script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Fuziah Salleh Dedah Kenyataan Pada 2016, Isu Pencerobohan Hutan Simpan Kekal Di Bentong


KUANTAN - Susulan isu banjir lumpur dasyat yang membawa bersama kayu balak di Karak dan Bentong baru-baru ini, terkini  aktivis alam sekitar Fuziah Salleh menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beliau pernah membangkitkan perkara itu pada 30 November 2016 yang lalu. 

Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan berkata di facebooknya, beliau kongsikan semula Kenyataan Medianya berkenaan dengan Pencerobohan Hutan Simpan Kekal di kawasan Bentong. Renung-renungkan lah. 

KENYATAAN MEDIA 30 NOV 2016

Pencerobohan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Bentong membuktikan kegagalan Kerajaan Negri Pahang didalam hal-hal pentadbiran Negri Pahang. 

Pembongkaran berkenaan pencerobohan HSK hari ini akan bertumpu kepada kawasan MB Pahang sendiri iaitu dikawasan Daerah Bentong.

Mengikut maklumat yg di perolehi dari pemberi maklumat yang kemudiannya dipadankan dengan imej satelit beserta dengan maklumat yang diperolehi di 'public domain' adalah dianggarkan terdapat sebanyak  2735 hectar HSK yang telah di cerobohi dengan pelbagai aktiviti termasuk pembalakan dan perlombongan serta lain2 aktiviti di Daerah Bentong yang melibatkan 5 HSK seperti berikut: (Rujuk Peta 5a - gambaran yang di padankan dari imej satelit)

1. Bukit Tinggi

2. Bukit Tinggi (Tambahan)

3. Kelau/ Raka

4. Lentang

5. Lentang (Tambahan)

Dan terdapat pula sebanyak 10776 hektar HSK yang masih blm di baikpulih di HSK Kemasul dan HSK Kemasul (Tambahan) di sempadan Daerah Bentong dan Temerloh. (Rujuk Peta 4b)

Pencerobohan HSK di Peta 5a melibatkan tiga jenis aktiviti iaitu pembalakan, perlombongan dan lain-lain termasuk pencerobohan tanah untuk pertanian. 

Kedua dua HSK Bukit Tinggi dan Lentang  merupakan kawasan yang sensitif kerana ianya kawasan yang berbukit dan cerun serta kawasan tadahan air dan terdapat beberapa air terjun yang indah. Tambahan pula HSK Lentang telah pun di wartakan sebagai Hutan  Lipur pada tahun 2000. Sebanyak 1338 hektar telah diwartakan buat tujuan rekreasi dan seharusnya di pelihara dari pencerobohan. 

Terbukti impak keatas pencerobohan hutan ini amat serius  apabila berlaku kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak di Km52.4 satu tahun lepas (11 Nov 2015) yang telah menutup lebuhraya tersebut selama beberapa hari. 

Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku ketika itu akan tetapi kita tidak tahu dilain kali. Mengikut laporan pihak Bomba ianya berpunca daripada kawasan tadahan air yang melimpah. 

Akan tetapi umum mengetahui bahawa terdapat projek pembinaan 'pylon' TNB diatas bukit dari Janda Baik ke Lenggeng Negri Sembilan.  Satu  NGO alam sekitar PEKA pula mendakwa bahawa berlaku pembalakan haram diatas bukit, sepanjang proses pembinaan tersebut. 

Tinjauan serta laporan pihak media termasuk  Bernama juga menemui bukti pembalakan tersebut telah berlaku walaupun ianya dinafikan oleh pihak Kerajaan Negeri. 

Penemuan pihak media juga mendapati terdapat papan tanda pembalakan  ada dinaikkan di dalam kawasan Hutan Lipur tersebut.

Pihak kami khuatir ianya akan terus membahayakan keselamatan awam dimasa hadapan tambahan dimusim hujan seperti sekarang.

Daripada pemberi maklumat kami juga dimaklumkan bahawa sejumlah 502 hektar di HSK Bukit Tinggi telah dicerobohi dengan aktiviti perlombongan haram. 

Ianya satu berita  yang amat merisaukan kita semua memandangkan perlombongan haram akan melibatkan aktiviti2 yang tidak terkawal. 

Contoh penggunaan cyanide didalam proses perlombongan emas mungkin berlaku. Serta juga perlombongan haram yang dilakukan dekat dengan penempatan awam atau sekolah. 

HSK Kemasul pula merupakan satu projek hutan ladang yang gagal. Walaupun undang undang negara mengizinkan pertukaran status HSK kepada hutan ladang, akan tetapi ianya boleh gagal disebabkan oleh kelemahan pentadbiran. 

Ladang Hutan Kemasul satu contoh klasik Projek Ladang Hutan yg GAGAL yg di urustadbir oleh Kerajaan yg GAGAL - A Failed Project by A Fail State

Laporan Ketua Audit Negara 2012 keatas negri Pahang berdasarkan audit yang di jalankan keatas HSK Kemasul  menunjukkan bahawa hanya 52% daripada keseluruhan HSK yang diterokai  telah berjaya di tanam semula. 

Laporan audit setebal 12 ms tersebut juga menunjukkan bahawa projek hutan ladang Kemasul ini bermula seawal 1974 melibatkan 39,000 hektar. 

Pada mulanya ianya bertujuan untuk menanam pokok pine untuk kilang kertas yang terbukti tidak menjadi. Pada mulanya dibawah Kerajaan Negri, kemudian di biaya pula oleh Kerajaan Pusat bermula pada tahun 1984. 

Seterusnya di swastakan pula dalam projek Penswastaan Ladang Hutan 1994-2013. Sebanyak 10 syarikat telah dilantik dan terlibat untuk menebang habis dan menanam semula akan tetapi pihak Kerajaan Negri tidak dapat mengambil tindakan undang2 keatas syarikat yang gagal menanam semula kerana perjanjian ada yang tidak lengkap dan juga ada perjanjian yang tidak di tandatangani. 

Laporan audit juga menunjukkan bahawa projek ini gagal mendapat pulangan modal yang dilaburkan.

Akhirnya kita lihat rakyatlah yang menerima kesan daripada hakisan tanah yg gagal di tanam semula dengan hutan ladang. Kualiti air sungai merosot dan kualiti air minuman terjejas. 

https://www.facebook.com/149208308580838/posts/639154152919582/

Dengan pendedahan Fuziah ini, maka ia membuktikan kepada kita bahawa isu ini sebenarnya sudah lama berlaku. Namun, Kerajaan Pahang gagal mainkan peranan memperbetulkan keadaan dan akhirnya apa yang berlaku baru-baru ini menjadi kenyataan. 

Banjir lumpur, balak hanyut berserta dengan kematian mangsa jelas sekali sudah dapat dihidu sejak sekian lama. Namun, akibat kealpaan pemerintah, maka isu ini kekal tiada apa-apa tindakan walau pun mereka berjanji untuk melaksanakannya. #sumber



Share:

Ketua Pengarah Jabatan Hutan Sahkan Tiada Lesen Pembalakan Di Hutan Simpan Lentang

BENTONG - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada lesen dikeluarkan di kawasan di Hutan Simpan Lentang.

Mengulas dakwaan beberapa pihak terdapatnya penerokaan, Ketua Pengarah JPSM Datuk Mohd Ridza Awang berkata, maksud penerokaan adalah terlalu umum.

Sedangkan, katanya, ada kawasan hutan yang diwartakan Hutan Simpan Kekal seperti Hutan Simpan Lentang, ada juga kawasan hutan yang berstatus tanah milik dan ada yang tanah kerajaan.

Beliau berkata, berdasarkan rekod memang tidak ada pembalakan di Hutan Simpan Lentang iaitu kawasan yang terhampir dengan beberapa penempatan penduduk terjejas bencana banjir lumpur disertai timbunan kayu pada 18 Disember lalu.

"Hutan Simpan Lentang sudah diwartakan oleh kerajaan negeri Pahang dan di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Pahang.

"Kawasan itu juga sudah diwartakan sebagai hutan tadahan air. Ia adalah kawasan hutan perlindungan, memang tak ada pembalakan di hutan simpan.

"Kayu kayan balak hanyut itu kena semak dari mana datangnya. Macam saya kata tadi, ada kawasan hutan yang di luar daripada hutan simpan kekal, mungkin tanah kerajaan dan tanah milik pun mungkin. Jadi kena buat semakan terperinci di mana sumber kayu (hanyut) berkenaan," katanya.

Menurutnya, ada pihak lain juga sudah membuat kenyataan seperti pakar geobencana Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komo yang berdasarkan lawatan ke lapangan serta pemantauan melalui dron mendapati runtuhan bukit besar dan kayu hanyut berkenaan adalah daripada faktor geologi semula jadi ketika hujan lebat.

Apapun, tegasnya, tiada lesen pembalakan dikeluarkan di semua hutan perlindungan termasuk Hutan Simpan Lentang.

"Kita juga sudah semak melalui imej satelit. Memang tiada perubahan hutan berdasarkan imej sebelum ini dan imej sekarang. Litupan hutan itu sama.

"Cuma Jabatan Perhutanan Pahang sedang membuat lagi semakan di lapangan kerana dibimbangi ada orang teroka.

"Jika didapati ada penerokaan, kita akan ambil tindakan. Setakat ini tidak jumpa lagi," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, di luar dari Hutan Simpan Lentang itu masih belum dapat dipastikan jika terdapat pembangunan tanah oleh pemilik tanah, contohnya durian atau pun getah yang ditebang untuk ditanam spesies lain.

Terdahulu, Jabatan Perhutanan Pahang menerusi kenyataan pada Rabu menjelaskan tinjauan dron mendapati tiada pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.

Kenyataan itu, memaklumkan semakan di kedua-dua tempat mendapati sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan itu yang dikaitkan dengan pembalakan menerusi media sosial, ialah sisa sampah-sarap daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Telemong (OCS), Sarjan Mejar Ibrahim Md Nasir berkata, keadaan sejurus bencana, kiri dan kanan jalan dipenuhi kayu-kayan sehingga menyekat laluan utama dan menutup pemandangan rumah penduduk.

Namun, katanya, dengan kerjasama agensi kerajaan serta semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang segera hadir membantu membolehkan laluan dibersihkan untuk membolehkan dilalui semula selain operasi pembersihan kawasan terjejas.

Bagi Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Telemong Karak, Bentong Pahang, Lai Wah Foong pula yang mengimbas kejadian, katanya, ia adalah pengalaman pertamanya berdepan bencana terburuk.

"Bukan sahaja banjir naik melebihi tujuh kaki (2.13 meter) tetapi lebih teruk disertai lumpur dan balak.

"Waktu kejadian, kira-kira 4 petang apabila air mula naik memasuki rumah di Kampung Sungai Perdak ini, kami mengarahkan penduduk segera meninggalkan kediaman masing-masing," katanya. #sumber

Share:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bantu Bina Jambatan Bailey Di Kampung Lechar Raub !

RAUB – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) telah diaturgerak melaksanakan tugas sekundernya menerusi gerak kerja pemasangan tambahan tiga bay bagi jambatan Bailey di Kampung Lechar yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Ketua Jurutera Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Mejar Jeneral Datuk Ir Chapiti Redzuan berkata, seramai 80 anggota termasuk 2 orang pegawai dari 91 Rej Bantuan RAJD telah diatur gerak bagi membuat pemasangan tambahan jambatan ini. 

Jambatan Compact Bailey 200 di Kampung Lechar ini pada mulanya telah dibina pada Januari 2021 yang lalu. Namun, pada awal Januari 2022, jambatan tersebut tidak boleh digunakan ekoran terdapat hakisan tanah sungai akibat banjir.

Pembinaan ini dilakukan bagi memudahkan perhubungan jalan darat antara penduduk Perumahan Makmur Lechar Jaya dan Perumahan Kos Rendah Kampung Lechar dengan Pekan Ulu Dong serta bandar Raub.

91 Rej Bantuan RAJD melakukan pemasangan tambahan selepas mendapat permohonan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Kerja-kerja pemasangan telah siap sepenuhnya pada pukul 11.30 malam tadi dan akan diserahkan kepada Pegawai Daerah Raub selepas ujian keselamatan telah dilakukan. #sumber

Share:

Penafian Kerajaan Pahang Di Tolak, Lagi Bukti Ada Aktiviti Pembalakan Terus Di Dedahkan !


BENTONG - Semakin dinafikan semakin banyak bukti adanya kawasan pembakalan di kawasan tanah tinggi hulu sungai didedahkankan. Terduhulu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) baru-baru ini menafikan pembalakan punca banjir lumpur dasyat yang melanda kawasan Karak, Bentong dan sekitarnya.

JPNP juga mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan berkuatkuasa di kawasan ini sejak pewartaan ini dibuat. Justeru longgokan kayu yang hanyut bersama kepala air tersebut bukanlah berpunca dari tebangan pokok akibat daripada mana-mana aktiviti . Tmbahan pula Hulu Sungai Kerau adalah berpunca dari kawasan berbukit dalam Hutan Simpan Lentang yang mana hutan simpan ini telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air pada tahun 2002.

Kenyataan itu turut disokong oleh Kerajaan Pahang, yang mendakwa gelinciran tanah dan aliran puing punca utama bencana banjir puing yang melanda. 

Namun kenyataan yang dibuat oleh kerajaan itu dinafikan oleh orang ramai dan aktivis alam sekitar. Mereka terus mendedahkan bukti-bukti terdapatnya aktiviti pembalakan yang menyebabkan malapetaka banjir lumpur melanda dengan dasyat di kawasan terbabit.

Dibawah ini antara bukti bergambar yang ditularkan di media sosial sejak kelmarin.




https://scontent.fkul2-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/270073507_674490627264850_4236663790762009436_n.jpg?_nc_cat=105&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=y8RDcbP0WzAAX_JV5Jm&_nc_ht=scontent.fkul2-4.fna&oh=00_AT8_ofekLn-8DkO4lexCc6qxFx9lFKAByNogrEVOrdJpOA&oe=61DF2D1C




Dengan bukti-bukti bergambar ini, ia memberi tamparan hebat kepada Kerajaan Pahang untuk menafikan dan menerima sepenuhnya hasil siasatan yang dibuat oleh jabatan perhutanan. Sebab itulah, ada aktivitis menggesa agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat perkara ini.


Tambahan pula kejadian yang berlaku pada 19 Disember 2021 itu turut mengorbankan sembilan nyawa di kawasan Karak dan Bentong sahaja. Rakyat tidak dapat menerima kenyataan jabatan hutan kerana, mana mungkin mereka akan berkata benar kerana ia melibatkan integriti jabatan terbabit.

Anda mengatakan ada pembalakan, sudah pastilah ia akan menunjukkan kelemahan jabatan itu menguruskan hutan-hutan di Pahang. Maka itu, jalan terbaik mereka terus manfikan dan anihnya Kerajaan Pahang senantiasa bersetuju dengan penafian tersebut tanpa merasa sedikit pun perasaan curiga dan mengarahkan pihak yang bebas untuk menyiasatnya. #PDO

Share:

Wartawan Tua Minta 'Kerajaan Pahang' Jawab Isu Penemuan Kepala Balak Di Hulu Telemong

BENTONG - Aktivis alam sekitar yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad a.k.a Wartawan Tua yang menjalankan misi mencari punca sebenar becana ‘tsunami balak’ melanda Kampung Sri Telemong, disini baru-baru ini, mendakwa berlaku aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan.

Dalam satu artikel di laman Facebooknya, aktivis alam sekitar itu menjalankan misi menjejak ‘kepala air’ yang dilapor menjadi punca banjir lumpur bersama puing/sisa kayu seperti dimaklumkan pihak berkuasa.

Menurutnya, tinjauan di hulu Sungai Telemong hingga ke Jambatan Seri Telemong berhampiran Kuala Sungai Kerau mendapatnya menjadi tempat timbunan sisa kayu luar biasa yang tidak dapat dipastikan dari mana sebenarnya.

“Tinjauan ke hulu Sungai Kerau mendapati tidak banyak kesan kegelinciran tanah kecuali penerokaan hutan secara meluas bagi projek lot dusun dan rumah mewah ratusan hektar di The Valley serta kawasan sekitarnya bagi tujuan pertanian.

“Jadi saya mengesyaki timbunan sisa kayu ini dibawa arus deras limpahan air dari hulu Sungai Telemong yang bertembung dengan banjir lumpur dan sisa kayu penerokaan hutan dari hulu Sungai Kerau.

“Kemudian saya bergerak lagi ke arah hulu Sungai Telemong hingga ke kawasan pertembungan kuala Sungai Perdak dan Sungai Telemong, yang juga terdapat timbunan sisa kayu luar biasa,” katanya.

Beliau berkata, di kawasan bukit di belakang Kampung Baru Sungai Perdak hingga Kampung Baru Telemong memang banyak kesan gelinciran tanah akibat pembukaan tanah milik dan penerokaan hutan secara haram bagi tanaman durian Musang King.

“Ketika membuat tinjauan di kawasan ini, seorang penduduk tempatan Telemong tiba-tiba mendekati saya dan memberitahu untuk meninjau ke arah belakang Pekan Telemong..di sana ada kawasan pembalakan baru kerja 200 ekar.

“Selepas menerbangkan dron di satu lokasi, saya ternampak timbunan kayu balak dari udara dan apabila ditinjau pula mengikut jalan darat, ternyata ada satu ‘matau’ atau tempat simpanan transit kayu balak.

“Pada pengamatan saya, berdasarkan terdapatnya saiz tongkol balak yang agak besar termasuk Meranti Bukit, saya percaya kayu-kayu ini ditebang dari puncak bukit hutan tadahan air yang sepatutnya menjadi penampan jika berlaku hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, Khaidir berkata seorang pencari hasil hutan turut memberitahunya jarak kawasan pembalakan dari matau itu adalah kira-kira satu jam perjalanan mendaki bukit dengan motosikal atau lori balak.

“Pada mulanya saya bercadang untuk masuk ke kawasan penebangan balak di hutan berkenaan tetapi memandangkan cuaca semakin gelap dan awan mendung, maka saya terus berpatah balik ke Pekan Telemong.

“Persoalannya..adakah pembalakan ini juga ada kaitannya dengan ‘kepala air’ banjir lumpur luar biasa bersama sisa kayu yang melanda lembangan Sungai Telemong hingga ke Karak pada 18 dan 19 Disember 2021?” soalnya.

Sebelum ini Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam satu kenyataan mendapati tiada aktiviti pembalakan yang dikatakan punca longgokan kayu balak di Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.

Menurut JPNP semakan melalui udara menggunakan dron mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan sama ada di dalam Hutan Simpan Lentang, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik di kedua-dua lokasi berkenaan. #sumber

Share:

Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Tidak Sependapat Abu Zahar Isu Azam Baki !

KUALA LUMPUR - Enam ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) hari ini menegaskan kenyataan Tan Sri Abu Zahar Ujang berhubung dakwaan pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki adalah pendapat peribadi pengerusi lembaga itu.

Dalam satu kenyataan mewakili Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dan Prof Datuk Dr Mohammad Agus bin Yusoff, mereka menjelaskan, ahli-ahli lembaga yang lain tidak pernah menyuarakan pendirian yang sama seperti Abu Zahar.

"Kami ingin menjelaskan bawah ahli lembaga pengarah, sama ada dalam mesyuarat berkenaan atau pada bila-bila masa yang lain tidak pernah menyuarakan pendapat seperti yang dinyatakan Abu Zahar. Kami juga ingin menyatakan bawah semua komen berkenaan adalah pandangan peribadi Abu Zahar," kata mereka.

Azam dilanda kontroversi berhubung dakwaan pemilikan saham di dua syarikat pada 2015. Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016 ketika beliau Pengarah Bahagian Siasatan SPRM.

Ia mengundang gesaan agar siasatan dilakukan berhubung hal itu dan Azam direhatkan daripada jawatan ketua tertinggi agensi pencegahan rasuah negara.

Bagaimanapun, Rabu lalu, Azam pada satu sidang media menafikan sekeras-kerasnya tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular sejak akhir-akhir ini.

Beliau memberi alasan akaun saham itu digunakan oleh adiknya, Datuk Nasir Baki dalam urus niaga dan beliau tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli.

Abu Zahar yang turut hadir pada sidang media itu dipetik berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa beliau tiada kepentingan kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham berkenaan.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kelmarin menegaskan alasan Azam itu bertentangan dengan peraturan kerana Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) memperuntukkan semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

Selain itu, Seksyen 29A SICDA menetapkan bahawa semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan. Sehubungan itu, SC meminta semua pihak terbabit, khususnya Azam untuk memberi penjelasan serta mengesahkan kenyataan yang dibuat, selain mengumpul bukti berkaitan. #sumber

Share:

JAS Lulus 46 Laporan EIA Untuk Projek Tanah, Termasuk Bagi Pembalakan Dan Perladangan

 

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meluluskan 46 laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek tanah di Pahang, termasuk bagi pembalakan dan pembangunan pertanian.

Meskipun Jabatan Perhutanan Pahang menafikan kejadian banjir besar baru-baru ini berpunca daripada aktiviti pembalakan dan pembersihan tanah yang berlebihan, rekod JAS sendiri menunjukkan bahawa bukan sahaja aktiviti pembalakan dan pembersihan tanah berlaku, malah sebahagian daripadanya telah diluluskan oleh JAS.

Gambar-gambar kayu balak yang dihanyutkan banjir tular di media sosial dan menimbulkan kebimbangan mengenai kemusnahan alam sekitar di Pahang, dengan netizen membuat spekulasi bahawa kayu balak dan serpihan kayu dihanyutkan air banjir adalah akibat pembalakan haram yang berleluasa.

Bagaimanapun dokumen yang diperolehi menunjukkan bahawa beberapa aktiviti ini mungkin mendapat kebenaran.

Jabatan Perhutanan Pahang menafikan dakwaan itu, menyalahkan tanah runtuh sebagai punca serpihan banjir di Bentong, dan seterusnya menegaskan tiada aktiviti pembalakan haram berlaku di Hutan Simpan Lentang.

Namun, baru setahun yang lalu jabatan yang sama mengeluarkan perintah berhenti kerja terhadap syarikat pembalakan yang ditugaskan untuk membersihkan hutan di rizab yang sama.

Selain itu, pada  2015, Persatuan Bagi Perlindungan Warisan Semula Jadi Malaysia mengancam untuk memberikan bukti bahawa aktiviti pembalakan memang berlaku di Hutan Simpan Lentang. Aktiviti sebegini tidak diasingkan di Lentang, kerana kerajaan Pahang sedar akan berleluasanya aktiviti yang merosakkan alam sekitar ini.

Pada 2019, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan bahawa 2,530 hektar hutan simpan di negeri itu telah diceroboh. #sumber

Share:

Isu Saham: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki !

PUTRAJAYA - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, hasil penjelasan dibuat, pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik Nasir Baki iaitu adik kepada Azam.

Justeru, beliau berkata, LPPR mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau 'conflict of interest' dalam perkara tersebut.

"LPPR telah mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 November lalu bagi mendapatkan penjelasan Tan Sri Azam berhubung perkara tersebut. 

Semua wakil LPPR telah mengambil bahagian untuk mengetahui keadaan sebenar daripada beliau.

"Dalam pertemuan itu, beliau telah menjelaskan kedudukan sebenar kepada saya dan ahli-ahli LPPR yang lain bahawa akaun saham beliau ketika itu digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli saham-saham berkaitan pada tahun 2015, yang mana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan 'pecuniary' atau 'benefisial' bagi pembelian mahupun pemilikan saham-saham berkenaan.

"Pada masa sama, pembelian saham-saham tersebut dibuat di pasaran saham terbuka (open market) dan tiada sebarang percanggahan kepentingan bagi pembelian saham-saham berkenaan pada tahun 2015," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kesemua saham-saham tersebut telah dipindahkan semula kepada Nasir dalam tahun berkaitan.

"Setelah berbincang dengan panjang lebar, ahli-ahli LPPR berpendapat Tan Sri Azam tiada sebarang kepentingan ke atas saham-saham berkenaan," katanya ketika sidang akhbar khas bersama LPPR di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.

Sidang akhbar itu dibuat bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang dikaitkan dengan pegawai-pegawai tertinggi di SPRM.

Sementara itu, ditanya mengenai masa yang lama diambil untuk membuat penjelasan, Abu Zahar berkata, LPPR bercadang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada masyarakat dalam masa tertentu.

Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan telah dibangkitkan terlebih dahulu oleh bekas ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, Profesor Dr Edmund Terence Gomez.

Jelas beliau, perkara itu amat mengejutkan memandangkan sebagai seorang yang terpelajar dan Ahli Jawatankuasa PPPR, sudah tentu Gomez mengetahui struktur dan tanggungjawab semua lima panel bebas memantau semua perjalanan pentadbiran SPRM.

"Mengenai isu peletakan jawatan Edmund, LPPR berpandangan ia adalah hak peribadinya untuk berhenti dan tiada siapa boleh menghalangnya.

"Dakwaan bahawa saya telah menerima surat daripada beliau (Gomez) juga tidak benar kerana saya tidak menerima apa-apa surat daripadanya mengenai isu saham Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga hari ini," ujarnya. ~ Sinar Harian

Share:

Kes Buli: Nasib 10 Orang Pelajar MRSM Kuala Kangsar Kini Di Tangan Pihak Pendakwa Raya

KUALA KANGSAR - Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung satu kes buli membabitkan 10 pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaakob, berkata kertas siasatan kes itu telah dilengkapkan pada 17 Disember, dan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya Perak untuk tindakan seterusnya dua hari lalu.

"Kes membabitkan 10 pelajar MRSM Kuala Kangsar ini selesai disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jadi sekarang ia di bawah (tindakan lanjut) pihak pendakwa raya," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan polis telah mengambil keterangan sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang 15 tahun yang dipercayai terbabit dalam satu kes buli, susulan penularan video berdurasi 10 saat di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut. ~ Bernama

Share:

Perbuatan Tebang Hutan, Sehingga Binasakan Kehidupan Rakyat, Jenayah Dunia Dan Akhirat

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan perbuatan menebang hutan sehingga membinasakan kehidupan rakyat adalah jenayah dunia dan akhirat.

Beliau berkata perbuatan itu dilaknat Allah SWT dan terdapat hadis Rasulullah SAW yang memberi amaran kepada penebang pokok yang menjadi teduhan orang ramai.

"Baginda memberitahu sesiapa yang melakukan hal itu maka Allah akan merendahkan atau merendam kepalanya ke dalam neraka.

"Daripada Aishah, Baginda SAW bersabda sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah merendahkan (menekan) kepalanya dalam neraka" (Riwayat Abu Daud, al-Nasai dalam al-Kubra, al-Baihaqi dll Hadis sahih).

"Selain itu, Al-Imam Abu Daud al-Sijistani iaitu empunya Sunan Abi Daud, ketika ditanya maksud hadis ini, beliau berkata bahawa hadis ini diriwayatkan secara ringkas yang bermaksud sesiapa dengan sia-sia (tiada alasan yang sah) dan zalim tanpa alasan yang benar memotong pokok bidara di tanah lapang yang mana pengembara dan binatang selalu berteduh di bawahnya, maka Allah merendahkan (menekan) kepalanya ke dalam neraka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan dipetik daripada laman web Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini.

Mohd Asri berkata hadis yang memberikan amaran dahsyat sebegini menunjukkan perbuatan yang dilarang itu termasuk sebagai al-Kabair iaitu dosa besar.

Beliau berkata, sesiapa yang memusnahkan tempat perlindungan bagi manusia dan haiwan ketika sangat memerlukan tanpa alasan benar termasuk dalam kalangan mereka yang sangat jahat.

"Bagaimanakah pula bagi mereka yang menebang pokok secara rakus sehingga berlaku bencana sehingga menyebabkan manusia kehilangan dan kemusnahan rumah dan tempat tinggal.

"Perbuatan ini bukan sekadar manusia yang hilang tempat berteduh di luar rumah, malah ia menyebabkan manusia juga hilang rumah, sekolah, tempat kerja, masjid, rumah ibadah dan pelbagai lagi.

"Bukan sekadar musafir sahaja yang melakukan perjalanan, bahkan manusia yang tinggal tetap di situ sejak sekian lama kehilangan segala-galanya dan apakah lagi kedajalan dan kejahatan yang lebih besar daripada itu," katanya.~ Berita Harian

Share:

Bekas Ketua Jurulatih Skuad Tok Gajah, Dollah Salleh Sah "Kembali Ke Pangkuan" Sri Pahang !

KUANTAN - Pasukan Sri Pahang FC hari ini mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih kelab itu musim lalu, Dollah Salleh sebagai pengurus pasukan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.

Dalam satu kenyataan menerusi hantaran pada akaun Facebook rasminya, Sri Pahang turut mengumumkan pelantikan Datuk Che Nasir Salleh sebagai penolong pengurus pasukan.

Pada awal musim lalu, Dollah dilantik sebagai pengurus pasukan sebelum mengambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih daripada Thomas Dooley selepas dua perlawanan sehingga berakhir musim.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Yusof dan Ahmad Shaharuddin Rosdi pula dilantik sebagai penolong jurulatih kepada Christophe Gamel yang dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Sri Pahang.

Ahmad pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih bersama beberapa pasukan Liga Super sebelum menyertai Sri Pahang sebagai penolong jurulatih pada 2020.

Ahmad Shaharuddin pula sudah berada dalam barisan kejurulatihan Sri Pahang sama ada sebagai ketua jurulatih dan penolong sejak 2010.

Turut menyertai barisan kejurulatihan Sri Pahang musim baharu ialah Rais Dermawan Kamarudin yang sebelum ini berkhidmat bersama skuad Piala Presiden, selaku jurulatih penjaga gol.

Seorang lagi bekas pemain, Jalaluddin Jaafar pula kembali ke dalam skuad Tok Gajah sebagai pegawai tadbir pasukan manakala Datuk Mohammed Suffian Awang kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab.  ~ Berita Harian

Share:

Pasukan Sri Pahang FC Sah Umumkan Lapan Pemain Baharu Hadapi Saingan Liga-M 2022

KUANTAN - Sri Pahang FC mengumumkan lapan pemain baharu termasuk seorang import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menerusi hantaran Facebook rasmi kelab itu malam tadi, mereka yang menyarung jersi Tok Gajah itu ialah bekas pemain pasukan remaja kebangsaan Perancis, Johan Martial.

Selain itu, Fandi Othman, David Rowley, Sean Gan Gianelli, Muhammad Faizal Mohd Arif, Azwan Aripin, Wan Amirzafran Wan Nadris dan Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi turut menyertai Sri Pahang.

Difahamkan, senarai penuh pemain Sri Pahang yang kini dikendalikan Christophe Gamel akan diumumkan, hari ini.

Menerusi hantaran itu, Martial yang juga pemain pertahanan tengah berketinggian 1.84 meter mengisi kekosongan ditinggalkan rakan senegara, Herold Goulon.

Martial yang juga abang kepada bintang Manchester United, Anthony Martial, berpengalaman beraksi dengan beberapa kelab Ligue1 termasuklah Bastia, Brest, Troyes dan musim lalu bersama FC Sochaux.

Sementara itu, pengalaman yang dimiliki Fandi, Rowley, Gianelli dan Muhammad Faizal diyakini membantu memperkasakan skuad Tok Gajah musim ini.

Walaupun belum mengumumkan secara rasmi barisan pemain, khidmat pemain tengah berpengalaman, Nor Azam Azih, Ashar Al Aafiz Abdullah dan Shahrul Aizad Zukifli yang beraksi musim lalu masih berada dalam pasukan.

Sebagai persediaan menghadapi saingan Liga M musim ini, Sri Pahang memulakan latihan pertama di Muadzam Shah, Rompin, malam tadi. ~ Harian Metro

Share:

Christophe Gamel Akhirnya Di Pilih Kemudikan Pasukan Sri Pahang Hadapi Saingan Musim Ini

KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang akhirnya memilih Christophe Gamel sebagai jurulatih skuad Sri Pahang musim ini.

Bekas Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Fiji itu sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu kelab itu bagi saingan Liga Malaysia musim 2022 menggantikan Dollah Salleh.

Sri Pahang sebelum ini turut mengintai Lim Teong Kim selain mengekalkan Dollah untuk mengemudi skuad Sri Pahang.

Bagaimanapun nama bekas jurulatih bawah 23 tahun itu lebih menonjol dalam program PBNP termasuk menghadiri majlis perjanjian tajaan jersi pasukan Pahang dengan syarikat Hakka yang bernilai RM1.3 juta baru-baru ini.

Pengumuman pelantikan itu menerusi hantaran di Facebook rasmi Sri Pahang FC semalam dan disahkan oleh pengurusan tertinggi pasukan Sri Pahang.

Menerusi video berdurasi 46 saat itu, jurulatih berasal Perancis berazam akan membalas kepercayaan yang diberikan pengurusan kelab.

Saya akan berikan yang terbaik buat Sri Pahang terutama kepada pemilik dan Ahli Lembaga Pengarahnya.Banyak pengorbanan dilakukan pengurusan Sri Pahang dan perkara yang penting ialah mentaliti, disiplin, dedikasi untuk lebih bersemangat, katanya.

Gamel, 50, diharap dapat menaikkan semula Sri Pahang musim ini selepas kelab itu menduduki tempat ke-10 Liga Super manakala sekadar menamatkan saingan Piala Malaysia di peringkat kumpulan musim lalu.

Ketika ini tugas utama jurulatih itu adalah memilih pemain selepas 14 pemain Pahang tidak disambung kontrak termasuk pemain import. ~ Utusan Malaysia

Share:

Banjir, Musim Tengkujuh: Jabatan Perhutanan Pahang Arah Tangguhkan Aktiviti Pembalakan

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Pahang mengeluarkan arahan supaya aktiviti pembalakan diberhentikan sementara bermula semalam berikutan banjir dan musim tengkujuh yang melanda negara.

Pengarah Perhutanan Pahang Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata keputusan itu dibuat bagi mengurangkan impak terhadap kawasan usaha hasil dan keselamatan pekerja.

Perkara itu dinyatakan dalam surat bertajuk “Arahan penangguhan sementara aktiviti pengusahasilan hutan dan pengangkutan kayu balak semasa musim tengkujuh dan bencana banjir tahun 2022.”

“Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengambil keputusan untuk memberhentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu dari matau di Negeri Pahang bermula 3 Jan 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil kepada pemegang lesen yang melanggar arahan ini dan boleh disabitkan kesalahan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.

Pada 30 Dis lalu, Jabatan Perhutanan Pahang berkata hasil semakan di Jalan Bentong–Karak berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong mendapati, sisa kayu yang berselerak di atas jalan dan jambatan adalah puing akibat kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Dis lalu.

Hasil semakan Jabatan Perhutanan Pahang mendapati, berlaku kejadian kepala air di dua lokasi itu yang bermula di Hutan Simpan Lentang akibat hujan lebat yang berterusan selama tiga hari bermula 16 Disember lalu hingga hari kejadian banjir besar di Bentong. #sumber

Share:

Jumlah Mangsa banjir Yang Berpindah Ke PPS Di Johor Dan Pahang 'Meningkat' Malam Tadi !

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang meningkat malam tadi, berbanding petangnya, manakala Negeri Sembilan, Melaka serta Sabah mencatatkan penurunan.

Bagi Selangor dan Terengganu, jumlah mangsa banjir kekal seperti sebelah petang.

Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan, berkata jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,923 setakat jam 8 malam tadi berbanding 5,588 orang petang tadi dengan jumlah PPS masih beroperasi di tujuh daerah kekal 81 membabitkan 1,585 keluarga.

"Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,311 orang, Tangkak (601), Mersing (540), Kota Tinggi (131), Kluang (120) dan Muar (118) dan Batu Pahat (102).

"Ketika ini hanya Batu Pahat mengalami hujan, manakala Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing pula mendung, sementara di Tangkak dan Muar cuaca cerah," katanya dalam kenyataan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir sedikit meningkat malam ini, kepada 2,308 orang berbanding 2,265 orang petang tadi dan 37 PPS beroperasi di lapan daerah iaitu Raub, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dan Sungai Serting di Padang Gudang, Bera masih melebihi paras bahaya seperti pagi tadi, namun mula menunjukkan trend menurun malam ini.

"Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,311 orang, Tangkak (601), Mersing (540), Kota Tinggi (131), Kluang (120) dan Muar (118) dan Batu Pahat (102).

"Ketika ini hanya Batu Pahat mengalami hujan, manakala Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing pula mendung, sementara di Tangkak dan Muar cuaca cerah," katanya dalam kenyataan.

Di Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir sedikit meningkat malam ini, kepada 2,308 orang berbanding 2,265 orang petang tadi dan 37 PPS beroperasi di lapan daerah iaitu Raub, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dan Sungai Serting di Padang Gudang, Bera masih melebihi paras bahaya seperti pagi tadi, namun mula menunjukkan trend menurun malam ini.

Di Negeri Sembilan, data terkini menerusi aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 1,628 individu membabitkan 448 keluarga dengan 15 PPS dibuka setakat malam ini, berbanding 1,666 individu (462 keluarga) dengan 16 PPS petang tadi.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,771 mangsa daripada 472 keluarga pada jam 8 malam ini berbanding 2,155 mangsa daripada 565 keluarga pada jam 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata semua mangsa terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 11 kawasan di Jasin.

"Seramai 318 mangsa daripada 92 keluarga ditempatkan di enam PPS di Alor Gajah, 1,154 mangsa daripada 300 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Melaka Tengah serta 299 mangsa daripada 80 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Jasin," katanya dalam kenyataan malam ini.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir di negeri ini sedikit menurun dengan 3,365 mangsa dari 1,331 keluarga malam ini, berbanding 3,377 mangsa banjir daripada 1,330 keluarga petang tadi, menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Sekretariat itu berkata, satu PPS iaitu Dewan Kampung Kiabau di Telupid ditutup, manakala 30 PPS masih dibuka di enam daerah terjejas banjir di utara serta pantai timur di negeri itu.

Daerah Kota Marudu kekal dengan mangsa banjir paling ramai dipindahkan dengan 2,659 mangsa daripada 1,115 keluarga di 14 PPS, diikuti Pitas (307 mangsa, 127 keluarga, empat PPS), Telupid (216 mangsa, 49 keluarga, tujuh PPS).

Sandakan (46 mangsa, tujuh keluarga, satu PPS), Beluran (38 mangsa, 10 keluarga, satu PPS), dan daerah kecil Paitan (99 mangsa, 23 keluarga, tiga PPS).

Di Selangor, aplikasi Info Bencana JKM merekodkan jumlah mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Kuala Langat kekal 40 individu iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (25 mangsa) dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam kekal di tahap bahaya sejak pagi tadi dengan ketinggian paras air pada 3.1 meter setakat jam 8 malam.

Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat yang berada di paras amaran petang tadi kini di tahap waspada dengan ketinggian paras air pada 3.1 meter setakat jam 8 malam dan dalam trend menurun.

Di Terengganu, kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 19 orang daripada lima keluarga di dua PPS di Kemaman malam ini.

"PPS Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor menempatkan sembilan orang daripada tiga keluarga, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga menempatkan 10 orang daripada dua keluarga.

"Pasukan penyelamat membuat pemantauan di kawasan pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar dijangka setinggi 3.7 meter malam ini," katanya. #sumber

Share:

Pembalakan Di Bentong, Pengarah Perhutanan Pahang Dakwa 'Video' Yang Di Tular Isu Lama !

KUANTAN - Isu pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lentang, Bentong yang ditularkan kembali melalui sebuah akaun Facebook baru-baru ini adalah kawasan lesen pembersihan hutan berstatus tanah milik.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, video yang dipaparkan itu isu lama pada tahun 2020.

Menurutnya, aktiviti itu berlaku dalam tanah milik iaitu JPNP hanya memberikan kebenaran untuk pelesen mengeluarkan kayu menggunakan hutan simpan sebagai laluan.

"Bagaimanapun kebenaran mengeluarkan kayu dari tanah milik itu menggunakan hutan simpan sebagai laluan telah ditarik balik.

"Jadi, tiada isu kerana aktiviti pembalakan dalam kawasan Hutan Simpan Lentang tidak berlaku seperti yang didakwa," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Mohd Hizamri berkata, lesen pengeluaran balak melibatkan kawasan itu diluluskan pada 15 Oktober 2020 sebelum arahan menghentikan kerja sementara dikeluarkan kepada pelesen pada 30 Oktober tahun sama.

"JPNP mengambil keputusan untuk membatalkan lesen pengeluaran balak bagi kawasan ini setelah mengambil kira beberapa faktor," katanya.

Tambah beliau, isu ini juga pernah tular sebelum ini dan ia sudah pun dijelaskan namun ada pihak sengaja memuat naik video tersebut kembali. #sumber

Share:

Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan Di Laksana Di Keratong 5, Mulai Khamis Ini !

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Januari.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dibuat selepas setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Beliau berkata, tiada pelanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara hari ini. #sumber

Share:

Mangsa Banjir Kecewa: Beratur Panjang Waktu Hujan, Tiba-Tiba Nama Tiada Di Dalam Senarai

KUANTAN - Rata-rata mangsa banjir kecewa dengan sistem agihan Wang Bantuan Ihsan (BWI) yang dilihat ketinggalan zaman dan menyusahkan rakyat. Ini berlaku pada majlis penyampaian bantuan tersebut kepada ketua isi rumah bagi daerah Kuantan di Dewan Inderapura dekat sini pada Isnin lalu.

Majlis penyampain telah disempurnakan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang. Antara PPS yang terlibat ialah dari SMK Gudang Rasau, SK Bunur Rendang, SMK Sungai Isap, SK Kempadang, SMK Sungai Isap Murni, SK Mat Kilau dan SMK Mat Kilau. 

Difahamkan, kekecohan berlaku selepas ada mangsa yang tiada nama dalam senarai selepas lebih dua jam beratur panjang ditengah hujan. Mereka bukan sahaja dari Pusat Pemimdahan Sementara (PPS)  di kawasan terbabit, malahan juga dari PPS lain. 

Seorang mangsa banjir dari Taman Sri Inderapura berkata, beliau kecewa melihat sistem agihan dan penyampaian maklumat yang cukup lemah pada zaman serba canggih ini. 

"Dunia IT dalam sistem perbankan memang memudahkan dan mempercepatkan urusan. Namun, pihak kerajaan masih berada di takuk lama, menempurungkan kehidupan mereka yang masih meraba-raba dalam dunia berteknologi tinggi ini.

"Data mangsa banjir semua ada dalam sistem Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan JPKK. Apa kejadahnya kena beratur dalam musim hujan menunggu gelombang kedua, ketiga, keempat untuk dapatkan bantuan tunai banjir.

"Gunakanlah data berkenaan terutamanya nombor telefon untuk berhubung dengan mangsa-mangsa banjir dan dapatkan nombor akaun bank mereka. Kurang dari lima minit terus bantuan tunai dipindahkan ke akaun mereka.

"Tak perlu lah beratur panjang-panjang menghadap birokrasi/redtape. Macamlah Bandaraya ini baru pertama kali ditimpa bencana banjir?." katanya.

Sementara itu, difahamkan hanya mangsa terpilih sahaja yang menerima bantuan banjir itu. Namun timbul persoalan kenapa pihak penganjur tidak menghubungi nama-nama yang dipilih sahaja untuk menerima bantuan pada majlis tersebut. Bukankah ia tidak susahkan orang lain yang terpaksa beratur panjang.

"Zaman sudah canggih, sepatutnya permudahkan urusan. Buat sama seperti BR1M dan BSH. Kenapa benda macam ini pun masih tidak boleh berubah ke arah lebih baik, Naya warga emas yang uzur terpaksa berhujan semata-mata mahu dapatkan bantuan. Sampai di kaunter, nama mereka tiada," tambah mangsa terbabit #PahangDaily


Share:

Pemimpin MUDA Tanya Kenapa Tiada Tindakan Henti Pembalakan Di Sekitar Sungai Telemong

SHAH ALAM – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil bagi menghentikan kegiatan pembalakan yang melampau di sekitar kawasan Sungai Telemong, Bentong, Pahang.

Naib Presiden Muda, Dr Thanussha Francis Xavier menerusi ciapan dan sebuah video di Twitternya turut membangkitkan punca mengakibatkan banjir teruk melanda kawasan tersebut.

“Apa agaknya yang telah mengakibatkan banjir yang begitu teruk melanda kawasan ini? Apa yang telah dibuat sampai sekarang tiada tindakan yang diambil?” soalnya pada Ahad.

Kerajaan Pahang pada Selasa dilapor sedang menunggu laporan lengkap siasatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung timbunan kayu balak di Sungai Telemong pada minggu lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan itu akan disiapkan JPNP dalam masa secukupnya sebelum diserahkan kepada kerajaan.

Dr Thanussha turut mendakwa perkampungan orang asli di kawasan itu musnah akibat banjir dan sekolah tamil yang berdekatan turut ditenggelami air.

“Perkampungan orang asli ini lagi teruk (dilanda banjir dan) sampai sekarang mereka tinggal di bawah khemah.

“Mana pampasan untuk mangsa? Mengapa tiada tindakan untuk menghentikan pembalakan yang melampau,” ciapnya beliau.

Beliau dalam masa sama turut membuat pertanyaan adakah syarikat balak perlu disaman kerana kegiatan pembalakan di kawasan tersebut. #sumber


Share:

Enam Sungai Di Pahang Rekodkan Bacaan Air Sungai Lepasi Paras Bahaya Sejak Semalam !

KUANTAN - Enam sungai di Pahang merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8.00 pagi semalam, berbanding empat sungai, kelmarin.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai berkenaan tiga di daerah Lipis manakala masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Maran.

Sungai terbabit ialah Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis yang merekodkan bacaan 99.67 meter (m) berbanding paras bahaya 97.25m.

Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis pula merekodkan 66.11m berbanding 62m manakala Sungai Lipis di Benta, Lipis 75.38m berbanding 73.50m.

Ia diikuti Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut dengan catatan 45.67m berbanding paras bahaya 41 m dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, dengan catatan 32.06m berbanding paras bahaya 29.70m.

Selain itu, sembilan sungai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala paras waspada pula membabitkan tujuh sungai. #sumber

Share:

Hujan Lebat Berterusan: Jalan Di Gambang Di Naiki Air, Di Tutup Untuk Kenderaan Ringan !

KUANTAN - Hujan lebat berterusan sejak pagi Ahad menyebabkan beberapa jalan di kawasan Gambang berhampiran Bukit Gambang Water Park ditutup sepanjang 200 meter akibat dinaiki air.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (land mark Gambang Resort) ditutup kepada kenderaan ringan susulan dinaiki air sedalam 0.80 meter.

"Penutupan jalan itu sudah dimaklumkan. Jadi saya minta masyarakat tidak mengambil risiko untuk meredah air dan orang ramai mengikut arah pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada sejam lalu, tular di Facebook satu video berdurasi 58 saat memaparkan Jalan Gambang di naiki air.

Kelihatan beberapa kenderaan terkandas dan terpaksa berpatah balik selepas menyedari air sudah melimpah di kawasan terbabit. #sumber

Share:

Gelombang Kedua: Sebanyak 284 Keluarga Di Pindah Ke 38 PPS Di Enam Daerah Di Pahang

KUANTAN - Sebanyak 284 keluarga melibatkan 995 mangsa telah dipindahkan ke 38 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6 petang pada Ahad susulan enam daerah di Pahang dilanda banjir gelombang kedua sejak Jumaat lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, enam daerah berkenaan ialah Lipis, Maran, Bera, Rompin, Raub dan Jerantut.

Menurutnya, daerah Lipis mencatatkan seramai 501 mangsa daripada 144 keluarga ditempatkan di 13 PPS.

"Di Raub pula seramai 276 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di 12 PPS diikuti Maran seramai 92 mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di lima PPS.

"Selain itu, Jerantut mencatatkan seramai 61 mangsa daripada 16 keluarga di tiga PPS, Rompin 51 mangsa daripada 13 keluarga di empat PPS dan

Bera 14 mangsa daripada empat keluarga di sebuah PPS," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Che Adam memaklumkan, seramai 1,063 mangsa daripada 348 keluarga yang terlibat banjir gelombang pertama masih lagi ditempatkan di 10 PPS di Temerloh dan Pekan.

Katanya, di Temerloh ia melibatkan seramai 711 mangsa daripada 224 keluarga ditempatkan di tujuh PPS manakala Pekan seramai 352 mangsa daripada 124 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Dalam perkembangan semasa, Che Adam berkata, sebanyak lapan laluan ditutup membabitkan lima daerah di Pahang iaitu Kuantan, Maran, Jerantut, Pekan dan Temerloh. #sumber

Share:

MetMalaysia Melaporkan Amaran Hujan Lebat Tahap Bahaya Berterusan Di Pahang Dan Johor

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengemas kini amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang yang membabitkan Kuantan, Bera, Rompin dan Pekan setakat jam 6.20 petang semalam.

Terdahulu, amaran hujan sangat lebat berterusan dikeluarkan bagi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru, Johor yang dijangka berlaku sepanjang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya, berkata beberapa daerah di dua negeri itu dijangka hujan sangat lebat yang berterusan sehingga esok.

Dalam pada itu, hujan hebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku hari ini dan esok di Pahang iaitu Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran; selain di Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat, Sabah serta seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Seterusnya, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran waspada membabitkan Kelantan, Terengganu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) dari hari ini hingga Selasa.

Amaran waspada itu membabitkan Tuaran, Ranau dan Kota Belud serta Sandakan (Kinabatangan).

Dalam pada itu, hujan berterusan dijangka berlaku sehingga esok yang membabitkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Selain itu, hujan berterusan dijangka berlaku hari ini dan esok di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dikeluarkan apabila apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan serta ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan serta ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi tempoh enam jam di sesuatu kawasan terbabit. #sumber

Share:

Gelombang Kedua: Jumlah Mangsa Kian Banjir Meningkat, Tujuh Jalan Kena Tutup Di Pahang !

KUANTAN -  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan jumlah mangsa banjir petang ini ialah seramai 2,058 orang dengan 48 PPS beroperasi di lapan daerah.

Daripada jumlah itu, 995 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua di Raub, Lipis, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin manakala bakinya adalah mangsa banjir besar yang berlaku pada pertengahan Disember lepas di Temerloh dan Pekan.

Tujuh jalan ditutup iaitu di Jalan Sungai Lembing dan Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Bukit Gambang Resort kedua-duanya di Kuantan, selain Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran), Jalan Kuantan-Segamat (Pekan), Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut) dan Jalan Temerloh-Jerantut serta Jalan Paya Luas-Perlok di Temerloh. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.