script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bekas Ketua Hakim Syarie Pahang 'Tokoh Maal Hijrah' Negeri Pahang 2023/1445

 

KUANTAN: Bekas Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Yunus, diumum Tokoh Maal Hijrah Pahang 2023/1445 Hijrah.

Abdul Rahman yang berkhidmat selama 39 tahun dalam kerajaan bersyukur di atas anugerah yang diberikan kepadanya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dan ia adalah satu pengiktirafan yang tidak terhingga dalam meninggikan syiar Islam di Pahang.

"Saya juga berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang berkhidmat," katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Pahang 2023/1445 Hijrah di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan, di sini hari ini.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah dikurniakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Yang turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sepanjang kerjaya, Abdul Rahman bertugas sebagai Ketua Hakim Syarie Pahang selama 11 tahun.

Sebelum itu, beliau memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi selama 16 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Kadi Cameron Highlands, Lipis dan Pekan.

Pada sambutan itu juga, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang diumumkan penerima Anugerah Inovasi Jabatan Kerajaan, Swasta, Badan Berkanun, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pahang.

Penerima Anugerah Inovasi Kakitangan Kerajaan, Swasta, Badan Berkanun, IPT Pahang ialah Barkatullah Mohari yang juga pendakwah bebas.

Majlis Belia FELCRA Pahang menerima Anugerah Sukarelawan Ummah dan Allahyarham Khairul Amran Abdul Jalil sebagai penerima Perkhidmat Agama.

Kira-kira 1,000 orang hadir memeriahkan majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Pahang 1445 hijrah/2023.

Terdahulu, majlis sambutan diserikan dengan persembahan nasyid daripada Kumpulan Awla dan ceramah Maal Hijrah yang disampaikan Datuk Mohd Kazim Elias. #sumber

Share:

Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung

KUANTAN: Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang, Sabtu ini dijangka akan dihadiri kira-kira 3,000 hingga 5,000 pengunjung.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pelbagai tawaran dan aktiviti menarik yang disediakan sepanjang karnival itu.

Menurutnya, antara tawaran yang dijangka mendapat sambutan termasuk inisiatif Jualan Rahmah.

"Melalui inisiatif itu, orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

"Selain itu, karnival ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan, Tajul dan Afieq Shazwan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong berkata, pada masa sama, pengunjung juga berpeluang mengikuti aktiviti pameran agensi kerajaan, korporat dan swasta, pemeriksaan kesihatan, pertandingan memasak dan pertandingan mewarna kanak-kanak selain cabutan bertuah.

"Selain itu, syarikat telekomunikasi yang menyertai karnival ini turut menawarkan pelbagai pakej menarik kepada para pengunjung," jelasnya.

Beliau berkata, persiapan untuk karnival yang akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail rancak dijalankan bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar.

"Justeru itu, saya menyeru orang ramai khususnya penduduk Raub untuk hadir bersama-sama memeriahkan Karnival Kita Madani peringkat Negeri Pahang itu nanti," ujarnya. #sumber

Share:

JKR Kenal Pasti Sepuluh Lokasi Banjir Di Laluan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) !

TEMERLOH: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti 10 lokasi banjir di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) selepas empat kejadian berlaku di kawasan itu sejak ia dibuka pada 2004.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, 10 lokasi tersebut adalah di Kilometer (KM) 84.7, KM112, KM113, KM114, KM115, KM116, KM117, KM124, KM126 dan KM198.

Menurutnya, empat lokasi lain juga dikenal pasti berisiko dinaiki air iaitu di KM156, KM178, KM242 dan di Ramp A, Persimpangan Jabor.

"Kejadian banjir ini berlaku pada 2007, 2014 dan dua kali pada 2021 iaitu pada Januari serta Disember yang menyebabkan lebuh raya ini ditutup kepada semua jenis kenderaan untuk beberapa hari.

"Bagi menangani masalah banjir daripada berulang, kerajaan telah mengarahkan kerja-kerja tebatan banjir untuk dilaksanakan dengan kadar segera di 14 lokasi sepanjang jajaran lebuh raya ini," kata beliau dalam hantaran Facebook pada Rabu.

Beliau berkata sedemikian sempena tinjauan projek tebatan banjir LPT1 di Temerloh.

Nanta berkata, pada masa kini, kerja tanah di dua pakej iaitu di KM117 dan KM124 sedang giat dijalankan di tapak dan dijangka siap pada Oktober 2024.

Katanya, kos keseluruhan projek tebatan banjir ini adalah sebanyak RM200 juta. #sumber

Share:

MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: MCA akan terus mengkritik Pakatan Harapan (PH), khasnya DAP, walaupun menjadi sebahagian daripada blok kerajaan perpaduan, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Katanya, MCA mahu menjadi semak dan imbang terhadap kerajaan perpaduan bagi memastikan ia bertahan sehingga tamat penggal.

Ti berkata, MCA secara khususnya akan terus mengkritik “mungkir janji, hipokrit, kegagalan dan pembohongan” DAP.

Beliau memberi contoh DAP melakukan pusingan 'U' dalam isu seperti sistem kuota Bumiputera di universiti awam, yang dahulu dibantah parti itu.

Ti berkata, DAP yang paling lantang mengkritik sistem itu dahulu, kini mendiamkan diri berhubung isu terbabit.

“Adalah malang DAP tiba-tiba membisu dalam isu seperti ini yang sebelum ini mereka lantang dan pernah gunakan terhadap MCA,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, walaupun tidak mengkritik kerajaan perpaduan dalam perkara sedemikian mungkin memberi gambaran mereka barisan bersatu, tetapi mendiamkan diri dalam jangka panjang mungkin memudaratkan.

“Kami hanya mahu DAP bertanggungjawab terhadap lebih 90% pengundi Cina mengundinya. DAP acap kali menghentam MCA ketika mereka menjadi pembangkang, tetapi ia kini mengubah pendiriannya.”

Katanya, terdapat keperluan untuk memastikan tiada janji dimungkiri kerana kegagalan mengotakan janji akan memberi kesan lebih berpanjangan kepada pengundi berbanding hanya memainkan “gelombang hijau”, yang disifatkannya taktik menakutkan.

Ti berkata, pengundi kecewa dengan pusingan 'U' dan janji tidak dikotakan, serta kerajaan semasa tiba-tiba menjalin pakatan dengan seteru lama.

“Isu dan kebimbangan yang kami bangkitkan adalah sah,” katanya sambil menambah kritikan partinya akan dibuat berdasarkan “fakta dan statistik”.

Beliau turut memberi jaminan MCA tidak berniat menyasarkan kelemahan seseorang secara tidak adil atau menggunakan provokasi keterlaluan. #sumber

Share:

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman 'Jejaskan' Ekosistem Taman Laut

Pulau Tioman yang diwartakan sebagai taman laut mempunyai hutan hujan masih asli, sekali gus habitat pelbagai spesies hidupan liar dengan sekurang-kurangnya 61 peratus daripada pulau itu ditetapkan sebagai rizab hidupan liar.

Bagaimanapun, cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman menimbulkan kebimbangan kesan kepada keseimbangan alam yang kompleks dan mempesonakan, bahkan berisiko menyebabkan kemerosotan kualiti hidup komuniti tempatan.

Pada 2003, timbul cadangan membina lapangan terbang bernilai RM120 juta di Kampung Paya tetapi mendapat tentangan ramai hingga dibatalkan pada 2009. Namun, cadangan baharu pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman muncul pada 2018 dan mendapat kelulusan kerajaan negeri dan Majlis Perancang Fizikal Negara pada 2020.

Lapangan terbang dicadangkan itu, dijadualkan untuk tempoh pembangunan selama tujuh tahun dari 2024 hingga 2030, meliputi kawasan seluas 142.7 hektar dalam sempadan taman laut diwartakan.

Sehingga kini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, masih belum memberikan kata putus tetapi laporan media menyatakan beliau menyedari kepentingan Pulau Tioman sebagai tapak marin dan mahu meneliti Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum mengulas.

Sebenarnya, laporan EIA mendedahkan pembinaannya membabitkan penebusan 76 peratus tanah daripada kawasan perlindungan marin (MPA), mengakibatkan kemusnahan kebanyakan terumbu karang sangat berharga sedangkan ia habitat penting bagi banyak spesies laut dan menyumbang secara signifikan kepada biodiversiti.

Tapak lapangan terbang yang dicadangkan juga menceroboh kawasan terkenal dengan kemunculan jerung terumbu blacktip dan penyu sisik yang sedang diancam kepupusan.

Menurut Pengurus Program dan Ahli Biologi Marin di Reef Check Malaysia, Alvin Chelliah, lapangan terbang baharu tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat atau alam sekitar, sebaliknya menekankan keperluan tumpuan penambahbaikan infrastruktur, sistem perparitan, rawatan sisa dan bekalan elektrik.

Alvin mengetengahkan isu kekurangan air dan pengurusan sisa tidak baik serta efisien, bahkan meminta lebih banyak penyelidikan dan penilaian dibuat sebelum projek terbabit diluluskan.

Media baru-baru ini mendedahkan laporan EIA turut mencadangkan pelaksanaan pelan pemuliharaan dan pemulihan marin membabitkan penempatan semula serta pembiakan karang ke empat tapak ditetapkan serta dua ladang karang sebelum pembinaan bermula.

Bagi menangani potensi kesan sosioekonomi, laporan itu mengesyorkan pengurangan cukai pelancong kepada pengusaha resort dan perniagaan berkaitan sekurang-kurangnya lima tahun.

Walaupun penempatan semula karang mungkin kelihatan proaktif, kerajaan perlu mengkaji kelemahan dan batasan pendekatan sedemikian secara kritis.

Memindahkan batu karang dari habitat semulajadi ke tapak baharu boleh memberi kesan buruk kepada kelangsungan hidup serta ekosistem disokong. Batu karang dipindahkan sering sukar menyesuaikan keadaan baharu hingga membawa kadar kematian tinggi.

Interaksi kompleks antara karang, organisma marin dengan persekitaran sekeliling tidak boleh dibuat replikasi dalam tetapan buatan. Gangguan disebabkan penempatan semula boleh mengganggu keseimbangan ekosistem, sekali gus menjejaskan ekologi jangka panjang.

Langkah menawarkan pengurangan cukai pelancong sebagai cara mengimbangi potensi kemerosotan ekosistem marin pula tidak mencukupi. Walaupun mungkin memberikan pelepasan kewangan jangka pendek untuk pengusaha resort dan perniagaan, ia tidak menangani kerosakan tidak dapat dipulihkan kepada alam sekitar dan biodiversiti Pulau Tioman.

Kemampanan jangka panjang pulau tidak patut dikompromi untuk mendapatkan faedah ekonomi, sebaliknya kerajaan perlu mengutamakan langkah komprehensif dan lestari supaya dapat melindungi sumber semulajadinya, menggalakkan amalan pelancongan bertanggungjawab serta melabur dalam pembangunan industri alternatif kurang memudaratkan alam sekitar.

Diakui memilih persekitaran berbanding keuntungan kewangan mungkin berlawanan dengan kehendak dipacu keuntungan, tetapi mengabaikan alam akan menyebabkan kos meluas.

Hakikatnya, cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman adalah tamparan hebat kepada sumber asli dan komuniti tempatan. Kegagalan memahami kepentingan kawasan perlindungan ini dan keengganan mengutamakan pemeliharaan alam sekitar adalah mendukacitakan.

Kita menggesa kerajaan menimbang semula rancangan itu dan menuntut akauntabiliti pihak bertanggungjawab untuk mengutamakan pemeliharaan anugerah alam semulajadi berbanding keuntungan ekonomi jangka pendek.

Semua individu prihatin digesa berkongsi ketidakpuasan hati terhadap projek ini dengan memberikan ulasan terhadap laporan EIA projek berkenaan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) dibuka untuk ulasan umum hingga 4 Ogos ini.

Pada masa sama, semoga Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang terkenal dengan komitmen terhadap isu alam sekitar seperti diperlihatkan dalam penyertaan baginda dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 (COP27), turut campur tangan dalam isu ini. #sumber

Share:

PRN: Jangan Biar Pentadbiran Kerajaan Kedah Jatuh Ke Tangan 'Orang Gila' !


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berharap rakyat di negeri ini tidak membiarkan pentadbiran kerajaan negeri jatuh ke tangan 'orang gila' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos depan.

Menurut beliau, kerajaan pimpinannya telah mengatur pelbagai perancangan termasuk projek-projek berimpak tinggi kepada rakyat Kedah dengan matlamat negeri itu menjadi tempat untuk 'orang miskin berteduh dan tempat untuk orang kaya menabur bakti'.

"Kalaulah negeri ini terlepas kepada tangan-tangan 'orang gila', orang yang macam beruk atas pokok cermai itu, yang tak tahu (menguruskan) apa-apa... (sudah) lapan bulan (mereka menjadi kerajaan), kita tidak nampak apa- apa lagi.

"Sekarang ini telah dipopularkan satu istilah iaitu kakistokrasi iaitu sebuah kerajaan (yang dipimpin) oleh orang-orang yang lemah dan tidak berkemampuan untuk mentadbir. Ini kerajaan (yang dipimpin) oleh kakitokrasi termasuk 'kepala' dia itu pun juga.

"Pasal dia pandai bercakap tapi dia tak pandai buat. Allah beri kita tengok dalam sejarah hidup kita seorang pemimpin yang cakap berdegar-degar selama puluhan tahun hendak jadi Perdana Menteri, nak jadi Perdana Menteri... sebab nak turunkan harga minyak, (akhirnya) dia tidak mampu buat apa-apapun.

"Selama ini lebih 20 tahun, dia tipu kita tuan-tuan, dia pun tak pernah minta maaf kat kita atas penipuan yang dibuat begitu lama," dakwanya.

Sanusi berkata demikian di hadapan penyokongnya sebaik sahaja tiba di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon, Anak Bukit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menyatakan bahawa rakyat Kedah juga tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik yang ditujukan kepadanya dan juga gabungan parti berkenaan.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang hari ini, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Beliau kemudian pulang ke Alor Setar dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) kira-kira jam 4.25 petang tadi.

Ketibaan beliau disambut lebih 1,000 penyokongnya yang menunggu sejak jam 2 petang di sekitar lapangan terbang berkenaan.

Penyokong yang tiba turut melaungkan 'takbir', 'hidup Menteri Besar' dan 'hidup Sanusi' sebaik sahaja beliau tiba selain berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau. #sumber



Share:

Roslan: Pentas 'ABPBH 35' Menjadi Saksi Pengikhtirafan Lagu Berirama Tradisional

KUALA LUMPUR: Pentas malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 di Panggung Sari, Istana Budaya bakal menjadi saksi kepada pengiktirafan terhadap lagu irama tradisional, Jumaat ini.

Penggiat seni yang juga pejuang lagu rakyat, Roslan Madun menyifatkan pemilihan lagu istimewa untuk didendangkan di pentas berprestij sebagai satu kemenangan atas perjuangan sejak sekian lama.

"Perjuangan saya terhadap lagu rakyat sudah lama dan anggap tawaran mengadakan persembahan di pentas ABPBH 35 adalah kemuncak terhadap usaha saya.

Saya sedar, ada yang tahu dan ada juga yang tidak tahu mengenai lagu rakyat. Justeru, pentas ABPBH 35 akan menjadi ruang untuk mengenali lagu rakyat dengan lebih dekat.

"Lagipun, lagu rakyat hanya dipersembahkan pada acara kecil seperti majlis sastera sahaja.

"Apabila penganjur, BH membawa lagu berirama tradisional ke pentas ABPBH. Ia juga satu rahmat kerana membawa satu anjakan baharu kepada audiens.

"Selain itu, tawaran ini kejutan manis dan membahagiakan buat saya," katanya kepada BH Online.

Mengulas mengenai persediaan, Roslan yang pernah memenangi tempat kedua pertandingan lagu rakyat di Ryazan, Russia, dua tahun lalu, Roslan memaklumkan, selain persiapan mental, dia juga perlu bersedia dari segi fizikal termasuk stamina.

"Saya sudah banyak kali menyanyikan lagu ini, cuma kali ini mungkin situasi berbeza dari segi suasana dan susunan muzik.

"Saya juga kena menjaga kesihatan supaya persembahan berjalan lancar," ungkap Roslan. #sumber



Share:

PSAP 'Yakin' Kerajaan Pahang Tidak Akan Tunduk Dengan Desakan Isu Musang King


KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) menyuarakan keyakinan bahawa Kerajaan Pahang tidak akan tunduk atas sebarang desakan mahu pun tuntutan daripada mana-mana pihak termasuk rakan dalam kerajaan Perpaduan berhubung isu pekebun durian musang king di Raub.

Presidennya, Haslihelmy DM Zulhasli menjelaskan ia termasuk tindakan Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui yang cuba menjadi juara dan pembela kepada pekebun haram durian musang king yang sudah terbukti menceroboh tanah milik kerajaan negeri.

"PSAP berdiri teguh di belakang Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Kerajaan Pahang yang berani mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penceroboh tanah ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau turut optimis Kerajaan Pahang akan bertindak tegas dan tidak 'memberi muka' kepada penceroboh termasuk memberi tanah kepada mereka.

Malah, katanya, pekebun durian musang king di Raub tiada hak untuk menentang usaha kerajaan Pahang kerana mereka secara terang menceroboh tanah kerajaan.

"Tanah itu merupakan hak kerajaan Pahang dan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mengambil tindakan.

"Justeru, menjadi hak kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu pencerobohan tanah haram musang king di Raub,"jelasnya lagi

Haslihelmy mengingatkan pihak berkaitan agar tidak cuba jadi hero di atas segala usaha yang telah pun digerakkan oleh kerajaan negeri.

"Biarlah mahkamah menentukannya. Semoga isu ini menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menceroboh tanah kerajaan secara haram," katanya. #sumber

Share:

Tourism Pahang Gunakan Platform Media Sosial Tarik Lebih Ramai Pelancong Belia


KUANTAN: Tourism Pahang sedang giat meningkatkan inisiatif baharu bagi menarik lebih ramai pelancong domestik daripada golongan belia yang aktif menggunakan media sosial berkunjung ke negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man, berkata ia sejajar dengan sasaran kerajaan negeri untuk menarik 13 juta pelancong tahun ini.

Beliau berkata, data kedatangan pelancong ke Pahang 2022 menunjukkan kehadiran 9,712,868 juta pelancong domestik ke Pahang dengan sebahagian besar adalah golongan belia berusia antara 25 hingga 30 tahun yang aktif menggunakan media sosial.

Berikutan itu, katanya, inisiatif baharu perlu dilakukan pihaknya untuk mempromosikan sektor pelancongan di negeri ketiga terbesar di Malaysia itu di media sosial.

"Sudah tiba masanya kita mulakan usaha memperkasakan promosi di platform media sosial membabitkan industri pelancongan di negeri ini.

"Usaha menggerakkan peserta industri pelancongan secara strategik ini juga mampu memastikan promosi bagi produk pelancongan Pahang dapat diperluaskan kepada pengguna media sosial di dalam dan luar negara," katanya dalam kenyataan media di sini.

Justeru, Yu Man berkata, Tourism Pahang mengadakan kerjasama dengan syarikat Volt On Sdn Bhd untuk membantu peserta industri pelancongan mempromosikan produk mereka serta tempat pelancongan Pahang di media sosial.

Menerusi kerjasama bertemakan 'Sinergi Media Sosial Perkasa Pelancongan Pahang', beliau berkata, syarikat Volt On menerusi cabang latihan korporatnya, Millennial Media Hub akan menyediakan strategi dan latihan menguruskan media sosial secara profesional supaya promosi pelancongan Pahang dapat digerakkan secara strategik.

"Kita sasarkan sebanyak 100 pengurus media sosial profesional dapat dilahirkan dalam kalangan peserta industri pelancongan di Pahang.

"Empat kursus latihan ditawarkan dengan setiap satu daripadanya mengambil masa kira-kira tiga hari ini dan ia akan memfokuskan kumpulan iindustri Pelancongan Tanah Tinggi; Kembara dan Semulajadi; serta Pantai dan Pulau.

"Peserta akan didedahkan dengan strategi pemasaran pelancongan berlandaskan data yang mampu melonjakan penghasilan kandungan berimpak tinggi di media sosial sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa," katanya.

Beliau juga berkata, kursus itu kini dibuka untuk pendaftaran kepada komuniti industri pelancongan termasuk mereka dalam bidang pengurusan hotel, perkhidmatan pelancongan dan restoran.

Sementara itu, Pengurus Besar Volt On, Che Wan Badrul Alias, berkata inisiatif itu dirancang bertujuan mewujudkan gelombang kandungan media sosial yang mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelancongan utama menjelang 2025.

"Peserta kursus akan dilengkapi dengan pengurusan media sosial secara strategik, kemahiran membangunkan kandungan berimpak, serta meneroka potensi menjana pendapatan baharu menerusi 'Perdagangan Sosial' (Sosial Commerce).

"Millennial Media Hub akan kongsikan menerusi analisis data pelancongan untuk merangka strategi pemasaran peserta.

"Strategi ini bakal mewujudkan sinergi antara peserta industri untuk mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelancongan secara menyeluruh dan bukan lagi hanya mempromosikan produk mereka sahaja," katanya.

Pihak industri yang berminat untuk menyertai Tourism Pahang Millennial Media Training 2023 dan kursus yang ditawarkan boleh layari www.volton.my atau hubungi pasukan Millennial Media Hub di email myvolton@gmail.com.

Share:

Kerajaan Pahang 'Ikhtiraf' Sumbangan 180 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)


KUANTAN: Kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan 180 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membabitkan 180,000 sukarelawan yang menjadi rakan strategik menyalurkan bantuan kepada komuniti melalui medium kebajikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata peranan sukarelawan kini semakin penting apabila menjadi mata dan telinga kerajaan negeri selain sebagai ejen perubahan dan pembangunan masyarakat setempat di negeri ini.

Beliau berkata pembabitan masyarakat dan sukarelawan dalam kerja kebajikan amat penting dan perlu digalakan sejajar dengan konsep kebajikan menjadi tanggungjawab bersama.

"Tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang yang berjaya mengumpul 180 NGO bersama 180,000 sukarelawan dalam tempoh kira-kira tiga tahun (2018-2020). Mereka kini menjadi rakan strategik yang perlu dihargai.

"Kerajaan negeri akan terus menyokong program kesukarelawanan untuk diperluaskan perkhidmatan melalui kerjasama dengan pelbagai sektor dan agensi bagi membantu masyarakat pelbagai aspek kehidupan sosial," katanya pada Majlis Anugerah NGO Kebajikan Berprestasi Tinggi Pahang 2023, di sini semalam.

Pada majlis berkenaan lapan anugerah diberikan kepada individu dan NGO yang telah banyak menyalurkan bantuan dan pertolongan kepada masyarakat di semua peringkat di negeri ini.

Antara penerima anugerah, bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang dan ADUN Bebar, Datuk Seri Ishak Muhammad yang dianugerahkan Tokoh Sukarelawan Pahang dan Anugerah Khas Menteri Besar milik Majlis Kebajikan Negeri Pahang (MAKPEN). #sumber


Share:

UPNP Pahang Barat Bertindak Terhadap Pemindahan 'Bahan Batuan' Tidak Sah !


KUANTAN: Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Zon Pahang Barat telah mengambil tindakan terhadap satu aktiviti pemindahan bahan batuan dipercayai tanah merah secara tidak sah di satu lot tanah di Kampung Bukit Pampong, Raub pada Sabtu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pegawai UPNP telah terlihat aktiviti tersebut.

"Pegawai terbabit seterusnya melakukan intipan di mana mereka mendapati sebuah jengkaut sedang memunggah tanah dan mengisi ke dalam sebuah lori angkut tiga tan.

"Lori tersebut kemudiannya keluar dari kawasan tanah diambil dan menghala keluar ke jalan.

"Pegawai UPNP telah bertindak menahan lori tersebut dan seterusnya meminta pemandu lori itu menunjukkan sebarang dokumen atau permit kelulusan berkenaan kerja yang dilakukan, namun gagal," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook pada Sabtu.

Beliau berkata, seorang lelaki telah bertemu dengan Pegawai UPNP dan menyatakan dia adalah pemilik lot kawasan tanah dihantar.

"Lelaki terbabit mengaku kerja-kerja pemindahan bahan batuan itu adalah atas tanggungjawabnya.

"Pegawai UPNP kemudiannya telah meminta sebarang dokumen atau permit kelulusan berkenaan kerja yang dilakukan, namun pemilik tanah tersebut gagal berbuat demikian," jelasnya.

Wan Rosdy berkata, pegawai penguatkuasa telah mengambil tindakan dengan merampas sebuah jengkaut dan sebuah lori angkut tiga tan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pencabutan atau pemindahan bahan batuan secara tak sah.

"Saya menasihati mana-mana pemilik tanah yang ingin melakukan pemindahan bahan batuan supaya mendapatkan maklumat dan nasihat terlebih dahulu daripada Pejabat Daerah dan Tanah.

"Ini kerana kemungkinan apa yang kita lakukan ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965," ujarnya. #sumber

Share:

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Mahu 'Teliti' EIA Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman


PUTRAJAYA: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya perlu meneliti laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) cadangan Lapangan Terbang Baru Antarabangsa Tioman (NTIA) sebelum mengulas tentang projek itu.

Nik Nazmi berkata cadangan projek itu terletak di kawasan marin "penting" yang memerlukan pemerhatian yang cermat dan terperinci.

"Kami akan meneliti laporan EIA sebelum saya boleh ulas dengan lebih lanjut.

"Keutamaan adalah melindungi alam sekitar di Tioman.

"Ia kawasan marin yang sangat penting, jadi kita akan meneliti EIA secara terperinci dan cermat," katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata demikian ketika menjawab soalan jika dia akan membenarkan pindaan ke atas status taman marin di Tioman bagi membolehkan lapangan terbang dibina.

Ditanya berkenaan garis masa untuk meneliti laporan itu, dia berkata: "Secepat mungkin".

Laporan EIA untuk projek tersebut dibuka kepada awam pada 21 Jun lalu. Orang ramai diberi tempoh sehingga 20 Julai untuk menelitinya.

Ia boleh diakses pada pautan di sini, tetapi ia tidak boleh dimuat turun atau dicetak.

Jabatan Alam Sekitar sedang meminta ulasan awam mengenai projek itu melalui borang dalam talian pada pautan di sini. Tarikh akhir penyerahan pada 4 Ogos.

Laporan EIA itu menyatakan projek yang dicadangkan itu akan menyebabkan kerosakan alam sekitar dan kehilangan habitat terhadap ratusan spesies hidupan marin di pulau itu yang sepatutnya menjadi taman laut yang dilindungi.

Ia juga menyatakan penyokong projek telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada Mac 2022 untuk menjalankan EIA sebelum mendapatkan kelulusan daripada Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut untuk menukar status taman itu.

EIA menyatakan RKK-GPT 2030 menganggap perairan Pulau Tioman sebagai kawasan sensitif alam sekitar (ESA) Tahap 1. Di bawah garis panduan PlanMalaysia, kawasan Tahap 1 ESA tidak boleh dibangunkan.

Terumbu karang seluas 11.25 hektar dan kawasan substrat (permukaan bagi) hidupan laut seluas 12.36 hektar terletak di dalam sempadan projek, yang akan ditebus guna untuk pembangunan lapangan terbang atau terjejas oleh aktiviti penambakan.

Laporan itu mengenal pasti 121 spesies karang keras dan 11 spesies karang lembut di kawasan itu.

Berdasarkan pelan pemuliharaan laut, syarikat yang terlibat iaitu Tioman Infra Sdn Bhd mencadangkan kawasan terumbu karang dalam kawasan projek itu ditebus guna dan terumbu karang akan ‘dipindahkan’ ke pulau berdekatan.

Cadangan lapangan terbang itu akan meliputi kawasan seluas 186.36 hektar, di mana 76 peratus - 142.70 hektar - akan melibatkan penambakan tanah.

EIA mendedahkan cadangan lapangan terbang yang lebih besar daripada draf terma rujukan projek terdahulu, yang menyatakan bahawa projek itu akan berkeluasan 94.49 hektar, di mana 65.77 hektar akan melibatkan tanah tambak.

Tioman Infra Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Tioman Hill Resort Sdn Bhd, iaitu 50 peratus dimiliki oleh Kumpulan Berjaya. Selebihnya dibahagikan sama rata antara pelbagai kerabat diraja Pahang melalui Aimvesco Sdn Bhd dan Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Pada 23 Jun, kumpulan alam sekitar Reef Check Malaysia telah memulakan petisyen dalam talian bagi membantah terhadap projek itu. Pada masa penulisan, ia telah memperoleh 3,077 tandatangan. #sumber

Share:

Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Lebih Besar, Terumbu Karang Di Pindah !

KUALA LUMPUR: Cadangan Lapangan Terbang Baru Antarabangsa Tioman (NTIA) akan menyebabkan kerosakan alam sekitar dan kehilangan habitat terhadap ratusan spesies hidupan marin di pulau itu yang sepatutnya menjadi taman laut yang dilindungi.

Menurut penilaian kesan alam sekitar (EIA), terumbu karang seluas 11.25 hektar dan kawasan substrat (permukaan bagi) hidupan laut seluas 12.36 hektar terletak di dalam sempadan projek, yang akan ditebus guna untuk pembangunan lapangan terbang atau terjejas oleh aktiviti penambakan.

Berdasarkan pelan pemuliharaan laut, penyokong projek itu, Tioman Infra Sdn Bhd  mencadangkan kawasan terumbu karang dalam kawasan projek itu ditebus guna dan terumbu karang akan ‘dipindahkan’ ke pulau berdekatan.

EIA yang dikemukakan baru-baruini mengenal pasti 121 spesies karang keras dan 11 spesies karang lembut di kawasan itu.

Berdasarkan Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemeliharaan Alam Semulajadi (IUCN), kebanyakan batu karang yang dikenal pasti dalam EIA telah dikategorikan sebagai "hampir terancam". Dua spesies disenaraikan sebagai "sangat terancam pupus", satu "terancam" manakala 19 spesies lagi dalam kategori "rentan".

Hanya terumbu karang di bawah kategori "rentan" akan menjadi tumpuan kerja-kerja pemindahan ke tapak semaian atau tapak pembiakan alternatif.

“Penyokong projek akan terus memantau kawasan terjejas dan juga di kawasan penempatan semula karang.

“Pembinaan lapangan terbang menuntut penempatan semula terumbu karang dalam kawasan penambakan projek. Bagaimanapun, program off-set harus disasarkan dengan hanya spesies karang tertentu yang akan diberi keutamaan dan pemulihan demografi termasuk prosedur untuk menambah terumbu dengan genotip (komposisi ciri genetik) sedia ada,” katanya.

Kemusnahan ekologi

Selain itu, sebanyak 125 spesies ikan daripada 24 keluarga direkodkan, 22 spesies rumput dan rumpai laut serta alga, selain menjadi habitat tujuh spesies mamalia dan beberapa spesies penyu.

Laporan itu menyatakan berdasarkan penilaian impak terhadap fasa pengkuarian dan penambakan bagi tujuan pembangunan NTIA, hidupan marin yang terjejas akan menyebabkan kehilangan perkhidmatan ekosistem, peningkatan sedimen dan kekeruhan yang merosakkan terumbu karang serta tumpahan minyak yang akan menyebabkan pencemaran toksik dan pengurangan oksigen terlarut dalam air.

“Fasa pembinaan akan menyebabkan pencemaran bunyi dan getaran, yang akan memberi tekanan dan mengubah tingkah laku hidupan marin.

“Tambahan pula, dalam fasa operasi, pencahayaan buatan akan mengganggu aktiviti fotosintesis terumbu karang, ancaman pencemaran air dan perubahan corak hidrodinamik serta perubahan atau impak yang terhasil daripada pembangunan projek boleh menjejaskan pemulihan habitat,” katanya.

Sementara itu, EIA menyatakan terdapat penampakan penyu berhampiran Kampung Paya di sebelah utara tapak projek dan seekor penyu tempayan telah dikesan semasa tinjauan lapangan, menunjukkan kemungkinan kehadiran haiwan terancam itu.

Kawasan utama sarang penyu terletak di utara tapak projek di Pulau Coral dan di sebelah timur Pulau Tioman di Kampung Juara.

EIA menyatakan tempat makan penyu boleh berkurangan di kawasan projek disebabkan oleh aktiviti penambakan, sambil menambah bunyi bising dalam air yang bingit semasa pembinaan boleh mengelirukan mereka.

“Trafik kapal yang padat boleh menyebabkan kecederaan akibat hentakan kipas atau bahkan menyebabkan kematian akibat berlanggar dengan kapal.

“Penyu mungkin menjadi keliru apabila terdapat lebih banyak sumber cahaya yang menyebabkan mereka pergi lebih jauh ke pendalaman laut.

“Sisa buangan yang dibuang ke dalam laut, terutamanya bahan plastik boleh menjerat penyu atau menjerutnya, mungkin membawa kepada kematian mereka.

Penyu juga diketahui memakan plastik kerana percaya ia obor-obor yang merupakan antara diet mereka,” katanya.

Laporan itu mendakwa Kampung Genting dan Kampung Paya, dua kampung yang paling terjejas oleh projek itu (lihat peta interaktif di atas untuk lokasi), tidak begitu kaya dengan bentuk hidupan marin kerana terdapat banyak runtuhan karang akibat gangguan masa lalu.

“Dengan pembangunan itu, ekosistem marin di bawah kawasan penambakan akan hilang, sebab itu program off-set akan dilaksanakan untuk memindahkan spesies karang yang jarang ditemui kepada persekitaran marin yang serupa di sekitar pulau untuk kelestariannya.

"Ini akan dijalankan dalam tempoh enam hingga dua belas bulan sebelum sebarang kerja pembinaan dimulakan," katanya.

Banyak tambak laut

Menurut laporan EIA, lapangan terbang yang dicadangkan itu akan meliputi kawasan seluas 186.36 hektar, di mana 76 peratus atau 142.70 hektar akan melibatkan penambakan tanah.

EIA mendedahkan cadangan lapangan terbang yang lebih besar daripada draf terma rujukan projek terdahulu, yang menyatakan bahawa projek itu akan berkeluasan 94.49 hektar, di mana 65.77 hektar akan melibatkan tanah tambak.

EIA menyatakan kawasan yang meningkat adalah untuk menampung cerun laut di bawah air dan bahawa keluasan tambahan telah dimaklumkan kepada PLANMalaysia pada Ogos 2022.

Bukit yang memisahkan Kampung Paya dan Kampung Genting dan diratakan untuk projek lepangan terbang ini.

“Keluasan tambahan itu untuk menambak cerun yang dipotong dan tembok batu; kedua-dua kawasan berada di pinggir luar tiang lapangan terbang dan kebanyakannya di dasar laut,” katanya.

Bukit yang memisahkan Kampung Paya dan Kampung Genting ini akan diratakan sekiranya projek lapangan terbang itu diteruskan.

Terletak tidak jauh dari pantai antara Kampung Paya dan Kampung Genting, lapangan terbang itu mencadangkan landasan sepanjang 2.5km dan lebar 45m untuk menampung pesawat Code 4C dengan jarak penerbangan dari 5,100km hingga 6,100km.

EIA menyatakan projek itu bertujuan untuk meliputi penerbangan dua hala dari lapangan terbang di Malaysia, negara Asean, timur India, selatan hingga pertengahan China, dan barat Australia.

Unjuran ketibaan pelancong untuk 2030 diramalkan seramai 555,986 orang, meningkat daripada sekitar 300,000 orang pada 2020.

EIA tidak membincangkan secara terperinci mengenai pembinaan infrastruktur baru atau menaik taraf kemudahan sedia ada untuk menyediakan air bersih, rawatan kumbahan dan pengurusan sisa yang diperlukan untuk menangani peningkatan pelawat sebanyak dua kali ganda ini.

Sebaliknya, EIA bergantung pada visi yang ditetapkan oleh Rancangan Kawasan Khas Gugusan Pulau Tioman 2030, yang sering disingkat sebagai RKK-GPT 2030, untuk memberi penerangan mengenai infrastruktur yang diperlukan.

RKK-GPT 2030 didraf pada 2020 oleh PLANMalaysia, sebuah agensi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Penduduk tak sepakat

Pulau Tioman mempunyai lebih kurang 2,705 penduduk.

Berdasarkanb tinjauan sosial yang dijalankan pada 2023 oleh Perunding Alam Sekitar Asia Pasifik (ASPEC), 53 peratus daripada 300 responden di pulau itu mengalu-alukan projek lapangan terbang itu, manakala 31 peratus responden tidak bersetuju dan baki 16 peratus tidak mempunyai pendapat.

Bagaimanapun, EIA menyatakan peratusan tertinggi mereka yang bersetuju dengan projek itu datang dari Kampung Tekek - bahagian paling maju di pulau itu yang agak jauh dari kawasan projek dan menjadi tuan rumah pusat peranginan utama yang dikaitkan dengan penyokong projek.

Kain rentang bantah lapangan terbang di Kampung Genting ketika Malaysiakini berkunjung ke Tioman pada Mac 2022.

Kain rentang bantah lapangan terbang di Kampung Genting ketika Malaysiakini berkunjung ke Tioman pada Mac 2022.

Responden dari Kampung Paya dan Kampung Genting, kawasan berpenduduk yang paling hampir dengan tapak projek - umumnya tidak menyukai projek tersebut.

ASPEC berkata, ketua masyarakat tempatan menyatakan mereka tidak menentang cadangan lapangan terbang itu tetapi tidak bersetuju dengan lokasi yang dicadangkan, terutama berhampiran Kampung Genting dan Kampung Paya, yang boleh menjejaskan perniagaan mereka.

Menurut ASPEC, responden Kampung Genting dan Kampung Paya juga menentang projek itu kerana potensi kehilangan alam semulajadi dan pengurangan ketibaan pelancong ke resort mereka semasa fasa pembinaan.

“Sebanyak 53 peratus isi rumah dan 61 peratus pengusaha perniagaan bersetuju dengan projek itu dari Kampung Paya, Kampung Genting, dan Kampung Tekek, tetapi kebanyakannya dari Kampung Tekek.

"Walau bagaimanapun, mereka meramalkan sebagai timbal balik mungkin terdapat kesan buruk terhadap alam sekitar.

“Mereka menyatakan bahawa projek itu boleh membawa masuk ramai pelancong yang menjadi pemangkin kepada lebih banyak pembangunan di pulau yang akan memberi manfaat kepada mereka dari segi ekonomi dalam jangka panjang, tetapi khususnya sepanjang tempoh pembinaan, pendapatan mereka boleh terjejas teruk.

“Sebaliknya, penempatan lain seperti Kampung Juara, Kampung Salang dan Kampung Mukut mengalu-alukan projek itu, terutamanya semasa fasa pembinaan kerana mereka menunjukkan lebih ramai pelancong akan datang ke pusat peranginan mereka sebagai ganti Kampung Paya dan Kampung Genting,” katanya.

Taman Laut 'terumbang-ambing'

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Tioman Infra Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh Tioman Hill Resort Sdn Bhd, iaitu 50 peratus dimiliki oleh Kumpulan Berjaya. Selebihnya dibahagikan sama rata antara pelbagai kerabat diraja Pahang melalui Aimvesco Sdn Bhd dan Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Bahagian projek yang melibatkan tanah tebus guna terletak di perairan dalam sempadan Taman Laut Tioman. Ini bermakna sebarang pembangunan dan aktiviti marin, termasuk penuaian sumber marin dalam sempadan dikawal ketat dan pembinaan lapangan terbang mungkin memerlukan penentuan semula garis sempadan.

Bagaimanapun, EIA menyatakan penyokong projek telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada Mac 2022 untuk menjalankan EIA sebelum mendapatkan kelulusan daripada Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut untuk menukar status taman itu.

EIA menyatakan RKK-GPT 2030 menganggap perairan Pulau Tioman sebagai kawasan sensitif alam sekitar (ESA) Tahap 1. Di bawah garis panduan PlanMalaysia, kawasan Tahap 1 ESA tidak boleh dibangunkan.

Menurut kertas kerja Pusat Penyelidikan Maritim Universiti Malaya (UMMaritime) yang diterbitkan pada 2007 yang dipetik oleh EIA, Pulau Tioman terletak di salah satu kawasan tumpuan biodiversiti terumbu karang kedua yang tertinggi di dunia.

“Kepentingannya untuk pemuliharaan terumbu karang mengatasi semua taman laut lain di pantai timur semenanjung dari segi kepelbagaian terumbu karang.

"Sebagai Taman Laut yang ditetapkan pada tahun 1994, sebarang aktiviti pembangunan di kawasan ini harus mempertimbangkan dengan teliti keperluan untuk melindungi dan memelihara terumbu karangnya," kata EIA lagi.

EIA dibuka kepada umum pada 21 Jun lalu dan orang ramai mempunyai masa sehingga 20 Julai untuk memberi maklum balas terhadap dokumen itu. Ia boleh diakses pada pautan di sini, tetapi ia tidak boleh dimuat turun atau dicetak.

Jabatan Alam Sekitar sedang meminta ulasan awam mengenai projek itu melalui borang dalam talian pada pautan di sini. Tarikh akhir penyerahan pada 4 Ogos.

Pada 23 Jun, kumpulan alam sekitar Reef Check Malaysia telah memulakan petisyen dalam talian bagi membantah terhadap projek itu. Pada masa penulisan, ia telah memperoleh 3,077 tandatangan. #sumber

Share:

Seramai 419 Individu 'Di Tahan' Dalam 'Ops Tapis Khas Se-Malaysia' Di Pahang

KUANTAN: Polis menggempur 20 sarang dan 30 lokasi 'hotspot' penagihan dadah di negeri ini dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia yang dijalankan pada Isnin hingga Rabu lalu.

Hasil operasi selama tiga hari itu, seramai 419 individu disyaki penagih dadah berusia 18 hingga 60 tahun berjaya ditahan termasuk 17 wanita.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, 43 orang daripada keseluruhan yang ditahan disyaki tokan dadah dan sembilan lagi merupakan individu dikehendaki.

Menurutnya, hasil operasi melibatkan 18 pegawai dan 159 anggota itu, polis turut menemui pelbagai jenis dadah termasuk 146.32 gram syabu, heroin (561.16 gram), ganja (21.97 gram), eremin 5 (74.01 gram), pil yaba (141.11 gram), daun ketum (91.4 kilogram) dan air ketum (756.62 liter) dengan anggaran nilai lebih RM64,000.

Antara 'port' penagihan dalam kawasan ladang sawit yang digempur dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan di negeri ini pada Isnin hingga Rabu lalu.

Antara 'port' penagihan dalam kawasan ladang sawit yang digempur dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan di negeri ini pada Isnin hingga Rabu lalu.

"Turut rampas, tiga kenderaan dan sejumlah wang tunai dengan jumlah nilai keseluruhan barang rampasan dan sitaan mencecah lebih RM101,000," katanya pada sidang akhbarnya di bilik media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Khamis.

Yahaya berkata, daripada keseluruhan individu yang ditahan sepanjang ops tapis khas itu, 13 orang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(2) (4 orang), Seksyen 39A(1) (26 orang), Seksyen 12(2) (50 orang), Seksyen 6 (5 orang), Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (36 orang), Seksyen 15(1)(a) (285 orang) dan Seksyen 39C (1 orang).

Beliau berkata, tumpuan pada operasi yang dilaksanakan di seluruh daerah itu tertumpu di kawasan bandar, perumahan dan tanah rancangan Felda.

Yahaya bersama Ketua JSJN Pahang, Superintendan Azmi Awang Lah (kiri) dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Pahang yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Datuk Mohd Yusri Othman (kanan) menunjukkan gambar-gambar sepanjang Ops Tapis Khas yang dijalankan di negeri ini pada Isnin hingga Rabu lalu.

Yahaya bersama Ketua JSJN Pahang, Superintendan Azmi Awang Lah (kiri) dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Pahang yang juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Datuk Mohd Yusri Othman (kanan) menunjukkan gambar-gambar sepanjang Ops Tapis Khas yang dijalankan di negeri ini pada Isnin hingga Rabu lalu.

"Polis Pahang memandang serius perkara ini dan tindakan berterusan akan diambil bagi membanteras aktiviti pengedaran serta penagihan dadah di negeri ini.

"Orang ramai digesa tampil bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui Pusat Kawalan Kontinjen Pahang di talian 09-5051999/2202 dan hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang (09-5052287) atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. #sumber

Share:

Polis Akan 'Siasat' Penjualan Pin Bintang, Lencana Darjah Kebesaran Datuk Pahang

KUANTAN: Polis menyiasat penjualan pin bintang dan lencana darjah kebesaran Pahang yang membawa gelaran “Datuk” yang dikesan melalui sebuah platform e-dagang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata siasatan awal yang dilancarkan selepas pihaknya menerima laporan kemarin mendapati satu set pin itu dijual pada harga RM1,265.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

“Mengikut seksyen ini, tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Sultan Pahang menjual, mempamer atau memiliki untuk dijual apa-apa lambang atau gelaran,” katanya pada sidang media di sini menurut Berita Harian.

Tangkap layar penjualan pin ‘Datuk’ Pahang di sebuah platform e-dagang.

Beliau turut menjelaskan Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 turut melarang individu memasang atau memaparkan lambang atau emblem darjah kebesaran negeri Pahang pada mana-mana bahagian kenderaan mereka tanpa kebenaran.

“Mana-mana individu yang disabitkan bagi kedua-dua kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda di antara RM250,000 hingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun,” katanya. #sumber

Share:

Ucapan 'Fitnah', Baby Shima Saman PU Syed Dan Ketua Pemuda PAS Kuantan !

KUALA LUMPUR: Penyanyi Baby Shima, 28, menerusi peguamnya Muhammad Noor Azfar Noor Azmi bertindak menyaman pendakwah PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor berkaitan ucapan kata-kata fitnah terhadapnya.

Muhammad Noor Azfar berkata pihaknya memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Malaya, Ipoh serta Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu.

"Kedua-dua tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan 'malicous falsehood' di bawah undang-undang 'tort'.

"Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang," katanya.

Menurut Mohammad Noor Azfar lagi, pihak Baby Shima tidak berhasrat untuk memberi komen lebih lanjut buat masa ini.

Langkah itu, katanya, diambil sebagai menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

"Kami juga sudah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang terbabit menyalahgunakan nama anakguam kami bagi tujuan komersil," katanya.

Terdahulu, Abd Rahman pernah mendakwa penyanyi berkenaan 'menjual agama' kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu. 

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert. #sumber

Share:

PRN Selangor: PRM Umum Ezam Md Noor Bakal 'Bertanding' DUN Pelabuhan Klang !

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor antara empat calon parti itu yang akan bertanding dalam PRN Selangor pada 12 Ogos ini.

Tiga lagi calon yang akan mewakili PRM ialah Naib Presiden S Manikavasagam, Ketua Penerangan Tan Kang Yap dan Penolong Setiausaha Agung Syed Ahmad Putra Syed Isa.

Memaklumkan perkara itu, Ketua Biro Pilihan Raya PRM Zainol Arif Jamaludin berkata Ezam akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang, Manikavasagam di DUN Sentosa, Tan di DUN Pandamaran dan Syed Ahmad Putra di DUN Selat Klang.

Menurut Zainol, PRM juga akan bertanding di kerusi lain dan calon akan diumumkan sebelum hari penamaan calon pada 29 Julai ini.

“Biro Pilihan Raya PRM sedang meneliti lebih 10 calon lagi untuk PRN Selangor, antara yang akan menjadi calon PRM adalah seorang tokoh reformasi terkenal.

“Satu majlis khas akan diadakan untuk mengumumkan penyertaan tokoh ini dalam waktu terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selangor mempunyai 3,747,057 pengundi dan akan mengadakan PRN serentak dengan lima negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos depan.

Pada PRU14, PH mendominasi Selangor dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi, diikuti BN dengan empat kerusi dan PAS satu kerusi. #sumber

Share:

Pesuruhjaya PAS, Rosli Abd Jabar Di Pilih Sebagai Timbalan Pengerusi PAC Pahang

KUANTAN: Ahli Dewan  Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Pahang, hari ini.

Rosli yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menerima surat lantikan daripada speaker DUN Pahang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin dalam satu majlis di sini, petang tadi.

Selain Rosli, seorang lagi ADUN PAS, Mohd Tarmizi Yahaya turut dipilih sebagai anggota PAC.

Mohd Tarmizi adalah Ketua Penerangan PAS Pahang dan ADUN Panching.

ADUN Inderapura, Shafik Fauzan Sharif (UMNO) pula dipilih sebagai Pengerusi PAC negeri, manakala dua lagi ahli PAC adalah ADUN Padang Tengku (UMNO), Dato' Mustapa Long dan ADUN Sabai (MIC), V Arumugam.

Sementara itu, Mohd Tarmizi ketika dihubungi memberitahu, perbincangan awal sudah dilakukan selepas proses lantikan selesai petang tadi.

"Setakat ini belum ada apa-apa isu, cuma kita bincang penambahbaikan dari segi audit negeri, sistem kewangan syarikat dan badan berkanun serta PBT (pihak berkuasa tempatan) di negeri Pahang supaya lebih baik daripada sebelum ini," katanya. #sumber

Share:

Warga Emas Maut, MPV Dinaiki Terbakar Selepas Bertembung Lori Dekat Jerantut

JERANTUT: Seorang warga emas maut, manakala empat lagi termasuk bayi lima bulan cedera parah, dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Jerantut-Maran, dekat Sungai Salan, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan lori dan terbakar.

Warga emas berusia 83 tahun yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan Proton Exora itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan, berkata hasil siasatan mendapati kenderaan MPV yang dipandu suri rumah berusia 25 tahun bersama empat penumpang dipercayai sekeluarga beralamat di FELDA Gelanggi Satu, dekat sini.

"Pemandu kenderaan MPV dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan di hadapannya menyebabkan bertembung dengan lori jenis Isuzu.

"Akibat kemalangan itu, MPV terbabit terbakar keseluruhannya selepas berlaku pelanggaran, kesemua mangsa di dalam kenderaan itu berjaya dibawa keluar oleh orang awam," katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Mazlan berkata, empat mangsa yang cedera parah termasuk bayi berusia lima bulan dirawat di Hospital Jerantut.

"Kemalangan disiasat mengikut bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. Mayat mangsa akan dibedah siasat," katanya. #sumber

Share:

Pekebun Haram 'Menang', Exco Pahang Sangkal Laporan Negatif Sinar Harian !

KUANTAN: Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal menyangkal  laporan negatif akhbar Sinar Harian yang mendakwa pekebun haram 'musang king' Raub telah menang dalam perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan mereka untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pahang. 

Menerusi kenyataan di facebook beliau, Fadzli mendakwa laporan berita dalam akhbar terbabut yang bertajuk 'Kemenangan Bermakna Pekebun Musang King', telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat. 

"Akibatnya, terbit pelbagai persepsi dan naratif hingga ramai netizen beranggapan bahawa pihak pekebun telah menang dalam perbicaraan di mahkamah berhubung tuntutan mereka untuk mendapatkan kebenaran permohonan semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pahang.

"Padahal, keputusan mahkamah semalam hanyalah berhubung permohonan interlokutori pihak Royal Pahang Durian untuk pembatalan prosiding di atas alasan peguam pemohon (pekebun haram) gagal mengemukakan dokumen untuk mewakili semua pemohon," katanya. 

Menurun ADUN Dong itu lagi hakikatnya, keputusan itu tiada kena-mengena dengan permohonan semakan kehakiman, yang mana tarikhnya belum ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan.

Kerajaan Negeri Pahang katanya sangat terbuka dalam menerima pandangan semua pihak, namun dalam masa yang sama  mengharapkan laporan berita yang mendapat perhatian umum perlulah berasaskan fakta dan tidak bersifat menimbulkan provokasi serta salah faham.

Kenyataan beliau mendapat berbagai respon  dari kalangan netizen termasuk dikalangan pengamal media sendiri. Rata-rata bersetuju dengan penjelasan yang diberikan walau pun agak terlambat kerana berita tersebut sudah tular dengan meluas di media sosial.

Malah ada yang menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Sinar Harian, kerana telah mencemarkan nama baik Kerajaan Pahang.

Artikel yang disiarkan juga telah menyebabkan ramai pihak yang menghentam Kerajaan Negeri Pahang. 

Apa pun, PDO akan cuba mendapatkan  penjelasan lanjut daripada pihak Sinar Harian atas kontroversi ini. #PDO

Share:

Sudah Tiba Masa 'Sistem Pilihan Raya' Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah e-Voting

KUANTAN: Sudah sampai masanya negara melakukan pembaharuan segera dalam sistem pilihan raya dengan melaksanakan proses mengundi secara elektronik atau secara dalam talian (e-voting).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, e-voting sudah dilaksanakan di beberapa buah negara lebih 20 tahun lalu antaranya Australia, Belgium, Brazil, Estonia, Perancis, Jerman, India, Itali, Namibia, Belanda, Norway, Peru dan Switzerland.

“Apabila kita bercakap tentang sistem secara dalam talian ini, saya percaya majoriti rakyat sudah dibiasakan melakukan semua benda secara dalam talian seperti membayar bil utiliti, memperbaharui insurans kenderaan, membayar saman, membeli belah, melakukan urusan perbankan dan membayar zakat fitrah kesemuanya di hujung jari.

“Jadi untuk melaksanakan proses pembuangan undi secara dalam talian pun bukanlah suatu yang mustahil. Jika selama ini kita percaya dengan keselamatan transaksi perbankan secara dalam talian melibatkan ribuan ringgit, mengapa kita tidak boleh mempunyai sistem yang selamat untuk menghantar satu undi dari satu rakyat ketika pilihan raya,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, tidak menjadi halangan besar untuk negara melaksanakan proses mengundi secara e-voting menerusi kewujudan pelbagai jenis teknologi moden pada masa kini termasuk capaian internet isi rumah yang meningkat kepada 96 peratus pada 2022 menerusi kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Beliau berkata, melalui e-voting, proses pengundian akan menjadi lebih fleksibel terutama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Pengundi boleh mengundi di mana sahaja mereka berada kerana sistem pengundian sekarang memakan banyak perbelanjaan, tenaga dan masa serta komitmen tambahan.

“Tiada lagi isu perlu keluar dari rumah untuk membuang undi. Jika banjir sekalipun, undian masih boleh dilakukan. Halangan kos untuk pulang ke kampung untuk mengundi juga tidak lagi akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, negara tidak boleh berterusan melaksanakan proses undi mengikut cara lama dengan bersusah payah pergi ke tempat mengundi, beratur panjang menunggu giliran demi menunaikan tanggungjawab kepada negara.

“Biarpun terdapat banyak perbahasan tentang tahap keberkesanan proses mengundi secara e-voting, namun ia boleh membawa banyak faedah dan manfaat kepada negara dan rakyat.

“Ia antara lain mengurangkan jumlah kesilapan atau kerosakan yang berlaku pada kertas undi, selain dapat meningkatkan jumlah pengundi kerana ia boleh dilakukan di mana-mana lokasi,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan kajian mendalam terhadap cadangan ini bagi membolehkan proses mengundi secara e-voting dapat dilaksanakan pada PRU16 akan datang. #sumber

Share:

Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan Batalkan Prosiding Semakan Kehakiman, Kemenangan Buat Pekebun Musang King

RAUB: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn. Bhd. (RPDR-PKPP) untuk membatalkan prosiding semakan kehakiman yang dibawa pekebun durian musang king semalam disifatkan sebagai satu kemenangan signifikan kepada pekebun durian terbabit.

Kemenangan yang menyaksikan mahkamah turut mengarahkan RPDR-PKPP membayar kepada dua kumpulan pekebun durian masing-masing sebanyak RM10,000 membuka langkah seterusnya kepada pekebun untuk meneruskan perjuangan mereka di mahkamah.

Ahli Parlimen Raub yang juga Penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA), Chow Yu Hui berkata, dengan keputusan bermakna itu menyaksikan usaha pekebun musang king menuntut keadilan sejak tiga tahun lalu akan diteruskan sehingga ke penghujung.

“Walaupun pekebun musang king Raub berhadapan pelbagai cabaran dan kesukaran sepanjang proses semakan kehakiman, keputusan ini merupakan kemenangan signifikan kepada pekebun dan memberikan keyakinan dalam berhadapan cabaran mendatang.

“Saya bersyukur Hakim Zainal Azman Abdul Aziz dari Mahkamah Tinggi Kuantan membuat penghakiman yang adik dan bijaksana,”katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya kes itu dibicara melalui prosiding dalam talian dan berikutan keputusan itu menyaksikan perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 5 Januari 2021 kekal berkuatkuasa.

Justeru katanya, sebelum kes itu selesai, agensi penguatkuasa tidak boleh mengambil tindakan terhadap pekebun terbabit sekali gus membenarkan pekebun meneruskan aktiviti penanaman di kebun durian terbabit.

Dalam pada itu Yu Hui berkata, permohonan daripada RPDR-PKPP yang merupakan responden ke-enam adalah remeh kerana ia tidak berasas sama sekali.

“Permohonan ini adalah taktik RPDR-PKPP yang cuba melemahkan keyakinan pekebun durian dan memberi tekanan kepada mereka untuk menandatangani kontrak yang tidak sama rata.

“Saya menggesa semua pekebun durian terus berjuang sehingga ke pengakhiran yang akhirnya kemenangan akan pasti menjadi milik pekebun,”ujarnya.

Pada 27 Januari lalu, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataannya menasihatkan pekebun durian musang king di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di Raub yang terlibat dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau tidak tindakan permohonan semakan kehakiman tersebut.

Wan Rosdy dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpandangan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan adalah tanah kerajaan negeri yang merupakan hak milik yang tidak disangkal walaupun dalam konteks ekuiti.

Sebelum ini pada 3 Julai 2021 kawasan penanaman durian musang king di Batu Talam, Raub seluas kira-kira 101 hektar melibatkan kira-kira 15,000 pokok telah ditebang kerana ditanam di kawasan hutan simpan kekal. #sumber

Share:

Tragedi 'Kepala Air', Jenazah Tujuh Dari Sembilan Sekeluarga Telah Selamat Di Kebumi Satu 'Liang Lahad' Malam Tadi !

KUANTAN: Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan lewat malam tadi.

Pengebumian jenazah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selesai pada 11.52 malam.

Terdahulu, van yang membawa kesemua jenazah tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 pada 9.55 malam diiringi kereta peronda polis sebelum disembahyangkan oleh lebih 150 anggota keluarga dan kenalan.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu, yang dipenuhi ahli keluarga serta kenalan semua mangsa, dan mereka difahamkan sudah berada di tanah rancangan berkenaan sejak pagi semalam untuk memberi penghormatan terakhir selepas mendapat tahu mengenai pengebumian.

Turut hadir Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman.

Ahad lepas, media melaporkan 10 individu termasuk sembilan sekeluarga hilang selepas dihanyutkan kepala air semasa berkelah di jeram itu pada petang Sabtu.

Mayat Putri Alleya Maisarah Karim, 16, ditemukan pada 3 petang semalam manakala mangsa yang masih hilang ialah Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor iaitu tunang Putri Balqis Izzati. #sumber

Share:

Tragedi Kepala Air, Sembilan Mayat Kini Sudah Di Temui, Seorang Masih Hilang !

 

KEMAMAN: Tujuh lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman ditemui pada Isnin.
Penemuan itu menjadikan sembilan daripada 10 mangsa tragedi berkenaan telah ditemui, termasuk dua beranak yang ditemui pada Ahad.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua mayat terbabit ditemui dalam sektor A dan B kawasan pencarian.

Katanya, mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dikesan terapung oleh pasukan pencarian kira-kira jam 11.05 pagi.

Manakala pada jam 11.25 pagi, satu lagi mayat kanak-kanak perempuan dikesan di sektor B kawasan pencarian.
Beliau berkata bagaimanapun identiti mangsa yang lain masih belum disahkan.

"Kita mendapat maklumat telah menemui tujuh lagi mangsa tetapi kita belum kenal pasti... (sebahagian) belum dibawa ke pangkalan manakala satu lagi belum jumpa.

"Pasukan SAR (mencari dan menyelamat) sedang mengesan satu lagi mangsa yang belum dijumpai," katanya di sini, pada Isnin.

Sembilan beranak yang terbabit dalam kejadian itu ialah bapa, Karim Abdullah, 39, ibu, Azizah Eiyi, 40; selain Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Seorang lagi adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Tengah hari semalam, mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (KM) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2 km dari tempat kejadian.

Turut ditemui adalah adalah kereta jenis Proton Gen2 dan sebuah motosikal jenis SYM di tempat kejadian dipercayai milik mangsa terbabit.

Susulan penemuan dua mangsa itu, polis melancarkan operasi SAR untuk mengesan semua mangsa yang terlibat.

Polis difahamkan, semua mangsa datang ke kawasan hulu sungai untuk berkelah sebelum dilanda kepala air. #sumber

Share:

Tragedi Kepala Air Jeram Air Putih, Satu Lagi Mayat Telah Di Temukan Pagi Tadi !

KEMAMAN: Satu lagi mayat ditemukan dipercayai mangsa lemas yang dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, di sini pada Ahad, sementara tiga yang lain dikhuatiri masih hilang.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, mayat tersebut dijumpai penduduk kampung kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

"Mayat dijumpai sekitar 12 kilometer dari lokasi kejadian.

"Mayat dibawa naik dari sungai jam 8.15 pagi tadi dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi SAR Balai Polis Air Putih," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, identiti belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa kerana pengecaman mayat belum dibuat oleh waris.

Difahamkan lokasi penemuan mayat itu di belakang Masjid Dadong dipercayai perempuan.

Pada Ahad, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Pada Isnin, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan mengesahkan enam mayat yang ditemukan adalah mangsa tragedi tersebut. #sumber

Share:

MB Ahmad Shamsuri: Tragedi Kepala Air Bukanlah Berpunca Akibat Pembalakan !

KEMAMAN: Tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini dipercayai bukan berpunca akibat penerokaan pembalakan baharu di kawasan itu, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau mendakwa, pembalakan yang berlaku di kawasan tersebut adalah aktiviti lama yang dijalankan sebelum ini.

"Insya-ALLAH, kita akan mengadakan perbincangan secara menyeluruh bukan hanya risiko fenomena kepala air di daerah ini malah melibatkan kawasan lain.

"Kepala air berlaku apabila hujan lebat berlaku pada waktu singkat dengan tertumpu pada satu kawasan.

"Kita juga akan melihat kembali keberkesanan notis ditampalkan di sekitar kawasan perkelahan kerana kebiasaan kawasan berkenaan mempunyai papan tanda," katanya semasa sidang media pada Isnin.

Pada Ahad, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Susulan itu, operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih di sini diperluaskan ke tiga zon melibatkan pencarian radius seluas 32 kilometer (KM) persegi.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menanggung kos penghantaran jenazah mangsa pulang ke kampung halaman.

'Terima kasih MAIDAM yang akan biaya kos tersebut. Selain itu, kita ada juga bantuan yang akan dibantu sama ada dari segi logistik dan pengangkutan," katanya. #sumber

Share:

Tragedi 'Kepala Air' Jeram Air Putih: Hanya 6 Mayat Yang Ditemui, Bukan 9

KEMAMAN: Polis mengesahkan hanya enam mayat tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman ditemui sehingga petang semalam, bukan sembilan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata kekeliruan timbul disebabkan masalah komunikasi berikutan lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terletak jauh di dalam hutan.

Dalam pada itu, identiti tiga lagi mangsa telah dikenal pasti, petang ini, menjadikan secara keseluruhan semua mayat yang ditemui sudah dikenal pasti.

Mereka ialah, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Nurerina Natasya karim, 10, yang ditemui jam 12.05 tengah hari tadi, selain bapa Karim Abdullah, 39, ditemui jam 1.55 tengah hari.

Sebelum ini, polis sudah mengenal pasti identiti mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, yang ditemui terapung oleh pasukan SAR kira-kira jam 11.05 pagi Ahad.

Malam semalam, polis mengesahkan identiti dua mayat yang ditemui jam 12.30 tengah hari kelmarin, adalah dua beranak iaitu Azizah Eiyi, 40, dan Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

Sebelum ini, media melaporkan, kesemua mayat terbabit ditemui dalam sektor A dan B kawasan pencarian.

Sembilan beranak yang terbabit dalam kejadian itu ialah Karim Abdullah, 39, ibu, Azizah Eiyi, 40; selain Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Seorang lagi adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Tengah hari semalam, mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2 km dari tempat kejadian.

Turut ditemui adalah adalah kereta jenis Proton Gen2 dan sebuah motosikal jenis SYM di tempat kejadian dipercayai milik mangsa terbabit.

Susulan penemuan dua mangsa itu, polis melancarkan operasi SAR untuk mengesan semua mangsa yang terlibat.

Polis difahamkan, semua mangsa datang ke kawasan hulu sungai untuk berkelah sebelum dilanda kepala air. #sumber

Share:

Pahang Di Gugur Dari Permohonan Batal 'Penukaran Agama' Sepihak Di 8 Negeri !

KUALA LUMPUR: Pahang telah meminda enakmennya bagi melarang penukaran agama anak secara sepihak oleh ibu atau bapanya yang memeluk Islam, tiga tahun lalu.

Justeru, kerajaan Pahang telah digugurkan daripada menjadi responden untuk satu permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan undang-undang di beberapa negeri yang membenarkan penukaran agama sepihak.

Sebelum ini, guru tadika M Indira Gandhi dan 13 pihak lain memfailkan semakan kehakiman itu terhadap lapan negeri, termasuk Pahang.

Ketika dihubungi hari ini, peguam kepada 14 pihak tersebut, Rajesh Nagarajan mengesahkan Pahang tidak lagi menjadi responden yang disasarkan oleh semakan kehakiman itu.

Dia berkata mahkamah hari ini membenarkan permohonan untuk mengugurkan Pahang sebagai responden.

"Pahang telah meminda undang-undangnya bagi menghalang penukaran agama sepihak pada 2020.

"Selepas kami dimaklumkan tentang hal ini, kami segera memohon untuk menggugurkan Pahang," kata Rajesh.

Dalam pengurusan kes yang dikendalikan hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Kamal Md Shahid hari ini, tiada kos dikenakan untuk pengguguran itu.

Rajesh berkata lagi, mahkamah turut menetapkan 2 Ogos dan 4 September ini bagi mendengar dua permohonan berasingan berkaitan semakan kehakiman yang difailkan.

Pendengaran pada 2 Ogos berhubung pemohon semakan kehakiman agar lima pegawai agama Johor dikenakan tindakan menghina berhubung dakwaan mengganggu salah seorang pemohon, iaitu seorang wanita berusia 25 tahun yang didakwa menjadi mangsa penukaran agama sepihak ketika masih muda dan tidak pernah mengamalkan agama Islam.

Pendengaran pada 4 September pula berkenaan permohonan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk mencelah semakan kehakiman.

Semakan kehakiman utama menuntut pengisytiharan mahkamah untuk membatalkan undang-undang penukaran agama sepihak dalam enakmen negeri di wilayah-wilayah persekutuan, Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Pemohon antara lain berhujuh enakmen berkaitan adalah tidak sah kerana bertentangan dengan Perkara 12(4) dan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan serta keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes penukaran agama sepihak pada 2018. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.