script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Parti Muda Gesa Kerajaan Negeri Pahang Buat "Saringan Covid-19" Terhadap Seluruh Warga Kuantan Dan Bangkitkan Beberapa Persoalan !

 

KUANTAN - Parti Muda Pahang mencadangkan kerajaan negeri Pahang melakukan saringan Covid-19 secara besar-besaran kepada seluruh warga Kuantan bagi mengesan lebih ramai individu dijangkiti dan mengekang penularan wabak itu di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pro-Tem Parti Muda Pahang, M Malani dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif parti itu Ahmad Zarul Afiq Arifudin dalam kenyataan bersama berkata, kerjasama pihak hospital dan klinik swasta dialu-alukan bagi menjayakan inisiatif saringan Covid-19 itu.

Kenyataan itu menyebut, parti berkenaan turut mendesak kerajaan negeri mewujudkan tabung pembelian vaksin bagi membantu mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan rakyat.

"Kerajaan juga perlu menyegerakan agihan bakul makanan kepada keluarga yang terjejas di kawasan luar bandar termasuk golongan marginal dan migran.

"Kita desak ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran (JKKK) dan agensi kerajaan berkaitan menggembleng usaha bagi menjayakan inisiatif ini," katanya kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan berkenaan bantuan kewangan yang sewajarnya perlu diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terjejas dalam tempoh PKP dan PKPD.

"Dalam menangani isu kekeluargaan dan kesihatan mental rakyat, pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk mewujudkan pusat perlindungan dan kaunseling kepada kanak-kanak dan wanita," kata kenyataan berkenaan.

Tambah beliau, pelaksanaan PKP dan PKPD bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung secara dalam talian.

"Justeru, kita minta kerajaan negeri mempertimbangkan bantuan peralatan Pengajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) sama ada komputer riba atau tablet selain menyediakan pakej internet kepada pelajar yang memerlukan,"katanya.

Parti Muda Pahang dalam kenyataan sama menyokong penuh saranan Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang meminta rakyat negara ini melaksanakan kawalan pergerakan kendiri bagi mengelak penularan pandemik Covid-19 menjadi semakin buruk. Untuk rekod, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM7.8 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang (BPP) secara bersasar kepada rakyat negeri ini yang terkesan ekoran pelaksanaan PKP dan PKPD.

Bantuan bentuk wang tunai dan barangan keperluan itu dijangka diagihkan dalam masa terdekat melibatkan beberapa golongan penerima.

Antara golongan yang akan menerima manfaat ialah petugas barisan hadapan, penjaja harian, pemandu teksi dan kes-kes Covid-19 aktif termasuk mangsa menjalani kuarantin di rumah.

Turut disenarai menerima bantuan ialah golongan gelandangan, miskin tegar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berusia 80 tahun ke atas. #sumber

Share:

Polis Shah Alam Nafi Video Tular Di Kompaun Kerana Memandu 'Sebelum' Pukul 8.00 Pagi !

 

PETALING JAYA - Polis menafikan dakwaan pemandu dikompaun sebelum 8 pagi kerana tiada SOP melarang kenderaan berada di jalan raya sebelum waktu itu dan selepas 8 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharuddin Mat Taib, berkata polis mengesan satu klip video tular sejak pagi tadi yang memaparkan perbualan polis trafik dengan seorang pemandu kereta di sekatan Jalan Persiaran Anggerik Eria, Seksyen 31, Shah Alam.

Dalam perbualan itu, anggota terbabit bertanyakan surat pergerakan dan tujuan pemandu ketika melakukan sekatan jalan raya bergerak, Op Pelbagai Kesalahan Lalu lintas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 di lokasi tersebut.

“Anggota itu juga menerangkan SOP pergerakan PKP dan tidak mengeluarkan sebarang kompaun kepada pemandu berkenaan,” katanya dipetik Bernama dalam kenyataan hari ini.

Baharuddin berkata, 78 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam operasi yang bermula 7 hingga 9.30 pagi itu.

“Turut dikeluarkan satu kompaun PKP bawah Peraturan 17 (3) (No 5) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Ketika Pelaksanaan PKP kepada sebuah kenderaan persendirian yang membawa penumpang melebihi had dibenarkan.” #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 7,478 Kes Positif Baharu Dengan 63 Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi rekod tertinggi untuk jangkitan harian dan angka korban, dengan 7,478 kes baharu Covid-19 serta 63 kematian, manakala 4,665 pesakit sembuh.

Rekod terdahulu ialah 7,289 kes baharu yang dicatatkan semalam dan 61 kematian yang dilaporkan pada 24 Mei lalu.

Ini menjadikan 464,727 daripada 533,367 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 2,432 orang meninggal dunia akibat virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 66,208 kes aktif, dengan 377 daripada 756 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, lima ialah kes import dan baki 7,473 kes penularan tempatan terdiri daripada 6,913 warganegara dan 560 warga asing.

Katanya, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi, dengan 2,455 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur (760), Sarawak (640), Johor (587), Kelantan (547), Kedah (542), Pulau Pinang (420), Negeri Sembilan (370), Perak (264), Melaka (230), Sabah (229), Terengganu (177), Pahang (171), Labuan (49), Putrajaya (29) dan Perlis (8).

Noor Hisham berkata, 63 kematian itu membabitkan 57 warganegara dan enam warga asing berusia 20 hingga 94 tahun.

Katanya, 51 daripadanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang kronik.

Lapan daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital. #sumber

Share:

Perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman Sebagai Pengerusi Prasarana Di Tamatkan Serta-Merta

 


PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam surat kepada Pengarah Pilihan Raya Umno itu bertarikh 26 Mei, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas perkhidmatannya.

Tajuddin dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu.

Jurucakap Kementerian Kewangan mengesahkan kesahihan surat tersebut.

Pemecatan beliau menyusul kejadian kemalangan LRT dua hari lalu yang mengakibatkan 213 penumpang cedera, dengan lebih daripada 60 dihantar ke hospital.

Kemalangan tersebut adalah kejadian terburuk melibatkan Laluan Kelana Jaya sejak ia mula beroperasi sebagai Laluan Putra pada 1996.

Tajuddin dikritik hebat berhubung sidang media yang diadakannya semalam selepas tinjauan di lokasi kemalangan pada pagi selepas kejadian.

Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) menyeru agar Tajuddin meletak jawatan susulan kemalangan itu, dengan berkata, ketiadaan kenyataan segera daripada beliau berhubung kejadian itu disifatkan sebagai tidak menghormati para penumpang.

Petisyen dalam talian yang menggesa beliau berundur turut menjadi tular.

Tajuddin juga dihentam netizen kerana bersikap tidak sensitif dan kurang ajar semasa sidang medianya, dengan banyak pihak menuntut peletakan jawatannya, dan menggambarkan sidang media berkenaan sebagai “bencana” perhubungan awam.

Pada sidang media tersebut, beliau meminta pihak media supaya tidak mencetuskan provokasi atau mensensasikan sesuatu isu.

“Jangan lah suka ‘provoke’, apa gunanya?” kata beliau.

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau dipecat berhubung kemalangan LRT atau sidang media berkenaan. #sumber

Share:

Bekas Pengerusi Eksekutif Prasarana, Tajuddin Abd Rahman Beri Keterangan Tengahari Esok !

 

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengah hari esok.

Tajuddin akan memberi keterangan selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbar sebaik meninjau insiden kemalangan membabitkan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran Stesen KLCC semalam.

Terdahulu, melaporkan, polis akan membuka satu kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan 2021.

Kesemua yang terlibat dalam kes tersebut juga akan dipanggil untuk memberi keterangan. #sumber

Share:

Operasi Kasino Di Genting Highlands Di Arah Tutup Sepenuhnya Mulai Tengah Malam Tadi

 

KUANTAN - Pengoperasian kasino di pusat peranginan Genting Highlands di Bentong, dekat sini telah diarah ditutup sepenuhnya bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihak polis sudah mengarahkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan pemantauan dengan segera.

“Walaupun selepas dikaitkan dengan beberapa kes positif Covid-19, buat masa ini memang (kasino) itu masih lagi beroperasi.

“Namun kita akan memastikan pihak terbabit mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Abd. Jalil berkata, kebanyakan premis lain di sekitar pusat peranginan itu sudah menghentikan operasi sejak seminggu lalu.

“Kita tidak mengeluarkan kompaun kepada mereka (pengendali kasino) kerana mereka mempunyai kebenaran untuk beroperasi sebelum ini.

“Kementerian Kesihatan pada 7 Mei lalu telah mengesan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah mengunjungi Genting Highlands dan telah didapati positif Covid-19.

“Namun kita tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan pelancong terbabit mengunjungi kasino terbabit atau tidak,” katanya.

Jumaat lalu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP lebih ketat dikenakan terhadap sektor ekonomi, berkuatkuasa esok.

Difahamkan, operasi pusat perjudian berlesen termasuk kasino terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. #sumber

Share:

Dakwaan Isu Lori Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa 'Ternyata Fitnah', Khaidir Buat Laporan Polis Terhadap 'Exco Pahang', DS Shahaniza !


TEMERLOH - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad telah membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin. 

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh petang semalam. Difahamkan laporan itu dibuat kerana ADUN Kuala Sentul merangkap Ketua UMNO Bahagian Maran itu telah menfitnah beliau berhubung isu tular saiz kayu balak luar biasa baru-baru ini. 

Dalam posting di facebook beliau, wakil rakyat terbabit mendakwa Khaidir membuat fitnah dan mendapat berbagai komen daripada para netizen. 

Shahaniza pada 24 Mei membuat hantaran di facebook beliau;

"Sampai lebih 3k shares story ni. Story yang menimbulkan pelbagai persepsi. Ada yang komen konon ada balak hutan simpan di keluarkan dari hutan simpan Pahang. 

Ternyata satu fitnah kerana ada dokumen sah ianya dibawa dari Terengganu untuk dihantar ke kilang di Selangor. Dari Ganu weh, memang lah terpaksa lalu jalan Pahang. 

Nak buat posting, siasat dulu. Jangan jadi fitnah. Assalamualaikum". 

Sementara itu Khaidir mendakwa selepas berbincang dengan sahabat-sahabat peguam dan beristikharoh kepada Allah, beliau membuat laporan polis terhadap Shahaniza. 

Shahaniza katanya telah menuduh tulisan beliau mengenai lori trailer membawa muatan kayu balak Cengal bersaiz luarbiasa dan mencurigakan yang singgah di RNR Temerloh Arah Barat Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada petang 23 Mei 2021 sebagai 'ternyata fitnah' 

"Bagi saya, tuduhan itu berniat jahat kerana saya tidak menuduh atau mengaitkan mana-mana individu atau mana-mana pihak dengan lori trailer yang membawa muatan kayu balak Cengal bersaiz luarbiasa itu. 

" Sebaliknya, sebagai seorang wartawan bebas dan sebagai seorang rakyat biasa, saya cuma melontarkan aduan bersama persoalan dan kemusykilan saya berhubung lori trailer bermuatan kayu balak Cengal bersaiz luarbiasa dan mencurigakan itu agar pihak berkuasa berkaitan menyiasat dan memberikan penjelasan mengenainya," kata kenyataan di facebook beliau malam tadi. 

Malah katanya, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sendiri mengalu-alukan dan menghargai laporan aduan beliau menerusi posting facebook itu yang membolehkan pihak jabatan itu mengambil tindakan pantas menyiasat perkara berkenaan.

"Namun sangat malang.. saya ulang sangat malang.. apabila DS Shahaniza Shamsuddin sebagai seorang Wakil Rakyat dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang... telah melabelkan tulisan saya mengenai lori trailer membawa kayu balak Cengal bersaiz luarbiasa dan mencurigakan itu sebagai ternyata fitnah”, tambah Khaidir lagi. 

"Siapa sebenarnya yang memfitnah? Apa kena mengena beliau dengan tulisan saya mengenai lori trailer bermuatan kayu balak Chengal bersaiz luar biasa dan mencurigakan yang singgah di RNR Temerloh Arah Barat itu?. 

"Apakah dengan jawatan dan darjah kebesaran yang dimiliki menjadikan beliau berasa terlalu berkuasa hingga boleh melemparkan tuduhan melulu kepada rakyat marhaen seperti saya?. 

"Ingatlah walaupun tiada jawatan dan darjah kebesaran, saya sebagai rakyat marhaen juga mempunyai hak mengikut undang-undang dan Perlembangaan untuk mempertahankan maruah dan hak-hak saya sebagai warganegara. 

"Akhirnya, yang berjawatan dan berdarjah kebesaran akan mati juga dan apabila disoal oleh Malaikat di alam barzah nanti, tidaklah nama kamu nanti dipanggil dengan segalan gelaran dan pangkal itu. Alhamdulillah selesai langkah pertama. Langkah kedua, ketiga dan seterusnya adalah dengan izin-Nya juga. Kepada Allah saya berserah. Wallahuaklam Bissawab." katanya lagi.  #pahangdaily

Share:

Kes Positif Covid-19 Melonjak Dalam 24 Jam, 'Rekod Tertinggi' 7,289 Kes Di Catat Hari Ini !

 

PUTRAJAYA - Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus melonjak kepada 7,289 kes dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri mencatat kes harian tertinggi dengan 2,642 kes, diikuti Johor (664), Kuala Lumpur (604), Sarawak (513) dan Kelantan (425).

Selain itu, Negeri Sembilan (410), Pulau Pinang (380), Kedah (336), Terengganu (268), Sabah (266), Melaka (258), Perak (218), Pahang (211), Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis sebanyak lapan kes.

Kes harian tertinggi negara sebelum ini dicatat pada 23 Mei lalu dengan 6,976 kes. #sumber

Share:

Wee Ka Siong: Siasatan Awal Kemalangan LRT Akibat 'Kecuaian' Pemandu, Tren Lawan Arus !

 

KUALA LUMPUR - Siasatan awal mendapati kemalangan tren LRT laluan Kelana Jaya di KLCC semalam adalah disebabkan kecuaian.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sistem kawalan LRT sepatutnya dikawal secara automatik sepenuhnya, namun ketika kejadian semalam, sebuah tren dipandu secara manual.

Katanya, berdasarkan laporan awal, tren yang mengalami masalah teknikal itu dipandu secara salah menyebabkan ia bertembung dengan tren yang mempunyai penumpang.

"Siasatan awal adalah berpunca daripada kecuaian dan kesilapan pemandu.

"Kalau ikutkan semua tren dikendalikan secara automatik, tetapi disebabkan satu daripada tren iaitu nombor 40 mengalami masalah teknikal, pemandu terpaksa memandunya ke depoh.

"Dalam perjalanan, pemandu berkenaan memandu salah arah. Ia menyebabkan tren bernombor 40 bertembung dengan tren bernombor 81 yang membawa lebih 200 penumpang," katanya ketika ditemubual secara langsung di Bernama TV hari ini.

Menurutnya, Prasarana sudah membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan sama ada kejadian itu berunsurkan jenayah atau sebaliknya.

"Kalau elemen jenayah ini kita bagi polis yang siasat.

"Bagi Kementerian Pengangkutan kita akan siasat dari segi teknikal dan bagaimana kita boleh tambah baik kerana sistem pengangkutan awam ini sangat penting," katanya.

Beliau berkata, walaupun kelajuan tren itu tidak begitu tinggi, tetapi apabila bertembung ia menghasilkan impak yang kuat.

Mengenai Jawatankuasa Siasatan, beliau berkata, mereka terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing yang ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentang sebagai laporan akhir.

"Sekurang-kurangnya lima orang daripada pakar daripada luar akan membantu kita di dalam pasukan khas ini.

"Mereka ini adalah pakar dalam bidang berkaitan termasuk pakar dalam pengangkutan, pelanggaran, protokol dan keselamatan.

Wee berkata, pakar juga akan melihat beberapa elemen termasuk komunikasi dan semua aspek di mana berlakunya kesilapan.

"Saya akan pastikan laporan ini akan dibuat secara telus. Kita nak pandang ke depan untuk menambah baik sistem pengangkutan kita," katanya.

Katanya, seramai 64 mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur setakat jam 7.55 pagi hari ini.

Dalam kejadian malam tadi, sekurang-kurangnya 47 penumpang cedera parah apabila dua LRT, masing-masing dari arah Gombak dan Kelana Jaya, bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC kira-kira jam 8.33 malam.

Dalam sidang media hari ini, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengumumkan semua mangsa akan diberikan pampasan RM1,000 setiap seorang serta bantuan kewangan untuk rawatan susulan bersesuaian dengan dengan kecederaan yang ditanggung.

Selain itu, bantuan sara hidup juga disediakan kepada mangsa yang kehilangan pendapatan akibat daripada kemalangan itu. #sumber

Share:

Prasarana Sahkan Berlaku Insiden Kemalangan LRT Laluan Kelana Jaya, Berhampiran Kg Baru !

 

PETALING JAYA - Beberapa penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dipercayai cedera selepas insiden melibatkan dua tren di Stesen KLCC dari arah Kampung Baru malam tadi.

Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, insiden itu melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

Sekurang-kurangnya lima penumpang cedera dalam kemalangan membabitkan dua tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya malam ini.

“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

“Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan gambar yang viral, dilihat tidak kurang lima penumpang pengangkutan awam itu cedera dengan keadaan dalam gerabak yang berselerak dan dipenuhi darah di lantai dan sisi gerabak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, maklumat awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat brek mengejut.

“Bukan berlanggar jadi yang tak pegang terjatuh. Bagaimanapun maklumat lengkap akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Terdahulu, tular video menunjukkan keadaan panik melibatkan penumpang dalam sebuah tren.

Malah, terlihat beberapa individu dalam keadaan cedera akibat insiden tersebut. #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Terengganu 'Jawab' Isu Saiz Balak Luar Biasa, Cukai Sudah Di Bayar Dan Kawasan Lulus 2017 Lesen Kuatkuasa 2019 !

 

KUANTAN - Kerajaan Negeri Terengganu petang ini menjawab isu kontroversi saiz kayu balak luar biasa  seperti yang ditular oleh aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad semalam. 

Menerusi portal  TRDI.my (https://www.trdi.my/) yang dikendalikan oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) mengeluarkan kenyataan terhadap isu ini.

Kata portal terbabit dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kayu balak bersaiz besar dibawa dari Terengganu tidak dikenakan bayaran cukai kerana Balai Pemeriksaan Hutan ditutup pada Ahad, adalah tidak berasas.

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Roslan Rani sebaliknya berkata, Balai Pemeriksaan Hutan di negeri ini dibuka pada hari tersebut bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan penafsiran cukai telah dibuat di Balai Pemeriksaan Durian Mas, Dungun.

Katanya lagi, kayu tersebut juga diambil daripada kawasan usahasil berlesen dan telah dibuat pemindahan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

“Kayu tersebut adalah dari kawasan lesen, kompartmen 80, Hutan Simpan Sungai Nipah, ia dibawa keluar melalui kawasan lesen ke Kilang Papan Lanjut Edaran, Durian Mas, Dungun melalui Balai Pemeriksaan Hutan Air putih melibatkan empat Pas Pemindah.

“Pada 10 Mei 2021, satu permohonan telah dibuat oleh pelesen Syarikat Zee Utuh Enterprise kepada Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan untuk memindahkan kayu itu ke Kilang Hong Seng Sawmil co., Rawang, permohonan itu diluluskan pada 18 Mei.

“Berpandukan itu, empat tual balak berkenaan telah dikeluarkan melalui satu Pas Pemindah di Balai Pemeriksan Durian Mas pada 23 Mei 2021, lori pengangkutan balak bernombor pendaftaran BQB 5512,” jelasnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.

Mengulas mengenai kelulusan itu, Roslan berkata kawasan tersebut sudah lama diluluskan untuk tujuan itu iaitu sejak tahun 2017, dan ia sebenarnya dirancang untuk dibangunkan kawasan berkenaan ketika itu.

“Lesen pula berkuatkuasa pada Ogos 2019 hingga Ogos 2020 dan diberi pelanjutan sehingga April tahun ini untuk tujuan berkenaan

"Kelulusan kawasan dan berkuatkuasa lesen adalah perkara berbeza, ini perlu difahami semua pihak dengan teliti, bagi isu ini kawasan diluluskan pada 2017, kemudian baru dilesenkan kepada syarikat terlibat pada 2019,” tambah beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan sedia ada tidak boleh membatalkan kelulusan itu, kerana syarikat terlibat telah mengeluarkan perbelanjaan untuk pelbagai perkara berkaitan.

"Jika dibatalkan kerajaan negeri boleh disaman atau diambil tindakan undang-undang, termasuk terdedah dengan isu integriti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh siasat kenapa ia dibatalkan," katanya. #sumber

Share:

Wartawan Tua Bikin Panas Lagi: Pokok Cengal 'Purba' Kena Tebang, Apa 'Penjelasan' Kerajaan Negeri Terengganu? Cukai RM2,242.80 Sahaja

 

KUANTAN - Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad hari ini terus mencetuskan kejutan. Biar pun dia diserang bertalu-talu oleh netizen, namun dia tidak berganjak dengan pendiriannya yang mahukan kepastian bagaiman kayu balak  bersaiz luar biasa besarnya boleh dikeluarkan.

Terkini, Khaidir yang popular dengan nama Wartawan Tua itu membuat satu lagi hantaran panas 'Tanpa Prasangka' tentang 'Misteri Pokok Cengal: Apa Pula Penjelasan Kerajaan Negeri Terenggamu.

"Sudah sah, batang balak Chengal bersaiz luarbiasa yang dibawa sebuah lori trailer yang singgah di RNR Temerloh Lebuhraya Pantai Timur (LPT) semalam, datang nya dari Terengganu, yang kini diperintah oleh Kerajaan Negeri Pimpinan PAS," kata kenyataan terbaharu di laman facebooknya. (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=425697665539520&id=100042978705563

Menurut beberapa pakar perkayuan, pokok Chengal itu dianggarkan berusia tidak kurang 500 tahun, sebelum ia ditebang dek kerakusan tangan manusia.

Khaidir turut mendakwa baginya, pokok Chengal "purba" itu tidak langsung perlu ditebang bagi menambah hasil Kerajaan Negeri Terengganu yang kaya dengan royalti minyak kerana berdasarkan Permit Pemindahan Hasil Hutan Terengganu, cukai yang dikutip cuma RM2,242.80 sen.

Sebaliknya, adalah lebih baik dan bernilai jika ia dibiarkan sebagai Khazanah Warisan Negara untuk generasi akan datang.

Kemusykilan baharu yang bermain di fikiran rakyat sekarang adalah:

"Kenapa Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu membiarkan sahaja khazanah alam yang tidak ternilai harganya itu ditebang?.

"Kenapa Kerajaan Negeri Terengganu meluluskan lesen pembalakan di kawasan berkenaan?," dakwa Khaidir.

Beliau turut mempersoalkan apakah sumbangan yang dapat diberi kepada rakyat Terengganu daripada kutipan cukai cuma dua lebih dua ribu Ringgit itu berbanding manfaat masa depan kepada rakyat jika pokok Chengal itu diwartakan sebagai Khazanah Warisan Negara, katanya.

"Kepada Pihak Kerajaan Negeri Pahang termasuk seorang Exconya, tak perlulah nak meroyan dan menuduh saya memFITNAH kerana dalam posting saya tidak pun menuduh sesiapa.

"Saya cuma memaparkan gambar balak berkenaan dan menyuarakan kemusykilan saya sebagai rakyat marhaen yang berasa "pelik" apabila melihat batang balak Chengal bersaiz luarbiasa itu ditebang dan diangkut sedemikian rupa.

"Saya tidak sebut pun lori itu dari mana dan hendak ke mana... cuma yang pasti ia singgah di R&R Temerloh Lebuhraya Pantai Timur arah Barat," kata kenyataan terbaharunya hari ini. #pahangdaily

Share:

Panas Isu 'Saiz Balak Luar Biasa': Exco Pahang, Netizen 'Serang' Khaidir Ahmad Di Media Sosial



KUANTAN - Susulan kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terhadap aduan awam yang dibuat oleh aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad tentang lori treler membawa kayu balak yang saiznya amat luar biasa, ramai netizen menyerang beliau di media sosial. 

Netizen marah dengan tindakan beliau, dengan mendakwa Khaidir seorang 'kaki fitnah'. Tambahan pula sebelum ini beliau banyak mendedahkan isu berkaitan pencerobohan tanah, pengondolan hutan dan pembalakan haram di negeri Pahang.

Maka, inilah masanya netizen yang tidak menyokong tindakan beliau untuk menyerangnya bertalu-talu.

"Tak serik-serik si Khaidir Ahmad ni kalau buat statement, main lutu jer...tak mboh usul perisa..nak mengadu sekalipun bukan FB tempatnya...nak kata bongok sebelum ni keje di TV3," kata Nurashikin Sulaiman. 

"4.3k share... 9.1likes...maknanya dah tersebar berpuluh ribu nengok post ni... ternyata bole menimbulkan fitnah... Dah viral merata ni... menjatuhkan aib geng2 bawak lori balak... huhu... bawak mengucap...," kata  Salman M Zaki. 

Sementara itu Netizen Jubaidi Chamkari pula menganggap Khaidir sebagai wartawan yang sudah tidak laku. 

"Wartawan lapok, ketinggalan zaman, tak ada fakta saje nak buat isu. Posting kau ni berdasarkan apa? ada fakta ke balak tu negeri Pahang punya? Kalau tak tau tanya aku ni. Balak tu trengganu yang punya, lalu LPT sebab nak dihantar ke Selangor. Kau tak serik ke kena saman? kang ada yang saman kau lagi...berhati2lah... jgn ikutkan hasad dengki sangat... zaman kau dah berlalu," katanya. 

Malah bukan sahaja netizen yang menyerang beliau, tapi seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang iaitu Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin juga telah secara terbuka menyerang Khaidir di laman facebooknya. (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221157931271274&id=1034692333

"Sampai lebih 3,000 shares story ni. Story yang menimbulkan pelbagai persepsi. Ada yang komen konon ada balak hutan simpan di keluarkan dari hutan simpan Pahang. 

"Ternyata satu fitnah kerana ada dokumen sah ianya dibawa dari Terengganu untuk dihantar ke kilang di Selangor. Dari Ganu weh, memang lah terpaksa lalu jalan Pahang. Nak buat posting, siasat dulu. Jangan jadi fitnah," kata kenyataannya. 

Apa pun ramai juga netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul itu, antaranya  Mohd Din Husin. 

"Mintak maaf lah dato bukan apa kita ni rakyat yang cakna macam itu lah bukan nak menyalahkan sbb rakyat ambil tahu jangan lah nanti bila rakyat bising viral kan seperti kata menuduh bila rakyat' senyap pakat tengok aje nanti kata tidak perihatin pulak yang penting nya perkara yang benar seperti kata pegawai perhutanan tadi jelas kan kita nak yang berwajib atas tugasan masing² insyaallah tidak timbul perkara sebegini maaf dato," kata beliau. 


Ada netizen hairan dengan sikap exco terbabit yang meuduh Khaidir buat fitnah, walhal beliau hanya bertanyakan soalan tentang isu iti. 

"Alahai YB ni. Macamni ke posting seorang YB?. KAN DIA bertanya tu. Jawab je lah," kata Mendan Sagor ringkas. 

Kenyataan beliau dijawab oleh Shahaniza. 

"Mendan Sagor itu lah jawapannya.. kan dah bgu sekali statement jabatan hutan.. dan saya pun mengingatkn jgn buat posting yg blh menjadi fitnah". 

Kemudian berlaku perdebatan diantara Shahaniza dengan beberapa orang  netizen lain yang tidak senang dengan kenyataannya itu. 


"DS Shahaniza Shamsuddin kedaroh gaji buta je YB peseng lagu ni..' kata Bakri Ali. 

"DS Shahaniza Shamsuddin mcm ni ke seorang YB jawap ... Koyak," kata Scott Kot. 

Namun tuduhan itu dijawab oleh Shahaniza dengan menafikan beliau koyak dengan pendedahan Khaidir. 

"Scott Kot sikit pun tak koyak. saya bagi jawapan dan saya nasihat supaya jgn buat posting yg akn membawa persepsi buruk dan fitnah.

"Bakri Ali hehehe saya maafkan tuduhan anda supaya anda tak perlu cari saya di mahsyar nanti. boleh tanya org kawasan saya Dun Kuala Sentul Di Hati apa track record saya sebagai YB... insyaAllah tak makan gaji buta. apapun tkasih atas komen Tuan," kata Ketua UMNO Bahagian Maran itu. 


Bakri Ali sekali lagi memberi respon kenyataan Shahaniza itu. 

"Mendan Sagor org tanya je pun... Dia kata orang cuba fitnah.. Jawapan YB pun dah mcm fitnah," katanya. 

Sementara itu, netizen Shahruddin Mohamed Salleh pula mempersoalkan sikap Shahaniza terhadap isu ini. 

"Huhh.. pelik bin hairan puok2 nih. Mende remeh wat per jd isu. Patut berterima kasih kpd rakyat prihatin. Takder isu pun disini, jabatan hutan dah sahkan dan dah bg pencerahan.. okey lah tuuu," katanya. 

Shahaniza sekali lagi menjawab dengan mendakwa posting Khaidir mengundang komen netizen lain yang berunsur fitnah. 

"Shahruddin Mohamed Salleh tkasih atas prihatin saudara. bgi saya ia bkn remeh sbb posting tu mengundang komen2 berunsur fitnah," dakwa beliau. 

Namun paling mengejutkan, posting Shahaniza dijawab oleh Khaidir Ahmad tanpa rasa takut dihentam oleh penyokongnya. 

"Assalamualaikum YB DS Shahaniza Shamsuddin... saya menghormati Saudari sebagai seorang Wakil Rakyat dan juga Exco Kerajaan Negeri Pahang.

"Justeru menulislah dengan bijak sesuai dengan kedudukan dan darjat duniawi Saudari itu. Menuduh posting saya sebagai satu FITNAH adalah tidak betul kerana saya tidak membuat sebarang tuduhan tetapi sekadar bertanya dan meluahkan kemusykilan sebagai rakyat biasa apabila melihat dengan mata sendiri mengenai sesuatu yang luarbiasa dan mencurigakan.

"Sebagai seorang WAKIL RAKYAT, Saudari perlu bersikap professional dan bukannya EMOSIONAL dalam menyantuni suara aduan rakyat. Contohilah kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang bukan sahaja begitu profesional berhubung isu ini, malah menghargai aduan rakyat," kata kenyataan di facebook beliau. (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=425526668889953&id=100042978705563

Ada juga netizen yang mengaitkan isu ini dengan pencerobohan tanah Musang King di Raub.

"Wow, cepatnya pejabat hutan Pahang reply. Tanah hutan Raub sampai beribu-ribu hektar sejak berpuluh-puluh tahun diceroboh dek cina tanam durian tu, mana reply oleh pejabat hutan Pahang ni?," kata Saiful Bahri. 

Bermacam-masam komen panas dan pedas dibuat terhadap Khaidir bekas editor TV3 dan juga merupakan anak saudara kepad pejuang nasionalis negara Allahyarham Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) itu.

Namun, ada juga netizen yang menyokong tindakan Khaidir itu, antaranya ialah Mohd Zamri Mohd Sham.

"Dia sekadar buat aduan...Jabatan Hutan Pahang pun memang mengalu alukan setiap aduan...untuk tindakan pantas. 

"Ramai yang komen ikut emosi dan bersentimen. Kalau dirujuk posting asal Khaidir Ahmad tiada pun dia menyebut sesiapa dan dari mana balak berkenaan. Apa dan siapa yang dia fitnah. Cuma dia agak terkasima dengan saiz balak berkenaan...apa masalahnya...ke ada yang makan lada?, " katanya.

Sementara itu, netizen Rahman Ismail pula mendakwa beliau bersetuju tindakan Khaidir mendedahkan isu ini.

"Itu telah disahkan oleh Pejabat Hutan Pahang...dan Pej Hutan Pahang sangat mengalu-alukan sebarang aduan agar tindakan pantas boleh dilakukan. Kita seharusnya menyokong aduan dan pendedahan seperti ini demi kelangsungan dan kelesarian alam sekitar kita...ada jg orang yg prihatin," komen beliau.


Pada dasarnya semua pihak menyangka isu ini selesai selepas kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Namun, dek kerana mungkin ini peluang menyerang Khaidir maka terjadilah perbalahan antara beliau dengan Shahaniza. 

Pada Oktober 2020 lalu, Khaidir pernah mendedahkan ada percubaan membalak secara haram di hulu Lubuk Yu hingga menyebabkan air di Taman Eco Rimba Lubuk Yu menjadi keruh bagaikan air "teh tarik". 


Harus diingat Lubuk Yu berada dalam daerah Maran yang mana Shahaniza ialah Ketua UMNO Bahagian itu. 

Shahaniza selepas itu menafikan dan sanggup menaiki helikopter untuk membuat siaran Live FB bagi membuktikan tiada pembalakan haram di kawasa  terbabit seperti yang didedahkan oleh Khaidir Ahmad. 



Maka itulah tidak hairan Shahaniza dan penyokongnya menyerang Khaidir Ahmad bertalu-talu berkenaan isu ini. 

Walhal umum mengetahui, Wartawan Tua itu sekadar bertanya dan pihak berkenana iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sudah pun memberikan jawapan. 


Malah, kerajaan sendiri sebelum ini mahu rakyat melaporkan aktiviti pembalakan haram terutamanya pada musim PKP. 


Mungkin tindakan viral untuk pertanyaan dilakukan kerana semalam hari Ahad dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bercuti., tiada siapa boleh menjawab panggilan jika orang awam membuat aduan. 

Zaman sudah berubah sekarang, aduan awam boleh dibuat secara online viral kerana ia lebih mudah dan pantas untuk diambil tindakan. 

Malah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan cepat membuat operasi dan menyiasat aduan Khaidir Ahmad, walau pun lori treler yang membawa kayu balak terbabit sudah hampir memasuki Plaza Tol Gombak. Lori itu ditahan di RNR Gombak Arah Barat. 

Kerajaan sepatutnya berterima kasih ada insan-insan prihatin yang menegur dan cuba bertanya apabila melihat isu yang mencurigakan seperti ini. #pahangdaily

Share:

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Bertindak Atas Isu Balak Luar Biasa Di Tularkan Khaidir Ahmad, Dokumen 'Pindah Balak' Ikut Prosedur

 


KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengeluarkan satu kenyataan balas selepas membuat semakan aduan awan  yang ditularkan oleh aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad di facebook beliau semalam.

Susulan pendedahan Khaidir bertajuk "kayu balak bersaiz luar biasa yang mencurigakan" berbagai komen panas dan tohmahan telah dilontarkan kepada jabatan terbabit oleh netizen yang memberi komen.

Isu tersebut panas selepas Khaidir turut memuatnaik gambar lori treler yang membawa kayu balak bersaiz luar biasa di RNR Temerloh petang semalam.

Menurut kenyataan di laman facebook rasmi  Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menyatakan, lori yang dilaporkan oleh Khaidir telah ditahan berhampiran RNR Gombak arah barat.

Hasil semakan  mendapati, lori balak tersebut membawa muatan kayu balak sepertimana disebut dalam facebook berkenaan.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati, maklumat lori dan kayu yang dibawa bersamaan dengan yang dinyatakan dalam pas pemindah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.  Difahamkan bahawa, muatan ini akan dihantar ke sebuah kilang di Selangor, " kata kenyataan itu.

Jabatan terbabit turut menghargai aduan yang dibuat namun berharap, agar ia disalurkan secara terus ke mana-mana jabatan dan agensi kerajaan bersesuaian termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Pahang agar tindakan lebih pantas dapat diambil. 

"Jabatan ini sentiasa peka dan bertanggung jawab terhadap semua aduan yang dilaporkan bagi memastikan agar tindakan tegas dan segera diambil demi menjaga memelihara khazanah hutan negeri," dakwa kenyataan itu lagi.

Sementara itu, aktivis terbabit terus dihentam bertalu-talu oleh netizen atas alasan beliau telah membuat fitnah.

Namun daripada kenyataan Khaidir, jelas dapat dilihat beliau hanya merasa curiga dan sebagai rakyat marhaen malahan aktivis alam sekitar sememangnya beliau perlu bersikap demikian.

Beliau tidak menuduh mana-mana pihak sebenarnya, cuma komen daripada netizen yang marah dengan insiden itu menyebabkan beliau terpalit.

Mungkin sebelum ini, isu lori balak membawa kayu balak tanpa dokumen secara tidak sah sering  berlaku di negeri Pahang. Maka netizen terutamanya rakyat Pahang terpanggil untuk mengaitkan pihak bertanggungjawab dalam hal ini.

Khaidir hanya menyatakan sikap curiga beliau sebagai aktivis alam sekitar, maka tindakan yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang cepat menyelesaikan isu ini harus diberi penghargaan.

Rakyat berhak  bersuara kerana mereka merasa curiga, tidak timbul soal fitnah dalam isu ini sebenarnya. #pahangdaily

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.