script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sri Pahang FC Dan Selangor FC Kongsi Mata Selepas Seri 2-2 Di Stadium Darul Makmur !

 

KUANTAN - Penyerang Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff muncul penyelamat pasukan itu apabila jaringan pada minit-minit akhir perlawanan berjaya mengikat Selangor FC 2-2 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, tuan rumah menyenaraikan tiga pemain import baharu, Abubakar Yakubu, Manuel Hidalgo dan Athiu Kenjok sebaik jendela perpindahan dibuka.

Kehadiran tiga pemain import itu menyaksikan perubahan terutama di bahagian serangan dan tengah.

Namun, Selangor yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang pada pusingan pertama Liga Super terlebih dahulu memberi ancaman apabila Ahmad Danial Ahmad Asri hampir menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola terkena palang gol pada minit ke-23.

Dua minit kemudian, perlawanan terhenti kira-kira 10 minit apabila satu daripada empat lampu terpadam.

Sebaik perlawanan bersambung, peluang terbaik tuan rumah pula hadir menerusi sepakan percuma pemain import baharu dari Argentina, Hidalgo tetapi bola terkena palang pada minit ke-31.

Tiga minit bersambung babak kedua, Hidalgo menceriakan pasukan itu apabila menjaringkan gol pendahuluan selepas menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

Pada minit ke-76, penyerang lawan, Hein Htet Aung menyamakan kedudukan 1-1 selepas Helmi Eliza Elias gagal menyelamat gawang daripada dibolosi. Penyerang berbisa Selangor, Ifedayo Olusegun meledak gol kedua buat skuadnya tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Selepas itu, pemain pertahanan Selangor, Shahril Nazeem Zulpakar dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan selepas mengutip dua kad kuning.

Pada minit-minit akhir perlawanan, Abdul Malik muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 untuk memastikan Sri Pahang mencatat keputusan seri. #sumber

Share:

Gara-Gara Meredah Jalan Yang Di Naiki Air, Dua Beranak Nyaris Di Hanyut Arus Deras !

 

IPOH - Gara-gara meredah jalan dinaiki air, dua beranak berdepan detik cemas apabila terpaksa berpaut pada kereta yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Kota Raja, Taman Meru 2C di sini hari ini.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku ketika wanita berusia 47 tahun dan anak perempuannya berumur 19 tahun dalam perjalanan dari Kota Raja ke rumah mereka di Manjung.

Bagaimanapun, limpahan air Sungai Meru  menyebabkan arus deras hingga menghanyutkan kereta dinaiki mereka.

Mangsa yang panik bertindak pantas dengan keluar dari kereta Toyota Vios itu dan berpaut pada bahagian tingkap kereta sebelum kejadian tersebut disedari penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada penduduk pada pukul 6.04 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa cuba bertahan dengan berpaut pada kereta dinaiki mereka dalam tempoh 10 minit sebelum kehadiran pasukan bomba.

“Operasi menyelamat dijalankan dengan dua anggota memakai jaket keselamatan dan bergerak perlahan-lahan mengikut arus untuk sampai kepada mangsa menggunakan tali yang dibuat ‘anchoring’ pada pokok,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dua mangsa kemudian dipakaikan jaket keselamatan dan dibawa ke tempat yang selamat.

“Kedua-dua mangsa selamat dan tidak cedera. Kenderaan mangsa juga tidak dihanyutkan kerana air sudah mulai surut.

“Mereka yang mengalami trauma diserahkan kepada keluarga dan operasi tamat pada pukul 7.19 petang,” katanya. #sumber

Share:

Rogol, Liwat & Pukul Anak Remaja Perempuan, Bapa Serta Tiga Lagi Abang Mangsa Di Dakwa !

 

MELAKA - Seorang pemandu lori dan tiga anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol, meliwat dan memukul seorang remaja perempuan yang juga ahli keluarga kesemua tertuduh sejak tahun lalu.

Bapa mangsa berusia 51, dan tiga abangnya berusia 23, 27 dan 29 tahun, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Dalam prosiding tersebut, lelaki yang juga ketua keluarga itu didakwa dengan 33 pertuduhan kerana merogol anaknya yang berusia 17 tahun dua bulan.

Bapa mangsa didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Tertuduh sama juga berdepan satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Selain itu, lelaki itu turut didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dengan menggunakan getah paip.

Oleh demikian, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sementara itu, ketiga-tiga abang mangsa masing-masing dihadapkan dengan 18 pertuduhan merogol dan turut didakwa atas Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Adik-beradik itu juga didakwa atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan, minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan keempat-empat tertuduh di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya dekat sini antara 1 Mac 2020 hingga 1 Februari 2021 lalu.

Nariman menetapkan tarikh 8 Jun ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan perbuatan jelik seorang bapa dan tiga anak lelakinya menjadikan remaja perempuan berusia 18 tahun sebagai hamba seks selama setahun akhirnya terbongkar selepas polis memberkas keempat-empat suspek.

Tangkapan itu dibuat susulan mangsa membuat laporan pada pukul 2.59 petang pada 21 April, mendakwa dirogol dan diliwat oleh ayah dan tiga abang kandung secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Tanjung Minyak dekat sini. #sumber

Share:

Empat Pemain Import Baharu Menandatangani Kontrak Untuk Beraksi Bersama Sri Pahang FC

 

KUANTAN - Empat orang pemain import baharu bakal beraksi bersama Sri Pahang FC untuk aksi perlawanan berikutnya selepas ini.

Majlis memandatangani kontrak keempat-empat pemain terbabit telah diadakan hari ini.

Mereka terdiri daripada  Hidalgo Gasparini Manuel Federico yang berasal dari Argentina, Yakubu AbuBakar berasal dari Ghana dan Athlu Kenjok Wal yang berasal dari Australia.

Seorang lagi pemain import baharu Sri Pahang FC ialah Aung Kaung Mann yang berasal dari Myanmar.

Dengan ini Sri Pahang FC telah melengkapkan barisan lima pemain import termasuk Mark Herold Goulon.

Malam ini Sri Pahang FC akan menentang Selangor FC di Stadium Darul Makmur. Pada perlawanan terdahulu, Sri Pahang FC mendapat lonjakan semangat apabila membelasah UiTM FC dengan jaringan besar 5-0.

Aksi kesemua pemain import baharu Sri Pahang FC kemungkinan dapat disaksikan pada perlawanan malam ini.

Difahamkan, hanya 600 penonton dibenarkan masuk ke dalam stadium kali ini. #pahangdaily

Share:

Penganggur Di Dakwa Membunuh Ibu kandung Sendiri Di Kampung Pesagi Chenor Ahad Lalu !

MARAN - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, terhadap tuduhan membunuh ibu kandungnya, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Fairul Ahmadiah, 39, dari Chenor di sini, mengangguk faham terhadap pertuduhan ketika dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh ibunya, Meriani Ismail, 55, di rumah mereka di Kampung Pesagi, Chenor antara jam 1.30 pagi hingga 2.10 pagi pada Khamis lalu.

Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Anasuha Atiqah Mat Saidi memaklumkan tertuduh berkemungkinan mempunyai masalah mental, berikutan didakwa berhalusinasi semasa kejadian.

Berikutan itu, Nur Syafiqah mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai di Johor bagi menjalani pemeriksaan mental, dan menetapkan 2 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan penilaian kesihatan tertuduh.


Media sebelum ini melaporkan, mangsa ditemukan maut dipercayai akibat ditetak menggunakan parang oleh anaknya yang baru selesai menjalani hukuman penjara pada Mac lalu.

Pemeriksaan luaran fizikal mangsa juga mendapati terdapat luka disyaki akibat tetakan objek tajam pada bahagian dahi, mulut, perut dan tangan kanan.

Di mahkamah sama, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah methaphetamine di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Maran sekitar 9 pagi pada 29 April.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, selain pengawasan selama dua hingga tiga tahun.

Majistret menetapkan tarikh yang sama bagi sebutan semula kes untuk menunggu laporan makmal tertuduh. #sumber

Share:

Menteri Besar Kedah Kecewa Sikap 'Kerek' Dan Budaya 'Ala Samseng' Pemain, Jurulatih JDT !

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Noor kecewa dengan budaya ala samseng dalam kalangan pemain dan jurulatih ketika aksi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.

Insiden tegang antara kedua-dua pasukan berkenaan berlaku sebaik tamat babak pertama dengan pemain dan jurulatih JDT dilihat menerpa ke kawasan tempat bangku simpanan KDA dan tercetus perang mulut antara kedua-dua pihak.

Suasana panas dan tegang berkenaan dilihat terus berlaku hingga di luar padang sewaktu pemain mahu memasuki laluan ke bilik persalinan dan akhirnya sebelum perlawanan bersambung semula, suasana kembali tenang dengan dengan melihat ketua jurulatih KDA, Aidil Sharin Sahak bersalaman dengan pemain JDT.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah meluahkan rasa kesal kerana pihak lawan iaitu JDT yang hadir ke Stadium Darul Aman dilihat sebagai tidak menghormati pihak tuan rumah.

"Gaya dan karakter mereka itu sudah boleh nampak macam nak gaduh apabila mereka hampiri tempat kita. Padahal mereka datang ke stadium kita dan tak hormat kita dan mereka terpa (serbu) dekat jurulatih kita dan buat cengei (bengis).

"Ini ada karakter yang tidak bagus dalam sukan dan nampak kerek, mungkin pasukan mereka kaya dan gaji mereka mahal sementara kita pula tak ada duit. Jangan kerek sangat mai tempat orang, agak-agak la," katanya.

Muhammad Sanusi juga berkata, pihak lawan tidak sepatutnya memperlakukan pasukan Kedah seperti pasukan belasahan walaupun mereka pandai bermain bola sepak.

"Kita pun tidaklah bodoh sangat, malah kita juga hampir menjaringkan dua gol, cuma terhalang oleh tiang dan palang," katanya.

Kejadian itu turut disaksikan Muhammad Sanusi yang hadir mengiringi Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, berangkat ke Stadium Darul Aman.

"Saya yakin satu hari nanti Kedah akan mampu menewaskan JDT, InsyaAllah... dan memang kita pernah tewaskan mereka sebelum ini," katanya. #sumber

Share:

Najib Belum Di Isytihar 'Muflis' Atas Kegagalan Membayar Tunggakan Cukai LHDN RM1.7 bilion

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum diisytiharkan muflis atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Najib ketika dihubungi berkata, pada prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, LHDN mencadangkan agar mahkamah merekodkan segera muflis pada Najib namun pihaknya membantah cadangan LHDN tersebut.

Yeong Kang berkata, pihaknya membantah cadangan tersebut dengan berhujah bahawa LHDN tersalah arah berhubung undang-undang membabitkan prosiding muflis.

“Mahkamah memaklumkan bahawa tindakan muflis tidak berlaku pada peringkat ini,” katanya selepas pengurusan kes melalui talian di hadapan Timbalan Pendaftar Ida Rahayu Sharif.

Tambah Yeong Kang dalam prosiding sama, mahkamah turut memaklumkan bahawa Najib perlu memfailkan permohonan menangguhkan prosiding muflis dan mengetepikan notis kebankrapan sebelum 24 Mei ini.

Dalam prosiding itu, peguam Athari Faris Ammery Hussien hadir bagi pihak pemiutang LHDN.

Pada 4 Februari lalu, LHDN telah memfailkan notis untuk membankrapkan bekas Perdana Menteri, Najib atas kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan melebihi RM1.7 bilion.

Menurut notis tersebut, Najib mempunyai tempoh tujuh hari untuk membayar tunggakan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16 bermula semalam. Jumlah itu turut termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000.

Pada 22 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan RM1.69 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 termasuk penalti daripada Najib.

Hakim itu menyatakan tunggakan cukai pendapatan tambahan itu merupakan hutang kepada negara yang perlu dibayar.

Penghakiman terus ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak yang terlibat tanpa perbicaraan penuh dibuat dan saksi-saksi dipanggil memberi keterangan. #sumber

Share:

Desas-Desus Pemain Perak FC, 'Shahrul Saad' Sarung Jersi Sri Pahang Hanya Khabar Angin !

 

KUANTAN - Desas-desus mengenai pemain pertahanan Perak FC Shahrul Saad akan berpindah menyarung jersi Sri Pahang FC hanyalah sekadar khabar angin sahaja.

Nama pertahanan H@rimau Malaya berusia 27 tahun itu menjadi perhatian sejak jendela perpindahan pemain kedua dibuka bermula 3 Mei yang sakaligus menimbulkan pelbagai reaksi penyokong-penyokong skuad Seladang itu.

Bagaimana pun Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang menafikan spekulasi perpindahan pemain ini.

“Rumours sahaja,” jelasnya ringkas kepada CakapSukan.

Sebelum ini, Mohammed Suffian memaklumkan rombakan bakal dilakukan menjelang musim perpindahan untuk memastikan pasukan terus bersaing. #sumber

Share:

Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin AstraZeneca !

 

PUTRAJAYA – Sakit kepala luar biasa dan kesan lebam pada kulit antara gejala yang perlu diberi perhatian para penerima vaksin AstraZeneca dalam tempoh antara empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin Covid-19 tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, orang ramai perlu mendapatkan rawatan segera jika mereka mengalami sakit kepala luar biasa disertai dengan pandangan kabur, loya dan muntah serta sukar bertutur, lemah, mengantuk atau sawan.

Beliau berkata, gejala lain termasuklah sakit kepala teruk yang tidak berkurangan dengan ubat tahan sakit dan sakit kepala semakin teruk apabila berbaring atau semasa membongkok.

“Selain itu mungkin ada gejala lain seperti bintik-bintik kecil pada kulit atau berlaku pendarahan selain sukar bernafas, sakit dada, bengkak pada kaki atau sakit perut yang berterusan.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memantau tahap kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala-gejala berkenaan dalam masa tempoh empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin AstraZeneca,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adham berkata, pengamal perubatan perlu membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan sama ada gejala yang ditunjukkan adalah disebabkan pembekuan darah.

Beliau berkata, pengamal perubatan yang merawat kes tersebut juga pula perlulah menyiasat sama ada kes telah menerima vaksin dalam masa 30 hari sebelum gejala bermula.

“Sehubungan itu, pemeriksaan-pemeriksan berkaitan termasuk pemeriksaan darah dan radiologi perlu dijalankan dengan seberapa segera.

“Rawatan serta-merta perlu diberikan jika keputusan ujian menunjukkan pembekuan darah benar-benar berlaku,” katanya.

Tambahnya, pakar hematologi juga perlu dihubungi dengan segera untuk mendapatkan khidmat nasihat.

“Pengamal perubatan juga perlu membuat laporan Adverse Event Following Immunisation (AEFI) kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara,” ujarnya.

Adham berkata, Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau kejadian darah beku dengan pelaksanaan pemberian vaksin AstraZeneca kepada orang ramai secara sukarela yang dijangka bermula esok.

Katanya, pihak kementerian juga memberi jaminan bahawa rawatan segera akan diberikan jika kes darah beku susulan pemberian vaksin tersebut benar-benar berlaku. #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan RM56 Juta Salur Bantuan Untuk 'Ringankan' Beban Rakyat

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan sebanyak RM56 juta bagi menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang mula dilaksanakan awal tahun ini dalam usaha membantu meringankan beban rakyat di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BPP yang memberi manfaat kepada rakyat itu akan dilaksanakan berterusan selagi kerajaan negeri mempunyai kewangan yang kukuh.

“Kerajaan negeri mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan kita memulangkannya semula kepada rakyat menerusi BPP yang dilaksanakan secara berperingkat dan kita akan selalu turun padang melihat keperluan rakyat.

“Sekarang ini kita tidak akan menunggu sebaliknya kita mencari apa lagi bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat, kita akan selalu turun padang kerana cara itu lebih berkesan,” katanya selepas Majlis Penyerahan BPP kepada guru dan penyelia takmir serta penyelia Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini semalam.

Pada majlis berkenaan juga Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan dua buah kenderaan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah negeri.

Menurutnya, seramai 475 guru dan penyelia takmir serta penyelia KAFA dari seluruh Pahang menerima BPP berjumlah RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak M237,500.

“Bantuan ini diharapkan dapat membantu golongan terbabit terutamanya untuk persediaan mereka menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” ujarnya. #sumber

Share:

PKPD Di Taman Tanah Putih Baru Kuantan Berkuat Kuasa Mulai 5 Sehingga 18 Mei Ini

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, berkuat kuasa 5 sehingga 18 Mei.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku penularan kes di lokaliti tersebut selain terdapat 29 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan berkuat kuasa 5 Mei sehingga 18 Mei 2021. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Cadang PKP Di Kuantan, Jika 'Peningkatan' Kes Positif Covid-19 Terus Naik !

 

KUANTAN - Pelaksanaan PKPD di Taman Tanah Putih Baru di Kuantan, bermula tengah malam ini dipercayai berpunca daripada penularan akibat aktiviti berbuka puasa dan moreh tanpa pematuhan SOP

Kerajaan negeri Pahang bercadang mengenakan peraturan lebih ketat termasuk memohon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuantan jika peningkatan kes positif Covid-19 di daerah ini tidak dapat dikawal dengan baik.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata trend peningkatan di daerah itu tidak menunjukkan sebarang penurunan dan setakat tengah hari ini, jumlah kumulatif kes positif ialah 1,470 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 143 kes daripada sembilan kluster.

Jumlah sampel yang masih menunggu keputusan ialah 647 sampel selain 1,942 orang lagi dikenakan perintah kuarantin di rumah.

"Saya berharap penduduk Pahang terutamanya di Kuantan dapat bersama-sama mengawal penularan jangkitan pandemik ini dengan mengehadkan aktiviti atau majlis rasmi melibatkan orang ramai serta mengehadkan pergerakan rentas keluar masuk daerah.

"Orang ramai diingatkan sentiasa menjaga penjarakan fizikal di premis makanan manakala bilangan pengunjung bazar Ramadan dan Aidilfitri akan dikurangkan daripada kapasiti sedia ada bagi memastikan aspek penjarakan ini dijaga," katanya menerusi kenyataan di Kuantan hari ini.

Wan Rosdy yang mendengar taklimat situasi semasa pandemik Covid-19 di Pahang oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hari ini, juga mengingatkan pengurusan masjid untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Ini ekoran penularan pandemik itu dalam komuniti yang dipercayai berpunca daripada aktiviti berbuka puasa dan moreh tanpa pematuhan SOP yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Tanah Putih Baru di Kuantan, bermula tengah malam ini (5 Mei) hingga 18 Mei.

Gesaan supaya penduduk Pahang terus berwaspada dan mengambil langkah kawalan juga dibuat memandangkan empat daerah di negeri ini kini dikategorikan zon merah iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong dan Raub. #sumber

Share:

Hanya 600 Orang Penonton Sahaja Kini Yang Di Benarkan Pada Perlawanan Sri Pahang FC !

 

KUANTAN – Pengurusan Stadium Darul Makmur menghadkan seramai 600 orang penonton bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara Sri Pahang FC dan Selangor FC pada malam esok.

Susulan peningkatan kes Covid-19 di Kuantan, Pahang telah memberi gambaran supaya Sri Pahang mengutamakan langkah-langkah sewajarnya dengan mengurangkan jumlah penonton yang dibenarkan menyaksikan perlawanan terdahulu seraamai 2,128 orang.

Pengurus Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, jumlah tersebut dipersetujui setelah mendengar pendapat ahli jawatankuasa Bahagian Keselamatan Stadium Darul Makmur, Pejabat Kesihatan Daerah , Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita fahami kehendak penonton dan penyokong, namun isu keselamatan dan kesihatan mendahului apa jua parameter yang ada,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta mereka yang bergejala tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium.

Tiket perlawanan antara Sri Pahang menentang Selangor dijual secara talian hanya untuk penyokong tuan rumah. #sumber

Share:

Pendedahan Ahli Politik Terlibat Rasuah, SPRM Perlulah Panggil Hamid Bador Beri Keterangan

 

PUTRAJAYA – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanggil segera bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador susulan pendedahannya mengenai ahli politik yang terbabit rasuah, baru-baru ini.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, Abdul Hamid perlu dipanggil untuk mendedahkan nama-nama ahli politik yang didakwa rasuah.

“Isu (pendedahan) ini betul-betul serius kerana selama ini ia (dakwaan ahli politik terbabit rasuah) didedahkan orang-orang biasa namun, kali ini ia dibongkarkan sendiri oleh Ketua Polis Negara.

“Dia kena dedah satu persatu nama-nama setakat yang dia tahu setakat memegang jawatan Ketua Polis Negara, jangan tutup apa-apa maklumat. Dia kena jelaskan siapa dalang yang disebut beliau,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat SPRM, hari ini.

Beliau ditemui ketika mengemukakan aduan mengenai isu pendedahan Abdul Hamid pada hari terakhir beliau memegang jawatan itu.

Ibrahim dalam pada itu berkata, pendedahan dibuat oleh Abdul Hamid adalah perkara yang amat serius dan perlu diambil perhatian sewajarnya oleh SPRM.

Ujar beliau, SPRM menyambut baik aduan yang dikemukakan beliau dan memberi jaminan akan melakukan siasatan mengenai perkara itu.

l
Ibrahim berkata, beliau juga mahu SPRM menyiasat dakwaan bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mencampuri urusan pelantikan pegawai-pegawai tinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambahnya, urusan pelantikan tersebut adalah di bawah kuasa dan tanggungjawab Ketua Polis Negara walaupun Hamzah adalah Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Dari struktur organisasi, Abdul Hamid adalah Ketua Pegawai Eksekutif kepada agensi kepolisan yang mengurus PDRM dan operasinya, malah lebih mengetahui secara mendalam siapa yang patut dilantik atau tidak dilantik,” katanya.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, siasatan ke atas pendedahan yang dibuat Abdul Hamid itu akan membantu pelaksanaan undang-undang yang wajib diikuti oleh semua kakitangan kerajaan dan ahli politik yang berjawatan dalam kerajaan.

Aduan berkenaan diserahkan sendiri Ibrahim kepada Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Noor Azlan Razali.

Pada Jumaat lalu, Abdul Hamid menggesa SPRM menyiasat dakwaan unsur rasuah berkaitan ahli politik lompat parti bagi mendapatkan habuan.

Abdul Hamid berkata, pihaknya memerangi rasuah dalam pasukan PDRM, namun dalam politik rasuah berlaku di mana-mana. #sumber

Share:

Ketua Pesuruhjaya SPRM Dakwa Boleh Lompat Parti Kerana 'Tidak Menyalahi' Undang-Undang

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang negara ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, ini kerana tiada undang-undang yang melarang ahli politik lompat parti selain tiada undang-undang khusus berkaitan anti-lompat parti.

Jelas beliau, SPRM sebelum ini telah menyiasatkan kes yang didakwa meraih sokongan dan melibatkan pembayaran wang.

“Siapa-siapa yang hendak lompat parti, boleh lompat itu hak kebebasan masing-masing. Tidak ada lagi undang-undang yang melarang mana-mana pihak pergi ke parti lain.

“Anti-hopping law ini tidak wujud lagi, Jadi sebab itu saya tidak ada hendak komen sangat kerana ini bukan satu kesalahan.

“Terdapat mereka juga yang keluar parti jadi ahli bebas dan bukan satu kesalahan di bawah undang-undang negara kita.

“Setakat itu saya boleh komen, kalau mereka yang kita siasat kebanyakannya contohnya meraih sokongan dan bayar wang.

“Dan kita siasat bawah Akta SPR (Suruhanjaya Pilih Raya). Kes Natrah (Ahli Parlimen Sekijang) kita sudah siasat dan tiada pembayaran dikatakan RM10 juta yang disebut-sebut banyak pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) & SPRM di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas saranan bekas Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang menggesa SPRM menyiasat dakwaan unsur rasuah berkaitan ahli politik lompat parti bagi mendapatkan habuan.

Abdul Hamid berkata, pihaknya memerangi rasuah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun dalam politik rasuah berlaku di mana-mana.

“Saya lawan rasuah dalam pasukan, tapi saya tengok rasuah merata-rata dalam politik. (Pemimpin) mabuk kuasa dan membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli). Itu adalah rasuah,” katanya pada sidang akhbar terakhirnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat lalu. #sumber

Share:

Covid-19: Jumlah Kes Positif Harian Meningkat Semula 3,120 Hari Ini, Keseluruhan 460,632 !

 

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 kembali meningkat sebanyak 3,120 kes hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 420,632 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 675 kes.

Katanya, ini diikuti dengan Sarawak sebanyak 620 kes, Kuala Lumpur (408) dan Johor sebanyak 336 kes.

“Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes hari ini,” katanya dalam Facebook di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 2,500 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan dengan 18 kematian. #sumber

Share:

Hamzah Atur Langkah Jadikan ‘Budaknya’ Pengarah SB; Paksa Buat Operasi Politik !

 

KUALA LUMPUR - Belum reda isu Datuk Seri Hamzah Zainudin cuba mendapatkan kuasa bagi menentukan penempatan pegawai polis, terbaru bekas pegawai tertinggi pasukan itu berkata Menteri Dalam Negeri juga dikatakan “mengatur langkah” untuk menjadikan “budaknya” pengarah agensi perisikan polis, Cawangan Khas (SB).

Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata menteri cuba meletakkan seorang bekas pegawai kanan SB yang telah tamat kontrak tahun lalu, kerana dia mudah mengikut arahan ahli politik.

Langkah itu diatur selepas Cawangan Khas enggan menyertai operasi yang menurutnya dipaksakan oleh Hamzah bagi tujuan politik sendiri.

“Pada 16 Feb lalu, Pengarah SB sedia ada dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan,”

“Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak Pengarah SB akan berakhir pertengahan Jun ini,” Hamid dipetik sebagai berkata oleh MalaysiaGazette.

Langkah itu bagaimanapun terhenti apabila isu tersebut dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri.

“Pengarah SB diarahkan untuk terus berkhidmat,” kata laporan itu.

Hamid mendakwa menteri SB melakukan “beberapa operasi” bagi tujuan politik sendiri, tanpa memberikan butiran lanjut atas sebab kerahsiaan.

“Objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada SB,” katanya.

Hamid seterusnya berkata SB enggan menyertai operasi itu, dan melaporkannya kepada Perdana Menteri.

“Perdana menteri bersetuju SB tidak boleh terlibat dalam kerja politik menyebabkan menteri terbabit marah,” kata laporan itu. #sumber

Share:

Sri Pahang FC Mengesahkan Empat Pemain Import Baharu Akan Menyertai Pasukan Itu

 

KUANTAN - Skuad Sri Pahang FC mengesahkan empat pemain import baharu akan menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan pemain yang dibuka bulan ini.

Mereka adalah Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Anthiu (Australia).

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kehadiran empat import berkenaan diyakini membantu memulih kembali prestasi Sri Pahang.

“Ketika ini, tiga pemain sudah berada di Kuantan manakala seorang lagi masih menjalani tempoh kuarant!n yang akan berakhir Rabu ini,” katanya.

Ditanya empat pemain import yang digvgurkan, Mohammed Suffian enggan mendedahkannya dan pengumuman rasmi akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini, saya tidak boleh memberi sebarang komen mengenai empat pemain yang tidak lagi bersama Sri Pahang,” katanya.

Musim ini, Sri Pahang menyenaraikan lima import iaitu Yevhen Bokhashvili dari Ukraine, Herold Goulon (Perancis), Lee Tuck (England), Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste).

Namun, kini timbul persoalan di kalangan peminat Sri Pahang pemain yang akan kekal bersama pasukan itu.

Keputusan menyenaraikan empat import baharu berikutan prestasi hambar yang dipersembahkan yang menyaksikan Sri Pahang berada di kedudukan kedua tercorot liga.

Selepas 11 perlawanan, skuad Pahang sekadar, masing-masing mencatat dua kemenangan dan seri dengan mengutip lapan mata. #sumber

Share:

Pengerusi NGO Antara Enam Yang Di Tahan Kes Belasah Warga Asing Di Batu 9 Cheras !

 

KAJANG - Susulan kes pukul warga asing yang tular semalam, polis menahan enam lelaki termasuk pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) malam tadi, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan.

Beliau berkata, semua suspek berusia antara 24 hingga 54 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan rakaman video insiden berdurasi 1 minit 21 saat yang tular di media sosial.

“Bagaimanapun, seorang daripada mereka diberikan jaminan polis selepas siasatan mendapati lelaki itu adalah pemilik premis di tempat kejadian,” katanya.

Zaid berkata, lima lelaki yang masih ditahan dibawa ke Mahkamah Kajang hari ini untuk memperoleh perintah tahan reman sehari.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Radzee Jamudi di talian 019 6655811 atau balai polis berdekatan.

Terdahulu, media melaporkan polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang didakwa memukul seorang lelaki warga asing dalam kejadian petang semalam di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Siasatan juga dibuat atas kesalahan melanggar SOP PKPB, bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. #sumber

Share:

Polis: Isu langgar SOP, Neelofa Dan Suaminya Akan Di Panggil Untuk Berikan Keterangan !

NILAI - Selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung penularan video itu yang mengaitkan artis tersebut selepas dipercayai berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3 dekat Seremban, semalam.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan. PDRM menasihati orang ramai mematuhi PKPB. Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dia berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Spekulasi berkaitan video pelanggaran SOP PKPB itu tular di media sosial apabila Neelofa bersama suaminya dikatakan memuat naik gambar dan video yang menunjukkan mereka berada di sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai, semalam. #sumber

Share:

Siti Jawab Kritikan, Penceramah Hadir Kerana Kebetulan Ada Di KL, Menteri Hanya Singgah !

KUALA LUMPUR - Selepas mengundang kemarahan orang ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hari ini tampil menjelaskan apa yang berlaku di sebalik majlis mentahnik anak keduanya baru-baru ini.

Kata penyanyi tersohor itu tidak berlaku kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila dia dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa  mengundang orang kenamaan dan personaliti terkenal ke majlis berkenaan.

Mengenai kehadiran penceramah itu, Siti Nurhaliza berkata, personaliti berkenaan cuma secara kebetulan berada di Kuala Lumpur pada hari majlis itu berlangsung 26 April lalu.

“Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan oleh penyanyi Siapa Tak Mahu itu.

Berdasarkan gambar yang tular atau dimuat naik di media sosial sebelum ini, majlis tersebut dihadiri penceramah berasal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus, dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Turut memeriahkan majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Siti Nurhaliza, 42, menegaskan atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir adalah mematuhi syarat penganjuran majlis sosial yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Bergegas lepas baca doa

Katanya lagi penjelasan itu dibuat bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberi pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.

“Majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ketujuh mengikut sunnah Rasulullah,” katanya.

Terdahulu, dunia maya terus bergelora apabila netizen sekali lagi menyuarakan rasa kurang senang apabila mendakwa majlis diadakan Siti Nurhaliza itu melanggar SOP.

Sebelum ini pula, tular imej Siti Nurhaliza menerima kunjungan ramai tetamu di hospital selepas melahirkan anak kedua itu pada 19 April lalu.

Penyanyi Kuasa Cintamu itu pada masa sama menjelaskan kehadiran Zulkifli bukanlah untuk majlis khas seperti didakwa sebaliknya bekas mufti terbabit sekadar "singgah" saja.

“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka.

"Sebaliknya dia hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik saja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” katanya.

Siti Nurhaliza juga memohon maaf jika majlis diadakannya itu mengundang rasa kurang senang mana-mana pihak.

“Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. 

"Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

“Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya memaklumkan mereka menerima satu laporan polis berkaitan isu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya polis juga sudah mengenal pasti pihak penganjur majlis tersebut dan mereka dipanggil untuk hadir memberikan keterangan kepada polis.

“Polis dengan ini menasihatkan agar orang ramai sentiasa sensitif dan mengutamakan SOP dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.

"Polis juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan,” katanya. #sumber

Share:

Dr Adham Dakwa Kes Pertama Varian India Di Kesan Ikut Ujian Saringan Penumpang Di KLIA

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan telah mengesan sejumlah 30 lagi varian yang membimbangkan (VOC) berkaitan pandemik Covid-19 di Malaysia iaitu 27 kes bagi varian Afrika Selatan (B.1.351) dan tiga kes bagi varian United Kingdom (B.117).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kesemua kes dikesan menerusi 59 penjujukan seluruh genom yang dijalankan dari 24 April hingga semalam (1 Mei) oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Ini juga adalah laporan pertama mengenai VOC Afrika Selatan di Perak dan Kelantan yang membabitkan beberapa kluster penting dengan 10 kes di setiap negeri. Selain itu, kami masih mengesan varian itu di Selangor dengan tujuh kes.

“Bagi varian UK, dua kes dikesan di Selangor menakala satu kes di Sandakan, Sabah (laporan pertama mengenai VOC di Sabah), yang membabitkan seorang individu bukan warganegara. 

"Ini juga adalah laporan pertama mengenai varian itu dalam kalangan individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara sekali gus mencadangkan bahawa ia adalah jangkitan tempatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Selain VOC, Dr Adham berkata kes pertama varian yang perlu mendapat perhatian (VOI) membabitkan varian India (B.1.617) turut dikesan daripada seorang rakyat India yang menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sehingga kini, beliau berkata Malaysia telah mencatatkan 48 kes bagi varian Afrika Selatan, lapan kes bagi varian United Kingdom, satu kes bagi varian India, dua kes bagi varian Nigeria (B.1.525) dan satu kes bagi varian keturunan C (C.36) daripada seorang individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir.

“Kami juga mendapati bahawa ada peningkatan secara bertahap dalam jumlah VOC terutama bagi varian Afrika Selatan dalam sampel yang kami lakukan penjujukan penuh genom, yang menunjukkan potensi penggantian VOC (B.1.351) bagi varian keturunan tempatan (B.1.524),” katanya.

Dr Adham turut menasihati orang ramai untuk kekal bertenang dan memberi kerjasama dalam mengatasi pandemik Covid-19 di Malaysia.

“Segala tindakan kesihatan awam untuk terus putuskan rantaian penularan perlu dilakukan untuk keselamatan rakyat,” katanya. #sumber

Share:

NGO Pimpinan Ezam Akan Tanding Di Kedah, Selangor, Dia Akan Lawan MB Amirudin Shari

KUALA LUMPUR - Bekas senator Datuk Ezam Mohd Nor yang memimpin NGO Gerak 98 mengumumkan kumpulan itu akan bertanding di 46 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 kelak.

Ezam berkata, kawasan yang bakal ditandingi adalah tempat calon sekutu Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kedah dan Selangor menjadi tumpuan kerana ancaman reformasi terbesar di dua negeri ini.

“Kedah masih menjadi tapak utama bagi musuh nombor satu reformasi Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Manakala Selangor masih bersarang dengan kuncu-kuncu Azmin Ali yang berpotensi merosakkan reformasi selepas PRU15,” katanya menerusi sidang media di sebuah hotel di Ampang hari ini.

Tegas Ezam, calon Gerak 98 akan bertanding sebagai calon bebas serta perihal logo dan perkara berkaitan akan diumum selepas parlimen dibubarkan.

Terdahulu, Ezam memberi bayangan bahawa dia akan membuat kemunculan pada PRU15 kelak dengan menentang Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari di DUN Sungai Tua.

Mengulas lanjut, kata Ezam Gerak 98 tidak menolak kemungkinan menampilkan calon di negeri selain dua yang dinyatakan.

“[...] Ia akan diumum kemudian,” jelasnya.

Untuk rekod, Ezam ialah bekas ketua pemuda PKR (AMK) yang aktif menerajui Gerak 98 yang dilihat sebagai pendukung Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ahli UMNO itu menyertai PKR selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1998.

Ezam kembali menyertai UMNO selepas PRU12 dan kemudian sekali lagi meninggalkan UMNO dan selepas itu menyertai Bersatu pula.

Tidak lama selepas menyertai Bersatu, Ezam kemudiannya mengumumkan keluar dari parti itu dan mengumumkan penubuhan sebuah parti baru yang dikenali dengan nama Parti Bebas Rasuah.

Selepas beberapa bulan, Ezam mengumumkan pula keluar dari parti yang ditubuhkannya itu dan memberi perhatian kepada badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Hisbah yang diasaskan beberapa tahun sebelum itu. #sumber

Share:

SOP Covid-19, Ziarah Ibu Bapa Itu Lebih Perlu Daripada Memenuhi Undangan Seorang Artis

KANGAR - Ketika rakyat kian mempertikaikan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin secara bersahaja membidas pihak yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ia dibuat selepas munculnya gambar-gambar majlis mentahnik anak kedua penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang diadakan baru-baru ini dan turut dihadiri golongan agamawan serta menteri.

Melalui gambar yang tular di media sosial dapat dilihat majlis tersebut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkipli Mohamad Al-Bakri, dan tiga penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Iqbal Zain.

Ia sekali gus dipertikaikan orang ramai yang kini dihalang dengan sekatan merentas negeri, sedangkan individu berkenaan dilihat seolah-olah tidak terikat dengan peraturan tersebut.

Tanpa menyebut isu tertentu Mohd Asri menegaskan betapa keperluan untuk menziarahi ibu bapa dirasakan melebihi keperluan bagi memenuhi undangan artis.

"Saya rasa jika hendak dibandingkan pasti keperluan menziarahi ibu bapa melebihi dari keperluan memenuhi undangan artis," katanya melalui satu ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu media melaporkan kekecewaan orang ramai yang dikekang daripada melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan menziarahi ibu bapa yang sakit atau meninggal dunia.

Sebaliknya terdapat pihak tertentu yang dilihat bebas untuk bergerak selain memenuhi jemputan majlis keraiaan. 

Siti Nurhaliza pula dalam kenyataannya memberitahu, penceramah terbabit yang tidak dinamakan hadir ke majlis mentahnik anaknya kerana berada di Kuala Lumpur secara kebetulan.

Kehadiran Zulkifli pula, jelas penyanyi Siapa Tak Mahu itu, hanya singgah" seketika di kediamannya untuk membaca doa sebelum bergegas pulang kerana ada urusan lain. 

Menjelang sambutan 1 Syawal dan belum nampak ada sebarang tanda sekatan perjalanan rentas negeri akan dilonggarkan, suara-suara tidak puas hati kian kedengaran dalam kalangan orang ramai.

Antara keresahan orang ramai ialah kegagalan mereka untuk menemui ibu bapa yang sesetengahnya sudah lama tidak diziarahi. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Putuskan Vaksinasi Sektor Hotel Sebelum JKJAV Ubah Syor Sinovac !

PUTRAJAYA - Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebagsaan Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah membuat perubahan berhubung penerima untuk vaksin Covid-19 Sinovac, untuk memasukkan warga berusia 60 tahun ke atas dan yang mengalami komorbiditi.

Khairy berkata ia dibuat pada 6 April lalu, susulan keputusan kerajaan Pahang untuk menggunakan vaksin Sinovac kepada pekerja dalam sektor hospitaliti.

"JKJAV dalam mesyuarat kami pada 6 April telah mengubah penggunakan vaksin Sinovak daripada mereka berusia 60 tahun ke bawah kepada mereka berusia 60 tahun ke atas, termasuk yang mengalami komorbiditi.

"Keputusan kerajaan Pahang adalah sebelum JKJAV mengubah syornya berhubung penggunaan Sinovac untuk warga emas. Mereka buat keputusan ketika nasihat JKJAV masih (vaksin itu untuk) mereka berusia 60 tahun ke bawah," katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berhubung perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebagsaan (Pick), di Putrajaya dan disiarkan secara dalam talian.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang berkata keputusan untuk memberi vaksin kepada pekerja hospitaliti dibuat atas beberapa faktor, termasuk nasihat daripada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang pada ketika itu berkata vaksin Sinovac tidak sesuai untuk kalangan yang mengalami komorbiditi.

Pengerusinya yang juga setiasaha kerajaan Pahang Dr Sallehuddin Ishak menegaskan ia dibuat setelah semua petugas baris depan dalam sektor kesihatan dan sektor utama menerima vaksin.

Mengula lanjut, Khairy berkata perubahan yang dibuat JKJAV itu berdasarkan data klinikal dan penggunaan vaksin itu pada masa ini.

"Keputusan mengubah penggunaan vaksin Sinovac berdasarkan data klinikal dan penggunaannya di pelbagai negara.

"Berdasarkan ujian di Brazil, keberkesanan secondary untuk Sinovac adalah 83.7 peratus bagi kes sederhana dan 100 peratus untuk kes teruk. Berdasarkan data sebenar, ia berkesan," katanya lagi. #sumber

Share:

Bunuh Ibu Di Chenor, Adik-Beradik Kandung Tak Mahu Lagi Tengok Muka Abang Mereka !

 

MARAN – Tiada apa yang diharapkan seorang anak melainkan melihat suspek yang menjadi punca kematian ibu mereka dikenakan hukuman setimpal sekali pun individu itu adalah abang kandung sendiri.

Khairul Anwar Ahmadiah, 37, berkata, meskipun mempunyai pertalian darah dengan suspek, namun perbuatan abangnya itu sesuatu yang sukar diterima oleh akal.

Khairul merupakan salah seorang anak kepada Mariani Ismail, 55, yang maut selepas dicekik dan ditetak anak sulungnya sendiri dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Kampung Pesagi, Chenor di sini awal pagi Khamis lalu.

“Perbuatan abang terhadap ibu begitu kejam dan sememang­nya sukar untuk dimaafkan sepanjang hidup kami.

“Tindakannya sangat zalim dan sampai sekarang kami tidak tahu mengapa dia sanggup berbuat demikian. Kami sedih melihat pengakhiran emak macam ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Mujibur (tiga dari kanan) meluangkan masa melawat anak-anak mangsa di Kampung Pesagi di Chenor, Maran semalam.
Menurut Khairul, ahli keluarga yang lain juga mahu hukuman setimpal dikenakan kepada abang mereka di atas perbuatan kejam itu.

“Biarlah abang dikenakan hukuman setimpal dan kalau bebas sekali pun, kami tidak mahu dia balik ke sini lagi. Kami juga tidak mahu lagi tengok muka dia,” jelasnya.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman Ishak.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, seorang anak berusia 39 tahun bertindak di luar batasan apabila mencekik sebelum menetak anggota tubuh ibunya bertubi-tubi ketika mangsa sedang tidur.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu menyebabkan Mariani meninggal dunia dengan kece­deraan pada dahi, mulut, perut dan tangan kanan.

Berdasarkan siasatan polis, suspek yang baru sebulan keluar dari penjara atas kesalahan dadah telah menggunakan sebilah parang untuk menetak mang­sa selepas berhalusinasi dan mendengar bisikan suara halus yang menyuruhnya berbuat demikian.

Selain itu, sumber keluarga tu­rut mendedahkan bahawa ma­ngsa sebelum ini pernah me­na­sihati suspek agar tidak lagi membeli dadah, lebih-lebih lagi selepas permohonan lelaki itu untuk mengeluarkan duit i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja diluluskan.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, kejadian yang menimpa ibu mereka amat mengejutkan adik-beradik yang lain memandangkan sebelum kejadian, suspek tidak pernah menunjukkan tingkah laku yang luar biasa dan tidak pernah memukul ibunya.

“Saya tidak menyangka keja­dian ini boleh berlaku, emak sering menasihatkan kami adik-beradik supaya berlaku baik dan tidak meninggalkan solat. Kami juga diberikan didikan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Mujibur Rahman berkata, kejadian itu amat mengejutkan dan perlu dijadikan iktibar agar tidak berulang lagi termasuk melalui usaha membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap usaha berte­rusan dapat dilakukan pihak berkuasa dalam mengekang dan membanteras serta mendidik masyarakat di kampung mengenai bahaya penyalahgunaan dadah,” ujarnya. #sumber

Share:

Anak Baru Keluar Penjara, Cekik Dan Tetak Ibu Guna Parang Sampai Mati Gara-Gara Di Tegur !

 

MARAN – Seorang anak yang baru keluar dari penjara atas kesalahan dadah bertindak kejam apabila mencekik sebelum me­netak ibunya menggunakan sebilah parang dalam kejadian tragis di sebuah rumah di Kampung Pesagi, Chenor di sini awal pagi Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Mariani Ismail, 55, maut dengan mayatnya ditemui dalam keada­an berlumuran darah selain ada kesan tetakan pada dahi, mulut, perut dan tangan kanan.

Mangsa tinggal bersama suspek dan seorang cucu lelakinya yang berusia 10 tahun di rumah berkenaan, namun kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan apabila sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah.

Suspek yang berusia 39 tahun pula merupakan anak sulung dari­pada sembilan beradik dan baru sebulan keluar dari sebuah penjara atas kesalahan dadah.

Sumber memaklumkan, sebelum kejadian, mangsa pernah menasihati suspek agar tidak lagi membeli dadah, lebih-lebih lagi selepas permohonan lelaki itu untuk mengeluarkan duit i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja diluluskan.

“Suspek dikatakan seperti merancang kejadian pembunuhan apabila dia bertindak menutup pintu dan lampu luar selain memakai parang yang baru dibelinya di pinggang.

“Selepas kejadian, suspek juga dilihat masih tenang dan bagaikan tiada perasaan apabila memberitahu tindakannya itu adalah atas suruhan ibunya sendiri,” kata sumber di sini semalam.

Jelas sumber lagi, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur bersama cucunya telah didatangi oleh suspek yang kemudian menyerang wanita itu.

Tambahnya, suspek menyerang dengan mencekik mangsa menyebabkan wanita itu mengarahkan cucunya untuk melarikan diri.

“Nasib baik cucu mangsa dapat membuka pintu dan berlari ke rumah salah seorang anak perempuan mangsa yang tinggal bersebelahan.

“Anak perempuan mangsa yang bergegas ke rumah kemudian mendapati suspek berada di tepi pintu sambil memegang parang menyebabkannya tidak berani masuk. Dia kemudian meng­hubungi adik beradik lelakinya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya.

Dalam pada itu, anak kelima mangsa, Firdaus Ahmadiah, 36, berkata, dia yang bergegas ke tempat kejadian terus memasuki rumah meskipun abang sulung­nya ketika itu berada di tepi pintu sambil memegang parang.

“Saya meluru masuk dan memapah ibu yang sudah tidak dapat bergerak dengan kesan kecederaan yang serius.

“Saya bertanya kenapa abang buat ini (terhadap ibu) dan dia memberitahu bahawa ibu yang suruh dia bunuh,” katanya.

Menurutnya, pada masa itu dia tidak memikirkan perkara lain dan terus membawa ibunya yang berlumuran darah ke Klinik Chenor.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek yang berjaya ditahan penduduk kampung telah direman sehingga 5 Mei depan untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan baru selesai menjalani hukuman penjara pada Mac lalu.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku menggunakan parang menetak mangsa setelah berhalusinasi mendengar bisikan suara halus yang menyuruh dia berbuat demikian.

“Pemeriksaan luaran fizikal mangsa mendapati terdapat luka disyaki akibat tetakan objek tajam pada bahagian dahi, mulut, perut dan tangan kanan,” katanya. #sumber

Share:

Sri Pahang FC Lakar Kemenangan Bergaya Di Stadium Darul Makmur, Belasah UiTM FC 5-0

KUANTAN - Selepas sekian lama dibelenggu dengan badi kekalahan berturut-turut sejak tiga perlawanan lalu, akhirnya skuad Tok Gajah, Sri Pahang FC melakar kemenangan bergaya di gelanggang sendiri malam tadi.

Sri Pahang FC berjaya mendapat tiga mata semangat untuk kekal dalam Liga Super musim hadapan, apabila membelasah UiTM FC di Stadium Darul Makmur dengan jaringan besar 5-0.

UiTM FC kini hanya mengutip satu mata dan berada pada tangga ke bawah liga. Sementara Sri Pahang FC berada di atas UITM FC kini unggul dengan lapan mata daripada sebelas perlawanan. 

Apa pun kemenangan malam tadi sedikit membakar semangat pemain Sri Pahang FC untuk beraksi lebih cemerlang pada saki baki perlawanan selepas ini.

Gol-Gol Sri Pahang FC dijaringkan oleh Lee Tuck pada minit kedua permainan. Dua pemain import Sri Pahang FC juga berjaya menjaringkan gol iaitu Pedro Henrique pada minit ke-34 dan Herold Goulon minit ke-79.

Dua gol lagi dijaringkan oleh Baqiuddin pada minit ke-32 dan Fahmi minit ke-66 .#PahangDaily

Share:

Anggota Polis Trafik Cedera 'Patah Kaki' Di Langgar Motosikal Lari Sekatan Jalan Raya !


KUANTAN - Seorang anggota polis trafik cedera patah kaki akibat dilanggar oleh sebuah motosikal yang cuba lari dari sekatan jalan raya di jalan Tanjung Lumpur dekat sini petang semalam. 

Ketika kejadian polis sedang mengadakan 'Operasi Khas Motosikal' dilaluan terbabit. 

Operasi khas hasil maklumat dan risikan yang bermula jam 6.00 petang itu diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP  Mohamad Noor Yusof Ali serta dua pegawai dan anggota  Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah ( BSPTD) bersama Balai Polis Kuantan.

Menurut ACP Mohamad Noor , dalam operasi itu, seramai 161 orang bersama 156 buah motosikal berjaya ditahan dan diperiksa.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 218 helai saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas, dan sebanyak 35 buah motosikal disita dibawah Sek 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan seperti ekzos, tiada nombor pendaftaran, nombor plat fancy dan menunggang tanpa lesen," katanya. 

Dalam operasi itu juga, telah berlaku satu insiden kemalangan dimana salah seorang anggota dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah ( BSPTD) Kuantan telah dirempuh dan dilanggar oleh sebuah motosikal yang cuba lari dari sekatan yang dijalankan sehingga menyebabkan anggota tersebut mengalami kecederaan patah kaki kanan. 

"Semoga anggota tersebut cepat sembuh bagi menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dan diberi ketabahan dalam menjalani ujian ini," tambah beliau lagi. #sumber

Share:

Tular Imej Safelit Dan Gambar Hutan Gondol Di Belakang Pejabat Hutan Daerah Kuantan !

 

KUANTAN – Imej satelit dan gambar di belakang Pejabat Hutan Daerah Kuantan, Pahang yang tular di media sosial menjadi tanda tanya masyarakat umum.

Ramai yang tertanya-tanya berikutan terlalu banyak kes pencerobohan hutan di negeri Pahang sehingga integriti Pejabat Hutan dan kerajaan negeri sering dipersoalkan.

Pejabat Hutan Kuantan perlu tampil memberikan penjelasan dalam hal ini kerana persoalan rakyat yang timbul sebegini perlu dijawab segera.

Namun, walau apa pun penjelasan pihak Pejabat Hutan itu nanti, pastinya ianya memberikan imej yang sangat buruk kerana hutan sekitar pejabat hutan sendiri sudah tergondol. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.