script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Himpunan Aman "Bantahan" Pengambilan Tanah Penduduk !


JERANTUT: Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man bersama penduduk kampung batu balai dan anak gajah, Jerantut meninjau kawasan tanaman sawit getah serta tanaman kontan orang kampung yang meneroka tanah tersebut ada yang lebih dari 30 tahun dimusnahkan oleh Penguatkuasa Daerah Jerantut di mana difahamkan tanah ini ingin diserahkan kepada sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir memberi sokongan Dato Ismail Hamzah penasihat PERANTAU Pahang dan juga Al Fadhil Ustaz Aris Fezul mantan Setiausaha Lajnah Tanah PAS Pusat. #sumber
Share:

Nasib Mantan MB Selangor, Khir Toyo Di Tentukan Hari Ini !


PUTRAJAYA: Adakah bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo akan lepaskan dan diperintahkan supaya menjalani program khidmat masyarakat sebagai menggantikan hukuman penjara?
Persoalan ini akan terjawab pada Selasa apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman ke atas Dr Mohamad Khir, 50. Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada 1.30 tengah hari ini.
Pada 22 September, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 September.
Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.
Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.
Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Selasa lepas, semasa merayu agar hukuman diringankan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir, memohon mahkamah supaya tidak menjatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya, sebaliknya mengenakan denda atau memerintahkannya supaya melaksanakan program khidmat masyarakat.
Muhammad Shafee memperjelaskan bahawa anak guamnya memberi jaminan bahawa beliau bersedia untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah dengan memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada penduduk miskin.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar pula berkata, program khidmat masyarakat tidak sesuai bagi kesalahan seperti itu.
Ini kali pertama program khidmat masyarakat dicadangkan sebagai menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan seperti itu. #sumber
Share:

Kementerian Kesihatan, Sangkal Berita Isu Rawatan Anwar


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyangkal laporan beberapa portal berita yang mendakwa tiada rawatan imejan resonans magnetik (MRI) diberikan kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau ditahan di penjara Sungai Buloh.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua MRI dilakukan ke atas Anwar, pada 2 Jun dan 24 Ogos, dengan laporannya disediakan pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur.
Salinan laporan dan CD imej itu telah diserahkan kepada keluarga Anwar pada 14 Julai dan 21 September, katanya dalam kenyataan di sini Isnin.
Beliau merujuk kepada laporan diterbitkan oleh MalaysiaKiniThe Malaysian Insider danFree Malaysia Today berhubung kesihatan Anwar dan rawatan dijalaninya.
Dr Noor Hisham berkata, panel pakar yang merawat Anwar terdiri daripada 17 perunding klinikal dari lapan bidang perubatan termasuk surgeri ortopedik dan radiologi otot dan tulang.
"Berhubung dengan permintaan mendapatkan pendapat kedua mengenai kecederaan bahu kronik dialami Anwar, ini telah diberikan menerusi penyertaan empat perunding ortopedik dari luar di dalam panel pakar," katanya. 
Pakar lain adalah daripada Hospital Kuala Lumpur.
Selain itu, seorang perunding ortopedik artroskopi dan pakar bedah sukan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dibenarkan oleh pihak berkuasa penjara untuk memeriksa Anwar pagi ini seperti diminta oleh keluarganya untuk memberikan "pendapat kedua", kata Dr Noor Hisham.
"Semua keputusan berkaitan rawatan Anwar dibuat berdasarkan cadangan panel perunding dan tiada seorang pun daripada anggota panel itu membuat keputusan secara bersendirian," katanya. #sumber
Share:

Ummi Hafilda Tubuhkan NGO Baharu, Kuasa Suara Rakyat !


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) baharu bagi mengangkat "kuasa suara rakyat" supaya ia didengari.
NGO yang dinamakan sebagai 'Kuasa Suara Rakyat' (KSR) itu didaftarkan pada minggu lalu, dengan jawatan presiden disandang oleh Ummi sendiri.
Ummi berkata, rakyat mahukan jawapan kepada banyak masalah yang dihadapi negara, antaranya merupakan isu yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.
Dalam pada itu, Ummi turut mencabar Najib supaya mengangkat 'sumpah laknat' berhubung derma berjumlah RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya dari Timur Tengah.
Beliau berkata, satu majlis solat hajat akan diadakan di Putrajaya yang bakal dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disertai kira-kira 50,000 orang.
Menurut Ummi, kini adalah masanya untuk mereka yang berkuasa memberikan jawapan kepada rakyat.
"Suara rakyat mesti dihormati dan didengari. Suara mereka mesti sampai ke telinga pemimpin-pemimpin. Kita tidak mahu pemimpin yang pekak badak, sombong atau syok sendiri," katanya pada sidang media di sini, Ahad.
Ummi yang merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, beliau merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk bercakap mengenai masalah rakyat walaupun tidak pernah memegang jawatan dalam Umno mahupun Kabinet.
Ummi mengumumkan keluar dari Umno selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet, Julai lalu.
"Saya rasa bahawa saya perlu melakukan sesuatu apabila saya terima beribu-ribu mesej daripada rakyat supaya sesuatu dapat dilakukan," katanya sambil menambah bahawa beliau keluar dari Umno kerana beliau merupakan seorang yang mempunyai prinsip.
Menurut Ummi, NGO yang baharu ditubuhkan itu terbuka penyertaan kepada semua kaum. #sumber
Share:

Tunku Temenggong Johor 'Pertahan' Adik Tidak Bertudung !


JOHOR BAHRU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya.

Menerusi akaun Instagram miliknya, putera Johor itu memuat naik gambar adiknya, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah berpakaian baju kurung biru cair dengan rambutnya diikat.

"Apabila saya melihat komen mengenai adik saya yang tidak memakai tudung, ia sangat mengecewakan," kata Tunku Idris.

Beliau juga menyatakan bahawa adiknya itu menunaikan solat lebih banyak berbanding mereka yang mengenakan tudung.

Tunku Idris juga memberitahu bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.

"Adakah itu tidak cukup baik? Bukankah ia antara dia dan Allah?" soal Tunku Idris.

Tegas Tunku Idris lagi, masyarakat hari ini lupa bahawa orang Melayu bukannya bangsa Arab dan berpakaian seperti kaum itu tidak menjadikan seseorang itu lebih kuat pegangan agamanya.

Katanya selain menjadi pakaian agama, hijab adalah pakaian budaya bagi orang-orang Arab kerana ia melindungi pemakainya daripada panas atau ribut pasir.

"Ada orang alim pernah memberitahu saya, anda memakai tudung apabila anda benar-benar cantik atau benar-benar hodoh hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain. Jadi ia membuatkan saya tertanya-tanya - siapalah kita untuk menghakimi," kata Tunku Idris. #sumber
Share:

Dua Laporan Polis, Dakwaan "Raja Muda Selangor Murtad" !


KLANG: Sebanyak dua laporan polis dibuat di balai polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah murtad dan memeluk agama katolik.
Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin.
Menurut dua laporan berkenaan, kedua-dua pengadu berkata, mereka menjumpai status yang dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama samaran "Rahim Tambychik", semasa menggunakan laman sosial itu Istana Mestika di Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu.
Menurut status itu: "Berita pertukaran agama oleh Putera Sultan Selangor, Tengku Amer Shah, ke Katholokisme amat menyedihkan umat Islam di seluruh negara dan dunia. Kesedihan ini ditambah dengan dua tragedi timpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor bertemu Pope Vatican City akan berhasil."
Mereka berkata, status berkenaan "sama sekali tidak berasas, tidak benar dan fitnah."
"Oleh itu, polis akan mengambil tindakan terhadap pengguna Facebook yang menggunakan nama "Rahim Tambychik" bagi mengelakkan sebarang tanggapan negatif terhadap Raja Muda Selangor dan juga keluarga diraja Selangor.
"Dipercayai tindakan ini akan menghentikan segala bentuk salah guna atau tuduhan liar yang dilemparkan kepada Raja Muda Selangor, dan juga Sultan Selangor," kata mereka.
Siasatan polis menunjukkan bahawa dakwaan itu berdasarkan sebuah artikel lama yang palsu diterbitkan secara dalam talian sebelum ini.
Ia kemudiannya diikuti amaran Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 25 Julai lalu kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin itu.
Difahamkan, halaman Facebook di atas nama "Rahim Tambychik" tidak lagi boleh dicari dan polis percaya ia telah dipadamkan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan yang tidak wajar terhadap kemudahan atau perkhidmatan rangkaian. #sumber
Share:

Tiga Terbunuh Kemalangan Di LPT2 Susur Ke Plaza Tol Kijal


KEMAMAN: Tiga maut setelah dirempuh sebuah kenderaan ketika menunggu bantuan kecemasan setelah terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 313.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) sebelum susur keluar Plaza Tol Kijal di sini pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Azuddin Deraman@Muda, 45, Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27, dan Tan Lee Lee, 47, terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan dan kepala.

Difahamkan, Siti Nur Alifah yang berasal dari Kampung Padang Pulut dan Tan dari Sura Gate, Dungun yang kedua-duanya bertugas sebagai pegawai di sebuah institusi perbankan di Dungun sedang dalam perjalanan ke Kuantan untuk menghadiri mesyuarat.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Vios yang dinaiki dua sahabat dan dipandu oleh Siti Nur Alifah itu hilang kawalan dan merempuh besi penghadang jalan.

Susulan kejadian itu, kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan tersebut dan duduk di bahu jalan sebelum kereta Hyundai Getz yang dipandu Azuddin telah melanggar bahagian belakang kereta jenis Proton Waja tidak jauh dari lokasi kejadian, katanya.

"Selepas kemalangan kecil itu, Azuddin kemudian memberi pertolongan kepada Siti Nur Alifah dan Tan, sejurus selepas itu, sebuah kereta Honda Civic telah terbabas ke kiri bahu jalan lalu merempuh ketiga-tiga mereka yang berada di tepi jalan.

"Susulan rempuhan kuat itu, kesemua mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian, pemandu kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Mohd Said berkata hujan turun ketika kejadian dan hasil siasatan awal pihaknya percaya Toyota Vios dan Honda Civic berkenaan terbabas disebabkan terlanggar air yang bertakung di atas jalan raya, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Sementara itu, seorang saksi, Samsudin Mohamad, 51, yang juga pemandu Proton Waja berkata dia dan Azuddin baru saja selesai berbincang mengenai kerosakan keretanya selepas berlaku perlanggaran kecil di antara mereka.
"Saya cakap tidak ada masalah setelah dia sanggup tanggung kos kerosakan kereta saya dan lepas itu dia minta diri kerana hendak tolong Siti Nur Alifah dan Tan.
"Tidak lama selepas itu saya dengar bunyi orang menjerit dan dentuman kuat dan saya lihat ketiga-tiga mangsa terpelanting," katanya.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. #sumber
Share:

Matthias Chang Di Panggil Beri Keterangan Kes Khairuddin


KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berhubung kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu pada Isnin.
Matthias hadir sebagai saksi di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 9.30 pagi ini bersama-sama peguamnya Zainol Zakaria dan seorang lagi peguam Ahmad Bazlan Che Kassim bagi membantu siasatan polis.
Perkara itu disahkan Ahmad Bazlan ketika ditemui pemberita di perkarangan IPD Dang Wangi.
"Keterangan diambil selama sejam ... kami akan hadir semula di IPD Dang Wangi Jumaat ini bagi menyambung semula keterangan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Bazlan berkata Khairuddin ketika ini masih di dalam wad selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki menghidap denggi.

Khairuddin sebelum ini ditahan di kediamannya di sini.
Beliau direman selama enam hari mulai 19 Sept mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.
Pada 23 Sept, Khairuddin ditahan semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh mensabotaj negara. #sumber
Share:

Mufti Pahang, Kita 'Tidak Akan Mohon Maaf' Daripada DAP !


BANGI: Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman (foto) berkata Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan memohon maaf daripada parti rasis dan cauvinis DAP berhubung isi kandungan khutbah Aidiladha yang dibaca di masjid-masjid negeri itu pada Khamis lalu.
“Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah.
“Kita tak akan tarik balik khutbah (ini). Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam,” katanya kepada Antarapos semalam.
Khutbah Aidiladha yang disiarkan dalam versi PDF di laman web Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk kegunaan para khatib antara lain menyebut:
“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara.
“Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, Pas, PKR dan ditambah parti baru yang di namakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam.
“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka,” kata khutbah itu.
Teks khutbah ini masih boleh diakses di pautan berikut: 
http://mufti.pahang.gov.my/images/khutbah/2015/rumiseptember/aidiladha.pdf

Pada hari yang sama, portal liberal The Malaysian Insider menyiarkan artikel yang ditulis oleh ahli DAP berbangsa Melayu, Sheikh Omar Ali yang mengutuk teks khutbah itu.
“Saya mencabar agar Jabatan Mufti Pahang mengeluarkan bukti-bukti kukuh yang menjadi asas berhubung dakwaan DAP menentang Islam,” tulis Sheikh Omar.
Terkini, DAP Pahang dalam kenyataannya mahu mengugut akan mengambil tindakan undang-undang ke atas JAIP dalam masa lima hari jika JAIP tidak memohon maaf secara terbuka dan menarik balik teks khutbah itu.
“DAP Pahang akan hantar surat pada Jabatan Agama Islam Pahang atau bahagian mufti yang menuntut mereka menarik balik ucapan berbaur fitnah serta memohon maaf secara terbuka melalui media elektronik dalam masa lima hari dari hari ini.
“Sekiranya tiada tindakan atau balasan dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang, kami secara individu iaitu orang beragama Islam dalam DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang yang keluarkan khutbah ini,” kata DAP Pahang. #sumber
Share:

Di Tahan Polis, Jamal "Salahkan" Media Dan Pembangkang !


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menyalahkan media dan pembangkang sebagai penyebab dia ditahan polis.

Katanya, media hanya melaporkan setengah daripada kenyataannya pada 23 September lalu dan tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan daripadanya.

“Bagi saya, penahanan saya hari ini sangat dukacitakan dan tidak wajar.
Kerana penahanan saya ini berasaskan kepada laporan media yang kurang tepat diambil 23 haribulan lepas.

“Hanya sebahagian kenyataan saya diambil dan dihebah yang menjadikan keadaan tidak selesa dan kelam kabut,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Beliau yang memakai baju T-Shirt berkolar dibebaskan polis pada jam 8.30 malam Ahad selepas ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah berhubung kenyataannya tentang rusuhan akan berlaku pada perhimpunan di Jalan Petaling.

Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu memberikan amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada media yang melaporkan kenyataannya secara tidak tepat.
“Saya beri amaran rakan-rakan media ini yang lapor tidak tepat akan berhadapan dengan tindakan undang-undang tegas daripada saya,” katanya.

Jamal turut menjelaskan, segala perkara yang berlaku pada hari ini berpunca daripada himpunan yang diadakan oleh pihak Bersih 2.0.

“Kalau tidak ada Bersih tidak ada perhimpunan pada 16 September dan tidak ada kononnya hari ini juga berlaku perhimpunan.

“Kesempatan ini dimanfaatkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Pemimpin pembangkang yang hadir ke Petaling Street berjumpa dengan peniaga-peniaga seolah-olah mereka penyelamat kepada keadaan ini tetapi sebenarnya merekalah punca segala-galanya permasalahan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas adakah akan terus menjadi orang tengah menyuarakan isu peniaga di Jalan Petaling

“Bagi saya, Petaling Street dah tidak ada isu. Saya telah menunaikan janji saya kepada mereka kepada pihak atasan.

“Terpulang kepada pihak atasan , pihak kerajaan untuk menangani perkara ini,” ujarnya. #sumber
Share:

Seorang Pelajar Patah Bahu, Bas Sekolah Terbalik Di Senai


JOHOR BAHRU: Seorang pelajar perempuan sekolah menengah patah tulang bahu, manakala tiga lagi cedera ringan apabila bas sekolah yang dinaiki mereka terbalik selepas mengelak lori dari arah bertentangan di Jalan Seelong, Senai, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai DSP Mohd Idris Samsuri berkata dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, bas yang membawa 23 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Senai itu, dikatakan mengelak lori dari arah bertentangan yang cuba memotong sebuah motosikal.

"Bas itu kemudian terbabas dan tergelincir di kiri bahu jalan sebelum memasuki longkang kecil di hadapan pagar sebuah kilang berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akibat kejadian itu, kata Mohd Idris, empat orang cedera iaitu dua pelajar lelaki dan dua perempuan termasuk seorang yang patah tulang bahu.

Menurutnya semua pelajar dalam bas itu berusia antara 15 dan 17 tahun. 

Bagaimanapun, beliau berkata tiga daripada empat pelajar itu masih ditahan di Wad Kecemasan Hospital Kulai untuk rawatan lanjut.

Menurutnya pemandu bas bagaimanapun tidak cedera manakala pemandu lori terbabit masih dicari untuk membantu siasatan.

Mohd Idris berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber
Share:

Sensasi: Penyanyi Akim Dan Juga Stacy Selamat Bertunang


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan The Akim & The Magistrate iaitu Akim telah selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Stacy tengahari tadi.
Berita ini disahkan melalui Hlive menerusi laman sosial Instagram rasmi program televisyen itu, petang tadi.
Menerusi foto yang dimuatnaik Hlive, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata dia berasa syukur pertunangannya dengan Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam, 25, berjalan lancar.

"Syukur alhamdulillah. Majlis pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi pada 26 September, 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” kata Akim melalui kapsyen Instagram tersebut.
Majlis pertunangan pasangan bekas bintang Akademi Fantasia ini dikatakan telah diadakan secara tertutup di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat rapat mereka.
Tahniah kepada Akim dan Stacy dari kami warga Astro Gempak. #sumber
Share:

Kes Bunuh Kevin Morais, Tujuh Suspek Akan Di Dakwa Esok


BANGI: Tujuh suspek kes pembunuhan timbalan pendakwa raya, Kevin Anthony Morais yang ditemui mayatnya di dalam tong dram berisi simen pada 16 September lalu akan didakwa esok di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Lima daripada mereka akan didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara dua lagi akan didakwa atas tuduhan bersubahat di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Seorang doktor tentera merupakan antara tujuh suspek yang didakwa esok yang akan berdepan hukuman bunuh jika disabitkan bersalah.
Polis sebelum ini berkata Morais merupakan timbalan pendakwa raya dalam kes melibatkan doktor tersebut, seorang kolonel berusia 50-an, bertugas di makmal patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang didakwa kerana perniagaan haram pada Disember 2013.
Pada September tahun lepas, doktor tersebut yang diikat jamin sebanyak RM100,000, dibicarakan dalam 2 dakwaan rasuah bernilai RM700,000 kerana menyarankan 3 syarikat membekalkan ubat dan alatan perubatan kepada hospital.
Morais hilang pada pagi 4 September selepas diculik beberapa lelaki dalam satu pelanggaran di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, di tengah kesesakan lalu lintas. Beliau dibawa lari oleh suspek selepas keluar dari keretanya untuk memeriksa kerosakan.
12 hari selepas penculikan beliau, polis dibawa ke kawasan paya di Taman Subang Mewah di USJ 1, Subang Jaya di mana mereka menjumpai mayat Morais di dalam tong dram berisi simen.
Satu upacara pengebumian akan diadakan di Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 3 Oktober. #sumber
Share:

Senario "Peniaga Cina" Dominasi Jalan Petaling. Bukan Isu !


KUALA LUMPUR : Dakwaan peniaga Cina mendominasi perniagaan di Jalan Petaling bukan satu isu kerana setiap kaum mempunyai kawasan masing-masing.

Ia juga bukan perkara baru kerana telah dipraktikkan sejak lama dulu.
Peniaga, Mohd Faisal Abdul Rahim, 30, berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul dan dijadikan isu oleh pihak tertentu

“(Peniaga Cina mendominasi Petaling Street) bukan isu. Sebab benda (perniagaan) ini dah berpuluh-puluh tahun. Dah bahagi-bahagi Cina, Melayu, India.




“Ini (Petaling Street) kawasan Cina. Tapi kalau Masjid Jamek, Kampung Baru itu merupakan kawasan Melayu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.


Katanya, isu membabitkan siapa yang mempunyai hak untuk berniaga di sesuatu kawasan itu merupakan bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Sementara itu, Ng Lee Yam pula berpendapat peniaga Melayu dan India juga sewajarnya dicampur untuk sama-sama mencari rezeki di Jalan Petaling.

Menurutnya, apa yang menjadi masalah kepada peniaga untuk meniaga di kawasan itu adalah disebabkan mempunyai ruang yang sempit dan padat untuk berniaga.
“Campur berniagapun boleh. Tiada masalah.
“Tapi tempat kena perbesarkan. Lagi banyak kaum lain berniaga lagi baik kerana lebih ramai orang datang,” katanya. #sumber
Share:

DAP Gesa "Jabatan Mufti Pahang" Tarik Balik Teks Khutbah


KUALA LUMPUR: DAP Pahang semalam menuntut Jabatan Mufti Pahang menarik balik teks yang memfitnah parti itu pada khutbah sempena sambutan AidilAdha dan memohon maaf secara terbuka dalam lima hari.
Pengerusinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (foto), berkata individu beragama Islam dalam parti itu akan mengambil tindakan undang-undang jika JAIP gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan.
Menyifatkan teks khutbah itu mengelirukan umat Islam dan membawa tanggapan negatif terhadap DAP, beliau berkata, surat tuntutan berkenaan akan dihantar dalam masa terdekat.
“Kita terkejut dan membantah sekeras-kerasnya perbuatan mengunakan teks khutbah berbaur politik dan berunsur fitnah. Khutbah terutama ketika sambutan perayaan patutnya mengutamakan persaudaraan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; pakar perlembagaan, Aziz Bari; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan beberapa pemimpin muda beragama Islam parti berkenaan.
Antara petikan teks itu ialah: Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat islam yang menyertai Parti DAP yang terang-terangan menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka.”
Tengku Zulpuri Shah yang menyifatkan perbuatan itu sebagai sengaja mencari salah DAP, berkata, parti itu tidak menentang Islam, malah mencabar mana-mana pihak supaya membuktikan dakwaan itu.

Sambil membantah perbuatan memperalat institusi agama seperti jabatan mufti untuk kepentingan politik pemerintah, beliau juga tidak menolak kemungkinan ia bertujuan mengalih perhatian rakyat dari isu besar seperti derma RM2.6 bilion dan skandal IMDB.
Katanya, perpecahan umat Islam di negara ini bukan disebabkan DAP sebaliknya ia lumrah berlaku di mana-mana pun termasuk di negara Arab hingga wujud perang saudara sesama bangsa dan agama, selain turut berlaku pada zaman Rasulullah SAW. #sumber
Share:

Dakwaan Teks Khutbah Jabatan Mufti Pahang Tak Berasas !


Saya mendapat tahu berhubung teks khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang Darul Makmur yang tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp pagi ini.
Dalam teks khutbah tulisan jawi berkenaan antaranya menyebut;
“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti UMNO, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan GHB. Malahan ada dikalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam…”
Selaku ahli Melayu-Islam dalam DAP, saya melihat bahawa dakwaan dalam khutbah tersebut khususnya pada sedutan teks “DAP yang terang-terang menentang Islam” adalah tidak berasas dan merupakan suatu fitnah.
Lebih malang lagi, fitnah tersebut disebarkan oleh Jabatan Mufti dan menerusi masjid yang merupakan institusi mulia bagi umat Islam tanpa mengira samada beliau berbangsa Melayu, Cina, India atau lain-lainnya.
Saya juga berpandangan bahawa tindakan mengeluarkan teks khutbah tersebut menggambarkan kedangkalan dan sikap tidak mengkaji Jabatan Mufti Pahang.
Saya mencabar agar Jabatan Mufti Pahang mengeluarkan bukti-bukti kukuh yang menjadi asas berhubung dakwaan DAP menentang Islam. #sumber
Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor.
Share:

Wanita Di Percayai Di Bunuh 30 Tahun Lalu, Di Temui Hidup


SEORANG mangsa yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan ditemui selamat selepas 31 tahun identitinya 'mati'.

Dikenali sebagai Petra Pazsitka dari bandar Jerman utara Braunschweig, dia kali terakhir dilihat pada 1980 ketika berusia 24 tahun.

Bagaimanapun sekarang dia sudah berusia 55 tahun dan hidup menggunakan identiti sebagai Schneider di Düsseldorf.

Dua minggu lalu rumahnya telah dipecah masuk dan selepas menghubungi polis, identiti sebenar wanita itu akhirnya terdedah.

Jurucakap polis berkata: "Sesungguhnya dia adalah wanita yang hilang dan dianggap mati itu. Katanya, dia tinggal di bandar-bandar yang berbeza menggunakan nama palsu. Dia tidak pernah mempunyai kad pengenalan baru."

Tetapi pihak polis menemui kad identiti asal wanita itu selepas memeriksa kediamannya yang dipecah masuk.




Dia mengaku hidup dalam pembohongan sejak tiga dekad lalu.

Pada 26 Julai 1984, Petra yang sedang belajar sains komputer di Braunschweig, pergi berjumpa doktor gigi.

Dia meninggalkan premis pergigian itu kira-kira pukul 3 petang untuk menaiki bas ke rumah ibu bapanya berdekatan Wolfsburg, demikian menurut kawannya.

Tetapi dia tidak sampai ke lokasi yang sepatutnya itu.

Setahun sebelum itu seorang gadis berusia 14 tahun telah dibunuh berhampiran hentian di mana dia sepatutnya menaiki bas, jadi polis percaya kes pembunuh sama berulang ke atas Petra.

Kes Petra disiarkan dalam rancangan Crimewatch Jerman yang dikenali sebagai ‘Case Files XY....Unsolved’. Namun tiada pihak tampil memberikan apa-apa maklumat.

Pada akhir tahun 1985 Mac Günter K., 19, pelatih tukang kayu ditangkap dan mengaku membunuh remaja itu.

Pada tahun 1987 dia juga mengaku membunuh Petra.

Petra telah diisytiharkan mati oleh pihak berkuasa.#sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.