script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Ulamak Sertai UMNO, Dr.Asri Wajar Pertimbang Semasak-Masaknya Sebelum Menjadi Syaitan Bisu Yang Dicucuk Hidung Dalam UMNO !

Ulamak tersohor dan Mantan Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri Zainul Abidin digesa membuat pertimbangan dengan semasak-masaknya atau membuat solat Ishtiharah sebelum mengambil keputusan untuk menyertai parti politik yang bernama "UMNO". Ini kerana, jika beliau tersalah langkah sudah pasti nasibnya juga akan menjadi seperti Jamil Khir Baharom, Dr.Mashitah Ibrahim, Imam Pirdaus Ismail dan ramai lagi pendakwah bebas yang tersilap membuat perhitungan itu. Lebih baik beliau menjadi pendakwah bebas daripada membuat keputusan menyertai UMNO, jika tidak mahu dirinya digelar "syaitan bisu" seperti mereka yang terdahulu. Dr.Asri diketahui begitu lantang dalam mempertahankan prinsipnya, malah beliau banyak menimbulkan kontroversi malah ada beberapa negeri yang menghalang beliau daripada menyampai kuliah dan tazkirah di negeri terbabit. Malah, di Pahang ini juga nama Dr.Asri telah disenaraihitamkan "blacklist" sama seperti pemimpin pembangkang yang lain. Apakah beliau merasakanya, dengan menyertai UMNO maka segala masalah ummah akan selesai?. Sedangkan kini jelas dapat dilihat ulamak-ulamak dalam UMNO yang dikunci mulut dan dibutakan mata untuk menyatakan kebenaran. Malah, ada ulamak yang sanggup menghina Islam hanya kerana kuasa yang ada ditangan mereka. Masih kita ingat Dr.Mashitah mengatakan "melacur dalam keadaan darurat dibolehkan dalam Islam" dan "kalau potong tangan zalim, sepatutnya orang mencuri diberikan kerja oleh kerajaan". Semua kenyataan terbabit jelas mempersendakan hukum Allah yang telah termaktub dalam Al-Quran itu sendiri. Bahkan, ulamak UMNO jelas tidak berani mengeluarkan kenyataan untuk mengharamkan rasuah pilihanraya, judi bola serta mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kerajaan biarpun jelas ia bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.

[Kami juga terkejut dengan laporan UMNO Online bahawa Dr.Asri bersama ulamak berkelulusan tinggi termasuk PhD akan menyertai UMNO Jumaat depan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof itu mengatakan Asri dan ulamak lain akan sertai UMNO menerusi cawangan Dataran Merdeka dan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Soalnya sekarang, apakah benar laporan tersebut atau hanya "omongan kosong" UMNO bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka sudah diterima oleh golongan ulamak. Apakah rakyat boleh percaya dan gusar dengan kenyataan ini. Jika benar ulamak itu terdidik dan berjiwa Islam pasti mereka tidak sanggup menjadi "syaitan bisu" dalam UMNO. Tambahan pula jika mereka mempunyai PhD. Mungkin ulamak yang dimaksudkan itu adalah "ular dalam semak" yang mengintai peluang untuk mendapat habuan dengan menyertai UMNO agaknya. Inilah yang menjadi kemusykilan kita sekarang ini. Jika benar-benar individu itu ulamak, pasti mereka takut untuk bersama parti yang berteraskan kebangsaan semata-mata tanpa menjadi Islam sebagai landasan perjuangan mereka sebenarnya. Maka, apakah benar ura-ura itu agaknya].
Share:

Edisi Pahang: Penduduk Desak Plaza Tol Di Bina Di Pekan Tajau Untuk Beri Kemudahan Rakyat !!

MARAN, 21 Jun - Kerajaan Negeri Pahang digesa mendesak pengendali projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT), MTD Capital Sdn Bhd agar membina satu link keluar di kawasan Pekan Tajau dekat sini. Tinjauan kami mendapati banyak rungutan yang diterima daripada penduduk dikawasan berkenaan yang terpaksa mengambil laluan yang agak jauh untuk berpatah balik ke kawasan mereka jika melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pada masa ini penduduk di kawasan berkenaan yang ingin menggunakan LPT ke Kuantan perlu melalui jarak yang jauh ke Pekan Maran untuk masuk menerusi Plaza Tol Maran. Begitu juga bagi mereka yang ingin ke Kuala Lumpur, terpaksa ke Maran atau ke Plaza Tol Chenor menggunakan jalan lama untuk menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Jarak antara Plaza Tol Chenor dan Maran adalah agak jauh untuk kemudahan penduduk di kawasan berkenaan. Memandangkan kemudahan Plaza Tol yang lain didirikan di jalan-jalan utama, maka sudah sepatutnya Plaza Tol dibina di jalan terbabit. Untuk makluman jalan Pekan Tajau banyak digunakan oleh para penduduk yang ingin ke Felda Jengka 5, Jengka 4, Jengka 6, Jengka 7, Jengka 2, Jengka 3, Hulu Jempul, Kuala Sentul, Kg.Jara, Pejing, Kg.Sentosa dan sebagainya. Kesemua kawasan terbabit terletak dalam kawasan DUN Kuala Sentul dan juga DUN Chenor. Maka itu, kami juga mendesak ADUN kawasan terbabit iaitu Dato' Tan Aminuddin Ishak (kiri bawah) dan Dato' Shahaniza Samsuddin (kanan bawah) memainkan peranan ini.


Dua wakil rakyat ini perlu main peranan desak MTD Capital Sdn Bhd
membina link keluar LPT di Pekan Tajau untuk kemudahan rakyat


Kedudukan tapak dibandingkan dengan lokasi plaza tol LPT yang lain

[Sudah agak lama penduduk mengharapkan link keluar di Pekan Tajau itu, namun sehingga ke hari ini ia masih belum menjadi kenyataan. Ramai penduduk yang mengeluh kerana terpaksa melalui jalan yang jauh jika ingin ke kawasan terbabit. Bayangkan mereka terpaksa keluar di Plaza Tol Maran jika datang dari arah Kuantan dan Plaza Tol Chenor jika datang dari arah Kuala Lumpur. Jika dikatakan jarak antara Plaza Tol Maran dan Chenor terlalu dekat, maka apa bezanya dengan jarak Plaza Tol Chenor dengan Temerloh?. Jaraknya lebih dekat dari itu sebenarnya. Maka adalah wajar untuk kepentingan rakyat dikawasan terbabit, satu link keluar LPT di Pekan Tajau haruslah dibina segera].
Share:

Panas: SPR Semakin Mengarut, Kes Parlimen Batu Mahu Tunggu Surat Rasmi Speaker Untuk Adakan Pilihan Raya Tapi Di Kedah & Perak Lain Jadinya !

Apa sudah jadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebenarnya?. Makin ditegur oleh rakyat maka semakin menjadi-jadi pula tindak tanduk mereka sekarang ini. Terbaru, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar (foto) mengatakan mereka akan menunggu surat dari Speaker Dewan Rakyat sama ada akan mengiksytiharkan kerusi Parlimen Batu yang diwakili oleh Tian Chua (PKR) kosong atau tidak. Bahkan, SPR juga tidak teragak-agak akan mengadakan pilihanraya kecil di kawasan itu biarpun wakil rakyat kawasan terbabit dibebaskan daripada hukuman, selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan dendanya kepada RM2,000 akibat menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007 lalu. Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Wan Ahmad berkata bahawa hanya Dewan Rakyat boleh membuat keputusan sama ada kerusi Parlimen Batu perlu dikosongkan atau sebaliknya. Malah beliau juga berjata SPR hanya menunggu makluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat bagi membuat sebarang keputusan dan tindakan. Soalnya sekarang, kenapa dalam hal Parlimen Batu, Wan Ahmad dengan bangganya menyatakan hanya Dewan Rakyat yang boleh membuat keputusan dan beliau menunggu surat rasmi daripada pihak terbabit. Persoalannya sekarang, kenapa dalam kes kekosongan kerusi DUN di Perak SPR tidak mahu merujuk kepada surat yang dihantar oleh Speaker Dewan Undangan Negeri ketika itu. Kenapa bila menerima surat rasmi SPR pula menjadi hakim untuk mengkaji kesahihan surat tersebut dan sebagainya. Kenapa SPR begitu berani mempertikai keputusan Speaker DUN. Begitu juga di Kedah, biarpun Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah sudah memaklumkan perihal kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh. Anehnya, SPR pula tiba-tiba memberikan begitu banyak alasan bagi melaksanakan pilihanraya kecil di sana. Namun, dalam kes Parlimen Batu nampaknya SPR begitu berselera untuk mengadakan pilihanraya kecil. Apakah dek kerana kerusi itu milik pembangkang? Maka mereka terpaksa akur dengan arahan pihak atasan supaya diadakan pilihanraya kecil?. Sedangkan dalam kes DUN di Perak dan Kedah ia milik BN, maka mereka khuatir akan kehilangan kerusi tersebut. Inilah yang kita musykilkan sekarang. SPR sebenarnya bekerja untuk siapa?. Untuk rakyat atau untuk kerajaan UMNO BN sebenarnya.

[Apa yang menariknya, Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen iaitu Nazri Aziz sendiri pernah mengeluarkan kenyataan supaya Tian Chua meneruskan khdimatnya. Bagi beliau Tian Chua masih Ahli Parlimen Batu yang sah kerana denda RM2,000 tidak akan menyebabkan dia hilang kelayakan melainkan RM2,001 barulah dia akan dilucutkan jawatan tersebut. Anehnya, ada pula Ahli Parlimen Pembangkang iaitu Karpal Singh yang menyokong agar Tian Chua dilucutkan jawatannya. Apakah DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan PKR dalam kes ini?. Karpal wajar bertindak adil dengan merujuk kepada kepimpinan tertinggi parti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Memang kita tahu beliau kini bebas selepas menang kes hina Sultan Perak itu, jika tidak beliau juga akan terlucut jawatannya sebelum ini. Apapun yang terjadi, jika pilihanraya kecil diadakan di Parlimen Batu maka sudah pasti BN akan tewas dengan majoriti yang lebih besar kerana disitu adalah kawasan panas dalam bandar yang kini ditakluki oleh Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12 lalu].
Share:

Md Bakke Salleh Tidak Layak Terajui Sime Darby !!

Perlantikan Mohd Bakke Salleh menerajui Sime Darby amatlah mengejutkan. Tambahan pula beliau bukanlah orang yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut. Perlantikkannya jelas sekali merupakan satu penghinaan kepada syarikat konglomerat yang telah rugi berbilion ringgit itu. Mengikut rekod dan sejarah, Bakke Salleh telah gagal ketika menerajui Tabung Haji dan kemudian terbaru beliau antara orang yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian Felda Holdings. Soalnya, kenapa beliau dilantik menerajui Sime Darby pula. Apakah motifnya?. Adakah kerana beliau itu sahabat karib BN (Bini Najib) si Rosmah Mansor?. Tunggu pendedahan eksklusif PDO
Share:

Kontroversi Bicara Kes Liwat II, Si Hakim Zabidin Sekali Lagi Jadi Penghalang Tertegaknya Keadilan

Nampaknya harapan rakyat untuk melihat satu perbicaraan yang adil dan saksama terhadap kontroversi kes liwat II nampaknya tidak mungkin menjadi kenyataan. Bahkan, kini kita hanya mampu berserah kepada takdir semata-mata, dan tiada harapan lagi untukan melihat kebenaran itu ditegakkan dalam kes liwat penuh sensasi antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan. Apa tidaknya, segala apa yang diperlukan oleh barisan peguam Anwar untuk membela nasibnya itu semuanya dihalang oleh hakim yang arif lagi bijaksana. Bermula dengan laporan polis Saiful, kemudian sample serta salinan dokumen bahan bukti, nama-nama saksi dan macam-macam lagi. Terbaru, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang dibuat terhadap Saiful dulu. Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan. Selain itu, peguam-peguam Anwar juga dihalang untuk mendapatkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual terhadap kes seperti itu. Malah pihak pembelaan juga mungkin dihalang untuk mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful iaitu Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng. Biarpun ia adalah kelaziman dalam mana-mana kes seprerti ini dulu. Akibat halangan tersebut menyebabkan doktor forensik yang dibawa khas dari Australia bagi pihak Anwar iaitu Dr.David Wells mungkin tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan. Segala halangan yang berlaku ini seolah-olah mengesahkan lagi kepada kita bahawa kerajaan UMNO BN memang bersungguh-sungguh mahu mencampakkan Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh dalam masa terdekat ini. Lantaran itulah kita tidak hairan "skrip yang sama" terpaksa diberikan kepada hakim bicara Zabidin Mohd Diah agar menggunakan kuasanya untuk memastikan Anwar gagal dalam segala usaha pembelaan kali ini. Bukankah ini satu kezaliman dan penganiayaan buat tertuduh sedangkan beliau mempunyai hak untuk mendapatkan segala yang berkaitan sebenarnya. Apakah ini satu perbicaraan yang adil buat seseorang yang dituduh dalam kes seperti ini. Jika ia berlaku kepada orang lain, kemungkinan besar segala dokumen tersebut akan diperolehi dengan mudah. Tambahan pula, ia menjadi asas dan kekuatan untuk mana-mana peguambela tertuduh membuat pembelaan. Namun, ini tidak berlaku kepada Anwar dan beliau terpaksa berhadapan dengan satu perbicaraan yang jelas sekali "berat sebelah".

Rayuan Di Dengar Pada 26 Jun, Bicara 14 Julai


Sementara itu rayuan Anwar berhubung akses kepada kenyataan Saiful, ditetapkan pendengarannya di Mahkamah Rayuan, Jumaat depan. Seorang daripada peguam Anwar, S.N.Nair (foto) ketika dihubungi, berkata mereka dimaklumkan mengenai tarikh pendengaran itu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan, semalam. Anwar, 62, membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei menolak permohonannya mendapatkan kenyataan Mohd Saiful. Beliau mahu pendakwaan memberikan kenyataan saksi Saiful, kerana beliau mendakwa bahawa terdapat perbezaan antara testimoni Saiful dan tuduhan liwat yang dibuat terhadap Anwar. Pembelaan berpendapat bahawa Saiful telah menyebut bahawa dakwaan liwat berlaku tanpa kerelaan tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, hubungan seksual atas kerelaan. Perbicaraan bersambung semula pada 14 Julai 2010 ini.

[Apalah lagi yang boleh diharapkan kepada mahkamah, jika awal-awal lagi kita sudah melihat petanda yang Anwar pasti akan kalah mudah dalam perbicaraan kes liwat II kali ini. Bergembiralah Saiful Bukhari Azlan, kerana beliau menentang Anwar dengan seluruh kekuatan jentera kerajaan yang sudah siap sedia untuk memastikan dirinya
"menang bergaya". Inilah juga yang berlaku dalam pilihanraya di negara ini, pembangkang terpaksa berhadapan dengan bermacam halangan untuk mencipta satu kejayaan yang cuba dinafikan. Soalnya sekarang, apakah Ketua Pembangkang itu juga bakal berhadapan dengan tindakan yang sama kali ini. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayahnya kepada mereka-mereka yang cuba untuk bertindak zalim ini].
Share:

Edisi Pahang: Seorang Warga Emas Maut Akibat Kemalangan Di KM10 Jalan Gambang Pagi Tadi !!

KUANTAN, 18 Jun [4.20 pm] - Seorang wanita terbunuh selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah bas dalam satu kemalangan di kilometer 10, Jalan Kuantan-Gambang, di sini pagi tadi. Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, Maimun Abdullah, 64, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu, Suharto Wiryadi, 53, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, ketika kejadian, kereta yang dipandu Maimum dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Gambang. "Kenderaan berkenaan yang berada di lorong kiri jalan dipercayai masuk ke lorong kanan jalan sebelum dirempuh dari arah belakang oleh sebuah bas yang menuju ke Bahau dari laluan yang sama," katanya. Beliau berkata bas yang membawa 20 penumpang itu kemudian mengheret kereta tersebut sehingga ke pembahagian jalan dan melanggar beberapa batang pokok sebelum kedua-dua kenderaan terbalik di jalan bertentangan. Kesemua penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar. Seorang penumpang bas, Saniah Jahari, 46, berkata, beliau melihat kereta itu cuba mengelak pelepah pokok yang terjatuh di atas jalan sebelum memasuki laluan di hadapan bas berkenaan.

[PDO mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan terbabit. Jika benar mangsa mengelak pelepah pokok yang terjatuh di atas jalan, maka ternyata ia sungguh malang sekali. Pihak yang terbabit perlulah mengambil tindakan tegas dalam hal ini. Ke mana perginya pemantauan yang dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan selama ini. Bukankah mereka mempunyai unit khas untuk menebang pokok dan dahan-dahan yang boleh menganggu lalu lintas. Apa yang berlaku kepada mangsa harus dijadikan tauladan kepada semua pihak. Paling penting, sebelum memasuki lorong bersebelahan sila gunakan cermin sisi untuk melihat sama ada kenderaan lain ada atau tidak dilaluan tersebut].
Share:

Malangnya Nasib Rakyat 1 Malaysia Spesis UMNO BN, Biar Pun Ditipu Berkali-Kali Tapi Masih Mahu Memperhambakan Diri Kepada Parti Karat Itu !!

Apalah malangnya nasib rakyat Malaysia spesis UMNO BN, terpaksa menerima segala apa jua yang dilakukan oleh kerajaan biarpun tanpa kerelaan mereka. Sebelum ini kita diwar-warkan dengan isu pemberian lesen judi bola kepada Vincent Tan, kemudian isu itu disunyikan seketika dengan berbagai alasan yang diberikan oleh kerajaan. Walhal, menteri berkaintan telah mengumumkannya sebelum itu. Selepas melihat bantahan besar-besaran rakyat, maka barulah mereka sedar akan kesilapan tersebut dan mahu mendapat komen rakyat sebelum melaksanakannya. Kenapa sebelum mengumumkan, pandangan rakyat tidak dibuat terlebih dahulu. Inilah contoh betapa bijaknya pemimpin UMNO BN yang memerintah negara hari ini. Kemudian timbul pula isu kekurangan gula dipasaran sehingga menyebabkan isu boikot penjualan gula secara besar-besaran akan dilakukan di seluruh negara. Tiba-tiba menteri berkaitan campurtangan dan akhirnya ia dapat diselesaikan. Itupun masih menjadi tandatanya, apakah harga gula akan naik dalam masa terdekat ini. Rasionalnya, kekurangan gula yang berlaku sejak dulu lagi sememangnya merupakan satu taktik kotor pihak terbabit untuk mendesak kerajaan menaikkan harga siling barangan keperluan tersebut. Banyak lagi isu-isu panas yang membuatkan rakyat tertanya-tanya, apakah ini contoh terbaik sebuah kerajaan?. Jika di Jepun, pasti sudah lama Perdana Menteri atau Menteri berkenaan letak jawatan. Tapi, dek kerana di Malaysia semuanya boleh belaka. Mereka langsung tidak mahu mengutamakan rakyat terlebuh dahulu dalam menentukan sesuatu keputusan. Sedangkan Perdana Menteri Najib Razak sendiri sering melaungkan "rakyat didahulukan" dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Namun, ternyata segala yang diwar-warkan itu hanyalah omongan kosong dan sekadar retorik politik semata-mata. Sebaliknya, yang lebih didahulukan ialah kroni-kroni dan proksi mereka yang bakal mengaut keuntungan berlipat ganda dengan projek dan program yang dirancang itu sebenarnya. Akhirnya, kita sebagai rakyat akan terus tertipu dan ditipu oleh mereka ini. Anehnya, masih ada rakyat yang buta mata dan hati untuk terus menyokong "puak-puak ini".

[Mereka semua ini seolah-olah menganggap pemimpin UMNO sudah sama macam "tuhan", tiada UMNO makan mereka akan hidup "lapar kebulur" dalam negara ini. Mereka yakin dan beriktikad bahawa hanya UMNO yang layak jadi kerajaan di negara ini. Sebab itulah, biarpun mereka sama-sama ditipu mereka rela dan menerimanya dengan rehda. Inilah masalah yang berlaku dalam negara kita. Jika perubahan minda ini tidak dilakukan, maka sukarlah bagi mereka yang mahukan perubahan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini. Inilah kepercayaan mereka sejak dulu, kini dan selamanya!. Anehnya, bila kerajaan UMNO BN naikkah harga minyak, harga barangan keperluan harian serta macam-macam lagi maka mereka jugalah yang merungut dan tidak berpuas hati. Tetapi bila tiba masa pilihanraya maka UMNO BN juga yang dipangkah, akibat mendapat sedikit habuan dan imbuhan rasuah yang disajikan kepada mereka. Dulu, kini dan selamanya mereka akan terus ditipu !!].
Share:

DAP Perak Bakal Menyaman Dua ADUN Lompat Yang Sanggup Khianat Rakyat Untuk Jadi Bebas

DAP mungkin mengambil tindakan undang-undang ke atas dua ADUN dari parti itu yang berpaling tadah dan mengumumkan diri mereka sebagai ahli Bebas.Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham (foto) berkata pihaknya akan bertindak jika kedua-dua mereka tidak membayar bayaran pampasan RM5 juta setiap seorang seperti yang termaktub dalam perjanjian yang mereka tandatangani selepas memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum 2008. Keputusan itu diambil berikutan pengumuman mengejutkan semalam apabila Keshvinder Singh (Malim Nawar) mengumum meninggalkan parti itu. Beliau adalah ADUN kedua DAP yang berbuat demikian selepas Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) berbuat demikian pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tumbang. Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, hari ini, Ngeh menjelaskan semua perwakilan DAP di negeri itu diwajibkan menandatagani perjanjian yang hampir sama selepas pilihan raya Mac 2008. "Mereka telah bersetuju bahawa jika mereka meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai ahli Bebas, mereka terpaksa membayar RM5 juta kepada parti,” kata Ngeh yang juga ahli parlimen Beruas. Ngeh berkata keputusan muktamad berhubung tindakan undang-undang itu akan diputuskan oleh jawatankuasa pusat DAP yang dijadualkan bermesyuarat akhir bulan ini.

[Tindakan ini amatlah tepat dalam situasi sekarang. Ia sekurang-kurangnya dapat mengajar mana-mana wakil rakyat yang cuba untuk khianat kepada mandat yang diberika oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Namun, apakah penguatkuasaan tindakan tersebut dapat dilaksanakan terhadap ADUN pembangkang yang melompat ke BN. Sudah pasti segala kekuatan akan digunakan untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku. Malah, pucuk pimpinan tertinggi BN sudah pasti akan memainkan peranan penting untuk memastikan kesemua ADUN lompat itu selamat daripada sebarang tekanan. Inilah masalah yang sebenarnya nanti].
Share:

Panas: Seorang Lagi ADUN DAP Perak Keluar Parti

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh (foto), dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu. Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat. Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, hari inji. Pada PRU-12 lalu, Keshvinder Singh mengalahkan calon BN Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi. Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh BN manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

[Nampak benar Keshvinder telah disogok oleh puak-puak UMNO BN yang dipimpin oleh Zambry Kadir. Mungkin jumlahnya juga lebih besar daripada apa yang diterima oleh tiga ADUN lompat sebelum ini. Soalnya sekarang, kenapa ia terjadi tatkala ura-ura tiga ADUN BN mahu sertai Pakatan Rakyat di Perak?. Zambry melakukan ini bagi memastikan mereka tidak tewas biarpun tiga ADUN BN terbabit dikatakan memang benar akan sertai PKR. Jika mengikut percaturan biasa jumlah ADUN Pakatan ialah 28 orang dan jika tiga ADUN BN sertai mereka maka akan menjadi 31. Manakala itu ADUN BN pula akan berkurangan 27 dan dicampur dengan tiga ADUN lompat maka jumlahnya ialah 30 orang. Maknanya Pakatan Rakyat akan mendahului dengan majoriti tipis 1 ADUN. Ternyata jika ini berlaku, sudah pastu DUN terpaksa dibubarkan oleh Zambry Kadir. Maka itulah beliau terpaksa membeli seorang lagi ADUN DAP yang memang sudah lapar untuk mendapat habuan yang dijanjikan. Bagi Zambry, apapun yg berlaku BN akan mendapat majoriti 1 ADUN mengatasi Pakatan Rakyat. Justeru itulah kita tidak hairan Keshvinder melompat parti atas alasan yang tidak masuk akal iaita kononnya kecewa ADUN Pakatan Rakyat lebih banyak berpolitik daripada menjalankan tugas mereka. Sepatutnya beliau cerminkan dirinya sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain. Realitinya, memang benar beliau telah mendapat habuan yang dinyatakan dan alasan itu hanya rekaan beliau semata-mata berdasarkan skrip yang telah disediakan oleh puak UMNO BN di Perak itu sendiri sebenarnya].
Share:

Bola Piala Dunia: Jerman Tewaskan Australia 4-0

DURBAN 14 Jun [7.03 am] - Jerman menunjukkan persembahan terbaik dalam Piala Dunia setakat ini apabila membelasah Australia 4-0 untuk mengungguli Kumpulan D sekali gus memberi amaran kepada pasukan lain. Dua gol pada setiap separuh masa hasil jaringan Lukas Podolski, Miroslav Klose, Thomas Mueller dan pemain gantian Cacau hasil asakan sepanjang 90 minit memaksa Socceroos bertahan sepanjang perlawanan berlangsung. Australia terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Tim Cahill dibuang padang pada minit ke-56 setelah mengasari Bastian Schweinsteiger ketika kedudukan 2-0. Ini merupakan kad merah keempat daripada lapan perlawanan dan merupakan kad merah secara terus yang pertama dilayangkan. Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D sebelumnya, Ghana menewaskan Serbia 1-0 di Pretoria.

[Biar pun banyak pasukan pilihan yang dilihat bakal menjuarai pertandingan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan kali ini, namun kemenangan yang dicapai oleh Ghana dan terdahulu oleh Korea Selatan terhadap Greece. Kemenangan pasukan dari Asia dan Afrika itu sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk pasukan lain lebih cemerlang selepas ini. Cuma apa yang merungsingkan kita ialah perlawanan pertama bolasepak Piala Dunia yang bermula jam 7.00 malam menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia meninggalkan solat Maghrib terutamanya bagi mereka yang menyaksikannya di luar rumah (skrin besar). Bukan sahaja Maghrib hanyut, malah dek kerana sayang untuk tinggal tempat duduk terkadang Isyak pun boleh hanyut dibuatnya. Oleh itu, pastikan keluarga anda tidak lalai dengan menonton bola hendaknya!].
Share:

Panas: Israel Ganas ! Serang Aktivis Kemanusiaan Gaza Tanpa Senjata, Apa Bezanya Pihak Polis Kita Yang Sanggup Menggempur Rakyat Tanpa Senjata

Kita terkejut mendengar tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan tentera Israel menggempur dua buah kapal yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini. Tindakan ganas rejim Zionis itu bukan sahaja menyebabkan manusia di seluruh dunia mengutuk Israel, malah terbaru kerajaan Mesir pula bersedia membuka sempadannya untuk dijadikan laluan penghantaran bekalan bantuan kemanusiaan. Itu pun selepas sekian lama dilihat bersekongkol dengan Israel sebelum ini. Ramai yang kecewa dan mengganggap tindakan tentera Israel menyerang dan menawan aktivis keamanan yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza itu. Malah tidak kurang juga yang mengutuk dan mendakwa, tindakan Israel itu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Memang benar, keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel itu amatlah tidak masuk akal dan boleh dimaafkan sama sekali. Tambahan pula, kesemua aktivis terbabit sebenarnya melakukan tugas yang luhur dan murni, mahu memberi bantuan kepada penduduk Gaza yang kini dibelenggu dengan berbagai masalah dan kesengsaraan. Makanya, tidak wajar Israel menghalang misi tersebut. Halangan yang dibuat itu bermakna, Israel sengaja mahu memastikan rakyat Gaza terus tersiksa dan tertekan akibat kekurangan segalanya. Tambah mengejutkan lagi apabila tentera Israel yang menyerang kapal yang membawa aktivis terbabit iaitu Mavi Marmara dan Rachel Corrie, langsung tidak dapat membezakan antara misi bantuan atau ingin berperang. Aktivis yang tidak bersenjata itu telah diberi pelbagai tekanan malah ada juga yang ditembak sesuka hati oleh mereka. Alasan yang diberikan, kononnya kapal terbabit turut membawa beberapa orang pengganas yang akan menyerang Israel.

Apa Bezanya FRU Serang Rakyat Tanpa Senjata

Jika itulah alasannya, maka kenapa kerajaan Malaysia dan rakyat terutamanya puak-puak UMNO BN tidak membuat bantahan yang sama terhadap keganasan dan tindakan yang dilakukan oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terhadap rakyat negara ini sendiri. Bukankah mereka melakukan "misi kemanusiaan" yang sama seperti "Misi Ke Gaza". Cuma bezanya, misi rakyat adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara terhadap beberapa isu besar yang dipercayai menindas mereka seperti isu manusuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kembalikan kedaulatan bahasa Melayu dalam pembelajaran Sains dan Matematik (PPMSI) serta kembalikan erti demokrasi dalam sebuah pilihanraya yang adil dan telus (BERSIH). Perhimpunan aman yang disertai ribuan rakyat itu bukan sahaja diharamkan, malah mereka juga diperlakukan seperti binatang. Tidak cukup dengan tendang, terajang, pukul malah lebih dasyat lagi mereka menyembur gas pemedih mata dan water canon untuk menghalang kemaraan rakyat. Soalnya sekarang, adakah rakyat membawa senjata ketika perhimpunan aman itu dilakukan?. Maka, kenapa pihakpolis sanggup menggempur mereka dengan membuta tuli?. Siapa yang memberi arahan?. Tidak bolehkah pihak polis menjaga keselamatan rakyat yang turun dari seluruh pelusuk negara. Mengawal lalu lintas dan perarakan yang dilakukan?. Anehnya, bila perhimpunan melibatkan puak-puak UMNO BN pandai pula pihak polis terutamanya FRU mengawal keadaan. Tidak ada kekasaran hatta semburan gas dan water canon dilakukan oleh mereka. Bukankah ini juga satu tindakan ganas dan tidak berperi kemanusian terhadap rakyat sendiri. Apa yang dilakukan ini samalah seperti tentera Israel yang zalim kerana menyerang kedua-dua kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.


Cuba lihat.... rakyat tanpa senjata diperlakukan sesuka hati oleh FRU


FRU tembak gas pemedih mata bagi halang rakyat hantar memorandum


Mereka sanggup halang rakyat hantar memorandum ke Istana Negara

Terkadang perkara ini tidak disedari oleh kita. Namun, bila kita kaji betul-betul senario ini bukankah ia hampir sama. Cuma misi kemanusiaan ke Gaza itu bersifat antarabangsa dan misi hantar memorandum ke Istana Negara itu isu dalaman kita. Apapun, hakikatnya tetap sama iaitu polis Malaysia terutamanya FRU bertindak ala-ala tentera Israel itu sebenarnya. Apakah ini bermakna pihak polis kita meniru Israel. Maka benarlah bagai apa yang dikatakan Anwar One Malaysia itu sama dengan One Israel !

FRU Perlu Kawal Perhimpunan Rakyat 3 Julai Ini

Susulan daripada satu lagi perhimpunan aman yang dijadualkan bakal diadakan pada 3 Julai 2010 ini, makanya kita mencabar supaya pihak polis terutamanya FRU bertindak profesional dan tidak menggempur rakyat yang datang untuk membantang kelulusan lesen judi bola kepada Vincent Tan. Perhimpunan yang dinamakan Gerakan Mansuhkan Judi (GMJ) itu dijadualkan bakal menghimpunkan ribuan rakyat dari seluruh negara yang kecewa dengan tindakan kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak. Biarpun terdapat beberapa kenyataan kononnya pemberian lesen judi bola itu masih dalam kajian dan kerajaan mahu mendengar suara rakyat terlebih dahulu. Namun, ramai yang tidak percaya dan yakin dengan kenyataan "putar belit" kerajaan itu sebenarnya. Tambahan pula "tokey judi" berkenaan juga telah memaklumkan sebelum ini bahawa mereka telah mendapat kebenaran untuk tujuan tersebut. Maka dengan ini, ia boleh dijadikan landasan apakah tindakan pihak polis pada kali ini. Sudah pasti mereka akan mengeluarkan kenyataan bahawa akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dengan perhimpunan tersebut. Malah, mereka juga akan mengharamkan perhimpunan aman itu dan seperti biasa menggempur rakyat yang tidak bersenjata dan hanya mahu bersama-sama menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong itu nanti. Apapun, sama-samakita tunggu dan lihat. Jika mereka melakukan tindakan yang sama, bermakna benarlah polis Malaysia sama sahaja dengan tentera Israel yang sanggup menggempur aktivis kemanusiaan yang tidak berdosa.


Apakah adengan ini dapat kita kita saksikan lagi 3 Julai ini agaknya

Memilukan, rakyat yang tidak berdosa diserang bagai sebuah peperangan

[Penilaian yang dibuat ini adalah berlandaskan kepada kebenaran yang berlaku didepan mata. Jika tidak sudah pasti rakyat tidak sedar yang kita juga turut dizalimi sama dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Palestin itu sendiri. Apakah salah dan dosa rakyat mahu menghadakan perhimpunan untuk menghantar memorandum membantah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan?. Bukankah selama ini sudah berbuih mulut mereka bersuara dan langsung tidak mahu didengari oleh kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam itu sendiri. Kini mereka harus sedarbahawa perbuatan dan segala tindak tanduk mereka sebenarnya meniru apa yang dilakukan oleh tentera Israel sejak dulu kini dan selamanya. Tambah memilukan, FRU itu sendiri majoritinya adalah orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Mereka tindas bangsa seagama dengan mereka sesuka hati akibat arahan membabi buta]
Share:

Sidang Media Isu Judi Bola Dibatalkan Saat Akhir, Dek Kerana Cari Makan Ustaz Jamil Khir Baharom Tergamak Tidak Sanggup Menyatakan Kebenaran

PUTRAJAYA, 11 Jun [2.30 pm] - Mungkin agaknya gusar dengan pelbagai soalan yang akan dikemukakan oleh para wartawan yang sedang menunggu, maka akhirnya sidang media khas bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 dibatalkan di saat akhir hari ini. Sidang media yang sepatutnya dibuat oleh Menteri Agama UMNO BN iaitu Datuk Jamil Khir Baharom (foto), khabarnya dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Najib Razak. Pembatalan tersebut mengecewakan para wartawan yang sudah menunggu lebih sejam yang lalu di Bilik Mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin. Menurut satu kenyataan, Jamil Khir dilarang mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, kerana takut bercanggah dengan hasrat Perdana Menteri sendiri. Persoalannya sekarang, siapakah yang lebih ditakuti oleh Menteri Agama itu sama ada Allah SWT atau Najib Razak. Selama ini beliau banyak memberi tazkirah kepada umat Islam bahawa "judi itu haram". Kini beliau terpaksa "menutup mata" dan apakah beliau harus bersetuju dengan tindakan kerajaan yang bersedia membenarkan aktiviti perjudiaan haram itu diberi lesen oleh sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam agaknya. Sanggupkah beliau menanggung dosa mereka yang akan berjudi itu nanti. Apakah yang mahu dijawab didepan Allah diakhirat kelak?. Inilah yang memusykilkan rakyat sebenarnya.

[Benarlah kata Allah, di akhir zaman itu msanggup menjual agama hanya untuk kepentingan duniawi semata-mata. Memang ada golongan ulamak yang Samalah juga dengan Jamil Khir, beliau lupa segala ilmu yang ada dalam dirinya selama ini. Malah, berkali-kali beliau mengingatkan pengikutnya supaya menjauhi perkara-perkara yang haram jika mahukan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Kini beliau terperangkap antara "Judi Haram" dengan "Cari Makan" dibawah Najib Razak. Akhirnya beliau akur dan tidak berani membuat sebarang keputusan, sedangkan dia telah diamanahkan menjaga Hal Ehwal Agama Islam di negara ini. Sungguh hina nasib bekas pendakwa ini apabila masuk ke "lubang Shittt". Samalah seperti Pirdaus Ismail, Nakhaie, Mashitah Ibrahim dan lain-lain pendakwah bebas yang bersama UMNO BN sebelum ini. Semua mereka bagaikan "badut-badut" dan "Syaitan Bisu" yang dipelihara oleh puak-puak munafik untuk menangkis kebenaran Islam itu sendiri. Maka itu jugalah kita tidak hairan, Jamil Khir sanggup menghalang hukuman Qazaf berlandaskan syariat Islam terhadap Saiful dalam kes fitnah liwat terhadap Anwar].
Share:

Panas: Gara-Gara Bersama Pakatan Rakyat, Chua Diarah Pulangkan Darjah Kebesaran Negeri Johor

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng (foto) telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri. Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkan semula darjah kebesaran itu hari ini. Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

[Terkadang terasa lucu juga melihat apa yang berlaku kepada Chua Jui Meng ini. Namun, apa boleh buat kerana beliau lebih rela kembali kepada rakyat daripada segalanya. Inilah nasibnya bila berada dalam negeri yang "totok UMNO", akhirnya atas desakan pemimpin BN negeri beliau mendapat arahan yang sedemikian rupa. Agaknya, selepas ini ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang akan ditarik balik gelaran mereka termasuk juga Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Nik Aziz dan ramai lagi].
Share:

Kontroversi: Benarkah Kerajaan UMNO BN Belum Keluarkan Lesen Judi Bola Kepada Si Vincent Tan Atau Sekadar Taktik Lama Untuk Tipu Rakyat Lagi


Gara-gara dek kerana "suara rakyat" dan takut dengan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang bakal diadakan pada 3 Julai ini, maka akhirnya kerajaan UMNO BN dan Si Vincent Tan terpaksa mengatur strategi lain untuk mengelirukan rakyat. Malah, kerajaan juga cuba mengaburi mara rakyat seolah-olah pemilik syarikat Ascot Sport Sdn Bhd itu belum pun memperolehi lesen judi bola sepak piala dunia berkenaan seperti yang diwar-warkan oleh media. Semalam, Kementerian Kewangan menegaskan bahawa kerajaan belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan tersebut kononnya ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu. Masalahnya sekarang kenapa tiba-tiba alasan ini diberikan?. Apakah kerana melihat rakyat dan umat Islam di seluruh negara memprotes isu itu. Soalnya sekarang, kenapa sebelum ini si Timbalan Menteri Kewangan yang paling "bangang dan kurang ajar" iaitu Awang Adek Hussin boleh mengeluarkan kenyataan kononnya kerajaan bersedia meluluskan lesen tersebut dengan kawalan. Kononnya dengan adanya kawalan itu maka aktiviti perjudian haram bola sepak piala dunia akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa yang sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai jenis sukan di negara ini. Bukankah kenyataan ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN memang sudah bersetuju dan bersedia untuk menganugerahkan lesen itu kepada Vincent Tan. Namun, kini mereka menjadi serba salah dan berada dalam dilema. Mahu diberi takut imej UMNO BN tercalar di mata rakyat. Jika tidak diberi juga mereka takut Vincent Tan akan menarik balik banyak "subsidi" yang diberikan kepada kerajaan terutamanya setiap kali pilihanraya berlaku di negara ini. Maka, jalan terbaik ialah mengatakan bahawa lesen tersebut belum diluluskan lagi. Itu pun hanya melalui jawapan bertulis di parlimen. Apakah kita boleh percaya dengan kenyataan "yang dibuat-buat" ini agaknya. Atau apakah kita akan terus tertipu lagi dengan isu sensitif ini agaknya?. Puak-puak ini kadang-kadang kita bukan boleh percaya lagi, "cakap tak serupa bikin" dan sengaja untuk mengelirukan rakyat. Inilah mentaliti menteri ciptaaan UMNO BN. Itu pun masih ada puak-puak mereka yang percaya !

[Sesuatu yang amat memusykilkan kita pula ialah perjudian Piala Dunia Fifa 2010 di negara Malaysia secara sah diumumkan oleh si Awang Adek Hussin pada 6 Mei 2010 yang lalu. Manakala selepas itu seorang lagi Timbalan Menteri Kewangan iaitu Chor Chee Heung (foto) mengesahkan yang lesen judi bola telah diluluskan dan dikeluarkan kepada Berjaya Group, syarikat kepunyaan Vincent Tan. Malah kerajaan juga menetapkan syarat pekerja beragama Islam tidak terlibat dan dilarang menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan Islam. Lesen tersebut bukan lesen baru tetapi pembaharuan lesen lama yang diberikan semula kepada Berjaya. Tujuan utama kelulusan lesen judi kepada syarikat Berjaya Group / Sport Toto itu ialah bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan. Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram]
Share:

Gempar: Misi Pilihan Raya Umum Ke-13, Sindiket Menjual MyKad Kepada Warga Thailand Yang Di Dalangi Oleh Puak-Puak UMNO Kini Terbongkar !

Ini satu berita panas yang baru kami terima lewat petang semalam. Ia sungguh mengejutkan dan bukanlah perkara biasa untuk dibicarakan sebenarnya. Sebelum ini memang sudah ada kejadian ini berlaku terutamanya menjelang sesuatu pilihanraya kecil di negara ini. Malah, sebelum ini juga kami ada mendedahkan tentang sindiket yang sama beberapa tahun yang lalu. Kini seolah-olah penyakit ini berlaku lagi. Apa yang ingin kami paparkan di sini ialah berkaitan satu maklumat terbaru yang sungguh menggemparkan kini berlaku. Ia berkaitan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kian menjadi-jadi sekarang ini. Ini berlaku di sebuah lokasi di Grik Perak dan kejadian tersebut melibatkan puak-puak UMNO sendiri. Menurut sumber kini pihak terbabit sedang menyiapkan 500 kad pengenalan untuk kumpulan mereka yang kebanyakannya merupakan rakyat Thailand. Mereka diberikan kad pengenalan dengan bersyarat dan perlu mengisi borang keahlian UMNO. Malah, mereka diwajibkan mengundi BN untuk tiga kali pilihanraya umum akan datang. Kami masih mengumpul maklumat sahih dan bahan bukti untuk kes ini. Malah, kami mempunyai saksi penting yang menjalankan kegiatan demikian bagi pihak UMNO. Bila ditanya, apakah motif tindakan ini dilakukan maka dengan mudah mereka menjawab bahawa ia adalah satu strategi untuk memastikan UMNO BN menang besar dan berjaya merampas semula negeri yang dikuasai pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

[Sesungguhnya maklumat ini amatlah mengecewakan kita sebenarnya. Sudahlah sebelum ini banyak Mykad palsu yang terlepas ke tangan pendatang asing tanpa izin di negara kita. Kini ada sindiket yang didalangi UMNO untuk menawarkan MyKad Original pula kepada mana-mana rakyat Thailand yang mahu menetap lama dan berniaga di Malaysia. Syaratnya begitu mudah iaitu mengisi borang UMNO dan mengundi BN dalam tiga pilihanraya umum akan datang. Bukankah ini satu pengkhianatan sebenarnya. Sebelum ini kami juga mendapat maklumat beribu-ribu MyKad telah dianugerahkan kepada warga Kemboja yang menetap dan ingin bermastatutin dalam parlimen Pekan dekat sini. Mereka juga perlu menunaikan syarat yang sama iaitu mengundi BN dalam setiap kali pilihanraya umum di adakan. Jika inilah senarionya, maka siapakah petualang rakyat sebenarnya?. Bukankah, demi kuasa puak-puak UMNO rela mengadaikan maruah negara kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya. Menariknya, rahsia sindiket ini didedahkan oleh warga Thailand terbabit. Kami akan membongkarkan maklumat terkini isu berkenaan dalam masa terdekat. Semoga ia membuka mata rakyat bahawa terdapat usaha terancang antara UMNO dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri dalam usaha memastikan BN terus berkuasa di negara ini pada masa akan datang. Ini amatlah tidak adil sebenarnya !!].
Share:

Edisi Pahang: Kemalangan Ngeri Di Jalan Pekan Segamat, Enam Sekeluarga Terbunuh Malam Tadi

KUANTAN, 8 Jun [11.40 am ] - Satu keluarga enam beranak maut akibat satu kemalangan ngeri di km 78 jalan Pekan-Segamat jam 8.45 malam tadi. Mereka yang terbunuh dikenali Norfaizah Mansor, 31, dan empat anaknya Norsyahira Atika Saudi, 13; Norsufia Saudi, 10; Norsuhaila Saudi, 7; dan Mohd Shahrul Amir Saudi, 3, serta adik Norfaizah, Mohd Saiful Anwar Mansor, 14. Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Amran Sidek, berkata ketika kejadian, semua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu Norfaizah, dalam perjalanan pulang ke Pekan dari rumah ibu bapanya di Felda Keratong 2. "Sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Kampung Runchang, kenderaan yang dinaiki mangsa dari arah Segamat cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun gagal dan bertembung dengan sebuah treler," katanya di Pekan, hari ini. Amran berkata, kereta yang dipandu Norfaizah itu terperosok ke bahagian bawah treler berkenaan. Beliau berkata, kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dada manakala pemandu treler yang berusia 44 tahun serta isterinya berusia 43 tahun cedera ringan di kaki. Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Pekan untuk dibedah siasat. Jenazah kesemua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Keratong 2 pagi ini.

[Laporan terkini kejadian akan kami siarkan kemudian. Apapun kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terbabit. Sesungguhnya malang itu tidak berbau, oleh itu semua pembaca digesa berhati-hati ketika memandu untuk pulang ke kampung atau lain-lain destinasi ketika musim cuti persekolahan ini. Semoga roh kesemua mangsa ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmat dariNya. Berhati-hati ketika memandu di jalanraya].
Share:

Anwar Bakal Diheret Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Esok Gara-Gara Isu Apco !!

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada jam 11.30 pagi esok, seperti yang dirancang. Menurut setiausaha akhbarnya, Eekmal Ahmad, ini kerana ucapannya berhubung kontroversi penyerahan dua kawasan yang kaya dengan minyak yang dikenali sebagai blok L & M kepada Brunei telah ditunda ke jam 4.30 petang esok. Anwar akan dikehendaki menjelaskan kenyataanya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel kepada jawatankuasa itu yang dianggotai sebahagian besarnya oleh Ahli Parlimen dari Barisan Nasional itu. Dalam dakwaanya itu, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bagi menyokong kenyataannya itu.

[Isu yang agak pelik dan menghairankan kita. Anwar siap kemukakan bukti berserta dengan perjanjian kerajaan BN dengan APCO, soalnya kenapa mereka tidak mahu menjawab isu ini secara jujur di parlimen?. Malah, jika benar 1Malaysia itu dicipta oleh Najib Razak maka kenapa pula wujud 1Indonesi yang "designnya" sama dengan 1Malaysia?. Kerajaan Malaysia wajar menyaman kerajaan Indonesia atas perkara ini. Kenapa mereka tidak mahu melakukan apa-apa tindakan? Sebaliknya ingin menghukum pula Anwar dek kerana mendedahkan perkara ini kepada umum. Soalnya, siapakah yang memberi maklumat tepat itu kepada Anwar jika bukan orang UMNO BN sendiri. Oleh itu wajarlah mereka takut dengan isu ini].
Share:

Sebuah Lagi Kapal Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza, Rachel Corrie Yang Hampir Sampai Ke Gaza Akhirnya Di Kepung Dan Di Tawan Tentera Israel!

Kapal Rachel Corrie (foto) yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan dijangka memasuki perairan Gaza kira-kira tiga jam lagi sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan. Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi berkata Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza. Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu. "Pada ketika ini, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat walaupun terdapat tiga buah kapal peronda mengekori kapal tersebut sejak tiga ke empat jam lepas," kata Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamed kepada Bernama hari ini. Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda tersebut yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie tidak dapat dipastikan tetapi disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima. Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie. Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata para sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu. Mereka mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu. Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya.

MV Rachel Corrie Akhirnya Di Tawan Israel


Kapal terakhir yang membawa misi mantuan kemanusiaan ke Gaza MV Rachel Corrie akhirnya ditawan juga oleh pihak Israel. Kapal itu dikepung dan dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel ketika mereka sudah hampir ke Gaza. Misi tersebut adalah ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia. Kapal berkenean dinamakan Rachel Corrie sempenan nama seoran wanita Amerika yang terbunuh akibat memprotes tindakan merobohkan sebuah rumah kediaman di Gaza pada tahun 2003 lalu. Penahanan kapal tersebut oleh tentera Israel jelas sekali mencabuli undang-undang antarabangsa, malah terdapat enam orang rakyat Malaysia yang terdapat di dalam kapal itu ketika ia ditahan semalam. Usaha menyelamatkan rakyat Malaysia sedang dilakukan oleh pihak kerajaan sama seperti yang ditawan dalam kapal Mavi Marvara baru-baru ini.

[Kekejaman dan tindakan yang dilakukan oleh Israel ini amatlah memalukan sebenarnya. Mala, Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara. Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas. Katanya, beliau dan tiga rakan aktivis - Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias - turut ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha ketika kejadian. Ini membuktikan kepada kita bahawa memang ada usaha Israel untuk menggagalkan hasrat murni untuk menghantar bantuan kemanusian kepada umat Islam Gaza].
Share:

Sensasi: Demo Bantah Israel, Sokongan Berbeza Rakyat Terhadap Dua Demontrasi Membuktikan Keyakinan Mereka Siapa Pembela Islam Sebenar

Sungguh mengejutkan dan pastinya satu berita paling sensasi yang ingin kita lihat sebenarnya. Ia berkaitan dengan sokongan rakyat dan umat Islam terhadap satu demonstrasi yang sama di ibukota semalam. Demontrasi yang diadakan bertujuan membantah kekejaman dan tindakan Israel yang menghalang bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza baru-baru ini. Dalam kejadian Isnin lalu, misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tergendala apabila tentera dan polis Israel menyerang serta menahan aktivis yang menaiki kapal Turki Mavi Marvara. Malahan turut bersama ditahan adalah 12 orang rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut. Seluruh dunia kecewa dan mengecam tindakan berkenaan. Namun anehnya, kerajaan Malaysia mengambil masa yang agak lama sebelum menyuarakan pendapat mereka. Inilah yang memusykilkan kita, apakah dek kerana perjanjian usaha sama APCO dengan 1Malaysia? Lantaran itu menyebabkan kerajaan takut mengutuk Israel?. Maka, petang semalam selepas solat Jumaat dua demontrasi untuk tujuan yang sama telah diadakan. Satunya adalah anjuran Pakatan Rakyat dan satunya anjuran UMNO Barisan Nasional. Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah menerusi demontrasi itu pun, kita sudah boleh melihat sokongan rakyat terhadap UMNO sebenarnya. Umat Islam yang berada di Masjid Negara langsung tidak berselera untuk bersama Pemuda UMNO "memekik dan melolong" kononnya mereka ingin membela rakyat Palestin.


Khairy sedang menyampaikan ucapan semasa demontrasi UMNO semalam
dan dibelakangnya kelihatan si Lokman Noor Adam (petualang rakyat)

Lihat aksi pemuda UMNO yang berdemo tetapi tanpa mendapat sokongan
majoriti umat Islam yang bersolat Jumaat di Masjid Negara semalam

Amat menyedihkan apabila demo yang dipimpin oleh Khairy Menantu Pak Lah itu hanya disertai tidak kurang dari 200 orang peserta sahaja. Malah, bacaan doa yang dibuat oleh Exco Pemuda UMNO si Lokman Noor Adam langsung tidak mendapat perhatian dikalangan jemaah solat Jumaat yang lalu lalang disitu. Maka, terpekik-pekiklah puak-puak pemuda UMNO melaung "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin". Selain itu juga terdapat dikalangan mereka yang membawa sepanduk tertulis "justice for Gaza" dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang". Menariknya, himpunan UMNO itu hanya disertai oleh beberapa buah NGO yang menjadi proksi rapat parti itu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajara Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia. Tidak kelihatan pun NGO Islam yang lain bersama puak-puak UMNO selamam. Mungkin mereka tahu bahawa perjuangan yang dibawa oleh puak-puak UMNO itu hanya retorik semata-mata. Sebaliknya dibelakang tabir puak-puak UMNO itu sendiri menyokong dan berkerjasama dengan Yahudi itu sendiri sebenarnya.


Anehnya, bila laporan akhbar Utusan Meloya cuba menipu rakyat
kononnya demostrasi pemuda UMNO itu dapat sambutan hangat

Lebih 10 Ribu Sertai Demontrasi Pakatan Rakyat

Ia berbeza dengan demontrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, apabila demo yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Jamek Kg.Baru selepas solat Jumaat semalam telah disertai oleh ribuan rakyat dan umat Islam (lebih 10 ribu). Malah, perarakan bagi menghantar memorandum kepada Kedutaaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kawasan itu juga telah disertai oleh lautan manusia. Demo yang turut disertai oleh ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS dan DAP itu telah mendapat sambutan hangat dikalangan umat Islam. Malah, ramai dikalangan mereka yang berlari mengikut kumpulan terbabit secara spontan selepas melihat perarakan itu melalui kawasan mereka. Laungan slogan "hancur Israel" dan "khaibar ya Yahud" bergema di sepanjang perjalanan. Semuanya bersemangat untuk menentang campurtangan Israel terhadap halangan yang dibuat kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.

Antara ribuan umat Islam yang menyertai demontrasi anjuran Pakatan
Rakyat di Masjid Jamek Kg.Bharu selepas solat Jumaat petang semalam


Mat Sabu, antara pemimpin yang berucap mengutuk Israel dan kelihatan
ribuan manusia berarak ke Kedutaaan Amerika untuk nyatakan bantahan


[Daripada dua senario yang berbeza ini, membuktikan kepada kita bahawa keyakinan rakyat terhadap UMNO semakin luntur terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan dengan membela umat Islam sebenarnya. Malah, rakyat tidak yakin dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO itu sejak dulu kini dan selamanya. Isu APCO, serta berbagai lagi kerjasama dengan beberapa buah syarikat Yahudi membuatkan rakyat hilang keyakinan bahawa benarkan UMNO ingin membela Islam?. Malah, keengganan puak-puak UMNO mendesak kerajaan BN pimpinan UMNO sendiri membatalkan kebenarana lesen judi bola Piala Dunia jelas sekali menggambarkan bahawa orang Islam dalam UMNO tidak berminat untuk ke arah itu. Mereka tidak berminat untuk meletakkan Islam ke tempat asalnya. Mereka hanya menggunakan Islam semata-mata untuk memancing undi pilihanraya semata-mata. Malah, mereka juga gagal melaksanakan undang-undang Islam terhadap kes jenayah Syariah seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II yang sedang dilaluinya sekarang ini. Lantaran itulah rakyat melihat perjuangan puak-puak UMNO untuk membela umat Islam Palestin hanyalah "indah kabar dari rupa" semata. Mereka sebenarnya tidak mempunyai "roh perjuangan Islam sebenar" ke arah itu. Lantaran itulah kita tidak hairan demontrasi anjuran UMNO langsung tidak mendapat perhatian umat Islam semalam].
Share:

Mahkamah: Bicara Kes Liwat, Anwar Mendakwa Keterangan Saksi Kedua Dr.Mohd Razali Ibrahim Bercanggah Dengan Kenyataan Asal Beliau Dulu

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa sekali lagi berlaku percanggahan besar dalam keterangan saksi berhubung perbicaraan liwat yang membabitkan dirinya yang berlangsung hari ini. Percanggahan yang dimaksudkan adalah berkaitan laporan perubatan pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dengan keterangannya hari ini. Razali, saksi kedua yang dipanggil hari ini memberi keterangan bahawa setelah merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, beliau merumuskan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Menurut Anwar, dalam laporan perubatan sebelum ini, Razali menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri. “Kita akan meneliti keterangan doktor yang pada mulanya mengesahkan laporan tidak ada tembusan, sekarang bawa kajian makmal (merumuskan ada penembusan). “Percanggahan besar berlaku,” katanya kepada media di luar mahkamah hari ini. Pihak pembelaan hari ini membawa pakar forensik, Dr David Wells dari Australia bagi meneliti laporan perubatan dan pengakuan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat. Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia “Di sebut juga mani, tidak disebut mani siapa, berapa DNA yang didapati. “Pertama kali selepas dua tahun, baru dapat keterangan ada sampel itu disimpan. Sebelum ini laporan bertulis daripada polis, tiada sampel,” katanya. Anwar juga memberitahu pihaknya memerlukan sedikit masa untuk pakar forensik tersebut membuat penelitian terhadap laporan sehingga hari ini. Mahkamah menangguhkan perbicaraan esok selepas membenarkan permohonan Karpal yang ingin merujuk kepada pakar forensik dari Australia itu sebelum mula menyoal balas Dr Razali.

[Nampaknya "magic" kes liwat Anwar semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba pakar perubatan yang sebelum ini mengakui dan mengesahkan bahawa tidak ada tanda-tanda kesan tembusan berlaku pada dubur Saiful. Anehnya, kini beliau mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan asalnya dulu. Jika inilah keadaannya, maka sudah pasti Anwar tidak berpeluang untuk membebaskan dirinya dari kes kontroversi ini. Saksi-saksi sudah pasti akan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah, yang mana akhirnya menyebabkan kekeliruan berlaku. Amatlah malang sekali apabila kes yang penuh misteri ini tiba-tiba dibicarakan secara tidak adil untuk pihak yang dituduh. Malah, tertuduh juga dihalang mendapatkan salinan contoh bahan bukti dan mendapatkan nama-nama saksi yang akan dipanggil oleh peguambela. Apa yang kita khuatir ialah saksi-saksi berkenaan terlebih dahulu telah diberikan skrip dan habuan tertentu bagi memastikan tertuduh akhirnya didapati bersalah dengan beberapa keterangan yang jelas bercanggah dan menimbulkan keraguan].

Share:

Mahkamah: Kes Liwat, Lawatan Kedua Ke Lokasi Kejadian Hari Ini Serta Pakar Forensik Australia Untuk Meneliti Pengakuan Tiga Doktor Pakar HKL

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas lawatan pihak peguambela ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur. Mereka melawat Unit 11-5-2 pangsapuri itu yang terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1, di mana pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa lokasi dia diliwat oleh Anwar, sewal jam 8.45 pagi. Peguamnya, Karpal Singh, sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu. Selasa lalu, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah. Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur. Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit. “Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal selepas lawatan itu. Pakar forensik dari Australia, Dr David Wells (foto) yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu. Dia ke Malaysia untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful. Bukhari Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia. mkini

[Misteri benar kes perbicaraan kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim ini. Masakan pula pihak polis boleh tersalah kunci kondominium di mana lokasi kejadian liwat itu dikatakan. Malah, lebih menghairankan pula kenapa pemilik kondominium berkenaan yang dikatakan sahabat karib Anwar iaitu Hasanuddin boleh berada di luar Kuala Lumpur ketika kes panas ini dibicarakan. Bukankah beliau sepatutnya berada dilokasi berkenaan untuk memberi keterangan dan berkerjasama dengan pihak polis. Kenapa pula dibiarkan beliau bercuti, sedangkan kes yang dibicarakan ini melibatkan sahabat karibnya Anwar Ibrahim sendiri. Bahkan, jika kejadian melibatkan pemilik rumah lain sekali pun pasti pihak polis akan mengarahkan pihak terbabit hadir sama untuk memberi kerjasama apa-apa yang sepatutnya. Kehilangan Hasanuddin ini menimbulkan tanda tanya, sama ada dia memang bercuti atau diarahkan keluar dari Kuala Lumpur supaya tidak memberi kenyataan terhadap kes kontroversi ini. Inilah yang berlaku kepada Hakim S.M Koomathy dulu, beliau "dicutikan" untuk membolehkan hakim lain menggantikan tempatnya dan membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Inilah yang menjadi keraguan dan amat memusykilkan kita sebenarnya. Apakah ada keadilan buat Anwar Ibrahim dalam kes yang jelas tidak akan memihak kepadanya ini agaknya].
Share:

Isu Sensasi: Rombakan Baru Kabinet, Bukti Jelas Bahawa PM Najib Razak Menghina Pemuda UMNO Pimpinan Khairy Menantu Pak Lah Sebenarnya !!

Apa sudah jadi dengan Pemuda UMNO Malaysia agaknya. Sudahlah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin (foto) tidak dilantik ke jawatan dalam kabinet Najib sebelum ini. Kini tamparan yang lebih besar terjadi apabila namanya juga tidak tersenarai dalam rombakan baru yang dibuat oleh PM itu. Dalam pengumuman mengejut yang dibuat semalam, Najib dilihat begitu terdesak untuk menarik kembali sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Mungkin dek kerana beliau tercabar dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II kepada pemimpin kaum Cina maka Najib terpaksa melakukan demikian. Semalam, Najib mengumumkan rombakan terbaru kabinetnya dengan melantik lebih ramai "bukan wakil rakyat" mendapat tempat. Malah, apa yang lebih menarik lapan daripada yang dilantik itu adalah pemimpin kaum Cina dan hanya satu sahaja pemimpin Melayu yang mendapat tempat iaitu Datuk Rohani Abdul Karim. Itu pun beliau bukanlah muka baru, cuma dipindahkan dari portfolio lamanya selaku Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Maknanya, beliau bukanlah muka baru pemimpin Melayu yang diangkat oleh Najib. Soalnya sekarang, kenapa Najib terdesak menarik "bukan wakil rakyat" dan "bukan Melayu" menganggotai kabinetnya kali ini?. Apakah salah dan dosa pemimpin Melayu dalam UMNO sehingga individu seperti Khairy Jamaluddin itu sendiri pun telah dihalang menyertai kabinetnya?. Bukankah ini satu penghinaan buat Pemuda UMNO Malaysia sebenarnya.

Tindakan Najib ini jelas sekali beliau bukan lagi berhasrat untuk membela Melayu seperti yang dicanang-canangkan selama ini. Apa yang penting adalah untuk mengekalkan kuasa yang sudah menghampiri penghujungnya itu. Belum pernah ada dalam sejarah seorang Ketua Pemuda UMNO yang mewakili 60% suara dalam parti itu dinafikan haknya. Bayangkan, Ketua Pemuda tidak ada suara dalam kabinet Malaysia. Apakah maknanya semua ini?. Ia jelas merupakan satu tindakan "biadap" untuk menjatuhkan maruah dan imej Pemuda UMNO dibawah kepimpinan Khairy Jamaluddin. Sebelum ini, ramai yang menyebut bahawa Khairy kemungkinan diangkat sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Namun, spekulasi itu langsung tidak menarik minat Najib untuk membawa menantu Pak Lah ke dalam kabinetnya. Apakah Khairy sedar akan senario ini. Jika beliau sedar, kenapa harus berdiam diri dan tidak melakukan tindakan. Mana perginya pemimpin Pemuda UMNO yang beriya-iya benar mahu membela Melayu dan Islam itu. Apakah mereka tergamak merelakan pemimpin utama mereka dipinggirkan.

[Anehnya, dalam keadaan Najib menghina Khairy Jamaluddin ini beliau pula mengangkat bekas pemimpin pemuda keadilan sebagai Senator iaitu Ezam Md Noor. Ini bermakna, Najib lebih mengutamakan orang luar daripada pemimpin Pemuda UMNO itu sendiri. Bukankah ini sesuatu yang amat melucukan sebenarnya, malah ramai yang melihat Ezam berupaya untuk mencabar Khairy dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada masa akan datang. Najib sebenarnya sudah tidak yakin lagi kepada Pemuda UMNO, Wakil Rakyat UMNO dan semua pemimpin utama parti untuk bersamanya dalam kabinet baru beliau itu. Apa yang jelas, beliau lebih berselera untuk menagih simpati kaum Cina agar kembali menyokong Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.