script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Agong Berkenan Rasmi Lokasi Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia Di Kampung Paya Siput, Lanchang

TEMERLOH: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia di Kampung Paya Siput, Lanchang di sini.

Seri Paduka bertitah kawasan berkenaan yang dilengkapi mercu tanda khas, berpotensi dijadikan lokasi pelancongan pendidikan sekali gus dapat merancakkan sektor pelancongan negeri, khususnya Temerloh.

"Ia satu mercu tanda pendidikan di sini, semua rakyat mesti tahu di mana titik tengah Semenanjung yang berada di sini, secara tidak langsung sama macam di United Kingdom ada GMT (Greenwich Mean Time).

"Kita boleh bawa penuntut datang sini selain ibu bapa, secara tidak langsung boleh tarik pelancong dan ia merupakan produk pelancongan baharu di Temerloh selain Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (Kuala Gandah) dan Taman Rusa," titah baginda kepada pemberita.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan bergambar dengan berlatar belakang mercu tanda ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS) yang menerapkan seni bina secara simbolik melambangkan Rukun Iman dan Rukun Islam

Istimewanya tapak monumen itu turut dilengkapi penunjuk arah kiblat serta memaparkan jarak ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dari Titik Tengah Semenanjung.

Mercu tanda TTTS dibangunkan antara lain sebagai usaha Tourism Pahang dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mencipta destinasi pelancongan baharu bagi merancakkan sektor berkenaan di daerah ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata Semenanjung Malaysia mempunyai keluasan 130,423 kilometer persegi dan usaha untuk mencari titik tengah ini telah dimulakan pada 2009 oleh beberapa pihak antaranya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).

Katanya pelbagai kaedah telah dicadangkan untuk mengenal pasti titik tengah semenanjung, dan kaedah hitungan matematik telah digunakan dalam menghasilkan nilai titik konklusif sebelum lokasi berkenaan dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput berhampiran pekan Lanchang.

"Kerajaan Pahang kemudian telah bersetuju dan memutuskan bahawa titik tengah Semenanjung berada di lot 2765, namun atas kesesuaian tapak, monumen ini dibina atas lot 1869 yang terletak 200 meter dari titik tengah asal," katanya ketika berucap.

Beliau berkata kerja-kerja pembangunan lokasi TTTS telah dimulakan pada Okt 2015 dan siap sepenuhnya pada tahun 2019. #sumber

Share:

PAS Gesa Kerajaan Pahang Cari Solusi Jangka Panjang Untuk Tangani Isu Jalan Berlubang Di Negeri Ini

KUANTAN: Tular setiap kali musim tengkujuh, isu jalan raya berlubang umpama periuk api yang memerangkap rakyat di Pahang.

Justeru, Kerajaan Pahang diminta untuk memikirkan solusi jangka panjang kerana ia melibatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara akibat keadaan jalan raya di Pahang yang sangat teruk kondisinya khususnya di musim tengkujuh.

Menurutnya, akibatnya ramai rakyat yang terkesan dengan keadaan jalan raya ini seperti tayar bocor, kemalangan, rim tayar bengkok dan beberapa lagi musibah yang menjerut kewangan rakyat.

"Kita dapat melihat musibah jalan runtuh di Jalan Kuantan-Muadzam Shah yang saban tahun akan terputus setiap kali musim tengkujuh.

"Terdapat beberapa jalan lagi yang kerap mengalami kerosakan antaranya di Jalan Perindustrian Gebeng di dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Beserah, Jalan Maran-Temerloh (dua) dan saya kira banyak lagi jalan raya di DUN lain turut menerima nasib yang sama," katanya pada Khamis.

Beliau menjelaskan permasalahan ini kerap kali diketengahkan pemimpin daripada Pas termasuk Perikatan Nasional (PN).

"Sebagai contoh baru-baru ini YB (Yang Berhormat) Andansura Rabu (iaitu) ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Beserah turut mempersoalkan tentang permasalahan yang sama di DUN dan YB DUN yang lain turut mengangkat status jalan raya rosak di kawasan mereka yang boleh diibaratkan periuk api buat penduduk.

"Di sini, saya tegaskan satu solusi jangka panjang yang tuntas wajib dilaksanakan bagi memastikan rakyat boleh menggunakan perkhidmatan jalan raya di Pahang ini dengan selamat," katanya yang tidak menafikan ada usaha telah dilakukan kerajaan Pahang dan agensi berkaitan menangani permasalahan itu.

Sementara itu, ADUN Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri berkata, banyak aduan jalan rosak yang diterima telah diajukan kepada JKR supaya dibaiki segera.

Menurutnya, jalan utama ke pekan Sungai Lembing yang menghubungkan bandar Kuantan oleh warga Felda Bukit Kuantan, Bukit Sagu dan Bukit Goh adalah disifatkan sangat teruk serta uzur.

"Jalan-jalan ini bukan saja sempit dan merekah, bahkan banyak yang telah berlubang dan sering kali perlu ditampal setiap kali berlaku musim tengkujuh.

Jalan ini telah beberapa kali saya bangkitkan kepada kerajaan di dalam sidang DUN untuk dinaik taraf dengan diganti jalan yang baharu, bahkan pada masa yang sama jalan ini perlu dilebarkan bagi memberi keselesaan kepada pengguna apabila berselisih dengan kenderaan berat," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Pahang mengambil serius isu masalah jalan berlubang ini kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa selain merosakkan harta benda pengguna.

Jelasnya, keberadaan kerajaan Pahang yang selari dengan kerajaan Pusat, sepatutnya lebih memudahkan kerajaan negeri untuk memohon peruntukkan sekali gus dapat menyelesaikan masalah jalan-jalan ini.

Mohamad Ayub berkata, kerajaan Pahang melalui agensi di bawahnya perlu memantau dengan rapi proses pembaikan jalan yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.

"Kita tidak mahu mereka melakukan kerja ‘umpama melepaskan batuk di tangga’. Ada jalan yang sudah ditampal tapi tidak sampai beberapa hari telah berlubang semula.

"Hal ini bukan saja tidak memberikan manfaat kepada rakyat malah merugikan duit rakyat. Kontraktor yang untung duit rakyat yang binasa. Janganlah wang rakyat dibazirkan dengan mengulang kerja yang sama dengan kualiti yang tidak sepatutnya," katanya. #sumber

Share:

SPAN: Hasil Pelarasan Tarif Air Akan 'Di Kembalikan' Kepada Rakyat Melalui Kualiti Perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Syarikat operator bekalan air di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka memperoleh unjuran pendapatan tambahan setahun antara RM2.4 juta hingga RM105 juta melalui pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 Februari ini.

Manfaat hasil unjuran pendapatan itu akan 'dikembalikan' kepada rakyat melalui peningkatan tahap perkhidmatan membabitkan pembangunan infrastruktur bekalan air di negara ini.

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), unjuran pendapatan setahun Air Selangor adalah sebanyak RM105 juta yang membabitkan kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Katanya, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pula menetapkan unjuran RM86 juta manakala syarikat pembekal air Johor, Ranhill SAJ Sdn Bhd mengunjurkan RM91.2 juta setahun.

"Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) mengunjurkan RM15 juta setahun, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd atau SAINS (RM14.28 juta), Lembaga Air Perak atau LAP (RM43 juta) dan Pengurusan Air Pahang Berhad atau PAIP (RM 84 juta).

"Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd atau SADA mengunjurkan RM30 juta setahun manakala Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd atau SATU (RM9.6 juta), Air Kelantan Sdn Bhd atau AKSB (RM11.06 juta), Syarikat Air Perlis atau SAP (RM8 juta) dan RM2.4 juta setahun bagi Jabatan Bekalan Air Labuan," katanya.

Menurut SPAN, kebanyakan operator air berdepan isu membabitkan kualiti air terawat tidak memuaskan, hutang tertunggak tinggi, masalah air tidak terhasil (NRW) tinggi, banyak paip usang berusia lebih 30 tahun, loji melebihi kapasiti dan pendapatan tidak dapat menampung kos.

Katanya, justeru melalui pelarasan tarif air ini, syarikat operator air merancang meningkatkan penyampaian perkhidmatan lebih cekap, memberikan bekalan air bukan sahaja berkualiti namun berterusan dan mencukupi.

Menurut SPAN, antara perancangan diunjurkan syarikat operator air adalah penggantian paip sepanjang 300 kilometer (km) setahun bagi menyelesaikan isu kerosakan paip dan meningkatkan kualiti air di seluruh Lembah Klang bagi Air Selangor.

"Air Selangor juga merancang menyelesaikan isu bekalan air di Pulau Ketam, Sepang, Kuala Langat, Klang dan Petaling melalui pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Rasau; LRA Penyahgaraman Pulau Ketam dan Labohan Dagang.

"Bagi AKSB di Kelantan, antara perancangan syarikat itu ialah menyelesaikan isu kualiti dan bekalan air di Bachok, Machang, Kota Bharu dengan cadangan penyelesaian adalah melalui pembinaan LRA Tok Bali, LRA Merbau Chondong, LRA Chica dan LRA Tanjung Mas," katanya.

Menurut SPAN, PBA di Pulau Pinang juga mencadangkan penyelesaian pembinaan stesen pam, LRA termasuk di Sungai Kerian dan penggantian paip bagi menangani isu bekalan air di Seberang Perai tengah dan selatan. #sumber


Share:

Pemangku Raja Pahang Berkenan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Bersama Premier Sarawak

KUCHING: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis santapan malam di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi, sempena lawatan baginda ke negeri ini.

Majlis itu turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan ketiga-tiga timbalan beliau yang terdiri daripada Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pada majlis santapan yang berlangsung selama sejam itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan, termasuk tarian aluan rampaian etnik Sarawak dan joget Melayu Sarawak.

Petang semalam, Tengku Hassanal meluangkan masa kira-kira hampir dua jam untuk melihat khazanah di Muzium Kebudayaan Borneo.

Hari ini, baginda berkenan berangkat ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Fort Magherita dan Tea House di Dataran Ibu Pertiwi serta berjalan melalui Jambatan Darul Hana di Tebingan Sungai Kuching.

Selasa merupakan hari kedua lawatan Tengku Hassanal di bandar raya ini dan program baginda turut melibatkan lawatan ke Algae Nursery Site Resintech Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Petros Multi-fuel Station Darul Hana dan River Cruise menyelusuri Sungai Sarawak. #sumber

Share:

NADMA: Tiada Perubahan, Jumlah Mangsa Banjir Berlindung Di PPS Tiga Negeri Kekal 280 Orang

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang perubahan jumlah mangsa banjir yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir, apabila jumlah itu kekal 280 orang setakat jam 8 malam ini.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) daripada jumlah tersebut, seramai 80 mangsa daripada 22 keluarga di Johor berlindung di tiga PPS, yang merangkumi 65 mangsa daripada 19 keluarga di dua PPS di Segamat dan 15 mangsa daripada tiga keluarga di sebuah PPS di Batu Pahat.

Dalam pada itu, di Pahang mencatatkan 101 mangsa daripada 34 keluarga kekal ditempatkan di sebuah PPS di Rompin, manakala 99 mangsa daripada 42 keluarga berada di dua PPS di Beluran, Sabah.

Selain itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati, bilangan sungai berada pada paras bahaya kekal tujuh melibatkan lima buah negeri.

Sungai yang terlibat ialah Sungai Muar, Segamat dan Sungai Johor, Kota Tinggi di Johor, Sungai Kedah, Kota Setar (Kedah), Sungai Arau (Perlis), Sungai Klang, Klang (Selangor) Sungai Terengganu, Kuala Terengganu (Terengganu).

NADMA turut memaklumkan terdapat 17 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh, antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Tiang di Baling, Kedah; dan Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor.

Menurut kenyataan itu jumlah mangsa kebakaran yang masih berlindung di sebuah PPS di Kuching, Sarawak kekal 38 orang daripada 12 keluarga setakat jam 8 malam ini. #sumber

Share:

Fakhruddin: Pembinaan Jambatan Bailey Di Kilometer 93, Jalan Kuantan-Segamat Sudah 80 Peratus Siap

KUANTAN: Pembinaan jambatan Bailey di kilometer 73 jalan Kuantan-Segamat yang ditutup kepada semua kenderaan sehingga 28 Januari ini ekoran kejadian tanah mendap sudah 80 peratus siap dan dijangka boleh digunakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, ketika ini hanya tinggal kerja-kerja membina jalan tar menuju jambatan Bailey tersebut.

Katanya, bagaimanapun ia bergantung kepada faktor cuaca di mana kerja-kerja memasang tar terbabit terpaksa dihentikan seketika.

“Pemasangan Bailey itu hampir selesai dan kita sekarang dalam proses pemasangan tar bagi pembinaan jalan menuju ke jambatan itu. Setakat ini hanya ada jalan batu.

“Jadi, jika cuaca sudah kering sedikit kita boleh ditar, insya-Allah kita akan buka dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media berhubung perkembangan jambatan itu di sini.

Mengulas kejadian tanah mendap di kuarters Sekolah Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan, dekat sini pada 7 Januari lalu, Mohammad Fakhruddin berkata, wakil dari Bahagian Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang sudah pun membuat lawatan tapak ke kuarters itu pada 9 Januari lalu bagi melakukan pemeriksaan.

Katanya, pihaknya sedang menunggu laporan penuh dari JKR untuk dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP).

“Untuk jangka pendek, pihak JKR sudah melebarkan longkang di sekitar kuarters terbabit dan melencongkan aliran air dari kawasan tanah mendap ke sistem saliran sedia ada..Semua penghuni kuarters itu masih ditempatkan dalam kawasan sekolah iaitu di asrama sekolah berkenaan.

“Memang ambil masa sikit sebab kita nak pastikan kerja baik pulih dan penyelidikan berkaitan punca kejadian tanah mendap dapat diketahui dengan jelas,” katanya.  #sumber

Share:

Seramai 21 Individu Termasuk 10 Wanita Telah Di Tahan Dalam 'Op Dadu' Di Kuantan Pada Sabtu

KUANTAN: Polis menahan 21 individu termasuk 10 wanita dan tiga warga Indonesia kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam serbuan menerusi Op Dadu di sekitar daerah ini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mereka yang ditahan berusia 17 hingga 51 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan remaja terlibat tidak bersekolah, manakala tiga warga Indonesia tidak mempunyai dokumen sah.

"Polis turut merampas wang tunai RM5,319, telefon bimbit, modem dan router serta kertas mengandungi angka dan huruf dipercayai digunakan dalam kegiatan itu daripada suspek," katanya ketika dihubungi.

Wan Mohd Zahari berkata operasi selama dua jam bermula 6 petang semalam itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 16 Jan ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) (C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. #sumber

Share:

PAS Pahang Kesal Dengan Penganjuran Sebuah Konsert Di Kuantan Menjelang Ramadan Bulan Depan

KUANTAN: Pemuda PAS Pahang kesal dengan penganjuran sebuah konsert yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan berbaki 15 hari sebelum ibadah puasa, Ramadan.

Ketua Pemuda negeri, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, penganjuran itu jelas menunjukkan tiada langsung sensitiviti kepada keadaan semasa terutama ketika umat Islam di Palestin masih lagi diserang oleh rejim Zionis.

"Kita kini baru memasuki bulan Rejab yang jelas berkaitan dengan isu Palestin. Kedatangan Rejab juga dikaitkan dengan satu doa yang diajarkan baginda Rasulullah SAW menunjukkan Ramadan semakin menghampiri kita.

"Namun apakah rasionalnya pesta muzik Kuantan ini dianjurkan? Yang sepatutnya kita di bulan Rejab dan Syaaban ini menjadikan masa-masa berkah ini dengan memperbanyakkan ibadah, puasa sunat, sedekah, zikir, membaca Al- Quran dan lain lain," katanya pada Ahad.

Beliau berkata, kian hari semakin jauh dengan agama dan sesetengah pihak ingin mengajak masyarakat dengan hiburan tanpa peduli kepada nasib umat Islam yang sering ditekan, disekat berkuliah dan sebagainya?

Jelasnya, memetik ucapan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai "Apa yang tak Islam nya? Pahang ini lebih dari negeri yang mereka perintah,” pada 28 September tahun lalu.

"Jika benar Pahang lebih Islam, kita mendesak agar pihak kerajaan negeri membatalkan penganjuran pesta muzik Kuantan ini sebelum penganjuran ini benar-benar berlaku nanti di saat hampirnya dengan Ramadan.

"Pemuda PAS Pahang memandang serius akan hiburan melampau kian membarah dalam negeri Pahang khususnya dan Malaysia amnya," ujarnya. #sumber 

Share:

JKR: Jambatan Bailey Di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat (FT012) Masih Belum Di Buka Lagi

PEKAN: Jambatan bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat (FT012), dekat sini yang hampir siap sepenuhnya dijangka dibuka dalam masa terdekat bagi kenderaan tidak melebihi berat 20 tan.

Jambatan berkenaan sepatutnya dibuka esok namun disebabkan hujan berterusan menyebabkan kerja menurap tar menuju ke jambatan tidak dapat dilakukan mengikut jadual.

Jambatan sepanjang 30 meter itu dibina Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang ekoran kejadian jalan mendap pada 7 Januari lalu selepas hujan berterusan di kawasan terbabit.

Hujan lebat mengakibatkan limpahan air sungai dan arus deras di bawah jalan menghakis permukaan tebing serta lapisan laluan berkenaan.

Kerja membina jambatan bailey bermula pada 11 Januari lalu dan seramai 35 kakitangan JKR Pahang terbabit dalam kerja pemasangan itu yang dilaksanakan dalam tempoh 24 jam.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Datuk Hafizah Zakaria berkata tindakan jangka panjang pihaknya mencadangkan pembinaan jambatan membabitkan kos dianggarkan RM17 juta dan peruntukan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya dan dijangka disiapkan dalam tempoh kira-kira tiga tahun termasuk membabitkan reka bentuk.

Katanya, bagi mengatasi jalan di situ tidak mendap setiap kali musim tengkujuh, kerja menaikkan aras jalan terutama membabitkan laluan utama perlu dilakukan.

"Jambatan bailey ini akan berada di tapak ini sehingga penyelesaian jangka panjang.

"Buat masa ini peruntukan menaikkan aras jalan telah diluluskan membabitkan jalan di Maran dan Jerantut," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati kerja terakhir kini membabitkan proses menurap tar bagi pembinaan jalan menuju ke jambatan terbabit yang sebelum ini hanya jalan batu.

Rata-rata pengguna Lebuhraya Tun Razak itu tidak sabar untuk menggunakan laluan terbabit untuk ke tempat kerja di Muadzam Shah dan Pekan. Ekoran jalan mendap itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan Jalan Pekan-Leban Chondong yang lebih panjang. #sumber

Share:

Pelarasan Tarif Baharu Air Bukan Langkah Popular, Tetapi Satu Keperluan Tidak Dapat Di Elakkan

Pelarasan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Labuan membabitkan kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini bukan langkah popular, tetapi keperluan tidak dapat dielakkan.

Apatah lagi ada tarif ditetapkan operator air negeri sudah 40 tahun tidak disemak atau dikaji semula sedangkan kos penyediaan perkhidmatan bekalan meningkat hingga RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022. 

Ini boleh menjejaskan kemampanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang yang akhirnya terpaksa ditanggung rakyat sendiri sebagai pengguna akhir sama ada dari segi mutu air terawat atau gangguan bekalan.

Justeru, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan kadar pelarasan tarif air baharu itu tidak dibuat secara sewenang-wenang, sebaliknya atas permintaan operator pembekalan dan negeri bagi meningkatkan perkhidmatan untuk manfaat rakyat. 

Bagaimanapun atas tanggungjawab mewakili rakyat, kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jika gagal dipatuhi boleh mengakibatkan tindakan dikenakan termasuk penarikan semula lesen, selain denda.

Kita mengingatkan syarikat operator pembekalan dan negeri bahawa kenaikan tarif bukanlah sekadar alasan meningkatkan keuntungan tanpa memberikan perkhidmatan setara, sebaliknya mereka perlu membuktikannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik. 

Apatah lagi di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM), tarif air itu akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran. Kita meminta operator air bersedia membuat pelaburan berterusan membangunkan infrastruktur seperti membina atau menaik taraf loji rawatan air dan menggantikan paip usang. 

Dalam hal ini, kerjasama strategik dengan universiti dan institusi Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peningkatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) wajar dibuat bukan sahaja untuk penghasilan teknologi lebih moden selaras kemajuan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), bahkan lestari dan hijau.

Kepada pengguna pula, kita meminta mereka lebih berperanan dalam memastikan keberkesanan pengurusan air dengan menggunakannya secara berhemat dan bijak. Ini termasuk aplikasi produk cekap air dan pemasangan sistem penuaian air hujan serta kitar semula air untuk kegunaan bukan minuman yang dapat membantu mengurangkan tekanan ke atas bekalan air. 

Malah, orang ramai boleh terbabit secara aktif dalam pemantauan penggunaan air melalui audit air kendiri yang menjadi asas pengurusan lebih berkesan pada peringkat isi rumah.

Hakikatnya, kenaikan tarif air bukanlah persoalan kewangan semata-mata sama ada daripada perspektif negara, korporat atau rakyat, sebaliknya ia peluang untuk mengubah dan memajukan landskap pengurusan air negara. 

Semua pihak sama ada kerajaan, operator atau pengguna, perlu melaksana peranan dengan penuh tanggungjawab dan sepakat untuk mencapai keseimbangan pintar antara keperluan kewangan dengan kepentingan rakyat, sekali gus mencipta sistem pengurusan air lebih efisien, berkesan dan lestari. #sumber

Share:

Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri Pamer Bakat Membaca Berita TV, Dapat Pujian Daripada Netizen

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita Media Prima untuk menyampaikan berita.

Menurut hantaran di halaman Instagram Istana Negara, slot khas Buletin Diraja itu disiarkan secara eksklusif di Buletin Utama, TV3 malam tadi.

Terdahulu, Seri Paduka berdua berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Sri Pentas, Bandar Utama dekat sini.

"Dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka berdua berkenan menerima sembah taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melawat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm," menurut hantaran itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan melawat Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan TV3, TV9 dan 8TV.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali dan pengurusan kanan Media Prima Berhad.

Sementara komen netizen pada sedutan video disiarkan Facebook Berita Harian Online rata-ratanya memuji baginda berdua, terutama dengan komen bersahaja Raja Permaisuri Agong pada akhir sedutan.

Netizen turut mendoakan supaya baginda berdua sentiasa sihat dan ceria selalu.

Berikut antara komen netizen pengguna Facebook:

Mukriez Ebrahim - "Permaisuri tak lawak tak sah"

Shamila Mohd - "Nape comel sangat Permaisuri ni"

Mu Fir - "Sempat Tunku Azizah berseloroh haha terbaik"

Syarifah Noraziah Alyahya - "Sporting terokkkkk"

Princess Shie - "Cek sukaaa... Semoga baginda berdua diberikan kesihatan yang baik…"

#sumber

Share:

Tujuh Tahun Membazir Masa, Pahang Hampir Pasti Dapat Bek Kental JDT, Selangor 'Adam Nor Azlin'

KUANTAN: Selepas tujuh tahun mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT), Adam Nor Azlin kini semakin menghampiri untuk mengikuti jejak langkah beberapa bekas pemain Harimau Selatan menyertai Sri Pahang FC untuk saingan Liga Super musim depan.

Perkara itu dikongsikan oleh pemerhati bola sepak, T. Avineshwaran menerusi media sosial miliknya pada Selasa.

Menurut ciapan yang dimuat naik oleh T. Avineshwaran, bekas pemain pertahanan kebangsaan itu semakin hampir menyertai Pahang meskipun terdapat beberapa khabar angin dia bakal berhijrah ke Perak.

Untuk rekod, Adam musim lalu dia hanya tampil dalam dua perlawanan bersama skuad utama JDT apabila dia banyak beraksi untuk JDT II dalam saingan Piala MFL.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai JDT pada 2017 selepas beraksi cemerlang bersama Selangor FC apabila jurulatih P. Maniam menukarkan posisinya ke pertahanan apabila dia tidak menyerlah sebagai penyerang. 

Adam menjadi antara individu yang dilepaskan oleh JDT dalam misi untuk satu proses transformasi melibatkan aspek penstrukturan perbelanjaan pasukan tersebut.

Selain Adam, JDT juga melepaskan beberapa pemain lain seperti Leonardo Velazquez, Fernando Forestieri, S. Kunalan dan Hazwan Bakri sekali gus menjimatkan perbelanjaan sehingga 40 peratus bagi memastikan kelangsungan jangka masa panjang kelab.

JDT turut menjadi antara kelab yang melakukan persiapan lebih awal untuk mengharungi saingan liga musim depan apabila sudahpun mengumumkan kemasukan dua pemain import baharu iaitu Jalil Elias dan Francisco Geraldes bagi memperkukuhkan pasukan. #sumber

Share:

Pakar Pertanian Sokong Putrajaya Pertimbang Permit Kerja 15 Tahun Untuk Penuai Sawit Mahir

PETALING JAYA: Pakar pertanian mengalu-alukan cadangan bekas ketua menteri Sabah, Harris Salleh untuk Putrajaya mempertimbangkan semakan semula dasar bagi melanjutkan permit pekerja asing dari setahun kepada 15 tahun.

Pengarah Urusan Glenauk Economics, Julian McGill memberitahu, industri minyak sawit pasti menerima baik lanjutan permit berkenaan memandangkan penuaian tandan buah sawit segar memerlukan kemahiran khusus.

Katanya, mempunyai penuai seperti itu mampu memanfaatkan peladang dan membaiki produktiviti, seterusnya menyokong ekonomi Malaysia serta hasil cukainya.

Menurut portal berita Sabah, Daily Express, Harris telah menulis kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangannya bagi menyemak semula dasar mewajibkan pekerja asing memperbaharui permit mereka setiap tahun.

Pakar ekonomi Segi Enam Advisors, Khor Yu Leng berkata, cadangan penambahbaikan bagi memberikan pekerja asing di Sabah lebih banyak insentif turut menjadi pengiktirafan ramai daripada mereka berkemahiran.

Tetapi disebabkan kebimbangan dari segi isu sosiopolitik, katanya, sebarang lanjutan perlu disertakan pendekatan berasaskan kekeluargaan.

Menurut data Jabatan Perangkaan, lebih 20% (736,000) daripada 3.4 juta penduduk Sabah pada 2022 bukan warganegara, dan daripada jumlah itu, 178,000 berusia bawah 15 tahun.

Khor memberitahu, permit kerja 15 tahun perlu diserahkan penjelasan bagaimana anak pekerja akan mendapat akses sewajarnya kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.

“Kerajaan juga mungkin perlu mengutip levi atas tenaga kerja bagi meliputi kos untuk hak asasi berkenaan,” katanya sambil menyambut baik cadangan Harris supaya tabung simpanan turut diwujudkan.

Harris mencadangkan penubuhan tabung simpanan untuk pekerja asing seiring simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi melindungi kewangan mereka di masa depan yang akan memudahkan mereka pulang ke negara asal selepas tamat tempoh permit kerja.

“Lanjutan permit kerja 15 tahun bukannya memberi kerakyatan secara automatik, tetapi menawarkan jaminan kepada majikan dan pekerja (untuk tenaga kerja berterusan),” kata Harris.

Beliau berkata, populasi Nusantara dijangka mencecah 50 juta orang menjelang 2030, selain Nusantara merancang menambah lima juta hektar ladang sawit, bererti ia akan mendapatkan pekerja Indonesia berpengalaman yang kini bekerja di Sabah.

“Ini sebabnya penting untuk mengekalkan pekerja ini di Sabah dengan melanjutkan permit kerja mereka sehingga 15 tahun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khor berkata, nampaknya ada pandangan tersirat bahawa penjenteraan berskala besar tidak akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat bagi menuai tandan buah segar yang menjadi perkara penting dalam industri minyak sawit.

Pada 2023, Sabah menyumbang suku daripada pengeluaran minyak sawit Malaysia. #sumber

Share:

Sekurang-Kurangnya 20 Maut, Enam Lagi Cedera Akibat Kilang Bunga Api Meletup Di Thailand

BANGKOK:  Jumlah mangsa yang maut dalam kejadian letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri kira-kira 120 kilometer di utara Bangkok meningkat kepada 23 orang dengan enam dilaporkan cedera.

Menurut Pejabat Kesihatan Awam Suphan Buri, mangsa yang maut terdiri 12 wanita dan lapan lelaki manakala tiga lagi tidak dapat dikenal pasti.

Kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan) dan media tempatan melaporkan ketika kejadian terdapat 30 pekerja di kilang berkenaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin yang kini berada di Davos untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2024 sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Beliau mengarahkan siasatan segera dilancarkan untuk mengenal pasti sama ada kilang itu beroperasi secara sah dan adakah letupan itu disebabkan oleh kecuaian.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak berkuasa memberikan bantuan segera kepada mangsa yang terjejas.

Pada Julai tahun lalu, 12 orang maut dan 300 cedera dalam insiden letupan di gudang penyimpanan bunga api di pekan Sungai Kolok di wilayah selatan Narathiwat.

Lebih 3,000 orang daripada 681 keluarga terjejas akibat letupan itu yang turut mengakibatkan 41 kereta dan 27 motosikal musnah. #sumber

Share:

Tarif Air Naik: Kerajaan Pahang Sedang Pertimbang Cadangan Beri Subsidi Bantu B40 Di Negeri Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang sedang mempertimbangkan cadanagn bagi melaksanakan subsidi air kepada rakyat bergolongan B40 di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan pihak yang terlibat.

Bantuan subsidi dicadangkan bagi mengurangkan beban golongan tersebut susulan kenaikan tarif air di negeri itu yang akan bermula pada Februari nanti.

“Insya-Allah kita akan melihat kenaikan tarif ini di mana kemungkinan kita akan memberi sedikit subsidi atau bantuan kepada golongan B40 yang terlibat, sekarang perkara ini masih dikaji dan diperhalusi.

“Ia memerlukan sedikit masa kerana perkara ini baru diumumkan dan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan belum dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pahang Skills, E&P O&M Services Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Petronas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, melalui tarif baharu itu dijangka akan memberi hasil kira-kira RM80 juta setahun kepada kerajaan negeri.

“RM80 juta itu jangkaan kita namun sekiranya subsidi diberikan mungkin jumlahnya menurun dari sasaran itu. Hasil air ini akan digunakan kembali untuk menaik taraf perkhidmatan air di negeri ini,” tambahnya.

Terdahulu pelarasan tarif air yang akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diumumkan  oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Setuju Kenaikan Tarif Air, Selepas 40 Tahun Tidak Berbuat Demikian

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang setuju menaikkan kadar tarif air domestik berkuat kuasa 1 Februari ini, selepas 40 tahun tidak berbuat demikian.

Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kadar baharu yang ditetapkan ialah 78 sen untuk 20 meter padu air pertama, berbanding 37 sen untuk 18 meter padu air pertama ketika ini.

Dengan kenaikan tarif baharu itu, katanya, kerajaan negeri memperhalusi untuk memberikan subsidi kepada golongan B40.

"Insya-Allah, kita akan melihat kenaikan tarif ini kemungkinan memberi sedikit subsidi atau bantuan kepada golongan B40.

"Sekarang ini, perkara ini masih dikaji dan diperhalusi dan akan mendapat maklumat daripada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

"Kenaikan tarif itu tidak menjadi isu kerana kenaikan berlaku di seluruh negara, bukan Pahang sahaja," katanya di sini hari ini.

Ditanya kerajaan negeri akan memperoleh peningkatan hasil susulan kenaikan tarif air, Wan Rosdy berkata, hasil akan digunakan untuk menaik taraf perkhidmatan air di Pahang. #sumber 

Share:

Persoalan Sama Ada Perbicaraan Kes MB Kedah Terus Atau Di Gantung Terjawab Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada perbicaraan kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, di Mahkamah Sesyen Selayang diteruskan atau digantung akan terjawab dalam prosiding pada pagi ini.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berdepan tuduhan menghasut menerusi ceramah politik berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Dalam perkembangan baharu, Sanusi mengemukakan permohonan untuk memindahkan perbicaraan kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Menteri Besar Kedah itu juga meminta diberi kebenaran penggantungan perbicaraan di Mahkamah Sesyen hingga permohonan pemindahan kes diputuskan Mahkamah Tinggi.

Permohonan mengikut Seksyen 417 (1) (a), (b) dan (e) Kanun Acara Jenayah (KAJ) itu atas alasan satu perbicaraan berpatutan dan saksama tidak dapat dijalankan di mana-mana mahkamah rendah daripada Mahkamah Tinggi.

Perkara terbabit dinyatakan menerusi notis usul difailkan firma guaman, Tetuan Hasshahari & Partners di Mahkamah Tinggi, Isnin lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen menetapkan selama 12 hari iaitu hari ini dan esok, selain 5, 8, 9, 12, 13, 15, 16, 19, 22, dan 23 Februari ini bagi perbicaraan kes Muhammad Sanusi.

Menteri Besar Kedah didakwa atas dua tuduhan kerana didapati menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, Gombak, jam 11 malam, 11 Julai 2023.

Pendakwaan mengikut Perenggan 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang membawa kepada denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. #sumber


Share:

SPRM Di Gesa Siasat Bagaimana Operasi Warga Asing Sering Bocor, Tangkap Dalang Yang Terlibat !

KUANTAN: Rancangan pelaksanaan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pahang yang sering kali bocor perlu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, mungkin terdapat dalang yang bersetongkol sehingga menyebabkan warga asing terbabit terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliau mendakwa, terdapat unsur salah guna kuasa membabitkan anggota penguatkuasaan yang menyaksikan golongan itu kini semakin bermaharajalela.

“Operasi bocor dari sumber orang dalaman, kalau sebelum ini operasi ada 10 kedai berniaga, tapi bila tiba hari operasi hanya lima kedai dibuka sementara lima lagi tiba-tiba ditutup.

“Sebagai bukti bila ada operasi yang adakan oleh pihak berkuasa, sudah ada kedai milik warga asing itu ‘bercuti’ dalam dua hari, kerana mereka sudah dimaklumkan awal-awal berhubung operasi itu,” katanya menerusi kenyataan, baru-baru ini.

Menurut Mohd Shukri, berikutan itu, operasi yang dilaksanakan tidak mencapai sasaran apabila ramai daripada mereka terlepas.

Tambah beliau, berdasarkan permerhatian yang dilakukan premis perniagaan membabitkan warga asing bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. #sumber

Share:

Masalah Tanah Mendap Kuaters SK Bandar 2 Paloh Hinai Selesai Tiga Hingga Enam Bulan Lagi

KUANTAN: Masalah tanah mendap di bangunan kuarters empat tingkat Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan, sehingga diarah dikosongkan pada 7 Januari lalu, dijangka selesai dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, berkata Bahagian Cerun ibu pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengadakan lawatan dan pemeriksaan di kawasan mendapan.

Katanya, laporan terperinci akan dikemukakan dalam masa terdekat bagi kaedah pembaikan dan anggaran kos.

"Anggaran kos akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

"Dijangka tempoh pelaksanaan pembaikan dan selesai dalam tempoh tiga hingga enam bulan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 7 Januari lalu, bangunan kuarters empat tingkat SK Bandar 2 Paloh Hinai diarah dikosongkan susulan kejadian tanah mendap.

Berikutan itu, seramai lapan keluarga membabitkan 24 penghuni dipindahkan sementara ke asrama sekolah berkenaan.

Mohammad Fakhruddin berkata, bagi mengelak aliran air berterusan, JKR Pekan melebarkan longkang dan melencongkan laluan air sistem saliran sedia ada.

Katanya, lencongan aliran itu bertujuan mengelakkan air kawasan sekitar memasuki longkang kawasan kuarters.

"Lencongan itu langkah penyelesaian jangka pendek sementara kerja baik pulih kesan mendapan boleh dilakukan.

"Memang akan mengambil masa sebab kita hendak memastikan kerja baik pulih dan punca kejadian tanah mendap dapat diketahui lebih jelas serta tepat daripada melakukannya secara tergesa-gesa," katanya. #sumber

Share:

MetMalaysia: Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Pahang, Johor, Sabah Dan Sarawak

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada terhadap empat negeri bermula hari ini.

Menurut MetMalaysia melalui satu kenyataan di Facebook, empat negeri yang terlibat ialah Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang terutamanya di Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, amaran sama juga dikeluarkan di Johor, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di kedua-dua negeri ini, hujan berterusan diramal berlaku selama tiga hari iaitu dari 18 Januari (Khamis) sehingga 20 Januari (Sabtu),” katanya.

Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak, terutamanya di sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat).

“Hujan berterusan juga diramal di negeri Sabah meliputi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Di Pahang dan Sabah, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan sehingga 17 Januari (Rabu),” ulasnya.

Tambah MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan.

Sementara itu, bagi keadaan cuaca pada petang ini MetMalaysia meramalkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dilanda hujan dan ribut petir sehingga pukul 4 petang.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing). #sumber

Share:

Tengku Zafrul: Pendedahan Isu Pandora Papers Pada 2021, Nak Siasat Saya Untuk Apa?

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari mempersoalkan motif pihak yang berterusan mendesak supaya dirinya disiasat susulan pendedahan Pandora Papers pada 2021.

Melalui video berdurasi 4 minit 22 saat yang dimuat naik melalui platform X, beliau membangkitkan soalan mengapa dirinya kembali diasak untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM), sedangkan ketika itu hanya bekerja dengan Kumpulan Kenanga sahaja.

Mengulangi kenyataannya pada 2021, beliau menegaskan tidak memiliki syarikat terbabit, sebaliknya dilantik sebagai pengarah syarikat serta anak syarikat Kumpulan Kenanga iaitu Capital Investment (Labuan) Ltd antara tempoh Januari 2009 hingga Jun 2010.

"Saya melepaskan semua jawatan selepas dilantik Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd dan syarikat (Capital Investment) bukan saya yang punya.

"Capital Investment diperbadankan di Labuan yang menjadi pusat kewangan luar pesisir antarabangsa oleh kerajaan Malaysia pada 1990 sewaktu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"Sehingga kini Labuan masih berperanan sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa (LIBFC) di bawah seliaan agensi kerajaan Labuan Financial Services Authority (LFSA).

"Jadi adakah mereka yang mahu saya disiasat itu mengatakan semua syarikat yang dibuka di Labuan menjalankan perniagaan haram dan melanggar undang-undang," katanya.

Pandora Papers antara lain menyebut kira-kira 12 individu Malaysia, termasuk empat ahli politik antara puluhan ketua negara, kerajaan dan pemerintah dari serata dunia yang didapati menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir bagi menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar, sepanjang 25 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Ketua Pembangkang pernah mengusulkan untuk membahaskan pendedahan Pandora Papers.

Beliau pada sesi Parlimen 2021 berang, malah menuduh Speaker Dewan Rakyat ketika itu sengaja menolak usul berkenaan, malah mendakwa , Datuk Azhar Azizan bertindak sebagai 'peguam bela' kepada pemimpin politik dan ahli perniagaan yang dikaitkan dalam laporan itu.

Tengku Zafrul melalui video sama juga melontarkan persoalan adakah SPRM harus menyiasat semua syarikat kewangan termasuk mereka yang bekerja di LIBFC susulan desakan itu.

"Adakah mereka mahu minta supaya semua pengarah syarikat kewangan di Labuan disiasat oleh SPRM dan adakah mereka mahu tuduh kerajaan Malaysia menggalakkan aktiviti haram susulan penubuhan LIBFC.

"Jika anda semua nak tahu, ada lebih 940 syarikat berdaftar dengan LFSA, antaranya 70 bank dan 237 syarikat insurans. Sehingga kini bank-bank di Labuan memiliki hampir AS$50 bilion aset dan syarikat insuran di situ juga mempunyai premium insurans sehingga AS$1.7 bilion. Adakah semua aset ini haram," katanya.

Beliau pada masa sama meminta pihak yang mendesak dirinya disiasat supaya menghuraikan kesalahan yang membabitkan dirinya kerana beliau sendiri masih tertanya-tanya. #sumber

Share:

Tindakan Kerajaan Benarkan Warga Asing Membeli Minyak Masak Subsidi Tidak Adil Kepada Rakyat

KUANTAN: Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berhubung tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi mengundang rasa kecewa dalam kalangan rakyat negara ini.

Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, kenyataan itu menggambarkan menteri daripada Kerajaan Madani tidak peka memandangkan barangan bersubsidi hanya layak dinikmati rakyat Malaysia.

Dakwanya, tindakan itu seolah-olah cuba membela warga asing untuk turut sama mendapat manfaat daripada subsidi yang diberikan kerajaan.

"Saya tidak tahu kenapa seorang menteri sanggup keluarkan kenyataan yang begitu mengecewakan atau dalam erti kata lain meruntun jiwa kita sebagai rakyat.

"Kita tahu selama ini warga asing tidak boleh membeli minyak masak bersubsidi. Tapi, bagaimana menteri boleh keluarkan pandangan sebegini. Kita bermati-matian untuk pertahankan hak dan subsidi barang hanya untuk warganegara sahaja," katanya pada Jumaat.

Pada Selasa, kerajaan menjelaskan tiada sekatan atau larangan kepada warga asing untuk membeli minyak masak peket di kedai runcit, sebaliknya mereka turut tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia.

Armizan berkata, warga asing masih dibenarkan membeli minyak masak peket bersubsidi, namun menerima cadangan supaya larangan tersebut dikenakan.

"Setakat ini di peringkat runcit memang tidak ada larangan, cuma di pasar raya kita sudah sebut untuk setiap pembelian itu kita kawal had pembelian tiga peket.

"Tetapi untuk larangan kepada warga asing itu setakat ini tidak dibuat. Ada cadangan dan syor tertentu tetapi apa mekanisme untuk kita pantau, kita larang," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri memberitahu bekas Menteri KPDN, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub secara jelas menegaskan bahawa warga asing tidak dibenarkan membeli barang bersubsidi negara ini.

Katanya, kenyataan Allahyarham Salahuddin pada 24 Jun tahun lalu menjelaskan perbuatan berkenaan (beli barang bersubsidi negara ini), merupakan satu kesalahan yang serius dan boleh didakwa mengikut undang-undang negara.

"Kalau kita lihat polisi jelas, warga asing tidak boleh membeli barangan bersubsidi dalam negara Malaysia. Perkara ini perlu diambil perhatian oleh menteri (Armizan)," katanya yang tidak bersetuju dengan tindakan Menteri KPDN itu.

Mohd Shukri berkata, tidak kira bagaimana sekalipun, kerajaan perlu mengutamakan rakyat Malaysia.

“Di manakah keistimewaan rakyat Malaysia jika had pembelian sama seperti warga asing. Ini adalah tidak adil," luahnya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan mewujudkan satu mekanisme yang adil dan telus agar penggunaan subsidi menjadi lebih wajar dan adil.

"Kerajaan juga digesa untuk mengambil langkah memperkasakan pendidikan dan penyebaran maklumat mengenai asal-usul dan tujuan subsidi, agar masyarakat lebih memahami maksud dan penggunaan subsidi yang diperuntukkan," ujarnya. #sumber


Share:

MB Pahang Sampaikan 'Mock Key' Penyerahan Bangunan PAID Kuantan Barat Di Jaya Gading

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menyampaikan 'Mock Key' sempena Majlis Penyerahan Bangunan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan Barat di Jalan Jaya Gading 4 dekat sini.

Dalam ucapannya, Wan Rosdy berharap Semoga dengan penyerahan bangunan ini, segala urusan berkaitan PAID Kuantan Barat akan lebih cekap dan tersusun terutamanya dalam urusan-urusan berkaitan umat Islam dan rakyat di Negeri Pahang. #sumber
Share:

Kerajaan Pahang Dan UNITEN Mencapai Kata Sepakat Untuk Kekalkan Kampus Muadzam Shah

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang bersama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bersetuju agar UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) terus dikekalkan di Muadzam Shah, Rompin.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama ketiga-tiga pihak yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Menurut Wan Rosdy, Dalam perbincangan tersebut pihak UNITEN juga turut bersetuju untuk mengekalkan 13 kursus di kampus berkenaan serta tidak menawarkan kursus yang sama di UNITEN kampus Bangi.

"Malah, pihak pengurusan universiti itu juga akan berusaha untuk menambah bilangan pelajar terutamanya pada sesi pendaftaran pelajar pada bulan Februari tahun ini.
"Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang saya rasa bersyukur kerana isu ini telah mencapai kata sepakat dan dimuktamadkan secara bersama," katanya/
Tambah beliau Kerajaan Negeri Pahang juga bersedia untuk membantu UNITEN bagi memastikan kampus berkenaan terus kekal di Muadzam Shah yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pesat di kawasan berkenaan.
"Saya berharap selepas ini tidak timbul lagi isu universiti ini hendak ditutup dan semua pihak akan berganding bahu bagi memastikan UNITEN di Muadzam Shah terus maju dan berkembang serta menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian," kata kenyataannya lagi. #sumber

Share:

Daim Masuk Hospital, Sesi Rakam Keterangan Kepada SPRM Di Tangguh Ke Tarikh Baharu

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menetapkan tarikh baharu untuk merakam keterangan Tun Daim Zainuddin selepas bekas Menteri Kewangan itu dimasukkan ke hospital.

Susulan itu, proses yang sepatutnya berlangsung hari ini, ditangguhkan hingga tarikh baharu diperoleh kelak.

Sumber berkata, temu bual itu perlu dijadualkan semula memandangkan Daim dimasukkan ke hospital.

"Kami dimaklumkan beliau dimasukkan ke hospital minggu lalu, jadi kami kena tetapkan tarikh baharu," katanya seperti dilaporkan oleh FMT.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengapa Daim diambil keterangan setakat ini.

Sementara itu, usaha untuk mendapat pengesahan beberapa pegawai kanan SPRM tidak berhasil setakat jam 6 petang tadi.

Rabu lalu, isteri Daim, Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid, lserta dua anaknya, Muhammad Amin Zainuddin Daim dan Muhammad Amir Zainuddin Daim di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan.

SPRM berkata, ketiga-tiga individu itu dirakam keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan di luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Tun Daim.

Ia membabitkan satu notis diserahkan kepada Tun Daim mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023 manakala notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga diserahkan kepada ahli keluarga beliau.

"Sebagaimana yang dinyatakan pada Kenyataan Media SPRM bertarikh 30 Disember 2023 yang lalu, siasatan terhadap Tun Daim ini bermula pada Februari 2023 berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora," katanya. #sumber

 

Share:

JKR Pahang Nafi Maklumat Tular Laluan Persekutuan FT12 Kuantan-Segamat Sudah Di Buka !

 

KUANTAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang menafikan maklumat tular di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Laluan Persekutuan FT12 , Kuantan - Segamat, KM72 telah dibuka dan boleh dilalui mengikut jadual kerja dikeluarkan jabatan itu.

JKR Pahang menerusi hantaran di laman Facebook berkata laluan tersebut masih ditutup seperti notis pemberitahuan penutupan jalan yang dikeluarkan oleh JKR Daerah Pekan sebelum ini dan kerja pemasangan jambatan bailey di lokasi berlakunya runtuhan jalan masih giat dilaksanakan.

"Laluan tanah di sebelah jambatan bailey hanya dibina sementara di atas pembentung yang telah runtuh untuk melancarkan kerja-kerja di tapak dan dikhuatiri tidak selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.

"Sehubungan itu, JKR tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang terjadi terhadap pengguna jalan raya tersebut," menurut hantaran itu.

Selain itu, JKR akan melaporkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap penyebaran berita palsu berkenaan dan menasihati orang awam agar tidak mempercayai maklumat tersebut serta tidak menyebarkannya kepada orang lain. #sumber

Share:

NADMA: Mangsa Banjir Di Johor Berkurangan Sedikit, Negeri Pahang Dan Sabah Kekal Petang Ini

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun sedikit petang ini, manakala di Pahang dan Sabah kekal menjadikan jumlah terkini seramai 568 orang berbanding 635 orang, tengah hari tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa itu meliputi 274 mangsa berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, 164 mangsa di empat PPS di Johor dan 130 mangsa di dua PPS di Pahang.

Di Sabah, seramai 113 mangsa berlindung di tiga PPS yang beroperasi di daerah Beluran dan 161 mangsa ditempatkan di sebuah PPS di Sandakan manakala di Pahang, kesemua 130 mangsa berlindung di dua PPS di Rompin.

Jumlah mangsa banjir di Johor pula merekodkan seramai 86 orang di sebuah PPS di Kota Tinggi, 63 orang di dua PPS di Segamat dan 15 orang kini berada di sebuah PPS di Batu Pahat.

Bagi insiden kebakaran di Sabah dan Sarawak, jumlah mangsa kekal 47 orang daripada 12 keluarga berlindung di sebuah PPS di Tawau, Sabah dan 38 mangsa daripada 12 keluarga di sebuah PPS di Kuching, Sarawak.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa lokaliti sungai di Johor, Pahang dan Perlis berada pada paras bahaya petang ini.

Di Johor, sungai terlibat ialah Sungai Endau di Kluang, Sungai Johor di Kota Tinggi, dan Sungai Muar di Segamat, manakala di Pahang membabitkan Sungai Pahang di Pekan, Bera, Maran serta Sungai Rompin serta Sungai Arau di Perlis.

Nadma turut memaklumkan terdapat 43 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu, Jalan Kota Tinggi–Kluang di Kota Tinggi, Johor, di Pahang membabitkan Lebuhraya Kuantan-Segamat (Lebuhraya Tun Razak). #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.