script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terharu, Ibu Maki Anaknya Pecah Botol Perfume !


“Mama, ni duit yang ganti minyak wangi tu. Mama, Ajim dah tak ada duit raya. Ma, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau.”

Kasihan. Si kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas ‘naik hantu’ dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian. 


Diam-diam, Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.

Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini?


“Saat membaca nota itu, berderai airmata... Meruntun jiwa seorang ibu ini... Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang sebentar tadi...Kemudian saya sedar... Hanya kerana benda bersifat sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil.”




Allah ya Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian ibubapa dalam mengawal kata.


Saya terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai kesayanganya..


"Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!"
Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..


"Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!"
Ya Allah.. sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam mendidik mereka!


“Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat.”


“Mama minta maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama takut hilang sabar lagi.”


Subhanallah. Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri. Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya. Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.


Namun sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah. Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.
Anak-anak melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata, ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!


Ajarlah anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.


Memang ada kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka, sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa menyebabkan orang lain pula yang terluka!


Marilah sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.


Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula. 


Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin.
Ummu Nurin, terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.


*Ummu Nurin adalah salah seorang penulis yang berkolaborasi dengan saya menerusi projek buku motivasi rumahtangga - Suamiku Encik Whatever. #sumber
Share:

Kenyataan Mufti, KPN Perlu Nyatakan Pendirian !


PETALING JAYA: Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman mengenai kafir harbi.

Dalam postingnya di Facebook hari ini, Gobind berkata DAP tidak pernah melancarkan perang terhadap Islam.

“Kami tidak anti Islam. Kami ada penyokong, ahli dan wakil rakyat beragama Islam. Kami memegang Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan Islam ialah agama rasmi Malaysia.

“Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah bila ketua polis negara yang mengetuai pasukan polis hanya senyap, sedangkan dia sepatutnya mengawal undang-undang negara ini.

“Kita mempunyai pengisytiharan terbuka dan umum mengenai perkara serius tetapi dia tidak cakap apa-apa. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku,” kata ahli Parlimen Puchong itu.

Gobind mendakwa sikap Khalid berbeza apabila terus bertindak dengan cepat ketika mengendalikan “kes lain” membabitkan perkara yang dianggap sensitif.

“Kita ada undang-undang dalam negara ini. Kita perlu lihat undang-undang ini dikuatkuasakan. Senyap dalam keadaan seperti ini pada fikiran saya, tidak ada pilihan.

“Saya fikir persoalan bagi kebanyakan orang ialah sama ada KPN setuju atau tidak dengan mufti? Jika tidak, soalannya ialah apa yang beliau akan lakukan mengenainya?” kata Gobind, menambah perkara itu sangat penting kepada rakyat. #sumber

Share:

Rakyat Bukan Islam 'Automatik' Bukan Kafir Harbi

PETALING JAYA: Seorang pemimpin tertinggi PAS semalam tampil bersuara mengkritik penggunaan istilah “kafir harbi” oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebagai warganegara, orang bukan Islam dengan automatiknya tidak termasuk golongan kafir harbi.
“Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi.,” kata Tuan Ibrahim ketika menyampaikan kuliah Zohor semalam di Masjid Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.
Ia merupakan kenyataan pertama seorang pemimpin tertinggi PAS berkenaan isu itu, yang menerima kecaman pelbagai pihak.
umaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Rahman mengecam DAP sebagai “kafir harbi” kerana membantah RUU Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.
RUU itu dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu, dalam usaha yang dilihat membuka jalan bagi kerajaan Kelantan memperkenalkan hukum hudud dalam enakmen Syariah negeri.
DAP dan beberapa parti komponen Barisan Nasional sebelum ini menyuarakan tentangan terhadap sebarang usaha memperkenalkan hudud. #sumber
Share:

Zaid: Mahathir Mampu Lahirkan Malaysia Baharu !


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada dalam kedudukan yang sesuai untuk membawa kepada pembentukan Malaysia yang baru, kata Datuk Zaid Ibrahim.

Kata bekas menteri Umno itu, Mahathir perlu memujuk orang Melayu supaya membentuk 'kuasa pakatan pembangkang yang sebenar' serta menghimpunkan pembangkang yang sedia ada untuk bersatu bagi tujuan yang lebih besar daripada sekadar menjatuhkan BN.

"Mahathir kini mempunyai peluang terbaik untuk melahirkan Malaysia baru, jika beliau benar-benar mahu rakyat Malaysia untuk hidup bersama-sama dengan gembira, sama rata dan menjadi negara demokrasi yang makmur dan liberal seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020," kata Zaid dalam entri blognya, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak percaya ramai akan menyertai pembangkang baru ini.

"Jika, seperti yang saya syaki, tidak akan ada ramai pengikut, maka Mahathir dan sekutu-sekutunya perlu bersedia untuk melakukannya secara sendirian kerana prinsip ini merangkumi maksud pembangkang yang sebenar.

"Ia tidak hanya menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak atau hanya rasuah tetapi cuba mengubah struktur asas dan ciri-ciri negara ini agar kita tidak menjadi sebuah negara korup Taliban," ujar Zaid.

Pembangkang baru, tambah Zaid, harus berpaksikan prinsip-prinsip utama seperti:

  • Malaysia yang demokratik dan penolakan dalam apa jua cadangan berhubung negara agama;
  • Sistem perundangan yang adil, tanpa tahanan dan kerahsiaan pencegahan untuk melindungi rasuah;
  • Menamatkan politik kebencian dan pengharaman diskriminasi kaum dan agama;
  • Penubuhan suruhanjaya pilihan raya, polis dan agensi-agensi penguatkuasaan yang bebas;
  • Sebuah kerajaan telus yang membasmi rasuah;
  • Menyerlahkan bayangan kabinet pembangkang yang membentangkan dasar-dasar alternatif dan bukannya sibuk mencari salah BN.
Share:

PAS Kedah Membidas Dakwaan Mukhriz Mahathir


ALOR SETAR: PAS membidas dakwaan mempunyai perjanjian dengan UMNO berkaitan pembahagian negeri, dengan mereka diberikan negeri majoriti Melayu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mengulas dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, PAS Kedah berkata dakwaan itu sangat dangkal, berunsur fitnah dan hanya sebuah “propaganda buruk”.

Ia juga, katanya, tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang pernah menjawat kedudukan Menteri Besar.

“Sehubungan itu Datuk dinasihat agar lebih profesional dan menjadi diri Datuk yang sebenar-benar serta menumpukan tanggung jawab selaku ADUN.

“Datuk tidak perlu lagi menjadi boneka atau nujum Pak Belalang,” kata Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

Selepas dipecat UMNO Jumaat lepas, Mukhriz semalam mengesyaki wujud perjanjian itu dan mendakwa “tanda-tanda sudah ada”.

Dalam kenyataan hari ini, Ahmad Fakhruddin mengingatkan bahawa Mukhriz dijatuhkan oleh kumpulan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah atas alasan beliau mempunyai kelemahan dan boleh hilang negeri kepada PAS.

“Tidak mungkin mereka yang membunuh politik Datuk atas sebab itu tiba-tiba hendak melepaskan Kedah kepada PAS” katanya.

Beliau juga berkata dakwaan itu juga menggambarkan "seolah-olah pemerintahan boleh dipotong bahagi seperti kuih bengkang".

“PAS tidak menjadikan jalan singkat, pemerdayaan dan tipu muslihat untuk merampas kedudukan.

“PAS juga tidak dayus untuk membiarkan Umno terus bermaharajalela dengan maksiat dan kemungkaran pemerintahan. #sumber
Share:

Surat Terbuka 'ADUN DAP' Kepada Mufti Pahang !


Datuk Seri, Saya dahulukan surat ini dengan memohon maaf sekiranya perasaan DatukSeri tersinggung atas teguran yang ingin saya sampaikan di sini.

Saya, selaku seorang warganegara Malaysia, serta seorang wakil rakyat yang telah dipilih oleh saudara-saudari senegara daripada pelbagai keturunan dan agama, berasa amat kesal dan kecewa terhadap kenyataan Datuk Seri yang memfitnah parti pilihan saya sebagai kafir harbi.

Fatwa Datuk Seri itu memberi makna bahawa darah saya sebagai seorang ahli parti DAP yang diamanahkan oleh sebahagian ahli-ahlinya untuk memimpin pemuda-pemudanya di negeri Perak adalah halal.

Mengikut fatwa Datuk Seri juga, darah ahli-ahli parti saya yang telah berjuang untuk Rakyat Malaysia tidak kira keturunan, agama dan jantina, selama lima puluh tahun lamanya adalah juga halal.

Kenyataan Datuk Seri tentang DAP sebagai kafir harbi amat berpotensi membawa kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat dan bahkan dapat mengundang darurat yang sukar dipulihkan, terutama kerana kedudukan Datuk Seri sebagai pemimpin masyarakat dan agama.

Bayangkan sekiranya seruan fatwa mufti ini akan disahut oleh sekali pun hanya segolongan kecil rakyat Malaysia. Bayangkan.

Kami tidak ingin menaruh syak wasangka berlebihan, namun kenyataan Datuk Seri berkenaan yang mewajibkan ahli DAP diperangi habis-habisan telah dikeluarkan sehari sahaja selepas video propaganda IS tersebar.

Dan ini adalah perkara yang amat merisaukan kita.

Tambahan lagi, kedua-dua pesanan pokok yang sama disampaikan oleh Datuk Seri dan IS, iaitu supaya Muslimin dan Muslimat bermusuhan dengan orang bukan Islam, serta menghalalkan darah mereka, adalah pada saya sebagai suatu darurat sosial.

Saya tertanya-tanya, tidakkah kenyataan Datuk Seri melabelkan sebuah parti politik nasional sebagai kafir harbi itu sebagai tindakan semberono yang sama sekali bertentangan dengan semangat Ramadan yang dianggap penuh rahmat oleh para Muslim?

Saya dengan rendah hati ingin menyatakan pendapat saya bahawa bukan sahaja kenyataan Datuk Seri itu adalah tidak tepat, malah ia merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang berupa hasutan, racun dan boleh mengundang darurat.

Untuk bersangka baik, saya anggap kenyataan Datuk Seri itu dikeluarkan kerana tidak mendapat gambaran yang sebenar tentang DAP.

Untuk itu, sempena bulan yang mulia ini, saya ingin mengajak Datuk Seri untuk berkenal-kenalan, sesuai dengan anjuran Al-Quran dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

HOWARD LEE CHUAN HOW 
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak 
Merangkap Setiausaha Antarabangsa Pemuda DAP
#sumber
Share:

Ustaz Wan Ji Lapor Polis Terhadap Mufti Pahang !


KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap Datuk Abdul Rahman Osman hari ini berikutan kenyataan mufti Pahang itu yang mengisytiharkan DAP sebagai kafir harbi.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Biro Agama Pemuda PKR Wan Ji Wan Hussin di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 11.45 pagi.

Menurutnya, laporan itu dibuat kerana bimbang elemen pengganas IS menular, lebih-lebih lagi selepas insiden ugutan serangan terhadap Bukit Aman sebelum ini.

“Kami minta supaya elemen yang mampu membawa pertumpahan darah ini dielak dan pihak polis harus menanganinya sebagai perkara penting.

“Negara ini mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan kefahaman politik. Justeru kita tidak perlu menggunakan kenyataan yang berbaur keagamaan yang boleh membawa kepada pertumpahan darah," kata Wan Ji kepada pemberita di luar IPD itu sebentar tadi.

Menurut pandangan popular di kalangan umat Islam, golongan kafir harbi boleh dibunuh kerana tindakan mereka memerangi Islam.

Jumaat lalu, Abdul Rahman menggelar DAP 'kafir harbi', antaranya kerana menentang tindakan PAS kerana membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negara ini.



Wan Ji berpendapat kenyataan itu dikeluarkan kerana kurang kefahaman berkaitan politik.

“Pada saya (mufti Pahang) mungkin ada masalah kefahaman politik apabila melihat isu sebegini.

“Justeru perbezaan dalam menafsirkan Islam itu tidak sewajarnya diambil tindakan yang boleh membawa unsur keganasan.

“Sebab kita tengok IS di Syria dan Iraq mereka memang menuduh orang yang berbeza kefahaman agama sebagai musuh Islam dan akhir sekali pergi kepada (gelaran kafir) harbi.

Wan Ji turut menyeru mufti lain di negara supaya mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan sedemikian adalah tidak wajar.

“Bukan sekadar laporan polis (daripada PKR), mungkin pihak agamawan lebih mengambil (kenyataan) ini sebagai satu perkara penting,” katanya yang memberi contoh langkah mufti Perlis yang terlibat memberi penjelasan dalam isu itu. #sumber
Share:

Najib Gesa Rakyat Menolak Golongan Anti-Islam !


PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat di negara ini supaya menolak golongan anti-Islam dan pihak yang bersengkongkol dengannya.

Najib berkata umat Islam tidak boleh berkompromi dengan hal itu kerana adalah menjadi kewajipan untuk memperjuangkan Islam demi memastikan syiar Islam terus berkembang di negara ini. 

"Kita tidak boleh kompromi dalam hal ini, mesti perjuangkan agama Islam dibumi bertuah ini. Kita tolak sesiapa yang tidak suka Islam dan sudah tentu kita tahu siapa mereka ini dan pihak yang bersengkongkol dengan mereka. 

"Kewajipan kita sebagai umat Islam untuk perjuangkan Islam authentic. Islam yang sebenar tidak keterlaluan, tidak terlalu longgar atau liberal sebaliknya yang pertengahan, seimbang dan wasatiyah," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan solattarawih bersama kepimpinan masyarakat dan kakitangan kerajaan Parlimen Pekan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al Haj, pada Ahad.

Majlis turut dihadiri oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, anak perempuannya Nooryana Najwa, menantunya Daniyar Kesikkba serta Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Syed Ibrahim Syed Ahmad. 

Beliau berkata dalam masa yang sama, umat Islam di negara ini juga perlu menghormati penganut agama lain untuk menunjukkan kebaikan ajaran agama Islam supaya dalam masa yang sama mereka juga menghormati ajaran agama Islam sendiri. 

Selain itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut menyeru umat Islam memanfaat sepenuhnya 10 malam terakhir Ramadan ini dengan melakukan ibadah dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. 




Umat Islam juga, katanya perlu mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah yang banyak memperoleh kejayaan sepanjang bulan Ramadan walaupun terpaksa berjuang dalam keadaan lapar dan dahaga. 

"Tidak semestinya berada dalam keadaan keletihan dan kelaparan menjadikan umat Islam lemah. Apa yang penting untuk menentukan ketaqwaan dan kejayaan ialah keimanan serta daya juang yang kukuh. 

"Dengan berbekal perkara ini serta persiapan rapi sebagai satu pakej, Insya-Allah kita akan boleh berjaya bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi juga sepanjang masa," katanya. 

Pada majlis itu, Najib yang berbaju Melayu dan berkain pelikat turut menyampaikan sumbangan kepada 61 penerima terdiri daripada 25 pelajar Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, di sini dan 36 warga dari Parlimen Pekan #sumber
Share:

Noh Omar 'Di Lantik Kembali' Sertai Kabinet Najib


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Datuk Seri Noh Omar dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi.

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula tidak dilantik semula sebagai Menteri Kewangan Kedua kerana memilih untuk bersara.

Tempatnya diambil oleh Datuk- Johari Ghani.

Berikut antara rombakan itu.

Johari Abdul Ghani - Menteri Kewangan II
Abdul Rahman Dahlan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi)
Noh Omar - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Mah Siew Keong - Menteri Perladangan dan Komoditi

Timbalan Menteri
Aziz Othman - Timbalan Menteri Kewangan
Leong Lee Chee - Timbalan Menteri Kewangan
Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Timbalan Menteri Devamany SK di Jabatan Perdana Minsiter ini
Henry Sum Agong - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

#sumber
Share:

PERKASA Anggap Mufti Pahang Agak Keterlaluan


KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berpendapat, kenyataan dikeluarkan mufti Pahang yang mendakwa DAP sebagai kafir harbi sebagai keterlaluan.

Sehubungan itu, Ibrahim meminta supaya Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman membetulkan kenyataannya itu walaupun tidak bersetuju dengan DAP.

Ini kerana, beliau berpendapat kenyataan itu boleh mendatangkan kekeliruan terhadap orang bukan Islam terhadap agama Islam.

"PERKASA berpendapat kenyataan mufti Pahang mengenai DAP sebagai kaum kafir harbi agak keterlaluan. PERKASA memang tak bersetuju dengan politik DAP sejak dulu lagi. Ini bukan perkara baru, kita tau pasal DAP.

"Walau kita berbeza dengan DAP, tetapi isu yang dibawa mufti Pahang boleh memberi salah tafsir orang bukan Islam terhadap Islam.

"Jadi elok mufti Pahang memperbetulkan. Dia boleh menyatakan tidak bersetuju, boleh mengecam DAP, tetapi tidak boleh secara spesifik menuduh yang boleh mengelirukan pandangan orang ramai terhadap Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.

Selain itu, Ibrahim juga berpendapat tidak wajar untuk sesiapa menghukum orang bukan Islam dengan dakwaan sedemikian memandangkan negara ini bukan mengamalkan pentadbira berteraskan Islam sepenuhnya.


"Dalam bab ini kita tak boleh hukum sampai peringkat menggelar kafir harbi. Kita bersetuju dengan pandangan mufti Perlis bahawa Malaysia bukan negara mengamalkan Islam," katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan ia wajib ditentang umat Islam.

Bagaimanapun, Abdul Rahman kemudian memberitahu bahawa kenyataan itu bukan ditujukan semata-mata kepada DAP tetapi secara umum. #sumber
Share:

Pecat Muhyiddin, Mukhriz Kembalikan Displin Ahli

KOTA BHARU: Tindakan UMNO memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir semalam adalah untuk mengembalikan disiplin anggota parti, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata langkah itu terpaksa diambil bagi menjaga kepentingan umum parti sekali gus memberi amaran kepada mana-mana anggota supaya tidak melanggar disiplin pada masa depan.
“Kita ada satu undang-undang, tak boleh kecualikan mana-mana pihak daripada mana-mana tindakan. Jika tiada disiplin maka runtuhlah parti. (Maka) demi menjaga kepentingan umum maka tindakan tegas perlu diambil.
“Ini menunjukkan kita cintakan parti, kita mahu mengembalikan disiplin dan (memberi) amaran kepada pihak yang melanggar disiplin parti. Kita adalah satu organisasi, ada peraturan, maka tiada siapa yang terkecuali,” katanya.
ustapa ditemui pemberita selepas melawat Mek Som Mat Diah, 89, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini. Warga emas itu putus kaki kiri akibat ditetak remaja lelaki di Pasir Mas, Ahad lepas.
Majlis Tertinggi UMNO semalam memecat Muhyiddin dan Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin manakala Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan daripada
Jawatankuasa Disiplin parti.
Mustapa yakin sebarang kesan susulan pemecatan dua anggota parti itu akan hanya bersifat sementara dan tidak terlalu menjejaskan parti.
“Kalau kita kata tak ada kesan langsung itu mustahillah, kesan tetap ada sehari dua ini tetapi (lama-kelamaan) anggota parti akan faham. Kalau ada pun tak banyak dan ia bersifat sementara dan akhirnya kita akan bertaut kembali,” katanya.
Beliau turut melawat Ketua Biro The Star Kelantan Syed Azhar Alqadri yang menjalani pembedahan pintasan jantung pada 11 Jun lepas, di hospital sama. #sumber
Share:

Anwar Ibrahim Rayu Parti Pembangkang Bersatu !

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar pihak pembangkang merapatkan barisan, mengetepikan perbezaan dan elak bertengkar sesama sendiri.
Dalam sepucuk surat terbuka yang ditulis dari penjara Sungai Buloh, beliau yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat menggesa ahli-ahli politik pembangkang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.
“Kita wujud untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya. Teks surat itu telah dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Awal bulan ini, pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah memberi pengajaran besar kepada calon pembangkang dalam pilihan raya kecil. Calon-calon dari Amanah yang disokong oleh Pakatan Harapan, serta calon daripada PAS, kedua-duanya kalah kepada Barisan Nasional.
Sejak itu terdapat rayuan bagi PAS untuk menyertai semula pakatan pembangkang yang mana sebelum ini berpecah ekoran pertikaian antara DAP dan beberapa pemimpin PAS.
Anwar berkata, parti-parti pembangkang harus menerima kekalahan pilihan raya kecil dengan rendah hati.
Rakyat Malaysia menyematkan harapan mereka terhadap parti-parti pembangkang untuk menyelamatkan negara ini daripada penindasan, rasuah dan kebankrapan moral rejim semasa,” katanya yang turut menggesa ahli-ahli politik pembangkang untuk bersatu dan mengalahkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita mesti melalui segala-galanya demi Malaysia”, tulis Anwar dan surat terbukanya itu. #sumber
Share:

DAP: Adakah Mufti Pahang 'Jahil' Fekah Semasa !

PETALING JAYA: Kenyataan Mufti Pahang bahawa ‘DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang’ dianggap bukan sahaja merbahaya malah suatu tuduhan amat berat yang mana implikasinya boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam serta negara.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali mengecam kenyataan Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini?” soal Omar yang juga Graduan Usuluddin Akademi Pengajian Islam UM.
Mufti Pahang dalam sebuah laporan di akhbar Utusan Malaysia berkata, penentangan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka.
“Kami amat kecewa kerana Mufti Pahang gagal mengemukakan fakta dan bukti kukuh untuk dijadikan hujah yang boleh disandarkan ke atas tuduhan berat ‘kafir harbi’ tersebut.
“Bahkan kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah beliau gagal menekuni fiqh muassirah (fekah semasa) yang giat diperbahaskan ulama’ dan para sarjana lewat hari ini seperti Dr Yusuf Al-Qardhowi dan sebagainya!” katanya.
Omar Ali terus menyelar Mufti Pahang dengan diminta buktikan DAP membeci Islam dan jika ia hanya berpandu kepada hukum hudud, beliau persoal pendiriannya terhadap ahli UMNO yang turut menentang pelaksanaan hukum tersebut.
Kesal dengan sentimen politik yang dikeluarkan oleh seorang mufti sehingga boleh menyebabkan kebencian sesama sendiri, Omar Ali menyifatkan kenyataan Abdul Rahman tidak menggambarkan ilmu dan akhlak Islam malah menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang mudah melabel tanpa fakta dan bukti. #sumber
Share:

Mufti: Saya Tak Rujuk 'Kafir Harbi' Pada DAP Saja


KUANTAN: Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata beliau tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi semua pihak yang menentang Islam.

"Secara umum begitu (DAP kafir harbi), (tetapi) bukan DAP sahaja. Sesiapa sahaja...

“Istilahnya menentang, kalau tak menentang bukanlah (kafir harbi)," katanya ketika diminta mengesahkan laporan Utusan Malaysia yang memetiknya semalam.

Diminta mengesahkan sekali lagi, beliau berkata:

"Selagi mana dia (DAP) menentang, begitulah," katanya ringkas ketika dihubungi.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana sedang dalam perjalanan ke suatu tempat.

Memetik Abdul Rahman, Utusan melaporkannya berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Abdul Rahman turut dipetik sebagai berkata, haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.

Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pandangan itu ditolak seorang sarjana Dr Maszlee Malik yang berpendapat ia boleh mengundang pertumpahan darah, membuka pintu keganasan dan menyokong wacana pengganas IS.

Katanya, dalam Islam, istilah kafir harbi memberi kesan besar kerana ia membolehkan seseorang itu dibunuh. #sumber
Share:

DAP: Mufti Mengiyakan, Ugutan Ganas Militan IS !


DAP sangat kesal dengan kenyataan Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata bahawa “hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar” dan menyifatkan DAP sebagai “kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.”

Kenyataan yang amat bahaya

Amat mendukacitakan sekali apabila beliau sanggup mencemarkan kedudukannya sebagai mufti, lagi-lagi dalam bulan Ramadan yang suci ini, dengan mengeluarkan tohmahan yang tidak berasas dan amat bahaya ini.

Malah, kenyataan yang sebegini melampau dan melulu ini seolah-olah mengiyakan ugutan keganasan terhadap warga dan pihak berkuasa Malaysia yang dibuat oleh militan IS yang tersebar baru-baru ini.

Justeru, adakah Abdul Rahman ingin bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini terhadap pemimpin atau ahli DAP akibat tindak balas mereka yang terpedaya dengan kenyataan beliau?

Bermotif politik semata-mata

Penyasaran DAP atas sebab “menentang pelaksanaan hukum hudud” jelas membuktikan bahawa kenyataan Abdul Rahman berunsurkan politik semata-mata. Ini kerana pelaksanaan hukum hudud versi PAS bukan hanya dikritik oleh DAP, malah ditentang lebih keras oleh sekutu BN sendiri termasuk Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, serta Nancy Shukri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Demikian juga dengan parti komponen BN lain termasuk Gerakan, MIC dan MCA yang jauh lebih lantang menolak pelaksanaan hudud. Mengapa tiada sebarang kecaman dan ugutan untuk diperangi terhadap mereka ini?

Malahan, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pun melihat hudud yang dijuarai PAS sebagai taktik politik semata-mata, dan tidak melihat adanya keperluan melaksanakan undang-undang ini melainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat. Apakah beliau juga wajib diperangi?

DAP tidak pernah mempersoalkan kedudukan hudud dalam konteks hukum Islam. Kritikan terhadap undang-undang hudud yang cuba dilaksanakan oleh PAS adalah tertumpu kepada pelaksanaannya memandangkan sifat masyarakat Malaysia yang majmuk dan kecelaruan yang wujud dari segi Perlembagaan Persekutuan. Malangnya, pendirian ini diputar belit sehingga dijadikan alasan untuk melabelkan DAP sebagai anti-Islam.

Amar makruf, nahi mungkar

Sebagai seorang yang bergelar ulama, Abdul Rahman sepatutnya mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar, iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Malangnya, selaku Mufti Pahang, beliau langsung tidak menyuarakan pendapat mengenai skandal bauksit di Kuantan atau penarahan Cameron Highlands secara berleluasa, walaupun jelas skandal-skandal ini terhasil daripada kerakusan dan kepincangan yang nyata oleh pemerintah.

Sebaliknya, beliau lagi sanggup bersikap takfiri (mengkafirkan sesama Muslim) dan mengundang keganasan melalui tohmahan bahaya dan bermotifkan politik semata-mata untuk menghalalkan politik zalim pemerintah. 

Kenyataan oleh Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera. #sumber
Share:

Mufti Perlu Bertanggungjawab Keluar Kenyataan !


Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman. Rumusan dari laporan itu, ia memberi gambaran:
  1. DAP ialah golongan kafir harbi yang menentang Islam
  2. Mereka yang menyokong DAP berdosa besar
  3. Mereka yang hendak menubuhkan negara sekular menentang Islam
  4. Halal memerangi kafir harbi dan penyokongnya
Atas andaian bahawa Utusan menyiarkan kenyataan beliau tanpa tokok tambah, maka saya atas sifat seorang Ahli Parlimen mewakili DAP yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, mengecam kenyataan seperti yang dilaporkan itu.
Secara umumnya, saya ingin mengingatkan, kita perlu taat kepada ulil amri, termasuk orang yang pegang jawatan Mufti selagi dia adil.
Jawatan Mufti membawa tanggungjawab yang berat. Kenyataan yang dikeluarkan adalah suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Ia mungkin digunakan sebagai justifikasi mengganasi mereka yang tidak bersetuju dengan ‘politik Islam’.
Adakah beliau berani bertanggungjawab jika ada puak ekstrim membunuh orang yang bukan beragama Islam? Semua orang Islam yang rasional wajib merenggangkan diri dari kenyataan melampau yang dikeluarkan Mufti itu.
Saya menyifatkan kenyataan ini sebagai kenyataan yang menyemai rasa kebencian dan mengukuhkan kepentingan golongan yang memperkudakan agama untuk kepentingan politik dan kuasa mereka.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas kenyataan Mufti Pahang tersebut. Majis Fatwa juga wajar mengecam kenyataan sedemikian. Mufti Pahang patut sedar bahawa pandangannya keatas sesuatu bukanlah kebenaran mutlak. 
Berdasarkan sejarah lalu dan realiti hari ini, jauh berbeza dan tidak boleh disamakan.
DAP ada sebab untuk tidak bersetuju dengan usul Rang Undang-Undang (RUU) peribadi yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini. Ia bukan kerana DAP anti-Islam tapi anti kepada orang yang menggunakan agama dan memeras ugut orang lain demi agenda mereka.
Saya sendiri tidak bersetuju RUU tersebut bukan kerana saya menentang Islam tetapi atas sebab, secara umumnya, ia suatu langkah bagi menyembunyikan kelemahan pemerintah sendiri.
Kenyataan ini berbaur perkauman walaupun Datuk Mufti merujuk kepada sejarah nabi berbaik dengan orang yang bukan beragama Islam tetapi menyuruh orang Islam melawan golongan yang menentang Islam. Ia juga secara langsung mendedahkan wajah perkauman yang tersembunyi dalam diri beliau.
Tohmahan terhadap DAP melupakan fakta sebenar
Kenyataan ini  melupakan fakta bahawa negara Malaysia ialah sebuah negara sekular di mana agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Kenyataan ini juga melupakan fakta bahawa UMNO tunjang pemerintahan juga menentang perluasan bidang kuasa mahkamah syariah. Adakah itu menjadikan UMNO juga musuh agama Islam?
Oleh kerana Malaysia negara sekular, begitu juga dengan perlembagaannya, maka tidak timbul isu DAP menentang Islam. DAP akan terus memperjuangkan agenda yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Saya melihat kenyataan Mufti Pahang ini sebagai lanjutan pihak yang menggunakan agama untuk menyemai permusuhan dan kebencian. Kenyataan ini patut ditentang.
Saya menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya keatas Mufti Pahang ini kerana jelas mengeluarkan kenyataan yang menghasut dan boleh mencetuskan kekacauan dan permusuhan kaum.
Sebagai rekod, DAP bukan parti yang menentang Islam. DAP adalah sebuah parti sekular dan mempertahankan perlembagaan negara yang sentiasa mendukung kedaulatan undang-undang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. DAP memperjuangkan keadilan sosial untuk semua.
Sebagai mematah hujah DAP anti Islam, rekod kerajaan Pulau Pinang terhadap perkembangan agama Islam dan masyarakat Islam negeri itu terdedah untuk diteliti. Pencapaian oleh kerajaan kononnya ‘kafir harbi’ ini jauh lebih baik menggerhanakan pencapaian negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka yang mengaku sebagai ‘Islam’.
Kenyataan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz adalah Ahli Parlimen Raub merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Pahang. #sumber
Share:

Mufti Patutnya Pupuk Harmoni, Bukan 'Mengharbi'


Kenyataan oleh Edry Faizal Eddy Yusof, Anggota Jawatankuasa DAP SelangorBaru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu video dipercayai daripada militan IS yang merakamkan mesej untuk memerangi warga dan pihak berkuasa Malaysia.

Mengikut ideologi mereka, “darah orang kafir halal ditumpahkan” (boleh dibunuh).

Malah tidak berhenti di situ, bagi mereka darah pihak polis termasuk yang Muslim, dirujuk sebagai Bukit Aman, juga halal ditumpahkan.

Manhaj takfiri atau pemikiran mudah mengafirkan sesama Muslim jelas berbahaya kerana boleh menjadi alat justifikasi kepada perlakuan keganasan.

Selain bahaya pemikiran mengafirkan yang Muslim, satu lagi pemikiran yang juga bahaya adalah 'mengharbikan' yang kafir.

Bermudah-mudah menggelar penganut agama lain sebagai kafir harbi, golongan kafir yang wajar diperangi.

Kedua-dua amalan ini boleh mencetuskan tindakan ganas kerana ramai yang percaya bahawa kafir harbi itu wajib diperangi dan halal untuk dibunuh.

Berat sebelah, cuba main politik

Amat menyedihkan di saat Malaysia diancam dengan keganasan daripada puak-puak yang melencong ideologi agamanya.

Kita mendengar pula laporan dari akhbar parti pemerintah, Utusan menyebut bahawa Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman melabelkan DAP sebagai kafir harbi serta menyeru agar DAP diperangi.

Gelaran harbi dan seruan memerangi tentu sekali menghantar isyarat kepada umum bahawa halal untuk bertindak ganas ke atas mana-mana ahli atau penyokong DAP.

Mufti Pahang mengecam parti DAP sebagai harbi dengan alasan DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan rang undang-undang (RUU) persendirian berkaitan mahkamah syariah.

Ini jelas menunjukkan bahawa kecaman itu berat sebelah dan satu cubaan bermain politik.

Ini kerana terdapat parti-parti komponen BN, terutamanya di Sabah dan Sarawak, secara terbuka menyatakan mereka menolak pelaksanaan hukum hudud.

Dan sehingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda daripada parti-parti komponen BN yang menolak hukum hudud akan menyokong RUU persendirian mahkamah syariah yang akan dibentangkan pada sesi depan.

Isu golongan terpinggir

Mengapa mereka tidak turut diserang sebagai golongan yang wajib diperangi? Kerana mereka masih bersama dengan BN?

Sebagai seorang mufti, tidak molek juga apabila bermudah-mudah menuduh bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud dan RUU persendirian mahkamah syariah itu sebagai menentang Islam.

Lantas dari tuduhan yang dilemparkan itu terus dikeluarkan satu seruan memerangi mereka yang kononnya menentang Islam.

Terdapat pelbagai alasan dari sudut perlembagaan, perundangan dan sistem politik yang menjadi asas untuk tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud dan RUU persendirian mahkamah syariah.

Bukannya kerana benci atau menentang Islam.

Malah jika cukup cakna, pasti tahu di kalangan sarjana Islam serata dunia sendiri masih lagi memperdebatkan tentang kewajaran melaksanakan hukum hudud pada zaman ini.

Umat Islam tentunya berharap institusi mufti dapat mempelopori isu-isu golongan terpinggir seperti warga miskin dan tertindas daripada sudut ekonomi, menegur salah guna kuasa dan rasuah serta mengangkat wacana-wacana segar seputar maqasid syariah.

Bukannya rancak bermain politik partisan, serta tidak sepatutnya membuka pintu-pintu keganasan yang bakal mengancam penganut-penganut agama lain juga sebahagian umat Islam melalui kenyataan-kenyataan sebegini. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.