script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bung Mokhtar Dakwa UMNO & BN Sabah 'Tarik Balik' Sokongan Kepada Hajiji Noor

KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan mereka kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapati pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu melanggar perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dimeterai selepas pilihan raya negeri (PRN) pada 2020.

“Penubuhan kerajaan negeri Sabah sekarang adalah hasil persefahaman yang termeterai di antara parti BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada Bersatu, STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP) selepas keputusan PRN Sabah ke-16.

“Persefahaman politik tersebut antara lain menyebut ADUN BN, UMNO akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada Hajiji untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah selagi mana pelantikan ahli Jemaah Menteri serta lantikan pengerusi syarikat milik kerajaan negeri daripada BN, UMNO seperti termaktub di dalam perjanjian persefahaman politik dihormati.

“Persefahaman politik tersebut telah dicabuli oleh Hajiji apabila beliau bertindak memecat Datuk Seri Panglima Dr Mohamed  Salleh Said Keruak daripada jawatannya sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad tanpa berunding dengan pengerusi BN Sabah dan bertindak mengumumkan bahawa satu rombakan Jemaah Menteri akan dibuat tanpa berunding terlebih dahulu dengan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan ADUN serta pimpinan UMNO Sabah di ibu pejabat parti berkenaan di sini, hari ini. #sumber

Bung berkata, Hajiji juga tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk terus kekal sebagai ketua menteri susulan tindakannya keluar daripada Bersatu, baru-baru ini.

“Selepas Hajiji keluar daripada Bersatu, kami telah berbincang dengan beberapa peguam dan dapati Hajiji tiada ‘locus standi’ untuk menjadi ketua menteri.

“Mengikut Perlembagaan Negeri 6 (3), beliau tiada kelayakan lagi untuk menjadi ketua menteri, Hajiji tidak berparti, dia bernaung di bawah GRS dan adalah gabungan.

“Dengan penarikan sokongan kepercayaan ini, Hajiji telah hilang majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah dan tidak berkelayakan untuk dilantik ke jawatan ketua menteri,” katanya.

Sementara itu, Bung enggan mendedahkan langkah seterusnya yang akan dilakukan parti itu namun mengatakan yang mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana parti untuk menubuhkan kerajaan.

“Kita sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, asalkan mereka ikhlas,” katanya. #sumber

Share:

Empat Lelaki Di Dakwa Rogol Dan Cabul Kanak-Kanak 'Bawah Umur' Dekat Bera !

 


TEMERLOH - Empat lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen disini hari ini kerana didakwa merogol dan mencabul seorang kanak-kanak bawah umur.

Tertuduh, Mohd Abdul Hafis Endut, 37; Ahmad Ridzuan Ismail, 41; Mohd Ismail Burhan, 42 dan Kamaruzaman Basir, 57 didakwa melakukan kesalahan itu di Felda Purun, dekat Bera, antara April hingga September tahun lalu.

Abdul Hafis berdepan tiga pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Ahmad Ridzuan pula berdepan dua pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan.

Seorang lagi tertuduh, Mohd Ismail berdepan tiga pertuduhan dan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Seksyen 377C dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Manakala tertuduh keempat, Kamaruzaman berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa pada 18 September tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afidatul Azwa Kamarul Anuar dan Faizah Khalilah Zaberi.

Kamaruzaman diwakili peguambela Aida Rahayu Abd Rahman manakala tiga lagi tertuduh diwakili Mazura Ismail.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas proses pertuduhan selesai dilakukan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Mereka dibenarkan ikat jamin antara RM6,000 hingga RM10,000 dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sepasang suami isteri turut didakwa

Berhubung kes sama, sepasang suami isteri turut didakwa atas tuduhan memperdagangkan kanak-kanak bawah umur untuk eksploitasi seks.

Tertuduh, Mohd Rizal Hamzah, 38, dan Intan Wahidah Mohd Nor, 47, didakwa melakukan kesalahan itu antara bulan Mei hingga September tahun lalu di Felda Purun, dekat Bera.

Mohd Rizal berdepan lapan pertuduhan manakala Intan Wahidah pula berdepan tujuh pertuduhan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dab Anti Penyeludupan Migran 2017 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebatan.

Mohd Rizal dibenarkan ikat jamin RM35,000 manakala isterinya, Intan Wahidah pula dikenakan ikat jamin RM29,000.

Selain itu, pasangan berkenaan turut didakwa melakukan kesalahan pengantunan dan didakwa mengikut Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan sebatan.

Kedua tertuduh diwakili peguambela, Aida Rahayu Abd Rahman.

Kedua tertuduh tidak mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Mahkamah menetapkan 1 Mac depan bagi sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. #sumber

Share:

Anak Orang Asli Dari Pos Betau Bertekad Membuktikan Pemilihannya Adalah Tepat


KUANTAN - Penyerang muda Sri Pahang FC, Lokman Bah Din yang juga daripada masyarakat Orang Asli akan membuktikan pemilihannya dalam skuad itu adalah tepat.

Justeru, pemain berusia 20 tahun itu tekad tidak akan sesekali mengecewakan pengurusan Sri Pahang FC ketika bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M), khususnya Liga Super musim ini.

"Alhamdulillah, rezeki saya bermain pada tahap yang tinggi. Tetapi pada masa sama, banyak lagi perlu saya belajar. Misi saya musim ini ialah mengharapkan dapat pergi jauh dan bersaing serta belajar dengan pemain berpengalaman dalam pasukan ini.

"Pengalaman yang dimiliki pemain senior seperti Nor Azam Azih, Fadhli Shas, Azri Nasrulhaq dan pemain lain akan dimanfaatkan sebaiknya.

"Bagi saya, jangan terlalu selesa dengan pujian orang ramai kerana ia boleh memakan diri sendiri," kata pemain berasal dari Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis, Pahang itu.

Lokman antara pemain Orang Asli yang pernah bersama skuad Piala Belia Pahang pada 2020 sebelum menimba pengalaman bersama skuad Projek FAM-MSN selama dua musim iaitu 2021-2022.

Menerusi hantaran pada akaun Facebook Sri Pahang FC kelmarin, kelab itu berbesar hati mengumumkan penyerang muda, Lokman sebagai pemain terbaru Sri Pahang.

Pada masa sama, kehadiran Lokman dalam Sri Pahang turut mendapat perhatian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berbangga dengan pencapaian Lokman kerana terpilih menyarung jersi skuad Tok Gajah musim ini.

"Pencapaian Lokman diharap membuka mata lebih ramai lagi anak muda dalam kalangan masyarakat Orang Asli untuk bergiat aktif dalam bidang sukan di negara ini.

"Berita baik yang sekian lama kita tunggu-tunggu, akhirnya menjadi realiti apabila dikhabarkan Lokman terpilih untuk bersama skuad Sri Pahang FC pada musim ini," kata Wan Rosdy. #sumber

Share:

Penduduk Ulu Tembeling Minta Kerajaan Segera Turap Tar Jalan Di Tiga Kampung

JERANTUT - Kira-kira 1,000 orang penduduk tiga buah kampung di Ulu Tembeling iaitu Kampung Bantal Seberang, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling meminta kerajaan menyiapkan segera jalan berturap bagi ke­selesaan mereka membawa hasil kampung dan berurusan ke bandar Jerantut.

Ini kerana jalan di situ hanya diturap batu kecil sejak beberapa tahun lalu sekali gus menimbulkan ketidakselesaan pelawat berkunjung ke kawasan pelancongan di penempatan pesisir Sungai Tembeling, Ulu Tembeling yang kini kian maju dan dikenali ramai.

Laluan tersebut belum ditar sepenuhnya, iaitu sejauh lima kilometer dari Kampung Bantal Seberang ke Kampung Mat Da­ling dan jarak yang sama ke Kampung Gusai.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Kampung Bantal Seberang, Hamizon Loai, 45, berkata, keadaan laluan tersebut masih di takuk lama tanpa diturap tar sehingga menimbulkan ketidakselesaan penduduk berulang-alik ke kampung berdekatan dan bandar Jerantut.

“Sewajarnya isu jalan perlu diselesaikan segera kerana kemudahan ini antara cakna kerajaan memajukan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan Ulu Tembeling.

“Penduduk di sini mahukan kerajaan menurap tar bagi menggantikan laluan berkerikil yang mengundang risiko keselamatan penunggang motosikal khususnya ketika memunggah hasil kampung ke tempat jualan dan bandar Jerantut,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Amri Buang, 40, berkata, kos menurap tar tidak memerlukan peruntukan yang besar dan kerja tersebut tidak sepatutnya ditangguhkan oleh pihak berwajib.

“Sepatutnya kawasan Ulu Tembeling sudah dilengkapi jalan kampung diturap tar antara kemudahan penting bagi penduduk selain keselesaan pe­ngunjung luar yang datang melihat keindahan alam sekitar dan perkampungan Melayu di sini,” katanya. #sumber

Share:

Remaja Dakwa "Di Rogol" Oleh Inspektor Polis, Kesan Air Mani Ditemui Pada Cadar

 

KUALA LUMPUR - Seorang remaja membuat laporan mendakwa dirogol pegawai berpangkat inspektor di sebuah balai polis di Kedah pada Rabu lalu.

Sumber dipetik Harian Metro berkata, gadis berusia 16 tahun itu membuat laporan tiga hari kemudian mendakwa dirogol inspektor berusia 30-an itu ketika berada di bilik pejabatnya di IPD berkenaan kira-kira 6.30 petang.

Katanya, mangsa pada mulanya dipanggil pegawai polis terbabit ke IPD untuk membantu siasatan kes rogol membabitkan dirinya yang dikatakan dilakukan bapa tirinya.

“Ketika berada dalam bilik, inspektor berkenaan yang juga pegawai penyiasat kes membabitkan remaja perempuan itu memberitahu dia mahu membuat pemeriksaan pada kemaluan mangsa.

“Mangsa sedang duduk di kerusi dan pegawai berkenaan memintanya mengangkang untuk memudahkan pemeriksaan terhadapnya.”

Sumber itu berkata, inspektor terbabit kemudiannya memegang kemaluan mangsa dan memintanya baring atas katil di bilik itu dalam keadaan bogel.

Tetapi pada masa sama, katanya, pegawai polis itu gagal mengawal nafsunya dan merogol mangsa.

“Pegawai polis berkenaan memberi alasan alat yang digunakan untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa gagal berfungsi dengan baik.

“Walaupun takut, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan tubuhnya dinoda inspektor berkenaan.

Menurut sumber itu, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hampir 30 minit, sebelum diminta memakai pakaian semula, selain diberitahu kes itu belum selesai serta diarahkan kembali untuk siasatan.

Katanya, mangsa yang sudah tidak bersekolah dipanggil ke IPD memberi keterangan dan menjalani pemeriksaan di hospital, susulan laporan dibuatnya Sabtu lalu.

“Sepasukan polis unit forensik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan dipercayai air mani pada cadar serta sarung bantal.”

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan laporan itu dan penahanan pegawai terbabit, tetapi enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan. #sumber

Share:

Penduduk Cameron Highlands ‘Tidur Tak Lena’ Susulan Tanah Runtuh Batang Kali

 

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ho Chi Yang menuntut pihak berkuasa menjelaskan kepada penduduk mengenai risiko tanah runtuh di Cameron Highlands susulan tragedi meragut 31 nyawa di Batang Kali baru-baru ini.

Beliau berkata, empat kejadian banjir lumpur dengan dua daripadanya teruk, berlaku di Cameron Highlands akibat pembersihan tanah di puncak bukit berhampiran Kampung Raja.

ADUN Tanah Rata itu berkata, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sudah menjalankan siasatan di tapak yang dibersihkan beberapa bulan lalu, namun laporan penuh mengenai penilaian risiko belum didedahkan kepada umum.

“Penduduk Kampung Raja tidak dapat tidur malam berikutan banjir lumpur kerana bimbang tanah runtuh seperti di Batang Kali mungkin berlaku di sana.

“Penduduk di situ tidak pernah mengalami banjir lumpur sebelum ini.

“Ini membuktikan pembersihan tanah adalah satu-satunya punca kepada banjir lumpur ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim perlu mengarahkan JMG dan jabatan lain mengeluarkan semua laporan teknikal kepada umum.

Ho berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pemilik tanah dan membatalkan permit mereka untuk membersihkan tanah.

Katanya, dua kejadian banjir lumpur besar itu berlaku pada Julai dan Disember.

Ho berkata, kira-kira 100 rumah di kawasan Kampung Baru dan Kampung Raja di Tanah Rata terbabit dalam kejadian itu dengan 20 daripadanya terjejas teruk. #sumber

Share:

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong Ucap Selamat Tahun Baharu 2023

 

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Tahun Baharu 2023 dan mendoakan perpaduan serta keharmonian negara terus berkekalan.

Menerusi poster dimuat naik di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.

“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” zahir Seri Paduka Baginda berdua.

Sambutan ambang tahun baharu yang sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka malam ini diumum Perdana Menteri Anwar Ibrahim dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.

Ia diganti dengan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama perdana menteri di Masjid Putra, Putrajaya bermula 6.30 petang ini. #sumber

Share:

Jururawat 'Kerugian' RM198,000 Akibat Dijerat Sindiket Macau Scam Di Kuantan

KUANTAN - Seorang jururawat hospital kerajaan kerugian RM198,000 akibat dijerat sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan penghantaran barang dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata menurut laporan diterima semalam, wanita berusia 36 tahun itu dikatakan mendapat panggilan pada 13 Disember lalu daripada individu menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barang sebelum panggilan disambungkan kononnya kepada 'pegawai polis' pula.

"Mangsa didakwa terbabit sindiket senjata api dan pengedaran dadah, sebelum diminta membuat pinjaman peribadi dan diberikan satu pautan untuk mengisi maklumatnya.

"Selepas permohonan pinjaman peribadi itu diluluskan pihak bank dalam tempoh kira-kira dua minggu, wang itu dipindahkan ke akaun suspek tanpa disedari mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Ramli menasihati orang ramai supaya tidak memberi butiran perbankan dalam sebarang aplikasi daripada pautan mencurigakan, dan jangan takut atau cemas apabila dihubungi atau didakwa terbabit jenayah daripada panggilan telefon yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.

"Adalah diingatkan bahawa pihak penguat kuasa tidak menjalankan apa-apa siasatan melalui panggilan telefon.

"Justeru, sentiasa semak dengan balai polis, bank atau pejabat berkaitan yang berhampiran untuk pengesahan," katanya.#sumber

Share:

Aduan Isu Jalan Rosak, Kerajaan Pahang 'Bertindak Segera' Dalam Masa 24 Jam !

 

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengambil tindakan segera terhadap aduan dan makluman orang ramai berkaitan kerosakan jalan raya di negeri itu dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, ia bergantung kepada tahap kerosakan jalan di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Menurutnya, tindakan itu diambil susulan pelbagai aduan diterima berhubung permasalahan jalan rosak di seluruh negeri.

"Kerajaan negeri berusaha untuk menyelesaikan setiap aduan dalam tempoh sekurang-kurangnya 24 jam selaras dengan ketetapan piagam pelanggan JKR Malaysia.

"Arahan sudah dikeluarkan kepada pihak JKR supaya mengambil tindakan yang lebih proaktif dan segera terhadap segala aduan awam yang diterima," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis Perjumpaan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang bersama Pihak Konsesi Penyelenggaraan Jalan Negeri di Kompleks Tun Razak (KOMTUR) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah JKR Pahang Datuk Ir Ts Hafizah Zakaria.

Beliau berkata, kerosakan jalan terutama keadaan jalan yang berlubang perlu dibaiki segera kerana mengundang bahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal sekiranya hujan lebat dan di waktu malam.

"Di media-media sosial, rakyat terus mengadu dan mengeluh mengatakan mereka cedera terlanggar lubang akibat takungan air terutamanya penunggang motosikal.

"Jadi saya amat berharap pihak konsesi dapat mengambil tindakan segera terhadap isu keselamatan dan kerosakan jalan raya ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Fakhruddin berkata, kerajaan negeri turut menjalin kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memantau pergerakan lori lebih had muatan yang turut menyumbang kepada kerosakan jalan raya di negeri berkenaan.

"Saya harap semua konsesi dapat beri kerjasama bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna di jalan raya demi memastikan kemalangan jalan raya akibat jalan yang rosak berkurangan," katanya. #sumber

Share:

Perikatan Nasional Pahang Umumkan 18 Portfolio Untuk Bayangi & Pantau Exco !

 

KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang hari ini mengumumkan 18 portfolio tumpuan yang akan dibarisi oleh semua 17 wakil rakyatnya bagi ‘membayangi’ dan memantau peranan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik pada 2 Dis lepas.

Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata inisiatif itu merupakan usaha gabungan politik tersebut untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkualiti dan konstruktif selain meningkatkan prestasi dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Portfolio tumpuan ini bertujuan membayangi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Exco Pahang yang dilantik selain memainkan peranan semak dan imbang terhadap setiap Exco.

“Setiap ADUN PN mempunyai satu atau dua portfolio dan mereka akan memainkan peranan dengan mengetuai perbincangan mengenai portfolio masing-masing termasuk aduan yang diterima daripada rakyat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas ADUN dan Ahli Parlimen PN di sini.

Beliau berkata PN Pahang juga akan melantik penyelaras Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan yang gabungan itu tewas dalam pilihan raya umum Ke-15 (PRU15).

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersetuju menjalin kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri selepas keputusan PRU15 menyaksikan DUN Pahang tergantung selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi.

Pada PRU-15, BN dan PN masing-masing memperoleh 17 kerusi manakala PH memenangi lapan kerusi.

Berikut adalah senarai portfolio tumpuan yang diumumkan oleh PN Pahang:

1. Industri Asas Tani dan Bioteknologi  
    – Hasan Omar (Lanchang)

2. Pendidikan dan Kesihatan
    – Mujibur Rahman Ishak (Chenor)

3. Hal Ehwal Agama
    – Nazri Ahmad (Bukit Ibam)

4. Pembangunan Luar Bandar dan Hal  
    Ehwal Orang Asli
    – Mohd Zakhwan Ahmad
       Badarddin (Tahan)

5. Kerja Raya dan Pengangkutan
    – Muhammad Rafiq Khan Ahmad 
       Khan (Pulau Manis)

6. Kerajaan Tempatan dan Perumahan
    – Jasri Jamaludin (Kuala Sentul)

7. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
    –  Tuan Ibrahim Tuan Man (Cheka)

8. Komunikasi dan Multimedia
    –  Mohd Tarmizi Yahya (Panching)

9.  Belia, Sukan dan Kebudayaan
     – Mohd Yazid Mohd Yunus (Lepar)

10. Pelaburan dan Perindustrian
      – Andansura Rabu (Beserah)

11. Sains, Teknologi dan Inovasi
      – Zuridan Mohd Daud (Damak)

12. Kebajikan Masyarakat,
       Pembangunan Wanita & Keluarga
       – Rosli Abdul Jabar (Tg Lumpur)

13. Hal Ehwal Pengguna dan Sumber 
      Manusia
      – Ayub Ashri (Sungai Lembing)

14. Perpaduan, Pelancongan dan  
      Badan-badan Bukan Kerajaan
      – Mohd Sofian Abdul Jalil (Luit)

15. Hal Ehwal Felda, Usahawan
       dan Koperasi
       – Shahril Azam A Halim (Jengka)

16.  Ekonomi dan Peladangan,  
        Komuniti
        – Yohanis Ahmad (Pulau Tawar)

17.  Sumber Asli, Tenaga dan Air
       –  Tuan Ibrahim Tuan Man (Cheka)

18.  Kewangan dan Tanah
       –  Hasanuddin Salim (K.Semantan)

#sumber.

Share:

Mohd Sharkar Di Lantik Speaker DUN Pahang Baharu Berkuatkuasa Hari Ini

 

KUANTAN - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lancang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa hari ini, pada persidangan penggal pertama DUN Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini.

Usul melantik Mohd Sharkar dikemukakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, Datuk Seri Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak dengan tiada bantahan dari Ahli Dewan.

Mohd Sharkar menggantikan Datuk Seri Ishak Muhamad yang menjawat jawatan itu sejak 2013.

ADUN Bilut, Lee Chin Chen pula dilantik Timbalan Yang Dipertua menggantikan bekas ADUN Jenderak, Datuk Seri Muhamed Jaafar.

Mohd Sharkar, anak jati Temerloh adalah ADUN Lanchang daripada Barisan Nasional (BN) selama lima penggal bermula 1999 namun tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu.

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai EXCO Pahang antaranya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sementara itu, Chin Chen daripada Pakatan Harapan (PH) dipilih selepas namanya dicalonkan oleh Wan Rosdy dan sekali lagi disokong oleh Mohd Soffi.

Chin Chen adalah Ketua Pembangkang pada persidangan DUN penggal lalu dan mula menjadi ADUN di Pahang pada 2013 selepas memenangi kerusi DUN Ketari pada PRU13 sebelum bertukar ke DUN Bilut pada 2018.

Persidangan hari ini juga menyaksikan semua 42 ADUN Pahang mengangkat sumpah jawatan yang didahului Wan Rosdy disusuli 10 EXCO dan ADUN lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan ADUN Cheka.

Kerajaan Pahang selepas PRU15 dibentuk menerusi kerjasama antara BN dan PH selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya itu.

Pada PRU-15, BN dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh 17 kerusi manakala PH menang di lapan kerusi.

Menerusi kerjasama itu, Wan Rosdy mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar pada 28 November lalu disusuli 10 EXCO pada 2 Disember lalu membabitkan lapan ADUN BN dan bakinya daripada PH.

Dalam ucapan penangguhan persidangan itu, Wan Rosdy mengingatkan wakil rakyat sama ada daripada blok kerajaan mahupun pembangkang supaya sentiasa berhemah ketika mengemukakan hujah, saling hormat-menghormati, serta tidak bertindak keterlaluan sehingga mengguris perasaan mana-mana pihak.

"Maka bermulalah tugas dan amanah secara rasminya Ahli-Ahli Yang Berhormat sebagai wakil rakyat yang mewakili kawasan Dewan Negeri masing-masing.

"Sudah pastinya tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat cukup penting dan menuntut pengorbanan yang besar terutama dalam memastikan kebajikan setiap rakyat sentiasa terjaga," katanya.

Wan Rosdy berkata, sudah tiba masa untuk berkhidmat kepada rakyat serta menunaikan janji serta komitmen yang telah dizahirkan ketika kempen PRU15 yang lalu.

"Negeri ini perlu dibangunkan atas asas kestabilan politik yang kukuh agar pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan tersusun dan sektor ekonomi negeri dapat dipacu ke arah yang lebih baik.

"Kami akan berusaha melaksanakan apa yang telah dirancang sebelum ini terutamanya menerusi Belanjawan 2023 yang telah pun diluluskan pada penggal yang lalu," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta ahli blok pembangkang supaya menjalankan fungsi semak dan imbang dengan sebaiknya demi memastikan negeri ini terus kekal maju dan berdaya saing. #sumber

Share:

Hasan Arifin Letakkan Jawatan Sebagai Pengerusi TNB Berkuasa Pada 1 Januari

 

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin meletakkan jawatan sebagai pengerusi bukan eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Hasan, 69, yang berkhidmat sebagai Pengerusi TNB dari 1 Oktober 2021, akan meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2023, demikian menurut syarikat utiliti nasional itu dalam makluman di Bursa Malaysia.

"Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi atau pengarah dalam anak-anak syarikat di bawah kumpulan syarikat TNB.

"Lembaga Pengarah TNB menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Hasan Arifin di atas sumbangannya kepada syarikat," katanya.

Hasan adalah Ahli Parlimen Rompin selama dua penggal. Beliau bagaimanapun tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti tipis 1,438 undi kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari BERSATU, Datuk Abdul Khalib Abdullah.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). #sumber

Share:

Tangguh Kuliah 'Orang Politik' Di Masjid Bukan Bermakna Kerajaan Sekat Islam !

 

KUANTAN - Tindakan menangguhkan kuliah Maghrib yang melibatkan seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang sepatutnya diadakan di Masjid As Sobirin, Felda Jengka 4 di Maran baru-baru ini adalah satu keputusan yang bijak bagi mengembalikan keharmonian penduduk di kawasan terbabit.

Aktivis Masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 51, pada satu kenyataan terbaharu beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan bertegas untuk mengawal masjid dan surau dari dijadikan alat penyebaran dakyah politik.

"Sebar dakyah tidak semestinya kata-kata dan kenyataan dalam kuliah semata-mata, tapi batang tubuh penceramah itu sendiri sudah cukup untuk menarik jemaah tertarik kepadannya. Maka, bila sudah tertarik dan terpedaya dengan imej Islamik yang ditonjolkan akhirnya mereka akan menyokong penceramah terbabit bila menjadi calon dalam pilihan raya.

"Soal penyampaian kuliah, memang kita tahu ia biasanya akan merujuk kitab tertentu. Maka tidak timbul, kerajaan nak pantau skrip atau rakaman ceramah terbabit sebab mereka akan berkuliah dengan tidak mencampur adukkan unsur-unsur politik langsung. Tetapi selepas kuliah, ketika dijamu jamuan ringan maka ketika itulah unsur politik akan dimasukkan secara beransur-ansur," kata Shukri lagi.

Maka itu, tidak hairanlah akhirnya penceramah politik yang berdakwah di masjid dan surau ini akan mendapat sokongan dari kalangan anak-anak muda terutamanya yang selalu berjemaah di rumah Allah itu.

"Dakyah yang disebarkan secara beransur-ansur inilah yang akan meracuni minda masyarakat kononnya hanya parti yang diwakili oleh penceramah itu sahaja yang mahukan Islam. Parti politik lain menolak dan menyekat penyebaran agama Islam.

"Ini yang didoktrinkan kepada jemaah tanpa mengambilkira fahaman politik kepartian masing-masing. Sebab itu ramai jemaah yang tidak menyokong parti terbabit akan memboikot masjid dan surau atas alasan ia dipolitikkan. Tambahan pula bagi masjid yang sering mengundang ahli politik sebagai penceramah agama. Inilah kenyataan yang berlaku sejak sekian lama sebrnarnya," tambah beliau.

Justeru katanya, bagi mengelakkan dakyah dan doktrin seperti itu terus disebarkan maka jalan terbait ialah mengawal orang politik daripada menyampaikan kuliah di masjid dan surau.

"Mereka boleh berkuliah di premis parti masing-masing. Sebab surau masjid, jemaah yang hadir terdiri daripada ahli parti yang berbeza fahaman politiknya.

"Jika mahu sebar dakyah politik, usah terlibat sebagai calon parti seperti pendakwah bebas yang lain di negara ini, contohnya Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Syamsul Debat dan ramai lagi. Mereka memilih menjadi pendakwah bebas untuk bersikap adil kepada semua ketika menyampaikan kuliah masing-masing.

"Bila jadi wakil rakyat, maka sudah pasti mewakili parti dan mahu meraih undi. Selalu berkuliah agar pengundi menganggap merekalah ciri-ciri calon sesuai kerana pandai berkuliah dan menjaga agama. Pemimpin parti lain tak jaga agama, sekat penyebaran dan mahu menekan golongan agama," tambah beliau lagi.

Langkah terbaik ialah tidak gunakan platform politik di masjid dan surau selain daripada milik parti terbabit. Jika ini tidak dikawal, maka akhirnya penyebaran dakyah hanya parti tertentu sahaja mahukan Islam, sebaliknya parti lain menolak Islam akan terus dimomokkan hingga rakyat keliru untuk membuat pilihan. 

Video kenyataan beliau, sila klik di sini https://youtu.be/XSa_qJujMS0

#PahangDaily

Share:

ADUN Jengka Dakwa Tuanku Kata Jangan Berpolitik Kepartian Dalam Masjid, Surau

 

MARAN -  "Tuanku Sultan kata jangan berpolitik kepartian di dalam masjid, surau.

"Bukan halang wakil rakyat nak sampaikan kuliah Tafsir, kuliah hadis, kuliah aqidah ahli sunnah wal jamaah, kuliah tasawuf dan lain lain lagi yang berkait dengan agama Islam," kata satu kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Hamid yang dipetik daripada portal Harakahdaily.

Menurut kenyaaan beliau lagi sepatutnya exco agama pantau isi kandung kuliah yang disampaikan oleh YB, bukan halang terus wakil rakyat daripada menyampaikan ilmu kepada rakyatnya.

"Antara tanggungjawab wakil rakyat ialah mendidik dan memimpin rakyatnya ke arah yang diredhai Allah, dengan memahamkan agama kepada masyarakat agar menjadi insan yang berilmu yang patuh dan taat kepada Allah.

Pada 2018 yang lalu, apabila kami YB PAS menang. Kami mengadakan pertemuan dengan Tuanku Sultan Pahang, dan menyatakan YB kami adalah lulusan agama dan sebagai wakil rakyat, kami ingin meneruskan kuliah kuliah kami di masjid surau tanpa memasukkan unsur-unsur politik kepartian. Tuanku Sultan kata, bagus, bagus. Ia sangat bermanfaat untuk rakyat," katanya.

Namun menurut beliau lagi, tiba tiba bila UMNO Pahang hilang banyak kerusi dan bergabung pulak dengan DAP, mereka menjadi orang yang hilang pertimbangan antara dosa dan pahala.

"Sepatutnya halang judi, halang hiburan yang melampau, halang pemimpin UMNO yang masih bersalam antara lelaki dan perempuan ajnabi di khalayak ramai tanpa rasa bersalah dan halang semua perkara maksiat. Bukan sekat YB yang nak sampaikan ilmu," tambah beliau lagi. #sumber

Share:

Polis Pahang Berjaya Tahan Dua Dalang 'Jual' Pingat & Darjah Kebesaran Negeri

 

KUANTAN - Polis Pahang berjaya menahan dua kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti 'menjual' pingat dan darjah kebesaran.

Penahanan suspek berusia 30 dan 36 tahun itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada salah seorang kakitangan pejabat SUK pada Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pengadu membuat laporan selepas mendapati senarai penerima pingat dan darjah kebesaran Pahang mempunyai nama yang mencurigakan.

Dia juga mendapati ada antara nama tersebut tidak ada dalam senarai induk bahagian istiadat dan pengurusan majlis rasmi pejabat SUK Pahang.

Katanya, kedua-dua suspek terbabit ditahan di sekitar Kuantan pagi tadi.

"Suspek pertama berusia 36 bekerja sebagai Pembantu Operasi di pejabat SUK Pahang dan dipercayai memasukkan 26 nama individu dalam senarai penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang.

"Suspek kedua pula yang berusia 30 tahun dan bekerja secara kontrak sebagai pembantu tadbir di pejabat sama, dan dia dipercayai memasukkan tiga nama dalam sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ramli memaklumkan suspek terbabit menyalahgunakan kod pengenalan diri bagi mengakses sistem berkenaan dan mengubah suai senarai asal penerima pingat dan darjah kebesaran negeri berkenaan.

Katanya, sistem itu adalah bagi senarai penerima darjah kebesaran bergelar Datuk dan Datuk Seri.

"Semua nama 29 individu berusia antara 40 hingga 60 tahun yang dimasukkan dalam senarai itu juga sudah ditahan bagi membantu siasatan.

"Siasatan terhadap kedua-dua suspek dilakukan mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563) dan mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan esok," katanya lagi.

Menurut Ramli, setiap individu yang berurusan dengan kedua-dua suspek dikenakan bayaran antara RM80,000 hingga RM150,000 bagi tujuan disenaraikan dalam sistem berkenaan untuk menerima pingat dan darjah kebesaran. #sumber

Share:

Gagal Jawab 'Surat Tunjuk Sebab', PBM Pecat Zuraida Serta Sepuluh Yang Lain

 


KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) memecat Datuk Zuraida Kamaruddin yang dikatakan bakal Presiden parti itu dan sepuluh anggota lain.

Ini di tengah-tengah pertikaian kepimpinan dengan Presiden pengasas PBM Larry Sng.

Sementara itu, Timbalan Presiden PBM Haniza Talha dan Ketua Wanita Daroyah Alwi telah dilucutkan jawatan tetapi kekal sebagai ahli parti.

Pemecatan itu berlaku selepas Zuraida dan sekutunya tidak menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mereka pada 19 Disember.

Kenyataan Unit Penerangan PBM berkata jawatankuasa disiplin parti itu memutuskan untuk menamatkan keahlian mereka berkuat kuasa serta-merta.

Ketika dihubungi, Sng berkata Haniza dan Daroyah terhindar daripada pemecatan kerana PBM tidak mahu menggalakkan lompat parti.

"Mereka Adun (Selangor) yang dipilih. Dengan undang-undang antilompat yang diluluskan di Selangor, kita tidak mahu dilihat menggalakkan mereka melompat ke parti lain," katanya.

Undang-undang antilompat parti Selangor mengikut versi persekutuan, yang memperuntukkan seorang wakil rakyat kehilangan kerusi mereka jika mereka meletak jawatan atau bertukar parti.

Bagaimanapun, mereka akan terhindar daripada peruntukan hukuman itu jika mereka dipecat daripada parti.

Antara yang dipecat ialah Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad, Ketua Penerangan Zakaria Abdul Hamid, tiga Naib Presidennya dan Ketua Pemuda parti Na'im Brundage.

Perhimpunan Agung Tahunan PBM pada awal Oktober telah memutuskan bahawa Zuraida  yang dianggap bakal presiden parti - secara rasmi akan mengambil alih kepimpinan parti daripada Sng.

Langkah itu kemudiannya diluluskan oleh mesyuarat majlis tertinggi PBM.

Bagaimanapun, Sng menyekat peralihan kuasa itu, berkata dia masih presiden parti menurut Pendaftar Pertubuhan.

Dia kemudian mengisytiharkan mesyuarat majlis tertinggi PBM yang meluluskan peralihan jawatan presiden kepada Zuraida tidak sah dan menggantung jawatannya sebagai pengganti dan 12 anggota parti lain.

Pun begitu, pertikaian mereka diketepikan sementara pilihan raya umum ke-15 berlangsung yang menyaksikan Sng sebagai calon PBM menang kerusi parlimen Julai.

Dalam pada itu, Zuraida dan sekutunya Timbalan Presiden PBM Haniza Talha kalah PRU15 dengan hilang wang pertaruhan.

Pertikaian itu timbul semula pada hujung minggu lalu dengan Zuraida dan Haniza menuduh Sng menyalahgunakan kuasanya. #sumber

Share:

Kuliah 'Di Tangguh' Bukan Kerana Sekat Islam, Tetapi Penceramah 'Orang Politik' Yang Boleh 'Menggugat' Keharmonian !!

KUANTAN - Kenyataan kononnya Kerajaan Pahang menyekat kuliah agama di negeri ini adalah keterlaluan dan tidak 'masuk dek akal'.

Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 51, ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas isu kononnya seorang pendakwah PAS dilarang berkuliah di Masjid As Sobirin Jengka 4, Maran yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Menurut Shukri, tidak mungkin sesuatu larangan itu dibuat tanpa bersebab. Jika dikatakan arahan 'orang atasan' kerana politik, sudah pasti sekatan dibuat kepada semua penceramah untuk berkuliah.

"Sebenarnya  Kerajaan Pahang komited untuk memperkasakan agama Islam di negeri ini menerusi penganjuran pelbagai program dan acara keagamaan di seluruh Pahang.

"Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk memastikan agama dan pendidikan di Pahang dapat diperkasakan agar diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

“Malahan sebanyak 14 Rang Undang-Undang (RUU) telah dibentangkan dan mendapat kelulusan sejak tahun 2015 hingga 2020," kata Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) itu.

"Ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan ismail bagi memastikan agama ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan agama Islam ini bukan sahaja menitikberatkan kepada sesuatu individu dan puak serta kumpulan tetapi ia mengambil kepentingan kepada maslah semua masyarakat dan individu supaya terjaga, terpelihara dan dapat dibantu dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam sektor pendidikan pula kata beliau, pelantikan seramai 100 guru DG41 bagi perjawatan Sekolah Menengah Agama (SMA) telah dilaksanakan dengan implikasi kewangan sebanyak RM3 juta.

Malah pelbagai pembinaan bangunan dan kemudahan-kemudahan baru di SMAN dan SMA seluruh Pahang serta sumbangan khas kepada 2,680 guru KAFA turut diselaraskan.

“Kerajaan juga memperuntukkan bantuan khas kepada pondok dan tahfiz serta guru-guru yang melibatkan jumlah RM400,00 selain sumbangan RM1,000 kepada pelajar-pelajar sekolah SMA dan SMK yang berjaya dalam akademik masing-masing.

Dakwa beliau lagi, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga telah berjaya memproses lebih 200 pengesahan sijil halal yang dikeluarkan kepada agensi-agensi dan hotel-hotel serta pihak yang menyediakan makanan dan minuman.

“JAIP juga melaksanakan pemantauan semula terhadap kelulusan sijil pengesahan halal yang telah dikeluarkan.

“Selain itu, JAIP juga melaksanakan audit pemantauan permohonan persijilan halal, program kesedaran halal kepada industri dan kursus penyembelihan yang telah dilakukan sebaik mungkin kepada kumpulan sasar,” katanya.

Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi memastikan JAIP dapat menyediakan dokumen nikah, cerai dan rujuk yang berkualiti dan bersekuriti tinggi dan dapat mempercepatkan proses pengeluaran kad serta dokumentasi yang sah.

Justeru, beliau tidak nampak dakwaan konon Kerajaan Pahang menyekat dakwah dan kuliah sesuka hati.

"Negeri kita ada peraturan, termasuk hal ehwal agama Islam. Ceramah dan kuliah harus tiada unsur atau pengaruh politik. Ini boleh mengganggu keharmonian masyarakat Islam setempat yang berbeza fahaman politik dengan penceramah itu sendiri. 

"Kuliah yang ditangguhkan itu penyampainya orang politik dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak. Beliau adalah calon Perikatan Nasional (PN) yang menang kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Biar pun tiada unsur politik ketika kuliah yang disampaikan, namun harus diingat selepas program ketika majlis jamuan, sudah pasti hal politik akan dibicarakan di dalam masjid terbabit.

"Malah imej dan batang tubuh beliau sendiri adalah berjenama PN. Maka, atas dasar apa tiada unsur politik. Beliau bukan penceramah bebas yang mendapat tauliah berkuliah seperti yang lainya.

Kena faham, politik bukan sahaja bercakap tapi individu itu sendiri. Kena ingat, jemaah yang hadir ketika kuliah terdiri dari kalangan yang berbeza fahaman politik. Sebab itu, ia tidak bagus untuk keharmonian umat Islam di kawasan itu sendiri," katanya.

Menurut Shukri lagi, yang menjadikan ia isu ialah penyokong PN sendiri dan bukan umat Islam secara keseluruhannya.

"Lainlah kalau semua penceramah agama yang bebas daripada pengaruh politik itu dihalang berkuliah. Tidak timbul soal kerajaan menurut kehendak DAP atau sebaliknya.

"Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail itu beragama Islam. Hanya ada seorang sahaja ADUN dari DAP yang dilantik sebagai EXCO Pahang. Mana mungkin dia boleh mengawal kerajan yang dipimpin oleh majoriti orang Melayu Islam.

"Cakap politik sedap mulut memanglah  mudah, main hentam kromo saja agar rakyat membenci kerajaan. Namun, harus diingat pemimpin Melayu Islam dalam kerajaan pun mengucap syahadah dan berpegang kepada agama Islam.

"Janganlah bila kena ke puak sendiri betul belaka, bila kena puak lain salah belaka. Masa berbaik dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dulu, semua baik sahaja. Maklumlah semua wakil rakyat mereka dapat peruntukan bulanan daripada kerajaan. Usahlah emosi menghentam bila sudah tidak sehaluan. Islam bukanlah boleh diubah-ubah mengikut keadaan," tambah Shukri lagi. #PahangDaily

Share:

Kadi Maklum ‘Pihak Atasan’ Arah ADUN Chenor Tangguh Kuliahnya Di Jengka 4 !

 

KUALA LUMPUR - Kuliah Maghrib oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak di Masjid As Sobirin Jengka 4, Maran pada malam tadi telah diarahkan tangguh oleh ‘pihak atasan.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika dihubungi Harakahdaily untuk mendapatkan maklumat lanjut, hari ini.

“Saya dihubungi oleh al-Fadil Kadi Daerah Jengka, menyatakan mohon ditangguhkan kuliah Maghrib kerana arahan daripada ‘pihak atasan’,” katanya.

Sebelum itu kata beliau, pihak kadi telah menghubunginya melalui WhatsApp dengan menyatakan;

“Assalamualaikum YB, mohon jasa baik ditangguh dulu kuliah di masjid Felda Jengka 4 malam ini, nanti lepas program di PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) Maran tengah hari ini, ana call semula.”

ADUN Mujibur merupakan pengkuliah tetap yang menyampaikan kuliah agama di Masjid Jengka 4, Felda Kuala Sentol lebih tiga tahun.

Katanya, jika alasan disebabkan isi kandungan kuliah atau kitabnya tidak sesuai mungkin boleh diadakan perbincangan.

Namun beliau kesal kerana pembatalan kuliah tersebut hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza.

Kata beliau, BN yang membentuk kerajaan Negeri Pahang bersama DAP sepatutnya memberi kefahaman tentang ilmu agama.

“Kefahaman ilmu agama itu perlu ditingkatkan bukan menyekat kuliah dan majlis ilmu.

“Saya nampak lebih kepada tekanan dan dendam setelah Umno kecundang 4-0 di Parlimen Maran,” tegasnya.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau turut meluahkan mengenai perkara itu.

“Selaku penceramah, insya-Allah saya memilih untuk profesional,” katanya.

Menurutnya, ketika menyampaikan kuliah, tiada disebut PAS atau mana-mana parti lain.

“Kita sebut tentang al-Quran dan Hadis. Kita sebut tentang Islam dan musuh Islam.

“Mengapa ini terjadi? Tepuk dada, tanya iman,” ujarnya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Maran. #sumber

Share:

120 Pekebun Nanas Mengalami Kerugian RM900,000, Tidak Sempat Menuai Hasil

PEKAN - Seramai 120 pekebun nanas di Kampung Baru Cenderawasih, dekat sini, menanggung kerugian kira-kira RM900,000 apabila pokok nanas jenis MD2 dan madu mereka ditenggelami banjir, minggu lalu.

Pekebun Abdul Halim Abd Latif, 37, berkata paras air di kawasan kebun nanas naik antara satu hingga dua meter selepas hujan lebat secara berterusan, bermula 15 Disember lalu.

Katanya, bagi setiap petak seluas 1.5 hektar, antara 50 hingga 60 peratus pokok nanas dewasa yang ditenggelami banjir dalam jangka panjang akan mati disebabkan buruk atau batang yang mereput.

"Saya dan pekebun lain reda dengan apa yang berlaku apabila tiada rezeki kali ini. Kebun kami setiap tahun ditenggelami banjir disebabkan berada dalam kawasan paya gambut.

"Faktor lebihan hujan turut menyebabkan paras air bertambah di antara dua dan tiga kali ganda. Walaupun sistem perparitan disediakan, kejadian banjir tetap terus berlaku setiap tahun," katanya, di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Kampung Baru Cenderawasih berkata, setiap pekebun menanggung kerugian antara RM5,000 hingga RM6,000 membabitkan kos benih, racun, baja dan upah buruh.

Halim yang turut mengusahakan kebun 1.5 hektar, berkata hasrat meraih pendapatan hasil jualan nanas kali ini tidak menjadi kenyataan.

Katanya, pegawai Pejabat Pertanian Daerah Pekan datang melawat melihat kerosakan berlaku bagi melayakkan kami mendapat bantuan wang ihsan yang disediakan kerajaan.

Bagi Abdul Malek Hanif, 42, terdapat pokok nanas yang sedang berbuah ketika banjir melanda, tetapi berikutan beberapa hari terendam air, buah matang sedia dituai mudah rosak selain kualitinya menjadi rendah.

Katanya, kualiti terutama rasa buah nanas jenis MD2 dan madu menjadi rendah serta kurang manis mungkin disebabkan kandungan air yang tinggi di dalam buah.

"Namun yang paling ditakuti pekebun setiap banjir berlaku ialah apabila 50 hingga 60 peratus pokok dalam satu petak tanaman akan mati disebabkan penyakit rebut batang.

"Penyakit berkenaan mudah merebak pada pokok lain. Dalam satu petak tanaman seluas 1.5 hektar terdapat 25,000 pokok.

"Setiap kali selepas bencana banjir di daerah ini, pengeluaran nanas akan terjejas. Permintaan pemborong luar untuk mendapatkan bekalan tidak dapat dipenuhi," katanya yang berpengalaman lebih lima tahun mengusahakan tanaman nanas.

Abdul Malek berkata, bencana banjir turut menimbulkan masalah kepada pekebun untuk mengeluarkan buah ke pusat pengumpulan apabila jalan ditenggelami air, selain jalan rosak.

Katanya, dia terpaksa memikul buah yang dimuatkan dalam guni seberat 50 hingga 60 kilogram sejauh kira-kira 100 meter menggunakan jalan becak selepas ditenggelami banjir untuk dimuatkan ke dalam beca roda tiga.

"Bantuan wang ihsan kemusnahan tanaman yang disediakan kerajaan sedikit sebanyak dapat meringan beban pekebun. Modal permulaan mengusahakan tanaman nanas seluas 1.5 hektar boleh mencecah RM25,000," katanya.

Tinjauan mendapati walaupun cuaca di daerah ini semakin baik, air masih bertakung dalam kawasan kebun manakala dalam parit, ia dipenuhi air hingga melimpah. #sumber


Share:

Banjir Pahang: PPS SK Sg Ular Di Tutup, 23 Mangsa Terakhir Di Benarkan Pulang

 

KUANTAN - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular di sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada jam 4 petang semalam.

Susulan penutupan PPS itu, banjir di Pahang kini pulih buat masa ini apabila sejumlah 23 orang mangsa daripada enam keluarga yang ditempatkan PPS itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, mangsa berkenaan yang menginap di PPS itu minggu lalu adalah kumpulan terakhir dibenarkan pulang mulai petang.

"Penutupan PPS SK Sungai Ular merupakan lokasi terakhir selepas PPS di Raub, Pekan dan Temerloh ditutup sepenuhnya beberapa hari yang lalu.

"Anggota APM Kuantan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan melaksanakan kerja mengemaskan khemah mangsa serta aspek kebersihan kawasan dan pemantauan keselamatan mangsa pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, 14 sungai utama di negeri ini telah menunjukkan trend penurunan, tetapi masih pada amaran waspada sehingga pukul 12 tengah hari.

"Bagaimanapun, hujan masih berlaku di semua kawasan 11 buah daerah negeri dan juga ada sesetengah tempat berlaku ribut petir.

“Penduduk di pesisir Sungai Pahang dan sungai utama lain di negeri ini perlu berwaspada serta kerap mendapatkan maklumat tepat mengenai keadaan banjir daripada anggota APM yang bertugas dan pihak berkuasa beruniform lain mengenai perkembangan banjir setiap hari.
#sumber 

Share:

Lelaki Di Tahan, Gara-Gara Bertelekung Curi Beg Jemaah Wanita Di Shah Alam !

 

SHAH ALAM - Taktik seorang lelaki bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di sini terbongkar, selepas polis menerima dua laporan membabitkan kerugian kira-kira RM3,500.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Iqbal Ibrahim berkata, suspek dalam lingkungan 20-an itu menggunakan taktik sama memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita, ketika mangsa menunaikan solat berjemaah di masjid sekitar Seksyen 18 pada Selasa lalu.

Beliau berkata, tindakan itu dikesan polis menerusi video tular hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki terbabit memasuki ruang solat wanita untuk mencuri.

Dalam kejadian pertama, katanya, seorang wanita berusia 60 tahun kehilangan beg berisi pelbagai barangan berharga selepas menunaikan solat di Masjid Al-Azahariah pada 3.41 petang.

“Dalam kejadian kedua, seorang jemaah wanita berusia 58 tahun menjadi mangsa kecurian beg tangannya di Masjid Al-Hidayah pada 10.47 malam hari sama,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Iqbal berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan lelaki itu di sekitar Seksyen 18 pada 12.05 tengah malam tadi dan merampas dua telefon bimbit curi.

Katanya, hasil semakan mendapati lelaki terbabit merupakan penganggur dan memiliki lima rekod jenayah lampau, termasuk kes penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, suspek direman empat hari hingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Bakal Bina Kemudahan Proses 'Pasir Silika' Bernilai RM2 Bilion !

 

KUANTAN – Kerajaan Pahang merancang membina kilang memproses pasir silika (kaca) bernilai RM2 bilion di Gebeng, dekat sini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan inisiatif menarik pelaburan dan memajukan ekonomi negeri itu.

“Inisiatif ini termasuklah cadangan pengoperasian kilang memproses pasir silica (kaca) bernilai RM2 bilion di Gebeng, Kuantan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, beliau menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Seri Perdana, Putrajaya telah melaporkan mengenai keadaan banjir di Pahang serta persediaan yang telah dilakukan kerajaan negeri.

Jelas beliau, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM47 juta rbagi program pasca banjir yang mula dilaksanakan pada tahun 2022 sehingga 2023.

“Peruntukan tersebut termasuklah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di Negeri Pahang menerusi pembelian bot amfibia, pembinaan Pusat Pemindahan Banjir Kekal.

“Ia termasuk pembinaan landasan pendaratan helikopter, pembelian instrumen sistem amaran awal banjir, serta pembelian bot menyelamat yang ditempatkan di Pejabat Penghulu seluruh negeri,” ujarnya. #sumber

Share:

Mangsa Banjir Seluruh Pahang Menurun, Hanya "30 Orang" Masih Berada Di PPS !

KUANTAN – Mangsa banjir di negeri ini mencatatkan pengurangan daripada 873 mangsa semalam kepada 30 orang setakat pukul 4.00 petang hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya berkata, kesemua mangsa terbabit ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular di daerah ini.

“Jumlah mangsa di PPS SK Sungai Ular turut mencatatkan pengurangan berbanding 41 orang semalam,” katanya kenyataan itu di sini.

Sementara itu, tujuh PPS ditutup iaitu PPS SK Sungai Karang, SK Beserah, SK Pelindung, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung, Balai Raya Bukit Kuin 1, Surau Chendor dan SK Cherating.

PPS SMK Pelindung, PPS Balai Raya Bukit Kuin 1 dan PPS Surau Sungai Chendor ditutup pada Isnin lalu manakala PPS SK Sungai Karang, SK Beserah dan PPS SK Pelindung ditutup pada semalam.

PPS SK Cherating ditutup sepenuhnya hari ini dengan seramai 158 mangsa membabitkan 39 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 1 petang. #sumber

Share:

Banjir: "Kerajaan Pahang" Salur Bantuan Barangan Keperluan Asas Ke Terengganu

KUANTAN - Kerajaan Pahang menyalurkan bantuan barangan keperluan asas yang bernilai RM150,000, sebagai tanda simpati dengan nasib rakyat Terengganu yang sedang berdepan dengan bencana banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan berkata, misi pertama itu membabitkan bantuan ke Terengganu.

Katanya, peruntukan sudah diluluskan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi tujuan berkenaan.

"Antara bantuan yang dihantar termasuk barang keperluan seperti toto (tilam), selimut, tikar, kain batik, kain pelikat, kit bencana, lampin bayi dan dewasa, serta barangan kebersihan diri berjumlah keseluruhan sebanyak 3,400 unit.

"Selain itu kita turut menghantar tujuh pallet air botol minuman kepada mangsa banjir berkenaan," katanya selepas pelancaran misi itu di pekarangan depoh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, di sini.

Mengulas lanjut, Sabariah berkata, semua barangan itu akan dihantar ke Kemaman dan kerajaan negeri Terengganu akan menguruskan pengagihannya kepada penduduk yang terjejas.

Katanya juga, misi bantuan itu akan diperluas atau ditambah mengikut keadaan semasa. #sumber

Share:

Seramai 561 Mangsa Banjir Di Enam PPS Pahang Di Buka Sehingga 'Tengahari' Ini !

 

KUANTAN - Sehingga tengah hari ini, seramai 561 mangsa banjir daripada 138 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini dan Raub.

Jumlah itu berkurangan berbanding 594 mangsa daripada 132 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Bagaimanapun, jumlah PPS bertambah satu berbanding lima PPS pada jam 8 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pembukaan satu PPS iaitu di PPS Balai Raya Kampung Ria, Raub.

Ia menjadikan dua PPS di buka di Raub termasuk PPS Dewan Kampung Pia membabitkan 47 mangsa daripada 15 keluarga.

Empat PPS yang dibuka di daerah ini ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang, SK Beserah, SK Sungai Ular dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung yang membabitkan 554 mangsa daripada 119 keluarga.

Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin masih merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya setakat jam 12.15 tengah hari.

Sungai Keratong merekodkan bacaan 11.74 meter (m) kerana paras bahaya yang ditetapkan ialah 11m manakala Sungai Luit Luit di Kampung Subuh, Maran pula melepasi paras amaran.

Sebanyak 10 sungai merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Sungai Tembeling di Kampung Merting dan SungaiPahang di Sungai Yap di Jerantut.

Selain itu, Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis; Sungai Lipis di Batu Malim, Raub; Sungai Triang di Triang, Bera dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera.

Tiga sungai di daerah ini pula ialah Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor dan Sungai Belat di Seri Damai. #


sumber

Share:

NGO Mohon Kerajaan 'Henti' Serta-Merta Pembangunan Sekitar Genting Highlands

 

KUALA LUMPUR - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar mendakwa kawasan seluas lebih 5,700 hektar di Genting Highlands dan pergunungan sekitarnya sudah diluluskan untuk projek pembangunan, termasuk bagi perumahan dan lot komersial.

Berikutan itu, Rimba Disclosure Project (RDP), sebuah badan pemantau hutan Malaysia, menggesa pihak berkuasa negeri Selangor dan Pahang supaya menghentikan serta-merta semua kerja pembangunan yang dirancang dan sedang dilaksanakan di Genting Highlands dan kawasan pergunungan sekitarnya.

RDP mendakwa siasatan pihaknya mendapati kawasan yang diperuntukkan bagi pembangunan itu adalah di lereng gunung yang curam dan berada di Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 dan 2, yang secara teknikalnya tidak dibenarkan untuk sebarang projek pembangunan.
NGO itu mendakwa kawasan yang ditandakan untuk pembangunan itu, termasuk kawasan seluas 5,000 hektar dalam draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Bentong oleh kerajaan Pahang dan 316 hektar dalam draf Rancangan Kawasan Khas (RKKK) Genting oleh Selangor, selain oleh tiga syarikat lain.

"RDP terkejut kerana kerajaan meluluskan projek seumpama itu," kata RDP dalam kenyataan melalui Twitternya, semalam.

Kenyataan itu susulan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang mengorbankan 23 nyawa setakat jam 5 petang semalam, manakala 10 lagi masih hilang.

Ketika kejadian tanah runtuh jam 2 pagi kelmarin, 94 pengunjung yang berkhemah di Father's Organic Farm berhampiran Gohtong Jaya sejak Rabu lalu dikatakan sedang tidur.

Sementara itu, dalam laporan bertajuk Tip of The Iceberg: 5,700 ha of Sensitive Genting Forests Earmark For Development: A Rimba Disclosure Projek Investigation oleh RDP, Pahang didakwa mencadangkan kawasan seluas 5,000 hektar di kawasan pergunungan timur Genting Highlands dan sekitar Janda Baik untuk projek perumahan, lot komersial dan kegunaan tanah bukan perhutanan lain, yang terletak di kawasan KSAS Tahap 1 dan 2.

"Selangor pula mencadangkan pembangunan bersebelahan Father's Organic Farm. Ini membabitkan pembangunan yang berasingan dan bersebelahan, termasuk bangunan tinggi dari Gohtong Jaya ke puncak Genting Highlands dan sepanjang laluan Ulu Kali," dakwanya.

Laporan itu juga mendakwa, kerja pembangunan oleh dua lagi syarikat sudah pun dimulakan, yang dikenal pasti di kawasan KSAS Tahap 1 dan 2.

"Garis panduan Jabatan Alam Sekitar menetapkan tiada pembangunan dibenarkan di kawasan KSAS Tahap 1 dan hanya pembalakan lestari serta aktiviti pelancongan berimpak rendah dibenarkan di kawasan KSAS Tahap 2," katanya. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.