script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Umat Islam Bersolat Di Gereja Berlin Akibat Penjarakan Sosial

BERLIN: Sebuah gereja di Berlin membenarkan umat Islam yang tidak dapat dimuatkan dalam masjid kerana peraturan penjarakan sosial, untuk menunaikan solat Jumaat.

Masjid Dar Assalam di daerah Neukölln biasanya dapat memuatkan ratusan jemaah untuk solat Jumaat, tetapi kini ia hanya dapat menerima 50 jemaah disebabkan sekatan dilaksanakan Jerman akibat penularan Covid-19.

Sepanjang bulan Ramadan, Gereja Martha Lutheran yang terletak berdekatan tampil membantu dengan mengadakan solat dalam bahasa Arab dan Jerman.

“Ia adalah petanda baik dan membawa kegembiraan ketika Ramadan dan krisis ini,” kata Mohamed Taha Sabry, imam masjid itu yang mengetuai solat berjemaah.

“Pandemik ini menjadikan kita sebuah komuniti. Krisis menyatukan rakyat.”

Rumah ibadat di Jerman dibuka semula 4 Mei lalu selepas ditutup selama berminggu di bawah sekatan pergerakan Covid-19, tetapi penganut atau jemaah perlu mengekalkan jarak 1.5m antara satu sama lain.

Seorang jemaah bernama Samer Hamdoun berkata: “Ia adalah perasaan pelik disebabkan gambar dan peralatan muzik. Tetapi, apabila anda lihat, apabila anda lupa butiran kecil, ini ialah rumah Tuhan juga.”

April lalu, Majlis Islam yang menaungi 400 masjid berkata, ia mungkin muflis disebabkan penutupan masjid sehingga bulan Ramadan yang biasanya ialah tempoh penting untuk menerima sumbangan.

Pastor gereja itu, Monika Matthias berkata beliau terpanggil dengan seruan umat Islam menunaikan solat.

“Saya mengambil bahagian dalam solat itu. Saya memberikan ucapan dalam bahasa Jerman. Ketika solat, saya hanya boleh kata ya, ya, ya kerana kita mempunyai kebimbangan sama dan kita mahu belajar daripada anda.” #sumber

Share:

Tengku Hassanal: Patuh PKPB Dalam Menyambut Hari Raya

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat negeri ini untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan pada sambutan Aidilfitri esok.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, berkata Tengku Hassanal bertitah bahawa sambutan Aidilfitri kali ini perlu mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara.

"Baginda menasihatkan rakyat untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga serta menghindari daripada menghadiri perhimpunan ramai terutamanya pada musim perayaan ini.

"Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan meliputi petugas kesihatan dan keselamatan serta semua yang sentiasa bertungkus-lumus memastikan wabak COVID-19 di Malaysia terkawal," katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Ahmad Khirrizal berkata Tengku Hassanal juga mendoakan rakyat Pahang sentiasa berada dalam keadaan sihat dan semoga Allah sentiasa melindungi negeri ini daripada wabak, bencana serta malapetaka.  #sumber

Share:

Zakaria Abdul Hamid Di Lantik Pengerusi FINAS Yang Baharu


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua PKR Cabang Bera, Zakaria Abdul Hamid telah dilantik sebagai Pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Manakala Datuk Norman Abdul Halim pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi FINAS.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan kedua-dua individu itu.

Pelantikan kedua-dua individu itu bertempoh dua tahun dan berkuatkuasa serta merta.

Zakaria Abdul Hamid merupakan ahli perniagaan dan aktivis masyarakat dan berkelulusan Sarjana Perancangan Bandar dari California State University, Amerika Syarikat.

Beliau menggantikan Datuk Hans Isaac yang telah berkhidmat sejak April 2019.

Manakala Norman mempunyai pengalaman yang luas dalam industri media dan hiburan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Beliau juga menyandang jawatan sebagai Presiden Yayasan KRU.

KKMM yakin bahawa mereka akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berusaha untuk membangunkan lagi FINAS.#sumber
Share:

Covid-19: Sebanyak 48 Kes Baharu, 53 Pulih, Tiada Kematian

PUTRAJAYA - Sebanyak 48 kes baharu positif COVID-19 direkod hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini 7,185 kes, dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,158 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 48 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 44 kes adalah penularan tempatan.

“Daripada 44 kes penularan tempatan itu, 25 kes adalah bukan warga Malaysia dengan 21 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih,”  katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata terdapat 53 kes pulih daripada COVID-19 pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan discaj dari wad adalah  5,912 kes (82.3 peratus).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata tiada sebarang kes kematian dicatat menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 115 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu,Dr Noor Hisham, berkata  sehingga kini, terdapat sembilan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan agar masyarakat menangguhkan akitiviti menziarahi keluarga lain dan rakan-rakan serta mengelak untuk menziarahi pusara sempena sambutan Aidilfitri esok.

"Ini termasuk perjalanan merentas negeri yang mungkin boleh mengakibatkan penularan ke kawasan yang lain terutama ke Zon Hijau.

"Kita perlu mengambil iktibar daripada Kluster Pengerang (di mana penyebaran COVID-19 berlaku akibat aktiviti merentas negeri) dan juga Sub-kluster Rembau (di mana penyebaran jangkitan COVID-19 didapati turut berlaku akibat aktiviti kunjung mengunjung sanak saudara)," katanya.

Katanya, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, hari raya tahun ini boleh diraikan dengan keluarga di rumah masing-masing dengan cara yang tertutup serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perayaan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebelum ini, MKN telah menyatakan bahawa jumlah ahli keluarga yang berkumpul pada hari raya tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari, namun tertakluk kepada keluasan ruang rumah.

Selain itu, penjarakan sosial dan kebersihan diri perlu sentiasa diamalkan. #sumber

Share:

Terima Kasih Kepada Petugas Barisan Hadapan, Pasukan Produksi PPE


KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan produksi Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Dalam perutusan Aidilfitri, beliau berkata kerajaan negeri Pahang amat menghargai usaha dan khidmat petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan, polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan media dalam membantu usaha membendung wabak itu.

“Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pasukan produksi PPE Pahang yang diketuai Pengarah Tanah dan Galian negeri Datuk Fadzilla Salleh dalam memastikan petugas barisan hadapan sentiasa dilindungi semasa melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya. 

Antara pihak yang terlibat dalam pasukan itu ialah Penjara Penor, Penjara Bentong, Majlis Perbandaran Kuantan, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kolej Komuniti Temerloh, Yayasan Pahang dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO). 

"Kerajaan negeri amat menghargai pengorbanan ini dan semoga Allah membalas khidmat semua yang terlibat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dihadapi sekarang," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Wan Rosdy juga menasihatkan rakyat Pahang untuk sama-sama membantu petugas barisan hadapan dengan mematuhi ketetapan kerajaan yang telah mengehadkan sambutan hari raya tahun ini hanya melibatkan anggota keluarga dan tidak melebihi sempadan negeri. 

Katanya, sambutan kali ini sudah pasti amat berbeza kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia tidak pernah berlaku sebelumnya menyebabkan semua pihak perlu 'melakukan pengorbanan' bagi memastikan ia dapat dibendung sepenuhnya. 

"Ini mungkin mendatangkan perasaan tidak selesa bagi sesetengah orang, namun ini sahaja pilihan yang ada dan saya percaya kemeriahan hari raya masih boleh dirasai walaupun tidak seperti tahun sebelumnya," katanya. #sumber
Share:

Ketua Pemuda UMNO Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Xavier

KUANTAN - Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Farid Mohd Nor telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar semalam.

Ia berutan kenyataan Xavier yang biadap dan sangat hina terhadap  Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan institusi Parlimen Malaysia yang menganggap titah DiRaja sebagai sampah.

Atas kebiadapan itu, beliau mahu pihak polis menjalankan siasata terhadap Xavier kerana jelas sekali telah merendahkan martabat Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Turut Serta ialah Md Jamil Fauzi (Ketua Pemuda UMNO Kuantan), Ahmad Fadziree Dato' Haji Fisar (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota) dan beberapa orang wakil pemuda UMNO lagi yang turut hadir. #PDO

Share:

Kementerian Bimbang Kes Covid-19 Meningkat Selepas Hari Raya

PUTRAJAYA - Kes Covid-19 akan meningkat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri sekiranya rakyat tidak mematuhi prosedur ditetapkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya jangkaan itu berdasarkan data dan pengalaman negara lain yang menyaksikan peningkatan kes mendadak selepas sambutan perayaan besar.

“Kebimbangan kita adalah musim perayaan. Berdasarkan pengalaman dan data dari negara luar, apabila ada musim perayaan, selepas dua minggu ada peningkatan mendadak,” katanya.

Oleh itu rakyat perlu mematuhi prosedur ditetapkan dan juga mengelak daripada menziarahi sanak saudara.

“Elak sama sekali kunjung-mengunjung, patuh penjarakan, kerap cuci tangan dan elak perhimpunan,” pesan beliau lagi dalam sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkata, kelonggaran melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sejak 4 Mei lalu berjaya kerana tiada peningkatan kes mendadak.

Walaupun ia kurang berkesan menurunkan kes seperti kawalan lebih ketat melalui Perintah Kawalan Pergerakan dalam empat fasa sejak 18 Mei, ia tidak meningkatkan kes secara mendadak, katanya.

Oleh itu, masyarakat perlu bertanggungjawab mengamalkan kawalan kendiri untuk memastikan kes tersebut tidak meningkat mendadak, katanya.

“Semoga kita dapat patuh supaya jumlah kes kekal angka dua digit dan kurangkan lagi kes,” katanya.

Terdahulu beliau mengumumkan 78 kes baharu, yang merupakan peningkatan besar berbanding 50 yang dilaporkan semalam, dan juga satu korban baharu menjadi jumlah 115 maut kerana Covid-19.

Sebanyak 25 daripada 78 kes tersebut merupakan kes import, katanya.

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 kini berjumlah 7,137 dan sebayak 1,163 daripadanya masih aktif dan sedang dirawat di hospital.  #sumber

Share:

Seorang Lagi Ahli Parlimen PKR Akan Keluar Parti Itu !

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen PKR akan menjadi wakil rakyat terbaru yang akan keluar parti, satu lagi tamparan kepada peluang parti itu untuk mengembalikan Pakatan Harapan ke tampuk kuasa persekutuan.

Sumber dalaman parti beritahu bahawa ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak tumbangnya kerajaan PH pada Februari, yang juga menyaksikan penyingkiran para penyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

Azmin dan beberapa ahli Parlimen belot dan menyokong Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dengan sokongan UMNO, PAS, dan GPS.

Dipercayai ahli Parlimen itu akan mengumumkan keluar PKR esok.

Sumber sama beritahu bahawa PKR akan menyaksikan “beberapa lagi ahli Parlimen” jadi wakil rakyat Bebas.

“Besar kemungkinan ahli-ahli Parlimen ini kekal sebagai wakil rakyat Bebas. Macam mana sekalipun, ia satu tamparan pada Anwar Ibrahim dan PH yang berusaha untuk mendapatkan sokongan wakil rakyat untuk kembali berkuasa,” kata sumber itu, merujuk kepada Presiden PKR yang juga kini Pengerusi PH.

Perkembangan ini seminggu selepas 2 Adun PKR di Kedah mengumumkan keluar parti, mempercepatkan kejatuhan kerajaan PH pimpinan Mukhriz Mahathir.

Mukhriz meletakkan jawatan MB beberapa hari selepas Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra PN. #sumber


Share:

PRK DUN Chini: PAS Terima Siapa Saja Calon BN, Wakili PN

KUALA LUMPUR - PAS telah mengadakan perbincangan berhubung pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berikutan kematian penyandangnya Abu Bakar Harun, pada 6 Mei lalu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata perbincangan lanjut bersama Perikatan Nasional (PN) akan dibuat dalam masa terdekat ini.

"Kita dah bincang di peringkat kita (PAS) dan memandangkan kerusi tersebut adalah kerusi yang dimenangi oleh BN (sebelum ini), jadi kita akan mengadakan perbincangan yang lebih lanjut dengan BN dan PN untuk kerusi DUN Chini.

"Dan nanti keputusan akhir adalah daripada PN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menjelaskan lanjut, Kamaruzzaman berkata PAS juga sepakat untuk memberi sokongan kepada sesiapa saja calon yang akan dipertaruhkan BN-PN pada PRK itu nanti.

"Dari sudut calon kita akan menerima siapa sahaja calon yang diputuskan... InsyaAllah oleh PN. Maknanya siapa sahaja calon PN kita akan terima dan kita akan mendukung calon tersebut," katanya.

Kamaruzzaman berkata demikian ketika diminta mengulas calon PRK DUN Chini, Julai depan.

PRK Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu.

Pada PRU14, Abu Bakar yang memperoleh 10,027 undi menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi dan calon PH (Bersatu) Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.

Mengulas kaedah yang akan digunakan PN sepanjang kempen PRK DUN Chini memandangkan ia bakal berlangsung dalam suasana perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), Kamaruzzaman berkata jentera pilihan rayanya akan meneliti perkara itu.

"Kempen dalam keadaan PKPB ini, jentera pilihan raya kita nanti kita akan tengok bagaimana kaedah kempen yang terbaik untuk kita dekati pengundi di DUN Chini nanti.

"Jadi, bergantung kepada keadaan semasalah," katanya.

Pada 14 Mei lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dilaporkan mengesahkan Umno akan meletakkan calon pada PRK DUN Chini.

Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang berkata, PAS juga tidak mempunyai masalah untuk Umno bertanding mempertahankan kerusi itu walaupun kedua-dua parti itu bertembung pada PRU14 lalu.

Umno dan PAS mula membentuk Muafakat Nasional (MN) sejak PRK Cameron Highlands pada Januari 2019 dan kerjasama itu diteruskan dalam beberapa siri pilihan raya kecil selepas itu.

MN bersama-sama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin, GPS dan parti-parti kecil lain, membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang runtuh susulan "Langkah Sheraton."  #sumber

Share:

Model Ternama Pakistan, Zara Abid Antara Dikhuatiri Terkorban

KARACHI: Seorang model fesyen ternama asal Pakistan dipercayai salah seroang mangsa nahas pesawat Pakistan International Airlines (PIA) yang terhempas pada Jumaat di Karachi.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa nama Zara Abid, yang memiliki lebih 90,000 pengikut di laman Instagram, terdapat dalam senarai penumpang pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Allama Iqbal, Lahore.

Pesawat Airbus 320 itu berlepas dari Lahore sebelum terhempas di sebuah kawasan perumahan bandar kira-kira empat kilometer dari destinasinya, Karachi.

Keluarga Zara kini masih berusaha mendapatkan maklumat sahih tentangnya daripada pihak berkuasa, memandangkan Datuk Bandar Karachi mengesahkan terdapat dua orang yang terselamat dalam nahas tersebut.

Namun, tiada maklumat lanjut mengenai identiti dua mangsa terselamat berkenaan. #sumber


Share:

Pesawat Pakistan International Airlines Terhempas Di Karachi



KARACHI - Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Pakistan International Airlines terhempas berhampiran bandar pelabuhan selatan Karachi pada Jumaat, mengorbankan kira-kira 107 penumpang termasuk anak kapal.

Kejadian itu disahkan sendiri oleh Datuk Bandar Wasim Akhtar, yang melaporkan bahawa sekurang-kurangnya lima atau enam buah rumah musnah dalam nahas itu.

Bagaimanapun, jumlah korban keseluruhan korban yang melibatkan penghuni di kawasan perumahan itu masih belum diketahui setakat ini.

Memetik laporan portal berita CNN, pihak Lembaga Penerbangan Awam mengesahkan bahawa penerbangan itu membawa 99 penumpang dan 8 anak kapal.

Penerbangan PK8303 yang berlepas dari Lahore dan dijadualkan mendarat pada pukul 2:30 petang, waktu tempatan di Karachi dikatakan hilang dari radar.

Susulan itu, media tempatan menjelaskan bahawa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan petugas kecemasan telah tiba di tempat kejadian. #sumber

Share:

Facebook Lancar ‘Shop’ Bantu Peniaga Bangun Kedai ‘Online’


SAN FRANCISCO: Facebook pada Selasa melancarkan alat percuma untuk peruncit yang terjejas akibat pandemik Covid-19 untuk membangunkan kedai atas talian di rangkaian sosial dan Instagram.

Inisiatif yang dilakukan gergasi rangkaian sosial itu bertujuan membantu sektor peruncitan, yang terjejas berikutan sekatan Covid-19 di seluruh dunia.

Peniaga boleh membangunkan kedai dengan mudah di Facebook dan Instagram, menyesuaikan penampilan dan memaparkan produk, menurut gergasi internet yang berpusat di California itu.

“Ini adalah langkah terbesar yang diambil setakat ini bagi mewujudkan perdagangan menerusi rangkaian aplikasi kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg.

“Sekiranya anda menjalankan perniagaan kecil atau jika anda berfikir untuk memulakannya walaupun dari ruang tamu anda, anda mempunyai seluruh rangkaian alat yang dapat membantu.”


Fokus utama “Shop” yang dibangunkan Facebook itu bagi memudahkan perniagaan mempunyai kedai atas talian untuk terus bertahan ketika krisis dan meningkatkan trend membeli-belah atas talian pada masa depan, menurut Zuckerberg.

“Kami sangat berharap penyelesaian perdagangan kami tidak hanya membantu perniagaan untuk terus bertahan tetapi berkembang dalam beberapa bulan akan datang, dan menyesuaikan diri dengan tingkah laku pengguna baru,” kata peneraju produk beli-belah Instagram Layla Amjadi.

Facebook sudah terlibat dalam e-dagang dengan Marketplace untuk menjual barangan dan sebagai tempat di mana perniagaan mengarahkan pelanggan menerusi halaman di rangkaian sosial atau Instagram.

Perniagaan mempunyai pilihan untuk membeli iklan Facebook yang membawa pelanggan ke kedai dalam talian mereka. Jualan boleh dicapai menerusi laman web di luar rangkaian sosial.

Pedagang di AS boleh menggunakan perkhidmatan daftar keluar Facebook untuk menguruskan transaksi, dengan membayar yuran yang sangat minimum.

Shop akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang kepada kira-kira 160 juta perniagaan yang sudah menggunakan rangkaian sosial. #sumber

Share:

Covid-19: 78 Kes Baharu, 63 Pulih, Satu Kematian Hari Ini


PUTRAJAYA - Sebanyak 78 kes baharu positif COVID-19 direkod hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,137 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,163 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 78 kes baharu yang dilaporkan, 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 53 kes adalah penularan tempatan.

“Daripada 53 kes penularan tempatan itu, 40 kes adalah bukan warga Malaysia dengan 25 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur,”  katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata terdapat 63 kes pulih daripada COVID-19 pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan discaj dari wad adalah  5,859 kes (82.1 peratus).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat satu lagi kes kematian dicatat menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 115 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-115 itu merupakan lelaki warga tempatan berumur 65 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

“Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 3 April lepas dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mei pada pukul 2.58 petang,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, terdapat sembilan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mempunyai sikap bertanggungjawab semasa menjalankan sebarang aktiviti di luar mahupun dalam rumah, termasuk dalam persiapan sambutan hari raya.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). #sumber
Share:

Clare: Hadi Kena Bayar RM13.2 Juta Kos Guaman Di London !


Editor Sarawak Report, Clare Recastle-Browm mendakwa, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Awang dikenakan bayaran sehingga 2.5 juta pound (RM13.2 juta) oleh firma guaman beliau dalam kes saman mereka di England.

“Hadi mengambil peguam yang termahal di London dan dia terpaksa membayar 2.5 juta pound. Itu yang saya anggarkan dan itu yang peguam saya anggarkan,” kata Claire dalam wawancara secara online dengan aktivis Iswardy Morni yang disiarkan semalam melalui satu blog.

Dalam temubual itu, Clare mengaku beliau terpaksa gunakan segala wangnya untuk melawan Hadi, yang kini adalah Duta Khas PM ke Timur Tengah,  di mahkamah termasuk wang pencen beliau.

“Mereka tak jangka kes ini sampai ke mahkamah. Sebab itu bila kes semakin dekat dengan hari perbicaraan, saya dihubungi ‘Clare, boleh kita runding’.

“Saya kata, kita boleh runding jika sedia membayar kos guaman saya,” kata Clare kepada wakil Hadi yang menghubungi beliau.

Menurut Clare, semakin dekat dengan hari perbicaraan di mahkamah, beliau semakin banyak mendapat maklumat dalam bentuk bukti wang dari Umno diberikan kepada Pas.

“Termasuklah bayaran deposit pilihanraya. Selepas itu, mereka datang kepada saya dan berkata mereka sedia membayar kos guaman saya,” kata Clare dalam temubual itu.

Menurut Clare, di mahkamah United Kingdom, parti politik tidak boleh menyaman pihak lain.

Atas dasar itu, Hadi sebagai pemimpin Pas yang menyaman beliau bukannya Pas sendiri.

“Bukti yang saya terima adalah sumbangan wang dari Umno kepada Pas bukan kepada Hadi,” kata Clare lagi.

Menurut Clare, selepas tawaran penyelesaian luar mahkamah di terima beliau, ramai termasuk peguam beliau memujuk agar menerima sahaja tawaran itu dan tidak perlu ke mahkamah.

“Jadi saya terima wang itu dan saya yakin orang ramai dapat memahami Hadi dan Pas tidak sedia ke mahkamah,” kata Clare dalam wawancara itu.

Pada 1  Februari 2019, Hadi membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Keputusan itu dicapai menerusi Perintah Persetujuan di Mahkamah Tinggi London dan disahkan oleh Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Clare mendakwa Hadi membayar RM1.4 juta kepada beliau sebagai kos guaman bagi membolehkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah. #sumber
Share:

Anak Najib, Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding PRK DUN Chini


PEKAN - Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Mohd Nizar dilaporkan antara nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Pilhan Raya Kecil DUN N.23 Chini  pada 4 Julai ini.

Desas-desus itu diperkuatkan lagi kerana beliau juga adalah merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan yang menang kerusi tanpa bertanding pada pemilihan UMNO lalu.

Kerusi DUN Chini kosong apabila ADUN kawasan itu, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 7 Mei di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham menjadi ADUN Chini dalam Parlimen Pekan selama empat penggal berturut sejak Pilihanraya Umum-11 (PRU11).

Pada PRU-14 lalu, Allahyarham selaku calon Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dengan undi sebanyak 10,027.

Pada pertembungan itu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin (1,065).

Ramai pemerhati politik melihat anak Najib sesuai bertanding di situ bagi memberi semangat kepada anak-anak muda. Beliau dilihat cukup berkaliber dan bakal menjadi pemimpin hebat suatu hari nanti. Maka sudah tiba masanya beliau diberi kepercayaan sebagai calon.

Biar pun ada segelintir ahli akar umbi UMNO mendakwa Nizar tidak sesuai dan kurang turun padang. Malah ramai dikalangan pengundi tidak mengenali sosok tubuh beliau sebelum ini. 

Mereka mahukan calon dari kalangan pemimpin setempat, iaitu dikalangan warga Felda Chini sendiri kerana mereka adalah pengundi majoriti di DUN tersebut.

Apapun, mereka harus ingat memang nama Nizar kurang popular di kalangan warga Chini namun tanpa ilham Allahyarham datuknya , Tun Razak maka warga Chini tidak mungkin berada di situ sebenarnya.

Malah, harus diingat jasa Tun Razak dan ayahanda Nizar, Najib sendiri amat besar buat warga Chini sejak sekian lama. Justeru, sekiranya Nizar menjadi calon sudah pasti ia dapat meneruskan kesinambungan Tun Razak untuk membangunkan gugusan Felda Chini pada masa akan datang. #PDO


Share:

Cucu Ghafar Baba, Zahid Mat Arip Antara Calon TYT Melaka


Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Zahid Mat Arip turut menyertai usaha melobi untuk menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka apabila tempoh penyandangnya Tun Dr Mohd Khalid Yaakob tamat 4 Jun ini.

Nama cucu Tun Ghafar Baba, bekas Ketua Menteri Melaka dan Timbalan Perdana Menteri itu disebut kerana beliau antara yang berjasa menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sehingga sanggup melawan bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu.

Selain Zahid, turut disebut sebagai calon adalah nama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam, Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Rais Yatim dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Khalil dikatakan tidak menolak kemungkinan khidmat beliau disambung kembali namun ia terserah kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri Muhyiddin.

Muhyiddin tiba di Melaka semalam bertemu dengan Khalil dengan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Beliau dipercayai turut berbincang dengan Khalil mengenai jawatan itu. #sumber
Share:

Anwar Sahkan "Audio Tersebar" Mesyuarat PH 21 Feb Lalu !


KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan rakaman audio mesyuarat gabungan itu pada 21 Februari lalu yang ditularkan baru-baru ini adalah sah.

Anwar turut berkata semua pertikaman lidah dalam mesyuarat itu juga benar-benar berlaku dan disaksikan sendiri oleh beliau.

“Memang tepat apa yang disuarakan itu bukan palsu memang berlaku begitu, dan saya tidak fikir ia berlaku tanpa perancangan baru, tanpa dalang besarnya kerana seperimana kita tahu yang dibangkitkan itu soal kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Baru-baru ini tersebar rakaman audio lebih dua jam semasa mesyuarat Majlis Presiden PH yang kedengaran tegang apabila pertikaman lidah tentang penetapan tarikh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar.

Antara suara yang kedengaran dalam rakaman audio itu adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Lim Guan Eng, Datuk Seri Azmin Ali dan ada juga suara Anwar.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata situasi itu tegang kerana ada pihak yang tidak puas hati dengan indidivu yang menyingkap kembali janji yang dibuat PH bahawa jawatanPerdana Menteri hanya digalas sementara oleh Dr Mahathir dan patut diserahkan kepada beliau.

Malah perkara itu pernah dipersetujui semua parti gabungan parti dalam PH.

“Disebut mulanya setahun, dua tahun, kemudian lepas APEC, saya setuju semua, itupun tidak memuaskan hati golongan ini, ada kakak itu sebut kalau boleh biarlah (Mahathir) selamanya, ini putar belit politik, paling rendah dan jijik dalam sejarah,” katanya.

Kakak yang dimaksudkan dipercayai merujuk kepada bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Kata Anwar, semuanya bermula apabila beberapa pemimpin Bersatu dan bekas pemimpin PKR bertindak membuat bantahan jika isu peralihan kuasa terus dibangkitkan.

“Bila dalam mesyuarat itu, beberapa orang PPBM dan pengkhianat dalam PKR merancang membuat gesaan yang keras membantah apa-apa pandangan tentang transisi menyebabkan beberapa teman kita dari Amanah, PKR dan DAP bersuara

“Kita sokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, tapi kita ada perjanjian, ini dari satu tahun, ke dua tahun, lepas APEC, lepas itu tiga tahun kemudian sampai bila-bila, jadi ia bertentangan dengan perjanjian, itu mengkhianati perjanjian, bukan sahaja kepada kertas PH tapi kepada rakyat,” katanya.

Pada 17 Mei lalu, rakaman bertajuk “Pendedahan Eksklusif Mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari 2020” yang dimuat naik di Facebook ‘Bersatu Sokong Tun Mahathir’ tular di media sosial itu.

Dua hari kemudian, satu lagi rakaman audio ditularkan memaparkan intipati Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang membincangkan rancangan untuk meninggalkan PH termasuk suara Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ada pihak berniat jahat menyebarkan rakaman audio yang memperdengarkan suara beliau dalam MPT Bersatu.

Malah beliau mendakwa rakaman itu jelas telah disunting dan mencabar pihak yang berkenaan mengeluarkan rakaman penuh mesyuarat tersebut. #sumber
Share:

Gagal Isytihar RM1 Juta, Shahrir Akan Kemuka Representasi


KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya.

Perkara itu dimaklumkan  peguamnya Syahrul Syazwan Salehin ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.

Syahrul Syazwan berkata pihaknya akan meneliti dokumen-dokumen berkaitan terlebih dahulu dan berbincang dengan anak guamnya berhubung permohonan representasi itu.

“Saya mengesahkan pihak pembelaan telah menerima semua dokumen berkenaan kes ini daripada pihak pendakwaan hari ini. Saya mohon mahkamah tetapkan tarikh baharu untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan bermula,” katanya.

Azura kemudian menetapkan 19 Ogos untuk pengurusan kes dan menetapkan tarikh perbicaraan selama sembilan hari bermula 12 hingga 15 Okt, 9 hingga 12 Nov dan 3 Dis.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa yang mewakili pendakwaan turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa seramai sembilan saksi dijadualkan memberi keterangan dalam perbicaraan.  

Shahrir, 71, dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada bekas perdana menteri itu berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov, 2013.

Cek itu kemudiannya telah dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 Nov 2013.

Oleh itu, Shahrir didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dan dituduh melakukan kesalahan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April, 2014.

Pertuduhan ke atas beliau mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya  jika sabit kesalahan. #sumber
Share:

Covid-19: Sebanyak 50 Kes Baharu, 90 Pulih, Tiada Kematian


PUTRAJAYA -  Sebanyak 50 kes baharu positif COVID-19 dicatat hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,059 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,149 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 50 kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 47 kes adalah penularan tempatan.

“Bagi 47 kes penularan tempatan itu, 41 kes melibatkan bukan warga Malaysia dengan 34 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

"Mereka ini telah berada dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas,” katanya dalam sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata terdapat 90 kes pulih daripada COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 5,796 kes (82.1 peratus).

Katanya, bilangan kes pulih adalah hampir dua kali ganda kes baharu yang dilaporkan.

Dalam pada itu, beliau, berkata tiada kes kematian direkodkan hari ini sekali gus menjadikan kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. #sumber
Share:

Aksi Datuk Najib Jadi Imam Solat Di Rumah Jadi Perhatian


Aksi terkini yang viral di media sosial ialah ketika mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengimamkan Solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan Witir di rumahnya semalam.

Gambar telah dipost oleh netizen Ahmad Shuaib Ismail. Captionnya:


Aksi Najib itu mendapat perhatian warga netizen, banyak komen yang menyokong dan mengharapkan beliau kembali menjadi pemimpin utama negara. 



PDO ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan seisi keluarga. #PDO
Share:

Aksi Anwar Ibrahim Kemas Rumah Raya Mencuri Tumpuan !


Aksi pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemas rumahnya mencuri tumpian netizen hari ini.


Empat gambar yang dipaparkan dengan gaya Anwar mengikat kepalanya dengan tuala mendapat perhatian.


Posting ringkas Anwar yang juga Presiden PKR, mendapat perhatian netizen di Twitter.



"Saya sudah mula mengemas sempena raya. Kalian dah mula ke belum?" kata Anwar. 


Apa pun PDO ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail seisi keluarga. #PDO
Share:

Dakwa Audio Di Sunting, Tun M Cabar Siar Rakaman Penuh


KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pihak berniat jahat menyebarkan rakaman audio yang memperdengarkan suara beliau dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang jelas telah disunting.

Bekas perdana menteri itu mencabar pihak yang berkenaan mengeluarkan rakaman penuh mesyuarat tersebut.‬

‪”Saya kekal setia bersama rakan rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14,” katanya di laman Facebook.‬

Menulis lanjut, Dr Mahathir berkata, kalau betul mahu mengkhianati mandat rakyat, beliau boleh melakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.‬

‪”Saya tolak. Susah dan senang, kita bersama,” katanya.

Semalam tular rakaman audio yang antara lain memperdengarkan Dr Mahathir berbincang tentang cadangan Bersatu membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan (PH).

Turut diperdengarkan suara beliau bercakap tentang tindakan meninggalkan PH kerana tidak suka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak suka DAP.

Rakaman audio itu disebarkan dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa keputusan membawa keluar Bersatu dari PH tidak pernah dimaklumkan kepada beliau sebaliknya ia diputuskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu tular rakaman audio Muhyiddin bercakap mengenai tindakan Bersatu meninggalkan PH dalam mesyuarat yang tidak dihadiri Dr Mahathir.

Kemudian satu lagi rakaman audio mesyuarat yang dipengerusikan Dr Mahathir yang turut dihadiri beberapa pemimpin termasuk Lim Guan Eng, Datuk Seri Azmin Ali, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin lagi. #sumber
Share:

Rentas Negeri Di Larang Sama Sekali, Kompaun Serta Merta !


KUALA LUMPUR – Disebabkan kedegilan orang ramai yang masih cuba untuk pulang ke kampung berhari raya, kerajaan mengambil keputusan tegas melarang semua pergerakan rentas negeri dan berkuatkuasa hari ini sesiapa yang didapati cuba melakukan aktiviti tersebut akan dikompaun serta-merta.

Dengan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai supaya tidak lagi membuang masa pergi ke balai-balai polis untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri.

“Kami menerima laporan, semalam seramai 1,300 orang beratur di Balai Polis Daerah Kuantan, Pahang untuk memohon kebenaran pulang ke kampung halaman.

“Ingin ditegaskan, pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan sama sekali.

“Bagi yang telah mendapat kebenaran sebelum ini, anda tidak mempunyai masalah untuk membuat pergerakan merentas negeri, sama juga kepada kes-kes kecemasan seperti kematian.

“Tetapi jika dilihat kepada apa yang berlaku semalam, tidak mungkin 1,300 orang yang beratur di tengah-tengah panas di IPD Kuantan itu semuanya kerana ada kes kematian,” katanya semasa sidang media hari ini.

Tegasnya, arahan terbaharu itu juga merangkumi perjalanan merentas negeri dengan menggunakan pesawat.

Pihak polis katanya, mengadakan sekatan jalan raya di jalan-jalan masuk ke lapangan terbang dan mungkin perlu mengadakan pemeriksaan di kaunter-kaunter daftar masuk selepas larangan merentas negeri diperketatkan yang bermula hari ini.

Ketika ditanya mengenai berita seorang lelaki yang berbangga berjaya melakukan pergerakan rentas negeri secara haram, Ismail Sabri berkata, polis akan mencari lelaki tersebut.

“Sama seperti keluarga yang berswafoto apabila berjaya merentas negeri sebelum ini, saya rasa polis akan cari Mat Sayuti ini.

“Polis memang mengadakan sekatan jalan raya selepas plaza-plaza tol dan di jalan-jalan lama.

“Tetapi mungkin ada yang menggunakan lorong-lorong tikus di mana tiada sekatan jalan raya dibuat di kawasan tersebut, namun begitu seperti yang saya katakan sebelum ini, mereka mungkin terlepas semasa pulang ke kampung tetapi akan berhadapan hukuman apabila pulang semula ke tempat bermastautin,” tegasnya.

Ditanya mengenai terdapat aduan yang mengatakan ada pengguna jalan raya telah diarahkan berpatah balik ketika mahu melakukan pergerakan rentas daerah, Ismail Sabri menegaskan aktiviti rentas daerah masih dibenarkan.

Namun begitu, beliau mengesyaki, ada yang cuba menipu pihak polis semasa melalui sekatan jalan raya dengan memberi alasan untuk melakukan pergerakan rentas daerah sedangkan mereka berhasrat untuk merentas negeri.

“Polis mengetahui apa sebenarnya tujuan mereka kerana apabila ditanyakan soalan-soalan, pengguna jalan raya tersebut mungkin memberikan jawapan yang meragukan.

“Mereka mungkin beri alasan untuk rentas daerah tetapi sebenarnya mahu merentas negeri dan disebabkan itu pihak polis telah memberi arahan untuk berpatah balik.

Semalam  juga,  sebanyak  2,412  kenderaan  yang  cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM. #sumber
Share:

Covid-19: 31 Kes Baharu, Malaysia Kini Lepasi Jumlah 7,000

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan 31 lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,009.

Setakat tengah hari tadi, 60 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,706, atau 81.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Mengambil kira kes yang sudah sembuh, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 1,189 kes.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baru yang dilaporkan terdiri daripada 10 kes import dan 21 penularan tempatan.

Daripada jumlah jangkitan tempatan itu, 10 kes melibatkan warga asing dan 11 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Sebanyak 11 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes. #sumber

Share:

Langkah Sheraton Punca Alami Gelombang Kedua Covid-19


PETALING JAYA: Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyalahkan “langkah Sheraton” sebagai punca gelombang ke-2 penularan Covid-19 di negara ini dengan berkata, jika bukan kerana langkah politik itu, Malaysia mungkin dapat mengelakkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata hampir separuh kes Covid-19 yang dikesan membabitkan kluster konvensyen jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Perhimpunan keagamaan itu berlangsung antara 28 Feb dan 1 Mac membabitkan peserta tempatan dan antarabangsa.

“Jika tidak kerana ‘langkah Sheraton’ dan pergolakan politik yang semakin buruk seperti dinyatakan dalam titah Yang di Pertuan Agong pada pembukaan sidang Parlimen selama 1 hari pada Isnin, Malaysia tidak perlu berdepan gelombang ke-2 penularan Covid-19.

“Jumlah kes Covid-19 kita yang disahkan akan berada dalam lingkungan 3000, jika tidak di bawah 3,000 kes, berbanding hampir mencapai 7,000 kes hari ini.”

Beliau berkata ketika Malaysia melaksanakan PKP pada 18 Mac, negara mencatatkan jumlah tertinggi kes Covid-19 di Asia Tenggara dan kedudukan ke-18 di dunia.

“Sekarang, kedudukan kita jatuh ke tangga ke-56 dari segi jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang disahkan. Sebenarnya, jika bukan sebab gelombang ke-2 penularan Covid-19, kita sepatutnya berada di atas kedudukan ke-70 dalam kalangan negara di dunia dari segi kes Covid-19 yang disahkan.”

Malaysia, katanya, sepatutnya berada di belakang Thailand yang mempunyai penduduk 2 kali ganda lebih ramai berbanding Malaysia, tetapi negara jiran itu berada pada kedudukan ke-70 itu dan hanya melaporkan 3,033 kes dan 56 kematian.

“Kesan langkah Sheraton dan pergolakan politik yang semakin buruk memberikan impak yang sangat berat kepada Malaysia.”

Untungnya, kata Lim, Malaysia tidak perlu bergantung pada kepemimpinan politik untuk memerangi gelombang ke-2 Covid-19.

“Rakyat Malaysia dengan tepat memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa dan keselamatan diri mereka sendiri bagi memastikan gelombang ke-2 penularan Covid-19 terkawal.”

Lim berkata, kerajaan seharusnya membentangkan pelan strategi keluar Covid-19 bagi memastikan pemulihan ekonomi ketika Dewan Rakyat bersidang pada Isnin.

“Bilakah kerajaan akan membentangkan kepada umum strategi pelan keluarnya dan ‘blue print’ sewaktu pakar menasihatkan orang ramai supaya belajar hidup dengan koronavirus memandangkan vaksin yang efektif mungkin mengambil masa 2 hingga 5 tahun untuk dibangunkan dan boleh didapati dengan mudah?” #sumber


Share:

Bicara Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Di Sambung 13 Julai


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak, akan bersambung selama 31 hari di Mahkamah Tinggi di sini bermula 13 Julai depan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas timbalan pendakwa raya Poh Yih Tinn memaklumkan bahawa pihak-pihak terlibat telah berbincang mengenai tarikh sesuai untuk perbicaraan kes berkenaan.

Tarikh perbicaraan yang ditetapkan ialah 13 sehingga 16 Julai; 3 hingga 6 Ogos; 17 hingga 19 Ogos; 7 hingga 10 Sept; 14 hingga 17 Sept; 5 hingga 8 Okt; 2 hingga 5 Nov dan 16 hingga 19 Nov.

Perkara itu turut disahkan peguam Akberdin Abdul Kadir mewakili Rosmah, yang dikecualikan hadir ke mahkamah hari ini.

Poh berkata, pihak pendakwaan akan memanggil 9 lagi saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu dan 3 lagi penyataan saksi akan diserahkan kepada pihak pembelaan hujung bulan ini.

Setakat ini, 12 saksi pendakwaan memberi keterangan dan apabila perbicaraan bersambung pada 13 Julai, pihak pembelaan akan meneruskan dengan pemeriksaan balas terhadap saksi ke-12, bekas ketua setiausaha Kementerian Pendidikan (MOE) Alias Ahmad.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 9 hingga 11 Jun, 6 hingga 9 Julai, 13 hingga 16 Julai dan 20 hingga 23 Julai untuk menyambung perbicaraan kes berkenaan.

Rosmah, 68, berdepan 1 pertuduhan meminta RM187.5 juta dan 2 pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantu beliau, Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosmah sebelum ini sepatutnya dibicarakan bersama Rizal, yang menghadapi 4 pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak Rosmah berhubung projek berkenaan, namun pada 8 Jan lepas mahkamah melepas dan membebaskan Rizal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan. #sumber

Share:

Negara Dalam Krisis Pun Ada Pihak Mahu Rebut Kuasa !

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan pihak tertentu yang masih mahu merebut kuasa semasa Malaysia sedang berdepan dengan krisis paling teruk dalam tempoh 100 tahun.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ramai rakyat negara ini yang hilang pekerjaan akibat satu per satu industri utama lumpuh.

Malah, ada rakyat yang sakit dan bertarung dengan nyawa akibat wabak Covid-19.

”Namun, ada pihak yang masih menjadikan rebutan kuasa sebagai keutamaan mereka.

”Mahu heret seluruh negara dalam permainan mereka pada masa Covid ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut beliau, walaupun tingkah-laku pihak terbabit sudah ditegur oleh Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Parlimen namun pesanan itu tidak dihiraukan.

Sebaliknya, pihak tertentu bertindak mengadakan sidang media dengan Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong memberi amaran.

”Siap gunakan nama saya kenapa dia mahu buat usul tidak percaya. ‘Fitnah-fitnah terhadap saya pun tak pernah berhenti,” ujar Najib lagi.

Sedangkan, Ahli Parlimen Pekan itu memaklumkan Tun Dr Mahathir yang melepaskan jawatan tetapi kini beliau mahu merebut semula jawatan ketika negara masih dalam ancaman wabak Covid-19.

Artikel berkaitan: Tun M jelaskan usul undi tak percaya kerana Muhyiddin kerjasama dengan Najib

Najib mengingatkan Dr Mahathir yang gagal mengawal Covid-19, malah melawan amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Dr Mahathir juga didakwa gagal mengharamkan perhimpunan besar; gagal menghalang kemasukan pelancong asing; gagal meningkatkan ujian saringan Covid-19.

Akibatnya daripada kegagalan-kegagalan itu, rakyat terpaksa berkurung selama dua bulan sehingga hilang pekerjaan.

Namun, selepas wabak semakin reda sedikit atas pengorbanan satu Malaysia, pihak terbabit kembali untuk berebut kuasa.

”Kalau dah dua kali jadi PM, kalau dah begitu gagal dalam masa 22 bulan yang lalu, kenapa masih mahu ganggu dan ancam kestabilan kerajaan dengan permainan politik pada masa kita perlu lawan impak ekonomi sedunia akibat krisis Covid?” soal Najib yang mendakwa mempunyai banyak ‘cerita-cerita’ jika mahu dibongkarkan.

Ia termasuk kisah syarikat kapal terbang, cerita KLCC, Hospital dan konsesi kerajaan, seseorang menghancurkan seluruh industri utama negara, orang hadiahkan berpuluh buah kereta kepada mereka, pemilik syarikat kapal terbang, cerita asal-usul PLUS, kisah curi saham-saham bumiputera, arahan runding terus untuk jayakan Tawaran Awam Permulaan sesebuah syarikat, cerita 480 syarikat milik keluarga dan lain-lain lagi.

Malah, cerita kucing bernilai ratusan ribu ringgit pun ada, katanya, walaupun mengakui tidak gemar bercerita hal orang lain terutama pemimpin negara yang pernah ada jasa kepada negara.

Lagipun, katanya, rakyat perlu menumpukan seluruh tenaga untuk menghadapi krisis pandemik Covid-19. #sumber

Share:

Kes Riza Aziz: SPRM Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut !



KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara Tommy Thomas pada setiap masa dimaklumkan dan dikemas kini tentang status permohonan representasi Riza Aziz berhubung 5 tuduhan pengubahan wang melibatkan kira-kira RM250 juta, kata beberapa pegawai kanan agensi anti-rasuah.

Mereka juga mengesahkan urutan peristiwa yang membawa kepada pelepasan bersyarat yang diberikan kepada anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak itu, seperti yang diberitahu Peguam Negara Idrus Harun.

“Setiap surat-menyurat oleh peguam Riza kepada Thomas juga disalin kepada kami. Semuanya secara hitam putih, jadi membingungkan bila beliau (Tommy Thomas) kata terkejut dengan keputusan mahkamah minggu lepas,” kata sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kepada sebuah portal.

Ia menjawab reaksi Thomas yang marah dengan keputusan Mahkamah Sesyen memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNNA) kepada Riza.

Tahun lepas, Riza dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta yang dibayar kepada syarikat penerbitan Red Granite Pictures di Hollywood antara 2011 dan 2012.

Dalam penyelesaian yang diumumkan Mahkamah Sesyen pada 14 Mei, Riza akan menyerahkan hak ke atas 3 hartanah yang dirampas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan membolehkan kerajaan melucutkan haknya ke atas wang yang dirampas daripadanya.

Riza juga akan membayar kompaun RM500,000 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).

Thomas, yang meletakkan jawatan peguam negara selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari, cuba menjauhkan diri daripada urus janji itu, dengan berkata, beliau tidak pernah bersetuju dengan representasi oleh Riza.

Bagaimanapun portal FMT mengesahkan, berdasarkan dokumen dan perbualan dengan pihak yang terlibat dalam mendapatkan kembali aset 1MDB yang didakwa dilencongkan kepada Riza, bahawa surat representasi daripada peguamnya diterima Thomas secara positif.

Surat representasi itu pertama kali dikirim oleh peguam Riza, Scivetti & Associates kepada Thomas pada 18 Nov tahun lepas dengan menyenaraikan cadangan penyelesaian itu.

Merujuk kepada surat itu, Thomas kemudiannya menulis kepada timbalan pendakwa raya kanan, Gopal Sri Ram:

“Berdasarkan kenyataan di perenggan 5.10, 5.14, 5.15, 5.18 dan 5.19, saya sedia mempertimbangkan rundingan ini. Perenggan 5.20 mengandungi syarat penyelesaian yang dicadangkan. Saya tunggu nasihat anda,” katanya.

Thomas bagaimanapun menambah beliau tidak yakin Riza akan menjadi seorang “saksi pendakwaan yang baik terhadap bapanya”.

Semalam, Sri Ram memberi isyarat bahawa Riza mungkin memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB melibatkan bapa tirinya, Najib Razak.

Pada Isnin, Thomas mengesahkan notanya kepada Sri Ram yang menyambut baik cadangan Riza, tetapi enggan mengulas lanjut kerana menurutnya tiada akses kepada nota tulisan tangan yang asal.

Peguam Riza mengirim surat susulan berhubung permintaan untuk representasi yang pertama pada Januari tahun ini.

Dalam surat yang dilihat FMT, Thomas dimaklumkan seorang pendakwa raya SPRM memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa representasi Riza sudah diterima oleh Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan. #sumber

Share:

Anwar Jawab Kenapa Dia Tidak Hadir Sidang Media Tun M


KUALA LUMPUR – Selepas dua hari menyepi, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil menjelaskan kenapa beliau tidak hadir dalam sidang media khas yang dipanggil Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana Isnin lalu.

Menurut Presiden PKR itu, pendiriannya jelas iaitu sidang media khas berkenaan bukan anjuran Pakatan Harapan dan tidak ada sebab untuk beliau hadir bersama dengan mantan Perdana Menteri ketujuh itu.

“Saya menerima banyak pertanyaan, mengapa saya tidak hadir (sidang media khas) seusai titah diraja di Parlimen. Jawapannya mudah sahaja. Itu bukan sidang media Pakatan Harapan.

“Pada mesyuarat PH sehari sebelum itu, kita telah putuskan pemimpin-pemimpin pakatan dan Bersatu serta Warisan akan melihat dan menyediakan pendirian bersama dalam isu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan akan menandatangani.

“Oleh demikian, kita tidak akan mengadakan sidang media khas Pakatan Harapan, tapi ini tidak menghalang kalau DAP, Bersatu, Amanah dan Keadilan buat sidang media masing-masing atau Ahli Parlimen PH mengemukakan pandangan,” katanya menerusi siaran langsung Facebook beliau, hari ini.

Artikel berkaitan: Memang wajar Anwar tidak hadir sidang media

Isnin lalu, Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang tidak kelihatan pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya.

Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, selain Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat bersama-sama pada sidang media berkenaan.

Selain itu, Ahli Parlimen PKR juga tidak kelihatan pada sidang media itu selama kira-kira 35 minit.

Artikel berkaitan: Anwar tidak hadir sidang media PH tapi sudah tandatangan kenyataan bersama

Bagaimanapun, ketika ditanya media, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu, berkata, Anwar sudah menandatangani kenyataan bersama yang dikeluarkan PH dan parti yang bekerjasama dengannya.

Mengulas lanjut, Anwar mengulangi dengan mengatakan, beliau tidak hadir kerana sidang media Dr. Mahathir itu bukan anjuran PH.

Tegas beliau, selepas ini PH akan mengeluarkan notis bahawa semua program atau sidang media parti itu mesti diumumkan oleh Sekretariat PH.

“Semuanya mesti melalui Sekretariat PH. Tidak boleh umpamanya saya menggunakan Sekretariat Keadilan untuk membuat program bagi pihak PH. Kita ada peraturan yang harus kita patuhi,” katanya.

Anwar baru-baru ini mengesahkan Dr Mahathir bukan lagi pengerusi PH berikutan tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada PH. #sumber


Share:

KKM: Sila Patuhi SOP Untuk Elak Kewujudan 'Kluster Raya'

PUTRAJAYA - Kewujudan 'Kluster Raya' dapat dielakkan jika umat Islam mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Antara SOP itu ialah dengan duduk di rumah, amalkan jarak sosial termasuk ketika berbual, amalan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dan lakukan sanitasi dalam rumah khususnya atas permukaan yang kerap disentuh, katanya.

"Kita melihat kepada aliran jangkitan apabila ada perhimpunan besar-besaran atau pergerakan di satu tempat. Ia memungkinkan jangkitan itu berlaku kerana kita tidak tahu virus di mana," katanya ketika ditanya mengenai kebimbangan wujudnya 'kluster Raya' COVID-19.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan anugerah Clinical Research Malaysia (CRM) Sponsored Research kepada lima penerima sempena sambutan Hari Kajian Klinikal Sedunia di sini hari ini, Dr Adham berkata, setiap orang harus melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin untuk melindungi keluarga dan komuniti ketika merentasi daerah termasuk di zon hijau.

"Sementara tunggu vaksin dibangunkan, kita perlu laksanakan normal-normal baharu," katanya. #sumber

Share:

PKPB: Sesi Penggambaran Di Benarkan Dengan SOP Ketat

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju membenarkan aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kebenaran aktiviti penggambaran akan bermula selepas perayaan Aidilfitri dan pihak produksi perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah melakukan mesyuarat dan uji bakat secara dalam talian, mengemukakan rekod perjalanan semua tenaga produksi dan artis bagi tempoh empat minggu sebelum penggambaran dan memastikan tidak lebih daripada 20 orang terlibat dalam setiap sesi penggambaran.

"Syarikat produksi juga perlu melantik seorang penyelia keselamatan bagi memastikan pematuhan SOP di semua peringkat produksi. Perkhidmatan bufet bagi petugas dan artis adalah tidak dibenarkan dan makanan perlu dihidangkan secara pek individu," katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata jurusolek dan penata rias juga perlu menggunakan pelindung muka dan memastikan mencuci tangan sebelum dan selepas membuat dandanan artis yang terlibat.

Jelasnya penggambaran atau rakaman pentas dan persembahan secara langsung yang melibatkan tontonan ramai masih tidak dibenarkan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata MKN turut membuat keputusan mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020.

Jelasnya warga tempatan yang pulang dari luar negara akan dikenakan caj kuarantin hotel sebanyak 50 peratus daripada kadar penuh iaitu pada siling RM150 sehari, manakala bagi bukan warganegara dan pemastautin tetap akan dikenakan caj RM150 sehari.

“Sidang MKN membuat keputusan untuk mewajibkan semua individu yang ingin pulang ke Malaysia untuk menandatangani surat setuju pembayaran 50 peratus bagi warganegara Malaysia dan 100 peratus bagi bukan warganegara, melalui pejabat kedutaan Malaysia yang terdekat.

“Pejabat kedutaan yang terlibat akan mengeluarkan surat kelulusan untuk pulang ke negara ini. Jabatan Imigresen akan memberi arahan kepada semua syarikat penerbangan untuk memastikan surat kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang,” katanya.

Ismail Sabri memaklumkan seramai 252 rakyat telah pulang ke tanah air dan dikuarantin wajib semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini, seramai 38,371 yang pulang dari luar negara dikuarantin wajib sejak 3 April lepas.

Seramai 30,200 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

Mengenai Pasukan Petugas Operasi Pematuhan, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 44 individu atas kesalahan melanggar SOP dan mengeluarkan kompaun kepada 51 individu atas kesalahan itu.

“Semalam juga, sebanyak 3,212 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM. Sekali lagi diingatkan, pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan kecuali atas hal kecemasan atau kerja dan kebenaran rentas negeri perlu dikeluarkan oleh PDRM,” katanya. #sumber


Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.