script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hadi Nyatakan PAS Tetap Sokong Kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin !

 

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menyatakan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sokongan itu hadir selepas banyak spekulasi berlegar ketika Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap pemimpin politik negara bermula hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Hadi turut mengecam beberapa pihak yang masih enggan berhenti berpolitik ketika pandemik Covid-19 semakin memburuk di seluruh negara.

“PAS memahami keadaan darurat pandemik Covid-19 dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politicking’ yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara,” katanya.

Meskipun demikian, katanya, masih ada pihak yang tidak mahu berhenti dan cuba mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri.

“PAS terlibat secara langsung dalam mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat.

“Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengikut lunas demokrasi, PAS yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal, kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan,” katanya.

Agong dijangka bertemu beberapa pemimpin parti politik secara berasingan dalam dua hari ini bagi membincangkan penamatan darurat dan pembukaan semula Parlimen.

Ia juga susulan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara kerajaan menangani dan menguruskan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin mengesahkan pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil menghadap Agong esok.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Istana Negara pagi tadi selama hampir sejam setengah berkata, perbincangan bersama Agong tertumpu kepada darurat dan langkah untuk memerangi pandemik.

Menurut beliau, tidak ada langsung perbincangan kemungkinan pembentukan kerajaan baharu.

Pertemuan dengan ketua parti politik itu diadakan menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan Rabu depan bagi membincangkan krisis Covid-19, menurut laporan Straits Times Singapura. #sumber

Share:

Seorang Pegawai Polis Di Siasat Atas Dakwaan Merogol "Tahanan Wanita" Di IPD Kota Bharu !


KOTA BAHRU - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan dan sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang tahanan wanita di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata pegawai cawangan narkotik berusia 29 tahun dan sudah berkahwin itu kini direman mulai hari ini hingga Sabtu ini.

Terdahulu, katanya, mangsa berstatus janda berusia 27 tahun dan mempunyai dua orang anak ditangkap bersama bekas suaminya di rumahnya ketika serbuan oleh pegawai dan anggota BSJN IPD Kota Bharu, Jumaat lalu.

Katanya susulan serbuan dan tangkapan itu, mangsa dan bekas suaminya telah direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

"Menurut mangsa, kejadian berlaku semasa dia dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik suspek di BSJN IPD Kota Bharu.

"Semasa berada di bilik tersebut, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya dan memaksa mangsa melakukan seks oral dan persetubuhan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Khairuddin berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. #sumber

Share:

PKPD Di Felda Tersang 1, 2 Dan 3 Yang Tamat Esok Di Lanjutkan 14 Hari Lagi Hingga 24 Jun !

 

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di FELDA Tersang 1, 2 dan 3, Raub, Pahang yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 24 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih terdapat penularan kes COVID-19 dalam kalangan penduduk, kes baharu selain 217 ujian saringan sedang menunggu keputusan.

"Sebelum ini, KKM melakukan 525 ujian saringan dan 19 daripadanya dilaporkan positif COVID-19 di lokaliti itu.

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di lokaliti terbabit bermula 11 hingga 24 Jun ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, PKPD di beberapa lokaliti di Kuala Lumpur, Sabah dan Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

Lokasi terbabit ialah Pangsapuri Permai dan Pangsapuri Sri Penara (Blok C dan D) di Kuala Lumpur; Kampung Pirasan Ulu, Kota Belud serta Taman Sawit Balung, Tawau, Sabah selain di Pahang iaitu Mukim Perak dan Bangau, Temerloh; Taman Dato' Tengku Paris, Raub dan Pekan Kemayan, Bera.

"Di Pangsapuri Permai, 607 penghuni disaring dan 50 daripadanya sah positif COVID-19, manakala Pangsapuri Sri Penara merekodkan 56 kes positif daripada 804 ujian saringan dilakukan KKM.

"Di Kampung Pirasan Ulu, KKM melakukan 425 ujian saringan dan hanya 34 kes positif direkodkan, manakala Taman Sawit Balung pula dilaporkan merekod 38 kes daripada 496 ujian dilakukan.

"Di Mukim Perak, KKM merekodkan 66 kes positif COVID-19 selepas melakukan 1,005 ujian saringan manakala di Mukim Bangau, 653 disaring dan 17 kes positif direkodkan," katanya.

Ismail Sabri berkata, setakat ini KKM melakukan 42 ujian saringan dan 13 daripadanya dilaporkan positif COVID-19 di Taman Dato' Tengku Paris, Raub.

"Pekan Kemayan, Bera pula KKM melakukan 1,751 ujian saringan dan 22 daripadanya dilaporkan positif," katanya.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di semua lokaliti itu esok mengikut jadual selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM.

Katanya, penamatan PKPD itu susulan pengesahan KKM berlaku penurunan kes dan kluster turut terkawal manakala semua kes positif sudah menerima rawatan di lokaliti terbabit. #sumber

Share:

Covid-19 Mula Tunjukkan Kadar Penurunan, Sebanyak 5,271 Kes Di Rekodkan Hari Ini !

 

PUTRAJAYA - Kes penularan COVID-19 di negara menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 5,271 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 622,086 kes.

Katanya, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 1,374 kes baharu, diikuti Sarawak (703); Negeri Sembilan (571); Kuala Lumpur (455); Johor (355) dan Kelantan (341).

"Sabah pula merekodkan 336 kes, Wilayah Persekutuan Labuan (209); Kedah (194); Melaka (178); Perak (177); Pulau Pinang (153) dan Terengganu (117).

"Kes baharu jangkitan COVID-19 di Pahang pula turun kepada 99 kes manakala dua negeri yang mencatatkan pertambahan kes satu digit iaitu Putrajaya dengan lapan kes serta satu kes di Perlis," katanya dalam Facebook, di sini hari ini. #sumber

Share:

Bilik Fail, Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang Di Lapor Terbakar Petang Tadi, Tiada Kecederaan


KUANTAN – Aras tiga bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang terbakar dalam kejadian 4.15 petang tadi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri ketika ditemui berkata, pihak Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada 6.05 petang tadi.

Pihak bomba tiba di perkarangan IPK pukul 4.41 petang dengan kekuatan empat jentera Bomba, satu unit EMERS, dan unit forensik.

3BBB10AF-30B0-41AE-B71D-B49FEC9242D7.jpeg?resize=640%2C480&ssl=1

Mohd Yusri Hassan Basri bersama anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran.
“Siasatan awal mendapati anggota bertugas berada di tingkat tiga IPK Pahang telah melihat asap kebakaran dan terus menghubungi CCC Pahang dan pihak bomba.

“Faktor utama dalam siasatan awal berkemungkinan akibat litar pintas, namun siasatan masih dijalankan,” kata Mohd Yusri ketika ditemui.

Manakala Pegawai Penguasa Kanan Bomba 1 JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan operasi berjaya dikawal dan pemeriksaan menyeluruh dijalankan.

“Pemeriksaan juga meliputi aras empat dan semua dilihat terkawal.

0299063D-C0D3-478A-BDE8-985F3C84DE89.jpeg?resize=640%2C360&ssl=1

“Operasi pemadaman melibatkan kekuatan 30 pegawai dan anggota telah bertindak memandamkan kebakaran.

“Walau bagaimanapun punca kebakaran dan kemusnahan masih dalam siasatan.

“Pihak bomba masih berada di lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Anggaran kemusnahan dalam siasatan sepenuhnya.” Katanya. #sumber


Share:

Covid-19: Kadar Positif Baharu Menurun Dari Semalam, Sebanyak 6,241 Kes Di Rekodkan !

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,241 kes baharu dilaporkan hari ini, menurun sedikit berbanding semalam menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 616,815 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan sebanyak 2,178 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 600 kes dan Johor sebanyak 565 kes.

“Seterusnya, Negeri Sembilan (556 kes), Kuala Lumpur (415 kes), Sabah (305 kes), Pulau Pinang (271 kes), Kelantan (270 kes), Melaka (225 kes), Labuan (212 kes), Perak (174 kes), Terengganu (158 kes), Pahang (155 kes) dan Kedah (125 kes).

“Putrajaya pula dengan 30 kes, manakala Perlis dengan dua kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau hari ini.  #sumber

Share:

Anwar: PKR Tidak Boleh 'Terlalu Keras' Untuk Menolak Segala Bentuk 'Kerjasama' Politik !

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh "terlalu keras" dan menolak segala bentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik, sama ada daripada pembangkang atau Perikatan Nasional, menurut presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam keadaan (sekarang), kita tiada keupayaan atau bersikap terlalu keras untuk menolak segala bentuk kerjasama.

"Malah sekarang ini pun, selain Pakatan Harapan (PH) , kita sedia bekerjasama dengan semua rakan dari parti pembangkang, tapi janganlah cuba bolot kuasa, nak teruskan dengan cara rakus, kronisme, beri kontrak tanpa tender...Hal sedimikan tak boleh dipersetujui.

"Kita nak kesepakatan dengan semua kelompok pembangkang malah (dengan yang lain, kerana kita lihat ada ketegangan dalam Perikatan Nasional (PN) .

"Kita harus ambil sikap lebih berlapang dada dalam kerjasama untuk selamatkan negara. Negara sudah tak boleh (dalam keadaan sekarang), kerana nakhoda sekarang kapalnya sudah tiada haluan, hanyut," katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Anwar yang juga pengerusi PH berkata, kesediaan untuk bekerjasama itu juga termasuk dengan pihak yang dahulu dianggap sebagai "musuh" memandangkan PKR telah bekerjasama dengan pihak yang dianggap sebagai musuh sebelum ini.

Anwar tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus, namun beberapa hari lalu Dr Mahathir Mohamad berkata Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mungkin tidak akan membentuk kerjasama pilihan raya dengan PH.

Pejuang sebaliknya mungkin akan mengusahakan kerjasama dengan Warisan dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam PRU15, katanya.

Menurut Tun Dr Mahathir, Pejuang tidak ingin terkesan dengan "beban" yang digalas gabungan itu, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Sementara itu, sejumlah pemimpin Umno pula secara terbuka bercakap tentang tidak akan bersama-sama PN dalam PRU akan datang.

Sebelum ini, memang timbul spekulasi Anwar merancang untuk mengadakan kerjasama dengan pemimpin UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib  Tun Razak, kedua-duanya sedang berdepan perbicaraan di mahkamah pada masa ini.

Dalam ucapan khas itu, Anwar bagaimanapun berkata usaha ke aras kerjasama tidak seharusnya menggadaikan prinsip tadbir urus yang baik.

"Sudahlah, pimpinan silih berganti, perdana menteri silih berganti, tetapi masih ada isu mengumpul kekayaan, rampas khazanah...Tetapi semua kata mereka berjuang menentang rasuah (walaupun) kekayaan melimpah.

"Kalau rakyat izinkan perkara ini berlaku, ini bermakna negara kita akan terus dilanda krisis dan malapetaka, dan tidak mungkin dapat keberkatan daripada Allah untuk selamat dari (krisis) Covid-19 dan ekonomi," katanya lagi.

Selain wabak Covid-19 dan vaksinasi, dia juga membangkitkan kematian dalam tahanan sebagai antara isu yang sedang dihadapi negara pada masa ini.

'Penggunaan logo diputuskan secara perbincangan'

Sementara itu, Anwar memberi peringatan kepada PKR agar tidak membiarkan perbezaan pendapat yang kecil diperbesarkan.

Membangkitkan cadangan Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berhubung penggunaan logo parti dalam PRU15 yang dibantah DAP, Anwar berkata perkara itu akan diputuskan menerusi perbincangan.

"Tiada siapa boleh paksa kita, kita juga tak boleh memaksa mereka.

"Dalam keadaan sekarang ini, kita perlu sempurnakan tugas dan berganding bahu dengan lebih erat dengan rakan kita - DAP dan Amanah," katanya lagi.

Terdahulu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata sekarang bukan masanya untuk membincangkan penggunaan logo oleh PH dalam PRU15.

Mengingatkan gabungan itu telah mencapai "persefahaman umum" berkenaan perkara itu, Loke berkata PH pada masa ini patut memberi tumpuan sepenuhnya ke arah membantu rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19. #sumber


Share:

Bekas 'Calon Bebas' Persoalkan Benarkah Ada Lesen Melombong Baharu Lulus Di Tasik Chini

 

KUANTAN - Bekas calon bebas Pilihan Raya Kecil DUN Chini, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa Kerajaan Negeri Pahang menafikan adanya kelulusan  lesen melombong baharu di sekitar kawasan Tasik Chini di Pekan.

Ini katanya, jika benar ada lesen melombong baharu diluluskan bermakna kerajaan telah mengkhianati mandat rakyat.

Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti besar pada PRK DUN Chini Julai tahun lalu. BN diwakili calonnya, Mohd Sharim Md Zain, meraih 13,872 undi, mengatasi dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan beliau sendiri.

Menurut Shukri Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail sendiri dengan bangga mengumumkan Kerajaan Negeri Pahang mewartakan Tasik Chini seluas 4,698 hektar sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) mulai 13 Mac 2019.

"Malah MB juga mendakwa Kerajaan Negeri Pahang juga tidak akan membenar dan meluluskan pajakan lombong baharu di sekitar Tasik Chini, bagi tujuan pemulihan kawasan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu. Perkara itu telah dibuat hebahan di dalam media kata Wan Rosdy ketika diwawancara oleh Buletin Utama TV3 beberapa hari menjelang PRK DUN Chini," dakwa Shukri yang juga merupakan seorang aktivis di Pahang.

"Ketika saya bertanding bebas di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada Julai 2020 lalu, antara misi saya ialah untuk selamatkan Tasik Chini yang kian tercemar. Walau pun dinafikan oleh pihak-pihak tertentu, namun hakikatnya semua penduduk terutamanya orang asli disekitarnya mengakui tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu sememangnya sudah tercemar.

"Saya turun padang dan melihat sendiri lokasi tasik tersebut ketika itu. Sungguh menyedihkan dan amat mengecewakan. Lantaran itu misi saya di PRK ketika itu ialah untuk mengangkat isu pencemaran Tasik Chini agar membuka mata semua pihak," tambah beliau.

Sangkaannya  dengan pendedahan yang dibuat, ia akan memberi kesedaran kepada semua pihak betapa pentingnya untuk menjaga  keindahan alam sekitar Tasik Chini. Kerosakan dan pencemaran yang berlaku di sini bukanlah isu baru sebenarnya.

Kerajaan Negeri Pahang juga pada November 2020 turut memaklumkan Tasik Chini diwartakan sebagai sebuah taman negeri yang baru dan kawasan hutan simpan bagi menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan pelancong termasuk dari luar negara.

Kerajaan negeri katanya turut berjanji akan menghentikan aktiviti perlombongan dan pembalakan di sekitar Tasik Chini bagi membolehkan aspek pemulihan berlangsung. Kerajaan negeri tidak akan menyambung semula atau memperbaharui lesen bagi sebarang aktiviti pembalakan dan perlombongan di sekitar Tasik Chini. 

Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin selepas merasmikan Program Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Pahang di Pusat Penyelidikan Tasik Chini.

Malah difahamkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga bersetuju Tasik Chini yang terkenal dengan legenda naga dan keindahan bunga teratai sebelum ini diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal supaya ia terpelihara.

Langkah untuk mewartakan kawasan itu perlu dilakukan supaya alam sekitar ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang, dalam keadaan yang baik dan semula jadi tanpa dicemari aspek  pembalakan atau perlombongan.

Usaha itu sudah bermula, dan ia membolehkan Tasik Chini kembali pulih dalam tempoh masa antara 10 ke 20 tahun akan datang,.

Mohd. Sharkar pada satu kenyataan mendakwa apa yang dilakukan kerajaan negeri adalah konsisten dan menyambung komitmen bekas Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Adnan Yaakob.

“Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga sangat serius dalam hal penjagaan alam sekitar dan beliau meneruskan usaha yang telah dilakukan bekas Menteri Besar sebelumnya,” kata ADUN Lanchang itu kepada media.

Namun terkini Shukri mendakwa beliau terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh portal Malaysiakini kelmarin https://m.malaysiakini.com/news/577368

Antara lain portal iti mendakwa tapak perlombongan baru itu terletak kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini.

Tasik tersebut adalah kawasan tapak rizab biosfera UNESCO yang beberapa tahun kebelakangan bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan.

Menurut dokumen penilaian impak alam sekitar (EIA) yang dibuka kepada umum pada April, projek itu meliputi 40.51 hektar - bersamaan kira-kira 60 padang bola sepak - di Lot 89798 di Mukim Penyor.

Dokumen itu juga menunjukkan beberapa konsesi perlombongan yang sedia ada di kawasan itu, dengan kebanyakannya terletak lebih dekat dengan Tasik Chini.

Dilaporkan konsesi untuk projek perlombongan terbaharu ini, yang memberi tumpuan kepada kerja melombong mangan (manganese) dan mineral lain.

Bagaimanapun ia nampaknya tidak menghentikan kegiatan perlombongan baru. Menurut EIA, projek terbaru itu melibatkan kerja "melombong mineral dalam atau bersebelahan atau dekat kawasan alam sekitar yang sensitif".

Berdasarkan dokumen itu, plot tanah yang terlibat adalah sebahagian daripada kawasan yang dikategorikan sebagai "Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2".

Kawasan dalam kategori ini boleh dibangunkan dengan syarat-syarat tertentu tetapi kegiatan perlombongan memang dilarang. Bagaimanapun, kerajaan Pahang memberi pengecualian kepada projek perlombongan ini.

Dokumen EIA turut berkata kerajaan Pahang "menggantikan Rancangan Khas Tasik Chini dan meluluskan tapak projek untuk kegiatan melombong".

Menurut Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (PPTC), saiz kawasan tasik semula jadi adalah kira-kira 202 hektar, dengan 700 hektar kawasan paya air tawar dan hutan paya di sekitarnya.

Penyelidikannya mendapati lokasi itu kaya dengan flora dan fauna, dan 51 spesies tumbuhan jenis hutan rendah, 15 spesies tumbuhan jenis hutan paya air tawar, 25 spesies tumbuhan akuatik dan 87 spesies ikan air tawar.

Selain menjadi habitat semula jadi flora dan fauna yang pelbagai, PPTC juga berkata kawasan itu kekal sebagai sumber air utama dan pendapatan masyarakat Orang Asli daripada suku Jakun.

"Pembangunan dan penggunaan tanah yang tidak terkawal dan bercanggah dengan statusnya sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) telah mengakibatkan persekitaran yang menurun dalam kawasan lembangan tasik.," kata PPTC di laman webnya.

https://m.malaysiakini.com/news/577368

Laporan portal tersebut sungguh mengejutkan saya, seolah-olah Kerajaan Negeri Pahang mempermainkan kenyataan sebelum ini.

"Janji mewartakan Tasik Chini sebagai Taman Negeri tanpa dicemari aspek perlombongan dan pencemaran. Namun rakyat Chini boleh melihat sendiri hakikat yang berlaku disana.

" Ternyata janji manis untuk menyelamatkan Tasik Chini hanyalah omongan kosong semata-mata. Rakyat terpedaya dengan kenyataan yang dibuat itu. Saya tidak kisah kalah bertanding PRK DUN Chini, sebab saya tidak mempunyai dana dan jentera yang cukup untuk mencipta kemenangan," dakwa Shukri.

Beliau turur sedih, dengan kemenangan calon BN itu juga aktiviti perlombongan di sekitar Tasik Chini diteruskan.

"Anehnya benar semua pihak termasuk yang terlibat dengan alam sekitar dan pelancongan boleh membiarkan segalanya berlaku tanpa menghalangnya. Maka saya ucapkan tahniah. warga Chini kerana pembuat pilihan untuk terus menghancurkan alam sekitar Tasik Chini pada PRK lalu.

"Saya kalah bermaruah dan tidak tergugat dengan tawaran dan imbuhan mereka. Tapi saya mohon maaf kerana gagal menyelamatkan Tasik Chini dari terus dicemari oleh tangan-tangan manusia yang ada kuasa. Justeru, jika benar lombong baharu telah diluluskan bermakna segala janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk selamatkan Tasik Chini hanyalah 'indah khabar dari rupa'," tambah Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau." #PahangDaily

Share:

PKPD Di Bandar Bentong, Beberapa Lokaliti Di Perak, Sabah Berkuatkuasa 6 Hingga 19 Jun !

 

PUTRAJAYA - Bandar Bentong, Pahang dan beberapa lokaliti di Perak dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 6 hingga 19 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di Perak melibatkan daerah Kinta, Kerian, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak.

PKPD di daerah Kinta melibatkan Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Mukim Ulu Kinta; Kerian (Taman Kerian Tambahan, Parit Buntar) manakala daerah Manjung membabitkan tiga perkampungan di Batu 9 Lekir, Mukim Lekir iaitu Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9 dan Kampung Sungai Lombong.

"PKPD di daerah Larut, Matang dan Selama pula melibatkan Taman Berkat, Mukim Matang manakala di Hulu Perak membabitkan dua kampung dalam Mukim Pengkalan Hulu iaitu Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar, serta dua kampung di Mukim Kerunai iaitu Kampung Alai dan Kampung Baharu," katanya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata PKPD di Sabah pula melibatkan tiga kampung di daerah Papar (Kampung Gusi Kinarut, Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni) serta masing-masing satu lokaliti di Sandakan (Lorong Ulu Sibuga 5 & 9, Fasa 7 Taman Mawar); Kota Kinabalu (Taman Wangsa, Jalan Telipok); dan Kudat (Kampung Perpaduan, Pulau Banggi).

Ismail Sabri berkata PKPD di bandar Bentong, Pahang pula merangkumi Kampung Chamang Lama/Baru, Taman Bukit Chamang, Kawasan Perindustrian Bentong, Kampung Baru/Taman Saga/Taman Bukit Indah, Kampung Sungai Marong, Taman Bukit Bentong, Taman Hussin/Taman Syahbandar, Kampung Perting/Kampung Kemansur/Kampung Kuala Repas, Bentong Heights, Rumah Murah Batu 1/PPRT Batu 1, Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang amat ketara di lokaliti terbabit, maka pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19, supaya dapat diasingkan secepat mungkin.

“Ini juga memudahkan KKM menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko, ke lokaliti lain,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kerajaan bersetuju menamatkan PKPD lebih awal daripada dijadualkan di dua rumah panjang di Mukah iaitu Rumah Panjang Nyalu Anak Francis dan Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau, serta Felda Kahang Timur, Kluang di Johor, esok.

"Kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di Asrama Pekerja Kilang Oceanic Fabric Mill dan Asrama Pekerja Kilang Purnabina di Kluang, Johor pada 5 Jun, seperti yang dijadualkan," katanya.

Kawasan lain yang ditamatkan PKPD mengikut jadual esok adalah Kampung Lubok Redan, Alor Gajah (Melaka); Kampung Batu Muda Tambahan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau (Kuala Lumpur); Kampung Paya Ular, Kampung Bechah Palas dan Kampung Tualang di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas (Kelantan); serta Kampung Pagar Sungai Imam, Tawau (Sabah).

Beliau berkata penamatan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal, manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

Mengenai operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP, Ismail Sabri berkata 946 individu ditahan semalam dengan 924 dikompaun manakala 22 lagi direman, dengan kesalahan tertinggi tidak memakai pelitup muka (237), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (186), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (160) serta tiada penjarakan fizikal (156). #sumber

Share:

Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 Di Berikan Selepas Keadaan "Selamat" !

 

KUALA LUMPUR - Slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 hanya akan diserahkan kepada pelajar selepas keadaan mengizinkan, kata Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Menurutnya, semua sekolah akan memuat turun dan mencetak slip keputusan SPM 2020 pelajar mereka sebelum jam 10 pagi 10 Jun depan menerusi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT).

"Tidak seperti sebelum ini, pelajar biasanya mengambil slip itu di sekolah dengan ditemani ibu bapa masing-masing dan bergambar sambil memegang slip.

"Bagaimanapun, sekatan pergerakan penuh kali ini tidak memungkinkan ia dapat dilakukan," katanya ketika menjadi tetamu dalam edisi khas Didik TV yang disiarkan secara langsung, malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) petang semalam, pelajar boleh mendapatkan keputusan penuh disemak melalui kaedah dalam talian dan pekhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Bagaimanapun, katanya bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet dan peranti, keputusan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.

"Bagi sekolah dan calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet yang baik, Pejabat Pendidikan Daerah akan memuat turun keputusan SPM 2020 sekolah berkenaan atau membantu calon persendirian mendapatkan keputusan peperiksaan," katanya.

Beliau berkata, untuk guru yang tidak boleh ke sekolah kerana sekatan pergerakan penuh, mereka juga boleh memuat turun keputusan SPM pelajar di mana-mana tempat mereka berada dan memaklumkan keputusan dengan menghubungi pelajar masing-masing.

Kata Pkharuddin, Lembaga Peperiksaan sudah melakukan dua sesi latihan memuat turun menggunakan keputusan SPM 2019 oleh pihak sekolah dengan yang terakhir dilakukan pada hari ini.

Sementara itu, pelajar yang ingin membuat rayuan bagi keputusan SPM 2020, tidak perlu lagi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah kerana permohonan, pembayaran dan keputusan rayuan akan dilakukan dalam talian.

Pkharuddin berkata, SPM 2020 yang berlangsung dalam norma baharu pada Februari lepas melibatkan 401,105 calon dan 48,015 petugas, peningkatan 30 peratus petugas berbanding era sebelum pandemik COVID-19.

Terdahulu Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan keputusan SPM 2020 akan diumumkan pada 10 Jun. #sumber

Share:

Langgar Peraturan, Facebook 'Gantung' Bekas Presiden AS Donald Trump Selama Dua Tahun !

 

SAN FRANCISCO - Facebook semalam, menggantung akaun bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk tempoh dua tahun kerana melanggar peraturan platform itu dalam insiden serangan penyokongnya di Capitol AS awal tahun ini.

Penggantungan bermula dari 7 Januari lalu ketika Facebook melarang Trump daripada menggunakan media sosial itu, dan dibuat selepas panel pemantau bebas berkata, penggantungan selama-lamanya yang dikenakan perlu diteliti semula.

Naib Presiden Hal Ehwal Global Facebook, Nick Clegg, menegaskan Trump perlu dikenakan tindakan tegas itu kerana kesalahan dilakukannya adalah amat serius.

"Berdasarkan tahap keseriusan situasi yang membawa kepada penggantungan Trump, kami percaya tindakannya melanggar peraturan kami dan wajar dikenakan penalti maksimum di bawah penguatkuasaan protokol baharu," katanya dalam satu hantaran.

Dalam kemas kini peraturannya, Facebook memaklumkan tidak lagi memberi imuniti kepada ahli politik untuk memuat naik kandungan yang mengelirukan atau kata-kata kesat di media sosial itu.

Menurut Clegg, pada penghujung tempoh penggantungan Trump, Facebook akan meminta beberapa pakar menilai sama ada aktiviti bekas Presiden AS itu di Facebook masih memberi ancaman kepada keselamatan awam.

"Jika didapati masih terdapat risiko yang serius kepada keselamatan awam, kami akan melanjutkan sekatan untuk tempoh tertentu dan terus membuat penilaian sehingga risiko itu berkurangan," katanya.

Clegg berkata, Trump juga akan dikenakan beberapa sekatan yang boleh membawa kepada penggantungan selama-lamanya daripada Facebook jika terus melanggar peraturan media sosial itu.

Bulan lalu, panel pemantau bebas memaklumkan Facebook berhak menggantung Trump susulan komen berhubung tindakan penyokongnya yang merusuh di Capitol AS pada 6 Januari lalu, namun Facebook tidak sepatutnya mengenakan penggantungan selama-lamanya.

Dalam satu kenyataan, Trump menyifatkan penggantungan itu satu penghinaan kepada penyokongnya, dan mengulangi dakwaan kononnya pilihan raya Presiden AS tahun lalu dirompak daripadanya. #sumber

Share:

Kalah 0-4 Di Tangan UAE, Pemain Naturalisasi Jadi Sasaran Kemarahan Penyokong Malaysia !


PETALING JAYA - Pemain naturalisasi Malaysia, terutama Guilherme de Paula menjadi sasaran kemarahan penyokong Harimau Malaya selepas pasukan negara tumpas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai sebentar tadi.

Pemain kelahiran Brazil itu Brazil itu yang dilihat agak ‘malas’ di atas padang dan tenggelam sepanjang permainan gagal memberi ancaman kepada benteng tuan rumah, berbanding penyerang tempatan yang dibawa masuk pada babak kedua seperti Syafiq Ahmad.

Tiga gol dihasilkan UAE pada 10 minit terakhir menyerlahkan kerapuhan benteng Malaysia yang mudah hilang fokus menuju ke penghujung permainan.

“Pemain naturalisasilah sangat, tak ada semangat langsung main.. De Paula ape function malas,” tulis pemilik akaun Ezad Skp dalam Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Better amek player kacukan daripada player naturalisasi. At least player kacukan masih ada darah semangat nak julang nama negara sendiri,” kata Rahimi Imi.

“Ingat pura2 lemah je lawan Bahrain…rupa2nya memang betul2 lemah. Dion Cools mesti menyesal….ade dua natrulisasi lagi macam tak wujud….Lupakan kelayakan lepas ni…Vietnam lagi laju dari UAE…,” tulis Adleen Yusuff.

BARISAN pemain Malaysia ketika menentang UAE di Stadium Zabeel, Dubai hari ini.

“Tan Cheng Hoe cukup-cukuplha bagi penghormatan yang melebih-lebih dekat pemain naturalisasi. De Paula, Liridon. Mereka ni dah macam pemain ke-12 dan 13 untuk UAE. Lari pun tidak, pressing pun tidak, hilang bola dari kaki, passing tak sampai. Consistent dia orang buat mistake ni. Banyak pemain tempatan yang lebih berbaloi untuk diberi peluang,” kata Ahmad Nazim.

“Nampak sangat Paula bermain sambil lewa dan tak bersemangat…punah harapan penonton sanggup tak tidur tunggu match Malaysia,” tulis Muhd Radzi Mhd Sd.

“Tak faham kenapa tak gunakan pertukaran keluarkan Liridon dan De Paula….serius hancur….,” kata Mohd Azlan Aladdin.

Selain De Paula, 34, Malaysia juga menyenaraikan Liridon Krasniqi dalam kesebelasan utama, manakala seorang lagi pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang sudah lama bersama skuad kebangsaan menunjukkan prestasi agak baik.

Kekalahan ketiga dalam selepas enam perlawanan kini meletakkan Harimau Malaya di tangga keempat Kumpulan G dengan berkongsi sembilan mata bersama UAE dan Thailand, yang seri 2-2 dengan Indonesia dalam satu lagi perlawanan.

Malaysia akan berdepan pendahulu kumpulan, Vietnam pada 12 Jun, diikuti Thailand dalam perlawanan terakhir pad 16 Jun.

Pasukan negara perlu menempatkan diri dalam kedudukan dua teratas untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. #sumber


Share:

Malaysiakini Lapor Syarikat Berkaitan Kerabat Kendali Projek Lombong Baharu Di Tasik Chini

Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan kerja perlombongan di sekitar Tasik Chini di Pekan kepada sebuah syarikat berkaitan keluarga diraja, di sebalik rancangannya untuk memulihkannya.

Tapak perlombongan baru itu terletak kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini - tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia. Tasik tersebut adalah kawasan tapak rizab biosfera Unesco yang beberapa tahun kebelakangan bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan.

Menurut dokumen penilaian impak alam sekitar (EIA) yang dibuka kepada umum pada April, projek itu meliputi 40.51 hektar - bersamaan kira-kira 60 padang bola sepak - di Lot 89798 di Mukim Penyor.

Dokumen itu juga menunjukkan beberapa konsesi perlombongan yang sedia ada di kawasan itu, dengan kebanyakannya terletak lebih dekat dengan Tasik Chini.

Konsesi untuk projek perlombongan terbaru ini, yang memberi tumpuan kepada kerja melombong mangan (manganese) dan mineral lain, dipegang oleh Hanishah Ventures Sdn Bhd dan untuk selama dua tahun.

Syarikat itu dimiliki secara bersama oleh Raja Shah Zurin Raja Aman Shah dan Tengku Hanizar Tengku Muhammad.

Raja Shah Zurin, atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza, adalah pelakon dan juga sepupu Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, manakala Tengku Hanizar adalah ibu saudara kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang juga Sultan Pahang.

Dokumen EIA menyenaraikan Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah - adik kepada Agong - sebagai individu untuk dihubungi (contact person). Bagaimanapun, no telefon yang disertakan tiada dalam perkhidmatan.

Susulan projek perlombongan baru ini, para aktivis alam sekitar mempersoalkan komitmen kerajaan Pahang untuk menyelamatkan Tasik Chini dan mengembalikannya sebagai tempat tarikan pelancong.

Diwarta sebagai taman negeri, hutan simpan

Tahun lalu, Kerajaan Negeri Pahang mewartakan Tasik Chini sebagai taman negeri.

Menteri besarnya Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail turut mengumumkan usaha untuk memulihkan tasik itu serta moratorium terhadap pemberian konsesi baru pembalakan dan perlombongan di situ.

Pada 2019, Kerajaan Negeri Pahang juga mewartakan Tasik Chini dan kawasan sekitarnya sebagai hutan simpan kekal.

Bagaimanapun ia nampaknya tidak menghentikan kegiatan perlombongan baru. Menurut EIA, projek terbaru itu melibatkan kerja "melombong mineral dalam atau bersebelahan atau dekat kawasan alam sekitar yang sensitif".

Berdasarkan dokumen itu, plot tanah yang terlibat adalah sebahagian daripada kawasan yang dikategorikan sebagai "Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2".

Kawasan dalam kategori ini boleh dibangunkan dengan syarat-syarat tertentu tetapi kegiatan perlombongan memang dilarang. Bagaimanapun, kerajaan Pahang memberi pengecualian kepada projek perlombongan ini.

Dokumen EIA turut berkata kerajaan Pahang "menggantikan Rancangan Khas Tasik Chini dan meluluskan tapak projek untuk kegiatan melombong".

Menurut Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (PPTC), saiz kawasan tasik semula jadi adalah kira-kira 202 hektar, dengan 700 hektar kawasan paya air tawar dan hutan paya di sekitarnya.

Penyelidikannya mendapati lokasi itu kaya dengan flora dan fauna, dan 51 spesies tumbuhan jenis hutan rendah, 15 spesies tumbuhan jenis hutan paya air tawar, 25 spesies tumbuhan akuatik dan 87 spesies ikan air tawar.

Selain menjadi habitat semula jadi flora dan fauna yang pelbagai, PPTC juga berkata kawasan itu kekal sebagai sumber air utama dan pendapatan masyarakat Orang Asli daripada suku Jakun.

"Pembangunan dan penggunaan tanah yang tidak terkawal dan bercanggah dengan statusnya sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) telah mengakibatkan persekitaran yang menurun dalam kawasan lembangan tasik.," kata PPTC di laman webnya.

'Hanya pura-pura'

Ketua Persatuan Pencinta Alam (MNS) Pahang Noor Jehan Abu Bakar membayangkan skeptisisme terhadap tekad politik kerajaan Pahang untuk memulihara Tasik Chini.

Bercakap dengan Malaysiakini, Noor Jehan mempersoalkan rasional di sebalik keputusan meluluskan satu lagi kegiatan melombong di sekitar tasik itu, walaupun kerajaan negeri telah merancang untuk membangunkannya sebagai kawasan ekopelancongan.

"Saya yakin itu hanya pura-pura (lip service). Mereka hanya kata demikian untuk tutup (isu) tetapi hakikatnya tindakan mereka tidak mencerminkan (komitmen itu)," katanya.

Noor Jehan berkata, meskipun Kerajaan Negeri Pahang ada hak untuk meluluskan projek itu, kesannya kepada kawasan sensitif alam sekitar tetap membangkitkan kebimbangan.

Dia juga menyuarakan kebimbangan yang kekurangan penguatkuasaan boleh menyebabkan pembuangan sisa perlombongan ke dalam Tasik Chini.

EIA menyatakan sisa air daripada kegiatan perlombongan perlu disalurkan ke cawang sungai yang mengalir ke Sungai Pahang, bukannya ke Tasik Chini.

"Jika lihat di atas kertas, nampaknya sisa tak akan ke Tasik Chini.

"Tetapi tapak ini dekat dengan tasik untuk mereka buang sisa di sana.

"Sebaik perlombongan bermula, apa yang akan menghalang mereka daripada buang (sisa) ke dalam tasik?" soalnya.

Katanya, kebimbangan terhadap kelemahan penguatkuasaan bukanlah tidak berasas. Dia membangkitkan isu perlombongan bauksit Kuantan pada 2015.

Noor Jehan berkata masyarakat setempat juga terkesan dengan perlombongan di kawasan itu.

"Penduduk di sana, termasuk Orang Asli dan masyarakat setempat, masih bergantung kepada tasik untuk mencari ikan dan punca pendapatan.

"Orang miskin akan terkesan, dan tidak mudah untuk mereka berpindah dari situ. Kawasan itu telah menjadi tempat tinggal mereka sejak zaman nenek moyang mereka," katanya lagi.

MNS Pahang telah menyerahkan bantahan terhadap projek tersebut.

Syarikat janji pemulihan

Kerajaan Negeri Pahang tidak memberi maklum balas terhadap permintaan Malaysiakini untuk mengulas perkara ini. Nombor telefon Hanishah Ventures yang disenaraikan pula tidak boleh dihubungi.

Ketika dihubungi, Raja Shah Zurin - yang juga salah seorang daripada dua pengarah syarikat - enggan memberi sebarang kenyataan.

Bagaimanapun, Golden Prosperous Resources Sdn Bhd - firma yang dilantik Hanishah Ventures sebagai pengendali projek - memberi jaminan yang kegiatan perlombongan tidak akan mengancam Tasik Chini.

Dalam respons emel menerusi perunding EIA-nya Capai Cerah Sdn Bhd, syarikat itu berkata operasi mereka akan berjalan selama dua tahun dan mereka akan melabur dalam pemulihan tapak perlombongan.

"Apa yang penting projek perlombongan kami tidak akan masuk ke Tasik Chini kerana kami di kawasan tadahan berbeza, dan ada longkang keliling di sepanjang sempadan projek, untuk menyalurkan aliran permukaan ke lembangan mendapan sebelum dilepaskan ke cawang Sungai Tasik.

"Operasi kami untuk jangka masa pendek dan kami melabur dalam kegiatan pemulihan. Ada perancangan yang terperinci," katanya.

Kata syarikat itu lagi, ia bertentangan dengan kegiatan perlombongan haram yang menurutnya telah "secara tidak bertanggungjawab menjarah" kawasan itu.

Ia juga menjamin kerja pemulihan akan diadakan selepas perlombongan selesai.

"Tapak ini tidak boleh ditinggalkan kerana ia akan menyebabkan isu dan masalah alam sekitar serius," katanya.

Justeru itu, syarikat itu berkata pihaknya akan melakukan kerja pemulihan "secepat mungkin". #sumber

Share:

Penjawat Awam Bakal Sumbang Sebahagian Gaji Bantu Usaha Kerajaan Perangi Covid-19

 


SHAH ALAM - Penjawat awam bakal menyumbangkan sebahagian daripada gaji mereka selama tiga bulan bagi menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik Covid-19 di dalam negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, inisiatif tersebut akan melibatkan pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta penjawat awam bagi Gred 29 hingga Gred 41.

Katanya, sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

“Sumbangan daripada lebih 800,000 penjawat awam tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan menteri dan timbalan menteri dalam kabinetnya bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun ini sebagai tanda sokongan terhadap pembiayaan perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Sementara itu, Mohd Zuki berkata, kadar sumbangan elaun ITK bagi Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) A ke atas adalah sebanyak 50 peratus diikuti Jusa B (20 peratus), Jusa C (10 peratus) dan Gred 44 hingga 56 (lima peratus).

Menurutnya, kadar sumbangan elaun ITKA daripada penjawat awam Gred 29 hingga 41 pula adalah sebanyak RM10.

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota perkhidmatan awam dan ahli keluarga kita.

“Marilah kita meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara serta membantu memastikan kita berjaya mengharungi tempoh yang mencabar ini,” ujarnya. #sumber

Share:

Kenyataan Hasutan Dan Hina Agong, Iswardy Morni Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah !

 


KALA LUMPUR - Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Iswardy, 44, didakwa telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya Iswardy Morni Official dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Kuala Lumpur, pada 3 petang, 29 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin namun peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain memberi kerjasama baik kepada pihak polis sepanjang siasatan.

Hakim Mahyon Talib kemudiannya membenarkan Iswardy diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang membuat apa-apa ulasan terhadap kes itu di media sosial, cetak dan elektronik.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Bernama melaporkan tertuduh direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman YouTube yang didakwa berbaur hasutan serta menghina Yang di-Pertuan Agong. #sumber

Share:

Kes Perbicaraan 40 Pertuduhan Rasuah Zahid Hamidi "Di Tangguhkan" Pada 15 Jun Depan !

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) yang sepatutnya bersambung hari ini di Mahkamah Tinggi di Shah Alam, ditangguhkan ke 15 Jun depan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata penangguhan itu berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara selama dua minggu bermula hari ini.

"Pada prosiding 15 Jun nanti, saksi pendakwaan ketiga iaitu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Siti Jalilah Abd Manap akan dipanggil semula untuk memberi keterangan dan seorang lagi saksi baharu juga akan memberi keterangan," katanya kepada pemberita menerusi WhatsApp.

Kes itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara selama tiga hari sepanjang minggu ini.

Setakat ini, dua saksi pendakwaan telah selesai memberi keterangan pada perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights antara Jun 2015 dan Oktober 2017 serta dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. #sumber

Share:

Najib Anggap Alasan Speaker Azhar Harun Enggan Membuka Parlimen Sebagai 'Ajaib' !

 

KUALA LUMPUR - Terus mendesak agar parlimen dibuka semula, bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib  Tun Razak hari ini menyindir Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun yang berpendapat sebaliknya.

Masih 'nakal' di media sosial Najib berkata sekarang berlaku situasi "ajaib" apabila pendirian itu kekal ketika kerajaan memiliki kuasa besar melalui darurat untuk mengadakan sidang parlimen.

Kata Najib dengan berkuatkuasanya darurat kerajaan boleh bertindak lebih mudah seperti mengambil alih kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan menggantung Akta Kewangan untuk membolehkan mereka berbelanja "sesuka hati".

Kerajaan juga katanya sebelum ini meminda had maksimum kompaun kerana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dari RM1,000 menjadi RM10,000.

"Tapi tak boleh pinda akta untuk membenarkan sidang parlimen secara maya pulak.

"Pelik, sidang maya dengan ratusan tauke sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh pula. Lagi ajaib," katanya lagi.

Sebelum ini Azhar dipetik sebagai berkata banyak pindaan undang-undang perlu dilakukan sebelum sidang parlimen secara maya dapat dilakukan di negara ini.

Kenyataan itu dibuat ketika ramai pemimpin UMNO - termasuk timbalan Azhar sendiri, Datuk Azalina Othman Said - berpendapat sidang parlimen perlu diadakan bagi membincangkan situasi semasa negara berdepan Covid-19.

Kata ahli parlimen Pengerang itu, sidang tersebut boleh diadakan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Untuk rekod, Azhar dan Azalina adalah tokoh pengamal undang-undang kanan dan dikenali ramai sebelum ini.

Kata Najib kejanggalan juga dapat dilihat pada pelaksanan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang berkuat kuasa selama dua minggu mulai hari ini.

"Ajaib seperti buat total lockdown dengan traffic jam selepas 95,142 buah syarikat diberi kebenaran beroperasi oleh Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) setakat ini," katanya lagi. #sumber

Share:

Dakwaan Penipuan Urusan Aset Allahyarham, Ibu JJ Sekali Lagi "Fail Saman" Dua Cucunya !

 

KUALA LUMPUR - Ibu allahyarham Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis memfailkan satu lagi saman terhadap dua cucunya atas dakwaan penipuan dalam pengurusan aset bekas menteri itu.

Plaintif Aminah Abdullah, 87, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu melalui Tetuan Wan Marican, Hamzah & Shaik, Solicitors.

Menurut Theedgemarkets, saman itu menamakan Nur Anis dan Ikhwan Hafiz sebagai defendan pertama dan kedua.

Plaintif turut menamakan firma guaman Messrs Wong Lu Peen & Tunku Alina dan peguam Liza Chan Sow Keng daripada Liza Chan & Co dan Pesuruhjaya Sumpah Tengku Fariddudin Tengku Sulaiman sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.

Berdasarkan writ saman, defendan antaranya didakwa terlibat dalam penipuan, salah laku dan melanggar undang-undang untuk mengambil hak plaintif sebagai benefisiari dalam pengurusan harta pusaka yang betul dan adil.

Aminah mahu menggugurkan Nur Anis dan Ikhwan Hafiz sebagai pentadbir kepada hartanah ditinggalkan allahyarham.

Jamaluddin, bekas anggota parlimen Rompin, pernah menjadi menteri kewangan kedua, menteri sains, teknologi dan inovasi serta duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Ahli politik yang rapat dengan bekas perdana menteri Najib Razak itu terbunuh dalam nahas helikopter pada 2015 bersama pegawai Najib, Azlin Alias. #sumber

Share:

Perlaksanaan PKPD Di Negeri Pahang Semakin Menunjukkan Kadar Kebolehjangkitan Menurun

 

KUANTAN - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di beberapa kawasan di negeri, mula menunjukkan hasil apabila kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 menurun kepada 1.17 hari ini.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, berkata kes COVID-19 di Kuantan juga semakin menurun, berbanding sebelum pelaksanaan PKPD.

"Pagi tadi saya ada melihat bacaan R-naught untuk Pahang, iaitu pada kadar 1.17 dan ini bukan paling tinggi di Malaysia kerana sebelum ini, kita pernah mencatatkan nilai Rt 1.26 iaitu tertinggi di Malaysia.

"Ini jelas membuktikan PKPD yang kita laksanakan menunjukkan kemajuan yang banyak. Namun, apa yang lebih penting ialah kerjasama semua lapisan masyarakat," katanya ketika ditemui selepas meninjau pemberian sarapan kepada kepada golongan rentan dan gelandangan, di sini semalam.

Turut hadir, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Hamdan Hussin dan Setiausaha majlis, Datuk Hamiza Hamzah.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang meminta rakyat di daerah ini terus bersabar dalam masa beberapa hari lagi dengan terus menjaga SOP.

"Saya juga ingin menyeru kepada semua rakyat di negeri ini untuk mendaftar, bagi menerima vaksin COVID-19 dengan segera. Masyarakat gelandangan di sini pun sudah hampir 90 peratus mendaftar. Jadi, orang lain perlu rasa tercabar," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Pahang mencari inisiatif untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan gelandangan dalam memastikan mereka dapat menjalani kehidupan baharu. #sumber

Share:

Dua Maut, Lapan Cedera: Van Bawa Sembilan "Pengawal Keselamatan" Nepal Kemalangan !

 

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut manakala lapan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Jalan Stulang Laut menghala ke bandar raya, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Mohd Suhaimi Abdul Jamal, berkata van Toyota Hiace yang dipandu lelaki tempatan berusia 30-an itu membawa sembilan pekerja pengawal keselamatan.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.45 pagi tadi, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bersama sebuah jentera, Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah Hilux digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah van yang terbabas dan melanggar penghadang jalan.

"Di dalam van itu terdapat 10 mangsa termasuk pemandu berusia antara 25 hingga 40-an, selain kesemuanya warga Nepal manakala pemandunya adalah warga tempatan.

"Dua mangsa maut iaitu pemandu meninggal dunia di dalam kenderaan dan penumpang hadapan warga Nepal berusia 30-an tercampak keluar dari kenderaan, manakala tiga cedera parah serta lima cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. #sumber

Share:

Penerbangan ‘Curiga’ 16 Pesawat: Putrajaya Panggil Duta Besar China, Hantar Bantahan !

 

PUTRAJAYA - Kementerian Luar akan membuat bantahan diplomatik mengenai penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang dikesan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan, Wisma Putra berkata Duta Besar China juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China menghampiri ruang udara negara pada 31 Mei lalu.

Pesawat berkenaan dikesan memasuki Zon Maritim Malaysia (ZMM) oleh Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

TUDM melancarkan jet pejuang Hawk 208 dari Skuadron ke-6 Pangkalan Udara Labuan untuk memintas pesawat setelah tidak ada tindak balas dari mereka mengenai perintah untuk berpatah balik.

Sebaliknya, mereka menuju ke perairan Sarawak.

Pesawat China berkenaan akhirnya berpusing dan pergi ke arah yang sama ketika memasuki ZMM.

Dalam kenyataannya, TUDM menyifatkan insiden itu  “perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan di dalam Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu (KK FIR).” #sumber

Share:

Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia Di Hospital Pantai Kuala Lumpur Pagi Tadi !

 

PETALING JAYA – Pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Tan Sri Lim Kok Wing disahkan telah meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan oleh pembantunya hari ini.

Bagaimanapun, maklumat lebih lanjut berhubung berita berkenaan akan dimaklumkan kelak.

Difahamkan, mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai Kuala Lumpur pagi tadi.

Minggu lalu media melaporkan Kok Wing dimasukkan ke hospital selepas terjatuh tetapi berada dalam keadaan stabil. #sumber

Share:

Penganalisis Politik: Impian Blok Bebas Sertai PRU Mula Mendapat Tempat Walau Pun Sukar

 

PETALING JAYA - Ahli politik tanpa parti, aktivis dan tokoh terkenal mungkin akan melakar masa depan negara jika rancangan sukar melibatkan calon bebas dalam pilihan raya umum akan datang menjadi kenyataan.

Bagaimanapun pemerhati politik ragu sama ada rancangan itu akan tercapai.

Pelan berhubung blok bebas dibuat oleh beberapa orang tokoh terkemuka yang percaya langkah ke hadapan ialah untuk Ahli Parlimen bebas yang berfikiran sama membentuk majoriti di Dewan Rakyat, sekali gus menubuhkan sebuah “kerajaan rakyat untuk rakyat”, bukannya cabang eksekutif yang cenderung kepada politik naungan.

“Idea itu mendapat sambutan dalam kalangan tertentu, terutama sekali dengan meluasnya anggapan bahawa orang ramai kini bosan terhadap ahli politik dan keputusan pilihan raya akan datang bakal berpihak kepada calon bebas kerana ‘tiga parti utama’ dijangka bertembung,” kata seorang pemerhati politik yang maklum tentang perkembangan itu.

Pemerhati tersebut, yang rapat dengan kelompok yang memajukan pelan itu berkata, mereka mengunjurkan sasaran “realistik” untuk bertanding di 105-115 daripada 122 kerusi Dewan Rakyat.

“Mereka telah menemui sebilangan individu yang menyokong idea itu kerana ia kelihatan munasabah, iaitu penubuhan kerajaan yang tidak terikat dengan orang kuat parti atau bergantung pada rakan kongsi pelik bagi mencukupkan bilangan sokongan,” kata permerhati tersebut.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, idea Ahli Parlimen tidak berpihak menubuhkan kerajaan kelihatan ideal, tetapi tidak realistik, paling tidak pada masa ini.

“Saya fikir usaha itu timbul kerana rasa terdesak sesetengah orang yang tidak sesuai dengan mana-mana parti yang ada dan berdepan masalah untuk mendaftarkan parti sendiri.

Realitinya rakyat Malaysia umumnya masih memilih parti, bukannya calon bebas,” katanya.

Azmi, yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia berkata, tidak ramai individu yang mampu bertanding sebagai calon bebas dan menang.

“Individu begini mendapat sokongan kuat di kawasan mereka sendiri dan dilihat lebih besar daripada parti.

“Anda bercakap tentang individu seperti Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Najib Razak. Pemimpin begini.”

Antara halangan utama kepada calon bebas ialah ketiadaan jentera yang berkesan, tanggapan bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan di kawasan yang ditandingi serta persoalan mengenai pemimpin negara yang kekal tidak berjawab.

“Jadi saya fikir sukar bagi sesiapa pun untuk mencapainya. Saya juga fikir cakap-cakap mengenainya hanyalah cakap-cakap.

“Mungkin ada yang menyokong idea itu kerana ia kelihatan progresif, tetapi sama ada mereka bersedia menolak untuk bertanding atas tiket parti adalah suatu perkara lain sama sekali,” katanya. #sumber

Share:

Anak Najib 'Setuju' Selesaikan Bayaran Cukai Taksiran Tambahan 2011-2017 Kepada LHDN

 

PUTRAJAYA - Anak bekas Perdana Menteri Najib Razak,  Datuk Mohamad Nizar bersetuju menyelesaikan cukai taksiran tambahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang menuntutnya membayar sejumlah cukai bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Mohamad Nizar, 43, berkata, ini berikutan anak guamnya mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu dengan LHDN.

“Sepatutnya perintah persetujuan direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan pada 27 Mei lepas, namun dijadualkan semula ke 4 Ogos ini berikutan perintah kawalan pergerakan,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes berhubung rayuan Mohamad Nizar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mariam Hasanah Othman secara dalam talian, hari ini.

Prosiding itu turut disertai peguam, Muhammad Nabil Abdul Halim bertindak bagi pihak LHDN.

Berhubung rayuan Mohamad Nizar, peguam itu berkata mahkamah menetapkan 3 Jun ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui sama ada permohonan anak guamnya untuk melapangkan tarikh pendengaran rayuan yang dijadualkan pada 16 Jun dibenarkan oleh mahkamah sementara menunggu perintah persetujuan direkodkan.

Pada 11 Ogos tahun lepas, Mohamad Nizar memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Ogos tahun sama yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Mohamad Nizar.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Pesuruhjaya Kehakiman Julie Lack Abdullah dalam penghakimannya memutuskan perkara yang dibangkitkan Mohamad Nizar tidak mempunyai merit dan tidak berasas selain berpendapat pembayar cukai perlu membayar cukainya dahulu tanpa menghiraukan rasa tidak puas hati dengan jumlah tersebut atau atas apa alasan sekali pun.

Pada 24 Julai 2019, LHDN, melalui kerajaan Malaysia telah memfailkan writ saman terhadap Mohamad Nizar, menuntutnya membayar cukai berjumlah RM13,159,821.94 bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.

Selain Mohamad Nizar, Najib dan seorang lagi anak lelakinya Mohd Nazifuddin juga perlu membayar cukai pendapatan kepada LHDN seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Najib perlu membayar RM1.69 bilion manakala Mohd Nazifuddin RM37.6 juta.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilaporkan belum melunaskan bayaran itu menyebabkan LHDN menfailkan notis kebankrapan terhadap mereka dan kes itu masih di peringkat pengurusan kes di Mahkamah Tinggi. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.