script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mufti Pahang: Sebaik-Baiknya Biarlah TH Urus 'Badal Haji' Untuk Elakkan Penipuan

 

KUALA LUMPUR – Seelok-eloknya Lembaga Tabung Haji (TH) yang menguruskan badal haji supaya ibadah yang dilakukan untuk individu yang sudah meninggal dunia itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Meskipun mengakui TH akan berdepan dengan kekangan untuk menguruskan badal haji tetapi Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berpendapat, langkah itu sekurang-kurangnya dapat menangani penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak sekian lama.

Apatah lagi, permintaan untuk melaksanakan badal haji semakin tinggi sekarang ini.

“Kalau Tabung Haji sendiri boleh menguruskan dan melaksanak badal haji lebih baik walaupun saya akui TH juga tidak mungkin mampu menguruskannya disebabkan permintaan yang tinggi,” katanya.

Lantaran itu, buat masa ini, Abdul Rahman meminta orang ramai kekal berhati-hari supaya tidak terpedaya dengan pakej badal haji murah dan tidak munasabah yang ditawarkan oleh pelbagai agensi.

Artikel berkaitan: Hati-hati dengan lambakan badal haji murah – MATA

Nasihatnya, orang ramai perlu membuat penelitian dan semakan terlebih dahulu sebelum mengambil pakej upah badal haji memandangkan berlaku peningkatan kos haji yang ditetapkan oleh Arab Saudi.

Selain itu, katanya, orang ramai yang mahu mengupah badal haji perlu benar-benar pastikan pihak yang diupah melaksanakan ibadah itu adalah individu yang betul iaitu penduduk tempatan di sana sahaja dan bukanya warga asing yang lain.

“Ini kerana Arab Saudi sudah menetapkan kadar kepada orang tempatan di sana, kena fikir logik bagaimana kos yang ditawarkan kepada kita boleh murah.

“Ada tawaran badal haji jika sekitar RM1,500 sehingga RM3,500, itu terlampau murah sedangkan harga asal permit haji yang lebih tinggi yang ditetapkan mencecah SR4,000 (RM4,800).

“Perlu diingat bahawa badal haji ini kita wakilkan atau mengupah individu lain untuk buat haji. Jadi seorang itu hanya boleh mengambil upah pergi haji untuk satu kepala sahaja.

“Kalau bagi upah kepada pelajar, juga berpandukan kepada syarat, juga mengikut kos permit mereka di sana,” jelas Abdul Rahman lagi. #sumber

Share:

Pendaki (OKU) Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Di Khuatiri Hilang

 

KUALA LUMPUR: Pendaki orang kurang upaya (OKU) Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Hashim, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Perkara itu disahkan Ketua Misi Ekspedisi Azim Afif Ishak ketika dihubungi Bernama TV dan operasi pencarian masih dijalankan.

Muhammad Hawari, 33, merupakan OKU pendengaran, dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,848 dari paras laut, pada Khamis.

Azim Afif berkata, setakat ini Hawari masih belum dijumpai dan pendaki OKU itu sudah hilang hampir 24 jam.

Beliau berkata kali terakhir Hawari berjaya dihubungi ketika pendaki itu berada di Kem 4.

Dalam pada itu, menurut laporan media Nepal The Himalayan Times yang memetik kenyataan pengendali ekspedisi Pengarah Pioneer Adventure Nivest Karki, Hawari telah hilang sejak Jumaat dan usaha pencarian masih dijalankan.

Hawari merupakan pendaki kumpulan pertama ke puncak Everest bersama pendaki yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Bagaimanapun, Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak gunung Everest. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Cakna, Bantu Kebajikan Adik Athif Pengidap Sakit Jarang Jumpa 'Spinal Muscular Atrhopy' (SMA) Type 1 !

 

BERA: Kerajaan Negeri Pahang, cakna dan tidak lepas tangan membantu kebajikan kanak-kanak berusia 15 bulan, Muhammad Athif Fahri Mohd. Farhan atau Athif yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan memberitahu, setakat ini, keluarga kanak-kanak itu menerima bantuan kewangan RM500 sebulan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

“Setakat ini, kerajaan negeri melalui JKM sudah memberi bantuan sebanyak RM500 sebulan. Kita juga menguar-uarkan kepada semua rakyat negeri ini, termasuk seluruh negara selain memohon kepada pihak korporat bagi menampung perbelanjaan adik Athif.

“Sebelum ini juga, kerajaan negeri juga menyumbang sebuah mesin pernafasan bagi memenuhi keperluan adik Athif yang bernilai RM23,000,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Hari Keluarga Antarabangsa sempena Program Jelajah Peduli Keluarga Parlimen Bera di sini hari ini.

Pada 15 Mei lalu, akhbar ini melaporkan bahawa selepas Wan Muhammad Naail atau Naail yang berjaya memperoleh RM9 juta hasil sumbangan orang ramai bagi merawat penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 dihidapinya, kini Athif juga mengharapkan keajaiban yang sama.

Dana terbabit adalah bagi membeli ubat Genetik Zolgensma yang berharga AS$2.1 juta (RM9.42 juta) yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit terbabit.

Sabariah berkata, pemantauan berkala turut dilakukan JKM negeri dan Kementerian Kesihatan menerusi klinik kesihatan berdekatan bagi memastikan kanak-kanak itu dalam keadaan yang sihat dan stabil.

“Apa yang diusahakan kerajaan negeri ini adalah sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan keluarga di negeri ini,” katanya. #sumber

Share:

Tidak Ada Masalah Ahli Undi Parti Lain Dalam Gabungan Kerajaan Perpaduan !

 

PETALING JAYA: Tiada masalah ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengundi calon bukan daripada parti sendiri pada PRN enam negeri akan datang, kata Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Ahli Parlimen Pulai itu percaya ahli parti PH dan BN, akan patuh serta memberikan sokongan dan undi kepada calon ditetapkan.

“Kita harap undi daripada PH akan dapat diterjemah dalam bentuk sokongan daripada BN dan begitu juga sebaliknya.

“Transformasi ini penting, jadi saya harap dengan kesepakatan itu calon ditampilkan dapat sokongan sama ada PH atau BN,” katanya menurut Bernama.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan semalam yang dilaporkan berkata, pengundi partinya perlu memilih calon daripada kerajaan perpaduan pada PRN tanpa mengira calon itu daripada parti mana termasuk DAP.

Salahuddin berkata, berdasarkan pengalamannya, berada dalam gabungan parti politik, kebiasaannya ahli parti akan patuh dan undi calon dipersetujui pemimpin mereka. #sumber

Share:

Teo Nie Ching Minta Ahli, Penyokong DAP Undi Calon UMNO Pada PRN Akan Datang

 

KULAI: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching meminta ahli dan penyokong parti itu mengetepikan perbezaan dan memberi sokongan serta undi kepada calon UMNO, yang juga parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Kenyataan Nie Ching itu menyusul selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam meminta Ahli UMNO yang tidak suka DAP, mengundi parti yang pernah menjadi lawan itu atas nama Kerajaan Perpaduan.

Nie Ching berkata, mengundi parti dalam Kerajaan Perpaduan pada PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu nanti penting bagi memastikan kestabilan politik, sama ada peringkat pusat mahupun negeri.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Johor, berkata mandat rakyat amat penting dan kemenangan Kerajaan Perpaduan adalah tanda keyakinan terhadap kemampuan dan pencapaian kerajaan.

"Sekarang kami (DAP, UMNO) duduk dalam kerajaan perpaduan, jadi semua parti politik kerajaan yang bertanding PRN akan datang perlu menang untuk pastikan kestabilan kerajaan perpaduan.

"DAP sudah pasti mahu menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi. Kami juga berharap rakan komponen seperti PKR, AMANAH Parti Amanah Negara) dan juga UMNO turut menang di kawasan yang ditandingi mereka.

"Mandat daripada rakyat penting, jadi sekiranya semua parti politik dalam Kerajaan Kerpaduan boleh menang dengan besar, ini satu tanda bahawa rakyat yakin dengan kemampuan dan pencapaian kami," katanya selepas menghadiri program Larian Amal IOI Putra, di sini hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, pengundi daripada parti itu perlu memilih calon Kerajaan Perpaduan pada PRN tanpa mengira daripada parti mana, termasuk DAP.

Katanya lagi, gesaan itu bukan atas nama parti tertentu, sebaliknya atas nama Kerajaan Perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong dalam memastikan kestabilan politik negara.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai, menegaskan sokongan ahli dan penyokong DAP kepada calon-calon UMNO pada PRN akan datang bagi mengelak kemenangan kepada pembangkang.

"Kita tidak akan serahkan usaha menarik pengundi kepada pihak lain. Kita akui sokongan masyarakat Melayu terhadap DAP sedikit kurang, namun itu tidak halang kita dekati masyarakat Melayu.

"Pendekatan kita kekal untuk mendekati pengundi berbilang kaum, buktinya adalah bahan publisiti yang dikeluarkan dibuat dalam pelbagai bahasa, iaitu bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan juga Tamil,"katanya. #sumber

Share:

Suami Isteri Maut Jatuh Bangunan Hotel Di 'Genting Highlands' Pada Selasa Lalu !

 

BENTONG: Sepasang suami isteri ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Genting Highlands, dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.46 malam, 16 Mei lalu.

"Hasil siasatan awal dilakukan mendapati suami isteri berkenaan masing-masing berusia 37 tahun dari Taiping, Perak, datang ke Genting Highlands pada 11 Mei lalu dan mendaftar masuk di sebuah bilik di hotel berkenaan. 

"Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan mendapati bermula dari tarikh kedua-dua mangsa mendaftar sehingga tarikh kejadian didapati tiada sesiapa melainkan mereka keluar masuk bilik terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, pemeriksaan dilakukan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes terbabit.

"Berdasarkan hasil laporan bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian lelaki terbabit adalah 'massive hemothorex' manakala isterinya pula disebabkan kecederaan parah di kepala.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 untuk tindakan lanjut," katanya. #sumber

Share:

Titah Beri Peruntukan Adil: 'Tafsiran' PAS Tak Sama Dengan Pandangan MB Pahang

 

KUANTAN: Isu membabitkan peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pahang dilihat masih belum selesai.

Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ucapan penggulungan titah diraja ketika sidang DUN pada Jumaat lalu memberitahu kerajaan negeri sedia mempertimbangkan titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Sultan Abdullah supaya memberikan peruntukan kepada ADUN pembangkang.

Namun kata Naib Presiden UMNO itu, peruntukan terbabit bukanlah secara tetap tetapi berkala.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dalam hantaran di Facebook hari ini berkata, terpulang kepada Wan Rosdy untuk mentafsir titah Tengku Hassanal ketika merasmikan sidang DUN pada 8 Mei lalu

"Apa yang kami faham daripada titah ucapan tersebut ialah peruntukan tetap yang telah diberikan kepada ADUN kerajaan, turut diberikan kepada ADUN pembangkang.

"Tafsiran kami dan tafsiran Menteri Besar Pahang tidak sama, maka terpulang kepada menteri besar untuk mentafsirkan titah ucapan tersebut mengikut apa yang dia fahami.

"Bagi kami, ada ataupun tiada, kami tetap akan menaburkan khidmat bakti kami dengan sebaik mungkin meskipun dalam apa jua keadaan," katanya.

Sidang DUN Pahang sebelum ini menjadi agak 'panas' apabila wakil kerajaan dan pembangkang membahaskan titah berkenaan.

Bagaimanapun Wan Rosdy ketika ucapan penggulungan pada 12 Mei lalu berkata tiada mana-mana kerajaan yang akan memberikan peruntukan yang sama dengan pembangkang.

Katanya, Kerajaan Pahang juga sudah menyampaikan sumbangan ke kawasan seluruh negeri, termasuk di kawasan DUN pembangkang.

Katanya lagi, antaranya adalah bantuan awal persekolahan dan bantuan-bantuan lain melalui inisiatif bantuan prihatin Pahang yang diperkenalkan sejak dia menjadi menteri besar.

Sementara itu, Rosli yang juga ADUN Tanjung Lumpur berkata pembangkang Pahang akan terus menyusun strategi dan bersedia merempuh segala halangan sehingga menang pada pilihan raya akan datang.

Tengku Hassanal ketika merasmikan istiadat pembukaan sidang DUN Pahang pada 8 Mei lalu bertitah bahawa landskap politik perlu berubah selepas hampir 66 tahun negara mencapai kemerdekaan.

"(Tempoh) 66 tahun ini sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

"Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka (pembangkang) juga," titah baginda. #sumber

Share:

Penulis Blog Di Tahan Kerana Membantu Siasatan Kes 'Rasuah Projek' RM41 Juta !

 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penulis blog semalam bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai kira-kira RM41 juta di sebuah kementerian.

Lelaki berumur awal 60-an itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini semalam, dan dia dipercayai menerima rasuah kira-kira RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar tahun 2020.

Menurut sumber SPRM, ia dipercayai sebagai dorongan kepadanya melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman selama dua hari terhadap penulis blog berkenaan setelah SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (ASPRM 2009). #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Akan "Pertimbang" Beri Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan mempertimbang memberikan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang seperti yang dititahkan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun peruntukan secara berkala itu tidak akan sama dengan jumlah peruntukan diterima oleh wakil rakyat daripada kerajaan negeri.

“Kita cadang nak bagi secara berkala, lepas itu akan ada lagi (peruntukan). Kita menjunjung titah Tuanku Pemangku Raja Pahang, ketika Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin lalu.

“Kita tetap berikan cuma tidaklah sama dengan kerajaan, kena ada perbezaan. Ini perkara biasa dan ianya tidak dapat dinafikan. Tidak berlaku (dalam kerajaan) peruntukan sama (antara ADUN pembangkang dan kerajaan),” katanya dalam ucapan penggulungan Sidang DUN Pahang penggal kedua di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Pahang Ke-15, Isnin lalu, Tengku Hassanal bertitah agar Kerajaan Negeri memberikan peruntukan yang adil kepada ADUN pembangkang negeri ini.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, sepatutnya tidak timbul isu sama ada pemberian itu disebabkan ianya titah atau tidak sebagaimana dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka).

Jelas beliau sebelum titah Pemangku Raja Pahang lagi kerajaan negeri ada memberikan peruntukan RM5,000 kepada wakil rakyat pembangkang ketika bulan Ramadan lalu.

“Memang ada dalam perancangan tetapi tidaklah setiap bulan, perlu ada tanda aras supaya ada ukuran bagi mendapatkan butiran terperinci, sekata tidak macam negeri lain yang ada ADUN dapat dan ada tidak.

“Berkaitan peruntukan kepada pembangkang ini kita akan bawa kepada perbincangan bersama exco. Saya tidak boleh beri kelulusan sewenangnya kerana ia melibatkan duit kerajaan negeri, kena tengok implikasi kepada kewangan kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah sesekali mengabaikan kebajikan rakyat malah sentiasa menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan kepada rakyat negeri ini secara berterusan meliputi segenap lapisan masyarakat tanpa memilih bangsa, agama mahu pun parti politik.

“Malah di kawasan DUN pembangkang sekali pun, kerajaan negeri akan tetap salurkan bantuan ini walaupun pengundi di kawasan tersebut tidak memilih kami pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kerana ini sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai kerajaan.

“Walaupun peruntukan tidak disalurkan terus kepada ADUN pembangkang, tetapi bantuan-bantuan ini tetap sampai kepada rakyat yang disalurkan menerusi Menteri Besar sendiri, exco kerajaan negeri, penyelaras DUN serta pejabat daerah,” ujarnya. #sumber

Share:

Keluasan Hutan Simpanan Kekal Pahang Sebanyak 44.37% Dari Keluasan Negeri

       

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) merekodkan luas hutan simpanan kekal sehingga Disember 2022 adalah seluas 1,596,02 hektar atau 44.37% daripada keluasan negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada 2022, jumlah luas pewartaan keluar seluas 1,183.74 hektar manakala jumlah luas pewartaan masuk seluas 2,578,35 hektar.

”Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Pejabat Tanah dan Galian Pahang sentiasa berusaha dan bekerjasama mengenalpasti kawasan-kawasan Tanah Kerajaan untuk mewartakan sebagai Hutan Simpanan Kokal bagi menggantikan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang telah dinyahwartakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Tuan Ibharim Tuan Man pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.

ADUN Cheka itu bertanyakan berapakah jumlah keluasan hutan simpan kekal di seluruh Pahang, dan jumlah yang telah dinyahwartakan serta langkah yang telah diambil bagi menggantinya semula.  #sumber

Share:

Kerajaan Perlu Hati-Hati Buat Keputusan Tentang Peruntukan ADUN Pembangkang

KUANTAN: Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli menggesa Kerajaan Negeri Pahang berhati-hati dan mengkaji dari berbagai aspek sebelum bercadang memberikan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini.

Beliau mengulas, isu 'panas' yang sedang hangat diperkatakan berkaitan perkara itu sekarang.

Terdahulu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kerajaan Pahang memberikan peruntukan yang adil kepada wakil rakyat pembangkang ketika merasmikan sidang DUN Ke-15 pada Selasa.

Titah berkenaan disambut dengan baik oleh semua ADUN Perikatan Nasional (PN).

Perbahasan isu tersebut di DUN Pahang, mendapat perhatian ramai pihak termasuk netizen yang mengkritik dan menghentam Kerajaan Pahang jika tidak melaksanakan titah tersebut. 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shukri berkata beliau melihat 'belum masa' untuk Kerajaan Pahang melakukannya pada masa ini.

"Kerajaan Negeri Pahang terbentuk hasil gabungan BN dan PH, dengan majoriti mudah bukannya majoriti 2/3 DUN.

"BN dan PN memiliki kedudukan kerusi yang sama 17:17 selepas PRU-15. Cuma bila BN bergabung dengan PH yang memiliki lapan kerusi DUN, barulah kerajaan negeri boleh ditubuhkan dan Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi dilantik menjadi Menteri Besar," kata Shukri.

Justeru, dakwa beliau jika peruntukan sama rata dilaksanakan, maka beliau gusar kerajaan negeri yang sedia ada sekarang boleh tergugat pada pilihan raya umum akan datang.

"Keputusan bijak perlu dalam membuat pertimbangan. Bukan bermakna tidak akur dengan titah Pemangku Raja Pahang," tambahnya.

Senario ini berbeza dengan negeri-negeri yang mempunyai majoriti 2/3 di DUN. Mereka boleh melaksanakannya kerana agak sukar untuk menggugat kerajaan sedia ada.

"Di Kelantan dan Terengganu misalnya, hanya ada beberapa kerusi DUN dimenangi oleh BN pada PRU-15 lalu. Jumlah kecil ini tidak mampu menggugat keutuhan kerajaan negeri.

"Sebab itu mereka boleh bagi peruntukan secara adil, kerana jumlahnya tidak terlalu membebankan.

"Begitu juga bagi negeri Johor dan Selangor yang majoriti kerusi DUN dimiliki oleh PH dan BN. Maka mudahlah ia dilaksanakan", katanya lagi.

Politik ada seninya kata beliau. Kerajaan Pahang tidak boleh buat keputusan yang boleh 'menjerat diri'.

"Kerajaan sudah salurkan peruntukan menerusi berbagai agensi terus kepada rakyat bagi menjamin hak mereka. Malah, kerajaan juga sudah ada agenda pembangunan yang telah diluluskan dalam Bajet 2023 sebelum ini.

"Biarlah ia diuruskan oleh pihak yang lebih dipercayai. Jika peruntukan di salurkan secara terus kepada ADUN pembangkang, kita gusar ia hanya digunakan untuk penyokong sendiri.

"Malah, kita tidak tahu jika ia digunakan untuk tujuan politik termasuk menyebarkan dakyah supaya rakyat menolak kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum akan datang.

"Semua ini boleh berlaku kerana ada dana yang boleh dijadikan sedekah kepada rakyat seperti yang terjadi pada PRU-15 lalu. Inilah punca calon popular BN tewas di kubu kuat mereka sendiri.

"Kerajaan Pahang perlu menyedari hakikat ini dan tidak wajar membuat kesilapan lagi. Dengan keududukan kerusi BN dan PN yang sama, apa pun boleh  berlaku di kemudian hari," tambah beliau lagi.

Sementara itu, Shukri menegaskan jika ia tidak dilaksanakan maka bukanlah bermakna kerajaan tidak akur kepada titah Pemangku Raja Pahang. 

Namun, situasi yang tidak membenarkan pada masa ini, itulah yang perlu diberikan keutamaan. Fokuskan kepada agenda pembangunan untuk dinikmati oleh segenap lapisan rakyat.

"Kenapa ADUN pembangkang beriya-iya benar mahu ia dilaksanakan dan tidak mahu kerajaan derhaka titah tuanku?. Kerana ini adalah demi survival dan kepentingan politik mereka sebenarnya.

"Jika benar perlu akur titah tuanku, kenapa pembangkang beriya-iya membuat agenda untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah,

"Kenapa tidak akur dan menunggu pilihan raya umum akan datang baru mengajak rakyat menukar kerajaan? Kenapa perlu membuat agenda politik yang boleh meresahkan rakyat?.

"Kenapa tidak akur, perkenan Agong melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia?. Malah mutakhir ini sering bermain dengan angka, yang bertujuan mahu menggugat kestabilan kerajaan?.

"Malah pemimpin PAS sendiri pernah engkar dan melanggar titah Agong ketika melaksanakan darurat ketika kerajaan Perikatan Nasional berkuasa dulu?. Kini, kamu mahu Kerajaan Pahang akur titah anakanda kepada Yang DiPertuan Agong yang kamu sendiri pernah derhaka?", katanya.

Justeru, Shukri menggesa Wan Rosdy selaku Menteri Besar Pahang agar mengkaji sedaya-dalamnya supaya keputusan yang dibuat tidak membebankan dan merosakkan masa depan kerajaan pimpinannya kelak.

Tambahnya, buatlah pilihan yang bijak demi kestabilan dan kesejahteraan negeri Pahang secara keseluruhannya. Dengarkan lebih jelas kenyataan beliau di https://vt.tiktok.com/ZS8oSHfVt/

#sumber

Share:

Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Tidak Ambil Tanah Sewenang-Wenangnya Untuk ECRL

 

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan kerajaan negeri tidak akan mengambil tanah sewenang-wenangnya tanpa berjumpa pemilik tanah termasuk dalam pelaksanaan Projek Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini.

"Setiap perkara ada proses, ada tatacara... saya tiada maklumat lengkap (buat masa ini) tetapi saya akan jawab pada sesi penggulungan nanti.

Wan Rosdy berkata demikian semasa mencelah perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu pada berhubung dakwaan pengambilan tanah untuk projek ECRL tanpa makluman awal kepada pemiliknya, pada perbahasan usul menjunjung titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.

Andansura mendakwa, kejadian itu berlaku di sebuah kampung di Chendor di sini, apabila penduduk 'dikejutkan' dengan kehadiran perunding yang memaklumkan tanah mereka telah diambil bagi pelaksanaan ECRL, sehingga menimbulkan keresahan tentang masa depan mereka.

"Kami menyambut baik dan berterima kasih kepada projek pembangunan, tetapi ia perlu dilaksanakan dengan baik. Antara perkara yang perlu ditambah baik ialah layanan kerajaan negeri terhadap pihak terlibat. Penduduk kampung mengatakan tanah mereka diambil tapi malangnya tiada satu wakil kerajaan beritahu mereka.

"Bila pihak ketiga (perunding) yang hadir, terkejut orang kampung dan mereka datang berjumpa saya menangis, memikir mana hendak duduk... saya mohon dapat diberikan sedikit pertimbangan sebelum dimuktamadkan. Kena tambah baik cara layan dan cara berkomunikasi dengan penduduk supaya tidak timbul persepsi negatif atau hal lain," katanya.

Sementara itu, ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang memohon pertimbangan kerajaan negeri supaya mengurangkan kos sewaan tanah pertanian dan memanjangkan tempoh sewaan tanah kepada pekebun di Cameron Highlands, bagi mewujudkan ekosistem pertanian lebih stabil, meringankan beban dan membantu mereka ke arah pertanian lestari.

Katanya, sejak 2020, pekebun ditawarkan sewaan berdaftar yang dikeluarkan Pahang Corporation Sdn Bhd pada kadar RM4,500 seekar (kira-kira 0.4 hektar) setahun, berbanding RM884 seekar yang ditetapkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) sebelum itu.

Bagi tempoh sewaan, kerajaan negeri menawarkan tempoh selama tiga tahun dengan opsyen penyambungan dua tahun (tiga+dua tahun) yang lebih panjang berbanding setahun di bawah LPS.

"Bagaimanapun, kadar sewaan RM4,500 seekar setahun adalah agak tinggi dan membebankan pekebun kerana melibatkan peningkatan 500 peratus. Kebanyakan pekebun terutamanya yang berskala kecil berhadapan pelbagai cabaran seperti harga sayur yang tidak stabil dan bergantung kepada pelbagai faktor terutamanya cuaca.

"Pada masa sama, tempoh sewaan tiga+dua tahun masih tidak dapat memberi jaminan yang mencukupi. Apabila pekebun khuatir dengan keselamatan pegangan tanah, kebanyakan mereka tidak akan melabur modal dan masa untuk menggunakan kaedah atau teknologi canggih untuk meningkatkan hasil," katanya.

Selain itu, Chi Yang yang merupakan ADUN paling muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang memohon kerajaan negeri untuk mengkaji semula larangan pemanduan kenderaan barangan di sebahagian laluan di Jalan Tapah-Cameron Highlands bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang setiap Jumaat hingga Ahad, kerana memberi kesan kepada rangkaian logistik sayur.

"Terdapat lebih kurang 3,000 kebun di Cameron Highlands dan rangkaian sayurnya amat rumit. Gangguan masa berisiko menjejaskan masa perjalanan yang diperlukan selain memudaratkan kualiti dan kesegaran sayur. Larangan ini juga dikhuatiri mengurangkan bekalan sayur di pasaran, seterusnya meningkatkan harga ekoran bekalan tidak mencukupi," katanya. #sumber

Share:

Tengku Zulpuri: Pilih Mereka Yang Layak, Berpengalaman Untuk Atasi Masalah Air

KUANTAN: Pemilihan jururunding dan kontraktor berkaitan pengurusan bekalan air di Pahang perlu dilakukan dengan teliti supaya kerja penambahbaikan bekalan air siap mengikut jadual, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Tengku Zulpuri Shah berkata ia termasuk memastikan mereka yang dilantik betul-betul memiliki kelayakan diperlukan selain berpengalaman luas manakala Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) perlu memastikan penghantaran air menerusi lori tangki dan tangki disediakan di lokasi yang kerap terjejas.

"Agensi berkaitan seperti PAIP, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) juga disaran duduk bersama bagi membincangkan masalah guna pakai tebing sungai yang tidak terurus yang boleh menyebabkan hakisan atau cerun runtuh semasa hujan lebat.

"Kejadian ini boleh menyebabkan kekeruhan air agak tinggi yang menyebabkan proses di loji rawatan air (LRA) tidak dapat dilakukan," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini pada Isnin.

Selain itu, Tengku Zulpuri Shah juga menyarankan supaya sebuah majlis jawatankuasa infrastuktur keperluan asas diwujudkan bagi melancarkan penyelesaian masalah seperti air, elektrik dan jalan raya selain perancangan intratruktur setempat perlu dibuat sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan supaya ia dapat menampung keperluan setempat.

Berkaitan masalah pencerobohan dan kecurian hasil hutan, Tengku Zulpuri Shah menyarankan kerajaan negeri menggunakan data satelit dalam usaha membendung permasalahan itu, yang boleh dilaksanakan menerusi kerjasama agensi dan jabatan berkaitan.

Sebagai contoh, kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menggunakan data satelit setempat sama ada secara mingguan atau bulanan dapat mengesan kawasan diceroboh menerusi perubahan imej atau penggunaan dron beresolusi tinggi oleh tentera.

Tengku Zulpuri Shah juga mencadangkan kerajaan negeri untuk mewujudkan rizab kawasan perlindungan gajah, mengambil kira kejayaan Pahang mewartakan Gunung Aais dan Hutan Simpan Gunung Aais Tambahan di Jerantut sebagai Rizab Harimau Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Tengku Zulpuri Shah, kewujudan kawasan rizab perlindungan gajah itu dapat mengurangkan konflik hidupan liar itu dengan manusia. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Di Gesa Warta Kawasan Tadahan Air Sebagai Hutan Simpan Kekal

KUANTAN: Kerajaan Pahang perlu mewartakan kawasan tadahan air sebagai hutan simpan kekal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terjejas disebabkan aktiviti penerokaan untuk tujuan pembalakan, pelombongan dan sebagainya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara ini perlukan perhatian dan tindakan kerajaan negeri supaya masalah gangguan bekalan air yang berlaku dapat diselesaikan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (DUN) Cheka dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang berkata demikian selepas menerima memorandum berkaitan isu gangguan bekalan air dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih di sini pada Selasa. 

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, memorandum isu air yang diserahkan Dewan Pemuda Pas Pahang itu merupakan aduan-aduan dikumpul berkaitan masalah air yang diterima daripada rakyat di sembilan daerah di negeri ini.

Sementara itu, Mohd Zarimi mahu kerajaan negeri memberi penjelasan selain langkah penyelesaian berkaitan isu gangguan bekalan air yang berlarutan di hampir semua daerah di negeri ini.

Menurutnya, perkara itu perlu dibahaskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 yang berlangsung sehingga Jumaat ini.

“Penjelasan juga perlu diberikan tentang kerugian yang dialami Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kita minta ADUN Perikatan Nasional (PN) bawa isu itu pada Sidang DUN yang berlangsung untuk perhatian dan tindakan daripada kerajaan negeri agar masalah air yang berlaku dapat diselesaikan,” katanya. #sumber

Share:

Senarai Individu Mendapat Pengecualian Tauliah Mengajar Islam Di Pahang Tular !

KUALA LUMPUR – Tiga belas tokoh agama dan pendakwah diberikan pengecualian tauliah mengajar agama Islam di Pahang.

Menurut sepucuk surat pekeliling ditandatangi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Datuk Ahmad Hairi Hussain, kesemua yang diberi pengecualian tidak perlu memohon Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam untuk mengajar agama atau berceramah di Negeri Pahang

Antara yang disenaraikan adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; bekas Mufti Negeri Pahang, Datuk Sulaiman Ahmad; mantan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz; dan mantan Al-Fadhil Qadhi, Hamdan Yusi Yusuf.

Selain itu, turut diberi pengecualian adalah, Habib Ali Zainal Abidin; Datuk Mohd Kazim Elias; Prof. Madya Dr. Mohd Izhar Mohd Arif; Zul Ramli Ghazali; Syed Abd Kadir Al-Jofree; Azhar Idrus; Datuk Dr. Farid Ravi Abdullah; dan Muhadir Mohd Joll.

Seorang pendakwah terkenal warga Indonesia, Abdul Somad, juga termasuk dalam senarai pengecualian itu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.
Menurut surat berkenaan, Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Agama Islam Bil.2/2022 bersetuju memutuskan nama-nama yang tersenarai berdasarkan peruntukan Kaedah 17(a) Kaedah-Kaedah Perakuan Kebenaran Mengajar Agama Islam (Pahang) 2017.

Surat itu bertarikh 27 Disember 2022 dan tular di media-media sosial hari ini.

Selain 13 pendakwah ternama itu, Kerajaan Pahang juga menyenaraikan 13 nama pengasas, pengetua pondok, maahad taafiz, madrasah yang dikecualikan dari memohon perakuan mengajar agama di negeri itu.

Agamawan itu adalah Mohd Abdulbaki Osman; Nafiri Toazi; Mahyuddin Hussin; Ramli Mohamed; Wan Zukir Wan Ismail; Husain (Pak Kob Chenor); Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki; dan Maulana Juhari Ali.

Wan Hilmi Wan Mohamad; Uwais Al Qarni; Wan Adli Wan Mohamad; Sabaruddin Othman; dan Mohd Anuar Abdul Rahman juga antara yang dikecualikan.

Pada 15 Mac lalu media melaporkan Zulkifli mencadangkan tokoh agama atau ulama yang dikenali dengan kealimannya boleh diberi pengecualian tauliah mengajar oleh pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri.

Beliau dilaporkan berkata, tauliah khas itu perlu kerana sesuai kealiman serta kedudukan tokoh itu dalam sesebuah negara atau institusi oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau mufti negeri berkenaan, apatah lagi di luar negara. #sumber

Share:

Yahaya Othman Ketua Polis Pahang Yang Baharu Gantikan Ramli Mohamed Yoosuf

 

KUANTAN: Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai Ketua Polis Pahang yang ke 35 berkuat kuasa pada Rabu.

Datuk Yahaya yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang akan mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu turut disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Pada majlis tersebut Datuk Yahaya turut dinaikkan pangkat kepada Komisioner Polis.

Turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Perkep Kontijen Pahang yang baharu Datin Sumarni Haris.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani berpesan kepada Ketua Polis Pahang yang baharu untuk membimbing dan mengendali kontinjen Pahang dengan sebaiknya.

"Semua ini yang ada di depan Datuk kini adalah pegawai-pegawai Datuk. 'Your man' bukan 'my man' bukan 'his man' bukan 'somebody else man', 'it is all your man'.

"Tak ada anak gangsa, anak perak, anak emas, tembaga dan seumpama. Sama rata selagi masih pakai uniform biru. Kita semua adalah pejuang Sang Saka Biru.

"Saya percaya dan yakin dengan latar belakang yang beliau miliki yang beliau telah perolehi sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pegawai polis. Beliau mampu untuk mengendalikan dan memimpin kontinjen Pahang ke arah yang lebih baik lagi kerana kita akan sentiasa mengharapkan yang terbaik di antara yang terbaik berterusan.

"Kerana itu cara kita memastikan pasukan ini akan sentiasa dilihat relevan," katanya dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Pahang dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini.

Sementara itu, Ramli turut berterima kasih kepada Ketua Polis Negara atas kepercayaan kepadanya memimpin Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri atas kepercayaan untuk saya memimpin Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan saya wajib memenuhi harapan Tan Sri dan PDRM ke arah keunggulan Jabatan Pencegahan dan Siasatan Jenayah komersial.

"Sepanjang tempoh perkhidmatan 692 hari di Pahang, saya telah menyelusuri semuanya dan ianya penghalaman yang amat memberangsangkan," katanya. #sumber

Share:

Tiada Kenaikan Kadar Cukai Tanah Bagi Tempoh 'Lima Tahun' Di Negeri Pahang !

 

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi jaminan kerajaan negeri  tidak bercadang menaikkan kadar cukai tanah dalam tempoh lima tahun, walaupun menyasarkan peningkatan kutipan hasil setiap tahun.

Jaminan itu dinyatakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di Kuantan pada Rabu, dengan beliau berkata kerajaan negeri mempunyai pelbagai perancangan menambah kutipan hasil negeri, antaranya menerusi kutipan hasil yang berulang.

"Kita tidak boleh terus berada dalam status quo (dalam kutipan hasil) kerana pelbagai sebab seperti kenaikan gaji, pertambahan jumlah penjawat awam dan kos sara hidup yang menyebabkan kerajaan negeri kena berusaha untuk meningkatkan kutipan hasil.

"Antara yang boleh dilakukan ialah meningkatkan kutipan hasil berulang seperti kita ada lebih kurang 740,000 hak milik tanah dan jika dapat ditingkatkan hingga satu juta hak milik, hasil tahunan akan meningkat. Begitu juga jika proses tukar syarat dimudah cara, dapat meningkatkan pendapatan kerana ia akan meningkatkan hak milik tanah," katanya.

Wan Rosdy berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Chan Chun Kuang (PH-Semambu) yang ingin tahu perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kutipan hasil tanpa meningkatkan cukai tanah.

Terdahulu, Wan Rosdy memaklumkan kerajaan negeri mengutip hasil sebanyak RM1.288 bilion tahun lepas, dengan kutipan terbesar datang daripada hasil tanah dengan jumlah RM754.8 juta diikuti lain-lain hasil seperti duti hiburan dan fi kelestarian (RM284.15 juta), hutan (RM134.18 juta) dan geran persekutuan (RM91 juta).

Bagi kutipan mengikut daerah, Wan Rosdy berkata semua daerah kecuali Cameron Highlands menunjukkan peningkatan pada tahun lepas berbanding 2021, dengan Kuantan merekodkan jumlah tertinggi iaitu RM182.25 juta disusuli Bentong (RM70.68 juta), Rompin (RM63.64 juta), Jerantut (RM55.66 juta) dan Pekan (RM51.28 juta).

Menjawab soalan tambahan Datuk Rodzuan Zaaba (BN-Jenderak) berhubung kutipan fi kelestarian yang mula diperkenalkan tahun lepas pada kadar RM3 semalam, Wan Rosdy berkata ia menyumbang RM9 juta kepada kutipan hasil negeri, yang diletakkan di bawah kategori lain-lain hasil.

"Fi kelestarian ini ekoran cadangan daripada Yang Dipertua Dewan (Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin) semasa menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Pahang dengan antara tujuan ia digunakan semula untuk pemasaran pelancongan selain dibuat penambahbaikan yang diperlukan," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) supaya diskaun diberikan kepada mereka yang mahu dan berkemampuan menyelesaikan bayaran cukai untuk tempoh yang lama seperti tiga atau lima tahun. #sumber

Share:

Semua ADUN Pembangkang Perlu Beri Pandangan Membina Kepada Kerajaan

 

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini agar memberi pandangan membina  kepada pihak kerajaan.

Titah baginda, pembangkang  perlu memberi pandangan membina dalam mewarnai lansdkap politik dan tidak hanya menghentam semua yang kerajaan lakukan kepada rakyat di Pahang.

“Apa yang baik berilah pujian, apa yang kita (kerajaan) kurang berikan pandangan. Rakyat mahu politik yang stabil dan matang.

”Saya mahu Pahang terus bergerak laju ke hadapan dan mesti menjadi contoh kepada negeri dan negara lain,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan pada hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tengku Hassanal  dalam titahnya menasihatkan juga kepada pegawai kerajaan dan penjawat awam supaya melaksanakan tugas dengan pantas.

“Proses birokrasi dan menyusahkan, buang jauh-jauh. Kepada majikan swasta juga sama, kerajaan telah sedia itu, ini, maka pulanglah balik kepada kerajaan dalam bentuk cukai, zakat dan program khidmat masyarakat.

“Apabila sudah untung lebih, jangan lupa beri beri semula kepada pekerja. Ada untung lebih bayarlah gaji pekerja lebih sikit atau beri bonus lebih baik,” titah baginda.

Sementara itu Tengku Hassanal juga menitahkan agar kerajaan Pahang memberikan peruntukan adil kepada ADUN pembangkang di negeri ini sejajar perkembangan politik dalam negara.

“Dalam 66 tahun ini sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada pembangkang juga,” titah baginda.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 berlangsung selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat. #sumber

Share:

Tengku Hassanal Mengngatkan Kerajaan Pahang Pastikan Pelaburan Bermanfaat !

 

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang diingatkan untuk memastikan pembangunan dan pelaburan dipantau sepenuhnya supaya bermanfaat kepada rakyat tanpa membelakangkan alam sekitar, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda yang menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian kerajaan negeri memuktamadkan tujuh projek pelaburan antarabangsa antaranya dari Singapura, China dan Korea Selatan berjumlah RM11 bilion pada tahun lepas, menambah tidak mahu pelaburan itu sekadar 'gah pada angka'.

"Biar rakyat turut menerima limpahan pekerjaan yang bakal tercipta dan paling penting, semua pelaburan tidak mencemarkan alam sekitar di negeri saya. Projek yang dilaksanakan mesti seimbang antara pembangunan dan menyokong ke arah pelepasan karbon sifar bersih atau net zero emissions.

"Ingat dalam usaha kita mengejar kemajuan negara dan negeri, kita tidak boleh sama sekali membelakangkan alam sekitar," titah bagida pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Istiadat pembukaan kali ini merupakan kali terakhir disempurnakan oleh Tengku Hassanal memandangkan ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah yang kini bersemayam di Istana Negara akan kembali ke Pahang pada tahun hadapan.

Keperluan menjaga alam sekitar itu, menurut Tengku Hassanal penting kerana Pahang merupakan negeri kaya dengan sumber asli dan khazanah alam paling bernilai, yang tidak akan bertahan lama tanpa pengurusan dan perancangan tersusun.

Walaupun sumber asli Pahang dijangka mampu bertahan selama 150 tahun, namun Tengku Hassanal mahu sumber asli itu dapat bertahan lebih daripada 300 tahun atau lebih lama lagi.

"Kita tiada pilihan. Kita perlu merangka strategi untuk beralih daripada sumber ekonomi tradisional seperti hasil tanah mineral dan balak sekarang kepada sumber ekonomi alternatif lain.

"Jika kita bersatu dan fokus, Pahang bukan sahaja akan terus berdikari dan (boleh) menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara malah turut menjadi penyumbang utama kepada net zero emissions negara," titah baginda.

Tengku Hassanal juga mengingatkan supaya penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah, kecurian hasil mineral dan penerokaan hutan haram diperhebatkan, dengan agensi terlibat lebih tegas, berani serta profesional tanpa mengira latar belakang pesalah.

Pada titah itu, baginda juga menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran Pahang kerana mewartakan Hutan Simpan Gunung Aais dan Hutan Simpan Gunung Aais Tambahan di Jerantut sebagai Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah, dalam usaha melindungi spesis haiwan terancam itu.

Pada perkembangan lain, Tengku Hassanal juga mahu melihat kadar jenayah di Pahang berkurangan setiap tahun selain program pemerkasaan terus dilaksanakan kepada golongan wanita, Orang Kurang Upaya (OKU) dan masyarakat Orang Asli. #sumber

Share:

Sidang DUN Pahang "Panas" Perbahasan Isu Peruntukan Buat ADUN Pembangkang

KUANTAN: Titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya memberikan peruntukan yang adil kepada wakil rakyat pembangkang menjadi tumpuan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Selasa.

Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) ketika membahaskan usul ucapan terima kasih di atas titah ucapan diraja Tengku Hassanal berharap kerajaan Pahang dapat menyalurkan peruntukan itu.

Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Cheka) berkata, isu terbabit dilaporkan secara meluas oleh media dan berharap kerajaan negeri dapat merealisasikannya.

Situasi itu, menjadi sedikit tegang pada sebelah petang apabila Shahril Azman Abdul Halim (PAS-Jengka) semasa perbahasannya turut menyentuh isu peruntukan.

Beliau mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan sama seperti rakan kerajaan mereka.

Bagaimanapun, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak (BN-Benta) kemudian bangun dan mengatakan tidak bersetuju dengan Shahril berkenaan peruntukan.

Beliau meminta pemimpin daripada PAS itu memberikan jumlahnya.

Beliau menunjukkan telefon bimbitnya ke arah orang lain pada persidangan terbabit dan memaklumkan menerima maklumat terkini daripada Ahmad mengesahkan peruntukan itu diserahkan kepada semua wakil rakyat.

Shahril Azman mengesahkan maklumat itu adalah tepat memandangkan Tuan Ibrahim adalah Timbalan Presiden PAS dan rapat dengan pemimpin tertinggi negeri.

Ketika sesi perbahasan berlangsung, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bangkit berkata, pegawainya baru sahaja menghubungi ADUN UMNO Kok Lanas (Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad) dan ada perbincangan untuk memberi peruntukan sama rata tetapi tiada apa yang menjadi kenyataan.

Beliau berkata, Pejabat Kewangan Pahang juga telah menyemak dengan Pejabat Kewangan Kelantan dan mengesahkan tiada peruntukan sedemikian.

Apabila menyedari topik mengenai peruntukan itu hangat diperkatakan, Tuan Ibrahim bangun berkata, beliau bersetuju sebelum ini tiada peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.

"Malah ketika saya menjadi ADUN pembangkang pada 1999 (ADUN Jengka), saya tidak menerima apa-apa peruntukan. Mari kita buka lembaran baharu bersama-sama.

"Zaman sebelumnya sudah berlalu jadi sekarang mari bina Pahang baharu," katanya.

Timbalan Speaker DUN Pahang, Lee Chin Chen segera mengingatkan semua wakil rakyat di dewan yang mulia supaya memastikan fakta mereka tepat sebelum berucap dan menghormati masa yang diberikan untuk sesi perbahasan.

Pada Isnin, Tengku Hassanal bertitah agar wakil rakyat pembangkang juga perlu diraikan oleh kerajaan kerana mereka dipilih oleh rakyat dan peruntukan yang adil juga perlu diberikan kepada mereka (pembangkang). #sumber

Share:

Tuan Ibrahim: Perikatan Nasional Sambut Baik Titah Pemangku Raja Pahang

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang menyambut baik titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.

“Kami daripada Perikatan Nasional Pahang menyambut baik dan menjunjung titah Tuanku,” ujar Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Katanya, antara kesimpulan beliau berkenaan dengan titah Pemangku Raja Pahang ialah isu-isu yang melibatkan kelestarian alam dan khazanah kekayaan negeri hendaklah diurus dengan teratur dan cermat.

Tambahnya, peruntukan hendaklah diberikan kepada pembangkang untuk disalurkan kepada rakyat yang telah memilih sebagai wakil mereka.

Beliau juga menyatakan penghargaan kepada kerajaan negeri yang telah menggazetkan kawasan Hutan Simpan Gunung Ais sebagai kawasan kawalan bagi Harimau Malaya.

“Jalan-jalan yang berlubang perlu disegerakan kerja baik pulih bagi keselesaan dan kemudahan rakyat,” ujarnya lagi.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam titah baginda antaranya menitahkan kerajaan negeri memberikan peruntukan adil kepada ADUN pembangkang.

Menurut baginda, hampir 66 tahun merdeka landskap politik perlu berubah.

Titah baginda, 66 tahun itu sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan meraikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka juga,” titah baginda.  #sumber

Share:

Tengku Hassanal Titah Beri Peruntukan Yang Adil Kepada ADUN Pembangkang !

 

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya Kerajaan Pahang memberikan peruntukan adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini.

Baginda bertitah, hampir 66 tahun merdeka landskap politik perlu berubah.

"(Tempoh) 66 tahun ini sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

"Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka (pembangkang) juga," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tengku Hassanal mahu pembangkang pula memberi pandangan membina dan jangan menghentam semua yang kerajaan buat.

"Apa yang baik berilah pujian, apa yang kita kurang berikan pandangan. Rakyat mahu politik yang stabil dan matang," titah baginda.

Baginda juga mahu Pahang terus bergerak laju ke hadapan dan mesti menjadi contoh kepada negeri dan negara lain.

Tengku Hassanal turut menasihatkan kepada pegawai kerajaan dan penjawat awam supaya melaksanakan tugas dengan pantas.

"Proses birokrasi dan menyusahkan buang jauh-jauh. Kepada majikan swasta juga sama, kerajaan telah sedia itu, ini, maka pulanglah balik kepada kerajaan dalam bentuk cukai, zakat dan program khidmat masyarakat.

"Apabila sudah untung lebih, jangan lupa beri beri semula kepada pekerja. Ada untung lebih bayarlah gaji pekerja lebih sikit atau beri bonus lebih baik," titah baginda. #sumber

Share:

Pemuda PAS Pahang Persoal, Siapa Salah Terhadap Isu PAIP Kini 'Di Ambang' Muflis

 

KUANTAN: Siapakah yang bersalah apabila dilaporkan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)  diambang muflis?.

Demikian persoalan ditimbulkan oleh Ahmad Azlan Abu Bakar, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang

Menurutnya, PAIP merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang hasil pengkorporatan JBA Pahang seiring dengan dasar penswastaan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Setelah 11 tahun PAIP beroperasi sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang, pihak Pemuda PAS Pahang melihat masalah air di Negeri Pahang masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

" Penduduk kebanyakan tempat, rata-rata merintih meluahkan kekesalan mengenai isu air yang tidak pernah selesai sementelah kerajaan yang memimpin Pahang hari ini sudah lebih 60 tahun memegang tampuk Menteri Besar," kata beliau.

"Adakah isu hutang PAIP yang agak ketara ini menjadi antara punca utama kepada masalah air di Pahang yang belum berkesudahan?

"Jika diamati laporan audit bermula dari 2019 sehingga 2021 sahaja, hutang PAIP telah mencecah RM936,643,068 yang mana RM860,462,142 adalah merupakan pemiutang dagangan," tambahnya.

Katanya lagi, bagi berlaku adil kepada Menteri Besar hari ini, dia melihat hutang PAIP yang telah diaudit pada 2019 berjumlah RM630,392,796 yang mana sebanyak RM560,771,731 adalah pemiutang dagangan.

Kita menyaksikan berlaku kenaikan ketara hutang terutama kepada pemiutang dagangan dalam tempoh 3 tahun sebanyak RM299,690,441, dakwa Ahmad Azlan.

Sehubungan itu, pihaknya ingin mempersoalkan adakah disebabkan hutang yang sebegini banyak menjadi punca utama menyebabkan masalah air di Pahang tidak selesai?

"Ke mana perginya sejumlah berbilion-bilion yang diperuntukkan untuk penyelesaian masalah air di Pahang?

"Kenapa berlakunya begitu banyak hutang yang ditanggung PAIP sehingga tabungan kepada Pemegang Taruh PAIP iaitu Kerajaan Negeri Pahang setakat laporan beraudit 2021 adalah negatif RM774,642,635? Hal ini bermaksud pemegang taruh telah merekodkan kerugian atas pelaburan.

"Ini salah siapa? Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab? Adakah ini punca utama kepada masalah air Pahang yang tidak berkesudahan dan akhirnya rakyat menjadi mangsa?," tambahnya. #sumber

Share:

Anak Lelaki Sirul Azilah Mohon Kerajaan Australia Pertimbang Beri 'Suaka Politik'

 

KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, merayu kepada Kerajaan Australia untuk mempertimbangkan semula pemberian suaka politik kepada mereka.

Shukri Azam Sirul Azhar, 23, berkata dia dan bapanya tidak bercadang untuk pulang ke Malaysia, walaupun hukuman mati mandatori bagi jenayah berat termasuk pembunuhan sudah dimansuhkan.

Akbar The Sydney Morning Herald, melaporkan Shukri, yang berusia enam tahun ketika Altantuya dibunuh mendakwa, dia bimbang nyawa bapanya akan terancam jika mereka pulang semula ke Malaysia.

"(Apabila) kami datang ke Australia, (kami) hanya mahu memulakan semula. Buat pertama kali dalam hidup saya, saya merayu kepada Australia.

"Tolong berikan ayah saya (satu) peluang kedua kerana kami tidak melakukan apa-apa kesalahan di Malaysia atau di Australia. Ayah saya seorang yang kuat dan merendah diri," kata Shukri.

Shukri dilaporkan dibesarkan oleh ibu bapa angkat di Australia selepas berjauhan dengan ibunya, dan ketika ini menetap di Australia selama hampir 10 tahun.

Altantuya ditembak di kepala pada 2006 di sebuah hutan di Puncak Alam, Selangor. Mayatnya kemudian diletupkan dengan bahan letupan.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas itu merupakan tertuduh kedua. Beliau bersama Azilah, yang juga tertuduh pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari dan dijatuhkan hukuman mati.

Sirul meninggalkan Malaysia ketika kes itu masih lagi dalam rayuan, dan tidak pulang ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Dia ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood sejak 2015, selepas ditahan polis Australia, malah permohonan pertamanya untuk suaka politik di Australia ditolak pada 2019. #sumber

Share:

Zulkifli Yaakob Di Lantik Jadi Setiausaha Kerajaan Pahang 'Baharu' Mulai Hari Ini !

KUANTAN: Pengarah Pembangunan Negeri, Dato’ Indera Haji Zulkifli Haji Yaakob dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu bermula hari ini.

Dato’ Indera Haji Zulkifli yang membesar di Kuala Lipis berkelulusan dari University Of Wales, United Kingdom dalam bidang Master Of Science In Urban Planning (1997) telah memulakan khidmatnya pada tahun 1989 sebagai Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Jerantut.

Berkhidmat bersama Kerajaan Pahang bukanlah asing bagi beliau kerana pernah menyandang Ketua Penolong Setiausaha Unit Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang pada tahun 2004, sebelum dilantik Yang Dipertua Majlis Daerah Bentong (MDB) dan Majlis Perbandaran Temerloh  (MPT) pada 2005 dan 2007.

Pada tahun 2010, beliau sekali lagi diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sebelum dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Negeri (SDO) di bawah Unit ICU, Jabatan Perdana Menteri.

Selama 34 tahun berkhidmat, beliau telah memperoleh pelbagai pencapaian dan anugerah termasuklah Anugerah “Productivity Champion” Wilayah Pantai Timur pada 2017 dan Anugerah Khas daripada Kerajaan Saudi Arabia menerusi UMM Al-Qura University bagi Inovasi dan Keusahawanan.

Dato’ Indera Haji Zulkifli menggantikan Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak yang telah menamatkan perkhidmatannya selepas diberi kepercayaan menggalas jawatan YB Setiausaha Kerajaan Pahang pada 2019 dengan membawa pelbagai pembaharuan dan kemajuan kepada Negeri Pahang sepanjang tempoh berkhidmat menyumbang bakti kepada negeri makmur ini.

Dato’ Indera Haji Zulkifli sebelum itu sempat melakukan kunjung hormat ke atas YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di pejabatnya di Wisma Sri Pahang di sini.

Pada pertemuan itu turut membincangkan beberapa perkara bagi meneruskan kesinambungan pembangunan di Pahang.

Menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy, beliau mengucapkan tahniah serta menzahirkan keyakinan terhadap Dato’ Indera Haji Zulkifli dalam mentadbir negeri ini berdasarkan pengalaman dan keupayaan beliau yang telah diberikan kepercayaan untuk menggalas jawatan tersebut. #sumber

Share:

Kerajaan BN Di Dakwa Gagal Selesai Isu Air Di Bumi Pahang Sejak 60 Tahun Lalu

 

KUANTAN: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar mempersoalkan komitmen kerajaan Pahang di bawah Barisan Nasional (BN) yang didakwa masih gagal menyelesaikan isu air di negeri itu walaupun sudah mentadbir lebih 60 tahun.

Ahmad Azlan berkata, timbul sedikit kemusykilan mengenai isu air sedangkan pemerintahan UMNO sudah lama.

"Kenapa UMNO parti yang telah memerintah Pahang lebih 60 tahun ini tidak dapat menyelesaikan lagi masalah air?

"Di mana janji-janji manis pilihan raya? Di mana peruntukan RM2.3 juta untuk perihal air di Pahang?" soalnya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebooknya pada Selasa.

Beliau berkata, rakyat Pahang sudah menderita mengenai masalah air.

"Buka pili air yang keluar hanyalah angin! Paip (Pengurusan Air Pahang Berhad) di bawah portfolio siapa?" soalnya lagi.

Ahmad Azlan berkata, pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), kerajaan Pahang terbentuk hasil perkahwinan di antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

"Kenapa begitu, kerana di Pahang yang menguasai BN di DUN (Dewan Undangan Negeri) adalah UMNO manakala PH adalah DAP.

"Kita pergi kepada siapa yang bertanggungjawab terhadap isu atau perihal air di Pahang. Insan yang bertuah yang menjaga perihal air negeri Pahang adalah MB (Menteri Besar) Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) sendiri," katanya. #sumber

Share:

Status Penyelesaian Kes Tuntutan Harta RM2 Bilion Balu JJ Akan Di Maklum Esok


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan esok untuk pihak-pihak terlibat memaklumkan status perbincangan bagi penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian lebih RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail terhadap empat anak dan ibu mentuanya.

Empat anak Kalsom iaitu Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla manakala ibu mentuanya, Aminah Abdullah adalah defendan pertama hingga kelima.

Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid menetapkan esok untuk mengetahui status perbincangan tersebut selepas membenarkan permohonan peguam Syarie Nor Husniah Husin yang mewakili Kalsom untuk menangguhkan prosiding hari ini.

Terdahulu, Nor Husniah memberitahu mahkamah bahawa peguam utama yang mewakili Kalsom, Datuk Sulaiman Abdullah tidak dapat hadir hari ini kerana menghadiri mesyuarat di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Putrajaya.

“Pada 18 April lepas, pihak kami menulis surat kepada mahkamah untuk penangguhan prosiding hari ini kerana Datuk Sulaiman hadir mesyuarat di JKSM. Kami percaya Datuk Sulaiman adalah orang yang terbaik untuk mahkamah mendapatkan pengesahan status perbincangan penyelesaian kes itu,” katanya.

Sementara itu, peguam Syarie Nur Hidayah A Bakar, yang mewakili Aminah ketika ditemui pemberita berkata pihaknya membantah permohonan penangguhan prosiding hari ini kerana peguam lain yang mewakili Kalsom boleh memaklumkan kepada mahkamah mengenai status perbincangan itu.

“Mahkamah membenarkan prosiding hari ini ditangguhkan dan meminta pihak-pihak hadir ke mahkamah 2.30 petang esok untuk memaklumkan status perbincangan penyelesaian kes tersebut,” katanya.

Kalsom, 67, memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Mekah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan empat anak serta ibu mentuanya sebagai defendan.

Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang 'Tangguh' Bentang Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti

 

LIPIS: Rang Undang-undang (RUU) anti lompat parti yang dinanti-nantikan tidak akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pahang pada 8 Mei ini kerana pembangkang meminta lebih masa untuk mengkaji rang undang-undang itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pembangkang telah meminta dilanjutkan dan kerajaan negeri bersetuju.

Katanya, beliau sudah mengarahkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk berbincang dengan pembangkang dan pembangkang meminta penangguhan sementara sebelum ia dibentangkan.

"Pembangkang memaklumkan mereka memerlukan lebih masa untuk meneliti rang undang-undang itu. Mereka mungkin akan memberi cadangan dan di pihak kami jika cadangan itu munasabah maka kami mungkin mempertimbangkan untuk membuat perubahan yang perlu.

"Ia akan dibentangkan sebaik sahaja pihak pembangkang memberikan cadangan mereka dan kerajaan negeri akan meneliti cadangan itu," katanya kepada pemberita, ketika ditemui di rumah terbuka Hari Raya UMNO Pahang di Laman Sejahtera, Sungai Koyan di Lipis semalam yang turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 12 April, Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata RUU anti lompat parti dijangka dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pahang pada 8 Mei dan ADUN dijangka memberikan sokongan mereka dengan majoriti dua pertiga.

Beliau berkata, ia berdasarkan persetujuan semua ADUN Pahang selepas taklimat Perlembagaan (Pindaan) No.3 Akta 2022 (Akta A1663) (Anti-Lompat Parti) daripada Pejabat Penasihat Undang-undang.

Pada 27 Mac lalu, Wan Rosdy dilaporkan berkata kerajaan negeri masih belum membuat keputusan berhubung perkara itu, tetapi bersedia mengadakan perbincangan dengan pembangkang sebelum membuat sebarang keputusan.

Pada 29 Mac, Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) bersedia mengadakan perbincangan dengan kerajaan Pahang mengenai RUU anti lompat parti sebelum dibentangkan.

Pahang adalah antara negeri yang masih belum melaksanakan undang-undang anti lompat parti bagi ADUN sejak ia berkuat kuasa di peringkat Persekutuan pada 5 Oktober 2022. #sumber

Share:

Bayi Lelaki Baru Lahir Ditemui Di Hurung Kerengga Di Kampung Peramu, Kuantan !

 

KUANTAN: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di atas kayu berhampiran pagar sebuah kilang makanan laut di Kampung Peramu di sini, pada Sabtu.

Bayi yang dipercayai baharu beberapa jam dilahirkan itu ditemui seorang wanita berusia 52 tahun kira-kira 12.10 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, selain beberapa gigitan serangga, bayi itu dilaporkan stabil dan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian di wad kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afan (HTAA).

Beliau berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bayi baharu lahir yang masih hidup berhampiran kilang makanan laut itu.

"Seorang wanita berusia 52 tahun yang menemui bayi itu mendakwa mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 7.30 pagi, tetapi tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan tangisan dari rumah jirannya.

"Namun, pada 11.30 pagi, wanita itu masih mendengar suara tangisan dan mencari suara berkenaan sebelum menemui seorang bayi lelaki masih hidup berhampiran pagar kilang makanan laut.

"Bayi berkenaan diletakkan di atas kayu dan ketika ditemui bayi itu dalam keadaan berdarah serta masih mempunyai tali pusat.

"Terdapat kerengga menggigit badan bayi berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, wanita berkenaan kemudian meminta bantuan rakannya yang bekerja di kilang makanan laut itu untuk memaklumkan kepada polis.

Wan Zahari berkata, bayi itu kemudian dibawa ke HTAA untuk mendapatkan rawatan dan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari kilang, namun ia tidak menghala ke lokasi bayi lelaki itu ditemui.

"Kami percaya bayi itu dilahirkan di tempat lain dan suspek cuba menyembunyikan kelahiran dengan membuangnya di tempat kejadian pada awal pagi.

"Doktor yang memeriksa bayi berkenaan menganggarkan bayi itu dilahirkan kurang tiga jam sebelum diselamatkan," katanya.

Katanya, polis sedang mengumpul maklumat dengan mengunjungi klinik swasta di sini untuk mengesan suspek.

"Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 371 Kanun Keseksaan. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.