script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Yang di-Pertuan Agong Mencemar Duli Tinjau Rumah Di Baik Pulih, Di Bina Baharu Di Pekan

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau rumah yang dibaik pulih dan dibina baharu di tanah kesultanan di sini pada Rabu.

Ketibaan Seri Paduka Baginda pada kira-kira jam 10.50 pagi di Kampung Permatang Pauh disambut Pegawai Daerah Pekan, Datuk Zaliza Zulkipli dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain.

Selain Kampung Permatang Pauh, Seri Paduka Baginda turut berkenaan berangkat dan meluangkan masa bersama pemilik rumah di Kampung Parit Engku Dato dan Kampung Padang Polo serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada kesemua mereka.

Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang turut diberikan taklimat ringkas oleh pihak kontraktor terlibat, Platinum Victory yang menjalankan kerja-kerja membaiki dan membina rumah berkenaan sebagai program tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Pengarahnya, Shaik Ahmad Sufian Shaik Kamal Farid berkata, program hari ini melibatkan penyerahan empat rumah yang dibaiki dan sebuah rumah yang dibina baharu di daerah Pekan.

“Secara keseluruhan di tanah Pekan kami mempunyai 38 rumah untuk dibaiki termasuk sembilan dibina baharu dan hari ini kami serahkan lima yang telah siap kepada pemilik masing-masing.

“Rumah-rumah yang terlibat kebanyakan yang telah uzur dan mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung atau lantai, jadi kami baiki dan cat semula rumah mereka,” katanya.

Sementara itu, Syed Mohd Ariffin Syed Hussin, 52, yang menetap di Kampung Padang Polo, di sini bersyukur dan teruja apabila kediamannya yang usang telah dibaik pulih, dan kini lebih selesa untuk didiami berbanding sebelum ini.

Beliau yang menetap di rumah berkenaan sejak kecil berkata, proses keseluruhan baik pulih mengambil masa lebih dua bulan dan hasilnya amat memuaskan untuk mereka sekeluarga.

"Bahagian depan rumah kami dirobohkan dan dibina baharu manakala seluruh rumah turut dicat, sangat seronok, ia seolah-olah kami dapat sebuah rumah yang baharu. Kami turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang proses pembinaan ini dan menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda yang turun padang melawat rumah kami," katanya.

Warga emas, Syed Omar Syed Mohamad, 72, berkata, beliau terlalu gembira selepas mendapat kediaman baharu memandangkan keadaan rumah kayunya yang didiami sejak puluhan tahun lepas itu sudah terlalu uzur.

"Syukur sangat kini saya dapat rumah batu dan dilengkapi dua bilik tidur selain lantai mozek, tak sangka di usia sebegini saya mendapat penghargaan bantuan sebesar ini,” katanya. #sumber

Share:

Bekas ADUN Asahan Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

MELAKA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia di Hospital Melaka, di sini, sebentar tadi.

Allahyarham yang berusia 65 tahun dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari tadi akibat Covid-19.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Datuk Rospandi Leman ketika dihubungi mengesahkan berita tersebut.

“Saya telah dimaklumkan Allahyarham meninggal dunia tadi di Hospital Melaka.

“Sebelum ini arwah terpaksa ditidurkan selama 10 hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Ujarnya, pemergian Allahyarham yang juga memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah merupakan kehilangan besar buat parti itu.

“Kepimpinan UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai serta mengenang jasa Allahyarham terutama dalam UMNO Alor Gajah,” katanya.

Abdul Ghafaar Atan juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Asahan. #sumber

Share:

Jenazah Kapten Affendi Yang Terkorban Nahas Pesawat TUDM Telah Selesai Di Bedah Siasat !

SEBERANG PERAI – Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini malam tadi selesai dibedah siasat hari ini.

Proses bedah siasat jenazah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, dibuat di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini bermula kira-kira pukul 9 pagi tadi dan dibawa keluar dengan van jenazah kira-kira pukul 2 petang.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Terdahulu, media melaporkan Mohamad Affendi meninggal dunia manakala, Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dikejarkan ke HSJ selepas pesawat Hawk 108 terhempas berdekatan landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini pada pukul 10.07 malam tadi. #sumber

Share:

Nahas Pesawak Hawk TUDM, Jenazah Kapten Affendi Akan Disemadikan Di Muadzam Shah

BUTTERWORTH - Jenazah Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Muadzam, Pahang untuk pengebumian, hari ini.

Adik perempuannya dikenali Nur berkata, jenazah akan dibawa pulang selepas urusan bedah siasat selesai.

"Abang berada di Pulau Pinang kerana latihan. Dia dan isterinya menetap di Labuan tetapi ketika kejadian, isteri berada di Kelantan kerana bercuti.

Kami segera ke sini sebaik sahaja dimaklumkan pihak TUDM mengenai tragedi ini. Kami terima kehilangan ini sebagai takdir Ilahi," katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, hari ini.

Nur yang cuba menahan sebak ketika ditemui wartawan berkata, abangnya adalah anak sulung daripada tiga beradik.

"Dia seorang yang bertanggungjawab dan abang yang baik kepada kami semua (keluarga).

"Kakak ipar saya masih lagi terkejut dengan kejadian itu. Saya harap dia diberi ruang kerana masih bersedih," katanya. #sumber

Share:

KPLB Peruntukkan RM30 Juta Untuk Membaiki Segera Kerosakan Jalan Utama Ulu Tembeling !

JERANTUT - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM30 juta bagi membaiki segera kerosakan jalan utama ke Ulu Tembeling dari Kuala Tahan ke Mat Daling.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, berkata dalam tinjauannya mendapati banyak berlaku kerosakan serius di sepanjang jalan itu yang memerlukan tindakan segera.

Katanya, jalan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya kerana terdapat empat lokasi mendap dan runtuh selain terdapat beberapa runtuhan kecil di beberapa lokasi lain.

Beliau berkata, KPLB akan mengambil langkah segera di mana kerja pembaikan sementara akan dilakukan minggu depan manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau kerja pembaikan kekal hujung November ini.

"Pada masa sama, kita akan melakukan kerja penyelenggaraan di sepanjang jalan ini termasuk memastikan longkang berada dalam keadaan baik bagi memastikan aliran air lancar," katanya.

"Kita akan berhadapan musim tengkujuh, justeru semua longkang perlu diselenggara dengan baik kerana antara faktor berlaku runtuhan adalah disebabkan ada pergerakan tanah di bahagian bawah jalan akibat aliran air yang tidak sempurna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat lawatan kerja meninjau lokasi jalan yang mendap dan runtuh di sepanjang jalan Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling sejauh 48 kilometer itu.

Sebelum ini, media melaporkan keresahan 2000 penduduk beberapa kampung di Ulu Tembeling yang bimbang terputus hubungan kerana jalan mendap dan runtuh selain berbahaya kepada pengguna jalan raya terutama pada waktu malam. #sumber

Share:

PRN Melaka: Adly Meminta Pengundi Nilaikan Secara Teliti Manifesto Pakatan Harapan (PH)

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) meminta pengundi membuat penilaian secara teliti dan bijaksana terhadap Pelan Tindakan - Maju Bersama Harapan yang dibentangkan gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi PH negeri, Adly Zahari, berkata ini kerana banyak inisiatif yang bakal dilaksanakan sekiranya PH kembali mengambil alih kepemimpinan negeri, sekali gus memberi manfaat untuk jangka panjang kepada rakyat negeri itu.

Beliau berkata, pengalaman mentadbir Melaka selama 22 bulan memberi kelebihan kepada PH untuk kembali menerajui negeri sekiranya diberi mandat oleh pengundi pada PRN kali ini.

"Saya cukup yakin rakyat boleh buat perbandingan hasil daripada pemerintahan PH selama 22 bulan dan rakyat di Melaka sudah cukup matang untuk menilai tahap kepemimpinan yang terbaik untuk negeri ini pada PRN," katanya pada sidang media di Banda Hilir, di sini.

Rabu lalu, PH melancarkan Manifesto 'Pelan Tindakan - Maju Bersama Harapan' merangkumi aspek kesihatan, kebajikan, ekonomi penduduk, usahawan dan negeri serta reformasi pentadbiran kerajaan Melaka.

Turut diumumkan, Adly yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil sebagai calon tunggal Ketua Menteri sekiranya PH berjaya memenangi PRN, di samping isu kesihatan, ekonomi dan kestabilan politik yang dilihat sebagai perkara paling penting perlu diatasi di Melaka.

Antara inisiatif penting ditawarkan PH menerusi manifesto itu, termasuk menggubal enakmen anti lompat parti bagi menjamin kestabilan kerajaan Melaka, selain mengiktiraf kedudukan ketua pembangkang setaraf EXCO.

Sementara itu, Adly yang juga bekas Ketua Menteri berkata, PH berpeluang untuk memenangi PRN jika peratusan keluar mengundi melepasi 70 peratus seperti yang dijangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, beliau yakin sebahagian besar rakyat ketika ini semakin sedar mengenai tanggungjawab memilih kerajaan pada PRN kali ini.

"Ketika ini kita sudah melangkah ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan saya yakin ramai pengundi yang akan mengambil kesempatan pulang ke kampung untuk mengundi pada Sabtu ini.

"Bagi saya tidak timbul halangan pengundi untuk pulang mengundi, sedangkan ada yang datang ke Melaka semata-mata untuk menikmati asam pedas, takkanlah pulang sekejap nak mengundi tidak boleh," katanya. #sumber

Share:

MBK Terima Anugerah WHO, Atas Usaha Bantu Golongan "Rentan Bandar" Terkesan Covid-19 !

KUANTAN - Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menerima anugerah daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atas usaha membantu golongan rentan bandar yang terkesan susulan pandemik COVID-19.

Anugerah dimenangi itu bagi kategori pencapaian membabitkan kumpulan terdedah untuk penjagaan dan perlindungan ketika wabak pandemik terbabit.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kejayaan Kuantan meraih anugerah itu susulan usaha MBK melaksanakan projek kemanusiaan dikenali Kuantan Prihatin ke atas Kumpulan Rentan Bandar

Katanya, projek itu memberikan fokus kepada tiga golongan rentan di bandar raya Kuantan.

"Golongan rentan ini ialah miskin tegar, golongan sasaran berpendapatan rendah B40 khususnya yang menyewa di kawasan perumahan dan golongan rentan yang tinggal di pusat bandar raya.

"Ia membabitkan 11,625 orang dalam kalangan itu dibantu termasuk 6,679 penerima bantuan makanan, bantuan kewangan (2,179 orang), kemudahan kesihatan (1,907 orang), pendidikan (730 orang), peluang pekerjaan (75 orang) dan bantuan penginapan (55 orang)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kejayaan projek itu dilaksanakan MBK hasil kerjasama kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) serta pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta.

Katanya, projek itu selepas melalui siri perbincangan dan kajian di lapangan, selain menerima maklum balas wakil penduduk setempat.

"Fokus utama kepada soal keselamatan makanan, penginapan selamat, kemudahcapaian kemudahan kesihatan, bantuan sosial dan pendidikan serta bantuan kewangan dan peluang pekerjaan.

"Dengan anugerah ini, saya harap kepemimpinan dan seluruh pegawai serta kakitangan MBK dapat terus mengambil pelbagai langkah demi menjayakan lagi usaha menjadikan Kuantan bandar raya gemilang dan selesa didiami penduduk," katanya. #sumber

Share:

PRN Melaka: Ejen Tidak Di Halang Masuk Pusat Pengundian Awal, Calon PH Buat Laporan Polis

MASJID TANAH - Gara-gara ejennya tidak dibenarkan memasuki Pusat Pengundian Awal (PPA) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Masjid Tanah, calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.04 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Muhammad Asri Ibrahim membuat laporan polis pada Selasa.

Jelasnya, kejadian berlaku ketika ejen yang mewakilinya itu dihalang memasuki PPA yang terletak di Balai Polis Masjid Tanah.

"Saya membuat laporan polis terhadap Ketua Tempat Mengundi (KTM) Mohd Amar Harun kerana tidak benarkan ejen mewakili saya bertugas di Balai Polis Masjid Tanah hari ini bermula 8.00 pagi, sedangkan ejen saya telah membawa dokumen mencukupi.

"Walaupun wakil calon datang beri penjelasan, tapi tepat jam 8.00 pagi pengundian diteruskan tanpa ejen saya, KTM minta satu dokumen surat lantikan SPR yang mana surat itu tidak perlu," jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah di sini pada Selasa.

Beliau meminta agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian berkenaan.

"Laporan ini saya buat kerana saya sebagai calon bertanding rasa dikhianati oleh Ketua Tempat Mengundi dan saya dapati beliau menafikan hak saya sebagai calon bertanding di DUN Lendu.

"Saya dulu pernah jadi KTM dan ejen pilihan raya, tolong jangan jadi perkakas pihak tertentu.

"Jangan diperalatkan dengan perkara ini, saya harap isu ini tidak berlaku pada 20 November depan, kalau berlaku maknanya demokrasi dicabuli bukan hanya mereka yang berkuasa tapi yang menguruskan proses demokrasi,"jelasnya lagi. #sumber

Share:

Bekas Gabenor Melaka, Tun Khalil Hadir Pula Bersama Pemimpin PH Di DUN Ayer Molek !

MELAKA - Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob sekali lagi muncul dalam kehangatan politik di negeri itu menjelang hari pengundian pada Sabtu ini.

Hari ini Mohd Khalil dilihat hadir bersama pemimpin Pakatan Harapan di DUN Ayer Molek yang terletak di bawah kawasan parlimen Hang Tuah Jaya.

Ia adalah kemunculan hari kedua berturut-turut Mohd Khalil bersama wakil Pakatan Harapan (PH).

Semalam Mohd Khalil yang pernah berkhidmat sebagai menteri besar Pahang itu hadir di kawasan DUN Kuala Linggi. Menyertai Mohd Khalil ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Menurut Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof, dia berkesempatan bertemu dengan Mohd Khalil dalam program kempen PH.

"Ini menandakan satu isyarat positif kepada Pakatan Harapan," katanya dalam hantaran di Facebook petang tadi.

Turut kelihatan dalam gambar yang mengiringi hantaran tersebut ialah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Bendahari Agung Amanah merangkap Pengerusi Amanah Selangor Ir.Izham Hashim.

Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional Hanipa Maidin pula mendakwa pada awalnya Mohd Khalil bercadang untuk berkunjung ke kawasan Serkam. Bagaimanapun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kunjungan tersebut terpaksa dibatalkan.

Semalam Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran Mohd Khalil Yaakob bersama calon PH di Kuala Linggi memberi impak positif buat gabungan berkenaan menghadapi PRN tidak lama lagi.

Jelas Mohamad sokongan Mohd Khalil secara tidak langsung membuka jalan kepada PH dan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari untuk kembali menerajui kerajaan negeri.

"Kesudian Tun Khalil untuk bersama dengan saya dan calon PH, Julasapiyah Kassim, menyantuni para nelayan di Balai Nelayan Tanjung Dahan, Kuala Linggi petang ini amat menyentuh perasaan," kata Mohamad. 

Selain berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang selama 13 tahun, Mohd Khalil juga pernah diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agung UMNO antara Mei 1999 sehingga Mei 2004.

Beliau kemudian dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka pada Jun tahun berkenaan sehinggalah Jun 2020.

Dalam PRN ini seramai empat calon bersaing untuk merebut kerusi Kuala Linggi iaitu Rosli Abdullah (Umno-BN), Julasapiyah Kassim(Amanah-PH), Aziah Mohd Sa'ad (PAS-PN) dan Kamisan Palil (bebas).

Di DUN Ayer Molek pula PH diwakili Mohd Rafee Ibrahim (PKR-PH) yang berdepan cabaran Rahmad Mariman (Umno-BN), Mohd Fadly Samin (Bersatu-PN) dan Ahmad Muaz Idris (bebas). #sumber

Share:

PRN Melaka: Barisan Nasional 'Yakin' Menangi 18 Dari 28 Kerusi DUN Yang Di Pertandingkan

MELAKA - Barisan Nasional (BN) meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berdasarkan kajian sikap yang dilaksanakan parti sepanjang tempoh PRN dilaksanakan, selain data pengundi yang konsisten memilih BN sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) sehingga PRU14.

“Kalau boleh kita nak menang 20 kerusi...kita cuba untuk kekalkan yang 13 kerusi (dimenangi pada PRU14) dan kita punya sasaran adalah kepada tumpuan lima lagi kerusi, (menjadikan keseluruhan) 18 kerusi.

Tetapi jika kita dapat lepasi jumlah 15 kerusi (majoriti mudah untuk membentuk kerajaan), pun dah syukur Alhamdulillah, kita boleh tubuhkan kerajaan kita sendiri.

“Jadi untuk mendapatkan satu kerajaan yang stabil, kita mesti tubuh kerajaan di atas kekuatan kita sendiri. Jadi kita tak akan terus setiap hari diancam, diugut nak tarik diri. Kalau selagi perkara itu berlaku, kerajaan tak akan stabil,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama hari ini.

Pada PRN Melaka, BN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu, UMNO bertanding di 20 kerusi, tujuh MCA dan satu MIC.

Pada PRU14, UMNO menang di kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Ditanya sama ada BN sedia membentuk kerajaan campuran bersama pihak lain sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata parti itu sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional (PN) sahaja.

“Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa...tak bermaksud dengan PN sahaja, dengan sesiapa boleh... apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, UMNO tak boleh. Ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. Jangan tutup pintu rapat sangat,” katanya.

Selain itu, Mohamad berkata bagi meremajakan parti dan mempamerkan keterbukaan, BN mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan calon-calon muda bagi PRN Melaka bagi memenuhi selera pengundi.

“Saya tak mahu beretorik dan kita kata kita nak meremajakan parti, tapi balik-balik muka yang sama dan bila masa saya nak tampilkan muka (calon) muda.

“Esok kalau kita buat macam itu, anak muda akan lari daripada UMNO. Parti-parti lain menggamit anak muda seperti DAP, PKR,Bersatu, PAS… UMNO masih duduk dalam gua dia...tak boleh.

“Jadi PRN ini melambangkan (bahawa) yang UMNO benar-benar mentransformasikan parti. Ini yang saya buat. Betul ini satu perjudian, but inilah wajah UMNO yang nak saya bawa,” katanya.

Ditanya mengenai peluang BN di kerusi panas iaitu Tanjung Bidara yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata pertandingan di kawasan berkenaan dijangka sengit.

“Sengitlah, saya tak kata akan jadi kerusi Bersatu,” katanya.

Ab Rauf akan ditentang oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mewakili PN dan Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH).

Bagi tiga kerusi iaitu Asahan, Duyong dan Gadek yang menyaksikan pertembungan enam penjuru, Mohamad berkata situasi berkenaan memberi kelebihan buat BN.

Mengenai Muafakat Nasional (MN) yang dipelopori bersama PAS, beliau berkata meskipun tiada kerjasama membabitkan kedua-dua parti itu pada PRN Melaka, namun kerjasama boleh diadakan pada masa akan datang termasuk membabitkan soal penyatuan ummah.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini (20 Nov). #sumber

Share:

Kapten Mohamad Affendi Bustamy "Di Sahkan" Maut Tragedi Nahas Pesawat TUDM Terhempas

SHAH ALAM - Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM di sini, malam Selasa.

Sementara, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan yang mengalami kecederan berada dalam keadaan selamat dan stabil dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, jenazah Mohamad AffendI sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya. #sumber


Share:

Pesawat Pejuang TUDM Terhempas: Seorang Anggota Tentera Terkorban, Seorang Cedera !

BUTTERWORTH - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam tadi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata TUDM telah diarahkan memberikan laporan lebih terperinci dengan segera selain menyiasat punca kejadian jam 10.07 malam itu.

"Baru terima panggilan daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yang terhempas di Butterworth itu. #sumber

Share:

Sebanyak 787 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Akan Disediakan Untuk Mangsa Banjir !

KUANTAN - Sebanyak 787 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang kini bersedia untuk menempatkan penduduk terjejas banjir sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Rahim Muda berkata, semua agensi berkaitan termasuk syarikat pembersihan awam juga diminta melakukan pemantauan berterusan bagi menghadapi situasi luar jangka termasuk fenomena air pasang besar.

Beliau memberitahu, jumlah PPS paling banyak di daerah Kuantan iaitu 121 diikuti Jerantut (96), Pekan (95), Temerloh (87), Raub (84), Lipis (82), Maran (72), Bera (45), Bentong (40), Rompin (39) dan Cameron Highlands (26).

"Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) dan Wisma Belia, di Indera Mahkota akan berfungsi sebagai PPS terbesar di daerah Kuantan kerana dua lokasi itu boleh menempatkan kira-kira 500 keluarga pada satu-satu masa," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, kerajaan negeri cuba mengelakkan penggunaan sekolah sebagai PPS bagi memastikan sesi persekolahan tidak terganggu jika berlaku banjir. Selain itu, Abd Rahim menjelaskan, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah menghantar bekalan barangan keperluan asas ke 140 pangkalan hadapan di seluruh negeri secara berperingkat bermula hujung bulan lalu.

Beliau menjelaskan, daerah Temerloh mempunyai 34 lokasi pangkalan hadapan, Kuantan (18), Jerantut (16), Pekan (14), masing-masing 12 di Rompin dan Lipis, Bera (11), Raub (10) dan Bentong (dua).

Ditanya mengenai kawasan sekitar bandar raya Kuantan yang sering dilanda banjir kilat, Abd Rahim menjelaskan, tindakan penyelenggaraan longkang dan sistem saliran sedang dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama syarikat konsesi dilantik. #sumber

Share:

PKPD Kampung Orang Asli Satak Di Lanjutkan !

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Satak, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang dilanjutkan hingga 23 November.

PKPD di kawasan itu sebelum ini dijadual tamat esok.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penelitian risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

“Sementara itu, PKPD di Pos Betau, Mukim Ulu Julai di Lipis serta Taman Amalina Lestari di Raub, Pahang yang masing-masing bermula 20 Oktober dan 3 November lepas ditamatkan esok seperti dijadualkan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD pada Isnin. #sumber


Share:

PRN Melaka: Kehadiran Tun Khalil Yaakob Beri Sesuatu Yang Positif Kepada Pakatan Harapan

MELAKA - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob bersama calon Pakatan Harapan (PH) adalah sesuatu yang positif buat gabungan itu.

Katanya, kehadiran Mohd Khalil di Balai Nelayan Tanjung Dahan, Kuala Linggi hari ini memberi impak baik kepada calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Jelasnya sokongan Mohd Khalil secara tidak langsung membuka jalan kepada PH dan Adly Zahari untuk kembali menerajui kerajaan negeri Melaka.

"Kesudian Tun Khalil untuk bersama dengan saya dan calon PH, Julasapiyah Kassim, menyantuni para nelayan di Balai Nelayan Tanjung Dahan, Kuala Linggi petang ini amat menyentuh perasaan.

"Bagi saya secara peribadi, kehadiran tokoh yang amat dihormati oleh rakyat Melaka ini, merupakan suatu yang positif kepada PH.

"Kita harap dengan sokongan Tun, PH akan memenangi PRN Melaka dan saudara Adly kembali menjadi ketua menteri. Insya-Allah," tulis Mohamad dalam satu catatan di Facebooknya hari ini.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan susulan empat wakil rakyat diketuai bekas ketua menteri Idris Haron menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

PH mempertaruhkan Adly sebagai ketua menteri jika PH kembali berkuasa, manakala BN kekal mempertaruhkan Sulaiman.

Perikatan Nasional (PN) belum mengumumkan bakal calon ketua menteri daripada parti itu.

Rakyat Melaka akan menunaikan tanggungjawab bagi memilih kerajaan Melaka yang baru pada 20 Nov ini. #sumber

Share:

PRN Melaka: Muafakat Nasional (MN), UMNO Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong PAS !

MASJID TANAH - Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional (MN) dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata keyakinan itu berdasarkan sentimen akar umbi dalam kalangan ahli UMNO dan PAS di Melaka yang dilihat lebih selesa dengan kerjasama antara kedua-dua parti itu menerusi MN.

Beliau berkata faktor itu akan membantu BN menumpaskan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menang dalam PRN Melaka.

"Dalam pemikiran akar umbi di Melaka, sama ada PAS atau BN, kita sudah bersetuju dengan MN dalam apa jua perkara sekali pun.

"Itulah sentimen pengundi (kedua-dua parti). Pengikut PAS yang totok memang akan walak (taat) dengan (arahan Presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tetapi, yang sudah melalui hubungan antara UMNO dengan PAS sudah boleh pergi masjid dan kenduri bersama, hidup bersama tanpa prejudis, mereka akan pergi (undi) pada UMNO," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Ab Rauf yang disifatkan calon 'heavyweight' BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, percaya rata-rata penyokong PAS di Melaka turut berkongsi sentimen mengatakan PN sukar menang di Melaka, bersandarkan prestasi PAS dan BERSATU di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, katanya, penyokong PAS yang berkongsi sentimen berkenaan akan lebih rela memberi undi kepada UMNO yang lebih berpeluang, berbanding membiarkan PH menang dalam PRN Melaka.

"Hampir mustahil PN menang. Dua kerusi BERSATU yang dimenangi pada PRU-14 dulu bukan atas faktor parti itu, sebaliknya kerana disokong pengundi DAP.

"Undi PAS pula tidak pernah berubah sejak dulu di Melaka. Pola undi kepada PAS menunjukkan mereka hanya mampu mendapat sekitar 10 peratus daripada jumlah pengundi di setiap DUN.

"Berbanding mengundi PN yang berkemungkinan tewas, lebih baik undi diberi pada UMNO atau berdepan kemungkinan tunduk kepada PH," katanya.

PRN Melaka menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara parti politik utama negara iaitu BN, PN dan PH, di samping penyertaan dua parti kecil iaitu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta calon Bebas.

Pertembungan itu menimbulkan persoalan terhadap kerjasama antara BN dan PN yang kini membentuk Kerajaan Persekutuan.

Walaupun ada kerjasama dalam MN, UMNO dan PAS bertembung di tujuh kerusi DUN pada PRN Melaka.

Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menyifatkan pertembungan itu sebagai persaingan antara sahabat yang tidak akan melunturkan semangat penyatuan ummah.

Namun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula melihat tindakan PAS memilih PN di Melaka bererti MN hanya wujud pada nama dan tidak pada semangatnya, dan laungan perpaduan ummah hanyalah halwa telinga. #sumber

Share:

Seramai 13 Calon Bebas Tandatangan SD Tidak Akan Sertai Mana-Mana Parti Politik Di Melaka

MELAKA - Seramai 13 calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah Gagasan Bebas secara rasmi menandatangani Akuan Bersumpah (SD) hari ini.

Setiausaha Sekretariat Gagasan Bebas Mohammad Zaki Omar berkata antara inti pati utama SD tersebut adalah tidak mencabuli mandat yang diberikan pengundi pada PRN Melaka dengan menyertai mana-mana parti politik.

''Satu rang undang-undang atau enakmen juga akan dibentangkan (sekiranya Gagasan Bebas berjaya membentuk kerajaan) bertujuan mengadakan peruntukan pengosongan kerusi mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti atau gagasan masing-masing sehingga tahap menjatuhkan kerajaan.

''Jika ada yang mencabulinya, calon diberi masa tiga hari mengosongkan kerusi dan melepaskan jawatan sebagai ADUN atau tindakan mahkamah boleh difailkan ke atas ADUN tersebut,'' katanya.

Menyentuh mengenai kempen, beliau berkata semuanya berjalan lancar dengan calon-calon gagasan itu menggunakan pelbagai pendekatan termasuk media sosial bagi mendekati pengundi kawasan masing-masing.

''Walaupun seperti kami mementingkan SD ini, tapi usaha mendekati pengundi tetap dijalankan dan ini penting kerana kita mahu pengundi faham apa yang kita perjuangkan untuk kestabilan politik Melaka.

''Untuk manifesto, kita rancang untuk bentangkannya esok dan bagi kami, ia tidak lambat walaupun hari mengundi tinggal beberapa hari sahaja lagi,'' katanya.

Seramai 13 daripada 22 calon Bebas di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) mengambil langkah bergabung dan berkongsi manifesto untuk bersama-sama bersaing dengan 90 calon lagi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon gabungan dikenali sebagai 'Gagasan Bebas' itu antaranya merangkumi Ariff Adly Mohammad (Telok Mas), Mohd Zahar Hashim (Sungai Udang), Abdul Hamid Mustapah (Bukit Katil), Ahmad Muaz Idris (Ayer Molek), Datuk Kamisan Palil (Kuala Linggi) dan Datuk Dr Norazlanshah Hazali (Serkam).

Turut berada dalam gabungan itu ialah Mohd Akhir Ayob (Asahan), Azefen Amin (Gadek), Mohd Jaini Dimon (Paya Rumput), Azlan Daud (Machap Jaya), Mohd Erfan Mahrilar (Durian Tunggal), Muhamad Hafiz Ishak (Duyong) dan Sabarudin Kudus (Rembia). #sumber

Share:

Seorang Lelaki 'Maut' Akibat Serangan Jantung Ketika Aksi Perlawanan Badminton Di Jerantut

 

JERANTUT - Seorang lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai pertandingan badminton di Dewan Badminton Jerantut Centre, semalam.

Mangsa, Mohamad Fadzil Mokhtar, 34, dilaporkan meninggal dunia selepas mengadu sakit dada ketika perlawanan sedang berlangsung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Azman Mat Kamis berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4 petang mengenai kejadian seorang lelaki meninggal dunia ketika menyertai perlawanan badminton.

"Maklumat yang kita peroleh, simati tidak sempat menghabiskan perlawanan peringkat suku akhir kerana mengadu sakit dada.

"Mangsa kemudian berhenti bermain, lalu berehat di tepi gelanggang dan tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jerantut pada jam 4. 50 petang dan disahkan negatif jangkitan COVID-19 selepas saringan dilakukan.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan serangan jantung.

Beliau berkata, mangsa bekerja sebagai mekanik motosikal di Felda Jengka 8 dan hadir ke dewan pertandingan pada jam 10 pagi untuk menyertai pertandingan badminton.

"Pemeriksaan fizikal ke atas si mati mendapati tiada sebarang kecederaan sama ada perbuatan khianat atau jenayah," katanya. #sumber

Share:

ECRL: Jambatan Unik Sepanjang 2.3 Kilometer Kini 'Sedang Di Bina' Merentasi Sungai Pahang

 

TEMERLOH - Jambatan sepanjang 2.3 kilometer yang sedang dibina dan bakal merentasi sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, Sungai Pahang, adalah salah satu ciri unik di Seksyen Enam Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang bermula dari Paya Besar, Kuantan ke Lanchang di sini.

Pihak China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) dan Pegawai Perhubungan Awam Seksyen Enam ECRL Satnam Singh berkata pembinaan jambatan itu telah bermula Mac lepas dan dijangka siap pada Dis 2023.

“Sebaik siap, jambatan yang bermula dari Kampung Tengah dan berakhir di Kampung Tanjung Batu itu akan membolehkan pengguna melihat sangkar ikan patin, yang menjadi kebanggaan Temerloh.

Jambatan itu berketinggian 50 meter memandangkan kawasan tersebut sering dilanda banjir, serta sejarah banjir telah diambil kira dalam perancangan, termasuklah yang terkini iaitu banjir besar awal tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan pembinaan jambatan berkenaan di sini, semalam.

Setakat ini, 95 orang pekerja mengejar masa bekerja dari 8 pagi hingga 8 malam untuk menyiapkan sebanyak kerja yang boleh, sebelum musim monsun bermula dan mengakibatkan kerja-kerja pembinaan tertangguh.

Satnam berkata secara keseluruhan jambatan tersebut terdiri daripada 538 asas cerucuk, 63 tiang dan dua penampan.

“Pembinaan asas cerucuk menggunakan teknik menggali lubang secara penggerudian berputar dan menuang konkrit dalam air, menggunakan empat gerudi penggerudian berputar, tiga kren bergerak dan dua jengkaut,” katanya.

Menurutnya setakat ini, 60 peratus kerja-kerja pembinaan asas cerucuk telah dijalankan.

Satnam berkata aspek keselamatan diberi keutamaan bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku, seperti lemas, justeru semua pekerja dikehendaki memakai jaket keselamatan sebagai tambahan kepada pakaian perlindungan diri (PPE) yang biasa dipakai pekerja pembinaan.

Sementara itu, Pengurus Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran CCC-ECRL Major (B) Mohd Salahuddin Yaakob berkata semua pekerja mestilah lulus kursus keselamatan di Pusat Latihan Keselamatan syarikat itu di Kampung Paya Pasir dekat sini, sebelum dibenarkan bekerja di lapangan.

Terkini, seramai 2,500 pekerja telah menjalani latihan itu yang dikendalikan oleh pengajar terlatih menggunakan modul yang diwajibkan oleh pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). #sumber

Share:

“Kami Di Serang Monyet, Anak Pula Terjatuh Dari Stroller", Wanita Kongsi Detik Cemas Di Serang Dek Monyet Liar Di Teluk Chempedak

 

Masih trauma atas kejadian yang menimpa, Norazimah Nubihan menerusi laman sosial berkongsi tragedi diserang monyet liar ketika sedang bercuti di Teluk Cempedak, Kuantan.

Jelasnya, ketika dia dan keluarga berjalan menuju ke tempat letak kereta, seekor monyet besar secara tiba-tiba mengejar dan ingin menerkam suaminya.

Dalam situasi panik, dia dan anak-anak lari untuk menyelamatkan diri, namun malang tidak berbau, anaknya yang masih berada di dalam stroller jatuh tersembam ke dalam raya.

Ikuti perkongsiannya.

Kami duduk di tempat pejalan kaki untuk tenangkan diri dan bersihkan muka Daffrel.

KAMI DISERANG MONYET LIAR !

Kami sekeluarga berjalan kaki ke kereta untuk ambil selipar dan ingin ke Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan resort kami. Tergerak hati nak rakam video ketika menuju ke kereta. Terdapat segerombolan monyet liar di pokok pokok dan ada juga yang memanjat kereta pengunjung disitu.

Setibanya kami yang berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami. Ketika itu monyet tersebut tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar diantara monyet monyet lain terus mengejar dan ingin menerkam suami.

Keadaan ketika tu dah jadi panik dan suami terus berlari semula ke arah resort. Saya dan anak anak yang lain turut panik dan cuba untuk lari kan diri kerana monyet liar tu betul betul berada disebelah stroller bayi saya. Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak anak dengan tolak stroller bayi secepat yang boleh.

Tiba-tiba bayi saya terjatuh tersembam ke jalan kerana pusingan stroller yang terlalu pantas ekoran keadaan semakin panik. Bayi saya mengalami luka dan lebam dimuka. Anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal yang berada berhampiran kami.

Kami terus duduk dilaluan pejalan kaki bersebelahan tempat parking kereta dibahagian dalam. Ada seorang pengawal parking bahagian dalam cuba keluar untuk bertanya apa yang berlaku. Ketika itu monyet tersebut sudah lari ke hutan berhadapan parking luar. Pengawal tersebut terus memanggil Security Manager beritahu apa yang terjadi. Pengawal tersebut maklumkan kepada kami sebelum ni memang banyak monyet liar disini dan sudah maklumkan pada perhilitan. Dia menyuruh kami untuk menghubungi perhilitan.

Saya bertanya semula kepadanya, “kami ke yang perlu hubungi? Bukan pihak hotel?” Dia maklumkan parking diluar itu adalah diluar kawasan hotel, jadi bukan tanggungjawab mereka. Parking di bawah jagaan resort tersebut dah penuh dan kawasannya agak kecil. Ramai pengunjung memarking kenderaan mereka sebaris kereta kami. Tiada tempat lain, hanya itu dan juga parking dalam yang dah penuh.

Security Manager datang menghampiri kami dan bertanya apa yang terjadi? Kami ceritakan semua dan dia meminta pengawal keselamatan resort tersebut mengambil kayu dan menghalau monyet monyet liar disitu.

Selepas itu Security Manager tersebut meminta kunci kereta pada suami dan dia bantu alihkan kenderaan untuk dibawa masuk parking dibahagian dalam di parking oku kerana kotak parking biasa sudah penuh. Memandangkan kami membawa bayi yang ada sawan dan cedera ketika itu, dia benarkan kami parking dipetak OKU untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.

Security Manager tersebut terus hubungi ambulans di HTAA untuk berikan rawatan kepada bayi saya yang cedera akibat terjatuh dari stroller. Ambulans sampai diperkarangan resort, saya dan bayi serta anak sulung saya terus menaiki ambulans dan menuju ke HTAA. Suami dan anak kedua kami membawa kereta menuju ke HTAA.

Setibanya di HTAA, keadaan agak rumit untuk pendaftaran bayi kerana kami terlupa untuk bawa sijil lahir bayi kami. Selalunya mana sahaja kami pergi, kami pasti akan bawa. Waimah dalam daerah kami pun saya tetap masukkan sijil lahir dalam begnya. Tapi tak jangka kali ni betul betul terlupa nak bawa dan berlaku perkara yang tak diingini. Okey sambung semula cerita di HTAA.

Daffrel dah masuk dalam bilik rawatan kecemasan di HTAA.
Setibanya kami disana, pihak pendaftaran HTAA minta kami sijil lahir atau nombor ic anak jika tidak pendaftaran dan rawatan tidak boleh diberikan. Malangnya saya memang betul betul tak ingat nombor ic bayi saya.

Saya terus hubungi pihak Hospital Enche Kluang untuk dapatkan nombor ic bayi saya kerana pihak hospital Enche Kluang ada maklumatnya. Alhamdulillah Allah permudahkan pihak hospital Enche Kluang berikan nombor ic bayi saya.

Menunggu giliran untuk diberi rawatan. Alhamdulillah doktor di kecemasan HTAA maklumkan luka bayi saya tak serius dan telah dibersihkan untuk elakkan jangkitan kuman. Doktor tersebut meminta untuk kami buat x-ray dikepala bayi kerana dikhuatiri ada retakan dan sebagainya. Alhamdulillah proses tak terlalu lama. Result x-ray dapati semua dalam keadaan sihat dan tiada sebarangan retakan.

Doktor beri kebenaran kami pulang ke hotel dengan syarat pantau keadaan bayi sekiranya bayi ada muntah muntah, menangis tanpa henti atau sawan lain dari yang lain, terus datang semua ke HTAA. Kami terus pulang ke resort.

Setibanya di resort kami terus menuju ke cafe kerana ketika itu kami sekeluarga sangat lapar dan jam sudah menunjukkan 8.37pm. Tiada mood untuk pergi ke kedai makan yang berada diluar resort kerana masing masing dah letih dan perasaan menjadi tak happy.

Security manager tersebut datang ke cafe untuk berjumpa dan bertanya khabar keadaan bayi kami. Ketika kami berada di HTAA pun dia ada hubungi suami bertanya keadaan bayi kami. Dia minta kami order sahaja apa yang kami ingin makan tanpa bayaran. Walaupun keadaan tu tak setimpal dengan apa yang terjadi, tetapi pihak hotel masih mengambil berat dan tidak lepas tangan.

Abang danish menangis nak ikut naik ambulans katanya taknak berjauhan dari Daffrel.
Saya berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan disekitar kawasan Hyatt Regency Kuantan memandangkan disitu adalah tempat perlancongan dan sudah beberapa kali dimaklumkan pada perhilitan tentang monyet monyet liar tersebut. Saya berharap tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain. Ini melibatkan nyawa.

Terima kasih Hyatt Regency Kuantan Resort atas layanan yang terbaik diberikan kepada kami. Dari check in sehingga check out semuanya tiptop. Tetapi mungkin boleh ditambahbaik tempat parking kereta pengunjung disitu. Atau boleh sediakan parking valet untuk khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung ditempat parking. Kalau tak boleh juga, atleast sediakan pengawal untuk menghalau monyet monyet liar disitu.

Bukan ingin mengajar, tapi hanya cadangan untuk keselamatan. #sumber

Share:

Parti PEJUANG Tiada Kaitan Dan Tidak Sokong Mana-Mana Pun 'Calon Bebas' Di PRN Melaka !

MELAKA - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak menyokong sesiapa pun calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, jauh sekali meletakkan calon proksi.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pihaknya mendapat maklumat ada pihak yang bertanding sebagai calon Bebas mengaitkan dengan parti dan dirinya.

"Sebelum ini sudah umum kami tidak akan turut serta pada PRN Melaka, bagaimanapun saya dapat tahu ada sesetengah pihak cuba kaitkan PEJUANG dan saya dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon Bebas.

"Ingin ditegaskan sekali lagi, PEJUANG dan saya tidak menyokong sesiapa calon pada PRN kali ini, jauh sekali meletak calon proksi," katanya dalam satu kenyataan di blog beliau.

Justeru, Dr Mahathir berharap dengan penjelasan itu tiada lagi sesiapa yang akan cuba kaitkan dirinya, mahupun PEJUANG dengan mana-mana calon yang bertanding.

Pada PRN Melaka, seramai 22 calon Bebas tampil mempertaruhkan nasib mereka untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang ditandingi. #sumber


Share:

Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Dakwa, Arahan Jho Low Adalah Mandat Daripada Najib

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa semua arahan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dianggap mandat daripada Najib Razak.

Azmi Tahir, 46, berkata beliau dimaklumkan oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Allahyarham Azlin Alias bahawa Jho Low adalah penasihat atau orang yang rapat kepada bekas Perdana Menteri itu dan Jho Low juga akan memberi maklumat atau arahan yang perlu beliau laksanakan kerana ia adalah daripada Najib.

“Saya juga difahamkan Jho Low mempunyai hubungan rapat dengan pihak Abu Dhabi dan Arab Saudi dan beliau juga merupakan orang kepercayaan Najib. Saya hanya mengikut arahan yang diterima oleh arwah Azlin dan bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin kerana saya menganggap itu adalah arahan daripada Perdana Menteri.

“Semasa bertugas sebagai CFO 1MDB, terdapat tindakan sulit di belakang yang telah disusun dan dirancang oleh Jho Low melalui arahan dan kelulusan Najib dan orang tertentu dipilih dalam pengurusan tertinggi 1MDB dan ahli lembaga pengarah bagi memastikan arahan tersebut akan dilaksanakan. Saya boleh katakan sistem ini adalah berlapis,” kata Azmi.

Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Azmi berkata beliau juga diberitahu bahawa arahan daripada Najib ini selari dengan Artikel 117 Memorandum dan Artikel (M&A) Persatuan 1MDB kerana setiap keputusan penting perlulah di bawah arahan dan kelulusan Najib.

“Najib mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan terutamanya melibatkan pelaburan, keputusan kewangan dan kepentingan negara. Selain saya, antara pengurusan tertinggi yang disusun dalam sistem ‘work in silo’ dalam 1MDB ini adalah bekas Ketua Pegawai Operasi Mohd Hazem Abd Rahman; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas Ketua Pegawai Pelaburan Vincent Koh; bekas peguam Jasmine Loo dan Timbalan CFO Terence Geh.

“Saya hanya menerima arahan selari dengan pengurusan tertinggi lain dan dalam masa sama Jho Low memberitahu saya semua tugasan adalah berdasarkan ‘need to know basis’ iaitu kami hanya akan diberitahu mengenai sesuatu perkara berdasarkan skop tugasan dan setakat yang saya perlu tahu sahaja,” kata Azmi.

Azmi menambah, Jho Low akan menghantar e-mel dan Blackberry Messenger (BBM) yang mengandungi nota percakapan dan pelan tindakan kepada beliau dan orang lain dalam lapisan silo ini.

“E-mel ini perlu dipadam segera selepas dibaca kerana Jho Low tidak mahu ia bocor, kerana arahan sulit tersebut melibatkan keputusan dan kehendak Perdana Menteri serta perlu melaksanakannya dengan segera memandangkan Najib mahu ia dilaksanakan segera.

“Kebiasaannya keputusan kritikal akan dibuat melalui Resolusi Ahli Lembaga Pengarah (DCR) tanpa melalui mesyuarat ahli lembaga pengarah (BOD) kerana Jho Low akan mengarahkan Loo untuk menyediakan semua DCR. BOD hanya perlu menandatangani DCR tersebut tanpa sebarang bantahan kerana ia adalah arahan Jho Low,” katanya.

Tambah Azmi, semua DCR itu disusuli oleh kelulusan Najib melalui sebuah dokumen resolusi pemegang saham yang Najib telah mengetahui lebih awal berdasarkan perbincangannya (Najib) dengan Jho Low.

“Ini berdasarkan dokumen yang telah ditandatangani dan dalam pengetahuan Najib sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

“Keseluruhannya, bagi saya, peranan Jho Low amatlah ketara sebagai penasihat kepada Najib dan boleh juga dikatakan Jho Low merupakan orang kanan dan dipercayai Najib dalam urusan 1MDB ini,” katanya.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Share:

Seorang Lelaki Maut, Seorang Cedera Selepas Terjatuh Daripada Buaian "Funfair" Di Cheras !

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari buaian berpusing di tapak pesta ria berhampiran pusat beli-belah AEON Jusco di Cheras Selatan, dekat Kajang tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Nasir Drahman berkata, mangsa berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Kajang di lokasi kejadian.

“Seorang lagi mangsa turut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.05 tengah malam, daripada lelaki pekerja pesta ria berkenaan.

Katanya siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Kita masih menyiasat kejadian itu untuk mengetahui punca sebenar ia berlaku sama ada terdapat kecuaian pada pihak pemilik pesta ria atau mangsa sendiri.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk tindakan lanjut dan bedah siasat yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Nasir turut menyeru semua pihak terutama orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu.

“Siasatan terperinci akan dijalankan pihak polis berkait dengan kejadian ini,” katanya.

Nasir turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Mohd Emran Mohd Noor di talian 013-7638512 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. #sumber

Share:

Wira Penguat Kuasa Tidak Di Dendang Bantu Banteras Aktiviti Penerokaan Tanah Haram !

KUANTAN – Wira tak didendang. Inilah frasa tepat bagi merujuk peranan berkesan namun secara diam-diam ubi oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, dalam membanteras gejala penerokaan tanah secara haram di negeri ini.

Dan Pahang ialah satu-satunya negeri menubuhkan unit bersepadu ini, berupa gabungan keanggotaan beberapa jabatan dan agensi penguat kuasa negeri termasuk Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri.

Berpedomankan ketegasan dan political will tinggi Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail susulan suasana sosiopolitik negeri yang mengizinkan; telah menjadi daya penggalak kepada UPNP menjayakan misinya.

Pedoman ini menurut Pengarah UPNP, Encik Ahmad Rizal Ali penting, membuat kesemua 164 pegawai penguat kuasa beliau berasa selesa dalam melaksanakan tugas mereka tanpa gentar atau memihak (fear nor favour).  

Apatah lagi apabila ada kesedaran awam tentang pengaruh besar UPNP lalu mampu melancarkan lagi operasi mereka. Encik Ahmad Rizal memberi contoh pada satu operasi hendak dijalankan, telah cuba dihalang oleh pihak berpengaruh di kawasan berkenaan.

REKOD KEJAYAAN/KEBERKESANAN UPNP

“Tapi, bila pegawai penguat kuasa kami sebut mereka dari UPNP, pihak terbabitpun  berlembut, mungkin tahu UPNP dapat sokongan kuat Menteri Besar yang terbukti konsisten tegasnya,” katanya.

Antara kejayaan utama UPNP ialah pada November 2019 di bawah Ops Gading di Cameron Highlands termasuk Sungai Ichat, membabitkan kawasan kira-kira 2,258 hektar atau bersamaan hampir 3,000 padang bolasepak yang daripadanya, 84 peratus berjaya diambil tindakan.

Hasilnya, Ops Gading – yang turut disertai jabatan dan agensi penguat kuasa lain; diiktiraf berjaya. Di Sungai Ichat sendiri, air sungainya yang tercemar teruk tahap 4 akibat gejala penerokaan tanah haram tersebut, telah pulih sepenuhnya sehingga tahap 1!

Dan sejak penubuhannya hujung tahun 2019, UPNP telah menjalankan pelbagai siri penguatkuasaan melibatkan kesalahan-kesalahan bukan sahaja di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, malah Akta Perhutanan Negara 1984, Enakmen Mineral Negeri 2001 dan Enakmen Sumber Air 2007.

Bagi tahun 2021 sehingga 25 Oktober lepas sahajapun, 100 kes tangkapan dibuat. Ia juga berjaya melakukan operasi serbuan, rampasan, sitaan jentera/kenderaan dan peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perlombongan haram, pemindahan bahan batuan dan penerokaan Tanah Kerajaan.

LEBIH RM7 JUTA NILAI RAMPASAN/SITAAN

Rampasan dan sitaan ini meliputi 62 jengkaut, 49 lori, 15 lori hantu, tujuh (7) jentolak, masing-masing tiga (3) lori panjang dan backhoe, serta masing-masing satu (1) traktor dan kenderaan pacuan empat roda, kesemuanya bernilai RM7.36 juta.

Begitu juga yang membabitkan peralatan iaitu 18 pam pasir, 10 pam air, lapan (8) jenerator, dua (2) enjin air serta masing-masing satu pontoon, palong, dram (trommel) dan alat pengesan logam, kesemuanya pula bernilai RM180,500.

UPNP juga telah membuka 83 kertas siasatan membabitkan kesalahan di bawah KTN 1965, Enakmen Mineral Negeri 2001 dan Enakmen Sumber Air 2007 yang daripadanya, 28 dalam tindakan, 23 menunggu izin untuk dikompaun, 17 ditawarkan kompaun dan tujuh (7) untuk lakukan pendakwaan.

Tahun 2021 ini sehingga 25 Oktober juga, ia mengeluarkan 25 tawaran kompaun bernilai RM948,000 yang daripadanya, telahpun menerima kutipan bayaran RM351,000.

Selain itu, UPNP juga berjaya melakukan pendakwaan di Mahkamah Sesyen Raub pada 25 Oktober lepas bagi kesalahan di bawah Enakmen Sumber Air 2007 dengan denda RM70,000 dikenakan ke atas tertuduh yang mengaku bersalah. Dan ini julung kalinya pendakwaan dilakukan di bawah Enakmen Sumber Air 2007 sejak diwartakan.

GIACC SARANKAN PENUBUHAN UPNP

UPNP turut menjalankan operasi penguatkuasaan bersama-sama Jabatan Perhutanan Negeri bagi memusnahkan tanaman durian Musang King secara haram dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub seluas 101 hektar.

Menyingkap sejarah penubuhan, ia bermula dengan pertemuan Ketua Pengarah, Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) ketika itu, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dengan delegasi Kerajaan Pahang diketuai SUK Negeri, Dato’ Sri Dr Salehuddin Ishak. 

Pada pertemuan 26 April 2019 itu, Tan Sri Abu Kassim menyarankan Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah badan penguat kuasa bersepadu melibatkan pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan, demi membanteras gejala penerokaan tanah haram.

Dato’ Sri Dr Salehuddin menyahut saranan ini, lalu segera menganjurkan beberapa siri bengkel untuk memperhalusinya. Dalam masa sama, cadangan penubuhannya diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang meluluskannya pada mesyuarat 9 Oktober tahun sama.

Sejak itu, bergeraklah UPNP dengan bidang kuasanya meliputi usaha menangani 88 jenis kesalahan di bawah 10 Enakmen Negeri dan empat (4) Akta Persekutuan, serta melibatkan jabatan-jabatan berkepentingan – selain PTG dan Jabatan Perhutanan ialah Jabatan Perikanan, Badan Kawal Selia Air (BKSA) di Pejabat SUK Negeri, dan kesemua 11 Pejabat Daerah dan Tanah; serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

SETELAH DUA TAHUN UPNP, PASUKAN ELIT PULA DITUBUHKAN

Setelah dua (2) tahun berlalu, Dato’ Sri Wan Rosdy sendiri melihat ada keperluan menubuhkan apa yang dinamakan Pasukan Elit Penguatkuasa yang masih di bawah UPNP, tetapi dianalogikan seperti Unit Tindakan Khas (UTK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Peringkat awal ini, 20 orang dalam usia 35 tahun ke bawah, terpilih menganggotainya. Bagi memantapkan kemahiran mereka, latihan sebulan termasuk cara penggunaan senjata api diadakan di Kem Gerakan Am Bukit Galing, Kuantan yang tamat hujung bulan lepas (Oktober 2021).

Penubuhan Pasukan Elit Penguatkuasa ini adalah pelengkap, dan dijangkakan usaha risikan seterusnya pembanteraan gejala penerokaan tanah secara haram dapat digiatkan, sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri sangat serius dalam menangani isu ini. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.