KUANTAN [1.53 pm] - Ini satu berita
"malang" yang sungguh memalukan rakyat Malaysia. Ia bolehlah dikatakan umpama
"kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan". Sama ada disedari atau pun tidak, kini ia sudah berlaku. Pendedahan terbaru yang akan kami lakukan ini ialah berkenaan dengan isu
"Rakyat Haram". Sebelum ini kita hanya mendengar tentang isu PATI
(Pendatang Haram Tanpa Izin) yang semakin melimpah ruah di negara kita. Biarpun berbagai usaha dilakukan oleh kerajaan, namun pokoknya selagi penyakit
"rasuah" gagal diselesaikan, maka isu ini akan terus berlarutan untuk sekian lama. Akhirnya kerajaan yang terbeban dengan berbagai masalah jenayah dan sosial yang ditimbulkan oleh mereka. Namun, apa yang kami ingin perkatakan ini ialah berkenaan satu kes yang amat berat untuk ditanggung. Bak kata pepatah
"berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Itulah yang boleh digambarkan berkenaan permasalah
"rakyat haram" yang semakin merimpah ruah di negara ini. Mereka ini berbeza daripada PATI, kerana diberikan tempat tinggal. kad pengenalan serta kemudahan-kemudahan lain yang sewajarnya diperolehi oleh rakyat tempatan. Malah, mereka juga dijaga dan dibela oleh kerajaan demi mengharapkan undi setiap kali musim pilihanraya menjelma. Ini berlaku dimana-mana, terutamanya di negeri Sabah yang dianggap semakin kritikal sekarang ini. Kebanjiran rakyat haram dari Filipina dikatakan semakin membeban serta menakutkan rakyat setempat. Namun, apakah yang boleh dilakukan, selagi UMNO dan BN terus berkuasa !!
Jika di Sabah, ia mungkin dianggap fenomena biasa. Malahan wajah rakyat haram Filipina di sana juga dilihat
"saling tak tumpah" seperti penduduk tempatan. Namun, apa yang ingin kami bongkarkan ini ialah perihal rakyat haram yang semakin ramai mendiami
"bumi Pahang" ini. Sebelum ini memang kita sudah mendengar tentang rakyat haram yang jumlahnya mencecah ribuan dipelihara dan mendiami kawasan perkampungan dekat Sungai Miang di Pekan. Khabarnya mereka itu kebanyakannya datang dari Myanmar, dan diberikan kad pengenalan. kediaman yang selesa malahan juga elaun bulanan sara hidup. Tugas mereka hanyalah satu, iaitu mengundi BN (Najib Razak) setiap kali musim pilihanraya. Kini mereka hidup selesa di perkampungan haram yang didirikan oleh kerajaan di sana. Malah, kehidupan mereka juga lebih selesa daripada orang asli dan sesetengah rakyat tempatan. Bukti jelas dilaporkan oleh rakan-rakan di sana terutaman pihak jabatan kesihatan bahawa majoriti penduduk di situ
tidak mempunyai tanda BCG pada lengan mereka. Ini menjelaskan lagi bahawa mereka adalah
"rakyat haram" yang dijaga oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan pilihanraya. Kes di Sungai Miang ini memang sudah tidak dapat diselindungkan lagi, kerana ia sering diwar-warkan di media alternatif sebelum ini. Malah, biarpun isu itu sudah berlarutan sejak sekian lama. Namun, ia terus dipekakkan telinga oleh Ahli Parlimen Pekan yang kini bergelar Perdana Menteri Malaysia iaitu
Dato' Seri Najib Tun Razak. Atas iniseatif Najiblah projek
"rakyat haram" itu dipercayai semakin berleluasa dan amat membimbangkan. Ini jelas membuktikan UMNO telah menjual negara ini untuk kepentingan politik dan kuasa mereka tanpa memikirkan akibatnya kelak !!.
Namun, paparan yang ingin dilaporkan ini bukanlah di
Sungai Miang Pekan. Pendedahan ekslusif ini ialah berkaitan dengan penempatan
"rakyat haram" di dalam kawasan Kuantan sendiri. Ia berlaku di kawasan perkampungan
Chendering dan Permatang Badak dekat sini. Kami difahamkan
"rakyat haram" dari Kemboja kini telah dipunggah dengan ramai untuk mendiami kawasan kampung yang dulunya didiami oleh orang tempatan. Jumlah mereka kini dipercayai sudah menghampiri angka yang cukup besar dan menggerunkan. Adalah difahamkan, usaha membawa masuk dan memunggah rakyat Kemboja yang begitu ramai ke kawasan ini dilihat sebagai langkah persediaan menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti. Lebih mengecewakan lagi, pihak terbabit dengan kerjasama pejabat tanah telah mengusir penduduk tempatan yang mendiami kawasan kampung itu sejak puluhan tahun yang lampau. Alasan yang diberikan kerana mereka mendiami
"tanah haram". Sebaliknya, mereka pula memasukkan
"rakyat haram" bagi menggantikan penduduk tempatan. Lebih menyedihkan ada sesetengah mereka yang sebelum ini mempunyai dua, tiga buah rumah yang disewakan dulu oleh
"rakyat haram" terbabit. Namun, selepas mendapat
"greenlight" daripada pihak terbabit, akhirnya
"rakyat haram" itu pula menghalau pemilik rumah berkenaan. Kini, warga emas rakyat tempatan itu pula
"merempat dibumi sendiri" dan tidak ada lagi tempat tinggal selepas dihalau oleh
"rakyat haram kemboja" itu. Kejadian ini sungguh menyayatkan hati kita sebenarnya. Amatlah zalim, rakyat tempatan diusir oleh pihak berkuasa sedangkan rakyat haram dibenarkan menghuni rumah-rumah yang telah dikosongkan itu. Bermula dengan menyewa rumah, akhirnya mereka mengambilalih terus kediaman terbabit. Semua ini kerana arahan daripada pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa untuk menjaga mereka sebenarnya.
Justeru itu, kami akan mendedahkan lebih lanjut tentang kes ini serta membongkarkan penyelewengan jelas yang amat nyata ini. Ia menggambarkan kepada kita betapa kemaruknya UMNO dan Barisan Nasional untuk terus berkuasa. Mereka sudah tidak percayakan lagi rakyat tempatan dan terpaksa menggunakan
"rakyat haram" untuk meneruskan
"talian hayat" pemerintahan mereka kelak. Difahamkan juga,
"rakyat haram" ini, masih dalam tempoh
"bertenang dan pemantauan" serta tidak diberikan kad pengenalan lagi. Mungkin beberapa bulan menjelang pilihanraya barulah mereka akan menerima semua itu, selepas melihat kesetiaan mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional. Walau bagaimana sekali pun, mereka bebas menjalankan aktiviti masing-masing dan tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa kerana mempunyai
"surat kebenaran khas". Malah, surat rasmi itu juga boleh digunakan di klinik dan hospital setiap kali mereka dan keluarga menerima rawatan perubatan. Mereka tidak perlu membayar walau satu sen pun, malah anak-anak mereka yang lahir disini juga telah diberika surat beranak sama seperti rakyat tempatan. Jika dulu, surat beranak terpaksa ditahan selagi mereka tidak menunjukkan dokumen yang sah. Namun kini, arahan pihak atasan maka ia dilepaskan sama seperti kelahiran anak-anak rakyat tempatan yang lain juga.
[Rakyat tempatan perlu bangkit dan menghalang perkara ini terus berlaku !! Jika tidak sudah pasti kebanjiran "rakyat haram" akan menjadi fenomena biasa di negeri ini. Satu langkah wajar perlu diambil bagi mendesak kerajaan menjalankan siasatan rapi atas kes ini. Pun begitu, tiada gunanya mengharapkan kerajaan menyiasat perkara ini kerana merekalah yang memberi izin itu semua. Kes yang berlaku ini sebenarnya memang banyak terjadi di seluruh negara. Cuma ia tidak dapat didedahkan kerana pihak yang berkenaan tidak mempunyai cukup bukti. Namun, percayalah yang perkara "pelik" seperti ini akan terus berlaku jika UMNO dan Barisan Nasional dibiarkan mengekalkan kuasa. Maka itu, ayuh! bangkitlah rakyat yang prihatin terutamanya generasi muda untuk menyedarkan rakyat yang masih dibutakan mata dan hati untuk terpaksa mengundi BN dalam setiap kali musim pilihanraya. Lakukan tindakan dan pastikan kerajaan yang durjana seperti ini ditumbangkan, bagi membolehkan negara ini tidak terjual kepada rakyat asing. Tiada gunanya mereka terus mengalunkan lagu "Warisan: Anak Kecil Main Api", jika mereka sendiri sebenarnya yang telah mengadaikan negara].