script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Calon PN Maran Guna Lambang BN Untuk Kelirukan Pengundi, SPR Perlu Bertindak!

 

MARAN - Ramai pihak di bandar ini keliru dengan pemasangan kain rentang calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Maran pada PRU-15, Dato' Sri Ismail Muttalib yang masih menggunakan lambang Barisan Nasional (BN).

Rata-rata melihat situasi ini sungguh mengejutkan, tambahan pula Ismail baru saja mengumumkan penyertaan ke dalam Perikatan Nasional (PN) dan secara automatik namanya sudah dikeluarkan dari UMNO.

Tindakan ini jelas sekali cuba mengelirukan pengundi sebenarnya. 

"Saya hairan, kenapa kain rentang yang dipasang itu masih lagi guna yang lama iaitu ketika Tok' Mail bersama BN?. Adakah ini petanda BN akan menang besar di kerusi Parlimen Maran pada kali ini?," kata sumber 

Difahamkan, kain rentang terbabit telah dipasang sekitar Laman Qalbu di bandar ini, bagi menyambut kehadiran Presiden PAS, Tan Sri Hj Abdul Hadi Awang pagi ini.

"Dengar cerita Hj Hadi nak datang sarapan pagi kat situ hari ni. Sebab tu kain rentang itu dipasang secara tergesa-gesa. Mungkin tak sempat nak cetalk muka Tok Mail berlambang PN gamaknya," dakwa sumber terbabit.

Apa pun ramai warga Parlimen Maran yang kecewa dengan tindakan Ismail lawan UMNO BN pada PRU-15 ini.

"Dia sudah masuk lima penggal jadi wakil rakyat, macam-macam nikmat dia dapat termasuk jadi anggota kabinet Tergamak dia lawan parti yang banyak jasa kepadanya, hanya kerena kecewa tak jadi calon. Dia berjuang untuk parti atau kepentingan sendiri?.

"Bagilah peluang muka baru pula, kita mahu perubahan dan pembangunan. Nak harap Tok Mail, Maran terus kekal sebagai bandar mati sejak 20 tahun lalu.

"Nak harap Hospital Maran menjelma, tiga kali pecah tanah entah ke mana. Bila tanya kata bajet dah lulus, tapi sampai sudah janji dicapati. Sebab itu kami tidak boleh terima orang seperti Tok Mail lagi. Cukup-cukuplah dengan apa yang telah terjadi selama ini," kata sumber itu lagi.

Justeru katanya, warga Maran harus menolak calon 'gila kuasa' dan 'penting diri' seperti ini. Sampai bila mahu terus dipimpin oleh individu yang tidak roh perjuangan ini.

"Dia (Tok Mail) masuk PN pun sebab nak kerusi. Sepatutnya PN kekalkan calon sedia ada dan dia masuk PAS bantu calon tersebut. Bukannya dia pulak hijjack calon terbabit. Ini khianat namanya.. apakah orang PAS sanggup undi pengkhianat seperti ini?. 

Sudahlah lambang bulan telah ditelan oleh PN. Kini, calon mereka pula diganti oleh bekas calon BN yang ditolak rakyat. Maka, fikirkanlah sebelum mengundi," tambah sumber terbabit. #PahangDailt

Share:

Muhyiddin Isytihar 'Tuan Ibrahim' Akan Jadi Calon Menteri Besar PN Di Pahang

 

PENDANG - Langkah Perikatan Nasional (PN) meletakkan Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menunjukkan keseriusan gabungan itu mahu mentadbir negeri berkenaan.

Malah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara terbuka mengumumkan Tuan Ibrahim adalah calon menteri besar PN untuk Pahang.

"Di Pahang, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN).

"Jika kita menang di Pahang, maka Tuan Ibrahim akan menjadi menteri besar di sana," katanya ketika berucap dalam ceramah umum PN Best di sini malam tadi.

Tuan Ibrahim merupakan penyandang kerusi parlimen Kubang Kerian yang memenanginya pada 2018 dengan majoriti 19,369 undi. Kali ini PN mengekalkan dia sebagai calon di kerusi tersebut, selain dipertaruhkan untuk kawasan DUN Cheka.

Pada PRU lalu calon MCA-BN memenangi kerusi Cheka perbezaan undi hanya 202 undi. Calon PAS Saludin Endol berada di tempat kedua.

Muhyiddin juga mengulangi janji PN untuk memberikan sokongan kepada PAS agar wakil rakyat mereka menjadi menteri besar di Perlis berjaya ditawan.

"Insya-Allah Perlis bakal jatuh ke tangan kita (PN) pada PRU kali ini dan jika ia berlaku maka wakil PAS akan jadi menteri besar di sana.

Jangka menang Perlis, Pahang

Untuk rekod, walaupun menjadi ahli parlimen di Kelantan, Tuan Ibrahim bukanlah asing kepada Pahang.

Selain lahir di Jerantut kira-kira 62 tahun lalu, dia juga pernah menjadi Adun bagi DUN Jengka pada penggan 1999 hingga 2004.

Sementara itu pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata dia bersetuju jika PAS menerajui negeri-negeri berkenaan memandangkan parti itu mempunyai kekuatan yang lebih berbanding Bersatu.

"PAS mempunyai jumlah kerusi lebih besar di negeri-negeri itu berbanding Bersatu, bagi saya tidak apa. Yang penting dapat mentadbir negeri dengan baik seperti Menteri Besar Kedah.

"Kita ada rundingan ada negeri akan diterajui Bersatu, dan di utara ikut sejarah sekarang di Perlis dan Pahang PAS yang banyak kerusi.

"Saya jangkakan kedua-dua negeri ini kita boleh menang," kata Muhyiddin. #sumber

Share:

Bloomberg Billionaires Index: Kini Robert Kuok Antara 100 Manusia Terkaya Dunia

 

KUALA LUMPUR - Individu paling kaya di Malaysia, Robert Kuok, berada di tempat ke-98 dalam senarai Bloomberg Billionaires Index, dengan nilai kekayaan mencecah AS$15.1 bilion.

Bagaimanapun, kemas kini senarai itu menunjukkan nilai kekayaannya setakat tahun ini merosot sebanyak AS$3.18 bilion.

Turut berada dalam senarai 500 manusia paling kaya adalah pengasas Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, yang berada di tempat ke-336 dengan nilai kekayaan AS$6.43 bilion.

Kekayaan Hong Piow turut merosot sebanyak AS$808 juta setakat tahun ini.

Mendahului senarai itu di peringkat dunia adalah Elon Musk, bilionair yang nilai kekayaannya adalah AS$183 bilion.

Nilai Musk, pengasas Tesla yang juga baru-baru ini mengambil alih Twitter, susut sebanyak AS$80.4 bilion setakat tahun ini.

Berada di tempat kedua adalah Bernard Arnault, pengasas Louis Vuitton SE, iaitu syarikat barangan mewah terbesar di dunia dengan nilai kekayaan AS$143 bilion.

Manusia paling kaya di Asia, Gautam Adani melengkapkan senarai tiga manusia paling kaya di dunia setakat ini, dengan nilai kekayaannya setakat tahun ini melonjak sebanyak AS$59 bilion kepada AS$136 bilion.

Beliau adalah bilionair India yang juga pengasas Adani Group, konglomerat multinasional berpangkalan di Ahmedabad yang terbabit dalam pembanguanan serta operasi pelabuhan negara itu.

Jeff Bezos, yang pernah memegang status sebagai manusia paling kaya di dunia kini berada di tempat keempat dalam senarai berkenaan, apabila nilai kekayaannya merosot sebanyak AS$78.8 bilion setakat tahun ini kepada AS$114 bilion.

Berada di tempat kelima adalah Bill Gates, pengasas Microsoft yang nilai kekayaannya ketika ini berjumlah AS$108 bilion.

Seorang lagi bilionair teknologi, Mark Zuckerberg mmenyaksikan nilai kekayaannya merosot mendadak sebanyak AS$90.3 bilion kepada AS$37.3 bilion setakat tahun ini, meletakkannya di tempat ke-28 dalam senarai itu.

Bloomberg Billionaires Index adalah ranking harian manusia paling kaya di dunia.

Perincian mengenai pengiraannya disediakan menerusi analisis nilai kekayaan bersih dalam setiap profil bilionair berkenaan.

Angkanya akan dikemaskini pada penutup setiap hari dagangan di New York. #sumber

Share:

MCA Optimis Lapan Calonnya Boleh Beri Kejutan Di Negeri Pahang Pada PRU-15 !

 

KUANTAN - MCA optimis lapan calonnya di Pahang dengan majoriti adalah muka baru, dapat membuat kejutan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata taruhan mengetengahkan calon itu bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merupakan strategi untuk memenangi hati pengundi selain memberikan nafas baharu kepada barisan kepimpinan parti.

"Semua calon dipilih berdasarkan sumbangan dan keserasian mereka dengan masyarakat setempat dan selaku orang muda, mereka sangat berpotensi," katanya di sini hari ini.

Wee dalam pada itu berharap strategi menukar kerusi dengan UMNO yang membolehkan Ketua MCA Indera Mahkota Datuk Quek Tai Seong bertanding di Parlimen Indera Mahkota akan membolehkan BN merampas semula kerusi berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, MCA diberikan kerusi Parlimen Kuantan manakala UMNO bertanding di Parlimen Indera Mahkota, namun kedua-dua calon kalah kepada PKR semasa itu.

Pada PRU15, kerusi Parlimen Kuantan ditandingi calon BN dari UMNO iaitu Datuk Ab Hamid Mohd Nazahar, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuantan.

Selain Quek, MCA pada PRU15 turut mempertaruhkan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon untuk bertanding di kerusi Parlimen Raub dan enam lagi di peringkat DUN.

Lima daripada mereka ialah calon baru iaitu Wong Yap Wah di DUN Tanah Rata, Lim Teck Hoe (Tras), Wong Tze Shiang (Mentakab), Wong Siew Mun (Bilut) dan Yee Cheng Hwa (Triang), manakala Tee Choon Ser bertanding buat kali kedua di Teruntum. #sumber

Share:

NGO Dakwa Ismail Muttalib Pengkhianat, Hanya 'Pentingkan Diri' Untuk Berkuasa !

 

MARAN - Walau pun sudah empat penggal bergelar wakil rakyat, namun Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib masih lagi belum 'puas' bergelar Yang Berhormat ataupun YB di Parlimen Maran.

Demikian ditegaskan oleh Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli dalam satu kenyataan difacebook terbaharu beliau.

Menurut Haslihelmy stas sebab itu, setelah namanya tidak dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, beliau ibarat cacing kepanasan lalu mencari parti politik lain untuknya bertanding.

"Saya sebagai bekas pegawai kepada timbalan menteri berkenaan sememangnya tidak terkejut dan hairan dengan tindakan Ismail.

"Sememangnya umum dapat melihat tindak tanduk Ismail sewaktu beliau di dalam kabinet kerajaan khususnya sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

"Sikapnya lebih kepada 'play safe' demi kepentingan dirinya semata-mata. Matlamatnya adalah demi kuasa," kata kenyataan beliau.

Katanya lagi, keputusan Ismail bertanding semula atas tiket PN tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada BN di Parlimen Maran.

"Pepatah menyebut, tak kenal maka tak cinta. Jika beliau setia kepada BN tentunya beliau akan menerima keputusan parti dan tidak bertanding atas tiket Perikatan Nasional.

"Namun sebaliknya, sebenarnya BN tidak rugi hilang pemimpin seperti Ismail kerana masih ramai individu berbakat yang boleh diangkat sebagai wakil rakyat di Parlimen Maran," tambah Haslihelmy lagi.

Difahamkan PSAP akan menggerakkan ahli-ahli beliau untuk menolak Ismail yang dianggap sebagai 'pengkianat'. #PahangDaily

Share:

Kerajaan BN Pahang Tidak Sekadar Janji, Lihatlah Bukti Yang Telah Di Laksanakan

 

RAUB - “Janji semua orang boleh buat (janji),” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, namun demikian kerajaan BN di Pahang menggunakan pendekatan tiada janji, lihat bukti sebagai strategi Pilhan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Dalam pilihan raya ini biasalah (tabur janji). Dulu pun janji nak turunkan harga minyak, tapi tak turun pun. Nak hapuskan hutang PTPTN, tak hapus. Nak hapuskan tol, tak juga.

“Jadi jangan percayalah. Sebab telah terbukti mereka bercakap tak pernah betul. Janji tak pernah tunaikan.

“Lebih baik Kerajaan Pahang, tiada janji, lihat bukti. Tengok-tengok hutang Kerajaan Negeri kurang, tengok-tengok rakyat di Pahang dapat bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Santunan Mesra YAB Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pahang Bersama-sama Kepimpinan UMNO Bahagian Raub di Dewan UMNO Bahagian Raub.

Beliau berkata, strategi kerajaan Barisan Nasional Pahang dalam PRU15 ini adalah dengan membawa imej baik Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Kita nak teruskan usaha-usaha yang kita dah buat. Dan yang penting, rakyat boleh melihat aapa yang telah kita buat.

“Kita bukan cakap, bukan janji perkara yang tak tahu lagi, tapi kita tunjuk perkara yang dah nampak. Contohnya kurangkan hutang, nampak. Tingkatkan hasil, nampak. Kebajikan, nampak. Benda-benda yang dah terbukti,” katanya.

Jelasnya lagi, kesemua kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh empat tahun pemerintahan adalah merupakan hadiah kepada rakyat negeri ini.

“Kita (Kerajaan Negeri) tidak boleh status quo sebab nanti rakyat akan melihat Kerajaan inj tak adal apa-apa (sumbangan kepada rakyat).

“Ini adalah hadiah yang kita pamerkan kepada rakyat apabila mereka memberi kemenangan kepada kita, apa yang telah kita buat. Bukan satu benda yang tidak pernah kita buat lagi,” katanya.

BN menampilkan muka baharu sebagai calon parlimen berkenaan iaitu Dato’ Chong Sin Woon, manakala calon Dewan Negeri (DN) Batu Talam, Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram; calon DN Tras, Encik Lim Teck Hoe;dan calon DN Dong, Encik Fadzli Mohamad Kamal. #sumber

Share:

Rusuhan Tercetus Di Penamaan Calon Di Tenom, FRU Di Kerah Surai Orang Ramai

 

KOTA KINABALU - Rusuhan tercetus di Tenom, Sabah dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menyuraikan orang ramai.

Beberapa video tular di media sosial menunjukkan anggota FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan yang membawa bendera Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Punca sebenar kekecohan belum diketahui. Media cuba mendapatkan komen pihak berkuasa dan pemimpin KDM.

Rusuhan berlaku di luar pusat penamaan calon Tenom ketika Presiden KDM, Peter Anthony menghantar borang pencalonannya.

Difahamkan, pencalonan Peter ditolak pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana beliau pernah didapati bersalah oleh mahkamah.

Keadaan itu menyebabkan penyokongnya cuba memasuki pusat pencalonan.

Mei lalu, Peter dijatuhkan hukuman penjara dan denda RM50,000, tetapi beliau masih merayu sabitan itu. #sumber

Share:

PM Ismail Sabri Berdepan Pertembungan 'Tiga Penjuru' Di Kerusi 'Parlimen Bera' !

 

BERA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhadapan dua pencabar, masing-masing daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 

Mewakili Barisan Nasional (BN) dalam saingan tiga penjuru itu, Ismail Sabri yang merupakan penyandang kerusi sejak 2004 ditentang calon Abas Awang (PH-PKR) dan Datuk Asmawi Harun (PN-Bersatu).

Senarai rasmi calon bertanding bagi kerusi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera Datuk Zaman Azam Mohamet Sarif pada 11.23 pagi di Pusat Penamaan Calon, Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.

Ismail Sabri yang sedondon berpakaian biru bersama isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.55 pagi, ditemani tiga calon BN bagi DUN di bawah Parlimen Bera serta ratusan penyokong parti yang membawa bendera parti sebagai tanda sokongan.

Asmawi dan Abas bersama calon-calon DUN parti masing-masing dan penyokong mereka tiba di pusat penamaan itu pada pukul 8.30 dan 8.50 pagi.

Pada pilihan raya umum 2018, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang dalam saingan tiga penjuru dengan memperoleh majoriti 2,311 undi, menewaskan calon PKR Zakaria Abdul Hamid yang mendapat 18,499 undi manakala calon PAS Musaniff Ab Rahman memperoleh 8,096 undi.

Berdasarkan daftar pemilih sehingga 9 Okt lepas, seramai 77,669 pemilih layak mengundi di Parlimen Bera pada PRU15, melibatkan 73,860 pengundi biasa, tentera dan pasangan (3,521 pengundi), polis dan pasangan (279 pengundi) manakala pengundi luar negara, sembilan.

Zaman Azam turut mengumumkan pertembungan empat penjuru bagi DUN Guai melibatkan tiga calon wanita iaitu Datuk Sabriah Saidin yang mewakili BN, Nor Hashimahi Mat Noh (PN) dan Noraini Abdul Ghani (PH) serta calon Bebas Jafari Mohd Yusof.

DUN Triang pula menyaksikan penyandang Leong Yu Man daripada PH akan menentang Yee Cheng Hwa (BN) dan Muhammad Izzuddin Zulkifli (PN).

Sementara itu, DUN Kemayan menyaksikan persaingan satu lawan satu melibatkan calon BN Khaizulnizam Mohamad Zuldin dan calon PN Shapuan Hussain, selepas borang pencalonan wakil PH Manolan Mohamad yang juga Presiden Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA) ditolak.

Pecahan pengundi di DUN di bawah Parlimen Bera ialah 24,412 pengundi bagi DUN Guai, 25,891 pengundi di DUN Triang dan 27, 366 pengundi di DUN Kemayan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 15 Nov ini sebagai hari pengundian awal dan 19 Nov ini sebagai hari pengundian. #sumber

Share:

'Penyandang' Dakwa 'Semua Calon' Ada Peluang Menang Di Kerusi DUN Beserah

 

KUANTAN - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Berserah, Andansura Rabu menyifatkan semua calon yang bertanding, termasuk dirinya mempunyai peluang sama rata untuk memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Beliau berkata, setiap calon memiliki kelebihan tersendiri dan pengundi boleh menilai dan memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja.

"Hampir 60,000 pengundi di kawasan DUN Beserah, jadi bagi saya semua calon ada peluang sama rata terpulang kepada rakyat memberikan undi dan sokongan," katanya yang juga calon kepada Parti Perikatan Nasional (PN) ketika ditemui di Wisma Belia di sini pada Sabtu.

Kerusi DUN Beserah menyaksikan pertembungan lima penjuru termasuk dari calon Bebas yang merupakan ahli perniagaan, Joseph Tang Saing Yew.

Selain Siang Yew, Andansura akan berentap dengan Zulkifli Mohamed daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd Fauzi Taib (PEJUANG) dan Datuk Seri Mustaffar Kamal Ab Hamid (BN).

Mengulas lanjut mengenai pertembungan lima penjuru, Andansura berkata, ini menunjukkan bahawa negara mengamalkan kebebasan untuk setiap rakyat.

"Mereka berhak untuk menyertai (bertanding), namun kita melihat ia tidak memberikan kesan kepada keputusan yang akan dibuat oleh rakyat.

"Ini kerana calon Bebas ini hanya sebagai hendak memenuhi kehendak tertentu. Namun kita menyambut baik apa sahaja, sebab ini amalan demokrasi siapa-siapa sahaja berhad untuk bertanding," ujar beliau. #sumber

Share:

Lima Penjuru Di Parlimen Pekan, Calon PEJUANG Di DUN Pulau Manis Di Tolak !

PEKAN - Kerusi parlimen Pekan menyaksikan pertandingan lima penjuru dalam PRU-15. 

Mereka ialah Dato' Sri Sh Mohamed Puzi Sh Ali (BN), Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (PN), Mohd Naim Zainal Abidin (PH), Dato' Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (Bebas) dan Mohammad Radhi Abdul Razak (PEJUANG). 

Pengumuman dibuat pengurus pilihan raya Pekan, Dato' Zaliza Zulkipli kira-kira jam 12.30 tengahari tadi. 

Cubaan calon PEJUANG, Mohammad Radhi untuk bertanding di kerusi DUN Pulau Manis bagaimanapun ditolak kerana masalah teknikal. 

Anak Datuk Sri Najib Razak,  Datuk Mohd Nizar pula bakal berdepan saingan daripada tiga calon dari PN, PH dan Bebas di kerusi DUN Peramu Jaya. 

Mereka ialah Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (Bebas), Abu Talib Muhammad (PN) dan Tugimon Abdul Hamid (PH). 

Dua lagi kerusi DUN dalam parlimen Pekan, Chini dan Bebar menyaksikan saingan tiga penjuru. 

Untuk kerusi DUB Bebar, calon BN, Dato' Sri  Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff akan berdepan Narzatul Haidar Sakim (PN) dan Ibrahim Sulaiman (PH). 

Penyandang kerusi DUN Chini, Mohd Shahrim Md Zain pula akan ditentang calon dari PH, Mohd Yazit Che Mat dan calon PN, Fahrur Rozi Jalaluddin. #sumber.

Share:

PRU-15: PH Hilang Kerusi DUN Kemayan, Borang Penamaan Calonnya Di Tolak SPR

 

BERA - Pakatan Harapan (PH) hilang satu kerusi selepas borang penamaan calonnya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

Penolakan borang pencalonan Manolan Mohamad diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif ketika mengumumkan senarai akhir calon yang bertanding bagi kerusi DUN berkenaan.

Susulan daripada penolakan itu, DUN Kemayan dalam Parlimen Bera menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Khaizulnizam Mohamad Zuldin dengan Shapuan Hussin (PN).

Punca penolakan borang pencalonan itu akan dimaklumkan kelak oleh SPR Pahang.

DUN Kemayan sebelum ini dimenangi Mohd Fadil Osman dari BN dengan majoriti 4,618 undi. #sumber

Share:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Umum Akan Bertanding Di '18 Kerusi' DUN Di Pahang !

 

TEMERLOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan bertanding di 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menampilkan 80 peratus calon muka baru, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata antara calon itu ialah bekas senator mewakili masyarakat Orang Asli Manolan Mohamad bagi DUN Kemayan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Bhd Datuk Seri Ahmad Omar (Sungai Lembing) dan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Mohd Afandi Abd Rani (Luit).

Timbalan Ketua Cabang Kuantan Sim Chon Siang akan mempertahankan kerusi DUN Teruntum yang disandangnya sejak 2013 manakala Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Chan Chun Kuang dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi DUN itu apabila penyandang DUN berkenaan, Lee Chean Chung diumumkan sebagai calon Parlimen Petaling Jaya.

"Kita membariskan calon daripada pelbagai latar belakang seperti golongan profesional, aktivis masyarakat dan bekas kakitangan kerajaan yang boleh memberi saingan. Kita sedar dengan cabaran tertentu yang perlu dihadapi terutamanya di kerusi melibatkan penyandang daripada Barisan Nasional (BN).

"Walaupun sukar, namun ia tidak mustahil kerana pengalaman kita menang di DUN Chini pada 1999 yang disifatkan sebagai kubu kuat BN walaupun dengan hanya majoriti lima undi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Amirudin berkata pihaknya menjangkakan terdapat empat kerusi DUN yang berpotensi dimenangi pada PRU15, namun enggan mengulas lanjut.

Berdasarkan kedudukan semasa, PKR mempunyai dua kerusi di DUN Pahang iaitu Teruntum dan Semambu, manakala BN menguasai 25 kerusi, PAS (lapan) dan DAP (tujuh).

Ditanya mengenai calon menteri besar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri buat kali pertama, Amirudin berkata masih terlalu awal untuk menentukannya walaupun setiap komponen PH Pahang mempunyai calon yang layak.

ADS

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRU15 diadakan pada 19 Nov ini, dengan penamaan calon berlangsung esok sebelum disusuli pengundian awal pada 15 Nov ini.

Berikut adalah senarai bakal calon PKR bagi kerusi DUN Pahang yang akan bertanding di atas tiket PH:

N02 Jelai - Ismail Mohd Hussin

N04 Cheka - Profesor Madya Dr Rasid Muhamad

N05 Benta - Rizal Jamin

N06 Batu Talam - Shahuddin Abdul Rahman

N10 Damak - Mohamad Rafly Mohd Satar

N13 Semambu - Chan Chun Kuang

ADS

N14 Teruntum - Sim Chon Siang

N16 Inderapura - Fakhrul Anuar Zulkawi

N17 Sungai Lembing - Datuk Seri Ahmad Omar

N19 Panching - Haslindalina Hashim

N23 Chini - Mohamad Yazid Che Mat

N24 Luit - Mohd Afandi Abd Rani

N25 Kuala Sentul - Amran Tahir

N27 Jenderak - Mohamad Hafez Harun

N31 Lanchang - Rosli Ismail @Ahmad

N39 Kemayan - Manolan Mohamad

N40 Bukit Ibam - Barirah Mohd Mokhtar

N41 Muadzam Shah - Norlaily Forizad

#sumber

Share:

Cemas: Jambatan Laluan 'Alternatif' Bukit Setongkol Perdana, Runtuh Di Awal Pagi !

 

KUANTAN - Penduduk Bukit Setongkol Perdana di sini terkejut apabila jambatan yang merupakan laluan alternatif di kawasan itu runtuh kira-kira pukul 6.20 pagi hari ini.

Jambatan yang terletak di laluan berhampiran Lorong Bukit Setongkol Perdana 45/1 itu merupakan laluan alternatif yang menghubungkan lebih 400 penduduk Kampung Bukit Ubi dan Kampung Bay Route di sini.

Seorang penduduk, M. Vasanthi, 30, berkata, jambatan itu terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya dan ketika kejadian dia sedang menghantar anak sulungnya keluar rumah untuk menaiki bas sekolah.

"Saya nampak dua buah kereta lalu dan ketika itu saya dengar macam kereta terlanggar bonggol. Bunyi itu tidaklah kerap sangat cuma pelik sebab kawasan jambatan tersebut tidak ada bonggol.

“Selepas suami saya keluar, suami saya beritahu saya ada tanah runtuh dan paip pecah.

“Suami saya kemudiannya bertindak memasang tali dan meletakkan ranting pokok bagi menutup laluan itu supaya ia tidak dilalui kenderaan lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Liong Sing, 74, berkata, dia terus bertindak menghubungi pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi mengelak berlaku kemalangan di tempat kejadian.

Jelasnya, dia terkejut dengan kejadian memandangkan laluan alternatif itu merupakan laluan penting menghubungkan dua laluan digunakan penduduk sejak 1994.

“Saya harap ia dapat dibina semula kerana ia antara laluan penting untuk kegunaan penduduk setempat,” katanya.

Pengerusi JPKK Kampung Bukit Bay Route, Nasaruddin Abd Hassim, 46, berkata, jambatan yang sudah berusia 30 tahun itu sememangnya sudah uzur kerana terdapat kesan retakan sebelum kejadian berlaku.

“Saya dimaklumkan oleh ahli JPKK awal pagi tadi dan setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa yang kita terima. Kalau mengikut pada keadaan daripada segi keretakan memang ada kesan sebelum ini. Kemungkinan semalam hujan lebat, itu terjadi kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut hadir melihat kejadian tersebut sekali gus memohon pihak berwajib segera mengambil tindakan sewajarnya. #sumber

Share:

'Naib Ketua UMNO' Jerantut Umum Mahu Tanding Calon Bebas Di DUN Pulau Tawar

 

JERANTUT - Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Ridzuan Mansor, 48, melakukan kejutan apabila memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ridzuan yang juga memangku Timbalan Ketua Bahagian itu dilihat melakukan tindakan drastik menjelang sehari sebelum penamaan calon pada Sabtu.

Menurutnya, tindakan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon UMNO untuk bertanding dalam PRU15 kali ini yang dikatakan kerana pemilihan tidak dalam kalangan ahli jawatankuasa serta tidak mengikut hierarki sebenar dalam parti dengan meletakkan calon muda.

"Saya berasa dikhianati oleh tangan ghaib dalam UMNO bahagian ini yang tidak memilih calon yang sepatutnya yang sudah bekerja keras selama ini.

"Pandangan saya, cara pemilihan yang tidak mengikut hierarki dan calon yang layak serta lebih berketrampilan seolah-olah mahu membunuh karier politik mereka serta mencantas peluang (calon) berkenaan," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Kampung Temin di sini pada Jumaat.

Ujar beliau, dengan meletakkan calon muda yang tidak mengikut hierarki yang sebenarnya juga dakwa beliau, boleh membunuh karier politik lebih awal sekiranya calon dipilih tidak memenangi PRU15 tersebut.

"Saya tetap mematuhi keputusan pemilihan yang dibuat oleh Ketua Bahagian ini, tetapi agak menghairankan mengapa dalam kalangan ahli jawatankuasa yang layak serta sepatutnya tidak dicalonkan.

"Ini menunjukkan kelemahan pengurusan dan pentadbiran UMNO bahagian ini dengan mengetepikan calon yang lebih layak dan inilah menyebabkan saya memilih bertanding sebagai calon Bebas untuk memberikan pengajaran serta menghapuskan 'kudis' dalam (UMNO) Bahagian ini," kata Ridzuan.

Ridzuan berkata, dia memilih untuk bertanding di DUN Pulau Tawar kerana kawasan itu merupakan kampung kelahirannya, ramai ahli keluarga serta kenalannya malahan sudah hadam dengan pengundi di kampung tradisional pesisir Sungai Pahang dan kawasan Felda.

"Saya sudah bertekad akan melawan habis-habisan bagi menegak kebenaran dan bersedia untuk disingkirkan daripada UMNO berasaskan peraturan disiplin parti ini.

"Walau bagaimanapun, roh saya masih tetap dengan UMNO kerana parti inilah yang mencanai kepimpinan serta pengalaman saya setelah berjuang hampir 25 tahun dalam UMNO Bahagian dan DUN," kata beliau.

Dalam pada itu, ditanya adakah beliau sedia berunding dengan pihak berkaitan, Ridzuan menegaskan sudah menutup pintu rundingan dengan semua pihak bahagian ini dan enggan menarik balik keputusannya bertanding sebagai calon Bebas.

"Saya akan bertanding dengan menggunakan lambang gajah serta tagline 'Pakcik Prihatin' dan nekad tidak menoleh ke belakang lagi," ujar anak kelahiran Bukit Nikmat, di sini.

Pemegang Ijazah Pengurusan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) itu juga memberitahu, jika menang dalam PRU15, beliau akan memfokuskan kebajikan orang muda serta pembangunan di kampung tradisional dan Felda daerah ini.

"Saya sudah lama mendekati masyarakat menerusi landasan UMNO dan berkhidmat sebagai Ahli Majlis Daerah Jerantut sejak beberapa lama, sudah pun tahu denyut masalah penduduk dan pembangunan di Jerantut," jelas beliau. #sumber

Share:

Ismail Dakwa Bertanding Tiket PN Bukan Sebab Merajuk, Mahu Sambung Khidmat

 

MARAN - Penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib, masih belum menerima surat pemecatan daripada Barisan Nasional (BN) susulan keputusannya bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ismail berkata, setakat ini dia hanya memberi fokus untuk terus mengekalkan kerusi itu walaupun atas tiket PN.

Katanya, keputusan untuk bertanding disebabkan hasrat untuk menyambung khidmat kepada pengundi Maran yang masih memerlukan pelbagai bentuk pembangunan.

"Tiada istilah merajuk dan membuat keputusan bertanding mewakili PN bagi kerusi yang sepatutnya diberikan kepada PAS.

"Saya sudah empat penggal sebagai Ahli Parlimen dan akan terus memberikan khidmat kepada pengundi di Maran," katanya selepas menghadiri Program Memperkasakan Ekonomi Komuniti Keluarga Malaysia Peringkat Daerah Maran, di sini, malam ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ismail sebagai calon PN mewakili kerusi PAS dalam Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu bagi PRU15 di Marang, Terengganu, semalam.

Ismail antara Timbalan Menteri dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak dicalonkan mewakili BN pada PRU15 walaupun berjaya memenangi kerusi itu dalam pilihan raya lalu.

BN menampilkan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran sebagai calon PRU15.

Sementara itu, Fazil Azmi Nadzri daripada PAS yang sebelum ini diumumkan sebagai calon PN bagi kerusi Maran tidak mempunyai masalah untuk memberikan laluan kepada Ismail.

"Saya patuh dengan arahan yang dikeluarkan parti (PAS) dan kami diajar untuk patuh segala yang diarahkan parti.

"Ya memang saya orang yang dipilih pada waktu itu dan saya akur dengan keputusan ini dan akan menyokong calon yang ditetapkan," katanya. #sumber

Share:

Selepas 24 Jam Pengumuman Calon BN Di Buat Oleh Menteri Besar Pahang !

KUANTAN - Selepas 24 jam Pengerusi BN Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan nama calon untuk 41 daripada 42 kerusi DUN yang akan bertanding dalam PRU15, sehingga petang ini, calon untuk kerusi DUN Cheka belum dimaklumkan kepada media. 

Pengumuman calon pagi semalam di Kuantan juga bermula dengan sedikit drama apabila wakil MIC ‘dinasihatkan’ untuk tidak hadir dan diarahkan ke ibu negara bagi menghadiri mesyuarat bersama pimpinan MIC Pusat. 

Namun, calon untuk kerusi DUN Sabai daripada MIC, V Arumugam yang juga Pengerusi MIC Pahang muncul lewat petang semalam bagi menerima watikah daripada Wan Rosdy. 

Difahamkan, calon untuk kerusi DUN Cheka terpaksa ditukar di saat akhir selepas Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di situ. 

Pada PRU14, kerusi DUN Cheka ditandingi dan dimenangi calon daripada MCA, Lee Ah Wong dengan majoriti 202 undi, menewaskan calon PAS dan PKR. 

Norolazali digugurkan

Selain kerusi DUN Cheka, turut menjadi perhatian ialah kerusi DUN Guai selepas penyandangnya, Dato' Sri Norolazali Sulaiman digugurkan. 

Norolazali adalah Exco Kerajaan Pahang dan sudah menjadi ADUN kawasan itu sejak tahun 2008.

Dia digantikan oleh Ketua Wanita UMNO Bera, Sabariah Saidan yang dikatakan lebih rapat dengan Ketua UMNO Bera yang juga Perdana Menteri sementara ketika ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Semua exco kerajaan Pahang yang lain terus dicalonkan BN Pahang walaupun ada antaranya sudah bertapak lebih lima penggal di kerusi disandang mereka. 

Antara exco yang terus dipertaruhkan BN Pahang ialah Dato' Sri Mohd Soffi Razak (sejak 1999-Benta), Dato' Sri Mohd Johari Hussain (sejak 2008-Tioman), Dato' Sri Abdul Aziz Mat Kiram (2007-Batu Talam), Dato' Sri Abdul Rahim Muda (satu penggal- Lepar), Dato' Sri Nazri Ngah (satu penggal- Pulau Tawar) dan Dato' Sri Mohammad Fakharuddin Mohd Ariff (sejak 2013- Bebar) 

Dua lagi exco Pahang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin dan Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin diberi peluang bertanding di kerusi parlimen Temerloh dan Maran. 

Mohd Sharkar meninggalkan kerusi DUN Lanchang yang dimenanginya sejak tahun 1999, manakala Shahaniza pun melepaskan DUN Kuala Sentul disandangnya bermula tahun 2008. 

Namun, pencalonan Shahaniza di Maran mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong kepada penyandang kerusi itu, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib. 

Ismail adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Maran sebelum tewas di tangan Shahaniza dalam pemilihan peringkat bahagian pada 2018. 

Walaupun tidak memegang jawatan dalam UMNO Maran, Ismail yang sudah menjadi ahli parlimen sejak tahun 2004 dan pernah dilantik Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dia juga masih mempunyai pengaruh yang besar di kawasan Maran. 

Bekas exco Pahang, Shafik Fauzan Sharif sekali lagi dipilih untuk mempertahankan kerusi DUN Inderapura yang dimenanginya sejak tahun 2004. 

Pencalonan anak Najib, Mohd Nizar di DUN Peramu Jaya pula dilihat sebagai usaha awal untuk meneruskan kesinambungan legasi keluarga Razak Hussein dalam arena politik di Pahang. 

Mohd Nizar ketika ditemui semalam bagaimanapun berharap pengundi tidak memilihnya atas dasar dia mempunyai pertalian darah dengan bekas perdana menteri keenam itu. 

“Mungkin ia sedikit mempengaruhi, tetapi selebihnya saya harap mereka (pengundi) boleh menilai perkhidmatan yang saya lakukan sejak beberapa tahun lalu di kawasan Pekan,” katanya. 

Kerusi rebutan Umno-MCA

Kerusi Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Raub sebelum ini menjadi rebutan antara Umno dan MCA. 

Naib Pengerusi MCA, Ti Lian Ker pada Selasa memaklumkan parti itu mendapat kerusi parlimen Indera Mahkota, Raub dan Bentong dalam PRU15. 

Ti sebelum ini dilihat ingin mencuba nasib di parlimen Kuantan, namun mengalah selepas Umno diberikan tugas bertanding di kerusi itu. 

Setiausaha akhbar menteri besar Pahang, Mohd Fadzli Mohamad Kamal pula dicalonkan di Dong selepas penyandangnya, Shahiruddin Ab Moin membuat keputusan untuk bersara. 

Shahiruddin menyandang kerusi itu sejak tahun 1995 dan pernah dilantik sebagai exco Pahang. #sumber

Share:

Sah: Shahidan Kassim & Ismail Muttalib Akan Jadi Calon Perikatan Nasional (PN)

 

MARANG – Dua peimpin Barisan Nasional (BN) yang digugurkan sebagai calon iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Ismail Abd. Muttalib diumumkan akan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Shahidan akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, manakala Ismail pula di Parlimen Maran.

Beliau mengumumkan demikian pada majlis pengisytiharan calon PN di Rusila di sini malam tadi.

Sebelum ini, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan digugurkan BN di Parlimen Arau dan digantikan dengan Datuk Rozabil Abd. Rahman.

Ismail yang merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula digantikan dengan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin. #sumber

Share:

PRU-15: Di Gugurkan Sebagai Calon BN, Ismail Muttalib Di Risik Oleh Parti Lain?

 

MARAN – Selepas dikatakan tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) di Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib yang dilihat sebagai calon boleh menang kini dirisik oleh parti pembangkang.

Difahamkan sebuah parti Melayu telah menawarkan Ismail untuk mewakili mereka sama ada di Parlimen Maran atau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit atau Chenor.

Bagaimanapun difahamkan masih tiada apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ismail yang dilihat masih menunggu pengumuman pencalonan calon BN pada malam ini

Berdasarkan berita tular menyatakan Ismail yang telah empat penggal memenangi kerusi Parlimen Maran tidak dipilih dan kerusi Parlimen Maran diberikan kepada penyandang Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 Ismail berjaya memperoleh majoriti 3,763 undi apabila mendapat 16,064 undi menewaskan calon Pas, Hasenan Haron yang mendapat 12,301 undi dan calon PKR, Ahmad Farid Ahmad Nordin yang memperoleh 4,360 undi.

Sementara itu Ismail yang ditemui tidak mahu mengulas lanjut mengenai desas desus nama beliau digugurkan sebaliknya menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh parti malam ini.

“Benda ini belum pasti, pengumuman belum dibuat, saya tidak boleh cakap apa-apa, masa isytihar nanti kita tahu,”ujarnya. #sumber

Share:

Ismail Mutalib "Di Gugurkan", Shahaniza Harap Akar Umbi Maran Terus Bersama !

 

KUANTAN - Pengumuman calon Parlimen Barisan Nasional (BN) dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan beberapa nama besar digugurkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Di Pahang, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib antara yang digugurkan, sementara nama yang dicalonkan ialah Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran.

Mengulas mengenai penerimaan akar umbi BN Maran selepas dirinya dinamakan untuk mempertahankan kerusi itu, Shahaniza menyatakan komitmennya.

"Bagi saya, ini adalah keputusan pucuk pimpinan yang saya akan galas sebaik-baiknya untuk pastikan kemenangan BN di Maran dan tugas saya (adalah supaya) ketiga-tiga DUN di Maran dapat dimenangi.

"Untuk Maran calon DUN semua kekal penyandang, cuma muka baharu saya (kerusi Parlimen Maran).

"Insya-Allah saya yakin akar umbi akan mendahuluikan parti... itu keyakinan saya," katanya.

Semalam, masyarakat Orang Asli di kawasan itu menzahirkan rasa kurang senang apabila penyandang Parlimen itu tidak dicalonkan pada PRU kali ini.

Jelas Jantan Bujing, 60, yang juga Tok Batin di Kampung Orang Asli Batu 55, masyarakat itu tidak akan keluar mengundi sekiranya Ismail tidak diangkat sebagai calon.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang sidang media dibuat oleh penyandang Parlimen itu selepas namanya digugurkan BN pada malam Selasa. #sumber

Share:

Calon 'Barisan Nasional' Kerusi Parlimen Larut, Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri

 

IPOH - Penceramah bebas Ustaz Kazim Elias tarik diri daripada mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Larut pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Perkara itu disahkan Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad hari ini dan tempat beliau digantikan Ketua Koordinator Komunikasi BN Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

Malam tadi, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan nama calon gabungan itu bertanding pada PRU-15.

Berita Harian melaporkan, Saarani mengumumkan perkara berkenaan pada pengumuman calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin di Larut.

Hamzah ada penyandang pada PRU lalu namun menteri dalam negeri itu berpaling tadah dan menyertai BERSATU.

Pakatan Harapan pula mempertaruhkan Zolkharnain Abidin dari AMANAH. #sumber

Share:

Ahmad Idham & Eizlan Yusof Jadi Calon GTA Di Port Dickson Dan Sabak Bernam

 

BANGI - Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, diumumkan sebagai calon bagi Gerakan Tanah Air (GTA) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Bangsa masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Pencalonan mereka diumumkan pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-PEJUANG di sini, hari ini. #sumber

Share:

Anak Najib Antara 42 Orang Calon DUN Barisan Nasional (BN) Pahang PRU-15 !

KUANTAN - Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara 42 calon BN Pahang yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Datuk Mohd Nizar Najib telah diputuskan bertanding di kerusi DUN Peramu Jaya menggantikan penyandang kerusi sebelum ini, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali yang dipertaruhkan di kerusi Parlimen Pekan. #sumber

Share:

TFC Layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia, Menang Agregat 9-3 Ke Atas Sri Pahang

 

KUALA TERENGGANU - Terengganu FC (TFC) melangkah bergaya ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas menang dengan agregat 9-3 menumpaskan Sri Pahang FC pada aksi pusingan 16 pasukan.

Dalam perlawanan timbal balik yang berlangsung dalam keadaan hujan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak malam ini, skuad Penyu kendalian Nafuzi Zain menumpaskan Tok Gajah 4-2 selepas menang 5-1 pada aksi pertama di Stadium Darul Makmur Kuantan, Khamis lalu.

Dengan kemenangan itu, gergasi Pantai Timur ini bakal menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi suku akhir selepas skuad kendalian Bojan Hodak itu menang dengan agregat 4-0 menumpaskan PDRM FC.

Bagaimanapun kemenangan skuad Penyu itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi selepas tonggak pertahanan tengahnya, Shahrul Nizam Ros Hasni dilayangkan kad merah oleh pengadil, Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah selepas mengasari penyerang, Steven Rodriguez pada minit ke-38.

Terdahulu berbekalkan hampir 18,000 peminat setia, pesta jaringan tuan rumah bermula menerusi tandukan penyerang sensasi, Kpah Sherman pada minit kedua selepas menerima umpanan daripada Faisal Halim.

Tersentak gol awal TFC, pelawat memperoleh peluang pada minit ke-11 menerusi rembatan Lee Tuck, namun berjaya ditolak keluar penjaga gol, Suhaimi Husin.

Tuan rumah kembali mengatur gerakan, hasilnya pada ke-29, Faisal berjaya menambah jaringan kedua menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti selepas menerima umpanan Sherman.

Selepas jaringan itu, pemain tuan rumah bagaikan 'dirasuk' apabila berjaya menambah gol ketiga menerusi rembatan deras pemain pertahanan, Muhammad Azam Azmi Murad pada minit ke-35 selepas Faisal bijak mengumpan bola untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Walaupun TFC terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain, semangat juang mereka tidak luntur apabila berjaya mendapat gol keempat pada minit ke-44 menerusi sepakan penalti Sherman selepas Faisal dijatuhkan Baqiuddin Shamsudin.

Ketinggalan 4-0 tidak sesekali mengendurkan asakan pelawat kendalian Datuk Dollah Salleh yang terus mengasak sebaik wisel babak kedua ditiupkan, namun kecemerlangan Suhaimi di dalam gawang gol menafikan deretan percubaan lawan.

Bagaimanapun usaha berterusan skuad Tok Gajah berhasil apabila rembatan bekas pemain TFC, Tuck menerjah jaring gol pada minit ke-71 untuk menjadi kedudukan 4-1.

Pada minit ke-83, Rodriguez menambah jaringan kedua pasukannya menerusi rembatan padu dalam kotak penalti yang gagal ditepis keluar penjaga gol untuk kedudukan muktamad kekal 4-2. #sumber

Share:

Sheikh Puzi Gantikan Najib Di Pekan, Dua Lagi Penyandang Parlimen Pahang Gugur!

 

KUANTAN - Kerusi Parlimen Pekan yang disandang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diisi dengan calon Datuk Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya.

Selain itu, di Pahang, beberapa penyandang kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) digugurkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengikut pengumuman yang dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Pengumuman Calon Parlimen BN PRU15, di Kuala Lumpur malam ini, tiga penyandang kerusi ditukarkan dengan calon muka baharu.

Antaranya, kerusi Parlimen Maran yang disandang Datuk Seri Ismail Abd Mutalib, diganti dengan calon baharu, Datuk Shahaniza Shamsuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran.
Turut ditukar, penyandang Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan digantikan dengan Mohd Zukarmi Abu Bakar.

Turut diumumkan, enam penyandang yang kekal bertanding pada PRU kali ini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen Bera.

Turut kekal, Datuk Ramli Mohd Nor bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin.

BN turut mempertaruhkan tiga calon MCA iaitu di kerusi Parlimen Raub, Chong Sin Woon, Indera Mahkota, Quek Tai Seong dan Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga bekas Presiden MCA.

Dua lagi kerusi, Temerloh menyaksikan penyandang kerusi DUN Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin diberikan laluan dan Kuantan, Datuk Seri Ab Hamid Mohd Nazahar yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Pahang. #sumber

Share:

AMANAH Umum Tanding Di Empat Kerusi Parlimen Dan "16 Kerusi DUN" Di Pahang

 

KUANTAN - Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi AMANAH Pahang, Zulkifli Mohamed, berkata parti itu menampilkan dua calon wanita di DUN Tanjung Lumpur dan Guai.

Katanya, sebahagian besar calon berkenaan terdiri daripada kumpulan profesional dan ahli perniagaan.

"Pada PRU15, AMANAH Pahang akan bertanding 16 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen berbanding 11 DUN dan satu Parlimen pada PRU14.

"Kita yakin 20 calon ini akan membantu untuk memenangi kerusi pada pilihan raya kali ini," katanya di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, beliau akan bertanding di DUN Beserah.

Kelmarin, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan empat calon parti berkenaan akan bertanding di Parlimen Pahang.

Mereka ialah Ahmad Azam Mohamad Salleh yang akan bertanding di Parlimen Paya Besar, Ahmad Shuhor Awang (Maran), Juhari Osman (Kuala Krau) dan Mohd Hasbie Muda (Temerloh).

Pahang mempunyai 14 kerusi Parlimen dan empat daripadanya akan diwakili parti AMANAH, manakala bakinya akan diumumkan komponen parti, iaitu PKR dan DAP.

Pada PRU-14 lalu, PH memenangi empat kerusi iaitu Bentong, Temerloh, Raub dan Kuantan, sembilan kerusi milik Barisan Nasional (BN), manakala satu kerusi pula milik Perikatan Nasional (PN) di Indera Mahkota.

Di peringkat DUN pula, PH memenangi sembilan kerusi, 25 kerusi milik BN, manakala PAS pula memenangi lapan daripada 42 semua kerusi DUN. #sumber

Share:

DS Ismail Sabri Pertahan Kerusi Parlimen Bera, DS Hishamuddin Tanding Sembrong

 

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan beberapa menteri dan timbalan menterinya kekal mempertahan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Mengetuai senarai, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bera, begitu juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kekal untuk kerusi Parlimen Sembrong.

Pada PRU ke-14 lalu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menang kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 2,311 undi, manakala Hishammuddin menang dengan majoriti 6,662 undi di Sembrong.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong pula di kerusi Parlimen Ayer Hitam, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Ma Saravanan pula di Parlimen Tapah serta Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Parlimen Padang Terap.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula dinamakan mempertahan kerusi Parlimen Kepala Batas, sementara Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Parlimen Parit Sulong.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin akan kekal bertanding di Parlimen Kimanis; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar); Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu).

Selain itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said di kerusi Parlimen Kuala Krau, sementara Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri We Jeck Seng di kerusi Parlimen Tanjung Piai. #sumber

Share:

DAP "Bertanding" Empat Kerusi Parlimen Dan 'Lapan' Kerusi DUN Di Negeri Pahang

 

PETALING JAYA - DAP mengumumkan ia akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN di Pahang pada PRU15.

Berikut calon-calon DAP untuk kerusi Parlimen:

Chiong Yoke Kong – Cameron Highlands
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji – Lipis
Chow Yu Hui – Raub
Young Syefura Othman – Bentong
DAP pada PRU14 berjaya menawan Parlimen Raub menerusi Tengku Zulpuri dan Bentong menerusi Wong Tack yang bertanding atas tiket PKR.

Pada PRU sama, BN menawan Cameron Highlands dengan kelebihan undi setipis 597, dan Lipis dengan majoriti 6,569 undi.

BN kembali teguh di Cameron Highlands pada PRK 2019, meraih majoriti 3,238 undi menerusi Ramli Mohd Nor.

Sementara itu, di peringkat DUN, DAP mempertaruhkan nasib di lapan kerusi berikut:

Ho Chi Yang – Tanah Rata
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji – Tras
Muhammad Khairil – Pulau Manis
Woo Chee Wan – Mentakab
Lee Chin Chen – Bilut
Thomas Su Keong Siong – Ketari
Kamache Doray Rajoo – Sabai
Leong Yu Man – Triang

Daripada senarai itu, PH gagal menawan Pulau Manis pada PRU14. Kerusi itu menjadi milik BN dengan majoriti 2,334 undi. #sumber

Share:

Waris Jamaluddin Jarjis Selesai Tuntutan Harta Sepencarian Berjumlah RM1 Bilion

KUALA LUMPUR - Balu kepada bekas menteri, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail bersama empat anak dan ibu mentuanya, masing-masing bersetuju berbincang bagi menyelesaikan secara baik tuntutan harta sepencarian berjumlah RM1 bilion.

Kalsom, 66, selaku plaintif memfailkan tuntutan itu termasuk 20 hartanah di Malaysia, Makkah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan anaknya iaitu Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa, Noor Adilla serta ibu mentuanya, Aminah Abdullah sebagai defendan.

Hakim Mahkamah Syarie, Abdul Shukor Abd Hamid, berkata perbicaraan kes tuntutan itu yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan ke 31 Januari tahun depan, bagi mengetahui keputusan perbincangan berkenaan.

"Mahkamah berpendapat lebih bagus waris Allahyarham bertolak ansur membuat perbincangan. Kita galakkan ada penyelesaian baik dan tidak mahu ikatan persaudaraan serta kekeluargaan terurai.

"Kita tidak mahu berlaku pertengkaran dalam institusi hubungan keluarga. Raikan pendapat masing-masing dan mahkamah beri peluang kepada pihak berkaitan berbincang.

"Ada bahagian kita termasuk mahkamah sendiri tak perlu masuk campur hal keluarga, masuk tak tentu pasal dan tidak tahu hujung pangkal (tuntutan kes itu)," katanya dalam prosiding hari ini.

Turut hadir, Peguam Syarie, Nor Husniah Husin dan Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Kalsom, manakala Peguam Syarie, Nur Hidayah A Bakar mewakili Aminah.

Terdahulu, Nor Husniah berkata, semua pihak bersetuju mengadakan perbincangan keluarga bagi menyelesaikan tuntutan itu secara baik mengikut saranan mahkamah sebelum ini.

"Pihak terbabit juga bersetuju melapangkan tarikh perbicaraan hari ini, susulan perbincangan keluarga tanpa membabitkan peguam," katanya.

Nur Hidayah mengesahkan perbincangan itu, namun memohon penyata keterangan tambahan diserahkan kepada pihaknya 14 hari sebelum tarikh perbicaraan baharu.

"Perbincangan keluarga tidak mencapai apa-apa keputusan lagi, maka kita mohon penyata keterangan difailkan oleh pihak terbabit," katanya.

Sulaiman berkata, perbincangan itu memerlukan masa bagi penyelesaian secara menyeluruh yang tidak lagi merumitkan hal keluarga.

Bagaimanapun, beliau akan memfailkan penyata keterangan tambahan jika perbincangan tidak mencapai kata putus.

"Alhamdulillah, perkembangan amat besar mahu selesaikan tuntutan secara baik, atas alasan itu apa gunanya failkan penyata jika perbincangan penyelesaian itu masih dijalankan, ini hanya akan merumitkan keadaan.

"Ia juga akan menyebabkan kos dan sia-sia jika kes diselesaikan (luar mahkamah). Kita mahu perbincangan berjalan lancar dan kes ini tidak dihebohkan, tidak masuk mahkamah (dibicarakan) serta tidak merumitkan lagi keadaan.

"Namun, kita akan berbuat demikian (failkan penyata itu) jika penyelesaian tidak dicapai," katanya.

Perbicaraan kes sebelum ini ditetapkan pada 1, 14, 28, 29 dan 30 November, selepas Kalsom meminda pernyataan tuntutan, antaranya membabitkan perkataan hartanah di Boston, Amerika Syarikat yang dibuang.

Selain itu, saham dalam syarikat Rantai Wawasan, isu sumbangan tidak langsung berkaitan penjagaan Jamaluddin ketika sakit kaki dan isu berkaitan tanah di Gombak dimasukkan dalam pernyataan tuntutan yang dipinda.

Pada 4 April 2015, Jamaluddin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter dinaiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih.

Turut maut juruterbangnya, Kapten Clifford William Fournier; Ketua Setiausaha Sulit bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang; pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita dikenali Aidana Baizieva.  #sumber

Share:

Perikatan Nasional Bakal Terajui Pahang, Hubungan PAS, BERSATU, GERAKAN Baik

 

KUANTAN - PAS menghormati kekuatan antara parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) di sesebuah negeri. Ini berdasarkan jumlah kerusi yang lebih banyak dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Di Pahang, PAS telah memenangi lapam kerusi pada PRU14 dan mempunyai jentera di seluruh negeri.

Berikut ialah petikan sumber wawancara bersama Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar di sini, baru-baru ini.

Harakah: Bagaimana hubungan PAS, BERSATU dan GERAKAN di Pahang?

Ustaz Rosli: Alhamdulillah, setakat ini hubungan di antara PAS, BERSATU dan GERAKAN Pahang dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), baik. Semua urusan politik terutama sekali dari sudut pembahagian kerusi dan kerjasama dalam program-program yang melibatkan Perikatan Nasional (PN) dapat berjalan dengan baik. Dari sudut perbincangan pembahagian kerusi juga dapat diselesaikan dengan baik dan sangat harmoni.

Berapa pembahagian kerusi untuk PAS, BERSATU dan GERAKAN. Begitu juga jumlah kerusi fokus DUN dan Parlimen PAS?

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN. PAS bertanding 24 kerusi, BERSATU 12 dan GERAKAN 6 kerusi. Sementara kerusi Parlimen, PAS bertanding 7 kerusi, BERSATU juga 7 kerusi. GERAKAN sebelum ini kita bagi kerusi tetapi mereka menolak dan serahkan kepada pihak perunding kerusi.

Kira di Pahang PAS lebih banyak kerusi…

Ya, kerana menilai kepada kekuatan PAS itu sendiri di Pahang. Selain itu, PAS sudah sedia ada lapan wakil rakyat dari penggal lalu dan dinilai dari sudut kekuatan jentera PAS di Pahang. Sama seperti di Johor, kita kira negeri itu adalah negeri Bersatu berdasarkan pada jumlah kerusi yang mereka menangi pada PRU14 yang lalu. PAS ambil kerusi 15 DUN sahaja berbanding Bersatu 38 kerusi DUN. Begitu juga di Melaka, PAS hanya bertanding lapan kerusi dan selebihnya Bersatu yang lebih dominan.

Kita menghormati mereka di tempat mereka lebih kuat, seperti Melaka dan Johor. Di Pahang, selain dari PAS telah memenangi lapan kerusi pada PRU ke-14, berbanding Bersatu, PAS juga mempunyai jentera pilihan raya di seluruh negeri Pahang. Kita berterima kasih kepada Bersatu kerana menghormati dan meraikan PAS, Alhamdulillah.

Bagaimana persediaan daripada sudut calon-calon yang PAS Pahang tampilkan?

Alhamdulillah…kita di Pahang telah selesai meletakkan calon-calon di semua DUN PAS bertanding. Calon-calon yang kita pilih, pertama adalah pilihan di pihak PAS kawasan. Kita di Pahang hanya akan memilih calon yang dipilih oleh PAS kawasan sahaja. Di samping itu, kita sediakan kriteria calon yang kita kehendaki.

Alhamdulillah, saya kira kita turunkan calon yang terbaik pada pilihan raya umum tahun ini dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran juga melibatkan kalangan melibatkan muslimat dan pemuda. Kami sangat bersedia untuk menurunkan calon-calon yang berwibawa terutama di peringkat DUN iaitu sebanyak 24 kerusi yang PAS tandingi. Di mana tema PRU kali ini ‘PN Terajui Pahang’. Asalnya ‘PAS Terajui Pahang’ tetapi bila kita bersama dengan Perikatan Nasional (PN), kita angkat sebagai slogan PRU ke-15 bersama Perikatan Nasional (PN) iaitu ‘PN Terajui Pahang’.

Tema ini kali kedua kita bawa. Kali pertama PAS Terajui Pahang pada PRU ke-14. Penting tema ini kerana ia menjadi dasar dan hala tuju gerak kerja. Matlamatnya untuk kita mencapai kemenangan dan seterusnya menerajui negeri Pahang.

Insya Allah.. kita cuba untuk terajui Pahang. Kita menurunkan calon yang bersesuaian dengan tema tersebut. Ertinya kita turunkan calon yang bersedia untuk menjadi pemerintah di negeri Pahang. Ini kita punya persediaan daripada sudut calon.  #sumber

Share:

PRU-15: Masyarakat Orang Asli Mahu BN Kekalkan Ismail Muttalib Calon Parlimen

 

MARAN - Seramai 2,800 masyarakat Orang Asli dari lapan perkampungan dalam daerah ini mahu pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mengekalkan penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Batin Daerah Maran, Jantan Bujing berkata, pada masa ini, hanya kepimpinan Ismail yang begitu mesra dan dekat dengan Orang Asli diyakini membantu masyarakat kaum minoriti tersebut di daerah itu.

“Kalau beri orang lain kami tidak nampak jasa dan kami takut bila salah pilih nanti hidup kami bertambah susah,” katanya pada majlis penyampaian watikah pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Merbau di sini hari ini.

Menurut Jantan, masyarakat Orang Asli sentiasa menjadi penyokong kuat BN khususnya kepada Ismail.

“Sikap mesra yang ditunjukkan Ismail yang sering turun padang melihat kebajikan masyarakat Orang Asli melayan seperti saudara-mara membuatkan kami mahukan kepimpinan beliau,” katanya.

Ismail Muttalib menjadi Ahli Parlimen Maran selama empat penggal bermula 2004 dan dalam tsunami politik PRU14 lalu beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 undi.

“Jika mahu sokongan ‘solid‘ kami (masyarakat Orang Asli), hanya Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib yang kami mahu sebagai calon BN, janganlah ada berpecah belah. #sumber

Share:

Barisan Nasional Pahang Pertaruh Sayap Pemuda, Wanita, Puteri Tanding PRU-15 !

 

JERANTUT - Barisan Nasional (BN) Pahang mempertaruhkan 60 hingga 70 peratus muka baharu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, calon-calon itu terdiri kombinasi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta orang lama yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Calon muda berkenaan merupakan kalangan mereka yang dipilih oleh UMNO Bahagian masing-masing dianggap calon boleh menang dan mempunyai pengaruh.

“BN Pahang sudah membuat pertimbangan yang tepat serta yakin dengan kewibawaan calon berkenaan untuk berdepan pembangkang yang dijangka memberi tentangan sengit pada PRU15,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Jerantut di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, kira-kira 75,000 pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun yang akan mengundi kali pertama diyakini akan memihak kepada BN kerana mereka sudah didekati sejak awal lagi.

“BN Pahang menjangkakan kira-kira 300,000 pengundi yang mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRU15, 19 November ini.

“Saya amat yakin pengundi berkenaan akan memilih BN walaupun bukan 100 peratus,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang penyandang Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi tersebut, Wan Rosdy berkata, BN Pahang akur dengan keputusan Ahmad Nazlan.

“Beliau (Ahmad Nazlan) memberitahu akan sama-sama membantu semasa kempen bagi calon BN Parlimen Jerantut untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

“Saya optimis BN Pahang akan memenangi 14 kerusi Parlimen dan 42 DUN dalam PRU15 ini,”  ujarnya. #sumber

Share:

DS Ismail Muttalib, Penyandang Parlimen Maran Tak Tahu Namanya Tak Dicalonkan

 

KUANTAN - Penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib tidak tahu sama ada namanya dicalonkan di Parlimen berkenaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Saya tidak tahu (tidak dicalonkan) dan kini menunggu keputusan parti," katanya dihubungi, hari ini.

Ismail mengulas sebaran di media sosial berhubung 10 nama dikatakan tidak dicalonkan semula bertanding pada PRU-15.

Berdasarkan rekod, Ismail yang juga Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan sudah mempertahankan kerusi Parlimen Maran selama empat penggal sejak 2004.

Tersenarai dalam 10 nama berkenaan ialah Menteri Wilayah yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.

Selain itu, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Adham Baba (Tenggara), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Jempol) dan Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) iaitu nama yang tidak dicalonkan semula oleh UMNO.

Keputusan rasmi calon BN akan diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini manakala Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.