script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bekas "Pensyarah" IPTS Di Tahan Polis, Hina Gambar PM Dan Isteri

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang bekas pensyarah di sebuah universiti swasta kerana disyaki menghina dan mengubah suai gambar Perdana Menteri dan isteri dalam media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 58 tahun itu ditahan di kediamannya di Jalan Dang Wangi, di sini pada 9.45 malam semalam.
Beliau berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan gambar yang boleh mendatangkan aib kepada mana-mana individu yang boleh,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Wan Ahmad Najmuddin berkata suspek direman 3 hari bermula hari ini. #sumber
Share:

Azizah: Kenapa 'Tolak Soalan', Kos Penginapan Najib Di Hotel Trump

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikaikan kewajaran speaker Dewan Rakyat menolak soalannya berkaitan kos penginapan delegasi Malaysia di Hotel Trump International yang langsung tiada kaitan dengan 1MDB.
Terdahulu, ahli Parlimen Permatang Pauh itu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kos ditanggung kerajaan untuk menemui Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta perbelanjaan meliputi penginapan di Hotel Trump International untuk beliau dan delegasinya.
“Apa yang berlaku pada hari ini merupakan tindakan terdesak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib yang memperalatkan pejabat yang di-pertua Dewan Rakyat dengan menghalang soalan yang dikemukakan dalam Parlimen,” kata Dr Wan Azizah pada sidang media di luar Dewan Rakyat, hari ini.
Presiden PKR itu berkata, 3 lagi soalannya berkaitan 1MDB turut ditolak.
Antara soalan itu ialah peguam negara masih tidak melakukan pendakwaan jenayah di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) seperti disyorkan Bank Negara Malaysia (BNM) atas kesalahan 1MDB yang jelas melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 sehingga dikenakan kompaun RM115.8 juta.
Presiden Pakatan Harapan itu juga ingin tahu sejauh mana pematuhan 1MDB terhadap arahan BNM untuk membawa pulang pelaburan RM7.8 bilion, selepas pembatalan 3 kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara.
Dr Wan Azizah turut bertanya jika Najib ada membangkitkan isu aset dirampas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk dikembalikan kepada Malaysia ketika menemui Trump.
Beberapa ahli Parlimen lain turut membangkitkan persoalan sama dan mendesak speaker Dewan Rakyat memberi alasan terhadap penolakan itu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dalam sidang media sama berkata, kira-kira 10 soalan yang dikemukakan ahli Parlimen Pakatan Harapan ditolak dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.
Dewan Rakyat ketika bersidang pada Julai lalu menyaksikan speaker menolak 30 soalan ahli Parlimen pembangkang berkaitan 1MDB.
Sehubungan itu, mereka mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 99 bagi menyemak dan menentang keputusan yang di-pertua Dewan Rakyat.
“Menurut Peraturan 99 itu, ia memadai dengan usul bersendiri seorang ahli, namun kami telah mengemukakan usul bersendiri itu dengan ditandatangani lebih 60 ahli Parlimen pembangkang yang merangkumi PKR, DAP, Amanah, PPBM, Warisan dan PAS.
“Namun, usul itu ditolak tanpa alasan,” kata Dr Wan Azizah. #sumber
Share:

Interpol Bantu Malaysia Kesan Jho Low, Tapi Belum Dapat Maklumat

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah meminta bantuan Interpol mengesan kedudukan ahli perniagaan Low Taek Jho, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri bagaimanapun berkata, polis belum mendapat maklumat daripada Interpol.
“Mengenai kes itu, kita memang telah mengemukakan permintaan kepada Interpol untuk mencari di mana orang yang telah dimaksudkan (Jho Low).
“Kita amat yakin pihak Interpol telah bertindak secara profesional dan PDRM masih belum memperolehi sebarang maklumat terperinci daripada pihak Interpol.
“Namun, kita yakin apa yang telah dilakukan beberapa pihak di peringkat antarabangsa, terutama agensi perisikan, telah dimuktamadkan,” katanya dalam sesi perbahasan soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gombak yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang meminta polis menyatakan sama ada Malaysia meminta bantuan Interpol untuk mengesan ahli perniagaan itu yang lebih dikenali sebagai Jho Low bagi membantu siasatan melibatkan 1MDB.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, hanya ahli politik yang tidak berpuas hati akan mengungkit isu 1MDB yang tidak lagi relevan dibincangkan kerana siasatan sudah selesai.
Kita yakin kes itu tidak lagi relevan, kecuali yang dibangkitkan ahli politik yang tidak puas hati dengannya.”
Pada 17 November 2015, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan mereka gagal mengesan individu yang diperlukan bagi membantu siasatan melibatkan 1MDB.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, kementerian itu berkata, Interpol juga gagal mengesan dan menentukan lokasi mereka yang terbabit dalam 1MDB untuk disoal siasat.
Menurut kenyataan itu, selain Jho Low, Interpol turut memburu bekas eksekutif kanan 1MDB, Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengurus Deutsche Bank, Yusof Annuar Yaacob.
Pada 12 Julai lalu, pendakwa raya di Singapura dilaporkan berkata, Jho Low ialah watak utama dalam siasatan berkaitan 1MDB dan beliau menggunakan wang yang boleh dikesan kepada dana milik kerajaan itu untuk tujuan peribadi.
Low menerima sejumlah wang yang “amat besar”, dengan kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) untuk 1MDB laburkan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd dilencongkan ke akaun bank milik Low.
“Mangsa utama dalam kes ini ialah 1MDB.
“Jho Low sudah hilang dari pandangan orang ramai,” kata pendakwa raya Nathaniel Khng di mahkamah Singapura. #sumber
Share:

Mahfuz Rela Di Gugur Dari Calon PAS, Tidak Mahu Khianati Rakyat

ALOR STAR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada pucuk kepimpinan PAS kerana memutuskan untuk menggugurkan beliau dari bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PAS Kedah kerana tidak mencalonkan saya sebagai calon.
“Walaupun mereka mencalonkan, saya tidak akan menerima pencalonan kerana saya akan dilihat sebagai mengkhianati rakyat.
“Saya akan menolak pencalonan. Jika saya menjadi calon untuk hanya 40 kerusi parlimen, ini akan memastikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Mengenai sama ada beliau akan menyertai Amanah, Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS berkata, ia isu untuk hari yang lain.
Mahfuz diminta mengulas respons Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa beliau akan digugurkan daripada menjadi calon parti dalam PRU14.
Sanusi berkata Mahfuz boleh mencari platform lain, dan PAS akan menamakan calon parti sendiri.
Mahfuz bersama 3 pemimpin PAS lain telah menghadiri konvensyen Amanah kebangsaan di sini semalam.
Mahfuz memberitahu pemberita, beliau berpendapat tidak perlu meninggalkan parti dan masih menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan.
Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan tidak memecat Mahfuz memandangkan pilihan raya boleh dipanggil pada bila-bila masa.
Katanya, PAS mahu menumpukan kepada usaha memenangi pilihan raya umum daripada “membuang masa” dengan Mahfuz.
“Dia boleh tinggal dalam PAS selagi PAS tak buang dia,” katanya Tuan Ibrahim. #sumber
Share:

Janji Manis Mu Takkan Ku Percaya Lagi, Sindir Mat Sabu Kepada PAS !

ALOR SETAR: Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini mendedahkan ada pemimpin PAS Pusat cuba memujuk beliau kembali kepada PAS.
Menurut Mohamad, pemimpin PAS itu selalu “menghentamnya” di luar namun berlaku sebaliknya ketika bersemuka.
“Di lapangan terbang, dari jauh dia duduk meja lain (dia datang) duduk dengan saya. Dia kata ‘Bang Mat, kembalilah…’, saya kata ‘janji manismu takkan ku percaya lagi,” katanya disambut tawa para perwakilan di Konvensyen Nasional Amanah 2017 hari ini.
Mohamad semasa ucapan penangguhan mesyuarat berkata “orang-orang PAS” sebenarnya masih menghargai persahabatan mereka dan ada dalam kalangan mereka memberikan dorongan kepadanya untuk meneruskan “perjuangan”.
Mohamad mengingatkan para perwakilan bahawa Amanah kini semakin dikenali dan diiktiraf orang ramai.
“Berapa tahun kita berceramah kalau tak banyak sikit, kita terlibat dalam kutip derma, beri sumbangan. Kalau kita lihat di Shah Alam ada ‘Padang Mat Sabu’ di Seksyen 27,” katanya.
Mohamad, dam beberapa ahli veteran PAS yang tewas dalam pemilihan parti 2015 mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan sebuah parti yang bersekutu dengan PKR dan DAP dalam gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.
Jawatan tertinggi PAS yang pernah disandang Mohamad sejak menyertai parti itu pada 1981 ialah Timbalan Presiden. #sumber
Share:

AFC Putus Perlawanan Malaysia - Korea Utara Di Venue Berkecuali


PETALING JAYA: Konferderasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat keputusan perlawanan Korea Utara dan Malaysia akan berlangsung di venue berkecuali (neutral venue).

Perlawanan Kelayakan Piala Asia bagi Kumpulan B itu akan berlangsung di venue yang sama bagi dua perlawanan yang melibatkan Malaysia dan Korea Utara.

Korea Utara bertindak sebagai tuan rumah pada perlawanan 10 November depan.
Manakala aksi kedua pula pada 13 November Malaysia sebagai tuan rumah.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John, peraturan perlawanan dikekalkan seperti sebelum ini bagi memastikan integriti sukan dijaga.

"Selepas banyak perbincangan diadakan, kami mencapai persetujuan untuk membuat keputusan tersebut.

"Perlawanan seperti ini, dapat membantu kami menjaga prinsip-prinsip kesukanan dalam saingan Kelayakan Piala Asia Akhir," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bagaimana pun beliau tidak mengumumkan venue yang akan digunakan nanti.

Sebagai rekod, jadual asal perlawanan pada 28 Mac ditunda kepada 8 Jun lepas selepas ketegangan hubungan diplomatik ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

Berikutan ketegangan yang berlanjutan itu, aksi tersebut sekali lagi ditunda ke 5 Oktober lalu. #sumber
Share:

Ku Nan: Kibarkan Bendera, Nyanyi Lagu UMNO Bagi Pupuk Semangat Patriotisme

KUALA LUMPUR: Tindakan pelajar Sekolah Kebangsaan Presint 14 di Putrajaya mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu Umno pada awal bulan lalu tidak dipengaruhi faktor politik, sebaliknya ia bertujuan memupuk semangat patriotisme, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Setiausaha agung Umno itu mengakui amalan berkenaan dimulakan sejak 10 tahun lalu di sekolah terbabit dalam usaha menerap rasa kekitaan atau “sense of belonging” pelajar kepada Umno.
“Saya lakukan itu sejak 10 tahun lalu. Saya cuba terapkan ‘sense of belonging’.
“Sejarah Malaysia katakan Umno, MCA dan MIC yang merdekakan negara. Apa masalahnya pelajar nak kibarkan bendera,” katanya selepas berucap dalam Rumah Terbuka Deepavali Wilayah Persekutuan di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.
Menteri wilayah persekutuan itu terkejut apabila pelajar sekolah rendah berkenaan pandai menyanyikan lagu Umno.
“Ramai yang sudah lupa, ini bukan elemen politik tapi semangat patriotisme,” kata ahli Parlimen Putrajaya itu.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan pelajar di sekolah itu menyanyikan lagu Umno ketika menyambut ketibaan Tengku Adnan dan mengibarkan bendera parti Melayu itu di dewan sekolah mereka. #sumber
Share:

Rafizi 'Desak' PM Shahrir Jelaskan 'Status Pelaburan' FIC Di London !

PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini meminta perdana menteri dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad menjelaskan status pelaburan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) ke atas Hotel Grand Plaza Kensington di London.
Naib presiden PKR itu mendakwa pemilik hotel itu, FIC London Hotel Pte Limited yang merupakan sebuah syarikat didaftarkan di British Virgin Island (BVI) sudah ditutup.
“Saya boleh mengesahkan syarikat BVI yang memiliki Grand Plaza Kensington Hotel (seperti yang terkandung di dalam geran hak milik) telahpun ditutup.
“Syarikat tersebut telah dibubarkan daripada senarai syarikat yang didaftarkan di BVI pada 3 Mei 2016 kerana tidak membayar yuran tahunan.
“Warta rasmi kerajaan BVI bertarikh 19 Mei 2016 secara rasmi menyenaraikan FIC London Hotel Pte Limited sebagai salah satu syarikat yang dibubarkan dan dibatalkan pendaftarannya selaras undang-undang BVI,” katanya dalam satu kenyataan.
Minggu lalu, Rafizi mendakwa hasil pencarian di pejabat pendaftar tanah di United Kingdom mendapati hak milik 2 hartanah yang dibeli Felda, didaftarkan atas nama syarikat yang berdaftar BVI yang tiada kena-mengena dengan Felda dan pemilik syarikat itu masih tidak diketahui sehingga kini.
Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa Hotel Grand Plaza Kensington dibeli pada harga £60 juta (anggaran RM330 juta) pada 2014 yang secara rasmi dimiliki FIC London Hotel Pte Limited yang ditubuhkan di BVI.
Tambahan, Felda House yang dibina dengan anggaran RM380 juta pada 2015 juga secara rasmi dimiliki FIC Global Limited yang juga ditubuhkan di BVI.
Rafizi turut mendakwa FIC London Hotel Pte Limited yang dinyatakan dalam penyata kewangan Felda, selain memegang aset hotel berharga RM330 juta di kawasan elit London itu, tidak wujud.
Shahrir dalam maklum balasnya berkata, pembelian hartanah Kensington sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengulas lanjut, Rafizi berharap kenyataannya hari ini boleh mendapat perhatian pengurusan tertinggi Felda yang mendiamkan diri selama ini.
“Mereka berdepan risiko hotel yang dibeli pada harga mahal dengan wang Felda itu bukan sahaja didaftarkan atas nama syarikat lain, kini Felda akan kehilangan hotel dan wang pelaburan untuk selama-lamanya (jika ini tidak diselesaikan segera),” katanya.
Rafizi turut mempersoalkan tindakan Felda membeli hotel itu dan siapa di sebalik penubuhan FIC London Hotel Pte Limited.
“Jika Felda ingin mendapatkan kembali hak milik hotel itu, Felda tidak mempunyai pilihan selain mengesan dan mendedahkan pemilik sebenar FIC London Hotel Pte (Limited).
“Adakah Felda akan membuat kenyataan umum menjawab pelbagai persoalan yang saya timbulkan dalam siri pendedahan Felda yang saya buat sejak minggu lepas?” soalnya.
Julai lalu, SPRM mengumumkan siasatan dimulakan ke atas pembelian hotel di London itu dan sebuah hotel 4 bintang di Kuching.
Siasatan SPRM mendedahkan FIC didakwa membeli Hotel Grand Plaza Kensington di London pada harga lebih tinggi daripada pasaran menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian berjuta ringgit.
Hotel itu dilengkapi 62 bilik dan terletak di Lexham Gardens di kawasan eksklusif Kensington dan Chelsea.
Hotel & Suites Merdeka Palace di Kuching yang bertaraf 4 bintang juga dipercayai dibeli pada harga lebih tinggi. #sumber
Share:

Mat Sabu Mahu Mat Indera Diakui Sebagai "Pejuang Kemerdekaan" !

PETALING JAYA: Selepas dibebaskan daripada 2 pertuduhan memfitnah berkaitan insiden Bukit Kepong pada 1950, Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini terus menyeru masyarakat mengakui Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bersyukur kes yang berlarutan selama 6 tahun itu akhirnya selesai.
“Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah di atas keputusan yang dibuat hakim hari ini.
“Pertarungan yang berlangsung 6 tahun akhirnya berakhir pagi tadi dengan keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan pendakwa.
“Maka, kita akui sejarah yang ditulis termasuk oleh kerajaan negeri Johor yang Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan,” kata Mat Sabu dalam satu kenyataan petang ini.
Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar, pada 23 Februari 1950.
Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan, iaitu memfitnah 3 anggota polis – Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat sama. #sumber
Share:

Undi 'Pakatan Harapan', Umpama Setuju Kezaliman Tun Dr Mahathir

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan orang di sebalik pelbagai tindakan yang menyebabkan “kerosakan sistem negara”, dan menganggap menyokong gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan bekas perdana menteri itu kini umpama menyetujui “kezaliman” lampau.
“Selayaknya Mahathir bertaubat kerana dialah penyebab kerosakan sistem negara, mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis Raja-raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya,” kata presiden PAS itu dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini.
Menurut Hadi, Dr Mahathir “tidak jujur untuk selamatkan Malaysia” kerana hanya menumpukan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
“Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah, Bersatu (PPBM) adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Mahathir,” katanya.
PAS bukan sebahagian daripada gabungan 4 parti itu, yang kini menunggu kelulusan supaya dapat bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang menggunakan satu logo.
Hadi turut meluahkan keyakinan PAS akan menerima sokongan kuat pada PRU akan datang.
“Orang Melayu bersama PAS,” katanya. “Kita perlu sedar undi teras politik Malaysia adalah Melayu. Mana-mana parti yang mahu jadi pemerintah mesti dapat undi Melayu dan kita lihat Bersatu (PPBM) dan Amanah tidak dapat menarik undi Melayu kepada Pakatan Harapan, cuma PAS perlu juga melibatkan bukan Islam yang masih tidak fanatik perkauman.” #sumber
Share:

Prestasi Pasukan Harimau Malaya Teruk Kerana JDT ‘Perap’ Bintang Tempatan

PETALING JAYA: Bekas pemain bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail mendakwa penghijrahan bintang tempatan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya untuk dijadikan pemain simpanan, antara punca kejatuhan prestasi dan ranking Harimau Malaya.
Beliau yang pernah mewakili skuad negara ke temasya Olimpik Moscow 1980 dipetik Berita Harian Online sebagai berkata, pemain hebat tempatan itu hilang sentuhan ketika bermain untuk skuad negara kerana jarang diturunkan JDT.
Beliau kecewa apabila kelab yang sepatutnya membantu negara membentuk pasukan kuat, lebih mengutamakan kepentingan diri.
“Kita faham komitmen JDT yang beraksi dalam pelbagai kejohanan tempatan serta Piala AFC, di mana mereka memerlukan ramai pemain untuk digunakan.
“Tetapi, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita lihat mereka tetap menurunkan pemain tempatan dan import sama dalam setiap aksi.
“Jadi persoalan saya, mampukah mereka ini menyumbang kepada pasukan, jika di kelab pun mereka jarang bermain. Mungkin ramai tak sedar perkara ini. Memang JDT hebat, tetapi adakah kehebatannya membantu pasukan Malaysia?” katanya dipetik akhbar itu semalam.
Isnin lalu, Malaysia jatuh 4 anak tangga untuk menduduki tempat ke-170 daripada keseluruhan 209 negara dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
Skuad Harimau Malaya kini berkongsi kedudukan sama dengan Kemboja.
Sementara itu, Jamal berharap lebih ramai pemain muda diberi peluang untuk mewakili Harimau Malaya memandangkan mendakwa pemain zaman ini tiada semangat juang tinggi kerana lebih mengutamakan wang berbanding maruah negara.
“Pemain sekarang tak kisah kalau ‘diperap’ lama-lama, asalkan gaji tinggi. Bila lama tak main, kesannya pula terpalit kepada pasukan kebangsaan.”. #sumber
Share:

Ketua Polis Negara Sahkan Siasat "Hubungan Sulit" Pegawai Kanan SPRM


SEPANG: Polis sedang menyiasat dakwaan adanya pegawai kanan pencegahan rasuah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang susulan penyebaran video menerusi media sosial.

"Jika kita perlu melakukan penahanan, kami akan laksanakan. Tetapi buat masa ini, tiada tangkapan dibuat.

"Berikan masa secukupnya untuk kami menyiasat perkara ini.

"Kami sedang mengesan pihak bertanggungjawab, setakat yang saya tahu, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak membuat sebarang laporan (polis)," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan ibu pejabat polis KLIA di sini, Selasa.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan. #sumber

Share:

Ku Nan Wakil UMNO Beri Ucapan Di "Kongres" Parti Komunis China

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan beliau mewakili Umno sebagai jurucakap di kongres nasional Parti Komunis China (CPC) 18 Oktober lalu.
Tengku Adnan berkata, beliau hanya merakamkan ucapan melalui stesen televisyen rasmi negara itu.
“Saya berikan ucapan saya dan saya percaya mereka sudah siarkan. Ada rakan saya dari seluruh dunia lihat. Saya jadi jurucakap,” kata Tengku Adnan.
“Kerajaan China, CPC melalui CGTN dan CCTV jumpa saya dan saya berikan ucapan saya. Mereka pilih 6 negara dan parti seluruh dunia. Salah satunya Umno,” katanya ketika ditemui dalam sambutan Rumah Terbuka Deepavali Wilayah Persekutuan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.
Umno Online sebelum ini melaporkan CPC mengiktiraf kecemerlangan Umno apabila parti itu dipilih antara 6 negara dari seluruh dunia yang diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan memberi maklum balas berkaitan hubungan antarabangsa bersempena Kongres Nasional CPC ke-19.
Tengku Adnan berkata, pihaknya turut menghargai hubungan secara akrab antara Umno dan CPC dengan melihatnya sebagai kelangsungan 2 negara membabitkan 2 parti pemerintah.
“CPC mengamalkan sistem satu parti yang bukanlah bermakna tiada demokrasi dalam pentadbiran mereka sebaliknya ia menunjukkan ketelusan di kalangan anggota kongres itu sendiri untuk saling meningkatkan kemajuan masyarakatnya.
“Lihatlah China hari ini apabila menjadi antara negara yang memiliki sistem jaringan pengangkutan tercanggih, komunikasi terkini, industri dalaman yang berkembang dan dalam masa yang sama masih mampu mengekalkan budaya dan tradisi mereka sendiri,” katanya. #sumber
Share:

Tiga Cedera Bas Ekspres Terbabas Di KM28 Jalan Johor Bahru - Mersing


JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas ekspres dan dua penumpang cedera manakala 43 penumpang lain selamat apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas di Km 28 Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram di sini, Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 pagi ketika bas ekspres Mara Liner tersebut dalam perjalanan dari Mersing menghala Johor Bahru untuk ke Kuala Lumpur.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat pemandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Ahsmon berkata, kedua-dua penumpang merupakan wanita berumur 40 dan 47 tahun.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. #sumber
Share:

Kes "Penyelewengan" Dana RM1.5 Bilion, Shafie Kena Reman Empat Hari


KOTA KINABALU: Datuk Seri Shafie Apdal direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM1.5 bilion untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.

Terdahulu, Presiden Parti Warisan Sabah itu tiba dari Hospital Queen Elizabeth dengan ambulan di mahkamah di sini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Shafie yang berkemeja putih dan berseluar hitam, disambut penyokongnya yang mengenakan kemeja-t oren serta melaungkan "Selamat Hari Jadi" sebaik beliau tiba kira-kira pukul 2.15 petang Jumaat.

Beliau yang berusia 60 tahun pada Jumaat dibawa ke hospital untuk pemantauan semalaman susulan tekanan darahnya yang meningkat, selepas penahanannya pada Khamis malam.

Bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu merupakan individu ke-10 yang ditahan susulan siasatan rasuah berkenaan.

SPRM dijangka melakukan beberapa tangkapan lagi melibatkan 350 projek yang diagihkan kepada 60 syarikat antara 2009 dan 2015.

Keseluruhannya dana projek yang disalurkan itu mencecah RM7.5 bilion.
Suruhanjaya itu telah membekukan RM170 juta dalam akaun bank dan aset syarikat terlibat. #sumber

Share:

Mat Sabu Bebas Dari Tuduhan Kes Fitnah Polis Insiden Bukit Kepong !

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Presiden Amanah Mohamad Sabu daripada dua pertuduhan memfitnah berhubung kenyataannya mengenai insiden Bukit Kepong pada 1950.
Tiga panel hakim dianggotai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebasannya daripada pertuduhan itu.
Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Tengku Maimun yang mengetuai panel itu berkata mahkamah mendapati tiada sebab untuk menyimpang daripada alasan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Mohamad adalah cacat.
“Mahkamah Tinggi dan hakim perbicaraan tidak tersalah arah untuk menyimpulkan bahawa pihak pendakwaan tidak cukup membuktikan kes prima facie,” katanya.
Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.
Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah 3 anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat sama.
Mat Sabu, 61, didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.
Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor berhujah pertuduhan itu tidak cacat kerana kesalahan dinyatakan dalam pertuduhan.
Sebaliknya peguam mewakili Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin berhujah, dengan menyatakan inti pati kesalahan anak guamnya, tidak dinyatakan dalam pertuduhan.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Mat Sabu berkata beliau amat lega dengan keputusan itu selepas mahkamah menolak rayuan pihak pendakwaan. #sumber
Share:

Syed Saddiq Dakwa Beliau Cuba Di Sogok RM5 Juta Tinggalkan PPBM !


SHAH ALAM: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa menerima tawaran RM5 juta oleh “Penasihat Kanan Perdana Menteri” untuk meninggalkan parti itu dan menyambung pengajian di Universiti Oxford.
Beliau berkata, tawaran itu dibuat oleh “rangkaian sistematik dedak” yang dirancang penasihat kanan terbabit.
“Saya tidak akan tinggalkan PPBM dan akan terus di sini mendedahkan rangkaian sistematik dedak ini,” katanya lapor The Malaysian Insight.
Terdahulu, beliau mengadakan sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur untuk mengumumkan keputusan menangguhkan kerjaya politiknya.
Beliau sebelum itu memaklumkan mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford dalam bidang dasar awam yang dikongsi dalam kenyataan di Instagram.
Bagaimanapun, Syed Saddiq hari ini membuat pendedahan berkenaan tawaran RM5 juta untuk meninggalkan PPBM dan berkata pihaknya mempunyai bukti tetapi sedang berbincang dengan peguam sebelum menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). #sumber
Share:

Rasuah Kes Pengeluaran Sijil Asasi Sains, "Pengarah kolej" Di Reman !


KUANTAN: Seorang pengarah sebuah kolej swasta di Maran dekat sini, direman lima hari  sehingga Rabu  bagi membantu siasatan rasuah dalam pengeluaran sijil asasi sains kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.

Majistret Nordiana Abd Aziz mengeluarkan perintah itu hari ini selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi Pegawai Pendakwanya Kamariah Seman.

Peguam Datuk Ng See Teong yang mewakili lelaki berusia 53 tahun itu semasa ditemui pemberita berkata anak guamnya ditahan di Bandar Pusat Jengka, Maran petang semalam.

Menurut Ng beliau difahamkan anak guamnya ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemberian rasuah RM2,500 bagi setiap pelajar yang memerlukan sijil tersebut.

Ng berkata beliau juga difahamkan siasatan melibatkan kira-kira 20 pelajar. #sumber
Share:

Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Di Pahang Berdaftar

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan semua rumah anak yatim dan pusat tahfiz di negeri itu yang tidak berdaftar supaya segera berbuat demikian atau berdepan tindakan.
Baginda bertitah pendaftaran pusat itu sama ada dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya pihak berkuasa dapat melakukan pemeriksaan keselamatan serta membolehkan penyaluran bantuan dilaksanakan dengan teratur, demi kebaikan penghuninya.
Titah baginda, soal pendaftaran tidak boleh diketepikan walaupun mungkin ada segelintir masyarakat berpandangan pusat jagaan anak yatim mahupun pengajian pendidikan Islam itu hanya melibatkan jumlah pelajar yang kecil.
“Jika hanya ada 10 orang sekalipun, isu keselamatan harus diberi keutamaan dan mereka berhak mendapat jaminan keselamatan terbaik.
Saya banyak kali menegur perkara ini. Jadi saya harap sebelum berlaku perkara tidak diingini, elok mereka berdaftar.
“Jangan berkompromi soal keselamatan. Bomba juga perlu mainkan peranan aktif melakukan pemeriksaan dan beri nasihat sewajarnya. Jangan bila sudah berlaku kejadian tidak diingini, baru hendak bertindak. Elok kita bertindak sekarang supaya tidak menyesal,” titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan dan Pembangunan Anak Yatim Negeri Pahang 2017 yang dihadiri 350 pengusaha, sukarelawan dan ahli akademik yang aktif dalam kegiatan berkaitan anak yatim.
Baginda menambah kejadian kehilangan nyawa 23 orang termasuk 21 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara akibat kebakaran pada 14 September lalu wajar dijadikan pengajaran semua pihak.
Tengku Abdullah bertitah berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat 2,078 anak yatim di negeri ini dan setakat ini, hanya 12 pertubuhan anak yatim bergabung di bawah Persatuan Anak Yatim Pahang (Pekaya) yang diterajui Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad.
Tengku Abdullah turut menasihatkan ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab dalam memilih pusat jagaan anak yatim atau pusat tahfiz dengan memeriksa taraf pendaftaran dan aspek keselamatan pusat itu.
“Jangan terburu-buru dalam menghantar anak… kalau (pusat) tidak berdaftar susah untuk kita pantau keselamatan. Ibu bapa juga perlu pastikan kebajikan adalah sesuai dengan emosi serta perkembangan pembesaran anak,” titah baginda.
Tengku Abdullah juga mahu supaya penyaluran sumbangan kepada golongan anak yatim berjalan setiap masa, dan bukannya menunggu waktu tertentu seperti pada bulan Ramadan sahaja. #sumber
Share:

Pesawat AirAsia Berpatah Balik Ke Medan, Enjinnya Dimasuki Burung

PETALING JAYA: Sebuah pesawat AirAsia yang baru berlepas dari Medan ke Pulau Pinang terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang, selepas burung terbang ke dalam enjin kapal terbang itu.
China Press melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengah hari tadi (2.50 petang waktu Malaysia).
Menurut laporan itu, pesawat jenis A320 itu berlepas dari Medan jam 1.35 tengah hari tadi menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Lima minit kemudian, juruterbang memaklumkan penumpang pesawat terbabit menghadapi masalah enjin kerana dimasuki burung dan terpaksa berpatah balik ke Medan menggunakan enjin ke-2.
Kejadian itu menyebabkan beratus penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, selepas diarah mengeluarkan bagasi mereka dari pesawat dan menunggu di dalam lapangan terbang.
Akhbar itu melaporkan sekumpulan penumpang warga Indonesia kecoh dan berkerumun di kaunter syarikat penerbangan tambang rendah itu yang didakwa tidak membantu atau memaklumkan penumpang mengenai penerbangan gantian.
Difahamkan, ketika kejadian, sebahagian besar daripada 90% penumpang pesawat yang boleh memuatkan 150 orang itu ialah rakyat Indonesia dan selebihnya warganegara Malaysia. #sumber
Share:

Zahid Arahkan PDRM Sekat Pesta Arak "Better Beer Festival 2017" !


BEIJING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertanggungjawabkan untuk bertindak menyekat penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 yang dirancang diadakan pada hujung bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Itu polis punya kuasa, saya sudah arah halangnya," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja tiga hari beliau di China, di sini, hari ini ketika diminta mengulas perkembangan isu pesta arak itu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini menegaskan pendirian kerajaan negeri untuk membenarkan penganjuran pesta arak itu dengan syarat peraturan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan dipatuhi penganjur.

Pada 18 Sept lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta arak itu di ibu negara.

Mengulas lanjut, Muhamad Fuzi berkata PDRM akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap penganjuran pesta arak itu atas faktor kepentingan keselamatan umum.

Malah beliau mengesahkan polis mendapat maklumat terdapat pergerakan pihak luar yang merancang untuk melancarkan serangan ke atas pesta arak itu.

"Kami tidak akan kompromi kerana ancaman itu adalah benar," katanya sambil menambah terdapat 26 badan bukan kerajaan telah menghantar bantahan kepada Sultan Selangor berkaitan pesta itu. #sumber
Share:

Adinda Sultan Dahului Senarai 155 Penerima Anugerah Pahang


PEKAN: Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Kalsom Sultan Abu Bakar hari ini mendahului senarai 155 penerima darjah dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan istiadat itu.

Tengku Kalsom merupakan antara 13 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, yang turut dikurniakan kepada dua lagi adindanya iaitu Tengku Datuk Norazahan dan Tengku Datuk Noor Ashikin.

Antara penerima SSAP lain ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki, Anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji Plantation Berhad Datuk Amran Mat Nor, Pengarah Eksekutif Kraken Interactive Sdn Bhd Datuk Raja Mohd Firdaus Raja Zainal, Pemilik dan Pengasas D'Herbs Holding Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Berhad Datuk Lim Hock Seong, Pengarah Urusan Macxen Sdn Bhd Datuk Tan Chin Siang, Pengarah Urusan Tulangis Maju Sdn Bhd Datuk Mohamed Rahim Hussin, Pengarah Srimayan Holdings Sdn Bhd Hok Siu dan Pengarah Eksekutif Asia Controline Sdn Bhd Mohammad Nadjion Nasir.

Tiga lagi dianugerahkan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Editor Buletin Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr Rosihan Mohamed Ali, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Pahang Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Pengarah Urusan Kong&Kong Development Sdn Bhd Datuk Kong Tiam Ming.

Sultan Pahang juga berkenan menganugerahkan tiga individu dengan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk iaitu Pengarah Kanan Seksyen Dana, Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri Syed Mohamed Koyakutty, Ketua dan Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Dr Mohamad Farouk Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Profesor Dr Mashitah Mohd Yusoff.

Pada majlis itu, 33 orang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk antaranya Komander Pangkalan Udara Labuan Brigedier Jeneral Datuk Sardon Hassan, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) M Saedon Ab Majid, Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri Ishak Mohd Yusoff, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia Abd Aziz Abu Bakar.

Pakar Perunding Jabatan Ortopedik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Dr T.Tharumaraja, Pengarah Urusan Vision Works (M) Sdn Bhd Afdlin Shauki Aksan, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman SAC Muhammed Hasbullah Ali, Ketua Staf Operasi Darat Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) SAC Zulkiffli Salleh.

Penerima lain ialah Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Cawangan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman SAC Kasuahdi Ali, Ketua Penolong Pengarah (Ops Darat) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman SAC Khalil Ariffin, Pegawai Khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) Mohamad Basri Awang dan Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Muhamad Aminudin Che Omar.

Sultan Pahang turut berkenan menganugerahkan Pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 12 penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 16 penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada 10 penerima, dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 18 penerima termasuk pemberita sambilan Utusan Malaysia Salehudin Mat Rasad.

Selain itu, sembilan individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (10 penerima) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (28 penerima).. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.