script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peneroka Felda Bukit Goh Rasa Menyesal 'Pajak' Ladang Menjadi Lombong Bauksit !


KUANTAN – “Kami mahu buka buku baharu, tolonglah bantu kami,” kata Mohd. Azlan Mustafa, 39, yang merupakan generasi kedua Felda Bukit Goh di Kuantan dan hilang pendapatan hampir enam tahun lalu.

Menurutnya, aktiviti perlombongan bauksit tersebut telah menyebabkan separuh daripada tanah ladang sawit milik keluarganya dilaksanakan aktiviti perlombongan, manakala separuh lagi hanya sempat ditebang sawit sebelum moratorium dikuatkuasakan.

Susulan itu kata Mohd. Azlan, pelaksanaan moratorium menyebabkan dia dan adik beradiknya kini hilang punca pendapatan daripada ladang sawit berkenaan yang kini bertukar menjadi semak samun.

“Kini hanya saya yang tinggal di rumah Felda selepas abang meninggal dunia, manakala adik-beradik yang lain keluar dari sini mencari rezeki di tempat lain.

“Saya juga terpaksa mencari kerja lain dengan pendapatan yang tidak menentu.

“Jadi saya dan generasi muda lain amat mengharapkan supaya ladang yang ada dapat dibangunkan atau ditanam semula agar tidak terbiar dan memberi pendapatan kepada kami,” katanya di sini semalam.

Menceritakan mengenai perlombongan bauksit, Mohd. Azlan berkata, dia dan adik-beradiknya bersetuju melaksanakan perlombongan bauksit bermula 2015 selepas ramai peneroka lain berbuat demikian.

Katanya, bagi memastikan penanaman semula sawit dapat dilakukan mereka juga telah membayar sebanyak RM41,000 kepada Felda sebagai bayaran untuk penanaman semula pada masa akan datang.

“Sebenarnya duit daripada bauksit memang tidak banyak sebab kami terpaksa bahagi kepada lima bahagian, malah ia juga memang tidak dapat disimpan kerana bayaran diberi sedikit demi sedikit contohnya RM6,000 sekali seminggu,” katanya.

Dalam pada itu Zakaria Ismail, 48, berkata, meskipun tidak terlibat dalam perlombongan bauksit, namun pendapatannya juga terjejas memandangkan pokok sawit terlalu tua dan tidak dapat mengeluarkan hasil banyak.

Luahnya, ladangnya yang mempunyai pokok sawit berusia 25 tahun itu juga terkeluar daripada program penanaman semula Felda memandangkan terletak berhampiran kawasan perlombongan bauksit.

“Saya harap kerajaan dapat membantu kami kerana jika ­dibiarkan mungkin tanah ini akan menjadi kawasan hutan terbiar dan merugikan semua pihak, buatlah apa sahaja asalkan memberikan faedah kepada penduduk,” pintanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Gagasan 2 Generasi Kuantan (G2G), Jefri Salim berkata, seramai 402 peneroka terjejas selepas terkeluar daripada program penanaman semula ekoran bauksit.

Katanya, peneroka terlibat juga menyesal dengan kejadian ‘tragedi bauksit’ dan mengha­rapkan sinar baharu agar ladang yang ada dapat memberikan ha­sil kepada mereka dan generasi akan datang.

“Kalau hendak tanam semula sendiri memang peneroka tidak mampu dan kalau ditanam pun belum tentu tumbuh subur kerana masalah tanah.

“Jadi antara cadangan lain mungkin boleh dilakukan adalah lembah solar yang menjanjikan pendapatan awal RM3,000 sebulan,” ujarnya. #sumber

Share:

Peruntukan ADUN PAS Pahang Terhenti Selepas UMNO 'Berkuasa' Di Putrajaya !

 

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menghentikan penyaluran peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sejak Januari lalu, dedah seorang wakil rakyatnya.

Langkah menghentikan penyaluran peruntukan itu dibuat selepas UMNO kembali berkuasa di Putrajaya, kata ADUN Panching, Tarmizi Yahaya kerana semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi Kerajaan Persekutuan peruntukan masih lagi diterima semua ADUN PAS sebelum ini.

“Kami ADUN PAS tak terima peruntukan sebanyak RM20,000 sejak Januari. Ia ditamatkan tanpa sebarang notis. Kami tak dimaklum, tak dipanggil berjumpa untuk berbincang,” katanya.

Jelasnya, krisis dalam Muafakat Nasional (MN) mungkin menjadi punca UMNO tidak menyalurkan peruntukan kepada ADUN PAS lagi.

“Ada kemungkinan (tamat sebab MN), sebab bila ada isu di peringkat MN, bermula dari situ, UMNO mula hentikan peruntukan,” jelasnya lagi.

Tarmizi juga mendesak UMNO-Barisan Nasional (BN) Pahang memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Untuk rekod, PAS mempunyai lapan wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendedahkan ADUN PAS di Pahang tidak menerima sebarang peruntukan dari kerajaan negeri pimpinan UMNO-BN.

Berbeza dengan situasi di Kelantan dan Terengganu, di mana ADUN UMNO masih menerima peruntukan daripada kerajaan negeri, walaupun tidak bersama dalam pentadbiran.

Mengambil kira situasi di negeri pimpinan PAS, iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah yang masih menyalurkan peruntukan sama rata kepada ADUN UMNO, Tarmizi mahu ia turut diamalkan di Pahang demi agenda pembangunan umat Melayu Islam di negeri itu.

“Ikutnya, (kerajaan) UMNO Pahang dapat peruntukan daripada kerajaan pusat, dia kena ingat antara jasa dia dapat peruntukan itu ialah hasil dukungan BERSATU dan PAS di peringkat pusat.

“Peruntukan (disalurkan kerajaan pusat), kerajaan negeri ambil, tapi tak disalurkan kepada ADUN PAS. Ini tidak adillah,” ujarnya lagi. #sumber

Share:

Semua ADUN PAS Di Pahang Tak Terima Peruntukan Kerajaan Sejak Awal Tahun !

 

KUANTAN - PAS Pahang mengesahkan kesemua lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu sudah tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri sejak awal tahun ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, bagaimanapun semua wakil rakyat PAS di negeri ini tetap kekal menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada pengundi di kawasan masing- masing.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin mendakwa ADUN PAS di Pahang tidak menerima peruntukan daripada kerajaan negeri yang diterajui UMNO.

ADUN PAS di Pahang terdiri daripada Rosli yang merupakan ADUN Tanjung Lumpur; Andansura Rabu (Beserah); Mohd Tarmizi Yahya (Panching); Mohd Sufian Abdul Jalil (Luit); Mujiburahman Ishak (Chenor); Shahril Azman Abdul Halim (Jengka); Mohd Zakhwan Ahmad Badardin (Tahan) dan Zuridan Daud (Damak).

Ahmad Fadli turut mengucapkan tahniah juga kepada ADUN Pas di Pahang yang masih terus bekerja dengan penuh komitmen walaupun tidak diberikan peruntukan oleh kerajaan negeri Pahang.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan keadaan berbeza dengan layanan diberikan kepada wakil rakyat UMNO di negeri-negeri diterajui Pas.

Menurutnya, kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah tetap memberi layanan baik kepada ADUN UMNO, termasuk menyalurkan peruntukan dan memberi jawatan dalam Exco Kerajaan Negeri. #sumber

Share:

Seorang Maut & Dua Cedera Nahas Tiga Kenderaan Jalan Muadzam Shah-Rompin

ROMPIN - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Muadzam Shah-Rompin, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 pagi.

Susulan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang lelaki dewasa dipercayai penunggang motosikal maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

"Tiga kenderaan terlibat kemalangan iaitu sebuah motosikal, kereta Proton Wira dan pacuan empat roda Toyata Hilux.

"Anggota menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang tersepit dan cedera di dalam kereta.

"Kedua-dua juga telah dibawa untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti," kata Zulfadli. #sumber

Share:

Kerajaan Pusat Sedia Peruntukan Untuk Bantu Pulihara Dan Pelihara Tasik Chini

 

PEKAN - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) perlu memastikan kempen penanaman 100 juta pokok dapat terus aktif sepanjang tahun.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata terdapat negeri yang dilihat kurang aktif melakukan aktiviti menanam pokok.

"Seluruh negara kita berjaya menanam lebih 40 juta pokok dan saya yakin jumlah berkenaan akan terus bertambah dalam tempoh tiga bulan, tahun ini.

"Di Pahang sebanyak 4.9 juga pokok telah ditanam menerusi kempen penanaman lima juta pokok peringkat negeri yang ditetapkan," katanya pada Program Penanaman Pokok dan Penggayaan Tasik Chini, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Rosli Isa dan Ketua Pengarah JPSM, Datuk Mohd Ridza Awang.

Sempena program dua hari itu sebanyak 1,000 pokok balak spesies Merawan Siput Jantan dan Meranti Temak Nipis ditanam secara gotong-royong oleh 250 kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang termasuk penduduk setempat, sukarelawan dan penuntut Insititut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, pihaknya menyediakan peruntukan bagi membantu memulihara dan memelihara Tasik Chini sambil dibantu oleh kerajaan negeri.

"Pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara kawasan Tasik Chini antaranya ialah penghijauan bumi itu sendiri dengan penanaman pokok penutup bumi dan pokok berkayu selain melaksanakan penguatkuasaan dan menghentikan aktiviti melombong.

"Pusat penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terdapat di Tasik Chini turut bertanggungjawab melakukan kajian dalam usaha memulihara dan memelihara Tasik Chini yang diwartakan sebagai Tapak Rizab Biosfera pertama di negara ini yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi Program Man and the Biosphere (MAB) pada 26 Mei 2009," katanya. #sumber

Share:

Liga Super: Sri Pahang 'Rebah' Di Laman Sendiri, Tewas 0-2 Di Tangan KL City FC

 

KUANTAN - Kuala Lumpur City FC (KL City) mempamerkan persembahan meyakinkan selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, semalam.

Biarpun diuji dengan percubaan berbahaya oleh David Rowley ketika perlawanan berlangsung 30 saat, pelawat jelas tampil bertenaga.

Pada perlawanan itu, Rowley hampir menjaringkan gol pendahuluan sebaik perlawanan bermula tetapi bola sepakan pemain tengah itu berjaya ditangkap penjaga gol KL City, Kevin Mendoza.

Selepas itu tiada lagi percubaan yang berbahaya dilakukan pemain tuan rumah dalam usaha mendalului pasukan lawan.

Sebaliknya, KL City yang memberikan tekanan apabila hampir berpeluang menjaringkan gol pendahuluan hasil sentuhan Muhammad Haqimi Azim Rosli tetapi bola tendangan penyerang muda itu diselamatkan penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa pada minit ke-16.

Pada minit ke-27, pemain import lawan, Rolel Morales turut berpeluang untuk membolosi gawang tetapi gagal diterjemahkan.

Namun, tiga minit kemudian, Muhammad Haqimi Azim menebus kehampaan apabika menjaringkan gol pendahuluan untuk memastikan KL City selesa di hadapan.

Ketinggalan 0-1, Sri Pahang berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi terpaksa akur keputusan itu kekal sebaik tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang memiliki peluang terutama menerusi rembatan Manuel Hidalgo dari luar kotak penalti tetapi bola tersasar di sebelah kanan gawang KL City pada minit ke-61.

Pada minit ke-72, KL City berjaya menambah gol kedua hasil sentuhan kapten pasukan, Zhafri Yahya yang menewaskan Samassa buat kali kedua.

Tidak mahu terlepas mata, Sri Pahang berusaha untuk menjaringkan gol namun segalanya serba tidak menjadi dan terpaksa akur tewas di halaman sendiri. #sumber

Share:

Juruterbang Helikopter Yang Terhempas Dekat Bidor, Di Sahkan Meninggal Dunia

 

TAPAH - Juruterbang yang dilaporkan hilang selepas helikopter jenis Eurocopter EC120B kendaliannya terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada Ahad disahkan maut.

Mayat Tsz Kin Richard Chan, 58, warganegara Hong Kong berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dari kawasan Hutan Simpan Chikus di sini sekitar jam 10.12 pagi selepas 22 jam helikopter berkenaan dilaporkan hilang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ditemukan dalam kokpit helikopter terbabit.

"Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui bangkai helikopter terhempas di hutan berkenaan.

"Operasi membawa keluar mangsa dilaksanakan sebelum diterbangkan ke padang sebuah sekolah di Ipoh dan seterusnya di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berhampiran," katanya kepada pemberita di Balai Polis Bidor di sini pada Isnin.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat.

"Keadaan cuaca yang baik memudahkan pasukan melakukan usaha menyelamat yang melibatkan 10 pegawai dan 197 anggota dari pelbagai agensi.

"Lokasi nahas akan dikawal sementara bangkai helikopter akan diserahkan kepada CAAM untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambah beliau, pihak syarikat akan memaklumkan kejadian ini kepada keluarga mangsa. #sumber

Share:

ADUN Dakwa Layanan Dua Darjat Lepas Kerajaan Benar Buka Tanah Di Cameron

 

CAMERON HIGHLANDS - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata., Chiong Yoke Kong mengkritik Kerajaan Pahang, mendakwa berlaku 'layanan dua darjat' dalam membenarkan pembukaan tanah untuk pembangunan dan aktiviti pertanian di Kampung Raja di sini.

Ini kerana kebun haram sebelum ini beroperasi di kawasan sama telah dimusnahkan dalam Ops Gading beberapa tahun lalu, dakwa wakil rakyat DAP itu.

"Tiada mana-mana pihak menjalankan aktiviti pembangunan dan pertanian di kawasan tersebut selepas tindakan penguatkuasaan Ops Gading.

"Namun, kerajaan Negeri dan pihak berkuasa seolah-olahnya mengalami 'anjakan sikap' kerana membenarkan syarikat besar untuk menjalankan aktiviti pembukaan tanah yang lebih berskala besar di kawasan tersebut.

"Tindakan tersebut telah menunjukkan 'layanan dua darjat' dan kontradikisi," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Chiong menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk membaiki cerun di Cameron Highlands, berikutan tinjauan terbaru di Kampung Raja yang dilakukannya dengan penduduk yang menemui kerosakan.

Bulan lalu, sebuah syarikat diberi permit untuk membuka tanah di kawasan hutan seluas 6,475 hektar berhampiran Kampung Raja.

Ini menimbulkan kebimbangan penduduk mengenai kemungkinan bencana alam akibat pembukaan tanah boleh menyebabkan pokok kayu dihanyutkan bersama lumpur ke lereng gunung dan berkemungkinan mengundang tanah runtuh yang akan memusnahkan Kampung Raja.

Chiong turut menggesa kerajaan negeri mengambil langkah proaktif seperti memasang sistem amaran bencana digital.

"Sebagai langkah jangka masa pendek, saya menyeru kerajaan negeri dan agensi kerajaan berkaitan agar segera memasang sistem amaran digital bencana yang dapat mengesan pergerakan tanah 24 jam sehari dan menghantar amaran kepada penduduk untuk meninggalkan tempat berisiko dengan segera.

"Pada masa yang sama, kerajaan negeri dan PBT perlu memandang serius terhadap masalah dan mengambil langkah proaktif,” katanya.

Menurut Chiong, ini termasuk memberhentikan segala aktiviti penebangan pokok dan menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan demi mengelakkan berlakunya tanah runtuh.

"Maka, saya juga mencadangkan kepada kerajaan negeri dan pihak berkenaan untuk menanam semula pokok-pokok di kawasan tersebut bagi memelihara cerun dan membina sistem saluran air untuk tujuan membaiki cerun demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk Cameron Highlands,” katanya. #sumber

Share:

Laporan "Penambahbaikan" Tasik Chini Sudah Siap Dan Akan Di Hantar Kepada Pihak UNESCO Dalam Masa Terdekat Ini

 

PEKAN - Laporan yang mengandungi penambahbaikan di Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, di sini, sudah siap dan akan dihantar kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris dalam masa terdekat.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata laporan berkenaan akan dihantar sendiri oleh kerajaan negeri yang akan diwakili Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

"Saya difahamkan kerajaan Pahang telah siap buat laporan terkini dan akan dihantar sendiri ke pejabat UNESCO di Paris yang uruskan perkara ini.

"Kita yakin status UNESCO kepada Tasik Chini tidak terjejas dan kita akan berikan penjelasan seperti diperlukan oleh pihak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penanaman Pokok dan Pengayaan di Tasik Chini di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

UNESCO memberi tempoh kepada Malaysia hingga 30 September ini untuk memaklumkan badan dunia itu mengenai perancangan bagi merawat dan memulihkan Tasik Chini serta tanah lembap di sekelilingnya supaya kembali sihat.

Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar adalah Tapak Rizab Biosfera pertama di Malaysia yang diiktiraf UNESCO menerusi Program Man and the Biosphere (MAB) pada 26 Mei 2009.

Selain Tasik Chini, Malaysia turut mendapat pengiktirafan UNESCO bagi Banjaran Crocker, Sabah pada 12 Jun 2014 dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada 15 September 2021.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara kawasan Tasik Chini.

Beliau berkatar, antaranya ialah penghijauan bumi itu sendiri, iaitu dengan penanaman pokok selain melaksanakan penguatkuasaan dan menghentikan aktiviti melombong.

"Kita telah menerima bukan teguran, tetapi saranan daripada pihak yang beri pengiktirafan supaya kita laksanakan penambahbaikan, tidak ada apa-apa pelanggaran.

"Justeru, kerajaan menerusi kementerian dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah ambil tindakan untuk berikan penambahbaikan di Tasik Chini ini," katanya.

Mengenai program hari ini, beliau berkata 1,000 pokok pelbagai spesies telah ditanam dan setakat ini menerusi kempen penanaman 100 juta pokok, Pahang telah menanam 4.9 juta pokok.

"Di seluruh negara pula kita berjaya tanam lebih 40 juta pokok, dan kita yakin bilangan itu akan bertambah, cuma saya lihat ada negeri yang kurang aktif.

"Justeru, kementerian menerusi JPSM akan susun program supaya ia dapat diaktifkan lagi," katanya. #sumber

Share:

Paip Pecah Di Kawasan MGCC Di Kenal Pasti Jadi Punca Gangguan Bekalan Air

 

KUANTAN - Paip pecah yang berlaku di kawasan Mahkota Golf and Country Club (MGCC) di sini, dikenal pasti punca menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, kerja membaiki paip akan dilakukan dalam tempoh segera.

Menurutnya, ia kerana pihaknya berdepan cabaran untuk pembaikan paip itu kerana kemungkinan berlaku faktor luar jangka.

"Paip yang berukuran 1,500 milimeter (mm) itu berada dalam kedalaman antara lapan hingga 11 meter.

"Disebabkan berlaku runtuhan tebing, kita memasang cerucuk kepingan besi di kawasan berlaku paip pecah itu yang memakan masa sehingga 16 jam.

"Kita akan berusaha untuk kerja penyelenggaraan dapat diselesaikan segera," katanya pada sidang media selepas meninjau tapak bagi penyelenggaraan air mentah di MGCC, di sini, hari ini.

Bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air sebaik kerja pembaikan dilaksanakan, Saiful Zaini berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan daripada syarikat operator air dari negeri lain.

Katanya, kira-kira 100 lori tangki diperlukan untuk membantu membekalkan bekalan air kepada penduduk yang terjejas.

"Pada masa sama, kita juga akan menyediakan tangki statik di kawasan yang terjejas.

"Namun, Paip akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air secepat mungkin," katanya.

Berlaku gangguan bekalan air yang difahamkan membabitkan kira-kira 35,000 pemilik akaun sejak Selasa lalu.

Gangguan bekalan disebabkan paip yang dipasang pada 1980-an itu pecah. #sumber

Share:

Penghormatan 'Kemangkatan' Ratu Elizabeth II, Pahang Akan Kibar Bendera Separuh Tiang

 

KUANTAN - Pahang kibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu seperti mana dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Sementara itu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga diraja United Kingdom atas kemangkatan pemerintah paling lama dalam sejarah dunia itu.

Melalui hantaran di Facebook miliknya, Wan Rosdy berkata, Ratu Elizabeth II merupakan pemerintah paling lama dalam sejarah dunia dan juga salah seorang ikon yang sangat disanjungi ramai.

"Saya turut berduka atas khabar ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga Diraja United Kingdom, seluruh rakyatnya serta warga Komanwel di serata dunia.

"Semoga semuanya sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan pada waktu sukar ini," katanya.

Ratu Elizabeth II, monarki paling lama memerintah dalam sejarah British, mangkat pada usia 96 tahun seperti diumumkan Istana Buckingham. #sumber

Share:

PRU-15: 'Blogger Cucumatkilau' (CMK) Umum Bakal Tanding Di Tiga DUN Pilihan Di Pahang !

 

KUANTAN - Blogger kontroversi, Mohd Shukri Mohd Ramli atau lebih dikenali dengan gelaran Cucu Mat Kilau (CMK) mendedahkan akan bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, keputusan untuk bertanding pada PRU15 bukan lagi atas tiket calon Bebas, sebaliknya mewakili parti politik yang mempunyai jentera kuat.

Menurutnya, beberapa tawaran sudah diterima daripada parti politik seperti Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Gerakan Tanah Air (GTA) serta Parti Rakyat Malaysia untuk menjadi calon kerana mereka tidak mempunyai calon berwibawa.

"Ada lima kapal (parti) yang boleh saya tumpang, sudah pastinya kapal yang ingin saya tumpang menuju ke pulau (kawasan) yang selamat. Saya tidak boleh tumpang kapal yang sudah bocor, nakhoda ada dua tiga sebab haluan bercelaru.

"Saya kena buat pilihan tepat dalam masa terdekat. Selepas itu, saya akan dibawa untuk berjumpa kepimpinan parti yang telah dipilih dan mereka bawa usul ini ke dalam mesyuarat negeri untuk buat ketetapan," katanya ketika sidang akhbar di Kuantan pada Khamis.

Mohd Shukri sebelum ini adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum mengumumkan keluar daripada parti itu pada Februari 2011.

Beliau pernah bertanding pada PRU12 di kerusi DUN Kemayan dalam Parlimen Bera; kerusi DUN Semambu (Parlimen Indera Mahkota) pada PRU13 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini pada tahun 2020.

Mohd Shukri berkata, beliau sedang memilih kerusi bakal ditandingi dalam PRU15 akan datang seperti yang ditawarkan.

Katanya, lima tawaran kerusi DUN antaranya Chenor, Pulau Tawar, Teruntum, Semambu dan Pulau Manis, namun sasarannya adalah kerusi DUN Teruntum, DUN Semambu dan DUN Pulau Manis.

“Saya pilih tiga kerusi DUN di Parlimen Kuantan dan Pekan ini sebab lebih mudah hendak suarakan masalah rakyat Pahang, tapi kalau ditawarkan juga (bertanding) kerusi Parlimen, saya tidak menolak.

"Konsep saya tidak mahu kacau rumah tangga yang sudah ada, tetapi jika pemimpin atas bersungguh untuk saya bertanding kerusi Parlimen saya menerimanya," ujar beliau.

Ditanya kenapa tidak menyertai Pejuang dan GTA, Mohd Shukri berkata, keputusan muktamad menyertai mana-mana parti masih belum dibuat, jadi beliau bebas mempertimbangkan gabungan mana paling sesuai dengan agenda perjuangannya.

“Saya ada bertemu dengan (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir (Presiden Pejuang) dan (Datuk Dr) Ibrahim Ali (Presiden Putra) baru-baru ini, dan mereka ada mempelawa saya bersama mereka.

“Kemungkinan itu masih ada, tapi semua pilihan masih di atas meja dan bila sampai masa, saya akan umum,” tegas Mohd Shukri.

Dalam pada itu, Mohd Shukri turut membayangkan untuk bersara dari dunia politik jika tewas dalam PRU15.

“Ini adalah percubaan terakhir saya, jika kalah juga, maknanya saya sudah ‘tak laku’ dan bolehlah saya tumpukan kepada kerja lain.

“Sejak terbabit dalam politik pada tahun 1998, saya tidak pernah menyesal dalam memperjuangkan nasib rakyat serta isu alam sekitar.

“Tahun ini agak mencabar bagi saya kerana disaman RM1 juta oleh kerajaan Pahang akibat pendedahan saya buat berkaitan isu banjir di sekitar Bentong hujung tahun lalu,” katanya. #sumber

Share:

Gagal Kibarkan 'Jalur Gemilang', 52 Premis Di Pahang Kena Kompaun Sebanyak RM26,000 !

KUANTAN - Sebanyak 52 premis perniagaan di negeri ini yang gagal mematuhi arahan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM26,000.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata, setiap premis yang terlibat dikenakan tindakan kompaun RM500.

“Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM26,000 bagi premis yang gagal memasang Jalur Gemilang di seluruh negeri ini,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya hanya 2.7 peratus daripada 1,882 premis perniagaan di negeri ini didapati ingkar arahan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Sehingga kini, semua PBT Pahang telah menjalankan penguatkuasaan atas kegagalan memasang bendera premis masing-masing di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 171.

“Cuma 2.7 peratus sahaja yang tidak patuh (arahan) dari 1,882 premis yang diperiksa. Majoriti masih patuh pemasangan bendera di premis masing-masing,” katanya.

Jelasnya lagi, PBT di negeri ini telah mengeluarkan arahan mewajibkan pemasangan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dari 16 Ogos hingga 16 September.

“Bendera yang dipasang pada premis mestilah dalam keadaan baik, tidak lusuh atau koyak, dan dipasang dengan betul dan jelas,” katanya. #sumber


Share:

Samakan 'Hukuman' Terhadap Najib Umpama Nabi Yusuf Dan Nelson Mandela Keterlaluan !


KUALA LUMPUR – Kenyataan Nizar Najib dalam ucapannya Ahad lalu yang melihat hukuman ke atas ayahnya memiliki persamaan dengan apa yang dilalui Nabi Yusuf agak keterlaluan dan ‘lucu’.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, walaupun sebagai anak wajar bersedih selepas bapanya dihukum, namun tindakan menagih simpati menggunakan sentimen agama amat tidak wajar.

“Sebagai seorang anak, adalah wajar bersedih dengan tuduhan bersalah dan hukuman penjara ke atas bapanya oleh mahkamah. Perasaan sedih, simpati ini adalah salah satu sifat manusiawi, fitrah yang Allah SWT.

“Tetapi tindakan menagih simpati menyamakan dugaan itu dengan Nabi Yusuf amat tidak wajar malah menimbulkan rasa meluat.

“Tidak hairanlah di akhir zaman ini agama sering diheret ke kancah politik murahan dan ditunggang untuk berkuasa dan mengaburi kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, Nizar ketika majlis Solidariti Untuk Najib Razak di Pekan, Pahang berkata, hukuman yang dikenakan ke atas bapanya itu ada hikmah di sebaliknya.

Nizar juga memberi persamaan dugaan yang menimpa Najib hampir sama seperti yang berlaku kepada Nabi Yusuf dan tokoh anti-apartheid, Nelson Mandela.

Kira-kira dua minggu bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke dalam Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Tengku Zulpuri berkata, apa yang dilalui Najib merupakan proses undang-undang dan penghakiman daripada Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Malah mahkamah memberi peluang untuk beliau membuktikan dirinya jika tidak bersalah,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bahawa pengampunan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

“Sejarah membuktikan kejatuhan kerajaan yang unggul pada ketika itu berlaku akibat salah guna kuasa, rasuah, pengkhianatan dan pemerintahannya menjalankan hukuman yang tidak adil serta berpilih-pilih. #sumber

Share:

'Datuk' Menyamar S/U Sulit Tengku Mahkota Pahang Di Tuduh Tipu Yayasan Bank Rakyat !

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, dua tahun lepas.

Tertuduh, Datuk Redzuan Zainuddin, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.

Mengikut pertuduhan, Redzuan didakwa cuba menipu pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank, Abd Samad Khalid, 58, dengan menyamar dan mempercayai bahawa tertuduh sebagai Setiausaha Sulit kepada (SUS) Tengku Mahkota Pahang/Pemangku Raja Pahang.

Tindakan itu mendorong Abd Samad melantik tertuduh sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfields di sini pada 2.14 petang, 27 Mac 2020.

Redzuan didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Komisioner Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Ramalinggam yang mewakili Redzuan memohon jaminan paling minimum dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai lapan anak.

Kemudian mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes. #sumber

Share:

Bekas ADUN Chini PRU-10 Dari Keadilan Yang Menang 'Lima Undi' Meninggal Dunia Hari Ini !


KUANTAN - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini daripada KEADILAN, Mohd Jafri Ab Rashid meninggal dunia hari ini. 

Beliau sebelum ini mendapat rawatan penyakit kanser tahap empat di Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Bandar Indera Mahkota dekat sini. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-10, pada tahun 1999 namanya 'meletop' apabila menang kerusi DUN Chini dengan majoriti hanya lima undi.

Beliau menewaskan Exco Kerajaan Negeri Pahang ketika itu yang juga ADUN Chini sebelumnya, Allahyarham Dato' Sri Wan Razali Wan Mahussin.  Kemenangan beliau itu mengejutkan semua pihak kerana ketika itu Keadilan  berada pada saat yang amat sukar. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-11, calon Barisan Nasional (BN) Allahyaram Dato' Sri Abu Bakar Harun menewaskan beliau dengan majoriti 4,005 undi. Abu Bakar mendapat 6,664 undi. Beliau pula mendapat 2,659 undi.


Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Keadilan Negeri Pahang yang kedua selepas parti itu ditubuhkan. 

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah daripada seluruh warga kerja Pahang Daily Online (PDO). 
Share:

Kira-kira 5,000 'Penyokong Hadir' Berhimpun Beri Sokongan Soladiriti Najib Razak Di Pekan

PEKAN – Kira-kira 5,000 penyokong hadir berhimpun secara aman memberi sokongan terhadap Soladiriti Najib Razak di Dataran Pekan pada Ahad.

Penyokong tegar bekas perdana menteri itu mulai membanjiri Dataran Pekan tengah hari tadi bagi melahirkan tanda solidariti kepada Najib sebelum mengadakan himpunan bermula 2.30 petang.

Difahamkan perhimpunan yang berlangsung selama tiga jam mendapat permit itu juga menghimpunkan beberapa pimpinan di kawasan berkenaan juga berucap memberi kata semangat kepada peserta dan menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita.

Hadir sama sama isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur, anak Najib, Datuk Mohd Nizar dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam

Program yang berlangsung turut dimuat naik di laman sosial Facebook Najib Razak, Pahangku Media dan Lokman Noor Adam itu menapat ribuan paparan.

Semalam satu hantaran rasmi dimuat naik di Facebook Najib Razak oleh ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak berkapsyen “Jaga Pekan baik-baik masa saya tiada”.

Sementara itu, Mohd Nor Hafirul Ikhram Abd Hair, 39, berpendapat, perhimpunan tersebut dimanfaatkan sebagai platform menunjukan perlaksanaan demokrasi dan menyokong figura dan yang juga bekas pemimpin negeri itu.

“Saya berpendapat program hari ini beri juga penjelasan kepada pengundi Perlimen Pekan untuk memastikan PRU-15 nanti supaya Barisan Nasional akan menang besar di  Parlimen Pekan nanti.

“Ia memberi pendedahan kepada rakyat di Pekan khususnya, di mana kita dapat  melihat sokongan rakyat kepada UMNO sangat lebih kuat dan siaran secara langsung juga mendapat sambutan,” katanya ketika dihubungi .

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan untuk tidak menjadikan jalan raya atau pusat beli-belah sebagai lokasi untuk ahli parti bersolidariti buat Najib pada 27 Ogos lalu.

Malahan perhimpunan yang di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur turut berlansung dengan aman. #sumber

Share:

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Sebulat Suara Bersetuju Untuk Sertai PH !

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebulat suara bersetuju untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.

Perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya Muda yang berlangsung pada Isnin dan Selasa.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung perkara itu.

Menurutnya, perbincangan secara tidak rasmi bagi penyertaan Muda dalam PH telah dilakukan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

"Muda terbuka membincangkan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH tentang hala tuju negara untuk memastikan suara akyat diangkat dan bina Malaysia maju dan bermaruah serta meraikan kepelbagaian agama dan kaum.

"Bukan sekadar kolaborasi dengan PH (untuk PRU15) tapi bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok stabil dengan prinsip perjuangan yang sama.

"Saya tidak boleh ulas lanjut sehingga adanya rundingan rasmi," katanya pada sidang media selepas persidangan itu pada Selasa. #sumber

Share:

Gerakan Tanah Air (GTA) Akan Guna Lambang 'Obor' Dengan Api Menyala Untuk PRU-15 Ini !

PUTRAJAYA - Gerakan Tanah Air (GTA) memperkenalkan logo obor dengan api menyala sebagai lambang gabungan empat parti itu untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Marzuki Yahya, logo berkenaan sudah dipersetujui jawatankuasa penaja GTA bagi digunakan semasa kempen PRU-15 kelak di seluruh negara.

“Ini bukan imej keris tetapi bentuk obor dengan ada api di atasnya menyala marak sebagai simbol GTA membawa cahaya kepada seluruh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Terdahulu, beliau bersama-sama jawatankuasa penajanya menyerahkan permohonan GTA yang ditubuhkan 4 Ogos lalu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di sini.

Antara yang hadir ialah Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali

Turut serta ialah Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Marzuki yang juga Timbalan Presiden Pejuang berkata, logo itu belum pun pernah digunakan mana-mana parti termasuk calon bebas dalam pilihan raya di negara ini.

“Alhamdulillah, respons dalam pertemuan dengan Ketua Pengarah RoS, Mohd. Nawardi Saad juga amat baik dan beri jaminan proses kelulusan dijangka dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Beliau turut membaca perutusan khas Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak dapat hadir kerana masih dikuarantin susulan jangkitan Covid-19 pada minggu lalu.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa bahawa tindakan mereka mendaftarkan GTA sebagai gabungan politik adalah bagi melayakkan blok tersebut dapat bertanding sah pada PRU-15.

Langkah itu perlu dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang meskipun GTA ujarnya, merupakan gerakan rakyat dengan gabungan empat parti siasah berteraskan Melayu Islam.

Justeru, tokoh veteran berusia 97 tahun itu berhasrat untuk memastikan GTA dapat menang pada PRU15 agar dapat membetulkan agenda politik semasa yang didakwa penuh korupsi.

Pada masa sama, GTA akan berusaha sebaik mungkin mengangkat suara orang Melayu dan meletakkan pemimpin terbaik untuk mentadbir negara ini bebas amalan yang tidak berintegriti.

“Bagaimanpun, setakat ini kami belum ada bincang untuk kerjasama dengan mana-mana blok sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk PRU-15,” kata Marzuk.

Ditanya pemberita bagaimanakah pula sekiranya PRU-15 diadakan sebelum sempat GTA diluluskan pendaftaran oleh RoS, Mukhriz berharap perkara buruk tersebut tidak akan berlaku.

Sebaliknya, beliau yang juga antara empat Timbalan Pengerusi Penaja GTA itu amat optimis permohonan blok tersebut sepatutnya tiada pun masalah besar untuk dapat diluluskan segera.

Menyentuh mengenai isu pembahagian kerusi pula, beliau berkata, perkara itu berjalan lancar dan mereka turut mengadakan beberapa kali mesyuarat penyelarasan untuk tujuan tersebut.

Ia ujarnya, sekali gus akan memastikan empat parti komponen GTA tidak bertembung sesama sendiri pada PRU-15 walaupun akan berdepan calon dari PH, PN dan Barisan Nasional (BN). #sumber

Share:

Sambutan Terhadap Gerakan Tanah Air (GTA) Memberangsangkan, Rakyat Yakin Tun Dr M !

SHAH ALAM - Sambutan terhadap Gerakan Tanah Air (GTA) amat memberangsangkan dan berlaku dengan sangat pantas dalam kalangan orang Melayu.

Ketua Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, usaha untuk mempromosikan GTA juga amat mudah kerana ramai daripada orang Melayu menunjukkan minat yang tinggi dan yakin dengan wadah perjuangan gabungan itu.

"Dalam erti kata lain, sambutan daripada masyarakat akar umbi serta pengundi atas pagar amat hangat. Agenda perjuangan untuk memperkasakan semula kedudukan orang Melayu dan dalam masa sama menghormati hak bangsa asing disenangi oleh semua pihak.

"Kini ramai daripada rakyat jelata khususnya orang Melayu menghubungi kami untuk melibatkan diri dengan GTA. Suatu masa dahulu untuk kami mencari keahlian bagi parti politik, kena kerja kuat di lapangan.

"Tetapi kini berlaku di sebaliknya iaitu masyarakat akar umbi yang datang secara sukarela dan ikhlas kepada kami bagi menawarkan sokongan membantu wadah perjuangan GTA," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kaum lain juga juga amat yakin dengan kepimpinan Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus menjadi faktor gabungan itu mendapat tempat di hati rakyat.

"Orang Melayu, Cina, India dan suku-suku kaum lain amat selesa dengan wadah perjuangan GTA, yang tidak bercorak ekstrim ataupun berbau perkauman. Dr Mahathir juga memimpin negara berteraskan agenda memperkasakan bangsa Melayu tetapi prinsip menjaga kepentingan hak-hak kaum lain di negara kita tetap utuh.

"Di era kepimpinan Melayu yang stabil selama 22 tahun suatu masa dahulu ketika negara ditadbir urus oleh Dr Mahathir, keseluruhan bangsa asing hidup makmur dalam pelbagai sektor khususnya bidang ekonomi.

"Kepimpinan Dr Mahathir yang cukup adil serta saksama pada waktu itu membuatkan bangsa asing yakin dengan kepimpinan beliau sehingga kini. Sebab itu, bila Dr Mahathir mengumumkan penubuhan GTA berteraskan agenda Melayu keseluruhan bangsa asing tidak curiga dengan pendirian tersebut," katanya.

Beliau juga percaya majoriti daripada masyarakat atas pagar sudah hilang keyakinan dengan BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dan satu pertubuhan baharu amat diperlukan bagi menyelamatkan negara daripada terus hancur.

"Tokoh-tokoh 'Melayu baik' amat diperlukan bagi melawan 'Melayu jahat' yang korup serta salah guna kuasa sehingga membebankan negara dan berada di ambang kehancuran.

"Masyarakat Melayu terus meminta GTA menebus semula maruah Melayu, memperkasakan kembali kedudukan Melayu dalam segenap segi, memerangi rasuah sehingga akar umbi serta membina semula 'Malaysia Baharu' sehingga diiktiraf kembali sebagai kuasa 'Harimau Asia'," katanya. #sumber


Share:

Prinsip 'Keadilan' Islam Tak Berikan Sebarang Keistimewaan, Pengecualian Kepada Sesiapa !

 

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah ketegasan prinsip keadilan Islam tidak membenarkan sebarang ketidakadilan kepada sesiapa termasuk golongan mereka yang tidak disenangi.

Baginda bertitah, pada masa sama, keadilan Islam juga tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sama ada terhadap diri sendiri, teman rapat, kaum keluarga, ibu dan bapa.

Titahnya, prinsip melaksanakan keadilan di dalam Islam itu sudah difirmankan oleh Allah seperti mana yang termaktub dalam surah An-Nisaa, ayat ke-135.

"Hakikatnya, undang-undang hanya memiliki satu bahasa, satu prinsip, satu hukuman dan satu aplikasi kepada sesiapa sahaja.

"Keadilan yang diamalkan tanpa memilih kasih berjaya mengangkat martabat Islam pada zaman Rasulullah SAW malah prinsip keadilan yang telus lagi terbuka turut berjaya membangunkan satu masyarakat yang adil, saksama, makmur dan sejahtera," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian dan pemasyuhuran Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, di sini, hari ini.

Turut mencemar duli, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hadir pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, di Indera Mahkota.

Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah bertitah, perintah Allah SWT yang terkandung dalam ayat al-Quran itu mengenai keadilan dalam Islam turut diperkukuhkan dengan hadis Rasulullah SAW.

Titahnya, hadis itu bermaksud, 'Sesungguhnya telah biasa orang-orang yang sebelum kamu iaitu sekiranya yang mencuri itu yang berpangkat tinggi, lalu mereka dibiarkan sahaja, tetapi jika yang mencuri itu mereka yang lemah, lalu dengan segera dijatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, yang aku di dalam kekuasaannya, kalaulah Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya aku potongkan tangannya." #sumber

Share:

Annuar Beri Bayangan UMNO Perlu Kerjasama Dengan PAS, Untuk Menghadapi PRU-15 Nanti

 

PUTRAJAYA - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberikan bayangan bahawa parti itu perlu menerima kerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut Annuar, pendirian PAS untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO seperti yang diterjemahkan dalam muktamarnya baru-baru ini, perlu dilihat secara positif.

"Saya mengikuti dengan rapat muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan resolusi yang diputuskan di muktamar tersebut.

"PAS telah mengambil satu langkah strategik bila mengistiharkan dasar meneruskan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Pendirian PAS harus dilihat secara positif dan terbuka. Strategi PRU15 perlu digarap rapi dan bukan atas dasar emosi, atau kepentingan diri," kata Annuar dalam satu kenyataan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata PRU perlu disegerakan sebaik saja UMNO bersiap siaga daripada semua sudut.

"Salah satu dari kesiapsiagaan terpenting adalah the winning formula, formula untuk menang. Menyegerakan PRU bagi memenuhi tujuan lain, tetapi jika membawa padah, adalah satu tindakan "kamikaze" politik buat UMNO. Kita harus elakkan itu.

"Kita harus membuat kajian terperinci dan objektif. Data dan hasil penyelidikan yang rapi diperlukan. Kesilapan lampau jangan berulang," kata Annuar.

Perpaduan Melayu teras kekuatan UMNO

Tambah Annuar, politik negara hanya stabil jika teras dan tiang seri politik kukuh, dengan berpaksikan politik orang Melayu yang mantap.

"Strategi musuh adalah untuk melihat politik Melayu lemah. Ia lemah bila orang Melayu berpecah.

"Perpaduan Melayu menjadi teras kekuatan UMNO selama ini. Sejak penubuhannya pada 1946, UMNO adalah tonggak perpaduan orang Melayu yang paling utama.

"UMNO tidak harus terjun dalam PRU tanpa menyempurnakan penyatuan Melayu, apa lagi cuba bergerak solo dalam situasi politik yang sudah banyak berubah," katanya.

Usul penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu- Islam yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat diterima sebulat suara dalam muktamar parti itu semalam, dengan menyertakan UMNO di dalamnya.

Pun begitu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berulangkali menegaskan tidak akan bekerjasama dan melakukan rundingan dengan PAS.

PAS melalui muktamarnya juga mempertahankan dakwaan bahawa parti itu mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertentu dalam UMNO dan menegaskan ia menunjukkan perkembangan positif.

Parti Islam itu juga memberi gambaran bahawa rundingan tersebut berlaku tanpa pembabitan Zahid Hamidi. #sumber

Share:

Perisyen Pengampunan Telah Di Failkan, Najib Kekal Ahli Parlimen Pekan Hingga Setakat Ini


KUALA LUMPUR - Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal setakat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, petisyen pengampunan telah difailkan Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada 2 September lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan.

Justeru beliau menjelaskan, kuat kuasa kehilangan kelayakan Najib sebagai ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu selesai. #sumber


Share:

PAS 'Runding Dalam Gelap’ Muafakat Nasional (MN) Dengan Pemimpin UMNO Ada Pengaruh !

 

ALOR SETAR - Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan rundingan Muafakat Nasional (MN) ada dibincangkan secara rasmi dan tidak rasmi di peringkat tertentu walaupun tanpa pengetahuan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, bagaimanapun enggan mendedahkan siapa dan di peringkat mana dalam UMNO perbincangan itu berlaku, namun pemimpin terlibat “mempunyai jawatan” dan berkeupayaan “mempengaruhi keputusan” pucuk pimpinan UMNO.

“Apabila kita kata bincang dengan UMNO tak semestinya dengan pemimpin-pemimpin tertentu mungkin akan sampai ke arah itu, tetapi macam biasalah kita buat perundingan di peringkat tertentu yang tak perlu kita ‘disclosed’ (dedahkan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Muktamar Tahunan PAS ke-68.

“Pemimpin yang kita rasa tak semestinya boleh buat keputusan, tetapi boleh menuju ke arah perbincangan lebih rasmi dan mempunyai ‘standing’ berbincang dengan kita.”

Semalam, Mohamad mengingatkan pemimpinnya supaya tidak mengadakan “rundingan dalam gelap” susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa kedua-dua parti sedang berunding melibatkan pimpinan parti hingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, beliau sendiri tidak mengetahui siapakah individu dari UMNO seperti dimaksudkan Hadi yang sedang menjalankan rundingan dengan partinya.

Hadi dalam sidang media selepas perasmian muktamar, di Kompleks PAS Kedah, di Alor Setar, semalam, menyatakan rundingan antara UMNO dan PAS ketika ini masih berjalan. #sumber

Share:

Dakwaan 'Fitnah' Terhadap Abd Latiff Ahmad, Pihak Polis Merampas Telefon Bimbit Rafizi !

 

KUALA LUMPUR - Polis merampas seunit telefon bimbit milik Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk siasatan susulan dakwaan fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abd Latiff Ahmad.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata pihaknya selesai merakam keterangan Rafizi dengan siasatan masih diteruskan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kesalahan memfitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik),” katanya.

Terdahulu, Rafizi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kira-kira 3 petang tadi bersama tiga peguam, iaitu Adi Zulkarnain Zulkafli, Mohd Ashraf Othman dan Nik Zarith Nik Moustpha, selain diiringi kira-kira 30 penyokong.

Proses merakam keterangan selesai kira-kira 4.30 petang.

Rafizi ketika ditemui berkata, pihak polis memberi layanan baik dan beliau memberikan kerjasama sepanjang proses itu berjalan.

Selasa lalu, pegawai Latiff membuat laporan polis terhadap Rafizi yang disifatkan fitnah bertujuan merosakkan nama baik Ahli Parlimen Mersing itu.

Rafizi didakwa menyiarkan empat kenyataan dan tohmahan pada 22, 25, 26 dan 29 Ogos lalu di blog serta menyiarkan semula di Facebook, Twitter dan TikTok. #sumber

Share:

Perbarisan Hari Kebangsaan, Tindakan ADUN Pulau Tawar Bawa Waris Mat Kilau Yang 'Sah' Langkah Tepat Bagi Buktikan Kewujudannya !

 

Ramai pihak tertanya-tanya, kenapa perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-65 di Kuantan baru-baru ini hanya melibat waris Mat Kilau dari Pulau Tawar.

Pengumuman yang dibuat menerusi pembesar suara amat mengejutkan. Waris Mat Kilau menyertai perbarisan tersebut atas daya usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Pulau Tawar sendiri iaitu Dato' Sri Haji Nazri Ngah.

Diumumkan, perbarisan itu disertai oleh 30 orang cicit, muit dan waris-waris Mat Kilau dari tempat kelahiran pahlawan Melayu tersebut, Pulau Tawar.

Persoalannya, kenapa waris-waris terutama yang bergelar 'cucu Mat Kilau' dan waris-waris Batu Lima, Jalan Gambang tidak dilibatkan sama?.

Apakah benar ada dakwaan, Mat Kilau sebenarnya hanya ada 'waeis angkat' sahaja di Batu Lima dan bukannya waris dari salur galur yang sah seperti dilaporkan sebelum ini.

Malah, terdapat dakwaan waris Mat Kilau Batu Lima, tidak lagi dibenarkan bersuara atau mendakwa mereka adalah keturunan Mat Kilau yang sah.

Timbul persoalan, kenapa pihak masjid sendiri mengesahkannya jika ia tidak benar. Kontroversi siapakah waris Mat Kilau yang saha menjadi panas, selepas populariti filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof meletop baru-baru ini.

Malah, ada pihak mengaku mereka waris Mat Kilau yang sah dan menafikan pihak yang lain, terutamanya dari Pulau Tawar sendiri. Lantaran ini, ramai yang mula sangsi atas pengakuan yang dibuat, kerana tiada bukti salasilah dan pihak yang mengesahkannya.

Jika pada tahun 1969, Kerajaan Pahamg tubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan tersebut. Hari ini, ada pihak yang secara terbuka mengaku waris sah hingga menenggelamkan waris asal yang masih wujud di Pulau Tawar hingga ke hari ini.

Justeru, langkah ADUN Pulau Tawar membawa kontijen waris Mat Kilau sertai perbarisan hari kebangsaan baru-baru ini adalah langkah tepat untuk membuktikan wujudnya waris sah dari salur galur dan nasab keturunan asal Mat Kilau bersama Yang Chik dari Pulau  Tawar.

Ini membuktikan mereka semua masih wujud dan ada di Pulau Tawar. Selama ini kisah mereka tenggelam gara-gara semua pihak hanya tertumpu kepada pihak yang mendakwa mereka waris sah Mat Kilau iaitu dari Batu Lima, Jalan Gambang semata-mata.

Sekurang-kurangnya, ia membuka mata pihak-pihak tertentu agar tidak sesuka hati membuat pengakuan terbuka kononnya mereka ada waris sah pahlawan Melayu Pahang itu.  #PDO


Share:

Haslindalina Hashim Di Lantik Sebagai Ketua Wanita Keadilan Negeri Pahang Yang Baharu !


KUANTAN - Bekas Ketua Wanita Cabang Paya Besar, Haslindalina Hashim telah dilantik sebagai Ketua Wanita Keadilan Negeri Pahang yang baharu berkuatkuasa pada 1 September 2022.

Difahamkan perlantikan tersebut  telah mendapat restu daripada  Majlis Pimpinan Negeri Pahang (MPN) sendiri

Perlantikannya sebagai Ketua Wanita adalah adalah atas kuasa yang diberikan kepada Ketua Wanita Pusat untuk melantik ketua-ketua wanita negeri.

Biar pun tewas pada pemilihan parti itu baru-baru ini, namun komitmen dan keterampilan Haslindalina sebagai pemimpin wanita Keadilan Pahang amat terserlah. Bahkan beliau juga sering turun padang melakukan kerja dan mendekati rakyat, terutamanya di kawasan DIN Panching. 

Dengan perlantikan ini, memudahkan beliau merapatkan saf kepimpinan wanita Keadilan Pahang berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lama lagi. #PDO 

Share:

Kerajaan Pahang Peruntuk RM185.5 Juta Bina 15 Masjid Baru Sejak 2018 Hingga Sekarang !

 

MARAN – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM185.5 juta bagi pembinaan 48 buah masjid di seluruh negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 buah masjid baharu siap dibina antara 2018 sehingga tahun ini berjumlah RM58.4 juta.

“Selain itu, terdapat 16 buah masjid yang masih dalam proses pembinaan dengan peruntukan sebanyak RM47.1 juta manakala sebanyak 17 buah masjid lagi akan dibina yang melibatkan peruntukan sebanyak RM80 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Masjid Baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Yang diPertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan masjid berkenaan sebagai masjid daerah yang baru dengan nama Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelasnya, ia mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kemajuan dan keperluan institusi agama Islam selaras dengan kedudukannya di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi negara.

“Menghayati kedudukan itu, maka kerajaan negeri sentiasa menyediakan peruntukan yang besar bagi memperkasakan institusi agama Islam yang antaranya melibatkan pembangunan dan pembinaan masjid dan surau,” katanya.

Menurut Wan Rosdy, masjid itu dibina pada 12 Oktober 2015 dan siap pada Januari 2018 di atas tapak berkeluasan 10 ekar dengan kos berjumlah RM9.5 juta.

Masjid baharu ini, katanya, menjadi mercu tanda baharu di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka itu direka mengikut konsep seni bina Melayu dengan atap tumpang di tengah bangunan yang bercirikan masjid Nusantara.

Katanya, terdapat dua kubah besar di kiri dan kanan masjid menyerlahkan lagi penampilannya.

Menurut Wan Rosdy, selain masjid ini, empat buah masjid lagi dinaik taraf sebagai masjid daerah iaitu Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Felda Sungai Koyan, Masjid Negeri Lama Kuala Lipis, Masjid Baharu Benta dan Masjid Sultan Abu Bakar Temerloh. #sumber

Share:

Agong Ucap Terima Kasih Kepada Najib, Titah Agar Tidak Jadikan Masjid Gelanggang Politik

 

MARAN – “Jangan sekali-kali menjadikan masjid sebagai sebuah gelanggang politik.”

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Seri Paduka bertitah demikian i90ketika berkenan berangkat dan merasmikan Masjid Baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka  Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Yang Ke-63 hari ini.

Titah Yang di-Pertuan Agong, pengurusan masjid di negara ini kena sentiasa berusaha untuk mengimarah dan menjadikan rumah Allah sebagai tempat berhimpun bagi umat islam membentuk ikatan dalam hubungan manusia dengan tuhan dan sesama manusia.

“Selain itu, pengurusan masjid juga hendaklah lebih giat memikat golongan pemuda dan remaja untuk turut terlibat dalam mengimarahkan masjid,” titah Seri Paduka.

Tambah Seri Paduka, peranan masjid juga boleh dikembangkan dengan pelbagai fungsi lain termasuk sebagai pusat aktiviti ekonomi, kesukanan, persatuan, pembelajaran dan kemasyarakatan.

“Natijahnya, masjid adalah merupakan sebuah one stop centre yang boleh memberi faedah dan manfaat kepada masyarakat setempat,” titah Al-Sultan Abdulllah.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis turut dihadiri, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, barisan Exco Negeri Pahang dan pemimpin setempat.

Pada majlis terbabit, Seri Paduka juga berkenan mengisytiharkan Masjid Baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka itu sebagai masjid daerah yang baharu dengan nama Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Masjid yang menjadi mercu tanda baharu di Bandar Tun Razak Jengka itu mula dibina pada 12 Oktober 2015 dan siap sepenuhnya pada Januari 2018.

Seri Paduka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan sejumlah RM9.5 juta untuk pembinaan masjid tersebut ketika beliau menjadi Perdana Menteri ketika itu. #sumber

Share:

Rosmah Bersalah, Terima Dan Minta Rasuah Projek 'Solar Hibrid' Bernilai RM1.25 Bilion !

 

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Advertisement

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua tiga tuduhan.

Rosmah didakwa meminta dan menerima suapan daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holding iaitu Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu diterima melalui bekas pegawai khas suaminya Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Kronologi kes rasuah solar Rosmah

15 November 2018 - Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak

15 November 2018 - Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerima rasuah RM500,000 bagi dirinya dan RM5 juta bagi pihak Rosmah membabitkan projek itu

15 Mac 2019 - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi membabitkan dua tuduhan rasuah dihadapi Rosmah

10 April 2019 - Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima suapan RM5 juta membabitkan projek sama

28 Jun 2019 - Tuduhan menerima suapan RM5 juta turut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

5 Februari 2020 - Perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi bermula

8 Januari 2020 - Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Rizal

11 Disember 2020 - Selepas mendengar keterangan 23 saksi, pihak pendakwaan menutup kes Hakim menetapkan 10 Februari 2021 bagi mendengar hujahan

10 Februari 2021 - Mahkamah mendengar hujahan kes Hakim menetapkan 18 Februari bagi keputusan selepas mendengar hujahan lisan pendakwaan dan pembelaan

18 Februari 2021 - Mahkamah memerintahkan Rosmah membela diri

5 Oktober 2021 - Rosmah mula memberikan keterangan membela diri

23 Februari 2022 - Pembelaan menutup kes

12 Mei 2022 - Mahkamah Tinggi menetapkan 7 Julai bagi keputusan

1 Julai 2022 - Keputusan kes dijadualkan semula pada 1 September

26 Ogos 2022 - Tular dokumen yang didakwa kertas penghakiman kes itu. #sumber

Share:

Lokman Noor Adam Di Dakwa Kes Menghina Kerajaan Dan Perdana Menteri Di Facebook !

KUALA LUMPUR - Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Khamis kerana didakwa menghina kerajaan dan Perdana Menteri.

Bukit Aman dalam satu pemakluman berkata, pertuduhan akan dibuat pada jam 9.30 pagi oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur.

"Lokman akan berdepan pertuduhan membabitkan dua kes yang disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada Rabu.

Tambah makluman itu, dua kes itu membabitkan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan Perdana Menteri melalui akaun Facebook Lokman Noor Adam Official.

Sebelum ini, Lokman dilaporkan menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia susulan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan dipenjarakan 12 tahun susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. #sumber




Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.