script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kes Skandal Projek Ikan Sturgeon, SPRM Jangka Lebih Ramai Akan Di Siasat

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil 24 individu untuk disoal siasat berhubung projek penternakan ikan, dan berkata ia tidak akan berhenti di situ.
Ini susulan tangkapan seorang individu bergelar “Datuk” dan bekas timbalan pengarah Felda berhubung projek penternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta di Pahang.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abdul Ghani, dalam satu laporan oleh Sinar Harian berkata, 24 individu dipanggil bagi direkodkan kenyataan, dan kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil kelak.
Dalam laporan sebelum ini oleh akhbar harian Melayu, SPRM berkata beberapa individu berprofil tinggi lain juga mungkin disiasat.
Antara yang ditahan ialah seorang bergelar “Datuk” berusia 57 tahun, bekas timbalan ketua pengarah berusia 53 tahun di Felda, bekas pegawai operasi projek itu, pegawai tadbir dan seorang pegawai Felda dari pejabat di luar negara.
Mereka didakwa menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi dengan meluluskan perjanjian tanpa kelulusan lembaga pengarah Felda.
Bernama awal minggu ini memetik sumber SPRM sebagai berkata lembaga Felda, pada mesyuarat Januari 2013, meminta salah seorang suspek mengemukakan laporan terperinci mengenai pelaburan dalam projek itu.
Tetapi suspek berkenaan, tanpa pengetahuan lembaga Felda atau Bahagian Perundangan dan Kewangan, menubuhkan Felda Carviative Sdn Bhd (FCSB) pada Januari 2014.
Beliau kemudian menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan sturgeon di Korea Selatan bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) tanpa pengetahuan lembaga Felda.
Sumber itu juga berkata, suspek meluluskan kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) dana Felda untuk membuat pembayaran kepada syarikat Korea melalui FCSB, tanpa pengetahuan atau kelulusan lembaga.
Siasatan awal SPRM mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar Pahang dan wang pendahuluan dibuat kepada syarikat Korea seminggu selepas FCSB diperbadankan. #sumber
Share:

Negeri Pahang Mencatat Jumlah Mangsa "Bencana Banjir" Paling Tinggi

PETALING JAYA: Pahang terus mencatatkan jumlah mangsa bencana banjir paling tinggi iaitu 6764 orang setakat 11.30 pagi.
Menurut aplikasi InfoBanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa termasuk 1989 kanak-kanak, 2283 wanita dan 161 bayi ditempatkan di 110 pusat pemindahan sementara di Temerloh, Maran, Rompin, Pekan, Bera, Raub, Jerantut dan Lipis
Statistik mencadangkan walaupun Pahang teruk terkesan, keadaan menunjukkan tanda keredaan.
Sebelum ini, jumlah mangsa kira-kira 6778 termasuk 1952 kanak-kanak, 2296 wanita dan 185 bayi.
Sementara itu keadaan di Johor turut menunjukkan tanda keredaan.
Setakat 11.30 pagi tadi, jumlah mangsa turun kepada 4082 daripada 4834 pada 9.30 malam semalam. #sumber
Share:

Hadi: PAS Tetap "Tolak Kerjasam" Dengan DAP Di Pilihanraya Umum Ke-14

MARANG: PAS mengulangi pendirian untuk tidak menerima pelawaan DAP untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang untuk memastikan kemenangan pembangkang pada PRU14.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pelawaan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mahu kedua-dua parti bergabung semula bukanlah perkara baharu malah isu gabungan parti pembangkang akan timbul setiap kali menjelang pilihan raya.
Katanya kerjasama itu tidak akan berlaku kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri malah DAP hingga kini menentang beberapa agenda utama PAS khususnya dalam meningkatkan hukum syariah dalam kalangan umat Islam.
“Rang Undang-Undang 355 pun dia tak setuju, benda ni berkaitan dengan perkara asas dalam PAS untuk setiap dasar dan prinsip parti.
DAP ada agendanya, PAS pun ada agenda juga.. .jika ada percanggahan agenda, macam mana nak ke arah itu (kerjasama).
“Pelawaan Kit Siang lebih kepada hendak menang, kita bukan sekadar nak menang pilihan raya sahaja, PAS mahu lakukan perubahan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini, hari ini.
Abdul Hadi mengulas mengenai pelawaan Lim baru-baru ini yang berharap dapat bergabung semula dengan PAS untuk memastikan kemenangan dalam PRU14.
Sebelum ini, DAP mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan PAS yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama DAP menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasrat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih untuk melupakan PAS, Abdul Hadi secara sinis berkata:
“Tun M ni, berapa kali dia keluar masuk UMNO, berapa kali dia keluar, berapa kali dia masuk….tak konsisten”.
Ditanya mengenai perbincangan antara PPBM dan PAS dijangka pada awal Februari ini, Abdul Hadi berkata perbincangan boleh dilakukan namun PAS hanya mengutamakan prinsip, dasar dan matlamat parti itu dalam setiap perkara sebelum diputuskan. #sumber
Share:

Gempar: "Kerang Naik Ke Darat", Warga Kuantan Serbu Pantai Batu Hitam !


KUANTAN: Pantai Batu Hitam dekat sini menjadi tumpuan warga  Kuantan, apabila dilaporkan terdjadinya fenomena ribuan kerang naik ke darat sejak kelmarin. Kejadian aneh itu turut menjadi tarikan "orang luar" apabila isu berkenaan diviralkan di media sosial.

Menurut penduduk tempatan, penemuan kerang itu disedari oleh beberapa orang rakan mereka. Perkara itu dihebahkan dan ada yang menviralkannya. Susulan itu, pantai tersebut dikunjugi oleh ramai orang.



"Umpama pesta kerang, dari yang tua hinggalah yang muda. Satu keluarga bersatu mencari kerang.. kami turut menumpang tuah apabila perniagaan menjadi laris kerana kunjungan orang ramai", kata salah seorang peniaga restoran di tepi pantai terbabit.



Ketika tinjauan PDO, orang ramai dilihat mengali pasir sambil mencari kerang-kerang berkenaan. Ada yang melakukan kerja-kerja ini sejak dari pagi lagi. 

Namun difahamkan, kerang-kerang yang ditemui perlu direndam lebih lama kerana ia berpasir. Amat sukar untuk terus makan sama ada direbus atau dibakar akibat pasir tersebut.

Apapun, pantai Batu Hitam terus menjadi kunjungan tidak putus-putus. Orang ramai hanya beredar sekejap ketika hujan turun, kemudian kembali ke tepi pantai untuk meneruskan kerja-kerja mereka sebelum air pasang. 

Apapun, fenomena ini pernah berlaku setahun yang lalu kata salah seorang pengunjung. "Tahun lepas pun pernah berlaku kejadian seperti ini, namun kali ini ia lebih banyak dan ramai oang tertumpu selepas ada pihak yang viralkan isu ini di media sosial", katanya. #PDONEWS
Share:

Presiden FAM: Annuar Pertahan "Orang Politik", KJ Paling Layak !


PETALING JAYA: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata Khairy Jamaluddin adalah individu paling layak untuk jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Annuar berkata apabila Menteri Belia dan Sukan itu bersetuju menerima pencalonan sebagai presiden FAM, pencalonan dirinya untuk menggalas peranan itu sudah 'tidak lagi releven'.

"Antara mereka yang telah dicalonkan sebagai Presiden FAM, Khairy Jamaluddin adalah calon paling layak.

"Pencalonan diri saya tidak lagi releven bila KJ sudi menerima pencalonan dirinya. Selamat berjaya KJ," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook, Khamis.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, sebarang usaha menolak peranan dan penglibatan orang politik dalam bola sepak tanahair bermaksud menolak dan menafikan peranan majoriti pimpinan bola sepak negara dan negeri pada masa ini.

Katanya, orang yang belum atau tidak memegang jawatan politik tidak semestinya tiada cita-cita politik atau mungkin saudara-maranya orang politik. 

"Adakalanya orang yang dilihat bukan orang politik tapi alang kepalang politiknya," katanya.

Beliau turut memberikan contoh 12 daripada 19 ahli gabungan FAM yang pernah atau sedang dipimpin orang politik dari pelbagai latar belakang seperti DAP, PKR, PAS dan Umno.

Katanya, beberapa negara anggota Fifa juga dipimpin oleh orang politik termasuk menteri dan bekas menteri kabinet.

 Annuar juga memberikan beberapa sebab mengapa Khairy dikatakan calon paling layak.

"Bukan saja beliau adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan sukan negara, tetapi beliau juga berpengalaman mengendalikan pasukan profesional (My Team) dan juga berpengalaman sebagai timbalan presiden FAM.

"KJ, sebagai orang yang diamanahkan menggarap aspirasi generasi muda ke arah penggubalan Pelan Transformasi Nasional 2050 (T50) diharap dapat turut memasukkan aspirasi penyokong dan peminat bola sepak Malaysia yang mahu melihat Malaysia sebagai sekurang- kurangnya 'Top 100 Nation' (sepatutnya Top 50) dalam arena bola sepak. #sumber
Share:

SPRM: Ahli Politik Yang Terbabit Rasuah Di Minta "Berwaspada" !


PETALING JAYA: Ahli politik yang terbabit dengan rasuah tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran.

Dalam satu temu bual secara langsung di televisyen pada Khamis, Dzulkifli berkata, beliau pernah menegaskan bahawa tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah, termasuklah ahli-ahli politik tanpa mengira pangkat.

"Pada hari ke-100 saya sebagai ketua SPRM, saya menyatakan bahawa saya tidak akan berhenti daripada mengambil tindakan ke atas ahli-ahli politik.

"Malam ini, saya ingin katakan kepada ahli politik yang terlibat dengan rasuah, 'tunggulah'," katanya.

Dzulkifli berkata, SPRM tidak bimbang dengan 'individu-individu dilindungi' yang melakukan rasuah sistemik.

"Tidak timbul isu mereka dilindungi, saya boleh jamin bahawa semua mereka yang melakukan rasuah tidak akan dibiarkan. Saya akan mengambil tindakan terhadap mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih," tegas beliau.

Dzulkifli, bagaimanapun, berkata SPRM mempunyai keterbatasannya sendiri.

"Kita hanya ada 2,900 anggota dan pegawai dalam SPRM, di mana hanya 900 orang melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang, manakala selebihnya, antara lain berada di jabatan pencegahan dan pendidikan.

"Selain itu bajet juga telah dipotong dan ia berada pada tahap paling rendah sejak 2013," katanya.

Dzulkifli, bagaimanapun berkata beliau tidak akan membenarkan keterbatasan ini untuk menghalang mereka daripada menjalankan kewajipannya. #sumber


Share:

Felda Dua Kali "Tolak Cadangan" Projek Sturgeon Bernilai RM100 Juta Itu

PETALING JAYA: Projek bela ikan sturgeon, yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), merupakan cadangan “paling pelik” pernah diserahkan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), lapor NST Online.
Cadangan itu disifatkan pelik kerana projek ikan sturgeon tiada kaitan dengan penanaman dan tuaian kelapa sawit yang menjadi teras peniagaan FGV, menurut laporan itu memetik sumber yang rapat dengan urusniaga itu.
Oleh itu, menurut sumber itu, FGV, yang merupakan syarikat komersil Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) menolak cadangan itu pada 2011 dan 2012.
Menurut sumber itu, FGV didatangi pada 2011 oleh satu kumpulan yang mencadangkan pelaburan dalam projek bela ikan sturgeon, menggunakan teknologi Korea Selatan.
“Kumpulan itu mendakwa projek mendapat sokongan seorang ahli politik dan memberi pulangan lumayan, lebih cepat berbanding pokok kelapa sawit, yang mengambil masa 15-12 tahun untuk berbuah,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, FGV menolak cadangan itu kerana tiada kaitan dengan perniagaan minyak sawit.
“RM100 juta yang dicadangkan sebagai pelaburan untuk perniagaan ikan sturgeon itu lebih baik digunakan untuk membeli kapal, kerana, sekurang-kurangnya FGV boleh menghantar minyak sawit mentah ke pasaran eksport, seperti Turki,” kata sumber.
Pada 2012, FGV didatangi kumpulan kedua yang turut mencadangkan projek bela ikan sturgeon, kali ini menggunakan teknologi Eropah.
“Sekali lagi, FGV tolak cadangan itu, tetapi, beberapa tahun selepas itu, perniagaan sturgeon dijalankan di Felda.
“Sekiranya bauksit ditemui dalam ladang sawit milik Felda, lebih baik kalau FGV melombong bauksit kerana ia ditemui dalam tanah kami.
“Tetapi telur ikan sturgeon bahan asing, bukan sahaja kepada FGV, tetapi juga budaya tempatan.”
SPRM pada Selasa menahan 5 orang – 3 sedang berkhidmat dan 2 bekas kakitangan Felda – selepas disyaki rasuah berkaitan projek membela ikan sturgeon RM146.25 juta.
Mereka disyaki menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi dalam projek itu, menurut sumber SPRM. #sumber
Share:

Saiful Dakwa, Lelaki "Minta Maaf" Bagi Pihak Ahli "Keluarga Anwar" !

PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi seorang lelaki mewakili keluarga Anwar memohon bantuan daripadanya untuk mendapatkan pengampunan diraja.
Ia dinafikan serta merta anak perempuan Anwar, Nurul Nuha.
Saiful dalam catatan Facebook semalam berkata kenalan rapat ketua umum PKR itu mencarinya dan memohon maaf kerana menyerang dan tidak mempercayai dakwaannya selaku mangsa dalam pensabitan kes liwat.
“Saya cakap kepada beliau, tidak mengapa, saya sudah lama memaafkan semua, kerana mereka tidak tahu,” kata Saiful.
Menurut Saiful, lelaki itu kemudiannya menyampaikan hajat mewakili keluarga Anwar.
“Beliau mohon agar saya, selaku pengadu dalam kes, memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar dari Agong agar Anwar dibebaskan, tanpa mengubah pengakuan dan dakwaan saya.
“Beliau mohon saya maafkan Anwar. Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama 2 tahun, mungkin beliau sudah insaf.”
Dalam pesanan teks ringkas, anak Anwar, Nurul Nuha berkata dakwaan Saiful itu tidak benar.
“Kami tidak pernah meminta apa-apa dari Saiful,” katanya dalam satu pesanan teks.
Ditanya sama ada keluarganya akan pertimbangkan meminta bantuan Saiful untuk membebaskan Anwar, Nurul Nuha menjawab “tidak”.
Saiful bagaimanapun berkata dia tidak pasti sama ada lelaki itu benar-benar menyampaikan hajat mewakili keluarga Anwar.
Beliau juga tidak pasti niat sebenar lelaki itu, “sama ada benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada pilihan raya umum nanti”.
Anwar perlu menjalani penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Disember tahun lepas menolak permohonan semakan kehakiman bagi mengenepikan pensabitan liwat.
Anwar, 69, pada 30 April 2015 membuat rayuan itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan pensabitan bersalah meliwat Saiful. #sumber
Share:

Projek "Ikan Sturgeon": Siasatan SPRM Perlu Untuk ‘Membersihkan’ Felda

PETALING JAYA: Felda akur dan bersedia memberikan kerjasama terbaik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon, kata pengerusinya.
Tan Sri Shahrir Samad berkata, tindakan SPRM itu selaras dengan usaha Felda untuk menjalankan tadbir urus yang telus dan berintegriti.
“Saya yakin siasatan yang dijalankan ini adalah suatu yang perlu untuk ‘membersihkan’ Felda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, 5 orang termasuk 2 bekas pegawai kanan Felda ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
Semua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang menerusi Ops Caviar.
Dalam pada itu, Shahrir yang juga merupakan ahli Parlimen Johor Bahru berkata pada 23 Mac 2015, Felda memutuskan untuk melaksanakan kajian semula kedudukan terhadap projek ikan sturgeon itu.
Menurutnya, antara penemuan utama yang dilaporkan adalah ketidakpatuhan kepada manual dasar dan strategi pelaburan Felda, kelemahan tadbir urus serta kelemahan di dalam pelaksanaan dan pemantauan projek.
Justeru, Felda melantik sebuah firma guaman untuk melaksanakan semakan undang-undang pada 19 Ogos 2015 dan keputusan semakan kedudukan dan undang-undang dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 2 Feb 2016 untuk diambil tindakan sewajarnya.
“Pada 2016, Jabatan Audit Negara mengaudit aktiviti Felda termasuk semua di bawah Unit Pengurusan Transforvasi.
“Penemuan audit adalah seperti Laporan Ketua Audit Negara 2015 Sesi 2 dan berikutan laporan tersebut, pihak SPRM membuka siasatan terhadap projek subsidiari Felda,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan itu membawa kepada penahanan 5 individu berkenaan oleh SPRM. #sumber
Share:

Zuhdi: PAS Sedia Maafkan Tun M Jika "Jauhkan Diri" Daripada DAP


PETALING JAYA: PAS sanggup memaafkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad jika beliau bertaubat dan memisahkan dirinya daripada DAP, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Zuhdi berkata kepimpinan PAS bersedia untuk memaafkan sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir walaupun beliau telah menganiaya parti Islam itu semasa menjadi Perdana Menteri.

"Pengisytiharan darurat di Kelantan, Tragedi Memali, menentang Kanun Jenayah Syariah dan antara lain, pembatalan subsidi minyak. Ini antara perkara yang dilakukan oleh Dr Mahathir yang memberi tekanan kepada kami," katanya.

Zuhdi berkata hubungan baik PPBM dengan DAP telah 'mensabotaj' hubungan antara PPBM dan PAS.

"Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebelum ini menggesa semua rakyat untuk menyelamatkan Malaysia mengikut cara PAS, dengan kembali kepada cara Islam," kata beliau sambil menambah tingkah laku DAP dan parti lain yang mempunyai pemikiran sama dengannya adalah penghalang kepada usaha untuk menyelamatkan negara ini.

Beliau berkata Dr Mahathir telah terbawa-bawa dengan cara anti-Islam DAP manakala Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berusaha ke arah mengekalkan hubungan dengan PAS.

"Usaha untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada semua masalah di negara ini tidak akan berjaya jika DAP terlibat," katanya.

Minggu lalu, Dr Mahathir berkata PPBM tidak perlu bekerjasama dengan PAS untuk pilihan raya.

Bagaimanapun, pada Rabu beliau berkata parti itu terbuka menerima parti Islam itu untuk menyertai blok pembangkang. #sumber
Share:

Tun Dr Mahathir: "Skandal BMF", Laporan Lain Dakwa Saya Tidak Terlibat

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dalam responsnya mengenai kertas siasatan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, berkata “laporan lain” yang menyiasat skandal BMF menunjukkan beliau tidak terbabit dalam hal itu.
Semalam, The Asian Correspondent melaporkan dokumen rasmi yang dikeluarkan badan risikan AS itu mempertikaikan respons pentadbiran Dr Mahathir dalam mengendalikan skandal BMF, hingga menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 billion.
“Ada laporan lain melangkaui CIA yang menyatakan saya tidak terlibat. Akhbar luar negara menyerang saya kerana saya tidak berhenti mengkritik mereka bila mereka buat salah, jadi mereka memburukkan saya,” katanya, menambah beliau dituduh melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya.
Ketika ditanya adakah beliau mencadangkan segala dilaporkan CIA tidak benar, Dr Mahathir berkata: “Perkara ini berlaku terlalu lama pada 1981 hingga 1984, kenapa bangkitkan semula sekarang? Bolehkah anda betulkan apa-apa yang saya buat dulu.”
“Tujuannya ialah politik, mungkin ada orang yang akan terima manfaat daripada ini. Ada laporan lain yang berbeza dengan laporan CIA. Baca laporan itu juga,” katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan – pengkritik lantang Dr Mahathir – berkata banyak cerita mengenai skandal BMF sudah pun dilaporkan.
Katanya, kini dokumen CIA sudah dikeluarkan secara umum, semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri.
“Kita akan tunggu dan lihat. kami akan melihat dokumen itu dan jika ada soalan yang perlu ditanya, maka mereka perlu pergi pada Dr Mahathir,” kata Rahman.
Skandal BMF menggemparkan pada awal 1980-an, selepas ia mendedahkan cawangan banknya di Hong Kong menyediakan “pinjaman tidak lancar” kepada beberapa syarikat yang mencurigakan, termasuk Carrian Holdings Ltd, konglomerat diterajui George Tan.
Ratusan juta dolar hilang sekelip mata apabila kumpulan Carrian terkubur pada 1983, menjadi kebankrapan paling teruk di Hong Kong.
Seorang juruaudit Bank Bumiputera yang menyiasat skandal itu dibunuh, dan kerajaan membawa masuk berbilion ringgit untuk membantu Bank Bumiputera.
Mereka yang bertanggungjawab didakwa di mahkamah Malaysia dan Hong Kong. #sumber
Share:

Lim Kit Siang: "Tiada Pendedahan" Terbaharu Laporan CIA Mengenai Dr M

GEORGE TOWN: Laporan perisikan Amerika Syarikat berhubung skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) 1980an tidak mengemukakan maklumat terbaharu berhubung peranan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Lim Kit Siang.
“Saya baca laporan itu, ia cuma menyatakan perkara yang sudah saya sebutkan sebelum ini.
“Saya berasa kecewa kerana saya harapkan akan ada pendedahan baharu, rahsia besar katanya, tetapi tidak ada pun,” kata Ketua Ahli Parlimen DAP kepada pemberita.
Menurut dokumen yang didedahkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu, kerajaan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu cuba menangguhkan siasatan terhadap skandal BMF, sementara mencari jalan untuk menyelamatkan Bank Bumiputera.
Kit Siang berkata skandal BMF tidak sebesar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laporan mengatakan kerajaan menggunakan undang-undang kerahsiaan bank untuk mewajarkan kerahsiaan sekitar siasatan ke atas skandal itu.
Laporan itu menambah peranan kerajaan disyaki kerana perubahan pada pihak pengurusan BMF tertangguh selama setahun selepas masalah timbul.
Laporan itu antara 13 juta halaman dapatan perisikan CIA seluruh dunia, yang didedahkan kepada orang awam minggu lepas.
Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Dr Ariffin Omar berkata laporan itu tidak menyatakan Dr Mahathir bersalah.
“CIA berkata pentadbiran Dr Mahathir bertanggungjawab,” katanya.
Petang tadi, Dr Mahathir menepis laporan itu dan mempersoalkan masa penerbitannya.
“Tujuannya ialah politik, mungkin ada orang yang akan terima manfaat daripada ini. Ada laporan lain yang berbeza dengan laporan CIA. Baca laporan itu juga,” katanya.
Skandal BMF mendapat liputan pada awal 80an, selepas anak syarikat yang berpangkalan di Hong Kong memberikan pinjaman kepada beberapa syarikat meragukan, termasuk unit Carrian Holdings Ltd, konglomerat yang diketuai George Tan.
Ratusan juta dolar hangus apabila konglomerat itu muflis pada 1983, kes kemuflisan terbesar dalam sejarah Hong Kong.
Satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan untuk menyiasat skandal itu tidak membawa kepada pendakwaan. Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan sehingga kematiannya di London pada 2011. #sumber
Share:

PAS Kecam "Kem Motivasi Bogel", Cemarkan Tahun Melawat Pahang 2017


Negara ini sekali lagi digemparkan dengan isu panas dan kontroversi apabila media mendedahkan sekumpulan peserta kem motivasi yang diadakan di sebuah resort di Bentong, Pahang melakukan aksi bogel dan lucah. 

Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP) kesal dan mengecam tindakan yang tidak bermoral ini. Motif kem yang berlaku hujung minggu lalu tersebut juga dipersoal kerana aktiviti seperti itu tidak mempunyai nilai yang baik dan tidak membina sahsiah peserta. Selain hanya menatijahkan keruntuhan moral di kalangan masyarakat. 

BPPNP mengharapkan satu tindakan tegas daripada pihak berkuasa terhadap penganjur dan peserta terbabit sebagai pengajaran kepada semua agar isu yang memalukan ini tidak lagi berulang di negeri ini. 

Tindakan yang tidak bermoral ini telah mencemarkan kempen Tahun Melawat Pahang yang baru sahaja bermula awal Januari 2017 lalu. 

Justeru, BPPNP mahu beberapa perkara perlu diberi perhatian: 

1) Kerajaan Negeri Pahang tidak hanya menjayakan kempen melawat Pahang dengan pelbagai aktiviti pelancongan, tetapi perlu memantau aktiviti yang diadakan agar unsur-unsur negatif tidak dibawa masuk ke negeri ini. 

2) Orang ramai perlu sentiasa peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika melihat atau mendengar perkara yang mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat. 

3) Penggiat industri pelancongan di negeri ini diingatkan agar tidak hanya memikirkan keuntungan wang ringgit, tetapi juga peka dengan isu-isu sensitif bagi menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.#sumber

NAZRI AHMAD
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang
Share:

Ariff Sabri: Syabas SPRM, Jangan Gentar "Siasat Penyelewengan" Felda !


RAUB: Pengerusi Biro Parlimen Felda DAP, Dato' Mohd Ariff Sabri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneruskan siasatan mereka terhadap segala dakwaan penyelewengan pengurusan Felda tanpa rasa gentar.
“Kita ucap syabas kepada usaha gigih pegawai-pegawai SPRM yang membersihkan Felda dari rasuah dan salah guna kuasa.
“Sementara usaha ini dipuji, jangan berhenti setakat itu,” katanya kepada Roketkini mengulas laporan kejayaan SPRM menahan empat individu melibatkan Felda dalam Op Caviar semalam.
Media melaporkan, kesemua yang ditahan itu terlibat dalam penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai sekitar RM47.6 juta atau AS$10 juta sejak tahun 2014.
Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Raub itu berkata, SPRM juga perlu juga menyiasat pembelian Felda melalui Felda Global Ventures (FGV) terhadap kilang milik Procter and Gamble (P&G) yang tidak lagi beroperasi termasuk pembinaan kilangnya di Kanada.
“Kita juga meminta supaya SPRM menyiasat pembelian hotel-hotel di London. Siasat pembelian ladang oleh Koperasi Permodalan Felda pada harga tinggi dari pasaran.
“Kita menyeru supaya SPRM jangan gentar membersihkan integriti institusi yang menggunakan wang awam dari rasuah dan salah guna kuasa,” tegas Ariff.
Ini tegasnya termasuk menyiasat tindakan mencurigakan Felda yang yang telah meminjam RM6 bilion atau lebih dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Apa dia buat dengan duit itu? FELDA, melalui FGVH ketika itu, membeli beberapa kilang di Amerika yang dikenali sebagai Twin Rivers Technologies.
“Hasilnya, FELDA kerugian beratus juta dollar Amerika. Najib mesti bertanggung jawab keatas ini seperti juga pihak pengurusan pelaburan ini,” katanya lagi. #sumber
Share:

Rafizi Dedah "Anak Syarikat Felda" Muflis, Kerugian Cecah RM155 Juta


KUALA LUMPUR: KEADILAN  mendedahkan satu lagi kerugian besar anak syarikat milik Felda dianggarkan sebanyak RM155 juta.
Naib Presiden, Rafizi Ramli berkata, syarikat bernama Felda Wellness Corporation Sdn Bhd itu kini telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah pada Mac 2016.
“Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Felda Wellness setelah beroperasi selama dua tahun setengah, jumlah hutang terkumpul adalah RM155 juta iaitu RM74 juta pada tempoh kewangan pertama dan RM81 juta pada tahun berikutnya.
“Jualan syarikat ini hanya RM2 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, sedangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nasir Shafion mendabik dada pada 13 November 2015 menyatakan bahawa Felda Wellness mensasarkan RM100 juta dalam tempoh tiga tahun.
“Jumlah hutang ketika syarikat ini diisytiharkan muflis adalah RM154 juta,” katanya dalam sidang media di pejabat INVOKE.
Felda Wellness adalah anak syarikat milik penuh Felda yang menyuntik RM5 juta sebagai modal awal syarikat tersebut.
Syarikat itu ditubuhkan pada 17 Julai 2013, iaitu selepas kemenangan Umno Barisan Nasional pada PRU 13.
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, sebuah syarikat farmaseutikal dari Australia iaitu Gordagen Pharmaceuticals Sdn Bhd kini sedang menuntut hutang sebanyak RM2.1 juta dari Felda Wellness.

Laman web rasmi http://feldawellness.com/ gagal diaksess

Menurutnya, Gordagen berkali-kali menuntut hutang selama 14 bulan tetapi tidak dihiraukan pengurusan Felda Wellness.
Lebih parah lagi, jumlah kerugian RM155 juta itu dakwa Rafizi, telah dibelanjakan oleh pegawai kanan Felda untuk kepentingan diri.
“Hutang Felda Wellness kepada Gordagen adalah bagi perkhidmatan yang termaktub dalam perjanjian atas persetujuan Nasir dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Wellness, Muhammad Sufi Mahbub yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Felda.
“Salah satu dari perjanjian itu menetapkan bahawa dana dari Felda Wellness digunakan untuk membayar gaji dan kos sara hidup anak Muhammad Sufi di Australia,” dakwa Rafizi.
Sehubungan itu, Rafizi mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad memberikan penjelasan berhubung pendedahan kerugian tersebut.
Beliau berkata, Shahrir perlu memberikan jawapan kerana melibatkan penyelewengan wang titik peluh peneroka Felda.
“Saya menunggu helah baru Shahrir untuk mengelak dari berdepan dengan isu ini.
“Sikap acuh tidak acuh Shahrir setakat ini menunjukkan beliau tidak serius untuk menyelamatkan Felda,” katanya. #sumber
Share:

Adakah Pejabat Tourism Malaysia Di Tutup Kerana Tak Cukup Wang?


MENTAKAB: Adakah kerajaan kekurangan sumber kewangan untuk membiayai operasinya ekoran penutupan pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara akibat menanggung hutang 1MDB dan keperluan lain?

Soalan itu diajukan Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kepada Roketkini mengulas pengumuman Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz kelmarin.

Dalam pengumumannya, Nazri berkata penutupan itu bertujuan bagi mengelak pertindihan bidang kerja promosi yang juga dijalankan di Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) serta mampu menjimatkan wang sehingga RM6 juta setahun.

“Adakah penutupan pejabat Tourism Malaysia kerana kerajaan sudah tiada wang akibat tanggung hutang 1MDB. Atau kos tersebut akan dialihkan untuk persiapan Sukan SEA tahun ini?” soal Tengku Zul.

Penutupan pejabat Tourism Malaysia kata Adun Mentakab itu dikhuatiri akan menyukarkan agen-agen pelancongan dan pelancong untuk membuat rujukan.

“Saya harap perkara ini diambil perhatian dan tidak akan menjejaskan program melawat Pahang tahun ini.

“Ini kerana kerajaan Pahang telah membuat promosi besar-besaran dengan kos yang agak tinggi tahun lalu menggunakan kenderaan pacuan empat roda mengikut jalan darat dan penamatnya sehingga ke England,” katanya #sumber
Share:

Pelaburan "PERISAI": Tabung Haji Rugi RM64 Juta Wang Pendeposit


KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) digesa mengemukakan penjelasan berhubung kegagalan institusi itu melupuskan saham Perisai Petroleum Teknologi Berhad (Perisai) lebih awal hingga menyebabkan kerugian RM64 juta.
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kecuaian pengurusan TH akhirnya membawa masalah kerana RM64 juta itu adalah milik pendeposit dan ia sewajarnya digunakan untuk mengurangkan kos ibadah haji.
“Kenapa pengurusan TH tidak melupuskan saham Perisai lebih awal ketika mula-mula membelinya, sedangkan harganya ketika itu jatuh merudum kerana kemelesetan sektor minyak dan gas?
“Apa tindakan yang telah diambil terhadap pegawai-pegawai kanan dan lembaga pengarah yang bertanggungjawab ke atas kerugian ini?
“Apa tindakan yang diambil terhadap Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diberi amanah untuk mengawalselia perjalanan TH?” soalnya pada sidang media di pejabat INVOKE hari ini, merujuk pendedahan terbaru kerugian TH akibat pelaburannya dalam Perisai.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, semakannya mendapati TH secara senyap-senyap melupuskan sebanyak 10.3 juta saham dalam Perisai pada 29 Disember tahun lalu.
Menurutnya lagi, sehari sebelum itu, pada 28 Disember tahun sama, TH telah pun menjual 8.8 juta sahamnya dalam Perisai.
Perisai adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewakan sistem carigali minyak (rigs) kepada syarikat minyak yang terlibat dalam aktiviti carigali.
Kata Rafizi, penjualan pada 29 Disember itu penting kerana akibat daripadanya menyebabkan jumlah saham yang dipegang TH jatuh ke paras bawah 5 peratus, sekaligus menjadikan TH pemegang kecil dalam Perisai.
“Saham-saham yang dilupuskan antara 28 dan 29 Disember sebanyak 19.1 juta dianggarkan diniagakan sekitar 5 sen sesaham, menyebabkan kerugian 78 sen sesaham atau RM15 juta.
“Pada anggaran 5 sen sesaham iaitu kerugian 78 sen, kerugian yang tidak dilaporkan akibat dari baki saham-saham yang telah ditanggung oleh TH adalah RM47 juta.
“Jadi, jumlah kerugian yang telah ditanggung oleh pendeposit TH atas pelaburan ini saja dianggarkan mencecah RM64 juta dari pelaburan asal sebanyak RM66.3 juta,” tegas beliau. #sumber
Share:

Pelancong Di Ingatkan Tidak Bawa "Budaya Tidak Sihat" Ke Bentong !


BENTONG:  Pelancong diingatkan supaya tidak membawa budaya tidak sihat ke Bentong.

Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penduduk tempatan mengalu-alukan kehadiran pelancong, namun mereka tidak akan bertoleransi dengan kelakukan tidak wajar.

"Kita mahu tindakan segera daripada pihak polis. Ini budaya yang tidak sihat yang dibawa ke Bentong. Kelakuan begini tidak boleh dibiarkan kerana negara kita adalah negara yang berbilang kaum dan agama.

"Kita tidak boleh terbawa-bawa dengan budaya Barat yang tidak sihat," katanya yang juga Menteri Pengangkutan kepada pemberita.

Beliau menyampaikan sumbangan RM500,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khai Mun Pagi di sini hari ini.

Tiong Lai diminta mengulas mengenai kelakuan 39 peserta motivasi di sebuah resot di sini yang dilapor berbogel di kawasan padang permainan semasa menyertai satu jenis permainan 'All Out' pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor semalam mengesahkan kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya minggu ini.     

Selain bertentangan dengan norma agama dan moral, Tiong Lai juga berkata, insiden tidak wajar itu dikhuatiri boleh menjejaskan nama Bentong sebagai destinasi sesuai untuk percutian keluarga.

"Kita bukan sahaja mahu memelihara alam sekitar, tetapi juga budayanya," katanya. #sumber
Share:

'Skandal Sturgeon', Pegawai Felda Di Tahan, Dedah Sejak Dua Tahun Lalu


Kami mengalu-alukan perkembangan terbaharu penangkapan 5 individu termasuk dua bekas pegawai kanan Felda berkaitan kes skandal ikan sturgeon susulan pendedahan yang kami buat sejak 2 tahun lalu. Akhir tahun 2016, Laporan Ketua Audit Negara telah mengesahkan berlaku penyelewengan projek 'Felda Carviartive Blue Drem Part' di Kuala Tahan, Pahang.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya.

Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61 juta dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut.

FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.

"Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB," kata Ketua Audit Negara.

Perkembangaan siasatan kes ini kami harap bukan sahaja melibatkan pegawai-pegawai tetapi perlu menyeluruh kepada Pengerusi Felda ketika itu. 

Alasan projek ini di luar pengetahuan Lembaga Pengarah boleh dipertikaikan kerana ketika kami turun membantah projek ini pihak pengurusan Felda telah memanggil ketua-ketua peneroka negeri Pahang dan wartawan untuk memberi penjelasan lanjut projek ini ketika bantahan berlaku.

Kami berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan ini sehingga mereka yang terbabit dibawa ke muka pengadilan dan kerugian duit Felda ini dapat dikembalikan. #sumber

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
Share:

Asyraf Wajdi: RUU355, Maklumat Yang Tidak Tepat Punca Polemik


JERANTUT: Sesetengah pemimpin politik yang menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 adalah mereka yang enggan menerima fakta sebenar dan lebih suka bercakap tanpa berlandaskan ilmu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, situasi itu turut mempengaruhi segelintir masyarakat bukan Islam apabila disalurkan dengan maklumat tidak tepat sehingga menimbulkan polemik politik.

"Kita meminda Akta 355 mengikut perkembangan semasa kerana kali terakhir ia dipinda pada 32 tahun dahulu. Pada ketika ini Akta 355 hanya menetapkan hukuman maksimun  penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM 5,000 dan enam sebatan.

"Sehubungan itu adalah wajar akta ini dipinda dengan dipertingkatkan hukuman bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah sekaligus memelihara kesucian akidah dan akhlak umat Islam yang kini berhadapan dengan pelbagai masalah sosial," katanya.

Beliau berjata demikian kepada pemberita selepas Majlis Memperkasakan Kesatuan Ummah, Dialog Akta 355 di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris.    

Beliau berkata orang bukan Islam tidak perlu risau dengan pindaan rang undang-undang itu kerana ia hanya khusus dan berkait dengan masyarakat Islam di negara ini.

"Tidak ada sebab mengapa orang bukan Islam perlu takut dengan pindaan Akta 355 kerana kerajaan bukan mengubah seluruh struktur undang-undang di negara ini.

Ia hanya melibatkan peningkatkan hukuman Mahkamah Syariah yang terbatas dalam lingkungan perlembangaan," tegasnya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.