COVID-19 pekerja asing mereka.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) turut mewujudkan talian hotline untuk pekerja menyalurkan aduan atau maklumat sekiranya mereka ditindas majikan seperti pemotongan gaji untuk menampung kos saringan COVID-19.

Mulai 1 Feb, semua pekerja asing diwajibkan menjalani ujian calitan dan kos saringan dibiayai oleh majikan masing-masing.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Pasukan Khas Operasi Pematuhan SOP boleh membuat pemeriksaan di premis atau pejabat swasta sekiranya perlu.

"Walaupun pejabat swasta tak benarkan orang luar masuk ke premis mereka tetapi untuk penguatkuasaan, task force boleh masuk dalam mana-mana pejabat untuk pemeriksaan," katanya sambil berharap majikan mematuhi SOP digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam pengoperasian pejabat.

Beliau turut memberi amaran, premis atau aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi termasuk pasar malam akan diarah tutup serta-merta sekiranya didapati gagal mematuhi SOP atau jika terdapat kes COVID-19. #sumber

Share:

"Bubar Parlimen" Selepas Pandemik Covid-19 Reda, Henti Tohmah Agong Perkenan Darurat

 

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian dan komitmen untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 telah reda dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya berhenti melemparkan tohmahan yang tidak berasas terhadap keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memperkenankan Proklamasi Darurat ketika negara berusaha memutuskan penularan pandemik COVID-19.

Muhyiddin berkata sebagai ketua kerajaan, beliau sentiasa menghormati sistem dan proses perundangan negara yang berpaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

“Saya menyeru rakan-rakan saya baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan menggembeleng usaha untuk memerangi wabak COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik,” katanya dalam perutusan khas secara langsung di beberapa stesen televisyen serta platform media sosial hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu semasa Perhimpunan Agung Tahunan parti tersebut November tahun lepas dilaporkan berkata jika pandemik COVID-19 berakhir dalam satu tempoh masa yang belum dipastikan, kerajaan akan membubarkan Parlimen dan seterusnya memberi ruang kepada PRU-15.

Jelasnya lagi, kerajaan telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda selepas Tuanku berpuas hati  bahawa penularan wabak COVID-19 di negara ini berada di tahap kritikal dan perlunya pelaksanaan darurat  selaras dengan keputusan jemaah menteri.

“Proklamasi Darurat yang dimasyhurkan oleh Tuanku adalah bertujuan untuk memberikan bidang kuasa tertentu kepada kerajaan untuk mengurus pandemik COVID-19 dengan lebih cepat, cekap dan berkesan.

“Tindakan-tindakan serta merta sedang diambil oleh kerajaan di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Darurat yang sedang berkuatkuasa.

“Proklamasi Darurat tidak mempunyai tujuan lain selain daripada membendung penularan COVID-19 dengan lebih berkesan dan melindungi nyawa rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata walaupun ada segelintir pihak yang cuba mencabar Proklamasi Darurat di mahkamah, beliau percaya Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara amat memahami dan menghormati  sistem dan proses perundangan negara.

Menurut perdana menteri, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 18 Feb ini bagi memantau perkembangan kes harian COVID-19 mengikut sektor dan lokaliti serta menilai semula keberkesanan PKP yang dilaksanakan.

“Apapun tindakan atau langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan pastinya berasaskan kepada matlamat untuk mengimbangi keperluan menjamin kelangsungan hidup rakyat dan melindungi nyawa anda semua,” tambahnya. #sumber

Share:

Penulisan Tommy Thomas Tak Patut Di Dedah Kepada Umum, 'Melanggar Sumpah' Jawatan !

 

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam buku berjudul “My Story: Justice in The Wilderness” tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Beliau berkata ia kerana Tommy telah melanggar sumpah jawatan Peguam Negara untuk menjaga dan menyimpan kerahsiaan kerajaan pada setiap masa, walaupun tidak lagi menyandang jawatan tersebut.

‘’Menjadi teras utama dalam jabatan kerajaan apabila sesuatu maklumat diperoleh oleh mana-mana pegawai adalah diklasifikasikan sebagai ‘rahsia besar’, ‘rahsia’ atau ‘sulit’ tertakluk pada Akta Rahsia Rasmi dan tidak sepatutnya dikongsi kepada umum apatah lagi dijadikan pelaris kepada buku yang mengetengahkan pandangannya dan bukan fakta-fakta,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan Tommy yang memperlekeh Timbalan Pendakwa Raya dan keseluruhan Jabatan Peguam Negara dalam buku tersebut juga boleh mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap keupayaan dan kebolehan pegawai di Jabatan Peguam Negara.

Katanya, kenyataan bahawa pegawai kerajaan hanya menantikan pangkat, gaji di hujung bulan dan faedah pencen adalah satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab terutamanya apabila dakwaan tersebut daripada Ketua Jabatan di jabatan itu sendiri.

“Apa lebih membimbangkan kenyataan fakta ditulis tidak tepat dan lebih kepada dimanipulasi untuk menyemai rasa benci dan fitnah terhadap UMNO dan Barisan Nasional serta individu dinamakan, pemimpin politik dan jabatan pernah diterajuinya dengan tujuan untuk memesong kepercayaan rakyat terhadap organisasi kerajaan secara keseluruhannya,’’ kata beliau.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kenyataan Tommy terhadap peristiwa 13 Mei yang ditulis dalam buku tersebut juga dilihat dibuat tanpa mengira sensitiviti masyarakat termasuk tuduhan mengaitkan Tun Abdul Razak Hussein dengan tragedi tersebut yang disifatkan merendahkan kredibiliti bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata buku tersebut menggambarkan Tommy sebagai seorang individu yang tidak boleh menyimpan rahsia, sukakan pujian dan menginginkan publisiti terhadap dirinya.

‘’Oleh itu saya menyeru agar rakyat tidak terpengaruh kepada penulisan bersifat pandangan oleh Tommy Thomas ini,’’ katanya. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 4,561 Kes Positif Baharu Dengan 17 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 

KUALA LUMPUR  -- Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 4,571 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif pandemik itu kini mencecah 231,483.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes sembuh harian pula merekodkan 4,092, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan setakat ini ialah 48,771.

"Daripada jumlah kes baharu itu, hanya tiga merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 4,568 kes," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor kekal mencatat jumlah kes baharu harian tertinggi sebanyak 2,056, diikuti Johor (664 kes) dan Kuala Lumpur (481).

Selain itu, Sarawak (270 kes), Melaka (238), Sabah (175), Perak (163), Pulau Pinang (157), Negeri Sembilan (100), Pahang (78), Terengganu (69), Kedah (51), Kelantan (48), Putrajaya (20) dan Labuan dengan satu kes.

Dr Noor Hisham berkata 308 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 135 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata 17 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 826.

Kes kematian itu terdiri daripada 13 lelaki (termasuk bayi empat bulan) dan dua wanita warganegara selain dua lelaki bukan warganegara.

Katanya 10 kluster baharu pula dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif kini ialah 421 dengan 90 daripadanya mencatat pertambahan kes hari ini.

Dr Noor Hisham berkata daripada 10 kluster baharu itu, enam membabitkan tempat kerja iaitu Jalan Industri Rawang dan Jalan Jasmine di Selangor; Jalan Gombak (Selangor, Kuala Lumpur); Parit Penyengat (Johor); Jalan Pengiran (Sarawak) dan Permata Satu di Negeri Sembilan.

Empat kluster lagi ialah daripada kluster komuniti iaitu Kampung Lukut dan Jalan Jelutong di Johor; Kampung Pulau Jawa dan Rantau Tanjung di Pahang.

“Kluster-Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Persiaran Perkilangan (362 kes), Kluster Industri Serkam (201 kes), dan Kluster Jalan Perindustrian (150 kes),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 440 kluster termasuk satu kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Desa Setapak. #sumber

Share:

Bekas Pengerusi MARA Inc Di Tahan, Bakal Di Dakwa Terima Rasuah Hartanah RM33.45 Juta

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pengerusi Mara Incorporated yang bergelar datuk hari ini berkaitan dakwaan menerima habuan RM33.45 juta daripada urus niaga hartanah di Australia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan yang suspek ditahan ketika hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Azam berkata, suspek yang berusia 65 tahun akan berdepan 22 pertuduhan rasuah berkaitan pembelian Dudley International House di Australia oleh Mara Inc.

Dakwaan rasuah itu selepas rangka laporan yang disediakan firma Ernst and Young kepada kerajaan Malaysia bocor dan diperolehi akhbar The Age di Melbourne dan The Sydney Morning Herald.

Laporan yang dibuat pada 2019 itu mengenal pasti tiga individu utama dalam urus niaga meragukan tersebut.

SPRM memulakan siasatannya tahun lalu susulan pendedahan oleh media Australia.

Petugas barisan depan Covid-19 dakwa alami tekanan, terbeban
Bekas pengerusi Mara Inc itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat ini.

Kesemua 22 pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 16 (a) dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen 16 (a) berkenaan kesalahan "secara rasuah meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain" apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah.

Seksyen 17 (a) pula berkenaan kesalahan secara rasuah setuju menerima suapan daripada mana-mana pihak sebagai dorongan atau upah.

Kedua-dua seksyen memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. #sumber

Share:

Najib Tuntut Thomas Thomas Mohon Maaf Dan Tarik Balik Kenyataan Berkaitan Kes Altantuya

 

KUALA LUMPUR -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya berhubung pembunuhan seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang diterbitkan baru-baru ini.

Firma guaman Tetuan Shafee & Co, yang mewakili Najib, dalam surat tuntutan, berkata ia telah diarahkan untuk menuntut agar kenyataan itu ditarik balik dengan jelas daripada buku itu dan permohonan maaf sepenuhnya bagi fitnah dalam bab 42 di bawah tajuk ‘Altantuya.’

"Anak guam kami juga telah mengarahkan kami agar menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada anda bagi kecederaan terhadap reputasinya serta aku janji untuk tidak mengulangi dakwaan dan komen terbabit," katanya.

Dokumen itu turut menyebut bahawa dengan inferens dan sindiran yang jelas, Thomas telah menghantar mesej bahawa beliau, sebagai AG dan Pendakwa Raya ketika itu, berpuas hati dengan kebenaran dakwaan dua individu yang telah disabitkan bahawa Najib terlibat dalam mengarahkan mereka membunuh Altantuya.

"Kenyataan anda yang dipertikaikan telah menyatakan bahawa anak guam kami amat cuai, bersikap melulu, tidak bertanggungjawab, sengaja, berniat jahat dan dibuat dengan tujuan merendahkan harga diri serta reputasi baik anak guam kami di mata orang awam selain mendedahkan anak guam kami kepada kebencian, cemuhan, penghinaan dan ejekan umum," katanya.

Surat itu juga menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah jelas bermotifkan niat jahat dan secara prinsipnya dilakukan demi kepentingan diri Thomas dalam mencari publisiti murahan yang didorong oleh egonya, sensationalisme dan keuntungan.

"Oleh itu, kami menuntut jawapan yang memuaskan daripada Thomas sebelum 12 tengah hari Jumaat ini; jika kami tidak menerimanya, arahan jelas untuk kami ialah memulakan prosiding perundangan pada awal minggu depan," katanya.

Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, dalam kenyataan berasingan hari ini, memaklumkan bahawa Thomas telah tersalah fakta dalam memoirnya, terutama dalam bab mengenai Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang membabitkkan kes anak guamnya iaitu bekas Pengerusi AIAC Sundra Rajoo.

Beliau berkata fakta yang tepat ialah semakan kehakiman telah difailkan terlebih dahulu di mahkamah sebelum pertuduhan dikenakan ke atas anak guamnya, seperti yang dinyatakan dalam buku itu.

“Paling penting ialah semakan kehakiman itu masih tertangguh di peringkat Mahkamah Persekutuan, jadi untuk menyatakan perkara ini dalam buku tersebut adalah bersifat sub judice serta memfitnah dan sebagai bekas AG, beliau sepatutnya lebih mengetahui tentang perkara ini,” katanya. #sumber

Share:

Mahkamah Tetapkan 5 April Ini Tarikh Baharu Yang Di Tetapkan Untuk Dengar Rayuan Najib

 


PUTRAJAYA  -- Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh baharu bermula 5 April ini bagi mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 1 Okt lepas, mahkamah menetapkan 12 hari bermula 15 hingga 18  Feb, 22 hingga 25 Feb dan 1 hingga 4 Mac depan untuk pendengaran rayuan berkenaan.

Salah seorang peguam Najib Muhammad Farhan Muhammad Shafee dalam hantaran teks pesanan whatsapp kepada Bernama berkata tarikh baharu untuk pendengaran selama 12 hari kini ditetapkan bermula dari 5 hingga 8 April, 12 hingga 15 April dan 19 hingga 22 April.

Sementara itu kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pada 8 Feb akan menerima rekod rayuan dipinda dan mereka perlu menfailkan hujah masing-masing menjelang 1 Mac, dan jawapan hujah menjelang 19 Mac, menurut sumber.

Pengurusan kes berikutnya bagi rayuan ditetapkan pada 22 Feb. 

Tarikh pengurusan kes itu ditetapkan semalam di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam dan N. Kanageswari, dan bersambung hari ini, bagi menetapkan tarikh pendengaran dan menfail hujah.

Turut hadir dalam prosiding pengurusan kes adalah peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Nur Syahirah Hanapiah, manakala pihak pendakwaan diwakili timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul.

Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan sebelum ini mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya, mengenai mengapa dia perlu dibebaskan daripada pertuduhan.

Pada 28 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati dia bersalah terhadap tujuh tuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, penggubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram; serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan kedudukan.

Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Najib kini bebas atas ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya selesai# sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 4,284 Kes Positif Baharu Dengan 18 Kes Kematian Di Rekodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,284 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 226,912 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 4,278 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,309 kes.


“Sebanyak 18 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 809 kes.

“Terdapat 3,804 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 177,794 kes,” katanya menerusi pemakluman pada Facebook beliau di sini hari ini.


Ujarnya, terdapat 307 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 141 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Lima Calon SPM Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong Di Dapati Positif Covid-19 !

 

BENTONG - Kurang beberapa minggu sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijalankan, lima orang pelajar tingkatan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dilakukan minggu lepas.

Satu sumber mendedahkan, tiga kakitangan dewan makan MRSM itu turut disahkan positif.

Bagaimanapun, pengurusan MRSM tidak mahu mendedahkan perkara itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan pelajar dan ibu bapa.

“Pihak maktab ada memaklumkan kepada pelajar selepas salah seorang didapati positif, namun meminta mereka mendiamkan diri.

“Ujian saringan pula hanya dilakukan kepada mereka yang bergejala sahaja dan tidak dilakukan kepada semua pelajar,” katanya hari ini.

MRSM Bentong mempunyai 129 calon yang bakal menduduki SPM.

Katanya, saringan yang tidak dilaksanakan kepada semua pelajar berkemungkinan membawa masalah apabila SPM hampir tiba.

“Katakan ada pelajar disahkan positif beberapa hari sebelum SPM atau ketika SPM berjalan, bolehkan mereka terus mengambil SPM?,” soalnya.

Ujar sumber, para ibu bapa melahirkan kegusaran mengenai kesihatan dan persiapan anak-anak mereka menjelang SPM selepas berlaku kes positif Covid-19 di MRSM Bentong.

“Mereka yang positif dikuarantin di asrama bagi mengelakkan tekanan jika dipindahkan ke tempat lain, namun tidak ada pelan konkrit dan penjelasan yang memuaskan hati mengenai keadaan pelajar daripada pihak maktab,” katanya lagi.

Dedahnya, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) kini dilakukan secara online apabila para pelajar tidak dibenarkan ke kelas.

“Mereka belajar secara online di asrama, di mana talian internet tidak berapa memuaskan sehingga pelajar tertekan, manakala ibu bapa pula tidak tahu bagaimana keadaan anak mereka di sana,” katanya.

Dia difahamkan, MRSM Bentong kini ibarat diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), apabila tiada orang dibenarkan untuk keluar dan masuk kecuali petugas barisan hadapan. #sumber

Share:

Isa Samad Di Hukum Penjara Jumlah 54 Tahun, Dan Di Denda RM15.45 Juta Atas 9 Pertuduhan

 

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 54 tahun dan denda RM15.45 juta terhadap bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas mendapati dia bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Bagaimanapun, Mohd Isa, 71, hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun setelah Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapinya dan mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Mohd Nazlan ketika membuat keputusan itu berkata hukuman dijatuhkan adalah bagi memberi peluang kepada pesalah melakukan pemulihan dan juga pengajaran untuk tertuduh dan orang lain supaya tidak melakukan kesalahan serupa.

"Mahkamah mengambil maklum latar belakang tertuduh dan rekod pentadbiran serta penglibatannya dalam politik negara di mana tertuduh telah berkhidmat sebagai menteri besar selama dua dekad dan juga sebagai menteri kabinet.

"Kesalahan berkaitan rasuah adalah serius  yang mengugat ekonomi negara dan merupakan barah yang menjejaskan sistem demokrasi negara.

"Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapi tertuduh dan memerintahkan hukuman berjalan serentak.

"Mahkamah juga mengenakan denda lima kali jumlah suapan bagi setiap pertuduhan yang kesemuanya berjumlah RM15.45 juta dan sekiranya gagal membayar denda dikenakan penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan," kata hakim itu. #sumber

Share:

Mahkamah Tinggi Putuskan Tan Sri Isa Samad Bersalah Di Atas Sembilan Pertuduhan Rasuah

 

KUALA LUMPURl - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. ISA abdul Samad bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3.09 juta, enam tahun lalu.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan gagal patahkan kes atas imbangan kebarangkalian.

Pada masa ini, pihak pembelaan sedang membuat rayuan bagi hukuman.

Berdasarkan pertuduhan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md. Arip, sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015 di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.  #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 3,455 Kes Positif Baharu Dengan 21 Kematian di Rekodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,455 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 222,628 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,450 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 47,847 kes.

“Sebanyak 21 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 791 kes.

“Terdapat 3,661 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 173,990 kes,” katanya menerusi pemakluman pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 327 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 145 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Ebit Lew "Tangguh" Bina Sekolah Di Kampung Bajau Laut Semporna, Tak Di Benarkan Bantu !

 

PETALING JAYA – Hasrat pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew untuk membina tiga buah sekolah di sekitar kawasan perkampungan kaum bajau laut di Semporna, Sabah tidak kesampaian apabila beliau tidak lagi dibenarkan meneruskan bantuan ke kawasan itu.

Melalui perkongsian Ebit Lew di laman Facebooknya hari ini, beliau memberitahu jika meneruskan bantuan di kawasan itu, dia boleh dikenakan didenda atau penjara.

“Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan kerana saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna dan minta diberhentikan bantuan disekitar sini (Semporna). Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun,”katanya di sini hari ini.

Tambah Ebit Lew, beliau sedih kerana sudah membeli pelbagai peralatan untuk membina sekolah tersebut termasuk mencari beberapa orang guru untuk mengajar di kawasan itu.

“Saya sudah beli kayu-kayu, saya sudah kumpul tujuh orang guru, semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka.

“Saya minta maaf ustaz ustazah semua.Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah macam keluarga sendiri.

“Sayang semua seperti mereka sayang saya, saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan,” luahnya.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, Ebit Lew bercadang membina tiga buah sekolah dan menyedia beberapa orang guru untuk mengajar di empat perkampungan kaum bajau laut di sekitar pulau di Semporna. #sumber

Share:

Perintah Kawalan Pergerakan Di Sambung Dua Minggu Lagi, Bermula 5 Feb Hingga 18 Feb Ini !

 

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung kepada tempoh dua minggu lagi iaitu bermula 5 Februari ini hingga 18 Feruari 2021 di seluruh negara.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setelah perbincangan dilakukan oleh pihak kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk melanjutkan lagi tempoh PKP ini.

“Melihat kepada peningkatan harian mengenai jangkitan Covid-19 ini, PKP akan disambung daripada 5 Februari sehingga 18 Feruari ini di seluruh negara kecuali Sarawak, namun beberapa kawasan yang diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Sarawak masih kekal.

“Namun PKP kali ini tidak seperti PKP pertama yang kita jalankan sebelum ini. Sektor ekonomi terutamanya perniagaan mikro terus dibenarkan,” jelasnya dalam sidang akhbar khas sebentar tadi. #sumber

Share:

Selepas "Bah Besar" Membadai Pahang, Hulu Sungai Lembing Digondol Untuk Projek Ladang

 

KUANTAN - Walaupun baru sahaja dilanda banjir besar dengan menyebabkan banyak kemusnahan harta benda penduduk dan hasil tanaman, aktiviti penggondolan hutan di Pahang didakwa masih diteruskan.

Seorang pengguna Facebook menerusi kumpulan Kaki Hutan sebentar tadi berkongsikan gambar kerja tarah hutan yang didakwanya berlaku di kawasan hulu Sungai Lembing.

“Ini di hulu Sungai Lembing dalam proses digondolkan untuk dijadikan ladang. Tebang habis. Tiada otak punya MB (Menteri Besar). Ini kawasan tadahan air,” kata Norizman Mohamed.

Penebangan balak di Hulu Sungai Lembing pernah dilapor mencemari beberapa sungai sehingga menyebabkan siasatan menyeluruh dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan Jabatan Perhutanan negeri.

Mentiga Corporation Bhd, syarikat pelesen yang bertanggung jawab menebang dan membawa keluar balak di Hulu Sungai Lembing berkata, pihaknya sedia untuk disiasat JAS negeri.

Pada 2018, dilaporkan kira-kira 500 hektar hutan di Hulu Sungai Lembing ditebang secara berleluasa tanpa mengambil kira kesan alam sekitar dan impak kepada industri pelancongan di kawasan sekitar.

Bulan lalu, banjir besar di Pahang ibarat lautan ‘teh tarik’ dengan puluhan ribu mangsa banjir di Pahang dipindahkan ke lebih 200 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah.

Sebahagian besar penempatan penduduk musnah selepas tenggelam dengan air naik melepasi paras bumbung kediaman.

Sebelum ini pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer menegaskan banjir yang melanda di negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya Pahang tidak akan seteruk sekarang, jika penggondolan hutan terutama aktiviti pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal.

Bagaimanapun, Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang dalam reaksinya menyebut hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda sejak awal tahun baharu ini.

Dalam masa sama, kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih menjadi sumber ekonomi negeri tetapi katanya, ia dilakukan secara terkawal. #sumber

Share:

Menantu Terkait Projek NIIS RM1.159 Bilion, Fuad Gesa Muhyiddin "Jawab" Empat Soalan !

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menjawab empat soalan berkaitan kontrak membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS) untuk Jabatan Imigresen yang bernilai RM1.159 bilion.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, empat soalan itu ditujukan kepada Muhyiddin kerana beliau adalah Perdana Menteri selain menantu beliau turut dikaitkan  dalam projek tersebut.

Beliau berkata, IRIS Corporation Bhd. telah mengumumkan di Bursa Malaysia bahawa mereka telah meraih kontrak membangunkan NIIS menerusi Surat Tawaran Projek (LOA) bertarikh 29 Januari lalu daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Menantu lelaki beliau, Datuk Adlan Berhan adalah rakan kongsi IRIS, manakala anak lelaki (Tan Sri) Vincent Tan adalah pemilik majoriti saham IRIS. Justeru, ada empat soalan yang Muhyiddin kena jawab segera dan sejujurnya.

“Pertama, apakah benar menantu Perdana Menteri pemilik majoriti saham S5 System Sdn. Bhd., kedua, apakah benar S5 System adalah rakan kongsi IRIS (kerana) IRIS menggunakan konsortium untuk melobi kontrak itu dan S5 adalah pemain utamanya,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook miliknya di sini.

 Selain itu, Mohd. Puad berkata, Muhyiddin juga perlu menjawab sama ada benar atau tidak anak Vincent sebagai pemegang majoriti saham IRIS membeli saham tersebut selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Malah, kata beliau, Perdana Menteri juga perlu menjelaskan mengapa projek mega NIIS tersebut diluluskan secara tergesa-gesa dalam tempoh darurat ketika ini.

“Muyhiddin juga perlu menjawab kerana pada 11 Disember 2018, beliau selaku Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan telah membatalkan kontrak NIIS yang sudah diberi kepada Prestariang pada Ogos 2017. 

“Kemudian Muhyiddin minta proposal baru ‘request for proposal’ (RFP) pada tahun 2019. Ini memberi peluang syarikat yang ada kaitan dengan menantunya melobi dan membida, sebab itu Muhyiddin kena jawab. 

“Jangan membisu, jangan autokratik dan jangan guna darurat serta gantung Parlimen sebagai muslihat untuk buat perkara lain kerana banyak yang rakyat mahu tahu termasuk tindakan saman oleh Prestariang yang menuntut ganti rugi sebanyak RM732 Juta. (Dalam hal ini) Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti berani menyiasat,” katanya.  #sumber 

Share:

Penerbit Memoir Bekas AG Akan Saman Pihak Yang Kongsi Salinan PDF Buku Tommy Thomas

 

PETALING JAYA - Penerbit memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang berkongsi salinan cetak rompak PDF buku itu dalam talian.

GB Gerakbudaya dalam kenyataan ringkas turut menggesa edaran salinan digital itu dihentikan.

Ia turut menuntut “pelanggar” itu segera menghapuskan salinan terbabit.

Buku itu, katanya, hanya boleh didapati dalam bentuk salinan cetak, dan versi digital kekal rahsia dan sulit.

“Kami memberikan notis ini dengan niat baik dan pengedaran versi cetak rompak tertakluk ialah pelanggaran harta intelek (IP), dan kami berhasrat mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara ini jiak ia gagal diselesaikan.”

Kenyataan itu menyusul beberapa jam selepas Gerakbudaya berkata, buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” – yang dikeluarkan dua hari lalu – kehabisan stok akibat permintaan luar biasa.

Cetakan kedua buku itu dijangka siap untuk jualan mulai Jumaat ini.

Memoir setebal 500 muka surat itu menceritakan pencapaian dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu, dengan antara isu utama lain seperti pendakwaan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho dan 1MDB, ekstradisi pendakwah kontroversi, Zakir Naik dan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. #sumber

Share:

Menteri Besar Pahang Lapor Polis Dan Sahkan Telefon Bimbit Beliau Telah Pun "Di Godam" !

 

KUANTAN -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan, telefon bimbitnya digodam sejak awal pagi semalam, selepas hilang kawalan terhadap aplikasi WhatsApp, selain turut menerima pesanan dalam bahasa asing dipercayai bahasa Mexico.

Wan Rosdy menerusi laporan polisnya mendakwa, kejadian itu disedari pada 6 pagi tadi selepas beliau menerima panggilan daripada seorang kakitangan yang ingin membuat semakan, selepas mendapati terdapat perkataan tidak sepatutnya di aplikasi WhatsApp beliau.

“Pihak tersebut juga didapati mengodam kumpulan WhatsApp keluarga saya dengan menukar nama kumpulan, sebelum meninggalkan kumpulan tersebut selain turut menganggu kacau sembilan lagi kumpulan WhatsApp.

“Saya kemudiannya bertindak mematikan telefon pintar selama lima minit sebelum membuka semula dan mendapati cubaan untuk mendaftar masuk semula ke WhatsApp gagal,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam.

Wan Rosdy juga mendakwa setakat laporan dibuat pada 3.45 petang, beliau masih tidak dapat menggunakan aplikasi WhatsApp akaun telefon bimbitnya.

Selain itu, beliau juga mendakwa menerima pesanan dalam bahasa Mexico sebanyak empat kali bermula jam 6.12 pagi, selain menerima pesanan suara dan rekod panggilan tidak dijawab yang menggunakan nombor dengan kod luar negara, yang tidak dikenalinya.

Pada awalnya, Wan Rosdy menerusi kenyataan media ringkas mengesahkan telefon pintarnya digodam pihak tidak bertanggungjawab, dan memohon maaf kepada mereka yang cuba menghubunginya buat masa ini. #sumber

Share:

Isu Kartel 'Daging Import Tak Halal' , Pengasas Raihanah Cold Storage Saman 'Sang Kelembai'

 

KUALA LUMPUR -- Pengasas syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd memfailkan saman menuntut ganti rugi RM150 juta terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Zaharin Mohd Yasin, juga dikenali sebagai Sang Kelembai, yang didakwa menerbitkan kenyataan memfitnah membabitkan isu kartel daging import tidak halal.

Rahman Sheikh Abdullah, 45, dan isterinya Raihanah Kasim, 43, yang juga Pengarah Raihanah Cold Storage serta syarikat itu, selaku plaintif pertama hingga ketiga, memfailkan saman menerusi Tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Jan lepas dengan menamakan Abd Zarin Mohd Yasin, 69, sebagai defendan tunggal.

Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah, ketika dihubungi pemberita, berkata tarikh 26 Feb ditetapkan sebagai pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa defendan telah membuat, menyiarkan dan menerbitkan satu kenyataan fitnah dalam akaun Facebook miliknya sekitar Disember 2020 yang mengandungi foto plaintif pertama (Rahman), dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai butiran syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan plaintif kedua (Raihanah).

Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud mereka mengedar atau menjual daging atau daging lembu tidak halal selain mendakwa syarikat tersebut mengamalkan taktik perniagaan berniat jahat dengan menukar bungkusan daging yang tidak halal dan membungkusnya semula sebagai daging halal untuk penjualan atau pengedaran.

Selain itu, ketiga-tiga plaintif mendakwa mereka tidak pernah terbabit dalam membawa, mengimport atau menyeludup daging atau daging lembu tidak halal ke Malaysia dan tidak pernah membungkus semula daging atau daging lembu tidak halal sebagai daging halal.

Mereka juga menafikan terbabit dalam amalan rasuah dengan Jabatan Kastam atau sebarang pihak berkuasa semasa berurusan dalam pengedaran atau penjualan daging halal.

Menurut plaintif, kenyataan fitnah itu dibuat tanpa sebarang asas, berniat jahat dan mencemarkan reputasi mereka selain mendakwa defendan membuat kenyataan secara melulu tanpa mendapatkan penjelasan daripada mereka.

Oleh itu, ketiga-tiga plaintif masing-masing menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta daripada defendan dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah bagi menghalang defendan daripada mengulangi, menerbitkan atau menyiarkan sebarang kenyataan fitnah dalam media sosial, forum atau akhbar.

Mereka turut memohon kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. #sumber

Share:

Tarikh Akhir "Penghantaran Bantuan" Pasca Banjir Ke Negeri Pahang Pada Hari Jumaat Ini

 

KUANTAN -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang memutuskan tarikh akhir penghantaran bantuan pascabanjir ke negeri itu yang dimohon menerusi sistem ebanjir.pahang.gov.my ialah pada Jumaat ini (5 Feb).

Menurut kenyataan jawatankuasa itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi terkini yang menyaksikan wujud kluster baharu berpunca daripada sukarelawan bantuan pascabanjir dan di tempat kerja.

"Kerajaan negeri juga akan menguatkuasakan had perjalanan 10 kilometer sahaja dari kediaman seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta-merta bagi mengekang penularan wabak COVID-19," demikian menurut kenyataan itu.

Kerajaan negeri sebelum ini mensyaratkan mereka yang hendak menghantar bantuan pascabanjir di Pahang perlu mendapatkan kebenaran melalui sistem e-banjir selain wajib memperoleh permit rentas daerah daripada polis.

Bagaimanapun, penghantaran barangan itu terhad di pusat pengumpulan yang diwujudkan di sempadan negeri iaitu Bentong, Rompin dan Kuantan dengan pengagihan akan dilakukan oleh pusat kawalan operasi bencana (PKOB) negeri dan daerah.

Selain itu, kerajaan negeri juga mensyaratkan hanya sukarelawan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari dalam Pahang boleh menyertai aktiviti gotong-royong pascabanjir, terhad kepada terma yang ditetapkan.

Pada perkembangan berkaitan, jawatankuasa  itu berkata semua urusan kaunter perkhidmatan pejabat persekutuan dan negeri yang melibatkan orang awam ditangguhkan mulai esok (2 Feb) hingga 14 Feb dan orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian.

Selain itu, kehadiran kakitangan jabatan kerajaan negeri tertakluk kepada arahan Setiausaha Kerajaan Pahang manakala kakitangan Jabatan Persekutuan pula tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

"Keutamaan kehadiran di pejabat ialah kakitangan yang terlibat dalam perkhidmatan perlu yang ditentukan oleh ketua jabatan manakala kakitangan lain akan bekerja dari rumah.

"Bagi pihak swasta yang disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu, pengoperasian tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) oleh MKN iaitu hanya melibatkan 30 peratus kehadiran bagi pihak pengurusan," demikian menurut kenyataan itu.  #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 4,214 Kes Positif Baharu Dengan Sepuluh Kematian Direkodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini merekodkan sebanyak 4,214 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 219,173 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sembilan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 4,205 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,074 kes.

“Sebanyak 10 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 770 kes.

“Terdapat 4,280 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 170,329 kes,” katanya menerusi ciapan pada Twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 316 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 137 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Gitaris Tersohor "Man Kidal" Jual Rendang Daging !

 

KUANTAN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memberikan tempias kepada ramai pihak termasuk golongan artis apabila 'periuk nasi' mereka turut terjejas kerana tiada persembahan. 

Namun bagi gitaris tersohor, Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood, 56, untuk meneruskan kehidupan dalam saat getir ini, setiap individu perlu kreatif dan inovatif kerana walau apapun berlaku, kehidupan tetap perlu diteruskan. 

Jelasnya, walaupun tiada persembahan kerana PKP, beliau dan isteri, Norlaila Yusof, 56, berpendapat mereka tidak boleh duduk sahaja mengenang nasib, lalu mengambil inisiatif menjual rendang daging. 

"Isteri saya memang sangat berkebolehan dalam memasak, selama ini pun isteri masak rendang daging hanya untuk keluarga dan kawan-kawan sahaja. Kami tidak pernah pun terfikir untuk menjualnya.


"Apabila sudah dikenali dalam kalangan rakan-rakan, memang ada permintaan yang mahu membeli, jadi disebabkan PKP 2.0 ini, kami mulakan perniagaan menjual rendang daging yang diberikan nama Rendang Daging Sentuhan Kidal. 

"Saya hanya bantu didapur seperti mengacau rendang, merasa supaya rendang daging yang dijual sedap dan akan terus mendapat permintaan ramai," katanya di sini semalam. 

Man Kidal yang juga anggota kumpulan Lefthanded itu berkata, selain fokus kepada perniagaan rendang daging, beliau bermula minggu depan akan menfokuskan kepada menjual persembahan dan teknik-teknik pembelajaran bermain gitar secara dalam talian. 

Sementara itu, Norlaila berkata, setiap hari dia akan menyediakan kira-kira 100 bungkus rendang daging yang merupakan resepinya sendiri.

"Saya mempunyai teknik tersendiri yang mana saya akan masak tidak lebih 15 kilogram daging selama kira-kira empat jam. Ini penting, untuk saya mengekalkan rasa rendang daging ini.

"Selepas siap, saya sejuk bekukan rendang ini 500 gram untuk setiap bungkus. Rendang Daging Sentuhan Kidal ini dijual RM35 sebungkus," katanya. 

Beliau berkata, sejak PKP 2.0 lalu, rendangnya mendapat permintaan memberangkan yang mana sehingga kini lebih 500 bungkus telah terjual. 

"Kaedah pemasaran adalah secara dalam talian, melalui Facebook dan rakan-rakan. Selain itu, kami sudah mempunyai ejen, dua orang di Pahang, satu orang di Johor dan tiga ejen di Kuala Lumpur," katanya. 

Jelasnya, selain Rendang Daging Sentuhan Kidal, dia akan menghasilkan produk makanan baharu minggu depan iaitu Daging Harimau Menangis yang dijual dengan harga RM35 untuk 500 gram. 

Beliau berkata, mereka yang berminat untuk membeli Rendang Daging Sentuhan Kidal boleh menghubungi nombor 0193017778, 0165846297 dan 0169221717 untuk pertanyaaan dan urusan pembelian. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.