script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hadi Awang: Kaca Mata Dan Kaca Teropong PAS Putih Bersih



PAS mempunyai kaca mata dan "kaca teropong" yang putih dan bersih sehingga dapat melihat semua warna sebenar tanpa tersilap, kata presiden parti itu Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, perubahan pendekatan yang berlaku kepada parti itu tidak disebabkan kerana perubahan kepimpinan, tetapi perubahan situasi, realiti dan kemampuan membaca sepak terajang politik.

"PAS mempunyai kaca mata dan kaca teropong yang putih bersih sehingga dapat melihat semua warna yang sebenar tanpa tersilap.

"PAS tidak boleh dikelirukan dengan kaca mata yang berwarna sehingga tidak kenal warna yang di luar atau warna yang diubah untuk mengelirukannya.

"PAS berpegang dengan konsep sejahat-jahat seorang Muslim yang beriman diterima taubatnya oleh Allah SWT, manakala sebaik-sebaik amalan orang yang tidak beriman akan ditolak juga pada hari kiamat nanti," tulis Abdul Hadi dalam artikel yang disiarkan Harakahdaily.

Tulisan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada perubahan politik PAS selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

PAS menjalinkan kerjasama dengan Umno selepas PRU14 lalu apabila BN tewas buat pertama kalinya selepas lebih 60 tahun menguasai politik negara.

Umno dan PAS membentuk Muafakat Nasional sebagai siasah politik baru bagi menentang Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu ditunjangi Bersatu, DAP, PKR dan Amanah.

Senario itu bagaimanapun berubah apabila Bersatu pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertindak meninggalkan PH bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kini, PAS, Umno, GPS dan parti dari Sabah membentuk kerjasama dalam PN bagi menguasai pentadbiran negara di Putrajaya.

Untuk rekod PAS juga pernah menyertai Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.
Memetik sirah perjuangan Rasullullah SAW, Abdul Hadi berkata ketika mempunyai kuasa yang paling kuat sewaktu memimpin kerajaan yang berkuasa penuh di Madinah, baginda mendahulukan perdamaian.

Selain itu, pintu perundingan dibuka kepada semua pihak tanpa memperniagakan Islam yang ingin ditegakkan.

"Namun konsep fleksibel dan anjal telah menjadikan langkah yang diambil boleh diubah pendekatannya.

"Asasnya dimulakan dengan umat Islam disatukan dan menerima bukan Islam yang tidak ekstrem. PAS pada masa yang sama tetap menolak sebarang kerjasama yang mengubah dasar dan matlamat.

"PAS yang berakidah Islam mengikuti gerakan politik yang dinamik, bukan parti yang jumud dan sempit fikirannya," tulis Abdul Hadi.

Jelasnya, hala tuju PAS tidak hanyut disebabkan oleh arus dan gelombang dalam mengharungi perjuangannya.

Katanya, PAS tetap matang dalam berpolitik dan mampu membaca perkembangan manusia yang boleh berubah kerana berada di alam yang boleh berlakunya perubahan.

"Prinsip istiqamah bersama Islam menjadikan PAS tidak menipu dan tidak boleh ditipu, kerana menipu itu haram dan ditipu itu bodoh," tambahnya. #sumber
Share:

Covid-19: Malaysia Mencatatkan Kes Kematian Ke-118 Hari Ini


PUTRAJAYA: Satu lagi kes kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 118 kematian, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian ke 118 membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun.

"Mangsa mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

"Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 7 pagi tadi," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini. #sumber
Share:

Anggota Penguatkuasa Bersekongkol Bawa Masuk PATI Diburu



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam membanteras kegiatan penyeludupan migran dan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan berusaha menghapuskan rangkaian dari atas hingga ke akarnya.

Menerusi Op COVID-19 Benteng, PDRM kini dalam fasa memburu anggota penguat kuasa yang bersekongkol selepas menangkap dan memburu ketua sindiket termasuk tekong, ejen, pengangkut migran dan pengendali rumah penampungan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata operasi memburu anggota penguat kuasa yang terbabit dalam kegiatan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Setakat ini kita sudah mengenal pasti identiti mereka dan akan menjalankan tangkapan selepas segala maklumat dilengkapkan.

"Pada masa ini, kita tidak dapat mendedahkan identiti mereka serta agensi mereka bertugas, namun akan diberitahu selepas siasatan ke atas mereka dilakukan," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Huzir berkata tindakan penguat kuasa terbabit sebenarnya boleh membahayakan keselamatan rakyat negara ini berikutan wabak COVID-19 mudah ditularkan oleh PATI dan migran. #sumber
Share:

PRK Chini: UMNO Tak Anggap Mudah, Perkenal Calon 18 Jun


PONTIAN - UMNO tidak memandang mudah sebarang saingan yang bakal wujud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, walaupun kawasan itu adalah kubu kuat parti berkenaan, kata Setiausaha agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Memang kubu UMNO tetapi kami tidak pandang mudah, akan bertanding betul-betul dan berlawan juga walaupun nanti, mungkin ada calon bebas.

“Soal calon, kami serahkan kepada kebijaksanaan parti namun yang pasti kita akan letakkan calon terbaik,” katanya sambil memaklumkan UMNO akan memperkenalkan calon pada 18 Jun ini di Pejabat UMNO Bahagian Pekan. 

PRK Chini yang ditetapkan pada 4 Julai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang juga calon Barisan Nasional memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi. 

PRK ini adalah pilihan raya yang pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik COVID-19.  #sumber
Share:

PKR Mungkin Sokong Calon Bebas 'Wahyu' Dari Fuziah Salleh !


KUANTAN - Walau pun sudah ada calon bebas menawarkan diri menjadi calon, namun PKR kemungkinan akan meletakkan calon bebas lain untuk mengisi kekosongan parti itu yang tidak bertanding pada PRK DUN Chini pada 4 Julai ini.

Demikian ditegaskan oleh bekas orang kanan PKR Pahang yang ditemui PDO malam tadi.

Menurut beliau, Pengerusi PKR Pahang iaitu Fuziah Salleh ada mendakwa tidak akan memberi kemenangan percuma kepada BN dan mungkin menyokong calon bebas.


"Tidak mungkin Fuziah akan mengarahkan jentera dan ahlinya menyokong calon bebas sedia ada (Aktivis Rakyat CMK Cucumatkilau) ini kerana calon tersebut adalah bekas ahli PKR Cabang Kuantan yang telah meninggalkan parti pada 2011. Bahkan calon terbabit dilihat tidak bersetuju dengan Fuziah dalam banyak perkara selama ini," kata beliau.

Beliau turut mendakwa, Fuziah pasti akan menghantar calon wahyu yang bebas bagi menyertai PRK ini.

"Calon yang dipilih itu dijadikan alat untuk memastikan BN tidak menang tanpa bertanding di PRK DUN Chini," katanya lagi.

Jika benar dakwaan tersebut, kemungkinan besar akan berlaku pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Chini nanti. 

Ini pasti memberi kelebihan kepada BN dan PN untuk mempertahankan kedudukan mereka, kerana undi bebas akan berpecah.

Jika ini terjadi, sudah pasti BN akan mendapat kemenangan dengan undi yang lebih besar sebenarnya. #pahangdaily
Share:

Covid-19: Hanya Tujuh Kes, Kali Pertama Satu Angka Di Rekod

PUTRAJAYA - Malaysia pertama kali mencatatkan satu angka kes COVID-19 apabila hanya tujuh kes baharu dicatatkan pada pengumuman semalam, iaitu yang terendah pernah dicatatkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 adalah sebanyak 8,329 kes, manakala terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj.

Beliau berkata, ini menjadikan bilangan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,518 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

"Daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala lima kes penularan di dalam negara pula adalah dalam kalangan warganegara Malaysia," katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini.

Tambah beliau, tiada kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian wabak berkenaan kekal 117 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menjelaskan mengenai kes positif baharu itu, beliau berkata dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala lima kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Katanya, daripada lima kes membabitkan warganegara, dua kes ialah kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8294) di Sepang, Selangor.

"Selain itu, melibatkan satu kes saringan tempat kerja daripada Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, satu kes saringan prapembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas dan satu kes saringan komuniti di Kota Kinabalu, Sabah," jelasnya.

Tambah beliau, sehingga kini, sebanyak enam kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan satu kes daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara dan juga luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan," katanya. #sumber

Share:

Anak Najib, Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding PRK DUN Chini


PEKAN - Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Mohd Nizar dilaporkan antara nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Pilhan Raya Kecil DUN N.23 Chini  pada 4 Julai ini.

Desas-desus itu diperkuatkan lagi kerana beliau juga adalah merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan yang menang kerusi tanpa bertanding pada pemilihan UMNO lalu.

Kerusi DUN Chini kosong apabila ADUN kawasan itu, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 7 Mei di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham menjadi ADUN Chini dalam Parlimen Pekan selama empat penggal berturut sejak Pilihanraya Umum-11 (PRU11).

Pada PRU-14 lalu, Allahyarham selaku calon Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dengan undi sebanyak 10,027.

Pada pertembungan itu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin (1,065).

Ramai pemerhati politik melihat anak Najib sesuai bertanding di situ bagi memberi semangat kepada anak-anak muda. Beliau dilihat cukup berkaliber dan bakal menjadi pemimpin hebat suatu hari nanti. Maka sudah tiba masanya beliau diberi kepercayaan sebagai calon.

Biar pun ada segelintir ahli akar umbi UMNO mendakwa Nizar tidak sesuai dan kurang turun padang. Malah ramai dikalangan pengundi tidak mengenali sosok tubuh beliau sebelum ini. 

Mereka mahukan calon dari kalangan pemimpin setempat, iaitu dikalangan warga Felda Chini sendiri kerana mereka adalah pengundi majoriti di DUN tersebut.

Apapun, mereka harus ingat memang nama Nizar kurang popular di kalangan warga Chini namun tanpa ilham Allahyarham datuknya , Tun Razak maka warga Chini tidak mungkin berada di situ sebenarnya.

Malah, harus diingat jasa Tun Razak dan ayahanda Nizar, Najib sendiri amat besar buat warga Chini sejak sekian lama. Justeru, sekiranya Nizar menjadi calon sudah pasti ia dapat meneruskan kesinambungan Tun Razak untuk membangunkan gugusan Felda Chini pada masa akan datang. #pahangdaily
Share:

Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15

KUALA LUMPUR - PAS menzahirkan keyakinannya bahawa parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan  berkata kerjasama politik terutamanya bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin mantap, sekali gus berjaya memperkukuhkan lagi kedudukan kerajaan PN yang menjadi “government of the day” (kerajaan semasa).

"PAS yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU15 meskipun tarikhnya belum diputuskan.

"PAS akan terus sama-sama komited mendukung dan mempertahankan kedudukan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama barisan kabinetnya yang terdiri daripada semua parti anggota," katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata PAS yakin kerjasama dan sikap toleransi semua anggota PN kini akan menguatkan lagi kedudukan kerajaan PN, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri sehingga tamat penggal.

Menurutnya kerjasama politik di antara PAS dengan BN, khususnya UMNO, dimuktamadkan melalui pemeteraian memorandum persefahaman pada 14 Sept tahun lalu, sekali gus membentuk Muafakat Nasional (MN).

"Kerjasama sehingga terbentuknya kerajaan persekutuan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 29 Feb lalu, diikuti pemeteraian memorandum persefahaman oleh pengerusi-pengerusi dan presiden BN, Bersatu, PAS dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak secara rasminya telah membentuk PN," katanya. #sumber

Share:

Penyokong PAS Serang PDO Kerana Artikel Panas PRK Chini


PEKAN - Gara-Gara artikel PDO berkaitan ada ahli veteran PAS akar umbi yang mempersoalkan tindakan BN tidak memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding di PKR, maka banyak serangan netizen dari kalangan penyokong PAS bermula.

Mereka tidak boleh menerima kenyataan  bahawa sepatutnya beri kerusi DUN Chini untuk PAS bertanding, bukan kekal BN meletakkan calon. 


Siap ada yang menyerang PDO dan mendakwa kami berpihak kepada calon bebas yang bertanding, walhal kami juga siarkan berita-berita semua pihak sejak dari awal penubuhan.



Bahkan PDO juga mempunyai beberapa orang wartawan di lokasi yang akan memuatkan isu PRK Chini seperti media lain. Apa salahnya PDO mengambil pandangan rakyat di kawasan DUN Chini. Kenapa pula mereka mahu didedahkan nama pihak yang memberi kenyataan.


Pihak terbabit sudah pasti tidak mahu nama mereka disiarkan untuk mengelak tindakan oleh parti. Namun suara akar umbi perlu kita dengari sebab mereka yang akan membuang undi, bukan netizen yang menghentam.


Siap ada yang mendakwa kami tutup ruangan komen di blog pahangdaily. Untuk maklumat ruangan komen tidak pernah ditutup sejak tahun 2008 lagi. 

Kami akan mendapatkan lagi kenyataan daripada rakyat di kawasan Chini terutama berkaitan berbagai isu yang masing membelenggu penduduk di kawasan ini sebenarnya. #pahangdaily
Share:

PKR Tak Tanding, Calon Bebas Mungkin Ganti Kekosongan

KUANTAN - Keputusan Keadilan Pusat untuk tidak turut serta di dalam PRK N23 Chini sebenarnya banyak mengecewakan para penyokong PH khususnya Keadilan sendiri.

Demikian ditegaskan oleh Pemangku Ketua Cabang PKR Paya Besar, Wan Wauzuldin Wan Samad dalam kenyataan di facebooknya baru-baru ini.

Katanya walaupun MPN Keadilan Pahang sejak awal lagi menyatakan kesediaan untuk bertanding, bahkan jentera telah pun disusun dengan sebaiknya dan sekurang-kurangnya 8 calon telah disenaraikan, namun akhirnya terpaksa akur dengan keputusan parti di peringkat Pusat.

"Di dalam politik, semangat sahaja tidak mencukupi tetapi strategi turut memainkan peranan penting. Apakah sesuatu yang baik buat Keadilan untuk bertanding di Chini di dalam keadaan COVID19 dan PKP yang ternyata amat menguntungkan pihak lawan? Sehingga kini SPR gagal memberikan garis panduan atau SOP yang jelas berkaitan dengan kempen di PRK Dun Chini," katanya.

"Tiada kesan yang besar kepada pihak kerajaan pintu belakang yang diwakili oleh calon Umno di dalam kempen mereka waktu PKP ini. Mereka boleh gunakan seluruh jentera kerajaan dan agensi yang mereka kuasai termasuk media perdana untuk digunakan sebagai kempen mereka. Manakala di pihak Pembangkang kita pasti akan menghadapi keadaan yang amat sukar untuk menjalankan kempen dalam situasi begini. Mungkin inilah salah satu faktor yang menyebabkan parti tidak bertanding di Chini. MPN Pahang akhirnya terpaksa akur dengan ijtihad politik dari kepimpinan Pusat,"

Apakah calon Umno akan menang tidak bertanding di Chini? Saya rasa tidak mungkin kerana terdapat beberapa calon telah menyuarakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon Bebas. Mungkin juga di kalangan calon Bebas itu nanti adalah dari ahli-ahli Umno yang tidak terpilih sebagai calon.

Difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 6 calon dari UMNO disenaraikan termasuk anak Najib. Manakala terdapat juga beberapa individu dari anak tempatan yang tidak berparti akan menawarkan diri untuk menjadi calon Bebas.

"Saya yakin, seluruh penyokong PH di Chini samada berparti atau tidak, tetap akan memberikan sokongan kepada calon anak tempatan yang bertanding atas tiket Bebas sebagai satu isyarat jelas kepada Umno/Bn bahawa masih banyak isu dan permasalahan di Chini yang gagal diatasi oleh kerajaan negeri sebelum ini. Contohnya, isu air yang sentiasa menjadi igauan buruk kepada masyarakat Chini setiap kali musim kemarau," dakwa beliau.

Harapan UMNO untuk menang mudah pasti tidak kesampaian. #sumber

Share:

Kebenaran Rentas Negeri Beri Impak Positif Pelancongan !


KUANTAN - Kebenaran rentas negeri beri impak positif terhadap sektor pelancongan Pahang. Dilaporkan lebih dari 3,000 bilik kini sudah ditempah oleh pelancong dalam dan luar negeri.

Demikian kenyataan Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, Datuk Sri Mohd Sharkar Shamsuddin hari ini.


Katanya sebaik sahaja aktiviti merentas negeri dan melancong dibenarkan kerajaan bermula 10 Jun 2020, sektor perhotelan di negeri ini menerima tempahan mendadak daripada pelancong domestik.

"Tinjauan yang dilakukan mendapati beberapa hotel di negeri ini telah memperlihatkan sambutan yang begitu baik dari segi bilangan tempahannya yang mana sehingga pukul 12 tengah malam semalam, lebih 3,000 tempahan telah pun dibuat, dari lebih 500 hotel, motel, resort, chalet dan home stay dari 38,000 bilik penginapan di Pahang." katanya.

Menurut Sharkar, kawasan tanah tinggi Cameron Highlands menunjukkan perkembangan yang sungguh memberangsangkan dengan pertambahan jumlah tempahan yang mendadak sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.

"Sebagai contoh, sebuah hotel di Cameron Highlands menerima lebih 300 tempahan bilik dalam hanya beberapa jam selepas pengumuman kebenatan rentas negeri dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam", tambah beliau.

Difahamkan maklum balas dari Mybha (Persatuan Hotel Bajet Malaysia Cawangan Pahang ) juga menunjukkan perkembangan yang baik dalam kalangan ahlinya. 

"Selain Cameron Highlands, destinasi-destinasi seperti Kuantan, Cherating, Rompin juga telah mula menerima tempahan dari pelancong"

"Beberapa hotel terkemuka di Taman Negara juga telah mula mendapat tempahan. Agensi Pelancongan Taman Negara yang terpilih juga telah menerima tempahan baru," katanya.

Memandangkan secara tradisinya pasaran Taman Negara sebahagian besar terdiri dari pasaran antarabangsa (66 peratus), agensi pelancongan dan resort perlu menyesuaikan aktiviti dan produk bersesuaian untuk menarik pasaran tempatan katanya.

Selain itu, sambutan bagi Pulau Tioman juga menampakkan perkembangan positif. Bagaimanapun aktiviti laut seperti skuba dan snorkeling masih belum dibuka. Ini agak mengesankan memandangkan aktiviti-aktiviti ini merupakan produk penting bagi Pulau Tioman.

Sementara itu beliau turut mendakwa Genting Highlands masih belum dibuka memandangkan aktiviti utamanya, taman tema belum boleh dibenarkan operasinya oleh pihak kerajaan, sungguh pun begitu Genting Premium Outlet (GPO) sudah dibuka sebahagiannya.

"Keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri dan pelancongan domestik telah memperlihatkan permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan-bulan mengalami kemerosotan impak pandemik COVID-19," tambah Sharkar.

Sharkar menambah, Negeri Pahang yakin industri pelancongan di negeri ini akan mendapat manfaat dari kebenaran rentas negeri ini dan sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) keselamatan khusus untuk dilaksanakan di semua hotel, resort di negeri ini. 

Pihak penggiat pelancongan di negeri ini katanya juga memberi reaksi positif daripada keputusan kerajaan itu dan menjangkakan akan terus berlaku peningkatan dalam pelancongan domestik dan bersedia memastikan SOP ditetapkan dipatuhi. 

"Kerajaan Negeri Pahang juga akan akur dan patuh dengan segala SOP yang ditetapkan kerajaan dan jika berlaku kes jangkitan COVID-19, hotel atau resort terlibat akan segera ditutup." 

"Negeri Pahang akan terus membantu dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi memastikan industri pelancongan khususnya sektor perhotelan dapat dipulihkan kembali selepas terjejas teruk ekoran pandemik COVID-19," tambah beliau lagi. #sumber
Share:

PRK DUN Chini: BBC Pahang Saran Calon Bebas Tak Tanding

KUANTAN- Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pahang menggesa mana-mana pihak melakukan pengorbanan dengan menarik semula niat atau hasrat bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini memandangkan negara masih lagi menghadapi krisis pandemik koronavirus (Covid-19).

Pengerusinya Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, gesaan itu bukan untuk menafikan demokrasi dan hak individu bertanding dalam PRK tersebut tetapi atas pertimbangan terhadap isu Covid-19 yang perlu dipertimbangkan dengan lebih rasional.

Menurutnya, atas pertimbangan itu, BBC Pahang senada dengan gesaan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengharapkan calon UMNO diberi laluan pada PRK Chini tanpa bertanding berikutan permasalahan Covid-19.

“Umum tahu ketika ini negara masih bergelut untuk memutuskan rantaian Covid-19 dan pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan bagi memutuskan rangkaian virus bahaya ini.

“Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri juga akur pilihan raya tidak sesuai diadakan pada waktu ini begitu juga pendirian PKR yang mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya untuk PRK Chini ini disebabkan masalah Covid-19," katanya melalui satu kenyataan di sini, hari ini.

PRK Chini diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu akibat serangan jantung.

Allahyarham Abu Bakar berjaya mempertahankan kerusi itu selama empat penggal bermula PRU11.

Pada PRU14 lalu, Allahyarham sekali lagi mendapat mandat pengundi apabila menang selesa dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 4,622 undi mengalahkan calon PAS yang hanya memperoleh 5,405 undi manakala calon PKR hilang wang pertaruhan apabila hanya meraih 1,065 undi.

PRK Chini akan bermula 20 Jun bagi penamaan calon manakala 30 Jun ditetapkan sebagai hari pengundian awal dan 4 Julai sebagai hari pengundian. #sumber

Share:

PRK DUN Chini: Sharkar, Beri Laluan BN Menang Percuma !

KUANTAN - Pemimpin UMNO menyarankan parti politik mencontohi Pakatan Harapan (PH) khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini 4 Julai ini, sekali gus memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menyifatkan tindakan PH diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai langkah terpuji memberitahu, keadaan itu penting bagi memastikan keselamatan semua pihak berikutan negara masih belum bebas sepenuhnya wabak koronavirus (Covid-19).

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi melaksanakan PRK Chini, namun katanya, ia menjadi persoalan sama ada dijamin selamat dalam melindungi kesihatan dan keselamatan semua pihak termasuk pengundi di samping berpendapat keadaan ketika ini tidak sesuai untuk berpolitik.

“Jadi, langkah yang wajar dan tepat adalah tiada pertandingan pada PRK ini dengan memberi kemenangan percuma kepada BN/UMNO sebagai penyandang kerusi itu,” katanya melalui kenyataan di Facebooknya semalam.

Beliau berkata, peruntukkan untuk PRK juga lebih baik digunakan untuk kebajikan rakyat khususnya yang terkesan teruk susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

“Cuma diharapkan, jangan pula ada calon bebas yang memutuskan untuk bertanding dan disokong pula oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang dan Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri berkata, keutamaan ketika ini ialah keselamatan negara dan rakyat untuk bersama-sama membantu memutuskan rantaian Covid-19.

“Tunggulah apabila tiba masanya nanti (PRU15), berlawanlah dan biar rakyat yang menentukan siapa pilihan mereka,” katanya.  #sumber

Share:

Panas: Empat DUN Di Parlimen Pekan BN Sapu, Ahli Akar Umbi PAS "Mungkin" Beralih Arah !


PEKAN - Biar pun Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini, namun terdapat suara akar umbi yang mempersoalkan keputusan itu sebenarnya.

Mereka menyanggah keputusan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar yang mengumumkan partinya tidak akan meletakkan calon, seterusnya membuka jalan untuk BN mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK ini.

"Saya terkejut bila pucuk pimpinan parti membuat keputusan demikian, sepatutnya UMNO kena buka jalan muafakat dengan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di PRK Chini bukannya meletak calon mereka. UMNO BN sudah memiliki tiga dari empat kerusi DUN di Parlimen Pekan iaitu Bebar, Pulau Manis dan Peramu Jaya. Apa salahnya beri laluan kepada PAS di DUN Chini," kata beberapa penyokong PAS di Felda Chini Dua yang ditemui.


Katanya lagi, menang atau kalah di DUN Chini tidak akan merubah kerajaan negeri yang dipimpin oleh UMNO BN sebenarnya. 

"Sudahlah dalam kalangan Exco Kerajaan Negeri, mereka tidak masukkan seorang pun pemimpin PAS bagi mengimbangi dan merealisasikan kerajaan Muafakat Nasional yang dicanangkan selama ini. Akhirnya PAS jadi Pak Turut semata-mata. Patutnya berilah PAS bertanding sebagai membuktikan kesepakatan kedua-dua parti ini di Pahang," katanya lagi.

Pada PRU-14 lalu, mantan ADUN Chini Allahyarham Datuk Sri Abu Bakar Harun mengekalkan kemenangannya selepas mendapat 10,027 undi, menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendaat 5,405 undi. Calon PH pula Mohd Razali Ithnain hilang deposit selepas hanya mendapat 1,065 undi.

"UMNO hanya membuat andainya mereka menang besar bila undi PAS dicampurkan dengan undi BN pada PRU14 lalu iaitu melebihi 15,400 undi. Jika begitu kiraannya, maka anda PAS yang meletakkan calon maknanya akan mendapat jumlah yang sama. Kenapa tidak memberi laluan kepada PAS?," katanya.

Justeru, beliau dan rakannya yang sudah lama bersama PAS menganggap ini tidak adil dalam sebuah muafakat. 

"Undi adalah rahsia, jangan terkejut jika calon BN terkena Badi 5 undi seperti pada PRU10 lalu. Sebab rakyat hakim negara. Pucuk pimpinan mengarahkan, tapi ahli akar umbi yang akan memangkah undi," katanya lagi.

Di fahamkan seorang calon bebas yang merupakan aktivis dan pejuang rakyat telah menawarkan diri untuk bertanding di PRK ini. 

"Saya difahamkan, calon bebas amat lantang bersuara isu-isu rakyat di Pahang. Makanya ramai yang tertarik dengan cara pendekatan beliau. Di Chini banyak isu rakyat yang terpinggir walau pun BN berkuasa selama tiga penggal di sini. Antaranya pencerobohan hutan dan tanah, perlombongan haram, isu perahan minyak sawit, isu air, isu warga asing yang memonopoli kerja ladang Felda, isu Tasik Chini yang terpinggir dan banyak lagi,"

"Saya tidak nampak calon BN boleh perjuangkan isu ini, kerana sudah lama diberikan peluang namun isu tidak juga selesai hingga ke hari ini. Makanya pengundi melihat, pejuang rakyat itu boleh mengangkat isu yang membelenggu kehidupan mereka sejak sekian lama. Justeru, jangan sampai ahli akar undi PAS beralih arah menyokong bebas," tambah beliau lagi.

Nampaknya, perkembangan ini sesuatu yang bahaya kepada BN di PRK Chini. Jika perubahan berlaku dan bayangkan undi PAS beralih kepada calon Bebas sudah pasti kedudukannya semakin panas dan mengejutkan. #pahangdaily
Share:

Jika Anak Najib Jadi Calon, Lebih Mudah Atur Strategi PRK !


PEKAN - Aktivis dan Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli yang baru saja menawarkan diri untuk jadi calon bebas di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada 4 Julai ini mendakwa, beliau lebih suka anak mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi calon BN.

Ini katanya, kempen lebih mudah dah culaan yang dibuat oleh rakan-rakan di Chini mendakwa penduduk di situ tak mahu "golongan kayangan" jadi calon tapi mahukan anak tempatan, iaitu dikalangan anak peneroka Felda Chini sendiri.

Menurut salah seorang anak muda yang ditemui berkata Mohd Nizar (Dato Jaja) dianggap golongan kayangan atau bangsawan oleh sebahagian besar pengundi di sini. Dia tidak boleh merasai denyut nadi pengundi yang sebahagian besarnya adalah peneroka Felda. 

Benar katanya, jenama Najib dan Tun Razak itu ada dibawa namun bagi peneroka generasi pertama mereka tidak dapat menerima perwatakan Nizar yang dilihat agak "korporat" dan "protokol" itu.

Bahkan mereka juga melihat Nizar tidak memahami permasalahan dan isu-isu rakyat di kawasan Chini. Banyak isu rakyat yang tidak diusik oleh pemimpin terdahulu kini membelenggu masyarakat Chini katanya.

Difahamkan Nizar kini adalah Ketua Pemuda UMNO Pekan yang menang bertanding pada pemilihan parti yang lalu.

"Saya nampak peluang lebih mudah kerana saya adalah anak peneroka Felda dari Jengka 7 (arwah YB Chini anak peneroka Jengka 3. Dan kami adalah dari sekolah yang sama di Sekolah Menengah Jengka 2, Maran. Jika warga Chini boleh menerima arwah sebagai wakil rakyat, mengapa tidak anak peneroka Felda dari kawasan yang sama mewakili mereka," kata Shukri.

Beliau yakin banyak isu rakyat yang tidak mampu ditangani oleh Nizar keran la yang terlibat dengan isu terbabit adalan dikalangan pimpinan UMNO setempat sendiri. Maka katanya, mana mungkin Nizar boleh halang isu pencerobohan hutan, perlombongan haram dan sebagainya.

Rakyat kena bijak menilai dan mencari orang yang benar-benar boleh membela nasib mereka, bukan sekadar retorik dan kata-kata sahaja kata Shukri lagi. 

Pasti meletop "Keturunan Pahlawan Melayu UMNO vs Keturunan Pahlawan Melayu Pahang". Antara jenama Tun Razak dan Mat Kilau, rasanya rakyat di kawasan Chini lebih mengenali Pahlawan Melayu Pahang itu sebenarnya. #pahangdaily
Share:

BN Tak Wajar Menang Percuma, Rakyat Mahu PRK Diadakan


PEKAN - Rata-rata warga Chini yang ditemui  mendakwa mereka mahukan pilihanraya kecil diadakan di kawasan itu. Mereka tidak mahu BN menang tanpa bertanding kerana ia tidak memberi manfaat kepada sebahagian besar dari kalangan peduduk di kawasan itu.

SPR sebelum ini mengumumkan tarikh 20 Jun sebagai hari pencalonan, 30 Jun undi awal dan 4 Julai hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil DUN N.23 Chini. 

Menurut salah seorang wakil penduduk yang ditemui di Felda Chini Dua berkata dengan ada pilihanraya kecil barulah berbagai projek segera akan turun sama macam PRK di kawasan lain.

"Kami bukan seronok sangat, tapi kami ingin melihat bajet dan peruntukan pusat turun disini pada musim PRK. Rakyat dapat manfaat sebab berbagai janji akan ditaburkan oleh kerajaan setiap kali berlakunya PRK," katanya.

Sementara itu seorang peniaga di sini pupa berkata dengan adanya PRK pasti ramai petugas dan pemimpin akan berkampung di Chini. 

"Kami para peniaga yang sekian lama tidak dapat menjalanlan operasi akibat PKP dan PKPB pasti akan mendapat limpahan rezeki yang berganda-ganda. Jika tiada PRK (BN menang percuma, maka manfaat hanya diperolehi oleh calon. Sedangkan kami hanya menyaksikan dari jauh dapat menumpang kegembiraan sahaja. Mungkijn ada kenduri rakyat atas kesyukuran kerana menang," katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin PKR yang ditemui pula berkata beliau gembira sekiranya berlaku pilihanraya kerana banyak isu rakyat boleh diangkat kerana semua media tertumpu ke kawasan ini.

"PKR tak bertanding, maka kami nak kempen siapa? Dalam masa yang sama Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh dengan jelas mengatakan mereka akan sokong calon bebas. Maka kita akan gerakkan jentera untuk turun padang bagi memberi tentangan kepada BN sekiranya berlaku pertandingan," katanya.

Ternyata rakyat di kawasan Chini mahukan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan kerana inilah kali pertama dalam sejarah pembangkang (PH) tidak meletakkan calon dalam sesebuah pilihan raya kecil. Justeru mereka mahu kemeriahan PRK itu dapat dirasai sama dengan yang telah diadakan di tempat lain sebelum ini.

Lagi pun situasi Covid-19 di pula kian menunjukkan petanda positif dan kerajaan baru mengumumkan kelonggaran dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Makanya kempen juga dengan kaedah baru mengikut SOP yang telah ditetapkan. #pahangdaily
Share:

SPRM Rampas RM600,000 Dari Rumah Ahli Armada Bersatu

PUTRAJAYA -,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu (Armada).

Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.

Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik sebagai berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.

"Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.

"Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi," katanya.

Laporan itu menambah SPRM juga merampas sebuah kereta berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai telah dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan.

Ahli Armada yang menyokong bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa SPRM melakukan intimidasi terhadap mereka yang menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).

SPRM menolak dakwaan bahawa siasatan berkenaan bermotifkan politik dan menegaskan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya pada Mac lalu.

Mahathir, yang disokong Syed Saddiq terlibat dalam perebutan kuasa dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menguasai Bersatu dan kerajaan. #sumber

Share:

Muafakat UMNO-PAS Boleh Dapat Lebih 95% Undi PRK Chini

PEKAN - Ketua UMNO Bahagian Pekan, Najib Razak menyatakan keyakinan beliau bahawa kerjasama parti itu dengan PAS melalui Muafakat Nasional boleh meraih lebih 95 peratus undi pada pilihan raya kecil Chini yang akan datang.

"Kita memang berazam untuk menang dengan majoriti tambahan. Sebab situasi hari ini berbeza, tambah lagi kita ada Muafakat Nasional dan kita jadi anggota kerajaan Perikatan Nasional.

"Kita bertanding atas tiket satu parti yang menjadi sebahagian daripada kerajaan. Sudah tentu kita letakkan sasaran lebih tinggi, kalau boleh," katanya malam tadi.

Pada wawancara bersama Media Pahang, bekas perdana menteri berkata ini kerana BN dan PAS, yang telah bertanding secara berasingan semasa pilihan raya umum ke-14 lalu, secara keseluruhan memperoleh sekitar 95 peratus undi untuk kerusi DUN di bawah parlimen Pekan.

Pada PRU lalu, Allahyarham Abu Bakar Harun, yang mewakili UMNO, memperoleh 10,027 undi dan menang dengan majoriti 4,622 ke atas PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi.

"Berdasarkan keputusan PRU14. Jika kita cantumkan undi BN masa itu dan undi PAS sudah menghampiri 95 peratus. Calon PKR cuma dapat dalam lingkungan 5 peratus (undi).

"Sekiranya setiap pengundi yang mengundi calon UMNO dan PAS betul-betul komited pada Muafakat Nasional bererti bahawa kita telah mencapai 95 peratus

"Itu atas kertas, tapi realitinya kita akan cuba menghampiri sasaran tersebut," kata MP Pekan.

Antara lain, beliau berkata keputusan akhir akan ditentukan oleh faktor-faktor termasuklah pengundi luar yang kembali mengundi pada PRU14 sekali lagi akan kembali untuk pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 Julai.

Mengenai profil pengundi, Najib berkata peneroka Felda generasi pertama dan kedua terdiri daripada kumpulan terbesar pada 82 peratus, menakala belia di bawah 40 tahun merangkumi 56 peratus.

Terdapat juga penduduk kampung tradisional dan penduduk Orang Asli tempatan, tambahnya.

Dalam wawancara itu, Najib tidak menyentuh mengenai isu calon MN atau PN, walaupun selama beberapa minggu terdapat spekulasi anak sulungnya, Mohd Nizar  bakal diletakkan sebagai calon.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini berkata beliau yakin Nizar, yang juga ketua Pemuda UMNO Pekan, layak dicalonkan pada PRK Chini berdasarkan kemahiran kepemimpinan dan sokongan akar umbi.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pada 6 Jun lalu memberitahu Malaysiakini bahawa PH tidak akan meletakkan calon di Chini.

Najib ketika diwawancara malam tadi bagaimanapun menyatakan kesediaan PN untuk pelbagai kemungkinan pada hari penamaan calon 20 Jun nanti, termasuk akan menghadapi calon bebas.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Kelab Veteran UMNO, Mustapha Yaakub adalah antara mereka yang menggesa PH untuk memberi laluan kepada PN.

PN kini menguasai 33 daripada 42 kerusi di DUN Pahang. UMNO mempunyai 24 kerusi, PAS mempunyai lapan dan MCA mempunyai satu kerusi DUN. Gabungan PH pula menguasai sembilan kerusi melalui (tujuh Adun) DAP dan (dua Adun) PKR. #sumber


Share:

PRK DUN Chini: UMNO Sudah Bersedia Jika Ada Pertandingan

SHAH ALAM - UMNO tetap bersedia sekiranya ada pertandingan atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan berkata, UMNO akan terus bersiap siaga dan melakukan persediaan awal yang diperlukan kerana dalam politik apa juga kemungkinan boleh berlaku.

"Dalam kata mudah, PRK Chini ini bagi kita.. datang tidak berjemput, pergi tidak dihalang... kita akan sentiasa terus bersedia.

"Saranan untuk semua pihak agar memberi laluan kepada calon BN (Barisan Nasional) untuk menang tanpa bertanding bukanlah sama sekali bermakna kita cuba menafikan sistem demokrasi di negara ini tetapi berdasarkan beberapa faktor terkini yang seharusnya semua pihak sepatutnya memberi fokus kepada yang lebih utama seperti penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19) dan pemulihan semula ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh hari penamaan calon PRK DUN Chini pada 20 Jun dan pengundian awal akan diadakan pada 30 Jun, manakala hari mengundi pada 4 Julai.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor yang memperoleh 5,405 undi manakala calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Razali Ithnain mendapat 1,065 undi.

Abu Bakar yang ketika itu memperoleh 10,027 undi merupakan penyandang kerusi DUN tersebut sejak PRU11 pada 2004.

DUN Chini, satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan akan menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, beliau menyambut baik saranan Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail agar semua pihak baik parti politik mahu pun calon Bebas agar memberi laluan kepada penyandang iaitu calon BN/UMNO untuk menang tanpa bertanding pada PRK DUN Chini.

Namun katanya, sama ada saranan itu dapat direalisasikan atau tidak hanya diketahui pada tarikh penamaan calon yang akan diadakan pada 20 Jun ini.

"Pada tarikh tersebut kita akan mendapat tahu sama ada calon BN yang akan mempertahankan kawasan dimenangi pada PRU14 yang lalu bakal dicabar atau sebaliknya," katanya.

Pada masa sama kata beliau, UMNO menyambut baik keputusan PKR hari ini yang mewakili Pakatan Harapan tidak akan meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRK DUN Chini. #sumber

Share:

PRK DUN Chini: Mohd Nizar Antara Di Sebut Nama Calon BN !

KUANTAN - Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Mohd Nizar Najib yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan dikatakan antara calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menurut sumber, seorang peneroka FELDA Chini yang juga ahli UMNO Pekan turut disebut-sebut untuk diletakkan sebagai calon.

"Namun, setakat ini tiada kata putus nama calon memandangkan ia masih dalam perbincangan.

"Difahamkan nama calon hanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas mendapat persetujuan daripada kepimpinan tertinggi BN khususnya UMNO.

"Bukan satu nama, malah beberapa nama turut disenaraikan untuk dipertimbangkan" kata sumber itu.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, Allahyarham selaku wakil BN mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH)  memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di Pahang, yang akan diadakan pada 4 Julai depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat berikutan kerisauan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, PKR berpandangan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diumumkan berkaitan perjalanan PRK itu, akan memberi kesan pada cara berkempen dan gerak kerja penting dalam pilihan raya.

Berdasarkan keputusan PRU-14, BN yang menjalin kerjasama erat dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) mendapat sokongan pengundi.

PAS tidak meletakkan calon kerana memberi sokongan kepada calon BN daripada UMNO. #sumber

Share:

Muhyiddin: PKPP, Rentas Negeri Di Benarkan Mulai Rabu Ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.

"Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD," katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Justeru, Perdana Menteri berkata, mereka yang ingin menziarahi ibu bapa kerana tinggal berjauhan boleh berbuat demikian.

"Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

"Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan.

"Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan," katanya. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 39 Pulih, 19 Kes Positif Baharu Hari Ini

KUALA LUMPUR: Terdapat 19 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 8,322 kes setakat kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 13 kes penularan dalam negara, dua kes adalah warga asing dan 11 kes di kalangan warga Malaysia," katanya pada sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,531 kes.

Beliau berkata, terdapat 39 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,674 kes atau 80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu, katanya, seramai lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

PRK Chini: Hantar Saya Ke DUN, Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dengan Adanya Pertandingan


KUANTAN - "Jika tiada pertandingan, rakyat Chini tidak dapat manfaat seperti yang diidamkan oleh kawasan lain setiap kali ada pilihanraya kecil", kata Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli selepas mengumumkan sedia menawarkan diri untuk menjadi calon PRK DUN Chini.

Menurut Shukri, jika BN menang percuma banyak isu rakyat tak dapat diangkat seperti perumahan generasi kedua Felda, isu pencerobohan hutan, pengondolan tanah, pencemaran Tasik Chini, isu bekalan air dan warga asing (PATI) di ladang-ladang sebagainya.

"Dengan adanya PRK barulah isu ini dapat diangkat, sebab semua media arus persana memberi tumpuan ke Chini. Sebab itulah saya tawarkan diri, lagi pun PKPB sudah menghampir penghujung dan banyak aktiviti yang telah dilonggarkan oleh pihak kerajaan," kata Shukri.

Malah kata Shukri, rakyat juga akan menerima pembangunan yang berlimpah ruah daripada kerajaan pusat. Berbagai projek segera akan turun dan mereka boleh menikmatinya sebab bukan senang nak bertemu pula dengan piliharaya kecil pada masa akan datang. Inilah ganjaran dan pengorbanan yang saya lakukan demi rakyat DUN Chini.

"PRK Chini adalah platform yang sesuai untuk saya mencuba sekali lagi untuk masuk ke Sidang DUN Pahang. Saya telah mencuba pada PRU-12 Di DUN Kemayan atas tiket PKR. Pada PRU-13 saya cuba lagi di DUN Semambu atas tiket bebas. Maka sebelum PRU-15 akan datang, apa salahnya saya membuat cubaan yang ketiga di Chini," kata Shukri.

"Mantan ADUN Chini, Allahyarham Datuk Sri Abu Bakar Harun adalah sahabat saya. Bila dia datang Kuantan kami selalu minum teh di Indera Mahkota Dua. Arwah anak peneroka Felda Jengka 3, saya pula anak peneroka Jengka 7. Bahkan kami rapat sebab kami dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Jengka 2, Maran. Bezanya dia jadi peneroka tapi saya jadi aktivis rakyat," katanya lagi.

Beliau berkata, dia mahu teruskan perjuangan arwah untuk mengangkat isu-isu rakyat yang tidak sempat dibawa.

"Jika BN kalah atau menang, ia sedikit pun tidak merubah Kerajaan Negeri Pahang. Lagi pun tempoh tidak lama sebelum PRU-15 nanti. Saya faham situasi masyarakat Felda kerana saya anak peneroka. Saya mahu jadikan Chini pemangkin untuk masuk DUN kerana sudah lama saya bersuara di luar dalam memperjuangkan isu rakyat," tambah beliau.

Warga Chini harus menerima kehadiran Mohd Shukri atau dikenali juga sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) dengan hati terbuka. Ini adalah peluang untuk beliau gegarkan Dewan Undangan Negeri Pahang sebenarnya. Harus diingat, BN pernah tewas di DUN Chini dengan lima undi. Mungkin badi itu boleh melekat dihati rakyat untuk mengangkat seorang aktivis dan pejuang rakyat pula membela nasib mereka selepas ini.

Justeru, hantar beliau masuk DUN untuk tempoh berbaki dua tahun lebih sahaja penggal PRU-14 ini. PRU-15 nanti baru pilih anak tempatan untuk bertanding disitu. Kemenangan  beliau juga bukan sahaja untuk rakyat Chini khasnya, tapi untuk rakyat Pahang sendiri amnya. 

Pasti meriah DUN Pahang dengan kehadiran seorang pejuang rakyat berasal dari Pulau Tawar, Jerantut iaitu kampung kelahiran dan perjuangan Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah ini. Tidak salah pengundi Chini beri ruang kepada beliau untuk membela nasib mereka secara lebih terhormat sebenarnya.#pahangdaily


Share:

Covid-19: Sebanyak 37 Kes Positif Di Rekod, Satu Kematian

PUTRAJAYA  - Jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 yang dilapor hari ini masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Kes membabitkan kematian pula hanya satu kes dilaporkan dua hari berturut-turut sejak semalam (5 Jun) menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 117 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

"Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,303 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,551 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata kes yang pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini adalah 25 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 6,635 kes atau 79.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian berkenaan membabitkan wanita warga tempatan berumur 79 tahun yang merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke 1508.

"Kes kematian ke-117 (kes ke-2296) mempunyai gejala bermula pada 18 Mac dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac setelah disahkan positif COVID-19. Kes disahkan meninggal dunia pada pukul 2.05 petang semalam (5 Jun)," katanya.

Sehingga kini, sebanyak lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, mengulas makluman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengenai saranan penggunaan pelitup separuh muka, Dr Noor Hisham menasihatkan individu yang bergejala digalakkan menggunakannya terutama di kawasan umum yang sesak bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

"Ingin diingatkan bahawa penjarakan sosial, amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta lain-lain langkah kesihatan awam patut diterapkan dalam kehidupan seharian.

"Ini merupakan amalan paling utama yang perlu dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dalam memerangi COVID-19. Pihak WHO juga akan terus menjalankan kajian dan akan memberi maklumat terkini kepada semua dari semasa ke semasa," katanya. #sumber

Share:

PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tak Tanding Di Chini

PETALING JAYA: PKR dan Pakatan Harapan (PH) Pahang akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat gabungan itu untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.

Pengerusi PH Pahang, Fuziah Salleh bagaimanapun berkata, gabungan itu akan menyokong calon Bebas yang bakal bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di situ.

“Itu adalah keputusan selepas perbincangan Majlis Presiden PH, jadi walaupun PKR Pahang telah bersiap sedia dan memulakan gerak kerja, tetapi kita terpaksa akur dengan keputusan pimpinan.

“Kita tahu wabak Covid-19 meletakkan risiko tinggi kepada petugas, selain petugas dari negeri lain tidak boleh merentas negeri untuk membantu calon.

“Apapun kita akur dan besar kemungkinan akan sokong calon Bebas yang kita rasa layak dan mengikut cita rasa kita nanti.

“Kita akan sokong untuk lawan Umno. Keputusan PKR tidak meletak calon tidak bermakna petugas kita akan terus tarik ‘handbrake’, kita akan sokong calon Bebas,” katanya.

Fuziah yang juga pengerusi PKR Pahang berkata, keputusan tidak meletakkan calon tidak bermakna mereka “takut” pada BN.

“Saya sudah buat pengumuman minggu lepas, kita (PKR Pahang) sudah sedia bertanding, tetapi keputusan dibuat PH pusat itu kena diterima,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Prosedur Operation Standard (SOP) yang akan disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRK itu juga tidak memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, walaupun pembangkang mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Chini, namun hasil tinjaun yang dilakukan, menunjukkan kelebihan berada di pihak BN, termasuk penggunaan jentera kerajaan ketika berkempen.

“Kita tahu Umno akan guna jentera kerajaan. Kita tengok ketika PRK Cameron Highlands, masa itu kita kerajaan PH, tetapi mereka (BN) guna agensi kerajaan pusat seperti Felda buat program untuk menteri besar.

“Kita tahu apa yang mereka akan lakukan kali ini. Ia tidak memberi kelebihan kepada kita,” katanya.

Katanya, tinjauan juga mendapati banyak isu rakyat gagal diselesaikan di bawah BN, antaranya masalah bekalan air.

“Antara isu paling besar ialah air. Selama 60 tahun isu air di Chini tidak selesai. Itu rintihan penduduk.

“Juga isu Tasik Chini yang mati, isu pengondolan bukit dan perlombongan haram,” katanya.

Semalam PKR memutuskan untuk tidak akan bertanding dalam PRK Chini Julai ini.

Setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu yang turut dipersetujui Majlis Presiden PH dibuat selepas mengambil kira penularan Covid-19 yang belum ditangani sepenuhnya.

DUN Chini kosong ekoran kematian penyandang, Abu Bakar Harun, 60, kerana serangan jantung pada 6 Mei.

Wakil rakyat BN itu menewaskan pencabarnya, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim dari PAS dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR dengan majoriti 4,622 undi, selepas meraih 10,027 undi berbanding 5,405 undi dan 1,065 undi. #sumber

Share:

Aktivis Rakyat Sedia Tawar Diri Tanding Bebas Di PRK Chini !


KUANTAN - Aktivis rakyat yang juga Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara)  Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini sedia menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas di Pilihanraya Kecil DUN Chini, Julai ini.

Beliau dihubungi PDO selepas Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sah mengumumkan tidak akan menyertai PRK kali ini.

Menurut Shukri, jika PH tidak bertanding maka tiada salahnya saya mencuba, kerana di Pahang saya sudah banyak pengelaman membela rakyat dan bertanding pilihanraya sebelum ini.

"Pada PRU-11, saya dipilih sebagai calon PKN untuk bertanding di DUN Lepas... tapi ada krisis kepimpinan di Cabang Paya Besar saya undur diri ketika itu. Kemudian pada PRU-12 (2008) saya dipilih bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan, Parlimen Bera."

"Pada PRK Rompin, saya sekali lagi tawarkan diri untuk bertanding tapi gagal akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan (berlaku kes koyak borang pencalonan) ketika itu. Pada PRU-13 saya bertanding bebas di kerusi DUN Semambu dan mendapat 880 undi. Namun pada PRU14 saya tak sertai  sebab rehat dan fokus kepada usaha membela isu-isu rakyat atas kapasiti bebas," kata Shukri.

Maka itu, tidak jadi salah kalau ada sokongan rakyat saya tawarkan diri pula di PRK Chini pada kali ini.

"Bagi saya banyak isu rakyat yang belum diselesaikan di Chini seperti isu warga asing, isu air, isu pencerobohan hutan dan tanah serta pembangunan Tasik Chini itu sendiri yang semakin dipinggirkan. Benar Chini ada wakil rakyat, tapi isu tak juga selesai terutamanya hal ceroboh tanah secara haram," kata Shukri lagi.

"Jika BN menang percuma, tak adil untuk rakyat. Malah, jika BN menang pun ia tak akan ubah situasi politik di Pahang sebab BN mempunyai kerusi majoriti di DUN. So, apa salahnya rakyat Chini beri peluang kepada aktivis pula untuk mewakili mereka. Barulah apa jua isu boleh dibawa dengan lantang di DUN. Rakyat perlu pembela yang berani bersuara. Faedahnya untuk warga Chini, dan Pahang itu sendiri amnya. Ini saja peluang untuk mencuba masuk ke DUN Pahang," dakwa Shukri.

Beliau yang kini panas dengan isu-isu rakyat terutamanya warga asing itu berkata, dia dah biasa kalah dan tidak takut dengan kekalahan tapi jika rakyat nak sesuatu kelainan maka tidak salah memberi ruang kepadanya.

Tambahan pula beliau sendiri anak peneroka Felda dan tahu susah payah para peneroka itu sendiri sebenarnya. Malah dengan menyertai PRK ini beliau juga bileh mengangkat banyak isu rakyat yang sedang diperjuangkannya sekarang ini.

"Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik pada masa ini. Justeru saya boleh membela rakyat tanpa membezakan fahaman politik kepartian masing-masing. Ia berbesa dengan orang parti, yang lebih utamakan penyokong sendiri," tambah beliau.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu.

Pada PRU14, Abu Bakar yang mewakili BN memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405 undi) dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain (1,065 undi).

DUN Chini berada di bawah kawasan Parlimen Pekan yang diwakili bekas Perdana Menteri Najib Razak. #pahangdaily


Share:

PRK DUN Chini: BN Pahang Minta Menang Tanpa Bertanding

KUANTAN: Semua parti politik dan calon bebas diminta beri laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata ini bermakna, PRK DUN Chini khususnya sepanjang tempoh berkempen 14 hari bermula hari penamaan calon pada 20 Jun ini hingga hari pengundian pada 4 Julai depan, tidak perlu diadakan.

Sehubungan itu, katanya, ia dapat mengelakkan pergerakan dan aktiviti menjelang serta semasa PRK itu yang dibimbangi boleh menyumbang kepada penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara dan dunia sekarang.

"Saranan ini selari dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, sekarang bukan masa sesuai mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) di negara ini berikutan keadaan tidak mengizinkan dan tumpuan seharusnya diberi kepada usaha mengekang penularan pandemik ini.

"Dr Mahathir mungkin lebih menjurus kepada PRU tetapi seharusnya turut meliputi PRK seperti PRK Chini kerana kedua-duanya turut membabitkan pergerakan orang ramai yang boleh mengancam kesihatan awam menerusi jangkitan pandemik ini.

"Saranan ini juga selari dengan kenyataan media oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini yang mengumumkan parti itu tidak akan meletakkan calonnya bertanding pada PRK Chini atas alasan serupa.

"Dengan tidak mengadakan PRK Chini ini juga boleh menjimatkan kos bakal ditanggung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira RM4.3 juta, malah oleh calon serta parti yang bertanding," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Wan Rosdy berkata, berdasarkan keputusan PRU lalu, BN yang menjalin kerjasama erat dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) mendapat sokongan pengundi.

Katanya, PAS sendiri meminta kerusi DUN Chini tidak dipertandingkan dan akan memberi peluang kepada calon BN/UMNO untuk menang lebih besar lagi.

"Apa saya katakan ini tidaklah bermakna BN/UMNO bersikap riak atau takabur tetapi sekadar menyatakan realiti semasa.

"Oleh itu, lebih munasabah dan praktikal jika parti lain termasuk calon bebas atau mana-mana calon tajaan supaya tidak bertanding.

"Saranan ini mungkin dilihat tidak demokratik tetapi inilah penyelesaian terbaik dalam pada negara dan negeri ini masih dibelenggu dengan penularan COVID-19 menggerunkan," katanya. #sumber

Share:

Pakatan Harapan, PKR Umum Tak Bertanding PRK DUN Chini

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di Pahang, yang akan diadakan pada 4 Julai depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat berikutan kerisauan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak COVID-19.

Jelasnya, PKR juga berpandangan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diumumkan berkaitan perjalanan PRK itu, akan memberi kesan pada cara berkempen dan gerak kerja yang penting dalam pilihan raya.

"PKR berpandangan SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.

"Contohnya, larangan lebih daripada 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti, dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara lain yang penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihan raya.

"Maka, mengambil kira perkara itu, PKR dan Majlis Presiden PH bersetuju PKR tidak akan meletakkan calon bagi PRK DUN Chini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, SPR mengumumkan PRK DUN Chini akan diadakan pada 4 Julai, manakala hari penamaan calon pada 20 Jun, dan pengundian awal pada 30 Jun depan, dengan kos keseluruhan PRK itu dianggarkan berjumlah RM4.3 juta.

SPR turut mencadangkan beberapa SOP kepada Kementerian Kesihatan (KKM), antaranya mengehadkan 400 orang bagi setiap saluran berbanding 600 orang sebelum ini dan menyarankan masa keluar mengundi dalam kad pengundi.

Manakala kempen pilihan raya tertakluk kepada perintah semasa kerajaan.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi. #sumber

Share:

Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 !


KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)  digesa menangguhkan dulu tarif baru denda parkir jika alasan untuk mendidik orang ramai yang gagal melunaskan bayaran tunggakan parkir.

Demikian dijelaskan oleh Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli ketika mengulas kenyataan yang dibuat oleh Yang DiPertua MPK, Dato' Hamdan Hussin semalam. 

MPK kata Hamdan bertanggungjawab untuk mendidik orang ramai supaya tahu peranan mereka untuk membuat bayaran parkir setiap kali meletakkan kenderaan di petak parkir yang disediakan pihaknya.

Hamdan juga berkata, mereka yang gagal berbuat demikian pasti akan dikenakan kompaun sebagaimana yang telah ditetapkan, namun MPK lebih tegas sejak melaksanakan kadar kompaun baharu bermula 1 Jun lalu. langkah itu terpaksa diambil memandangkan sebelum ini orang ramai hanya memandang mudah terhadap kompaun yang dikenakan terhadap mereka.

Namun, menurut Shukri kenaikan kadar denda itu terlalu tinggi melebihi 1,000 peratus. Bayangkan, Jika sebelum ini, jumlahnya lebih kecil seperti RM10 dan RM15 bagi tempoh 7 hari dan 14 hari, tetapi kini MPK menetapkan bayaran kompaun adalah RM30 dalam tempoh 30 hari sebelum digandakan kepada RM300 selepas 30 hari dari tarikh dikompaun.

Kenaikan mendadak ini menimbulkan kemarahan sebahagian besar warga Kuantan. Rata-rata mengganggap ini bukan mendidik tetapi lebih kepada mendera rakyat.

"Jika mendidik, MPK sepatutnya memberi tempoh tertentu sebelum perlaksaaannya. Buat hebahan di media, kain rentang, bunting, poster dan sebagainya. Didik rakyat supaya faham kenapa kenaikan itu dilaksanakan,"

"Tambahan pula rakyat masih tertekan dengan masalah ekonomi yang kian memcengkam akibat wabak pandemik Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sekarang dimana kegiatan ekonomi hanya boleh dilakukan dari jam 7.00 pagi hingga jam 7.00 malam, maka kenaikan caj ini tidak relevan pada waktu sekarang," kata Shukri.

Katanya lagi,  memang benar bagi yang tidak mahu disaman mereka boleh beli kupon parkir atau gunakn Apps PahangGo. 

"Tetapi promosi besar-besaran kaedah ini adakah sudah dilakukan? Berapa ramai yang tahu kewujudan dan cara guna Apss itu sebenarnya. Berapa ramai rakyat terutamanya orang-orang tua yang buat IT untuk lakukan itu semua. Bagaimana pula dengan orang luar yang datang bertugas atau bercuti ke bandar Kuantan nanti?," tambah Shukri.

Beliau turut mengingatkan MPK, jangan nanti kemarahan rakyat menyebabkan kerajaan tewas lagi di Parlimen Kuantan. Tiga penggal kerusi parlimen ini dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh. 

"Berbagai cubaan dilakukan untuk memenangi hati rakyat untuk merampas semula kerusi ini. Namun, tindakan pihak berkuasa tempatan itu membuat tindakan yang menimbulkan kemarahan rakyat dikhuatiri boleh memberi impak kekalahan lagi kepada kerajaan BN di kerusi parlimen Kuantan akhirnya," jelas Shukri lagi.

Inilah yang berlaku sebenarnya. Apabila rakyat membuat protes maka impaknya pada Pilihanraya Umum Ke-15 akan datang. Akhirnya Fuziah tidak perlu berkempen, dan tetap menang kerana protes rakyat.

MPK perlu berhati-hati dengan tindakan ini. Jangan hanya memikirkan keuntungan mudah semata-mata, maka suara rakyat dinafikan. Baru saja mahu menjadi bandaraya sudah menekan rakyat. 

"Jika MPK terus melaksanakan tindakan ini maka saya tidak teragak-agak akan membuat protes yang sama seperti sebelum ini. Bagi saya MPK baru sahaja mendapat anugerah Bandar Paling Bahagia daripada KPKT. Makanya biarlah kebahagiaan itu diagihkan sama rata, jangan MPK sahaja bahagia tetapi rakyat menderita. Jangan samakan Kuantan dengan Kuala Lumput yang sudah lama naik taraf bandaraya," tambah beliau.

Tinjauan PDO mendapati rakyat amat kecewa dengan tindakan ini. Sepatutnya untuk mendidik MPK tawarkan juga diskaun kepada saman parkir yang tertunggak dan memperbaiki prasrana kemudahan trafik di bandar ini terutamanya dari segi petak parkir, jalan rosak dan sebagainya.

Melakukan tindakan tanpa hebahan menyebabkan rakyat marah dan akhirnya mereka abaikan semua itu. Bahkan lebih drastik lagi, pasti ada yang akan koyakkan kertas saman MPK itu didepan mata penguatkuasa. Mendekati rakyat bukanlah begini caranya, ia kena lebih mesra dan berhemah. 

Apa pun MPK ada hak untuk bertindak kerana mereka adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkuasa di bandar ini. Rakyat hanya mampu menangis dalam kebahagian yang dimiliki oleh MPK. #pahangdaily
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.