script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pesakit Jantung Dipercayai Dalang Kes Tetak Di Triang, Ditahan Di Wad Rawatan Rapi (CCU) Hospital Kuala Lumpur 4 April Lalu

BERA: Seorang lelaki dipercayai antara dalang utama dalam kejadian tetak di sebuah kopitiam di Triang di sini diberkas polis ketika sedang menerima rawatan jantung di Wad Rawatan Rapi (CCU) Hospital Kuala Lumpur pada 4 April lalu.

Penahanan suspek berusia 39 tahun itu sekali gus memperkukuh siasatan kes kekerasan menggunakan senjata tajam yang berlaku pada 29 Mac lalu di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, tangkapan dibuat hasil risikan rapi serta maklumat orang awam.

Menurutnya, suspek, A. Premanandh atau lebih dikenali dengan panggilan Anandh berjaya dikesan ketika berada di wad CCU hospital berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Suspek ini dikenal pasti sebagai antara individu utama yang terlibat secara langsung dalam kejadian tetak di premis berkenaan. Walaupun mempunyai masalah kesihatan, semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki 12 rekod jenayah dan kesalahan berkaitan dadah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Ming Wang Kopitiam, Jalan Besar Mengkuang, Triang yang membabitkan beberapa individu dalam satu insiden pergaduhan.

Mangsa kejadian dilaporkan semakin stabil dan sudah dipindahkan ke wad biasa di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. #UtusanMalaysia

Share:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang: Dua Daripada Tiga Individu Dikhuatiri Lemas Di Pahang Ditemukan

KUANTAN:  Seorang pelajar tingkatan dua dan nelayan yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan di Jerantut dan Kuantan ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata Muhammad Danial Haikal Shamsudin, 14, ditemukan pada 4.20 petang kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang semasa mandi sungai di Kampung Durian Hijau, Jerantut. 

Beliau berkata Mohd Ishak Ismail, 63, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari Jeti Tanjung Api kira-kira 10 pagi Rabu lepas ditemukan di Pantai Lagenda, Tanjung Gosong, Pekan pada 6.30 petang. 

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 32 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi (PKO) di Pantai Sepat, Kuantan iaitu lokasi penemuan bot miliknya. 

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Salahuddin berkata operasi di Kampung Durian Hijau bagi mencari seorang lagi mangsa Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 14, akan bersambung pada 8 pagi esok. #Bernama

Share:

Laungan Azan Iringi Penemuan Seorang Daripada Dua Remaja Yang Dikhuatiri Lemas Di Sungai Pahang Sejak Petang Semalam

JERANTUT: Laungan azan yang berkumandang di tebing Sungai Pahang seakan menjadi detik penuh makna apabila seorang daripada dua remaja yang dikhuatiri lemas sejak petang semalam akhirnya ditemukan petang tadi.

Mangsa, Muhammad Daneal Haikal Shamsudin, 14, ditemukan pada pukul 4.20 petang, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang, ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, penemuan mangsa hasil usaha berterusan pelbagai agensi bersama penduduk kampung yang tidak putus membantu sejak semalam.

“Penemuan ini sedikit sebanyak melegakan keluarga mangsa yang menunggu penuh debar sejak petang semalam,” katanya di sini, hari ini.

Suasana di lokasi bertukar pilu apabila ahli keluarga serta penduduk kampung tidak dapat menahan sebak sebaik mayat mangsa dibawa naik ke darat.

Lebih menyentuh hati, Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud, sempat melaungkan azan kira-kira pukul 4 petang sebagai ikhtiar memohon dipermudahkan urusan pencarian.

“Saya laungkan azan sebagai ikhtiar. Alhamdulillah, tidak lama kemudian salah seorang mangsa berjaya ditemukan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa keadaan Sungai Pahang yang kelihatan cetek ketika musim panas sebenarnya menyimpan bahaya tersembunyi, termasuk risiko pasir jerlus serta arus deras akibat hujan di kawasan hulu.#KOSMO! 

Share:

PAS Pahang Menasihati Perdana Menteri Supaya Tidak Mudah 'Koyak' Dan Juga Melenting Apabila Menerima Kritikan Daripada Rakyat

KUANTAN: PAS Pahang menasihati Perdana Menteri supaya tidak mudah “koyak” dan melenting apabila menerima kritikan daripada rakyat, kata timbalan pesuruhjayanya, Datuk Andansura Rabu.

Menurutnya, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang menyalahkan kerajaan atas kenaikan harga bahan api ketika ini sebagai 'kurang cerdik' menunjukkan pemimpin nombor satu negara itu sebagai mudah tersinggung.

"Ini perkara biasalah, dia pun pernah buat benda sama dulu. Kita nak sebut balik kang dia kata kita ungkit cerita lama.

"Bila mereka jadi pembangkang dulu, boleh pula cakap apa saja kepada kerajaan (ketika itu), kenapa bila kena kat dia melenting dan mula menghina rakyat.

"Pada saya, kerajaan sebenarnya sedang menghina rakyat apabila bercakap begitu," katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri PAS dan Perikatan Nasional Indera Mahkota, di Seberang Balok, dekat sini hari ini.

Andansura yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah mengulas demikian ketika ditanya berkaitan isi ucapan Anwar pada program Anak Muda Madani Pahang yang berlangsung semalam.

Perdana Menteri dalam ucapannya pada program itu berkata, pihak yang menyalahkan kerajaan atas kenaikan harga runcit bahan api sebagai 'orang yang kurang cerdik'.

Dia juga menggambarkan kumpulan itu sebagai mereka yang tidak ambil tahu perkembangan dunia.

'Dulu mereka kata kita gagal'

Andansura turut meminta kerajaan menjelaskan langkah yang diambil bagi menyerap tekanan harga bahan api susulan krisis membabitkan Iran dan AS serta Israel.

Dia memberikan contoh ketika pandemik Covid-19, kerajaan ketika itu melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memastikan rakyat dapat meneruskan hidup sebaik mungkin.

"Ketika krisis Covid-19, satu dunia berdepan masalah dan ini melibatkan nyawa, lebih hebat berbanding krisis dihadapi ketika ini.

"Dan kerajaan semasa itu mengambil pelbagai langkah bagi memastikan mereka yang tidak dapat keluar bekerja tetap menerima gaji, perniagaan dapat bangkit semula dan paling penting makanan kekal tersedia atas meja setiap rumah.

"Itu pun mereka kata kita kerajaan gagal, nak minta parlimen dibuka, nak bahas padahal pada masa itu keadaan tidak mengizinkan kita berkumpul atau berhimpun," jelasnya.

Dari mana modal Madani Mart?

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai pelancaran kedai runcit harga rahmah dikenali sebagai Madani Mart, Andansura mempersoalkan dari mana Yayasan Madani mendapat modal bagi membuka cawangan pertama kedai berkenaan.

"Yayasan Madani ini ambil duit dari mana? Dia kata Madani Mart tidak menggunakan duit kerajaan, jadi dari mana duit itu datang.

"Saya pun tak boleh nak komen banyak sebab model perniagaannya bagaimana. Adakah ia membabitkan (sumber kewangan) dari syarikat korporat atau kerajaan, dia kena jelaslah baru rakyat tak bandingkan dengan yang sebelum ini (Kedai Rakyat 1Malaysia).

"Dulu dia pun kritik (KR1M) dan sekarang dia buat benda sama, jadi rakyat akan buat perbandingan. Apa saja yang baik untuk rakyat, mesti rakyat akan sokong," tambahnya.

Mengenai struktur organisasi Yayasan Madani yang membabitkan pimpinan yang rapat dengan kerajaan, Andansura menganggap perkara itu boleh menimbulkan konflik kepentingan.

"Saya fikir ia boleh menjadi satu kesalahan... salah guna ruang, nak kata salah guna kuasa, saya tak beranilah, tapi ia akan menimbulkan konflik kerana individu berkenaan ada jawatan dalam kerajaan hari ini," katanya. #Malaysiakini

Share:

Tragedi Dua Remaja Hanyut Di Sungai Pahang: Mayat Danial Tersangkut Pada Ranting Kayu, Amirul Ashraf Masih Belum Ditemui

JERANTUT:  Seorang daripada dua remaja yang dihanyutkan arus ketika mandi bersama lima rakan di Sungai Pahang berhampiran Kampung Durian Hijau, di sini, ditemukan lemas hari ini.

Mangsa, Muhammad Danial Haikal Shamsudin, 14, dari Felda Jengka 24, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dipercayai hilang jam 4.24 petang.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira lima meter dari tebing sungai dan tersangkut pada ranting kayu oleh pasukan pencarian membabitkan kira-kira 50 penduduk kampung bersama anggota badan beruniform.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Raja Arif Raja Shamsudin, berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan enam sektor pencarian dengan kekuatan 15 bot penduduk kampung, tiga bot bomba, satu bot polis serta satu bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurutnya, seorang lagi mangsa, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, belum ditemui dan operasi pencarian sedang diteruskan.

"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Bukit Angin turut membantu dalam operasi, termasuk menjalankan selaman kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

"Operasi yang disambung semula pada jam 8 pagi tadi kini sudah meliputi kawasan sejauh kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

"Pencarian untuk mangsa kedua masih diteruskan, " katanya.

Dalam kejadian itu, tujuh remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun dilaporkan mandi di tebing Sungai Pahang sebelum dua daripada mereka dihanyutkan arus.

Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud, berkata beliau sempat mengalunkan azan di pantai sungai di tempat kejadian pada jam 11 pagi sebagai ikhtiar memudahkan pencarian.

"Kita berikhtiar dan bertawakal kepada Allah agar dipermudahkan urusan pencarian," katanya #HarianMetro

Share:

Geran Pra Siswazah Dan Pasca Siswazah Disediakan Oleh Yayasan Pahang Untuk Bantuan Pelajar Ke Institusi Penganjian Tinggi (IPT)

Melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi merupakan satu langkah penting dalam membina masa depan, namun ia sering hadir bersama cabaran kewangan yang tidak boleh dipandang ringan. Bagi anak-anak negeri Pahang, peluang untuk mendapatkan sokongan awal kini terbuka melalui Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah yang disediakan oleh Yayasan Pahang.

Bantuan ini direka khusus sebagai suntikan kewangan sekali bayar bagi membantu pelajar menampung kos awal pengajian. Ia merangkumi perbelanjaan seperti yuran pendaftaran, keperluan akademik serta kos asas ketika mula melangkah ke alam IPT.

Lebih daripada sekadar bantuan kewangan, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada arus pendidikan hanya kerana kekangan ekonomi.

Dengan kadar bantuan yang ditawarkan mengikut peringkat pengajian, geran ini mampu meringankan beban kewangan pelajar. Dalam masa yang sama, ia memberi ruang kepada mereka untuk lebih fokus terhadap pembelajaran serta menyesuaikan diri di persekitaran baharu.

Latar belakang skim Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah Pahang

Skim bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2000 dengan tujuan utama membantu pelajar Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT. Pada peringkat awal, bantuan diberikan secara sekali bayar bagi meringankan kos permulaan pengajian seperti yuran kemasukan, pembelian buku dan keperluan asas.

Seiring dengan perubahan zaman dan keperluan pendidikan yang semakin kompleks, skim ini telah melalui beberapa fasa penambahbaikan. Bermula tahun 2014, bantuan diperluaskan kepada beberapa kategori termasuk sehingga ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran.

Kemudiannya pada tahun 2019, keseluruhan skim ini distruktur semula dengan lebih sistematik dan diperkenalkan dalam dua kategori utama yang lebih jelas iaitu Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah. Perubahan ini membantu memudahkan pemahaman serta capaian kepada pelajar.

Objektif bantuan

Tujuan utama geran ini adalah sebagai bantuan permulaan kepada pelajar yang baru memulakan perjalanan di IPT sama ada di institusi awam mahupun swasta yang diiktiraf. Walaupun jumlah bantuan diberikan secara one-off, ia memainkan peranan penting dalam mengurangkan tekanan kewangan pada peringkat awal kemasukan.

Dalam konteks yang lebih luas, bantuan ini sebenarnya membantu pelajar memberi fokus kepada penyesuaian diri di alam kampus tanpa terlalu dibebani dengan isu kewangan. Ia juga menjadi satu bentuk galakan agar lebih ramai anak Pahang berani melangkah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

Kadar bantuan

Bagi memastikan bantuan diagihkan secara lebih adil dan bersesuaian dengan tahap pengajian, kadar geran ditentukan berdasarkan kategori pengajian pelajar.

Untuk pelajar di peringkat sijil sehingga Ijazah Sarjana Muda, mereka layak menerima Geran Pra Siswazah sebanyak RM700. Walaupun kelihatan sederhana, jumlah ini sangat membantu dalam menampung perbelanjaan awal seperti pengangkutan, keperluan pembelajaran dan penginapan.

Sementara itu, bagi pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana atau PhD, mereka boleh memohon Geran Pasca Siswazah dengan kadar bantuan sebanyak RM1,200. Jumlah ini lebih tinggi selaras dengan kos pengajian yang biasanya lebih besar di peringkat tersebut.

Syarat kelayakan

Bagi memudahkan pemahaman, berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

Anak negeri Pahang

Pemohon mestilah anak jati Pahang sama ada dilahirkan di negeri tersebut atau mempunyai ibu/bapa yang berasal dari Pahang. Bagi yang bukan kelahiran Pahang, mereka masih boleh memohon sekiranya telah menetap di negeri itu melebihi 10 tahun serta mempunyai pengesahan rasmi bermastautin.

Alamat tetap di Pahang

Pemohon perlu mempunyai alamat surat-menyurat yang sah di Negeri Pahang sebagai bukti kaitan dengan negeri tersebut.

Kelayakan akademik asas

Bagi lepasan sekolah, pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM, STPM atau STAM yang layak melanjutkan pengajian ke IPT.

Syarat akademik ke peringkat Ijazah

Pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda perlu mencapai sekurang-kurangnya CGPA 2.80 di peringkat sebelumnya seperti diploma atau matrikulasi.

Syarat akademik Pascasiswazah

Bagi pengajian di peringkat Sarjana atau PhD, pemohon perlu mempunyai pencapaian minimum CGPA 3.00 dalam pengajian terdahulu.

Had permohonan sekali sahaja

Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan sekali bagi setiap kategori geran. Sekiranya pernah menerima bantuan pada peringkat awal seperti asasi atau diploma, permohonan semula bagi kategori yang sama tidak akan dipertimbangkan.

Institusi yang layak

Yayasan Pahang turut menetapkan bahawa hanya institusi pengajian tinggi yang diiktiraf sahaja layak untuk tujuan permohonan geran ini. Ini merangkumi pelbagai universiti awam dan swasta terkemuka di Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA serta Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan lain-lain universiti awam serta swasta.

Selain universiti, program lain seperti matrikulasi, politeknik, kolej komuniti, program kemahiran serta kursus persediaan ke luar negara tajaan agensi kerajaan juga termasuk dalam senarai yang diluluskan. Ini menunjukkan bahawa peluang tidak terhad kepada laluan akademik tradisional sahaja malah turut merangkumi pendidikan teknikal dan kemahiran.

Tempoh permohonan

Permohonan geran ini perlu dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan. Iaitu sama ada empat minggu sebelum atau enam minggu selepas tarikh pendaftaran ke institusi pengajian. Tempoh ini amat penting kerana permohonan yang lewat berkemungkinan tidak akan dipertimbangkan.

Oleh itu, pelajar disarankan untuk sentiasa peka dengan tarikh penting serta menyediakan dokumen yang diperlukan lebih awal bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

Cara memohon

Bagi memudahkan urusan pemohon, keseluruhan proses permohonan dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Yayasan Pahang. Pemohon hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan dan memuat naik dokumen sokongan yang telah disahkan.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut: https://eyayasan.yp.org.my/awam/

Pendekatan digital ini dapat membantu mempercepatkan urusan permohonan di samping menjadikan keseluruhan proses lebih teratur, jelas dan cekap.

Secara keseluruhannya, Geran Pra Siswazah dan Pasca Siswazah Pahang merupakan satu peluang berharga yang tidak wajar dilepaskan oleh pelajar yang layak. Walaupun nilainya mungkin tidak menampung keseluruhan kos pengajian, ia tetap menjadi suntikan awal yang sangat bermakna dalam memulakan kehidupan sebagai pelajar IPT.

Lebih penting lagi, bantuan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan yang berkualiti. Dengan memanfaatkan peluang ini, pelajar berupaya mengurangkan tekanan kewangan di samping memulakan perjalanan di peringkat pengajian tinggi dengan lebih keyakinan dan persediaan yang rapi. #Siakapkeli

Share:

Penganjuran Karnival Buku Lipis 2026 Boleh Menjadi Asas Kepada Penganjuran Program Yang Sama Di Daerah Lain Pada Masa Hadapan

KUALA LIPIS: Penganjuran Karnival Buku Lipis 2026 boleh menjadi asas kepada penganjuran program sama di daerah lain pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sabariah Saidan berkata penganjuran karnival tersebut dilihat setaraf dengan penganjuran di peringkat negeri.

“Ia bukan sahaja memupuk minat membaca, malah menghimpunkan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat,” katanya pada majlis perasmian tersebut di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Karnival yang berlangsung selama lima hari bermula semalam sehingga 6 April ini menawarkan jualan buku serendah RM1 serta pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah, kuiz santai dan pertandingan tulisan khat.

Turut disediakan adalah aktiviti khusus untuk kanak-kanak dan keluarga termasuk peragaan busana serta cabaran Jenga bagi memeriahkan suasana.

Sementara itu, seorang pengunjung, Muhammad Uwais Wazir Mohamad Hanif, 15, mengakui teruja untuk hadir ke karnival itu bersama rakan sekolah kerana terdapat banyak koleksi buku yang sukar diperolehi di kedai biasa.

“Kehadiran ke sini memudahkan kami mencari bahan bacaan berkualiti pada harga murah, sekali gus menyemai semangat cintakan ilmu dalam kalangan pelajar,” katanya. #MalaysiaAktif

Share:

Himpunan Pendekar Madani Pahang Hidupkan Kembali Roh Perjuangan Lama, Pulihkan Kembali Semangat Kemerdekaan

KUANTAN: Himpunan Pendekar Madani Pahang bukan sekadar acara biasa tapi perpaduan anak-anak muda dalam pencak silat yang boleh menghidupkan kembali roh perjuangan lama dalam memulihkan semangat kemerdekaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengasas dan Penaung Pendekar Madani berkata, semangat kemerdekaan bukan hanya berkait menentang penjajahan asing sahaja.

“Ia juga mengenai menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang penyalahgunaan kuasa, menentang sikap memperhambakan rakyat sendiri dan memperbodohkan rakyat.

“Merdeka ertinya bangkit rakyat, bangkit anak muda, mempertahankan hak mereka. Ini dia pendekar Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar Madani yang berlangsung sehingga 5 April di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Speaker Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan komitmen kerajaan dalam mempertahan dan menjadikan Pendekar Madani sebagai gerakan bangsa yang mempunyai nilai tinggi kerana ia membentuk akhlak dan disiplin dalam diri selain mengangkat semula martabat bangsa.

“Jadi, saya tentunya rasa bangga sekali apabila anak-anak kita, adik-adik kita mengumpulkan kekuatan. Saya beritahu, kalau nak mula erti perjuangan, nak faham erti perpaduan, dia harus bermula dari kumpulan seperti anak-anak. Kumpulan silat yang jitu semangat mereka. Tidak gentar dengan apa-apa tekanan dan mahu pulihkan semangat kemerdekaan.

“Sebab itulah anak-anak ini mesti ada disiplin. Orang Melayu itu tegak kerana kepahlawanan. Kepahlawanan itu hanya dengan disiplin, dengan maruah diri dengan harga diri. Dan ini harus kita semai. Bagi kita, maruah harga diri itu pada akidah kita.

Program itu disertai lebih 1,500 pesilat dari seluruh negeri Pahang yang mewakili kira-kira 63 persatuan silat berdaftar di negeri ini.

Dalam program itu juga, Presiden Pendekar Madani, Muhammad Koharullah Datuk Raja Abdul Majid dan Lagenda Silat Negara, Mohd Al-Jufferi Jamari menyerahkan Piala Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar Madani kepada Anwar sebagai simbolik perasmian.

Anwar turut menyampaikan Anugerah Pendekar Madani Pahang kepada bekas atlet silat negara, Fazly Mansoh dan Anugerah Srikandi Madani Pahang kepada Suzy Mohd Sulaiman dalam program terbabit. #MalaysiaGazette

Share:

Usaha Perangi Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa Adalah Sebahagian Daripada Semangat Kemerdekaan Yang Perlu Terus Dipertahankan

KUALA LUMPUR: Usaha memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa merupakan sebahagian daripada semangat kemerdekaan yang perlu terus dipertahankan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan kemerdekaan bukan sekadar membebaskan negara daripada penjajahan asing, tetapi juga menuntut keberanian menentang kezaliman dalam bentuk moden termasuk rasuah dan penindasan terhadap rakyat.

"Semangat kemerdekaan itu bukan sahaja menentang penjajahan asing, (tetapi) menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang penyalahgunaan kuasa, menentang sikap memperhambakan rakyat sendiri, memperbodohkan rakyat.

"Merdeka ertinya bangkit rakyat, bangkit anak muda mempertahankan hak mereka, ini dia pendekar MADANI," kata Anwar ketika berucap pada Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026 di Kuantan, hari ini.

Tambah Anwar, kekuatan orang Melayu terletak pada semangat kepahlawanan yang dibina melalui disiplin, maruah diri dan harga diri.

Beliau menegaskan nilai tersebut perlu berteraskan akidah, ruh perjuangan Islam serta pembentukan akhlak dan sahsiah. #AstroAwani

Share:

Tengku Mahkota Pahang Berkenan Raikan Peserta Program Akademi Menara Gading (AMG), Balok Yang Cemerlang SPM 2025

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat ke Majlis Indahnya Syawal 2026: Menyulam Kasih, Menjalin Persaudaraan di Menara Kuantan 188, di sini semalam.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 60 peserta program Akademi Menara Gading (AMG), Balok yang berjaya memperoleh semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Pengurus Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Mohd Fakhrul Islam Juhali berkata majlis itu menjadi platform menghargai kecemerlangan generasi muda serta memperkukuh hubungan antara pelbagai pihak, khususnya para penyumbang kepada inisiatif YASA.

“Pengiktirafan kepada pelajar cemerlang ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada rakan-rakan sebaya untuk terus berusaha mencapai kejayaan,” katanya.

Menurutnya, YASA yang memperkenalkan AMG sebagai salah satu inisiatif pendidikannya pada 1999 selaras aspirasi Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah komited untuk terus memperkasa pendidikan sebagai teras pembangunan ummah.

Sementara itu, menurut seorang peserta AGM, Muhammad Aufa Rafiq Zukri, 18, beliau sentiasa bersedia awal merupakan antara panduan kejayaannya.

“Biasanya saya akan semak jadual kelas seterusnya, subjek-subjek yang akan dipelajari. Saya akan buat ulang kaji awal sesuatu topik terlebih dahulu pada sebelah malam sebelum menghadiri kelas esoknya,” katanya yang juga merupakan pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) di sini. #MalaysiaAktif

Share:

Taman Negeri Rompin Destinasi Ekopelancongan Utama Negara, Tawarkan Keindahan Hutan Hujan Tropika Yang Masih Terpelihara

ROMPIN: Taman Negeri Rompin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi ekopelancongan utama negara yang menawarkan keindahan hutan hujan tropika yang masih terpelihara.

Terletak di sempadan negeri Pahang dan Johor, kawasan ini merangkumi sebahagian daripada Hutan Simpan Endau-Rompin yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti yang unik.

Dengan keluasan lebih 80,000 hektar di bahagian Pahang, Taman Negeri Rompin menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui, termasuk pokok-pokok purba, tumbuhan ubatan serta haiwan liar seperti gajah, harimau dan tapir, sekali gus menjadikannya sebagai lokasi penting bagi penyelidikan saintifik serta pemuliharaan alam sekitar.

Selain nilai biodiversiti yang tinggi, Taman Negeri ini turut menawarkan pelbagai tarikan semula jadi yang memukau pengunjung.

Antaranya termasuk Air Terjun Mahkota yang jernih, sungai dan jeram yang mengalir deras serta formasi batuan unik yang terbentuk sejak 130 juta tahun lalu.

Aktiviti seperti merentas hutan (jungle trekking), berkhemah dan pemerhatian hidupan liar menjadi antara pilihan utama pelancong yang ingin merasai pengalaman mendekati alam semula jadi.

Menurut Pegawai Hutan Daerah Rompin Firdaus Zulnaim Johari, usaha pemuliharaan yang berterusan menjadi keutamaan dalam memastikan khazanah alam ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.

“Pihak berkuasa turut bekerjasama dengan komuniti Orang Asli setempat dalam mempromosikan ekopelancongan secara lestari, selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar”, katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, baru-baru ini.

Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman unik bersama komuniti Orang Asli, termasuk mempelajari cara hidup tradisional serta pengetahuan mereka mengenai hutan. Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi komuniti setempat melalui aktiviti pelancongan.

“Taman Negeri Rompin bukan sahaja menjadi destinasi pelancongan, tetapi juga pusat pendidikan alam sekitar yang penting.

“Pengunjung berpeluang mempelajari tentang ekosistem hutan hujan tropika serta kepentingan pemuliharaan biodiversiti,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri Pahang turut memberi perhatian terhadap pembangunan infrastruktur asas di kawasan tersebut bagi meningkatkan keselesaan pelancong tanpa menjejaskan kelestarian alam.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk laluan yang lebih selamat, kawasan perkhemahan serta pusat informasi pelawat. #MalaysiaAktif

Share:

Kolej Komuniti Paya Besar Promosi Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET), Bantu Lepasan SPM 2026 Rancang Masa Depan

KUANTAN: Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan siri jelajah promosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seiring pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 pada Selasa lalu.

Siri jelajah promosi tersebut telah dilaksanakan secara bersemuka di beberapa buah sekolah sekitar daerah ini, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Lepar, SMK Beserah dan SMK Pelabuhan.

Selain itu, usaha promosi turut diperkasakan menerusi penggunaan platform digital seperti TikTok dan Facebook rasmi KKPB bagi menarik minat golongan belia.

Inisiatif di bawah payung promosi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Pahang itu bertujuan memastikan lepasan SPM mempunyai akses kepada peluang pendidikan tinggi yang berkualiti serta inklusif, tanpa mengira tahap pencapaian akademik.

Pensyarah Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan KKPB Khairulnizam Md Hairuddin berkata TVET merupakan laluan penting bagi pelajar untuk mengasah kemahiran teknikal serta membuka peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang berkaitan.

“TVET menyediakan ruang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran yang diiktiraf industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja.

“Seiring perkembangan semasa, TVET kini tidak lagi dianggap sebagai pilihan kedua, sebaliknya menjadi antara pemacu utama dalam pembangunan modal insan mahir negara,” katanya.

KKPB menawarkan tiga program utama iaitu Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan, Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Teknologi Elektrik. #MalaysiaAktif

Share:

Fuziah Salleh: Madani Mart Bukan Tiru Atau Ciplak Model Kedai Rakyat 1Malaysia Yang Diperkenalkan Oleh Kerajaan Sebelum Ini

KUANTAN: Pelaksanaan Madani Mart bukan meniru atau menciplak model kedai runcit yang pernah diperkenalkan kerajaan sebelum ini,

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Fuziah Salleh berkata, Madani Mart menggunakan pendekatan baharu tanpa melibatkan perbelanjaan modal kerajaan.

Model baharu itu berbeza dengan model terdahulu sekali gus beliau menolak dakwan sesetengah pihak mengatakan Madani Mart ibarat ‘menyalin baju’ Kedai Rakyat 1Malaysia.

Tegas Fuziah, model sebelum ini  memerlukan kerajaan menyediakan peruntukan besar termasuk kos pengubahsuaian premis dan inventori berbanding pelaksanaan Madani Mart dilakukan melalui kerjasama dengan pengusaha yang diluluskan.

“Pendekatan ini menjadikan Madani Mart sebagai model yang memberi manfaat kepada semua pihak tanpa membebankan kerajaan.

“Kalau orang kata ini ambil model terdahulu, tidak. Model terdahulu kerajaan keluar modal, kerajaan buat renovasi, kerajaan letak rak dan kerajaan yang bayar inventori sehingga ratusan ribu ringgit bagi setiap outlet.

“Dalam Madani Mart ini kerajaan tidak keluarkan modal. Jadi ia merupakan model menang-menang kepada semua pihak dan yang paling mendapat manfaat ialah rakyat,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelaksanaan Madani Mart yang turut dijadikan rakan strategik tambahan kepada kira-kira 1,800 rakan strategik sedia ada bagi melaksanakan program Jualan Rahmah.

Sementara itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merasmikan outlet pertama Madani Mart di Indera Mahkota di sini hari ini.

Lebih mengujakan, Perdana Menteri menjadi pelanggan pertama membeli barangan keperluan di Madani Mart di Indera Mahkota hari ini selepas selepas merasmikan majlis berkenaan.

Menurut Fuziah, Program Madani Mart menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 outlet di seluruh negara bagi memastikan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai sekurang-kurangnya satu outlet yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan. 

“Pelaksanaan 640 outlet berkenaan akan dinuat dalam tempoh dua tahun dan serta disokong oleh enam ehab pengedaran utama merupakan langkah progresif,” katanya.

Tambah Fuziah, permohonan untuk menjadi pengusaha Madani Mart dibuka kepada individu atau syarikat yang berdaftar serta mempunyai komitmen perniagaan kukuh selain keupayaan operasi dan kewangan untuk mengendalikan outlet berkenaan dengan kaedah perlesenan.

Jelasnya antara syarat permohonan pembukaan premis berkenaan ialah dengan keluasan dua unit rumah kedai.

Inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dijangka membantu memperluaskan akses rakyat kepada barangan keperluan harian pada harga lebih mampu milik di seluruh negara.

Madani Mart merupakan satu pendekatan strategik yang signifikan dalam menangani cabaran kos sara hidup rakyat secara lebih menyeluruh dan bersasar.

Ia merupakan inisiatif di bawah Yayasan Madani yang berfungsi sebagai platform ekonomi rakyat, bukan sekadar premis runcit. Inisiatif ini menyokong usaha menstabilkan ekonomi dengan menyediakan akses kepada barangan keperluan pada harga berpatutan dan kompetitif.

Berteraskan konsep komuniti dengan slogan “Kedai Runcit Harga Rahmah,” Madaniadanirt menyediakan akses kepada barangan keperluan asas yang mudah dicapai serta adil kepada semua lapisan masyarakat.

Inisiatif yang sama turut membuka peluang kepada usahawan tempatan melalui model pelesenan yang komprehensif.

Yayasan Madani bertindak sebagai pemberi lesen dengan menyediakan sokongan menyeluruh merangkumi latihan, bimbingan serta sokongan operasi bagi memastikan setiap premis beroperasi secara cekap dan mampan. #MalaysiaGazette

Share:

Dua Remaja Lelaki Berusia 14 Tahun Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Bersama Lima Rakan Di Sungai Pahang Berhampiran Kampung Durian Hijau

JERANTUT: Dua remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama lima rakan di Sungai Pahang berhampiran Kampung Durian Hijau, di sini, petang tadi.

Mangsa, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah dan Muhammad Danial Haikal Shamsudin, kedua-duanya pelajar Tingkatan Sua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Raja Arif Raja Shamsudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.49 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

"Operasi awal pencarian dilakukan di permukaan air dengan bantuan penduduk kampung menggunakan 12 bot.

Jerantut: Dua remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama lima rakan di Sungai Pahang berhampiran Kampung Durian Hijau, di sini, petang tadi.

Mangsa, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah dan Muhammad Danial Haikal Shamsudin, kedua-duanya pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Raja Arif Raja Shamsudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.49 petang sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

"Operasi awal pencarian dilakukan di permukaan air dengan bantuan penduduk kampung menggunakan 12 bot.

Ibu kepada Muhammad Danial, Norlalila Alias, 42, berkata dia tidak mengetahui anaknya mandi di sungai bersama rakan-rakan.

"Saya dimaklumkan oleh anak kedua bahawa adiknya itu jatuh ke sungai ketika saya sedang bekerja di Jerantut Feri, sebelum terus bergegas pulang," katanya.

Menurutnya, kira-kira dua minggu lalu anaknya pernah menyatakan hasrat untuk mandi sungai, namun tidak diizinkan.

"Saya tidak tahu dia bersama rakan-rakan tetap pergi ke sungai hari ini," katanya.

Sepupu kepada Muhammad Amirul, Nur Fatihah Hanafi, 23, pula berkata dia mengetahui kejadian itu melalui kumpulan WhatsApp keluarga.

"Saya terkejut dan terus bergegas pulang dari bandar Jerantut. Kami berharap kedua-dua mangsa segera ditemui," katanya. #HarianMetro

Share:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Merasmikan MADANI Mart Pertama Negara Ini Di Cawangan Indera Mahkota 8 Kuantan

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, merasmikan MADANI Mart cawangan Indera Mahkota 8, di sini yang juga pertama di negara ini, antara inisiatif strategik kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta menangani cabaran kos sara hidup secara menyeluruh.

Inisiatif MADANI Mart yang diterajui Yayasan MADANI adalah konsep kedai komuniti yang menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan dan mudah dicapai rakyat berteraskan slogan 'Kedai Runcit Harga Rahmah'.

Pada perasmian itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut meluangkan masa melawat kedai runcit itu.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.

Terdahulu, Fuziah dalam ucapannya memaklumkan bahawa MADANI Mart bukan sekadar pelengkap tetapi langkah seterusnya untuk memastikan manfaat harga rahmah dapat dirasai secara lebih konsisten, tersusun dan dekat dengan rakyat.

Katanya, pada masa sama, inisiatif itu juga memperluas peluang keusahawanan dalam ekosistem peruncitan yang lebih tersusun.

"Sasaran untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu MADANI Mart di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 640 premis di seluruh negara dalam tempoh dua tahun, " katanya.

Fuziah berkata, langkah itu penting untuk memastikan keterjangkauan barangan asas dapat dinikmati secara lebih meluas, termasuk di kawasan luar bandar dan separa bandar.

"Saya yakin bahawa inisiatif ini akan memberi impak positif dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, " katanya. #HarianMetro

"Sasaran untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu MADANI Mart di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 640 premis di seluruh negara dalam tempoh dua tahun, " katanya.

Fuziah berkata, langkah itu penting untuk memastikan keterjangkauan barangan asas dapat dinikmati secara lebih meluas, termasuk di kawasan luar bandar dan separa bandar.

"Saya yakin bahawa inisiatif ini akan memberi impak positif dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, " katanya. #HarianMetro

Share:

Perdana Menteri Tunaikan Solat Jumaat Bersama Penduduk Setempat Di Masjid Sayyidina Umar Al-Khattab Di Taman Cenderawasih

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat di Masjid Sayyidina Umar Al-Khattab di Cenderawasih, di Kuantan hari ini.

Beliau tiba di perkarangan masjid tepat jam 1.15 petang dan disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama lebih 500 jemaah.

Khutbah dibacakan oleh Timbalan Qadhi Bandaraya Kuantan merangkap Imam 1 Masjid Tengku Ampuan Afzan Kuantan,Mohd Hafidz Mohd Suhaile bertajuk Hari Kesihatan Sedunia.

Solat Jumaat diimamkan oleh Imam 2 Masjid Saidina Umar Al-Khatab Cenderawasih, Zulfadhli Zakariah

Lawatan ini adalah manifestasi komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

Selepas menunaikan solat, Anwar merasmikan Madani Mart pertama di Indera Mahkota 8, di sini.

Kemudian Perdana Menteri hadir mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuantan yang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, di sini.

Antara agenda yang menjadi fokus perbincangan adalah pembangunan setempat termasuk usaha memperkukuh ekonomi daerah, meningkatkan kesejahteraan rakyat, serta memastikan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dijalankan dengan lebih berkesan demi manfaat penduduk Kuantan.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijangka menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI yang bakal berlangsung di Perkarangan UTC Kuantan bermula jam 5 petang.

Perhimpunan berskala besar ini menarik penyertaan lebih 7,000 anak muda dan belia dari seluruh Pahang.

Manakala sebelah malam pula, pengisian lawatan diteruskan dengan Himpunan Pendekar MADANI Pahang yang akan diadakan di Kompleks SUKPA, Kuantan bermula jam 8 malam. #MalaysiaGazette

Share:

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim Hari Ini Memulakan Lawatan Kerja Sehari Ke Negeri Pahang Darul Makmur

KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan lawatan kerja sehari ke Pahang dengan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih di sini.

Ketibaan beliau pada 1.15 tengah hari dengan diiringi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail disambut Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah serta Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Selesai solat Jumaat, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual mengadakan lawatan ke MADANI Mart di Indera Mahkota sebelum ke Himpunan Anak Pahang MADANI di pekarangan UTC Kuantan.

Program berkenaan dijangka menghimpunkan lebih 7,000 anak muda dari seluruh negeri.

Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan kerja beliau pada sebelah malam dengan merasmikan Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026 di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA). #HarianMetro

Share:

PM Rasmi Dua Acara Besar Esok, Himpunan Anak Pahang MADANI 2026 Dan Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka hadir ke Kuantan esok bagi merasmikan dua acara utama iaitu Himpunan Anak Pahang MADANI 2026 dan Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026.

Himpunan Anak Pahang MADANI dijadual berlangsung pada pukul 3 petang esok di perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, manakala Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026 turut bermula esok hingga 5 April di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA).

Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Mohamad Suhaizan Selamat berkata, kira-kira 5,000 pengunjung dijangka menghadiri himpunan tersebut.

Menurutnya, sekitar 7,000 lagi dijangka memeriahkan Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026.

“Harapan saya semua rakyat Pahang termasuk dari seluruh daerah turut serta dalam program ini bagi memastikan ia berlangsung meriah, di samping memperoleh input serta manfaat daripada aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM selepas menjadi tetamu konti PAHANGfm, di sini.

Himpunan berkenaan menjadi platform menghimpunkan golongan belia, pemimpin dan komuniti bagi mendengar aspirasi kepimpinan negara selain menyertai pelbagai aktiviti komuniti serta sesi inspirasi.

Dalam masa sama, Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026 akan menampilkan acara silat seni dan silat tanding membabitkan penyertaan pesilat dari seluruh negara.

Antara atlet yang dijangka mengambil bahagian termasuk Al-Jufferi Jamari, Fazly Mansor dan Suzy Sulaiman.

Orang ramai khususnya warga Pahang dijemput hadir bagi memeriahkan kedua-dua acara tersebut. #BeritaRTM

Share:

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim Dijadual Akan Mengadakan Lawatan Kerja Selama Sehari Ke Kuantan Pada Jumaat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Kuantan pada Jumaat.

Lawatan kerja beliau adalah manifestasi komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

Perdana Menteri dijadual memulakan lawatan dengan menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang turut memberi peluang kepada beliau untuk beramah mesra bersama penduduk setempat.

Anwar kemudian dijadual mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuantan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.

Mesyuarat berkenaan antara lain dijangka mengandungi perbincangan agenda pembangunan setempat, termasuk usaha memperkukuh ekonomi daerah, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dengan lebih berkesan demi manfaat penduduk Kuantan.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di pekarangan UTC Kuantan bermula jam 3.00 petang, yang dijangka menarik penyertaan lebih 7,000 anak muda dan belia dari seluruh Pahang.

Program perhimpunan itu dirangka khusus sebagai ruang untuk generasi muda membina kesedaran dan memperkukuh pemikiran kritikal, selain memberi peluang keemasan kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung serta menyumbang pendapat kepada pemimpin negara dalam mencorakkan masa depan Malaysia.

Pada sebelah malam, lawatan kerja diteruskan dengan Himpunan Pendekar MADANI Pahang di Kompleks SUKPA, bermula jam 8.00 malam.

Majlis yang menghimpunkan tokoh silat, guru dan pesilat dari seluruh Pahang dilihat amat signifikan dalam usaha memartabatkan seni silat sebagai warisan budaya bangsa yang luhur, selain bertujuan memperkukuh nilai disiplin, perpaduan dan semangat persaudaraan dalam kalangan pengamal seni bela diri tradisional.

Gabungan kedua-dua himpunan mencerminkan keseimbangan antara pembangunan minda generasi muda dan pengukuhan identiti serta semangat perjuangan bangsa.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, berkata pendekatan itu selaras dengan kerangka Malaysia MADANI yang komited memperkasa belia sebagai aset masa depan negara sambil memastikan khazanah seni warisan terus subur dan kekal relevan dalam arus modenisasi. #BeritaHarian

Share:

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Terima Laporan Purata 17 Kes Kebakaran Setiap Hari Sejak 22 Mac Lalu

PEKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima laporan secara purata 17 kes sehari berkaitan pembakaran terbuka di seluruh negeri sejak Hari Raya Aidilfitri kedua iaitu pada 22 Mac lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat JBPM Pahang, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Salahuddin Isa berkata, jika kebakaran itu tidak terkawal, ia berpotensi merebak secara meluas susulan cuaca panas ketika ini.

Beliau berkata, situasi itu dapat dilihat berlaku ketika operasi pemadaman kebakaran hutan gambut berhampiran Ladang Agropolitan Nenasi di sini dan ladang kelapa sawit di Jemeri, Kuala Rompin.

“Kebarangkalian kebakaran muncul sendiri agak susah sebenarnya walaupun cuaca panas. Bedasarkan kepada pemerhatian pihak bomba, 80 peratus kebakaran adalah berpunca daripada perbuatan manusia.

“Cuba bayangkan pembakaran terbuka itu kalau tidak dikawal akan jadi sebesar ini. Jadi, saya mohon kepada masyarakat di luas sana elakkan membuat pembakaran terbuka serta kawal anak-anak daripada main mancis atau api. Mercun pun sama juga, sila kawal.

“Seboleh-bolehnya kalau mercun yang boleh akibatkan percikan api, jangan lah main,” katanya ketika ditemui di tapak kebakaran di Nenasi hari ini.

Menurut Mohd Salahuddin, kebakaran yang membabitkan seluas 735 hektar di sini hampir berjaya dikawal sepenuhnya oleh kekuatan 50 pegawai, anggota bomba dan rakan agensi penyelamat termasuk pekerja ladang terlibat memasuki hari ke-11 operasi hari ini.

Manakala, operasi pemadaman api di ladang BKS Kampung Jemeri, Kuala Rompin pula berbaki sekitar 140 hektar daripada 300 hektar yang terbakar.

“Disebabkan kawasan terlibat di Rompin adalah luas, kita bahagikan kepada empat sektor untuk operasi pemadaman.

“Sektor kritikal adalah di Sektor A di mana kita adakan fire-break sejauh lebih 1 kilometer dan dibantu teknik water bombing yang menggunakan khidmat helikopter bagi menghalang api terus merebak ke kawasan hutan. Situasi di sana boleh dikatakan terkawal dalam parameter kerana telah diadakan fire-break di setiap kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, bomba turut menggunakan kaedah membuat fire-break dan direct attack untuk memadam kebakaran di sini selain melakukan total-flooding untuk memastikan api dapat dipadamkan sepenuhnya memandangkan kebakaran melibatkan tanah gambut.

Menurut Mohd Salahuddin, pihaknya berdepan kesukaran dan risiko bahaya operasi pemadaman di tanah gambut di mana terdapat banyak haiwan berbisa seperti ular, lipan dan sebagainya.

Anggota terlibat operasi pemadaman juga katanya diingatkan mengenai risiko tanah jerlus kernaa tanah gambut kelihatan elok dan stabil berdasarkan permukaan, namun terdapat kebarangkalian tanah jerlus di lokasi.

“Bomba Pahang turut berdepan cabaran untuk kumpulkan anggota dari setiap balai bomba di seluruh Pahang. Itu satu kesukaran kerana di tempat masing-masing juga ada risiko yang mereka perlu hadapi.

“Keduanya, pegawai ni kita terpaksa bertukar selang tiga hari kerana terdedah dengan cuaca sangat panas dan asap serta habuk yang boleh menjejaskan kesihatan pegawai,” katanya.

Sementara itu, katanya, pihak bomba juga terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran api hutan Kampung Bukit Palas, Gebeng dan hutan simpan Menchali, Rompin.

Katanya, sehingga petang semalam, berbaki satu hektar daripada seluas 24.19 hektar kawasan hutan Kampung Bukit Palas, Gebeng yang dilaporkan sedang terbakar dan dalam proses pemadaman.

Manakala, kebakaran di hutan simpan Menchali, Rompin pula membabitkan seluas 20 hektar terbakar daripada keseluruhan 66 hektar kawasan tersebut. #MalaysiaGazette

Share:

Seorang Mekanik Maut, Motosikal Ditunggangnya Rempuh Kenderaan Polis Sedang Membelok Masuk Ke Stesen Minyak Di Rompin

ROMPIN: Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggang merempuh kenderaan polis yang sedang membelok masuk ke sebuah stesen minyak di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini pada Rabu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.20 petang itu, mangsa, Mohd Faizal Ismail, 38, beralamat dari Felda Selendang 1 di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pemandu van jenis MXS V80 6MT, anggota polis berusia 26 tahun bersama lima anggota lain (penumpang) tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, van dipandu anggota dari Cawangan Pengangkutan Operasi itu dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin selepas selesai penugasan Ops Pangguni di Maran.

"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR pula dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerja di Kampung Sepakat ke rumah di Taman Nusa Puteri di sini.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa sedang membelok ke kanan, pemandu van telah memberikan laluan kepada beberapa kenderaan lain sebelum membelok masuk ke stesen minyak selepas mendapati laluan selamat," katanya.

Sharif Shai berkata, ketika sedang membelok, van tersebut dilanggar motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus dari arah bertentangan.

"Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.

"Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya. #SinarHarian

Share:

Seorang Anggota Tentera Berpangkat 'Koperal' Ditahan Susulan Kes Datangkan Kecederaan Parah Terhadap Anggota Lain Di Bentong

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera berpangkat Koperal di sebuah kem dekat Bentong, Pahang ditahan susulan kes mendatangkan kecederaan parah melibatkan seorang anggota tentera lain.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 37 tahun itu ditahan pukul 2.30 petang semalam bagi membantu siasatan.

Terdahulu, menurut beliau, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa pukul 8.45 pagi semalam berkaitan kes pukul yang dipercayai berlaku pukul 8 malam kelmarin di dalam kem tersebut.

Ujarnya, siasatan awal polis mendapati, suspek telah terlibat dalam kejadian terbabit dengan memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan.

Tambahnya, hasil siasatan juga mendapati terdapat enam lagi mangsa yang berusia dalam lingkungan 19 tahun hingga 22 tahun bersama dalam kejadian itu.

“Salah seorang mangsa yang berusia 24 tahun dilaporkan pengsan dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

“Mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan, manakala lain-lain mangsa telah dirujuk ke Hospital Bentong bagi tujuan pemeriksaan jika ada sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambah Zaiham, suspek direman selama empat hari sehingga 4 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Polis Bentong akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kes ini,” katanya. #MalaysiaGazette

Share:

Kerajaan Pahang Akan Melaksanakan BDR Babitkan Penjawat Awam Selama Dua Hari Seminggu Secara Giliran Berkuat Kuasa Minggu Depan

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) membabitkan penjawat awam negeri itu selama dua hari seminggu secara giliran berkuat kuasa minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keluh kesah rakyat serta cabaran peningkatan kos sara hidup yang semakin dirasai terutama kesan daripada krisis di Asia Barat.

Katanya, keputusan itu juga dibuat sebagai langkah prihatin kerajaan negeri dalam membantu mengurangkan beban kos harian yang terpaksa ditanggung termasuk kos perjalanan, bahan api, tol, makan minum serta keperluan pengurusan keluarga.

"Pelaksanaan dasar ini akan dibuat secara tersusun dan berjadual tanpa menjejaskan kecekapan operasi dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat.

Katanya, keputusan itu juga dibuat sebagai langkah prihatin kerajaan negeri dalam membantu mengurangkan beban kos harian yang terpaksa ditanggung termasuk kos perjalanan, bahan api, tol, makan minum serta keperluan pengurusan keluarga.

"Pelaksanaan dasar ini akan dibuat secara tersusun dan berjadual tanpa menjejaskan kecekapan operasi dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat.

"Ketua-ketua jabatan dan agensi akan menyelaras pelaksanaannya berdasarkan keperluan perkhidmatan serta fungsi jabatan masing-masing," katanya pada sidang media di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), di KotaSAS di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Nazri Abu Bakar.

Pada masa sama, Wan Rosdy berkata, penjawat awam negeri itu diharap dapat terus mengekalkan disiplin, integriti dan produktiviti yang tinggi sepanjang pelaksanaan dasar ini.

Katanya, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Dasar BDR itu akan ditentukan berdasarkan keadaan semasa dan boleh disemak semula apabila keadaan kembali pulih. Kita pun laksanakan BDR ketika COVID-19, mungkin ada penambahbaikan yang kita akan laksanakan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri turut menggalakkan pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun serta majikan lain di Pahang untuk mempertimbangkan pendekatan kerja yang lebih fleksibel sekiranya bersesuaian dengan operasi dan keperluan organisasi masing-masing. #HarianMetro

Share:

Tengku Ampuan Pahang Berkenan Mengurniakan Sumbangan Kepada 120 Mahasiswa Dari Kalangan Pelajar Asnaf UIAM Kampus Kuantan

KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan bantuan kewangan kepada 120 orang mahasiswa dalam kalangan pelajar asnaf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, di sini semalam.

Menyempurnakan Majlis Santunan Kasih di universiti tersebut, Tunku Azizah Aminah yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenaan menyampaikan bantuan Khairat UIAM Kuantan di bawah seliaan Tabung Endowmen UIAM (IEF).

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah disambut Presiden UIAM Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Selain itu, baginda turut berkenan menyampaikan anugerah dan insentif kepada pelajar yang mengharumkan nama universiti dan negara melalui pencapaian pingat di Sukan SEA ke-33 serta Sukan Para ASEAN ke-13 tahun lalu.

Pada majlis sama, Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP) dan IIUM Medical Specialist Centre (IMSC) turut menyampaikan replika cek cura sebagai simbolik sumbangan kepada UIAM melalui IEF yang akan di salurkan kepada pelajar-pelajar UIAM yang memerlukan bantuan sepanjang pengajian.

Majlis Santunan Kasih ini merupakan antara inisiatif kebajikan universiti dalam menyantuni mahasiswa yang memerlukan, sekali gus mencerminkan keprihatinan berterusan UIAM dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.#MalaysiaAktif

Share:

Seorang Wanita Bersama Lima Anaknya Dilaporkan Hilang Selepas Dipercayai Keluar Dari Rumah Mereka Di Taman Orkid, Bentong

KUANTAN: Seorang wanita bersama lima anaknya dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah mereka di Taman Orkid, Bentong sejak Isnin lepas. 

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan enam beranak itu daripada suami wanita tersebut yang berusia 43 tahun pada 7.34 malam hari yang sama. 

Beliau berkata pengadu memaklumkan isterinya, M Rekha, 41, bersama anak mereka S Ruban, 19, S Sharivina Nair, 17, S Shasini Nair, 16, S Pritivi, 14 dan S Lashwin Nair yang berusia empat tahun, kali terakhir dilihat di rumah mereka di Taman Orkid. 

“Lelaki tersebut menyedari isteri dan anaknya tiada di rumah sekitar 6.30 pagi Isnin dan gagal mengesan mereka sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Zaiham berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu hilang tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan. 

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong melalui talian 09-2231999.#AstroAwani

Share:

Seorang Anggota Koma, Enam Lagi Rakan Cedera Dipukul Dalam Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Di Bentong

BENTONG: Seorang anggota tentera dilaporkan koma manakala enam lagi rakan setugasnya cedera selepas dipercayai dipukul dalam kejadian di dalam Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa salah seorang mangsa pada jam 8.45 pagi, Selasa.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam di kawasan kem berkenaan.

"Siasatan awal mendapati seorang suspek iaitu anggota tentera berpangkat koperal dipercayai terbabit dalam kejadian dengan memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan.

"Hasil siasatan juga mendapati kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 22 tahun itu merupakan anggota tentera dan bukannya pelatih seperti yang tular sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menjelaskan, seorang mangsa berusia 24 tahun dilaporkan parah dan kini masih tidak sedarkan diri serta menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

"Mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan, manakala mangsa lain telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan lanjut," jelasnya.

Zaiham berkata, susulan itu, pihaknya menahan anggota berpangkat koperal yang berusia 37 tahun jam 2.30 petang, pada Selasa bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan perintah reman terhadap suspek diperoleh selama empat hari bermula 1 hingga 4 April ini.

“Orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.#SinarHarian

Share:

Isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK), SMK Sungai Baging Berjalan Kira-Kira 800 Meter Ke Hentian Bas Utama Akhirnya Selesai

KUANTAN: Isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging yang terpaksa berjalan kira-kira 800 meter ke hentian bas utama akhirnya diselesaikan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah bersetuju mengubah laluan C64 bagi membolehkan perkhidmatan bas BAS.MY Kuantan melalui semula hadapan sekolah berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu dicapai selepas perbincangan bersama pengendali perkhidmatan, Sanwa Tours (M) Sdn Bhd susulan penularan berkenaan yang tular sebelum ini.

"Saya telah berhubung terus dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan bagi menyelesaikan kemelut ini.

"Alhamdulillah, YB (Yang Berhormat ) Menteri dan Kementerian Pengangkutan telah bersetuju mengubah laluan itu dan terima kasih," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sebelum ini, laluan bas Rapid Kuantan melalui kawasan sekolah berkenaan, namun perubahan berlaku selepas pengenalan perkhidmatan BAS.MY Kuantan pada Disember tahun lalu.

Jelasnya, perubahan itu menyebabkan laluan baharu tidak lagi meliputi kawasan itu.

"Isu kebajikan pelajar di lndera Mahkota sentiasa dekat dengan hati saya.

"Oleh itu, diharapkan usaha ini dapat memastikan kebajikan pelajar SK dan SMK Sungai Baging sentiasa terjaga dan memastikan akses pendidikan anak-anak sentiasa diutamakan," katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan isu perkhidmatan bas yang tidak memasuki kawasan sekolah.

Situasi itu menyebabkan pelajar terpaksa berjalan dan berlari sejauh kira-kira 800 meter ke hentian bas, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. #SinarHarian

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Pahang Tidak Berkompromi Dengan Sindiket Pencerobohan Tanah Kerajaan Secara Haram, Termasuklah Di Cameron Highlands

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket yang terlibat dalam kegiatan pencerobohan tanah kerajaan se...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.