script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Najib Kutuk Serangan Terhadap Kuwait, Tunisia & Perancis


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengutuk tindakan keganasan yang kejam ke atas orang awam yang tidak berdosa di Perancis, Tunisia dan Kuwait.
Beliau berkata kekejaman ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar kerana ia menyebabkan kecederaan dan meragut banyak nyawa dalam bulan Ramadan yang suci.
"Saya mengutuk tindakan keganasan yang kejam ke atas orang awam yang tidak berdosa. Kekejaman ini, adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Takziah daripada saya dan al-Fatihah," kata Najib melalui akaun Twitter dan Facebook beliau.
Media antarabangsa melaporkan seorang lelaki menyerbu sebuah loji kimia milik Amerika dekat Lyon, Perancis, memenggal kepala seorang mangsa dan kemudiannya cuba meletupkan kemudahan berkenaan.
Di Tunisia, seorang penyerang melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat percutian terkenal dan membunuh sekurang-kurangnya 38 orang manakala di Kuwait, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam sebuah masjid mengakibatkan sekurang-kurangnya 25 penganut Syiah terbunuh. #sumber
Share:

PAS Tolak Bentuk Sebarang Kerjasama Politik Dengan G18 !


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang kemungkinan membentuk sebuah pakatan politik baharu dengan G18, sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh kumpulan progresif parti itu.
Tuan Ibrahim mengakui bahawa sesiapa sahaja mempunyai hak demokratik untuk membentuk sebuah parti politik tetapi pemimpin kumpulan progresif tidak harus berbuat demikian hanya kerana mereka tewas dalam pemilihan parti.
Beliau kemudiannya mempertikaikan tujuan penubuhan parti baharu itu dengan kehadiran parti politik yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, berjuang untuk tujuan yang sama.
"Jika mereka mahu menubuhkan sebuah parti baharu, apakah tujuannya? Mereka kata mahu membanteras rasuah, banyak parti sudah lakukannya," katanya.
Beliau berkata kumpulan tersebut masih sebahagian daripada PAS dan ahlinya perlu taat kepada pemimpin parti serta menerima keputusan pemilihan dengan hati terbuka.
"Selain menubuhkan sebuah parti sejajar dengan pembangkang akan menimbulkan konflik apabila tiba Pilihan Raya Umum," katanya.
Jelas beliau, mempunyai sebuah parti lain yang seiringan dengan pembangkang hanya akan melemahkan pakatan itu, bukan mengukuhkannya.
"Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya akan gembira jika mereka berdepan lebih daripada satu parti kerana mereka mempunyai peluang besar untuk menang," katanya.
G18 adalah sebuah kumpulan yang ditubuhkan pemimpin progresif yang tewas pada pemilihan PAS baru-baru ini.
Diketuai oleh bekas Timbalan Presiden PAS yang tewas, Mohamad Sabtu, G18 bertujuan untuk menggambarkan parti Islam yang lebih mesra dan menjalin hubungan dengan DAP dan PKR bagi memperkukuhkan pakatan pembangkang.
G18 merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir dalam pemilihan parti itu. #sumber


Share:

Galeri DiRaja: Tengku Mahkota Pahang Serta Tengku Puan Pahang "Buat Kejutan", Singgah Di Pasar Ramadan Dong !


KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang bersama keluarga telah membuat kejutan bercemar dulu apabila singgah di Pasar Ramadan Dong dekat sini petang semalam. Baginda mengambil kesempatan untuk membeli pelbagai jenis kuih-muih dan lauk pauk di pasar terbabit. 


Turut mengiringi baginda ialah Paduka Anakanda,  YM Tengku Hassanal Ibrahim Aalam Shah dan ADUN Dong, Dato' Sri Shahiruddin Moin.



Baginda meluangkan masa kira-kira 45 minit di Pasar Ramadan terbabit, sambil beramah mesra dengan para peniaga serta pengunjung yang hadir untuk membeli juadah berbuka puasa. 


Pasar Ramadan Dong adalah antara yang paling popular di Daerah Raub. "Digarhayu Tuanku". #RBO News
Share:

Galeri DiRaja: "Tengku Mahkota Pahang" Meluangkan Masa Untuk Menziarahi "Orang Besar Berlapan Pahang", Di Raub


RAUB: Tengku Mahkota Pahang telah meluangkan masa bercemar duli untuk berangkat menziarahi Orang Besar Berlapan Pahang, Datok Setia Lela Pahang, Dato' Tengku Perang Tengku Razlan di rumahnya di Kg.Pintu Padang dekat sini pagi semalam. 


Baginda diiringi oleh ADUN Dong, Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin serta lain-lain pemimpin tempatan dari Raub. "Digarhayu Tuanku". #RBONews
Share:

Teng Chang Kim Selar Dr.Haron Din Besarkan "Cerita Lama"


KUALA SELANGOR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din perlu berhenti menyalahkan DAP berhubung berakhirnya kerjasama Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, tindakan membawa 'cerita lama' membezakan antara 'kumpulan progresif dan bukan progresif' dalam PAS.

"Semuanya sudah berakhir. Sebagai ahli politik kita sudah sampai kepada tahap di mana kita telah mengambil langkah yang pasti dan kita perlu bergerak ke hadapan. 

"Saya tidak tahu mengapa beliau masih mahu bercakap mengenai cerita-cerita lama. Ia langsung tidak membantu," kata Teng ketika ditemui pada majlis pecah tanah sebuah kuil di Tanjung Karang pada Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Haron yang menyalahkan DAP berhubung perpecahan Pakatan Rakyat.

Teng, yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, menambah bahawa sudah tiada guna untuk mana-mana pihak bercakap mengenai apa yang sudah berlaku.

"Seperti (pemimpin bekas Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah nyatakan, sekarang adalah masa untuk kita menyusun semula  ia adalah masa menyusun semula diri kita untuk maju ke hadapan.

"Kami dalam proses merancang sesuatu yang baharu untuk masa depan," katanya.

Ketika ditanya sama ada 'sesuatu yang baharu' itu bermakna pembentukan Pakatan 2.0, Teng bagaimanapun berkata "nama bukan perkara penting".

"Apa yang lebih penting adalah kandungan dan rangka kerja itu sendiri," kata beliau sambil menambah bahawa rangka kerja baharu itu merangkumi semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang progresif serta berpandangan jauh.

Ketika ditanya sama ada turut merangkumi PAS, Teng berkata: "Ya, orang-orang yang progresif dan berpandangan jauh."   #sumber
Share:

Azmin Ali: Khalid 'Gagal Selesai Isu Air' Dalam Enam Tahun


SHAH ALAM: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa beliau gagal untuk menyelesaikan masalah air di Selangor.

Menolak kritikan yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin berkata beliau hanya menerajui pentadbiran negeri selama sembilan bulan.

"Dia gagal untuk menjelaskan (isu air di negeri ini) selama enam tahun," kata Azmin.

Sebelum ini Khalid menerusi kenyataan menggesa supaya Azmin menyelesaikan masalah air di negeri ini dengan segera atau meletakkan jawatan. 

Azmin ditemui selepas mesyuarat PKR Selangor yang menyentuh mengenai perkembangan baharu dan dasar-dasar kerajaan negeri.

Azmin menolak tanggapan bahawa mesyuarat itu membincangkan tentang Pakatan 2.0, satu perjanjian baru diilhamkan oleh seorang pemimpin DAP berikutan berakhirnya Pakatan Rakyat.

"PKR sentiasa memainkan peranan dalam memberi nasihat agar semua pihak memberi tumpuan kepada dasar-dasar yang telah dipersetujui gabungan itu," katanya.  #
sumber
Share:

Khalid: Prestasi PAS Makin Menurun Tanpa Suara Progresif


PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad percaya prestasi parti itu yang kini diterajui kumpulan ulama mungkin akan menurun tanpa suara progresif.

"Sudah ada pelbagai isu dalam kepimpinan yang lalu. Jadi apabila kumpulan yang dikenali sebagai 'progresif' tiada lagi dalam parti, wujud kebimbangan bahawa trend itu akan menjadi lebih buruk.

"Saya bukan mahu buat penilaian kerana kita perlu melihat apa yang bakal berlaku selepas seratus hari. 

"Tetapi kebimbangan kami ialah mengenai isu-isu di mana kurangnya persefahaman antara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat," katanya.i

Mengulas lanjut Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengkritik dasar PAS yang disifatkan tidak inklusif.

"Dalam keadaan sekarang, perkara yang tidak kelihatan berjalan baik ialah mengenai hubungan dengan DAP dan badan-badan bukan kerajaan yang lain kerana tidak seperti sebelum ini apanila lebih inklusif," katanya.#sumber
Share:

PAS 'Belum Buat Keputusan' Putus Hubungan Dengan DAP !


KEPALA BATAS: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah seorang yang gopoh apabila mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud sedangkan PAS masih belum memutuskan sebarang ketetapan berhubung usul tergempar Dewan Ulama mahukan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP, kata seorang pemimpin PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi berkata ini kerana Lim tidak merujuk kepada kepimpinan parti komponen pakatan pembangkang untuk menangani perkara itu.

Katanya Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat khusus berhubung isu ini dan beberapa perkembangan semasa dalam parti tidak lama lagi selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din pulang daripada mengerjakan umrah.

"Apa yang berlaku ialah DAP yang memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat dan PAS. Jadi, ini sesuatu yang menariklah usul Dewan Ulama Pas Pusat dilaksanakan oleh DAP sedangkan kita belum membuat sebarang keputusan dan ketetapan mengenainya," katanya kepada pemberita selepas ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di sini malam Sabtu.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad serta barisan kepimpinan PAS Pulau Pinang.

Nasrudin berkata sehingga sekarang PAS mempunyai hubungan yang baik dalam Pakatan Rakyat dan parti komponen yang lain kecuali DAP yang mengambil pendirian untuk memutuskan hubungan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ditanya sama ada tindakan Lim itu mahu menimbulkan sentimen untuk mengelirukan rakyat, Nasrudin berkata apa yang berlaku merupakan satu provokasi yang cuba dilancarkan sejak daripada awal lagi.

"Apa yang mereka (DAP) nak lakukan, bagaimana mereka nak suarakan dan apa sikap yang mereka nak ambil itu terpulanglah. Namun, sikap (pendirian) PAS sehingga hari ini kita masih bersama dengan Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua lapisan kepimpinan PAS negeri yang dilantik beberapa perjawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat seperti biasa.

Mengulas mengenai cadangan penubuhan parti politik baharu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan kumpulan G18, Nasrudin mengibaratkan itu hanyalah fenomena sementara selain 'demam' selepas pasca muktamar PAS.

Namun, beliau menasihatkan agar mereka tidak menjadi pengganggu kepada hasrat parti untuk memperjuangkan Islam dan menjadi satu alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam mentadbir negara.
"Dengan langkah yang ditimbulkan mereka sedikit sebanyak mengelirukan orang awam dan juga mengganggu kedudukan politik tanah air yang saya kira tak kan ke mana pun," katanya.

Ditanya mengenai DAP yang didakwa menjalin hubungan baik dengan Pasma dan kumpulan G18 yang disifatkan sebagai pro-DAP berbanding pro-ulama PAS, Nasrudin berkata itu adalah hak rakan sekutunya itu untuk berbuat demikian selain tidak timbul sentimen pro-ulama mahu pun profesional.#
sumber
Share:

Selepas 'Tawar Diri' Jadi MB, Khalid Gesa Azmin Berundur !


PETALING JAYA: Selepas menawarkan diri untuk kembali menguasai pentadbiran kerajaan negeri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi gesaan supaya Mohamed Azmin Ali berundur sebagai menteri besar Selangor.

Menurut Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, rakyat di Lembah Klang khususnya Selangor kecewa dengan sikap kerajaan negeri pimpinan Azmin kerana didakwa tidak berkewibawaan untuk menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

"Sekiranya beliau sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam Dewan Negeri Selangor sebelum ini.

"Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Baru-baru ini Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk kembali mengetuai pentadbiran Selangor jika mendapat kepercayaan walaupun dengan majoriti mudah.

Mengulas lanjut Khalid melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) membatalkan perjanjian dengan entiti milik negeri Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

"Tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti memandangkan 'imuniti' yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan kegagalan berlarutan kerajaan negeri memuktamadkan Perjanjian Utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor.

"Walaupun Sultan Selangor sendiri telah berulang kali mengingatkan jemaah pentadbiran negeri untuk memastikan penyusunan semula industri air dimuktamadkan secepat mungkin tanpa bercanggah dengan semangat dan terma Perjanjian Utama, namun titah Tuanku Sultan seolah-olah tidak diendahkan sama sekali," katanya.

Sebelum ini Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd berkata pihak mereka akan memulakan semula tindakan undang-undang yang tertangguh sementara menunggu penyelesaian penstrukturan semula industri air Selangor.

Langkah itu bertujuan untuk mendapatkan balik hutang tertunggak oleh Kerajaan Negeri Selangor yang mencecah RM4.97 bilion pada 31 Mac, 2015. 
sumber
Share:

Galeri Di Raja: "Tengku Mahkota Pahang", Berangkat Serta Beramah Mesra Dengan Para Pemimpin Tempatan Di Raub


RAUB: Selepas bersama rakyat di Maran dan Lipis, Tengku Mahkota Pahang serta rombongan telah berangkat pula ke daerah Raub. Baginda bersama Tengku Pahang dan Paduka Anakanda Putera dan Puteri tiba di Rumah Rehat Raub sekitar jam 10.00 malam semalam.


Keberangkatan tiba baginda sekeluarga untuk bersemayam di situ telah disambut oleh para pemimpin setempat termasuk Ketua UMNO Bahagian Raub, Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin, ADUN Batu Talam Dato' Abd Aziz Kiram dan Pegawai Daerah Raub.


Turut mengeringin baginda ialah Menteri Besar Pahang Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, Exco Perumahan Dan Kemudahan Asas Pahang Dato' Sri Ir.Soffi Abd RazK dan Ahli Parlimen Lipis Dato' Abdul Rahman Mohamad.


Baginda sekeluarga kemudian berkenan moreh dan beramah mesra bersama para pemimpin tempatan yang lainnya. 


Menu istimewa moreh untuk santapan diraja ialah Satay Wak Raub, Nasi Lemak Daun Pisang, Pulut Santan Durian, Roti Jala, Kuih-Kuih Tradisional dan raja buah tersohor produk Raub iaitu "Durian Musang King". #RBONews

Share:

PAS Anggap 'Pakatan Rakyat' Sebenarnya Masih Lagi Hidup


KUALA LUMPUR: PAS percaya Pakatan Rakyat masih lagi 'hidup' walaupun DAP mengumumkan pakatan pembangkang sudah 'mati dan berkubur'.
"Pada saya, masih ada harapan dalam Pakatan Rakyat. Tiada apa yang sempurna," kata Timbalan Presiden PAS yang baharu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata setiap parti perlu menghormati perjuangan dan dasar antara satu sama lain.
Bercakap dalam satu temu bual baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata PAS sedang mengadakan rundingan dengan PKR di peringkat negeri. #sumber
Namun, rundingan juga akan diadakan dengan DAP sebaik sahaja Majlis Syura membuat keputusan mengenai usul supaya PAS memutuskan hubungan dengan DAP yang dikemukakan Dewan Ulama pada persidangan muktamar parti itu, awal bulan ini.
"Buat masa sekarang, segalanya berjalan seperti biasa, ia adalah kejutan biasa (di peringkat kebangsaan)," katanya.
Beliau menegaskan pentadbiran DAP di Pulau Pinang masih mengiktiraf wakil tunggal PAS di negeri itu.
Tuan Ibrahim juga berkata PAS bertanggunjawab dalam mendapatkan undi Melayu di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
"Rakan sekutu kami tidak perlu bimbang kerana ini adalah kekuatan kami. Mereka perlu gembira mengenainya.
"Sekiranya DAP hanya mendapatkan sokongan bukan Melayu dan PAS tidak mendapat sokongan Melayu, maka pakatan tersebut gagal," katanya.
Beliau berkata PAS sudah mula berjaya menarik pengundi muda seperti yang diterjemahkan dalam keputusan ketika menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.
"Di Rompin, kami ingat akan berdepan kekalahan besar disebalik masalah dalaman Pakatan Rakyat, tetapi keputusan menunjukkan PAS mendapat undi dari hampir kebanyakan peneroka Felda.
"Apa maknanya itu? Itu bermakna PAS sudah kukuh dan Pakatan tidak perlu bimbang.
"Walaupun, jika kami berdiri sendiri, kami akan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) dengan kekuatan yang kita ada," katanya.
Tuan Ibrahim turut menyatakan kebimbangan mengenai tindakan bekas aktivis PAS, Sheikh Omar Ali yang menyertai DAP secara sah baru-baru ini.
Ditanya adakah ia satu tamparan hebat kepada PAS, beliau berkata, adalah menjadi hak mana-mana individu untuk menyertai mana-mana parti.
"Bagi saya, kami menyertai PAS kerana mempunyai objektif yang jelas iaitu kerana Islam.
"Apabila seseorang meninggalkan parti, PAS masih ada 1.08 juta ahli," kata Tuan Ibahim.

Share:

Zahid Hamidi: Semua 'Pekerja Haram' Akan Di Bawa Keluar


TAWAU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempergiat penguatkuasaan bagi mengesan kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin yang bekerja secara haram di seluruh negara ini, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata usaha itu dilaksanakan secara bersepadu menerusi kerjasama Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan beberapa agensi lain.

"Sebelum kita bawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja yang mempunyai dokumen sah dari Bangladesh, kita akan bawa keluar terlebih dahulu warga asing tanpa izin yang berada dalam pasaran kerja di negara ini. #sumber

"Dalam usaha itu, kita juga akan meminta kerjasama daripada pihak kedutaan-kedutaan berkaitan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Penerepan Nilai-nilai Murni bersama warga KDN di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa masuk pekerja dari Bangladesh adalah bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap kekurangan pekerja di sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

"Oleh itu, perkara ini tidak seharusnya dipolitikkan...ia bukan kebanjiran pekerja kerana kita akan keluarkan terlebih dahula warga asing tanpaizin sebelum kita membawa pekerja yang mempunyai dokumen lengkap.

"Tidak ada negara yang mengizinkan mana-mana pekerja asing yangtidak mempunyai dokumen sah atau tidak tinggalkan negara selepas tamat tempohvisa atau tempoh tinggal dalam negara itu," tegas beliau.

Khamis lepas, Ahmad Zahid berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.-Bernama
Share:

Shahrir Samad Tolak Dakwaan G.Palanivel Akan Sertai DAP


JOHOR BAHARU: Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyangkal dakwaan bahawa baru-baru ini  bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dikatakan mahu menyertai parti DAP.
"Saya tidak percaya dengan cerita kalau kecewa, nak masuk DAP lah, masuk PKR lah, PAS dan sebagainya, semua itu tidak betul. Itu semua saya ingat warna-warni dalam pergolakan politik," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Kacau Dodol Perdana, di sini petang Jumaat.
Shahrir, yang juga anggota Parlimen Johor Baharu berkata perkara itu hanya spekulasi yang tidak patut diada-adakan dan pihak yang ingin menyelesaikan masalah tersebut harus bertenang. #sumber
"Kita nak selesaikan kebuntuan masalah MIC kena ada ketenangan, kebijaksanaan serta kewarasan," kata beliau.
Shahrir berkata sekiranya masalah itu diselesaikan dengan gelojoh, maka akan merumitkan keadaan, tambahan lagi sekiranya ada pihak yang mengapi-apikan, ia akan membawa kepada masalah yang lebih serius.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya Palanivel dikatakan ingin menyertai DAP setelah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu hilang keanggotaannya dalam MIC.
Sementara itu, bagi program Kacau Dodol Perdana, Shahrir berkata program yang dianjurkan oleh UMNO Johor Baharu itu memberi peluang kepada masyarakat merasai sendiri pengalaman membuat dodol.
Beliau berkata pembuatan dodol yang memerlukan pelaburan masa, tumpuan dan fokus itu, akan turut dijadikan aktiviti tahunan bagi memeriahkan bulan Ramadan sekali gus menghidupkan kembali tradisi di kampung.
Bagi program kali ini, sebanyak 13 kumpulan akan menghasilkan sejumlah 300 kilogram dodol dan bakal mengagihkan 600 bungkus dodol seberat setengah kilogram setiap satu kepada orang ramai nanti.
Share:

Tengku Mahkota Pahang: "Terus Sokong" Kerajaan Prihatin


MARAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan rakyat untuk terus menyokong kerajaan yang prihatin bagi memastikan keamanan dan keharmonian negara terpelihara.

Baginda bertitah rakyat tidak seharusnya mudah mengikut mereka yang berkepentingan, sehingga merugikan diri sendiri dan masa depan generasi seterusnya.

Titah baginda lagi, tidak ada kerajaan yang sempurna atau tidak melakukan kesilapan, namun kelemahan ini akan diperbaiki dan seharusnya dilihat bersama-sama nilai positif yang pernah dilakukan sebelum ini. #sumber

Kita harus ingat pentingnya untuk pelihara keharmonian. Kerajaan yang prihatin perlu kita sokong. Ini masa untuk kita tunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Adnan Yaakob).

"Tambahan pula perdana menteri berasal dari Pahang. Siapa lagi yang hendak sokong jika bukan orang Pahang," titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Pengurniaan Kepada Yang Memerlukan di Kampung Lubuk Paku di Maran, semalam.

Turut hadir Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang juga Anggota Parlimen Maran.

Tengku Abdullah juga menyeru rakyat untuk mengambil iktibar kekacauan yang berlaku di beberapa negara Islam Timur Tengah yang bertelingkah sesama sendiri kerana tindakan itu merugikan agama.

Pada majlis itu, baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan kepada 200 penduduk sekitar Maran yang memerlukan bantuan dan sumbangan bernilai RM73,000 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada lima individu yang mengalami kecederaan semasa bekerja.
Share:

Galeri Di Raja: Tengku Mahkota Pahang Berangkat Melawat Perumahan "Pasca Banjir" DUN Padang Tengku, Kuala Lipis


KUALA LIPIS: Tengku Mahkota. Pahang dan Tengku Puan Pahang semalam telah mengadakan lawatan ke perumahan pasca banjir di Kampung Aur Gading dekat sini. Baginda sempat meninjau dan beramah mesra denganlapan keluarga yang ditempatkan di situ.


Kampung Aur Gading, Terletak dalam DUN Padang Tengku yang diwakili. Oleh Dato' Mustapa Long. Turut bersama dalam rombongan itu ialah anakanda putera dan puteri baginda. 


Baginda sempat bergambar kenangan dengan keluarga terbabit sebelum berangkat meninggalkan mereka.


Baginda dan rombongan juga telah berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan untuk golongan memerlukan di Masjid Kampung Chegar Perah.



Turut bersama pada program itu iala Menteri Besar Pahang, Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob, barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang terdiri dari Dato Sri Shahiruddin Moin, Dato Sri Ir.Soffi. Razak dan Dato Syed Ibrahim Syed Ahmad.





Hadir sama selaku tuan rumah ADUN Padang Tengku, Dato Mustapa Long, Ahli Parlimen Lipis Dato' Abd Rahman Mohamad dan Pegawai Daerah Lipis Dato' Hj.Ahmad Daud.



"Dirgayahu Tuanku"  #RBO News

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.