script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

AMANAH Pertaruhkan Ketua Pemudanya Pertahankan Kerusi Parlimen Temerloh !

KUALAU LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka mempertaruhkan Ketua Pemudanya Hasbie Muda, dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh pada PRU ke-15 nanti.

"Ini adalah satu mandat besar yang digalaskan Hasbie bagi menggantikan penyandang parlimen Temerloh, Hj Anuar Tahir yang dikatakan tidak bertanding kali ini kerana faktor kesihatan.

Pada PRU ke-14 lalu, kerusi parlimen Temerloh dimenangi Anuar dengan majoriti 1,904 undi menewaskan calon daripada BN, PAS dan dua orang calon bebas.

Beliau mendapat 23,998 undi, sementara calon BN, Dato' Sri Hj Mohd Sharkar Shamsuddin mendapat 22,094 undi dan calon PAS, Hj Md Jusoh Darus mendapat 14,735 undi.

Dua orang calon bebas iaitu aktivis alam sekitar Khaidir Ahmad hanya mendapat 178 undi dan Muhd Fakhruddin Abu Hanifah 46 undi. #sumber

Share:

Biadap: Sebelas 'NGO' Buat Laporan Polis Terhadap Bekas MP Raub, Tengku Zulpuri

 

KUANTAN - Sebelas Badan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Timbalan Setiausaha Agung DAP Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, yang didakwa menghina institusi Diraja Pahang semasa berceramah baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) dekat sini hari ini. Antara NGO itu ialah Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang.

Bendaharinya Datuk Setia Penggawa Tengku Abdul Manan Tengku Temenggung Aziz menyifatkan tindakan ahli politik itu sebagai melampau batas.

“Saya memohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi memberi pengajaran bahawa ada had dan batasan dalam berpolitik,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Abdul Manan berkata pihaknya juga kesal dengan tindakan Tengku Zulpuri Shah yang didakwa turut menyebut nama Yang di-Pertuan Agong dalam ceramah itu, seperti yang ditontonnya menerusi klip video berdurasi 1.53 minit yang diterimanya menerusi aplikasi WhatsApp. #sumber

Share:

PAS Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU-15 Untuk Di Pertimbangkan !

 

KUANTAN - PAS Pahang sudah menyerah senarai nama calon yang bakal berentap pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk dipertimbangkan PAS di peringkat pusat pada Selasa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Andansura Rabu berkata, senarai calon yang dikemukakan itu akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti dalam masa terdekat.

"Kita sudah hantar senarai nama (calon) ke pusat semalam (Selasa).

"Jadi, kita perlu tunggu dan pusat akan membuat keputusannya (muktamadkan)," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Andansura menjelaskan, PAS mengambil pendekatan seimbang dalam menampilkan calon baharu dan lama pada PRU-15.

Tambahnya, hampir 50 peratus muka baharu yang sudah tersenarai sebagai calon bagi mewakili parti Islam itu manakala selebihnya adalah penyandang atau calon yang membuat kemunculan semula.

Jelasnya, kombinasi dua generasi itu dilihat sebagai satu pembahagian seimbang dalam usaha mengekalkan sokongan dan menang dalam PRU15.

Menjawab mengenai jumlah kerusi PAS yang bertanding atas logo Perikatan Nasional, Andansura memaklumkan, pembahagian kerusi telah selesai dan kini menunggu untuk dimuktamadkan di peringkat PAS Pusat.

"Kalau berapa banyak kerusi PAS akan bertanding, itu kita tidak boleh maklumkan lagi buat masa ini. Apa pun perlu ia perlu dimuktamadkan oleh PAS pusat dalam minggu ini," kata beliau lagi.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada beliau akan bertanding di kerusi tradisinya pada PRU-15.

Pada PRU14 lalu, Andansura memperoleh 12,239 undi di kerusi N12 Beserah sekali gus menang dengan majoriti 1,305 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan, Zulkifli Mohamad (10,934 undi) dan calon BN, Suhaimi Sulong (8,732 undi).

Pahang ditadbir BN selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksikan BN menang 25 daripada 42 Dewan Undangan Negeri, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan PAS (lapan).

Bagi kerusi Parlimen pula, daripada 14 kerusi Parlimen, BN menang sembilan dan bakinya disandang PH. #sumber

Share:

PRU-15: DAP Arahkan Rara Ke Bentong, Wong Tack Pula Ke Cameron Highlands

 

KUALA LUMPUR - DAP Pahang dijangka melakukan beberapa rombakan terhadap empat calon parlimen mereka untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November nanti.

Beberapa sumber memberitahu bahawa penyandang Parlimen Bentong Wong Tack tidak akan dipilih untuk mempertahankan kerusinya dan akan digantikan oleh ADUN Ketari, Young Syefura Othman.

Jika betul, Syefura, yang lebih dikenali sebagai Rara dilihat sebagai bakal bintang yang mula meningkat naik dalam parti itu. Dia dijangka akan berdepan dengan bekas Presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai yang mahu merebut semula kerusinya di Bentong.

Bagi Wong, kerjayanya dalam politik masih belum terkubur. Sumber DAP yang boleh dipercayai mendedahkan kepimpinan bahawa parti itu tidak menggugurkan Wong sama sekali sebaliknya menawarkannya untuk bertanding di Cameron Highlands

“Apa yang saya faham pimpinan pusat parti masih menunggu jawapannya. Mudah-mudahan, dia akan membuat keputusan selewat-lewatnya petang ini,” kata sumber itu.

Jika Wong enggan menerima tawaran itu, dia tidak akan diberi kerusi lain untuk bertanding pada PRU-15 ini, tambah sumber itu.

Bagaimanapun, seorang pemimpin akar umbi DAP dengan tegas membayangkan Wong akan bertanding pada PRU-15 tidak kira apa keputusan yang dibuat oleh parti itu.

“Dia sudah beritahu kami dia pasti akan bertanding dalam PRU ini. Kita tunggu pengumuman minggu ini,” katanya.

Wong dihubungi untuk mendapatkan ulasannya tetapi belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

Sementara itu, gambar Wong bertemu dengan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dengan ditemani bekas ahli DAP Hew Kuan Yau dua hari lalu mendedahkan beberapa petunjuk.

“Saya berbesar hati menyaksikan perbincangan yang tulus dan rasional antara Loke dan Wong mengenai ‘strategi besar’ untuk PRU kali ini.

"Ini akan memberi kesan untuk gambaran besar pada 19 Nov, kami mengharapkan kemenangan," kata sumber itu.

Dipercayai pertemuan itu bagi membincangkan tawaran supaya Wong bertanding di Cameron Highlands.

Wong, yang pertama kali dikenali sebagai aktivis anti-Lynas, membuat penampilan sulung pilihan raya pertamanya pada 2013 tetapi tewas kepada Liow dengan 379 undi di Bentong. Nasibnya berubah pada PRU-14 apabila dia menang pula dengan majoriti 2,032 undi.

Bagaimanapun, ketidakupayaan Pakatan Harapan untuk menunaikan janji menutup loji penapisan nadir bumi milik Australia di Gebeng, Kuantan selepas berkuasa, menyebabkan Wong terdedah kepada pelbagai kritikan.

Difahamkan bahawa penyandang DUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong dijangka bertanding bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, sekiranya Wong menolak tawaran itu.

Ketika dihubungi hari ini, Chiong tidak mengesahkan perkara itu dan menegaskan perkara itu akan diumumkan parti dalam tempoh minggu ini.

"Saya akan biar parti umumkan (sama ada saya bertanding di Cameron Highlands atau pun tidak)," jawabnya ringkas.

Syefura juga berkata bahawa isu mengenai calon akan diumumkan oleh Loke minggu ini dan dia tidak boleh mendahuluinya.

“Maaf, saya tak boleh sahkan apa-apa selagi belum diumumkan oleh Anthony Loke. Difahamkan dalam masa terdekat akan dibuat,” katanya.

Selain Bentong dan Cameron Highlands, DAP Pahang akan bertanding di Raub dan Lipis.

Satu lagi sumber DAP memberitahu bahawa terdapat dua calon berpotensi untuk Raub, iaitu penyandang kerusi Parlimen itu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, dan ADUN Tras Chow Yu Hui.

Sementara itu, Lipis adalah kerusi parlimen baru yang diperuntukkan kepada DAP untuk pilihan raya kali ini dan difahamkan parti itu mungkin akan meletakkan muka baru berlatar belakang perkhidmatan awam.

Ini adalah kali pertama parti itu akan bertanding di Lipis selepas jurang 36 tahun. #sumber

Share:

PRU-15: Perikatan Nasional Rahsiakan Dahulu 'Calon' Menteri Besar Pahang !

 

BENTONG - Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai calon Menteri Besar Pahang jika dapat menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini tetapi enggan menamakannya pada waktu ini.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, calon dicadangkan itu sudah mendapat persetujuan tiga parti gabungan dan akan diumumkan pada masa yang sesuai sama ada sebelum atau selepas PRU15.

“Kita sudah pun ada calon Menteri Besar dalam kalangan tokoh PN, kita akan umumkan pada masa yang bersesuaian.

“Kami bersepakat dalam melantik calon Menteri Besar dan pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga dalam keadaan yang mesra dan masing-masing bersepakat dan bertekad untuk  menawan negeri ini,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Deepavali  PN peringkat negeri  di sini hari ini.  

Menurut Saifuddin, PN Pahang sudah pun selesai pembahagian kerusi dan calon yang akan bertanding di 14 Parlimen dan 42 DUN dan bagaimanapun bergantung kepada persetujuan PN Pusat.

“Calon yang kita putuskan untuk bertanding di Pahang mempunyai kredibiliti serta berkemampuan mendekati pengundi seterusnya dapat memenangi kawasan berkenaan.

“Kita sudah bersiap siaga membuka semua pusat operasi untuk berkempen di setiap Parlimen dan DUN serta strategi bagi menggempur kubu Barisan Nasional (BN) selepas mengumumkan calon nanti,” katanya.

Ditanya khabar angin PN akan meletakkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di kerusi Parlimen Jerantut, jelas beliau, itu hanyalah desas-desus.

“Itu desas-desus. Sebagai ahli parti, kita mesti mematuhi pucuk pimpinan tertinggi yang menentukan kawasan yang akan ditandingi.

“Saya pun ingin bertanding di Parlimen Temerloh, tetapi pucuk pimpinan PN meminta saya bertanding di Indera Mahkota sebelum ini,” ujarnya. #sumber

Share:

Nizar Di Lihat Makin Hampir Pasti Ganti Najib 'Tanding' Di Kerusi Parlimen Pekan

 

PEKAN - Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Razak kini dilihat kian aktif dan mula turun padang di kawasan Parlimen Pekan.

Tindakan Nizar Najib itu dianggap satu lagi isyarat jelas bahawa dia bakal diturunkan sebagai calon untuk UMNO-BN pada bulan depan.

Ia berlaku setelah peluang Najib yang juga penyandang kerusi itu untuk mempertahankan Parlimen Pekan semakin tipis.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.

Lebih menguatkan spekulasi itu apabila Facebook rasmi Najib turut memuat naik video khas Nizar yang memaklumkan hasratnya ingin "terus berkhidmat" kepada masyarakat Pekan.

Menerusi video berkenaan Nizar menceritakan perjalanan kariernya sehingga menceburi bidang politik.

Nizar juga dilihat turun padang bersama UMNO bahagian menjalankan gerak kerja bagi menghadapi PRU ke-15.

Anak sulung Najib hasil perkahwinannya dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan.

Sementara itu, sumber UMNO ketika dihubungi Malaysiakini memaklumkan Nizar hampir pasti akan menggantikan Najib bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan.

Katanya, aura Najib masih kuat meskipun bekas perdana menteri itu kini sedang menjalani hukuman di penjara Kajang.

"Saya boleh mengatakan hampir pasti Nizar akan menggantikan Najib di Pekan. Dia juga telah lama bergiat aktif dengan bapanya di Pekan sebagai Ketua Pemuda.

"Itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Nizar untuk bertanding di Pekan. Apatah lagi aura 'bosku' masih kuat di Pekan.

"Namanya juga pernah dicalonkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini sebelum ini," katanya.

Pada 21 Okt lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan tiga hari bermula 19 Jan untuk mendengar permohonan Najib Razak bagi menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yussoff dan Siti Hajar Mustaffa yang mendengar pengurusan kes menetapkan 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan itu. #sumber

Share:

Calon MB PN Pahang Dari PAS, Saifuddin Sedia Mempertahankan Indera Mahkota !

 

KUANTAN - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Dato' Sri Saifuddin Abdullah hampir pasti mempertahankan kerusi parlimen Indera Mahkota yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata, namanya sudah dicadangkan oleh PN Bahagian Indera Mahkota kepada pucuk pimpinan untuk bertanding semula di kerusi berkenaan.

"Kalau ikut bahagian saya (Bersatu Indera Mahkota) dan PN Indera Mahkota, mereka mencadangkan saya bertanding semula di sini (parlimen Indera Mahkota).

"Saya bersedia untuk bertanding semula, apa-apa pun, bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh majlis tertinggi PN," katanya ketika ditemui media selepas program gerai prihatin rakyat peringkat PN Indera Mahkota di sini semalam.

Program itu menawarkan pakej barangan dapur merangkumi beras, minyak masak, ayam segar, bawang dan kentang pada harga RM30.

Saifuddin memenangi kerusi parlimen Indera Mahkota pada PRU14 dengan majoriti 10,950 undi.

Dia yang ketika itu mewakili Pakatan Harapan (PH) mendapat 28,578 undi menewaskan calon daripada BN, Dr Johan Mat Sah (17,628 undi) dan calon PAS, Nasrudin Hassan Tantawi ( 17,515 undi).

Ketika diminta mengulas mengenai calon menteri besar jika PN Pahang berjaya menumbangkan kerajaan Pahang yang kini diterajui Umno, Saifuddin berkata, kemungkinan besar calon dari PAS akan mengisi jawatan itu.

ADS

"Dalam PN (Pahang), kita tak berebut untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN) atau parlimen dan kalau dikira, saya (Bersatu) pengerusi PN Pahang, tetapi kerusi DUN paling banyak ditandingi calon daripada PAS.

"Kebiasaanya, parti yang paling banyak kerusi DUN akan dipilih sebagai MB (Menteri Besar), jadi boleh dikatakan, calon MB adalah daripada PAS," katanya lagi.

Saifuddin turut memaklumkan penyerahan watikah kepada semua calon PN Pahang akan diadakan beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

"Biasanya watikah ini diberikan beberapa hari sebelum penamaan calon, bagi PN Pahang, kita bukan saja serah watikah, kita juga akan meminta semua calon parlimen dan DUN angkat sumpah ikrar untuk tidak terlibat dalam rasuah," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis mengumumkan tarikh penamaan calon untuk PRU15 ditetapkan pada 5 November, manakala tarikh untuk pengundian awal 15 November dan tarikh mengundi pula pada 19 November ini. #sumber

Share:

PRU-15: Pakatan Harapan (PH) 'Tolak' Kerjasama Dengan Gerakan Tanah Air

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail, menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

"Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Tapi Pakatan Harapan akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.

"Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya," katanya.

Senalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA dan Penasihat Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), menyatakan kesediaan bertemu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.

Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan keyakinan mempunyai matlamat yang sama dengan Anwar dalam mengetepikan Barisan Nasional (BN), malah sedia mengambil langkah pertama ke arah kerjasama itu.

Mengulas perkembangan itu, Anwar menegaskan tiada masalah bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir mengenai kerjasama politik menjelang PRU15.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu menegaskan, perkara yang ditekankan PH ialah kepentingan melawan Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Atas kapasiti Pengerusi BERSATU, Dr Mahathir dan Anwar bekerjasama menewaskan BN dalam PRU14 pada 2018 di bawah naungan PH yang turut disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dr Mahathir kemudian meninggalkan BERSATU yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH, sebelum mengasaskan PEJUANG dan disusuli pembentukan GTA yang membariskan parti berasaskan Melayu.

GTA turut dianggotai badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan profesional. #sumber

Share:

Kutipan Kompaun RM1.83 Juta Di Kutip Kerana Kesalahan 'Merokok' Di Pahang !

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM1.83 juta melalui operasi penguatkuasaan bersepadu larangan merokok bagi tempoh 1 Januari hingga semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata jumlah itu hasil daripada 7,645 notis kompaun yang dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Katanya, kesalahan merokok yang paling banyak dikesan ialah di kompleks beli-belah dan kedai maka

"Oleh itu, JKN Pahang akan meneruskan operasi penguatkuasaan PPKHT 2004 bagi membendung tabiat merokok dan melindungi orang ramai daripada bahaya rokok," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Katanya, operasi terbaharu selama dua hari berakhir semalam dijalankan serentak di semua daerah di Pahang membabitkan 372 lokasi dengan 229 notis kompaun berjumlah RM53,850 dikeluarkan.

"Kita juga mengesan 27 inidividu bawah umur merokok, menghisap vape dan memiliki hasil tembakau ketika operasi dilaksanakan. Daripada jumlah itu, 18 individu dikesan di kompleks beli-belah, enam di kedai makan, dua di taman awam dan seorang di hentian pengangkutan awam.

"Mereka akan dikenakan kompaun minimum RM50 setiap seorang dan diberi nasihat agar berhenti merokok melalui perkhidmatan berhenti merokok yang ditawarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Selain itu, notis kompaun juga dikeluarkan kepada seorang penjual rokok kerana gagal mempamerkan tanda larangan penjualan rokok kepada pelanggan bawah 18 tahun," katanya. #sumber


Share:

Pemerhati Politik: 'Media Sosial' Akan Uji Kematangan Pengundi Muda Pada PRU15

KUALA LUMPUR - Pada 19 Nov ini, rakyat akan memilih malim baharu untuk tempoh lima tahun akan datang, dan dijangka lebih 21 juta pengundi termasuk 34 peratus pemilih baharu terlibat pada pilihan raya umum kali ini.

Sekalipun tempoh rasmi berkempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini hanya akan bermula pada 5 Nov depan, iaitu selepas selesainya penamaan calon, ahli politik sebenarnya telah “saling berperang” sejak beberapa tahun lepas dengan media sosial menjadi antara platform utama bagi menyampaikan maklumat, baik tentang diri mereka ataupun pihak lawan, kepada masyarakat.

Menariknya PRU15 ini bakal menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi muda berusia 18 tahun ke atas, iaitu generasi Z yang lahir ketika era letusan teknologi maklumat (IT) serta membesar sebagai celik IT dan rata-rata adalah “pakar” media sosial, membuang undi buat pertama kali.

Menimbang senario tersebut, timbul persoalan tentang “kematangan” pengundi muda ini dalam membuat pilihan, terutama  di tengah-tengah ledakan pelbagai maklumat termasuk cerita-cerita rekaan yang dilihat pemerhati mampu mempengaruhi trend undi generasi Z ini.

Berita negatif lebih menarik

Menurut pemerhati politik yang juga personaliti media sosial Tai Zee How, umumnya golongan ini banyak bergantung pada media sosial bagi mendapatkan maklumat.

“Pengguna media sosial ketika ini turut menunjukkan semakin ramai rakyat negara ini berminat dengan politik berbanding dahulu,” ujarnya kepada Bernama.

Bagaimanapun kata Tai, rata-rata pengamal media sosial lebih tertarik kepada maklumat-maklumat bersifat negatif, iaitu hal-hal buruk, sekali gus membuka ruang kepada peningkatan penyebaran berita palsu khususnya pada PRU ini.

Dari satu sudut katanya, kebergantungan pada media sosial dan sumber lain sebagai penyalur berita turut mencerminkan kematangan masyarakat kerana mereka tidak lagi menerima bulat-bulat maklumat yang disebar, khususnya jika diketahui sumber berita itu dikawal oleh pihak-pihak tertentu.

 “Kematangan mereka boleh diukur berdasarkan pandangan serta maklumat yang mereka kongsikan dan ini boleh dijadikan panduan dalam menilai trend pengundian mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun kata beliau, tahap kematangan seseorang itu tidak sama kerana ada faktor lain yang mempengaruhi termasuk kedudukan sosioekonomi, kaum, umur, kawasan tempat tinggal, pekerjaan dan jantina mereka.

Lambakan maklumat

Mengambil kira populariti media sosial dalam pilihan raya umum di beberapa negara sebelum ini, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) percaya senario serupa juga tidak terkecuali di negara ini.

Malah katanya penggunaan Internet secara meluas sebagai medium penyebaran maklumat sudah berlaku pada PRU13. 

“…ketika PRU13, ia digelar pilihan raya media sosial kerana menggunakan sepenuhnya medium tersebut untuk menyalurkan maklumat.

“PRU14 pada 2018 pula lebih menjurus kepada ‘Pilihan Raya Facebook’ dan kali ini, dijangkakan Tik Tok yang berkonsepkan video berdurasi pendek digunakan secara meluas semua parti politik,” kata penganalisis politik dan media sosial itu kepada Bernama.

“Gelombang Tik Tok tidak dapat dielakkan berikutan platform ini sedang meraih populariti tertinggi dalam pilihan raya di beberapa negara seperti Jerman, Colombia, Filipina dan Amerika Syarikat.

“Selain itu, ia juga dilihat sedang membentuk ‘inkubator utama’ bagi maklumat tidak berasas dan mengelirukan dalam banyak cara, berbanding Facebook dan Twitter yang (boleh) menjejaki kepalsuan dalam talian,” katanya.

Bagaimanapun katanya penggunaan tidak wajar yang keterlaluan platform itu boleh memberikan kesan sebaliknya termasuk menimbulkan rasa “muak dan tidak percaya pengamal media sosial lain.”

“Ini juga boleh meningkatkan pengundi atas pagar dan kita bimbang jika mereka mengambil keputusan tidak mengundi. Tidak kira apa platform pun yang digunakan, penyaluran maklumat haruslah beretika,” tegasnya yang turut mengingatkan tentang kemunculan lasykar siber, khususnya untuk “menyerang” kredibiliti calon lawan.

Cakna agenda

Bagi memastikan pilihan tepat,  Felow Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir menasihati pengundi muda terutamanya agar tidak menerima begitu sahaja maklumat yang disebarkan melalui platform media sosial.

“Penting untuk khalayak muda tidak telan bulat-bulat setiap hantaran media sosial kerana ada dalam kalangan kandungan-kandungan tersebut membawa agenda tersendiri. Jika ditelan bulat-bulat, maka mereka akan mempercayainya dan seterusnya membuat keputusan berdasarkan pengaruh kandungan media sosial itu,” katanya.

Sebaliknya kata beliau, pengundi harus menimbang dan membuat semakan fakta termasuk meneliti laporan-laporan daripada sumber lain, khasnya yang dilaporkan oleh wartawan terlatih, bagi menentukan kesahihan berita. 

Katanya mereka juga perlu ingat bahawa keputusan yang dibuat pada 19 Nov ini adalah untuk lima tahun akan datang.

“…bertindak terburu-buru dalam membuat keputusan ketika PRU akhirnya akan mendatangkan kemudaratan kepada kawasan dan calon yang mereka undi,” ujarnya. #sumber

Share:

Gerakan Tanah Air (GTA) 'Sedia' Tanding Semua Kerusi Parlimen Di Negeri Pahang

KUANTAN - Senarai calon Gabungan Tanah Air (GTA) untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang belum dimuktamadkan.

Timbalan Pengerusi GTA Pahang, Ir Rosminahar Mohd Amin berkata, perkara itu akan diputus dan diumumkan kepimpinan gabungan itu sebelum tarikh penamaan calon yang dijadualkan pada 5 November depan.

Menurutnya, GTA Pahang tetap dengan komitmen untuk bertanding di semua 14 kerusi Parlimen di Pahang seperti diumumkan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Ada beberapa kawasan telah ada keputusan calon yang akan bertanding dan ada sebahagiannya masih dalam proses perbincangan.

"Bagi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), antara kerusi yang diintai untuk diletakkan calon ialah Indera Mahkota, Paya Besar, Temerloh, Lipis, Kuala Krau dan Pekan.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada keputusan ditetapkan kepimpinan gabungan," katanya.

Beliau yang juga Ketua Negeri Pejuang Pahang berkata demikian ketika ditemui di pejabat Pejuang Pahang,Indera Mahkota di sini pada Sabtu.

Turut serta, Penyelaras Pejuang Parlimen Indera Mahkota merangkap Setiausaha GTA Pahang, Mejar (B) Anuar Mohd Tajuddin; Ketua Penerangan Pejuang Pahang, Mohd Firdaus Hashim dan Penyelaras Pejuang DUN Beserah, Mohd Pauzi Taib.

Rosminahar berkata, pada masa sama beberapa kerusi DUN Pahang turut menjadi perhatian parti itu pada PRU-15 ini.

"Walaupun sebagai parti baharu, Pejuang bersama GTA mempunyai barisan kepimpinan yang berpengalaman luas dan konsisten dalam memperjuangkan nasib orang Melayu termasuk Tun Mahathir.

"Seiring dengan matlamat kami membela bangsa dan menolak kleptokarasi, Pejuang dan GTA dilihat mampu mencabar UMNO/BN di negeri ini," katanya.

Sementara itu katanya, isu Felda antara keutamaan yang akan diberi perhatian dan diperjuangkan Pejuang bersama GTA sekiranya gabungan itu diberi mandat pada PRU15.

"Keutamaan itu selari dengan matlamat Pejuang untuk memartabatkan bangsa kerana isu Felda berkait rapat dengan orang-orang Melayu.

"Isu seperti penyelesaian hutang peneroka, pemilikan dan warisan tanah serta pendapatan golongan itu perlu diselesaikan bagi mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

"Sudah tiba masanya, isu-isu Felda itu diselesaikan bagi memberi peluang kepada peneroka berdikari dengan mengusahakan sendiri ladang mereka kerana ia lebih menjamin peningkatan pendapatan golongan itu," jelasnya.

Rosminahar berkata, pada masa sama, Pejuang dan GTA Pahang melihat perlunya penambahbaikan dalam urus tadbir terutama melibatkan isu alam sekitar dan penerokaan sumber alam.

"Isu alam sekitar berkait dapat pelbagai masalah yang membelenggu kehidupan rakyat disebabkan pengurusan yang kurang sistematik dan tidak telus.

"Pahang sebuah negeri besar dan kaya dengan hasil bumi termasuk balak dan pelbagai mineral berharga yang perlu diurus dengan lebih sistematik serta telus supaya hasilnya dapat dioptimumkan.

"Bagaimanapun, perkara itu tidak boleh dilihatkan kepada hasil semata-mata sebaliknya impak daripada penerokaan alam itu perlu diberi perhatian kerana boleh membawa kepada isu alam sekitar yang serius," jelasnya.

Menurutnya, aktiviti pembalakan, perlombongan dan pembangunan lain yang tidak terkawal akan menyumbang kepada pelbagai masalah seperti pencemaran sumber air serta risiko bencana.

"Beberapa perkara lain yang menjadi keutamaan Pejuang dan GTA Pahang termasuk dalam soal pendidikan, pembangunan infrastruktur dan langkah meminimumkan impak bencana terutama banjir di negeri ini demi menyelamatkan nyawa dan harta benda rakyat" katanya. #sumber

Share:

GTA Tak Kisah Untuk Kerjasama Dengan PH Atau PN, Elakkan 'Pertindihan' Calon

ALOR SETAR - Gerakan Tanah Air (GTA) bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti pada pilihan raya umum nanti, kata Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Datuk Seri Muhkriz Mahathir. 

Katanya, terdapat dua kaedah bagi GTA untuk membentuk kerjasama politik iaitu menyertai gabungan parti politik atau melakukan pakatan pilihan raya bagi mengelakkan pertindihan calon di sesuatu kerusi.

Mukhriz yang juga Presiden PEJUANG berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan gabungan parti politik tertentu untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan ataupun tidak.

"Kita tidak kisah sangat dengan mana satu (PH atau PN), tapi setakat ini saya ingat adalah sedikit respons positif daripada PN, dengan PH itu saya baru dengar yang (Pengerusi Penaja GTA) Tun Dr Mahathir (Mohamad) buat kenyataan menerusi video itu (semalam) yang dia pun terbuka kalau PH nak berbincang," katanya dipetik Bernama ketika mengadakan sidang media di sini hari ini.

Sementara itu Mukhriz berkata GTA menyasarkan untuk bertanding di 10 kerusi Parlimen di Kedah pada PRU 19 Nov ini.

Menurutnya, kerusi yang disasarkan gabungan politik itu ialah kerusi luar bandar yang kebanyakannya kawasan kuat UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, dia berkata GTA masih membuat penilaian terhadap beberapa kerusi yang hendak ditandingi berdasarkan beberapa kriteria sebelum memuktamadkan sama ada akan meletakkan calon atau tidak pada PRU nanti.

"Kita lihat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi, antara lain sentimen sesuatu kawasan itu terhadap suasana politik masa kini dan apa pendirian mereka (penduduk kawasan itu) berkenaan dengan GTA.

"Kemudian jumlah ahli keseluruhan parti dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam GTA, adakah kita mempunyai jentera yang terlatih untuk melakukan kerja-kerja kempen dan sebagainya dan adakah kita mempunyai calon yang sesuai," katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Jerlun itu berkata, GTA mempunyai jentera mencukupi untuk menghadapi PRU15 selain calon yang akan diketengahkan terdiri daripada mereka yang dikenali di kawasan ditandingi.

GTA merangkumi Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) and Parti Ikatan India Muslim Nasional (IMAN).#sumber

Share:

Anwar Tiada Masalah Jumpa Dr Mahathir Bincang 'Isu Yang Di Perjuang' Bersama !

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Sei Anwar Ibrahim berkata dia tiada masalah untuk bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan hendaklah menjurus kepada isu-isu yang diperjuangkan gabungan utama pembangkang itu.

“Tak ada masalah, boleh jumpa boleh bincang. 

“Tetapi selalu saya tekankan, yang penting, mengapa kita nak lawan BN, PN.

“(Kerana) dasarnya, (kita) tolak rasuah, soal tata kelola baik, tolak perkauman yang melampau. Kalau isu isu itu saya tiada masalah,” katanya

Pertemuan bersejarah dua seteru lama di mahkamah sebelum PRU14

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas acara sempena ketibaan Deepavali di Klang sebentar tadi.

Mahathir hari ini dilihat sekali lagi menghulurkan tangan perdamaian kepada Anwar, kira-kira sebulan menjelang pilihan raya umum pada 19 November.

Dalam video yang dikeluarkan hari ini, bekas perdana menteri dua kali itu berkata dia sedia bertemu dengan Anwar dan bersedia mengorak langkah ke arah itu.

Tidak kisah dianggap menjilat ludah, Mahathir berkata dia sedia melakukan perkara itu bagi menyelamatkan Malaysia, seperti yang dirintisnya pada 2018 untuk menjatuhkan Najib Razak.

Anwar dan Mahathir terkenal dengan hubungan mereka yang penuh warna-warni termasuk beberapa kali menjadi kawan dan lawan.

Kejatuhan kerajaan PH melalui pembelotan Bersatu serta sekumpulan ahli parlimen PKR kembali mengeruhkan hubungan mereka dengan kebanyakan penyokong Anwar meletakkan kesalahan di bahu Mahathir.

Mahathir dan penyokongnya pula menuding kepada Anwar atas kejatuhan kerajaan PH.

Pembangkang kini terpecah ketika tiga blok iaitu PH dan dua gabungan parti-parti Melayu iaitu

Gabungan Tanah Air (GTA) pimpinan Mahathir dan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin Yassin. #sumber

Share:

Dr M Mahu Berdamai Lagi Dengan Anwar, Tidak Kisah Andai Di Dakwa 'Jilat Ludah' !

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menghulurkan tangan pendamaian dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang pilihan raya umum bulan depan.

Kata Mahathir, jika perlu memulakan langkah itu, dia akan melakukannya demi mengelakkan kerosakan pada negara.

“Saya bersedia bertemu dengan Datuk Seri Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya.  

“Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan,” katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu juga berkata, dia tidak kisah jika dengan tindakan itu akan ada pihak menganggap dia menjilat semula ludah sendiri.

Menjelaskan cadangannya itu Mahathir berkata, apa yang penting dicapai oleh kedua-dua pihak adalah menyekat parti lain daripada merosakkan negara.

"Kejatuhan Najib Razak menunjukkan kita boleh boleh bekerjasama," katanya dalam pesanan video yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Sejarah hubungan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu memang panjang dan mengalami naik turun yang ketara.

Pada 1998 perseteruan kedua-dua mereka mencapai kemuncak apabila Anwar dipecat daripada kerajaan serta parti dan membawa kepada pendakwaan ke atasnya di mahkamah.

Perlu satu lagi pertemuan

Di sebalik kekeruhan berkenaan, Anwar dan Mahathir berdamai ketika parti pembangkang bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Pada Sept 2016 atau hampir 20 tahun Tun Mahathir menemui Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan detik bersejarah itu kemudian berlanjutan kepada pembentukan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan BERSATU.

Kejatuhan kerajaan PH melalui pembelotan BERSATU serta sekumpulan ahli parlimen PKR kembali mengeruhkan hubungan kedua-dua mereka dengan kebanyakan penyokong Anwar meletakkan kesalahan kepada Mahathir.

Mahathir dan penyokongnya pula menuding kepada Anwar atas kejatuhan kerajaan PH.

Ketika ini, kata Mahathir, keadaan semasa politik memerlukan satu lagi pertemuan dengan Anwar.

Anwar  sebelum ini membayangkan masih ada ruang untuk PH bekerjasama dengan Mahathir dan BERSATU melalui syarat tertentu.

Namun PAS yang menjadi parti komponen Perikatan Nasional menolak sekeras-kerasnya kerjasama dengan PH.

Pada masa sama penyokong PH menganggap sebelum ini Mahathir gagal menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar jika gabungan tersebut berjaya membentuk kerajaan melalui PRU ke-14. #sumber

Share:

Tun Mahathir Mahu SPR Cegah Pengundi Bawa Telefon Bimbit Untuk Elak Rasuah !

PUTRAJAYA - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG),Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan telefon bimbit di pusat pengundian ketika proses pembuangan undi nanti.

Kata bekas Perdana Menteri itu, penggunaan telefon bimbit semasa proses mengundi boleh menidakkan kerahsian malah mendorong kepada perbuatan rasuah.

"Parti boleh guna maklumat untuk sogokan.

"Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang.

"Tidak bolehkah SPR tegah (pengundi) membawa telefon bimbit semasa mengundi?" tulis penyandang ahli Parlimen Langkawi itu di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu hari ini SPR menetapkan tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung pada 19 November ini.

Hari penamaan calon pula pada 5 November, dengan tempoh berkempen 14 hari.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abd Ghani Salleh pada sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.

PRU-15 diadakan selepas Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membubarkan parlimen pada 10 Okt lalu.

Menurut Mahathir ketika ini masih banyak kelemahan dalam pelaksanaan pilihan raya oleh SPR. Bagaimanapun dakwanya badan itu tidak mempedulikan saranan yang dikemuka.

"Jika tidak dibetulkan rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya," katanya lagi. #sumber

Share:

PRU-15: Tarikh Hari Pengundian Pada 19 November, Penamaan Calon 5 November

PUTRAJAYA - 19 November ditetapkan sebagai tarikh hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menetapkan penamaan calon pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

Pengumuman dibuat Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRU15, di sini, hari ini.

Menurutnya, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat berhubung dengan pengisytiharan pembubaran Parlimen penggal yang ke-14 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 11 Oktober lalu.

SPR juga, katanya telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri/Dewan Negeri (DUN) Yang Ke-14 bagi tiga (3) negeri iaitu Pahang dan Perlis bertarikh 14 Oktober 2022 (Jumaat), serta Perak bertarikh 17 Oktober 2022 (Isnin) daripada Speaker DUN masing-masing.

Seterusnya, ujar beliau pemakluman rasmi juga telah diterima daripada Speaker DUN Sabah setelah Proklamasi Darurat (No.3), dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) dibatalkan, mengenai kekosongan bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri N.66 Bugaya, Sabah pada 12 Oktober 2022 (Rabu).

Sehubungan itu, jelasnya SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan memutuskan satu PRU15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, serta 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak.

Pada masa yang sama, katanya PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Beliau berkata, bagi menjalankan proses PRU15 dan PRK DUN N.66, Sabah, SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 1,264 orang Penolong Pegawai Pengurus.

“Manakala bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR akan menubuhkan 625 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding,” ujarnya lagi. #sumber


Share:

JPJ Saman Sembilan Pemandu Gara-Gara Gagal Patuhi Larangan Di Waktu Terhad !

KUANTAN - Sembilan kenderaan perdagangan termasuk treler dikenakan tindakan saman selepas dikesan mengabaikan isyarat lalu lintas larangan pada waktu terhad dalam Ops Khas Papan Tanda di Jalan Permatang Badak di sini, pada Selasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, Jalan Permatang Badak merupakan antara lokasi laluan terhad di daerah ini.

Menurutnya, operasi bermula jam 4 hingga 7 petang itu memberi fokus kepada kenderaan barangan dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi lima tan yang melalui laluan tersebut pada waktu terhad antara jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang dan 4 hingga 7 petang.

"Hasil operasi itu didapati, ada pemandu gagal mematuhi larangan itu dan tindakan telah diambil ke atas mereka.

"Notis saman dikeluarkan bagi kesalahan berkenaan bagi mendidik dan memberi pengajaran kepada pemandu supaya tidak mengulangi kesalahan sama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kamarul Iskandar berkata, larangan itu dikuatkuasakan bagi mengelakkan trafik menjadi sesak pada waktu puncak.

"Selain itu, ia juga mengambil kira rungutan dan faktor keselamatan orang awam terutamanya pengguna kenderaan kecil yang melalui laluan berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata, mengabaikan isyarat lalu lintas berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Jika sabit kesalahan, pemandu terlibat boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000," jelasnya.

Sementara itu, Kamarul Iskandar berkata, dalam operasi sama, sebanyak 211 kenderaan telah diperiksa dan 65 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dengan 119 kes dikesan.

"Antara kesalahan paling banyak dikesan, tiada lesen memandu (30 kes), cukai jalan tamat tempoh dan tiada pelindungan insurans (26 kes)," katanya.

Menurutnya, sebarang aduan trafik boleh disalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ. #sumber

Share:

Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota 'Perkukuh' Jentera Bagi Hadapi PRU-15 !

KUANTAN - Tiga parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Indera Mahkota telah mengadakan perjumpaan bagi memperkukuh dan memantapkan lagi jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pada retreat yang diadakan di sini semalam, PAS, BERSATU dan GERAKAN mencapai kata sepakat untuk bekerja dalam satu pasukan di setiap Unit Daerah Mengundi (UDM) di DUN Beserah dan Semambu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Indera Mahkota, Andansura Rabu berkata, ketiga-tiga parti komponen PN itu telah mencapai kesepakatan untuk menggabungkan segala jentera dan tugasan yang ada.

Tambahnya, retreat itu diadakan untuk saling berkenalan dalam kalangan jentera parti di samping merancang gerak kerja bersama dengan hala tuju yang satu.

Beliau yakin dan optimis dengan kesiapsiagaan ketiga-tiga gabungan parti itu, PN mampu untuk merealisasikan PN Teraju Pahang pada PRU15 ini.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, DatO' Sri Saifuddin Abdullah berkata, walaupun ketiga-tiga parti itu berbeza latar belakang, namun matlamat perjuangan adalah sama.

Tambahnya, PN ada matlamat yang murni dan suci untuk menegakkan kebenaran, keadilan, kesaksamaan, perpaduan, kemakmurn rakyat dan bersama-sama membanteras kemungkaran, rasuah, salah guna kuasa dan segala yang merosakkan masyarakat.

Beliau seterusnya mengharapkan gabungan jentera parti secara rasminya itu dapat melaksanakan kerja dengan baik sebagai satu pasukan yang tersusun rapi.

Pengerusi GERAKAN Indera Mahkota, Chan Chee How pula melahirkan rasa gembira dengan suasana harmoni ketiga-tiga parti komponen PN itu dapat mencapai kata sepakat dalam gerak kerja pilihan raya demi mencapai kemenangan pada PRU-15. #sumber

Share:

PAS Pahang Sudah Buat Persiapan, Akan Guna 'Logo PN' Untuk Bertanding PRU-15

KUANTAN- PAS Pahang sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangka akan berlangsung pada bulan November ini, dan kesemua parti komponen di bawah Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk hanya menggunakan logo PN. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, parti komponen yang berada di bawah PN di negeri Pahang terdiri daripada PAS, BERSATU dan GERAKAN telah pun selesai membuat persiapan menghadapi PRU kelak. 

“Perkara asas yang utama tentang agihan kerusi, alhamdulillah telah selesai dengan penuh harmoni antara PAS, BERSATU dan GERAKAN

“Namun begitu, agihan kerusi bagi negeri Pahang yang akan bertanding pada PRU15 akan diumumkan kemudian,” jelasnya.  

Menurut beliau, di pihak PAS sendiri, persetujuan untuk hanya menggunakan logo PN bagi kesemua parti komponen di bawah PN di Pahang yang akan bertanding pada PRU15 telah ditetapkan oleh PAS Pusat. 

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota turut memberitahu, penggunaan logo yang berasingan antara PAS, BERSATU dan GERAKAN bukan satu keperluan, sebaliknya tumpuan lebih kepada usaha bagi memastikan parti menang dan terus menerajui kepemimpinan negeri.

Terdahulu, Andansura  turut memberitahu bahawa pada 10 Oktober  lalu, Pahang telah menyempurnakan majlis pelancaran Perikatan Nasional (PN) yang bertempat di Kompleks Al Makmur Kerdau, Temerloh, Pahang yang  dirasmikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah Andansura, jentera PN kini sudah bersedia dengan perancangan gerak kerja dalam menghadapi PRU-15.

“Sehingga kini, respons yang diterima daripada seluruh jentera yang berada di bawah PN adalah sangat positif dan suasananya sangat baik untuk Pahang menuju PRU-15 kelak,” katanya. #sumber

Share:

PRU-15: Saifuddin Abdullah Sedia Untuk 'Pertahankan' Parlimen Indera Mahkota !

SEPANG - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu bergantung kepada kepemimpinan tertinggi.

"Saya sememangnya bersedia jika dicalonkan bertanding bagi meneruskan khidmat kepada rakyat di kawasan itu.

"Sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan, saya menyerahkan kepada Perdana Menteri yang dipilih ketika itu untuk meletakkan mana-mana calon yang layak di peringkat Kabinet.

"Kita tak boleh tempah mana-mana jawatan dalam Kabinet atau kembali semula ke kementerian yang pernah diterajui (Kementerian Luar) sebelum ini," katanya selepas menyambut kepulangan rakyat Malaysia, Azhar Mohamad, 37, yang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Chungbuk National University, Cheonjung, Korea Selatan akibat strok bahagian kanan badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Pada PRU-14, Saifuddin memenangi kerusi Parlimen Indera Mahkota atas tiket PKR, sebelum keluar parti itu dan menyertai BERSATU

Saifuddin berkata, setakat ini tiada siapa yang tahu akan menjadi calon dan ia bergantung kepada keputusan pimpinan tertinggi parti.

"Jentera PN di Indera Mahkota sudah bersiap siaga dengan kerjasama BERSATU, PAS dan GERAKAN, termasuk beberapa siri mesyuarat jentera pilihan raya yang diadakan secara baik.

"Melihat kepada sokongan pengundi di Indera Mahkota kepada PN, saya berpandangan peluang untuk memenangi kerusi Parlimen ini adalah cerah," katanya. #sumber

Share:

Gerakan Tanah Air (GTA) 'Kemungkinan' Pertimbangkan 'Kerjasama' Dengan PN !

PUTRAJAYA – Gerakan Tanah Air (GTA) tidak menolak mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pertimbangan itu akan dibuat sekiranya prinsip PN adalah sama dengan gabungan baharu itu.

“Itu kita nak timbang (kerjasama dengan PN) kalau mereka sependapat dengan kita dan tak terlibat dengan dasar dan prinsip.

“Mungkin akan ada kerjasama dengan mereka,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Mahathir berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pihaknya akan meneliti keputusan kerjasama dengan GTA bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Itu kita nak timbang (kerjasama dengan PN) kalau mereka sependapat dengan kita dan tak terlibat dengan dasar dan prinsip.

“Mungkin akan ada kerjasama dengan mereka,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Mahathir berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan pihaknya akan meneliti keputusan kerjasama dengan GTA bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu memberitahu, musuh utama gabungan parti politik tersebut adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kita bermusuh dengan UMNO kerana kalau menang akan rosak habis negara kita,” dakwanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sekiranya GTA bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) gabungan parti itu akan kehilangan undi orang Melayu.#sumber

Share:

Seramai 107 'Pelajar' Sekolah Menengah Pendidikan Khas Ikuti Simulasi Mengundi

KUANTAN - Seramai 107 pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Vokasional Kuantan mengikuti simulasi pilihan raya di Dewan Ibnu Al Awwam, di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada pelajar istimewa yang kali pertama berpeluang untuk mengundi pada usia 18 tahun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengetua SMPK Vokasional Kuantan, Najib Muhamad, berkata mereka yang layak mengundi terdiri daripada 13 pelajar yang menghadapi masalah pendengaran dan 94 pelajar masalah pembelajaran.

Beliau berkata, pihak sekolah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pegawai Jabatan Penerangan Kuantan dan Pahang dibantu guru bagi menjayakan simulasi yang mengikut peraturan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, semua pelajar diberi peluang mengundi bermula daripada semakan, menanda jari dengan pewarna, menanda kertas undi dan mengundi dalam kotak disediakan.

"Simulasi ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar istimewa mengenai cara mengundi yang sebenar dan peraturan yang perlu dipatuhi.

"Bagi pelajar yang menghadapi masalah pendengaran, mereka perlu sentiasa mendapat bimbingan guru sambil menggunakan bahasa isyarat sepanjang perjalanan simulasi," katanya.

Najib berkata, program simulasi yang julung kali diadakan itu diharap dapat memberi pendedahan kepada pelajar istimewa cara mengundi sebenar, seterusnya mereka tidak perlu bimbang apabila tiba hari mengundi sebenar nanti.

Pelajar masalah pendengaran, Ahmad Syamil Adzwan Syamsul Adzrul, 18, berkata dia tidak sabar untuk mengundi pada PRU-15 walaupun masih tidak tahu tempat mengundi.

Katanya, simulasi yang diadakan semalam mengajarnya cara menanda kertas undi dan mengisi dalam dua kotak disediakan.

"Saya berharap pihak SPR dapat menyediakan individu yang boleh menggunakan bahasa isyarat bagi membantu saya," katanya yang berasal dari Muadzam Shah, Rompin.

Rakannya, Yuni Syafiqah Yaakob, 18, yang menghadapi masalah pembelajaran berkata, dia akan bertanya keluarga mengenai calon mana yang akan dipilih pada PRU akan datang.

"Pengalaman simulasi hari ini memberi lebih keyakinan pada saya untuk turut sama pada PRU kali pertama ini," katanya yang berasal dari Jengka Sembilan, Maran. #sumber

Share:

Nizar & Bekas Aktivis DAP Jadi Tumpuan Program UMNO Di Jerantut Malam Tadi !

KUANTAN – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib akan membuat kemunculan dengan berceramah di Felda Padang Piol, Jerantut malam tadi

Kehadiran anak bekas Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak itu sudah pasti menjadi tumpuan warga Felda dan penduduk sekitar.

Lebih-lebih lagi apabila Mohd Nizar disebut-sebut menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Selain Mohd. Nizar, ceramah anjuran Penerangan UMNO Negeri Pahang itu turut disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Budiman Mohd Zohdi.

Sebelum itu, sebelah petang,  Penerangan UMNO Negeri Pahang turut menganjurkan program bersama jentera pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri Tahan di Kampung Labu.

Program bermula pukul 3 petang itu akan menampilkan bekas aktivis DAP, Amran Ahmad yang akan menceritakan pengalamannya ketika bersama parti pembangkang tersebut.

Selain Amran, seorang lagi penceramah ialah Khairul Anwar Ahmad Nadzer. #sumber

Share:

MCA Cadang Bekas Presiden, Liow Tiong Lai 'Calon Tunggal' Di Parlimen Bentong !

KUALA LUMPUR - MCA mencadangkan agar bekas Presidennya, Liow Tiong Lai, sebagai satu-satunya nama untuk dicalonkan sebagai mewakili BN bagi merebut kerusi parlimen Bentong.

Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata keputusan tersebut sudah dipersetujui sejak kira-kira satu setengah tahun lalu.

“MCA telah membuat keputusan untuk menyokong pencalonan semula Liow sejak satu setengah tahun lalu dan dia merupakan calon yang paling layak untuk kawasan Bentong,” katanya melalui hantaran di media sosial.

Tambah Wee walaupun Liow kalah pada PRU lalu dia tetap memberikan khidmat di kawasan tersebut, malah membantu penduduk Bentong jika mereka menghadapi masalah.

“Ketika pandemik Covid-19 melanda, Liow bertungkus-lumus mengumpul dana dan barangan bagi membantu rakyat.

“Dari dahulu sampai sekarang, dia sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan setempat, malah parti-parti komponen BN yang lain,” katanya.

Kenyataan Wee itu dibuat sebagai reaksi MCA kepada kempen DAP mengumpul dana bagi membolehkan parti itu mempertahankan kerusi Bentong.

Liow memenangi kerusi Bentong sejak PRU 1999 dan mempertahankannya sehinggalah pada 2018 apabila dia kalah kepada calon DAP-Pakatan Harapan (PH), Wong Tack.

Wong memperoleh 25,716 undi berbanding Liow 23,684 undi. Seorang lagi calon yang bertanding di Bentong pada 2018 ialah wakil PAS, N Balasubramaniam yang hanya memperoleh 5,706.

Wong mengatasi Liow dengan kelebihan 2,032 undi.

Beberapa hari lalu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata parti itu memerlukan dana yang mencukupi bagi memenangkan calon mereka di Bentong, sekali gus menghalang Liow membuat kemunculan semula di Dewan Rakyat.

Kata Wee, ucapan Loke dalam majlis makan malam itu adalah angkuh serta tidak menghormati doktrin demokrasi

“Apa yang dikatakan Loke bahawa DAP akan mengumpul ‘peluru’ untuk membantu DAP Bentong ‘menembak’ Liow sehingga tersungkur adalah angkuh.

"Ini amat dikesali dan menyedihkan. Ia menunjukkan Loke gagal menghormati semangat demokrasi, " katanya.

Wee juga menegaskan MCA akan menyokong penuh serta membantu Liow merampas kembali kerusi Bentong dalam PRU ke-15.

“Seluruh ahli MCA akan memberikan sokongan tanpa belah bahagi bagi memastikan kemenangan Liow di Bentong, agar dia dapat melaksanakan perancangan dan tugasan yang belum selesai, membawa kesejahteraan kepada penduduk serta mengembalikan pembangunan Bentong ke landasan yang betul,” katanya. #sumber

Share:

Seramai 16,612 Pegawai & Anggota ATM Siap Siaga Hadapi Banjir Seluruh Negara

KUANTAN - Seramai 16,612 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersiap siaga bagi menghadapi banjir, khususnya di 5,496 lokasi hotspot (kawasan panas) banjir di seluruh negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata selain itu, sebanyak 1,102 trak satu tan hingga tujuh tan, 251 unit bot, 295 unit enjin bot dan 5,573 jaket keselamatan disediakan bagi membantu operasi menyelamat mangsa banjir.

Beliau berkata, pegawai dan anggota serta aset ATM itu bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.

"Daripada jumlah ini, kira-kira 146 pegawai dan 4,155 anggota lain-lain pangkat (LLP) akan bertindak sebagai pasukan responder (tindak balas) pertama.

"Pasukan ini akan melaksanakan kerja menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Aset Banjir Kementerian Pertahanan di Pangkalan Udara Kuantan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu, Hishammuddin berkata, misi bantuan Operasi Murni (OP MURNI) akan dilaksanakan di lokasi terjejas banjir jika ada keperluan.

Di samping itu, beliau berkata, pasukan perubatan ATM juga akan memberi bantuan perubatan di PPS.

"Pada masa sama, ATM merancang koordinasi bantuan pesawat udara, memastikan hospital dan pusat perubatan ATM sentiasa dalam keadaan siap siaga, termasuk Hospital Medan.

"ATM turut melaksanakan operasi menghantar barang keperluan ke PPS serta kawasan yang terputus hubungan jalan darat serta memasak di PPS," katanya.

Hishamuddin berkata, kementerian itu turut mengikuti secara rapat dan memandang serius laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung kemungkinan negara akan mengalami hujan lebat berterusan, yang boleh menyebabkan banjir mulai pertengahan bulan depan.

"Sehubungan itu, sejak September lalu, saya sudah mengarahkan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan untuk memastikan kesiapsiagaan anggota ATM terutama di negeri berisiko terjejas berada pada tahap tertinggi," katanya. #sumber

Share:

Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro (I-Push) Bukan Alat Pancing Undi

KUANTAN - Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-Push) bukan alat pancing undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebaliknya itu antara bantuan yang telah dirancang lebih awal untuk disalurkan kepada rakyat.

Tegasnya, pemilihan penerima yang layak juga dilakukan lebih awal iaitu kira-kira 6 hingga 7 bulan yang lalu dengan melalui pelbagai peringkat dan proses pemilihan.

"Kita sudah rancang daripada awal lagi, sebab ia mengambil masa dan proses hendak daftar nama. Kita mahu memastikan mereka yang menerima bantuan ini benar-benar memerlukan dan hari ini (Isnin) ia menjadi kenyataan.

“Kita boleh lihat rekod lampau kerajaan, kita sudah mulakan pada 2018 lagi. Kita bagi bantuan kepada rakyat, bantuan prihatin semasa Covid-19, banjir, Rumah Rakyat Pahang percuma. Ini kita bagi bermula pada tahun 2018 lagi. Jadi ini tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya sebab bagi kita ialah setiap masa kita pasti menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Skim I-Push 2022 di Dewan Bandaraya Kuantan (MBK) di sini pada Isnin.

Pada majlis itu seramai 751 penerima daripada Fasa 1 Skim I-Push 2022 telah diberikan bantuan berjumlah RM7.15 juta.

Wan Rosdy menjelaskan, setiap penerima akan mendapat antara RM3,000 hingga maksimum RM10,000 seorang dengan moratorium selama setahun.

Tambahnya, bagi fasa kedua sebanyak RM12.85 juta telah diperuntukkan dan akan disalurkan kepada usahawan-usahawan Pahang yang terpilih pada tahun ini juga.

Katanya, ia dijangka dapat memberi manfaat keseluruhannya kepada 2,500 usahawan mikro yang terjejas di seluruh Pahang dengan peruntukan RM20 juta.

“Ini adalah usaha yang jelas bahawa kerajaan negeri sangat prihatin dan cakna kepada mereka terutama mereka yang terjejas akibat Covid-19 baru-baru ini.

"Bantuan ini membolehkan para usahawan mikro memulakan kembali perniagaan mereka selepas kebanyakan mereka terjejas semasa Covid-19," jelas beliau.

Wan Rosdy berharap agar kesemua penerima yang berjaya mendapat bantuan itu dapat menguruskan, mengatur dan merancang kewangan dengan baik supaya boleh memulihkan perniagaan mereka. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.