script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Siap Siaga Bila-Bila Masa Hadapi PRU-16, Bagi Signal Sudah Bersedia Tadbir Negeri Pahang

KUANTAN: “PAS bagi signal sudah bersedia untuk mentadbir negeri Pahang,” ujar Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Noor.

Justeru, katanya PAS negeri bersiap sedia untuk berhadapan pada bila-bila masa sahaja kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Menurutnya, satu gelombang penuh semangat dapat dilihat kepada jentera yang hadir dan bersedia turun ke lapangan menyantuni penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura, di sini.

Beliau menyatakan demikian pada Program Jelajah PAS Teraju Pahang anjuran Jabatan Pilihan raya DUN Inderapura di Kem Akademik Azam, di sini hari ini.

Wan Razali juga mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada Ahli Undangan Negeri (ADN) yang hadir iaitu ADN Beserah, Andansura Rabu, Zuridan Mohd Daud (Damak), Yohanis Ahmad (Pulau Tawar), Nazri Ahmad (Bukit Ibam), Mohd Sofian Abd Jalil (Luit), Mohamad Ayub Mat Ashri (Sungai Lembing) dan Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan (Pulau Manis).

Tambahnya, kerja berkolaborasi itu memperkasakan gerak kerja dan kemahiran demi untuk mengambil alih DUN Inderapura pada PRU16 nanti.

“Apa yang kita laksanakan hari ini, sebarkan ke semua ruang media sosial (medsos) agar masyarakat akan dapat melihat kemesraan dan prihatinnya PAS, pimpinannya dan jenteranya menyantuni penduduk, meluang masa dan mendengar masalah mereka,” ujarnya yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan. #sumber

Share:

Pengecualian Visa: Pahang Di Jangka Mengalami Lonjakan Besar Kehadiran Pelancong Dari Negara China

KUANTAN: Pahang dijangka mengalami lonjakan besar kehadiran pelancong apabila Malaysia dan China melaksanakan pengecualian visa bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, kerjasama itu bukan sahaja meningkatkan jumlah pelancong China tetapi dapat memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi negeri.

Menurutnya, pelancongan China antara penyumbang tertinggi statistik kehadiran pelancong dari luar negara ke Pahang tahun lalu.

“Jadi kita yakin lanjutan pengecualian visa ini dapat meningkatkan kedatangan pelancong China ke Pahang dalam tempoh dua tahun. Malah pelancong dari negara lain juga dialu-alukan ke negeri ini.

“Kita ada kelebihan yang menjadi tumpuan pelancong. Selain ada Genting Highlands, negeri ini juga mempunyai pantai dan pulau yang cantik sekaligus menjadi daya tarikan kepada mereka,” katanya.

Mengikut statistik bagi tahun 2023, angka tertinggi kemasukan pelancong antarabangsa ke Pahang direkodkan daripada tiga negara iaitu Singapura (1.04 juta), China (213,671) dan Indonesia (211,671).

Yu Man berkata, terdapat beberapa segmen dalam sektor pelancongan ini termasuk persatuan agensi pelancongan, kehadiran pelancong dalam kumpulan kecil atau besar, serta program berbentuk mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran yang mampu menarik kedatangan pelancong.

Jelasnya, inisiatif ini juga dilihat sebagai peluang untuk mempromosikan budaya dan tarikan tempatan Pahang, baik kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Kita pasti akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin,” ujarnya. #sumber

Share:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang Bentuk Satu Jawatankuasa Kepimpinan Baharu Pada Sabtu

KUANTAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membentuk satu jawatankuasa kepimpinan baharu menerusi mesyuarat yang diadakan di sini pada Sabtu. 

Pembentukan jawatankuasa itu susulan pelantikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri manakala Ketua Cabang Lipis Rizal Jamin sebagai Timbalan Pengerusi oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Mei lepas.

Fuziah dalam kenyataan malam ini berharap kepimpinan baharu dapat memainkan peranan dan dilibatkan secara jelas serta penuh dalam segala urusan dan aktiviti berkaitan kerajaan negeri secara langsung atau tidak langsung.

Beliau berkata pihaknya menyedari bahawa hubungan serta kerjasama erat kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting untuk manfaat rakyat Pahang seperti yang dibuktikan atas komitmen bersama Perdana Menteri serta rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan. 

"Mesyuarat juga memutuskan untuk turut serta membantu jentera bagi memberi kemenangan calon Keadilan (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Pulau Pinang yang telahpun bermula kempennya hari ini," katanya. 

Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Ketua Cabang Kuantan Fakhrul Anuar Zulkawi sebagai Naib Pengerusi 1 manakala Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang sebagai Naib Pengerusi 2 dan Ahli Dewan Negara Manolan Mohamad dilantik sebagai Naib Pengerusi 3. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Chan Chun Kuang pula dipilih sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang dan Haslindalina Hashim dilantik sebagai Ketua Wanita Negeri. #sumber

Share:

Fandi: Beberapa Kesilapan Yang Berlaku Antara Faktor Kekalahan 3-0 Skuad Tok Gajah Kepada JDT

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, menyifatkan beberapa kesilapan yang dilakukan skuad kendaliannya itu, menjadi antara faktor kekalahan 0-3 ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Begitupun Fandi tetap berbangga kerana kesebelasan Tok Gajah dilihat telah beraksi sehabis baik dan tidak memberikan laluan mudah kepada tuan rumah mencatatkan kemenangan.

“Dalam bola sepak kita pun tak tahu...jadi bagi saya kita sudah berikan yang terbaik selepas kekalahan tu (Piala FA). Ini 'game' pertama kami, mungkin kita kurang aksi persahabatan sebab ada break, jadi agak sukar pemain nak dapatkan momentum.

“Kesilapan kita tak tutup ruang, saya dah beritahu, Heberty pemain berbahaya dengan kemampuan beraksi dengan kaki kirinya...Tapi kita juga bagi mereka (JDT) cabaran bukan senang nak score, bagaimanapun dalam babak kedua,kita buat satu lagi kesilapan.

“Apa pun, semua pemain sudaf bekerja keras, Mykola (Ahapov), Kpah (Sherman) juga bekerja keras, tetapi JDT lebih baik daripada kita, itu kita tak boleh elak,” katanya.

Kekalahan berkenaan menyaksikan skuad Tok Gajah itu kini berada pada kedudukan ketujuh Liga Super dengan empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan tewas sekali daripada empat perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Fandi mengakui walaupun tanpa duo penyerang import, Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva, JDT masih mampu mempamerkan aksi terbaik.

Malah katanya, kesemua pemain JDT dilihat bekerja keras di sepanjang permainan bagi menjamin kemenangan pasukan pada perlawanan berkenaan.

“Biasanya siapa sahaja di JDT kalau mereka sarung jersi mereka akan berikan yang terbaik ;tak kira sama ada Bergson main tak main, tapi kita tetap respect sebab mereka memang team yang baik.

“Setiap pemain di sini berada pada tahap tertinggi, mereka punya skill, teknik semua... kita kena 'respect'. Semua bekerja keras, walau hilang tiga pemain.

“Bukan senang, dan hari ini kita cuba nak curi mata, tapi tak kesampaian,” katanya. #sumber

Share:

Jaringan Hatrik Heberty Fernandes Benamkan Sri Pahang FC 3-0 Di Stadium Sultan Ibrahim

ISKANDAR PUTERI: Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terus gah di puncak Liga Super selepas mudah menewaskan Sri Pahang FC, 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang tsemalam.

Meskipun tanpa kelibat beberapa penyerang sensasi, namun Heberty Fernandes muncul wira JDT, dengan jaringan hatrik.

Tirai jaringan hadir seawal minit ke-4, menerusi gerakan cantik JDT, yang disudahkan dengan rembatan luar kotak penalti Heberty Fernandes.

Import Sri Pahang, Kpah Sherman hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-33, namun rembatan tepat ke arah gawang JDT diselamatkan penjaga gol, Syihan Hazmi. 

Bersambung babak kedua, JDT terus melebarkan jaringan selepas Heberty Fernandes menjaringkan gol kedua, sejurus menerima hantaran Endrick Dos Santos, minit ke-66. 

Minit ke-86, Heberty kemudiannya mencetak gol hatrik, selepas menghukum kesilapan penjaga gol, Zarif Irfan yang mudah memberi bola kepada penyerang itu, dalam situasi sepakan gol. 

Kedudukan 3-0 kekal hingga wisel penamat. 

Bagi Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, beliau berpuas hati dengan penampilan anak buahnya.

Namun ketumpulan pada bahagian jentera tengah, membuatkan pasukan gagal merencana gerakan berbahaya. 

"Yang saya tahu mereka beri 100 peratus. Itu penting bagi saya. Kombinasi Nikola dan Kpah tidak menjadi walaupun rata-rata pemain bekerja keras cuma saya pasti pemain JDT lebih baik dari kita. Itu tak boleh elak," kata Fandi kepada pemberita.

Pengendali JDT, Hector Bidoglio pula, memaklumkan fokus pasukan kini terarah kepada perlawanan seterusnya, menentang Skuad Universiti Malaysia, dalam saingan Piala FA. 

"Bagi kami ia perlawanan yang penting dan kita perlu fokus dan bermain secara serius. Kita perlu profesional kerana dalam sukan bola sepak, perkara sama takkan berulang setiap perlawanan. Bagi JDT, perlawanan Piala FA seterusnya adalah penting. Kita akan pamerkan potensi dan taktikal terbaik," kata Hector kepada pemberita. #sumber

Share:

JKR: Nahas Berhampiran Jambatan Bailey Muadzam Shah, Pelan Pengurusan Trafik Di Laksanakan


KUANTAN: Pelan Pengurusan Trafik (TMP) bagi Laluan Persekutuan (FT12) di Seksyen 102 Lebuhraya Kuantan-Segamat telah dilaksanakan dari kedua-dua arah bagi meningkatkan tahap keselamatan selain sebagai makluman dan amaran awal kepada pengguna.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan TMP yang dipasang adalah mengikut prosedur dan spesifikasi iaitu penyediaan papan tanda sementara (lencongan, had laju dan had muatan), penyediaan garisan jalan sementara serta penghadang jalan.

"JKR juga telah menyediakan beberapa inisiatif tambahan seperti mengadakan speed bump bagi mengurangkan had laju kenderaan dan memasang lampu solar di sekitar laluan lencongan untuk meningkatkan pencahayaan serta tahap keselamatan terutamanya pada waktu malam," menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas berkenaan kemalangan di laluan lencongan sementara tersebut melibatkan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian selepas lori dipandunya terbabas dan terjunam masuk ke lubang jalan yang mendap berhampiran jambatan Bailey pada Rabu lepas.

Pada awal Januari lepas, laluan berkenaan telah ditutup kepada semua kenderaan berikutan mendapan struktur bebo arch culvert akibat banjir dan susulan itu, satu laluan lencongan dan jambatan sementara (jambatan Bailey) telah dibina bagi memastikan rangkaian perhubungan jalan raya tidak terputus.

Menurut kenyataan itu JKR menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

JKR juga memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan proses perolehan bagi kerjapenggantian jambatan kekal di lokasi itu, selain memohon semua pengguna jalan raya di laluan tersebut lebih berhati-hati serta mematuhi papan tanda dan had laju yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama. #sumber

Share:

Zuhairi Dakwa Dua Ahli PPNP Bukannya Di Tahan Ceroboh Tanah, Hanya Di Ambil Keterangan

KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) menyangkal tuduhan yang mengatakan dua ahlinya telah ditahan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) atas tuduhan meneroka dan menceroboh tanah kerajaan negeri.

Pengerusi PPNP, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir menegaskan bahawa laporan yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah tidak berasas dan hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh portal berita itu tidak mempunyai pengesahan rasmi dan dibuat berdasarkan laporan serta andaian sebelah pihak sahaja.

"Saya mengesahkan bahawa memang wujud dokumen urusan antara PPNP dengan kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan berkaitan permohonan pengeluaran hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah kerajaan yang diceroboh.

"Penanaman kelapa sawit itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak sekian lama dan gagal ditangani.

"Namun, PPNP telah mengenal pasti identiti dalangnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, maklumat terbabit telah disalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

"Justeru, PPNP akan bekerjasama dengan memberikan maklumat untuk memerangi isu pencerobohan tanah, mengakibatkan ketirisan hasil negara yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri ini," katanya.

Zuhairi menjelaskan, semasa petugas yang dilantik PPNP terdiri daripada jurukur tanah dan konsultan masuk ke kawasan untuk meninjau, mengenal pasti serta menanda pokok-pokok sawit yang ditanam haram bagi penyediaan kertas kerja, pihak UPNP telah hadir menyatakan menerima laporan pencerobohan tanah kerajaan.

Beliau berkata, pihak PPNP diberikan notis mengosongkan kawasan tersebut dan mengalihkan struktur binaan pagar berkunci dan pondok pekerja di kawasan itu dalam tempoh 14 hari yang akan berakhir pada 21 Jun ini.

"Sebaliknya, apa yang berlaku hari ini semasa petugas PPNP berada di kawasan tersebut untuk menyelesaikan kerja dan menurut arahan notis yang diberikan 14 hari itu yang masih berkuatkuasa.

"Pegawai UPNP yang membuat pemeriksaan telah meminta pekerja dilantik PPNP mengikut ke pejabat UPNP.

"Jadi, saya mengesahkan mereka tidak ditahan, hanya diambil keterangan," katanya.

Selain itu, Zuhairi memaklumkan UPNP turut mengambil sebuah jentera yang disewa PPNP berhampiran kawasan tersebut untuk mengalihkan pagar berkunci dan struktur binaan pondok pekerjanya sebagai bukti.

"Ini tindakan yang dianggap salah kerana PPNP mempunyai notis sehingga 21 Jun ini yang masih sah.

"Dengarlah dulu, kadang-kadang jadi pakar 'tiga minit' kemudian terus lontar di media sosial dan faktanya salah," katanya.

Beliau menambah, wakil PPNP memberikan kerjasama dengan menunjukkan dokumen permohonan 'tapping right' yang dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan serta laporan polis untuk rujukan pihak berkuasa berkenaan berhubung urusan yang dijalankan, bukan melakukan pencerobohan seperti kenyataan yang dikeluarkan.

"Penjelasan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan imej PPNP.

"Jika masih berlarutan, PPNP tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan saman serta mengheret individu yang memutarbelitkan fakta ke mahkamah," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa isu pencerobohan tanah kerajaan negeri adalah perkara biasa dan sering dibiarkan tanpa tindakan penguatkuasaan yang tegas.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, sebelum ini menyatakan bahawa lebih 160,000 hektar tanah kerajaan didakwa telah diteroka di seluruh Pahang.

"Mengejutkan, data tersebut diperoleh berdasarkan pengetahuan dan semakan yang dilakukan oleh beliau sendiri.

"Penguatkuasaan untuk membanteras pencerobohan tanah dan kecurian hasil masih lemah.

"Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga sebelum ini bertitah bahawa aktiviti penguatkuasaan masih berada pada tahap lemah dan memerlukan penambahbaikan," katanya. #sumber

Share:

Pemandu Maut, Lori Terjunam Ke Dalam Lubang Jalan Yang Mendap Berhampiran Jambatan Bailey Di Pekan


PEKAN: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap berhampiran Jambatan Bailey di Seksyen 102, Kilometer 73, Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pada Rabu.

Dalam nahas pada jam 8.55 malam itu, mangsa, Muhammad Farhan Dagang, 29, beralamat di Kampung Cahaya Baru, Masai, Johor mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. #sumber
Share:

Pengusaha Bengkel Perlu RM50,000 Bagi Ganti 20 Motosikal Terbakar Di Bukit Rangin Khamis Lalu

KUANTAN: “Saya perlu menyediakan lebih RM50,000 bagi menggantikan 20 unit motosikal pelbagai jenama yang musnah terbakar,” kata pengusaha bengkel motosikal Mohd Zamri Ismail Abdullah, 24.

Dalam masa terdekat, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemilik motosikal terbabit bagi mencari penyelesaian terbaik sama ada dalam bentuk ganti rugi wang tunai atau menggantikan motosikal terpakai yang sama jenis dengan motosikal yang terbakar.

Katanya, keputusan sepakat perlu dibuat bagi mengelak sebarang masalah berlaku di kemudian hari dan ia perlu diselesaikan secara profesional dan baik.

“Pertemuan ringkas dengan pemilik motosikal diadakan sebelum ini dan rata-rata mereka menerima dengan hati yang terbuka motosikal milik mereka telah musnah, malah mereka juga dapat melihat sendiri keadaan motosikal itu.

“Mereka reda dan menganggap apa yang berlaku suatu kejadian tidak diduga sedangkan tujuan menghantar motosikal ke bengkel saya untuk dibaiki kerosakannya namun berlaku sebaliknya apabila musnah dijilat api,” katanya, di sini semalam.

Dalam kejadian Khamis lalu, bengkel Mohd Zamri Ismail yang terletak bersebelahan rumah papan di Kampung Bukit Rangin Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan Kuantan musnah dalam kejadian kebakaran.

Kebakaran kira-kira 6 petang itu memusnahkan bengkel motosikal dan rumah papan yang terletak bersebelahan. Kerugian dianggarkan lebih RM250,000 apabila semua barang tidak dapat diselamatkan.

Dalam masa kira-kira 10 minit bengkel saya dan rumah keluarganya musnah 100 peratus dijilat api, tidak ada apa yang dapat diselamatkan termasuk 25 unit motosikal pelbagai jenama.

Mohd Zamri Ismail berkata, ketika kejadian beliau ke bandar Kuantan untuk membeli minyak pelincir dan beberapa alat ganti motosikal, pada masa sama beliau menutup sementara bengkelnya pada 5.30 petang.

Katanya, selepas kira-kira 30 minit meninggalkan bengkel dia mendapat panggilan telefon ibu saudaranya menyatakan bengkelnya terbakar dan api sedang marak, usaha memadam kebakaran dilakukan anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Dalam masa kira-kira 10 minit bengkel saya dan rumah keluarganya musnah 100 peratus dijilat api, tidak ada apa yang dapat diselamatkan termasuk 25 unit motosikal pelbagai jenama.

“Saya reda dengan apa yang berlaku, dalam sekelip mata harta yang ada musnah dijilat api. Selain pelbagai barangan, minyak pelincir dan alat ganti turut musnah wang tunai lebih RM600 hasil bayaran pelanggan.

“Selepas 10 tahun mengusahakan bengkel motosikal, kejadian kebakaran yang berlaku telah meragut seluruh semangatnya untuk berjaya dalam perniagaan,” katanya yang kerugian lebih RM100,000.

Difahamkan api bermula dari dalam bengkel di bahagian pejabat sebelum cepat merebak dan musnahkan bengkelnya.

Beliau berkata, banyak perkara yang kini difikirkan, antaranya modal untuk memulakan perniagaan, tapak bengkel baharu dan wang ganti rugi 25 motosikal yang musnah lebih RM50,000.

Mohd Zamri Ismail berkata, kesudian rakannya yang turut mengusahakan bengkel motosikal menawarkan diri memmbantu membaiki dan mengecat semula empat motosikal Yamaha Y15 yang terbakar sedikit melegakannya. Empat unit motosikal berkenaan masih lagi baharu digunakan pemiliknya.

Menurutnya, amat berat dugaan yang diterima kali ini berbanding kejadian banjir besar pada 2014 yang menyebabkan bengkel ditenggelami air dan kerugian lebih RM12,000. #sumber

Share:

Duit Untuk Bayar Sewa Rumah Hangus, Kebakaran Babit Enam Premis Di Jalan Wong Ah Jang

KUANTAN: Ibu kepada tiga anak pasrah apabila wang simpanan RM500 untuk membayar sewa hangus selepas rumah sewanya di tingkat atas sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Wong Ah Jang di sini terbakar, pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Sazanah Mohamed, 58, bersama anaknya tidak sempat menyelamatkan harta benda dan kini tinggal sehelai sepinggang.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru selesai memasak, namun dikejutkan dengan bunyi letupan kecil, sebelum melihat percikan api dari sebuah kedai di tingkat bawah.

"Api cepat merebak dan asap mula tebal, saya menjerit agar anak-anak keluar segera. Saya juga tidak sempat ambil dokumen penting dan barang berharga termasuk duit sewa rumah sebanyak RM500.

"Waktu itu, saya hanya fikir nyawa saya dan anak-anak, jadi saya tidak sanggup ambil risiko," katanya ketika ditemuidi lokasi kejadian pada Selasa.

Dia yang berniaga meluahkan rasa bersyukur dapat menyelamatkan diri, selain tidak mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

"Saya reda dan yakin ada hikmah dan rezeki lain di sebalik kejadian ini," katanya.

Sementara itu, peniaga alat ganti kenderaan, Danny Ng, 64, berkata, bunyi bising yang disangka individu sedang bergaduh telah menyelamatkan nyawanya.

"Bila keluar saya lihat asap hitam dan semua orang sudah keluar dari bangunan ini.

"Selepas itu, saya nampak api di dalam kedai," katanya yang sudah 20 tahun menjalankan perniagaan di bangunan rumah kedai itu.

Danny memberitahu, kebakaran itu dikatakan berlaku di salah sebuah kedai yang terletak kira-kira 50 meter dari kedainya, sebelum ia merebak.

"Saya tidak tahu berapa rugi lagi," katanya ringkas.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 21 anggota penyelamat bersama jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan jam 3.41 petang.

"Kebakaran melibatkan enam unit pintu kedai dua tingkat setiap unit berkeluasan 20x60 kaki terbakar.

"Pintu pertama dan tiga masing-masing terbakar 50 peratus, pintu kedua (80 peratus), pintu keempat sebanyak 70 peratus manakala 30 peratus bagi pintu kelima serta keenam," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan terdapat seorang mangsa lelaki berumur 56 tahun mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

Zulfadli berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 5.34 petang dan kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan.

"Kebakaran melibatkan enam unit pintu kedai dua tingkat setiap unit berkeluasan 20x60 kaki terbakar.

"Pintu pertama dan tiga masing-masing terbakar 50 peratus, pintu kedua (80 peratus), pintu keempat sebanyak 70 peratus manakala 30 peratus bagi pintu kelima serta keenam," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan terdapat seorang mangsa lelaki berumur 56 tahun mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

Zulfadli berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 5.34 petang dan kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan. #sumber

Share:

Bayi Perempuan Baharu Lahir Di Temui Di Ruang Solat Masjid Kampung Lubuk Kulit dekat Lipis

LIPIS: Seorang bayi perempuan sempurna sifat dipercayai baru lahir ditemui dalam ruangan solat wanita di Masjid Kampung Lubuk Kulit, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata Balai Polis Padang Tengku menerima laporan penemuan bayi yang masih bertali pusat dan diselimuti telekung serta diletakkan di atas sejadah itu, kira-kira jam 5.30 pagi.

"Bayi ini ketika ditemui penduduk dalam keadaan baik dan masih mempunyai tali pusat. Polis sedang mengesan ibu bapa berkenaan.

"Kes ini dalam siasatan lanjut polis mengikut Sesyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di sini, hari ini.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Lipis menerusi talian 09-3121999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sementara itu, jemaah yang tiba di masjid itu pada jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh terkejut apabila terdengar suara bayi merengek berdekatan dinding ruang solat muslimat.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Kulit, Mazlan Jali berkata, ketika masuk ke ruang masjid dia terdengar dan melihat jemaah wanita mengelilingi bayi berkenaan.

"Bayi perempuan ini ditemui oleh jemaah wanita yang datang lebih awal dan memaklumkan kepada saya serta jemaah lelaki yang baru sampai untuk menunaikan solat," katanya. #sumber

Share:

Lapan Individu Ambil Masa Lebih Satu Jam Lapah Lembu Sado Satu Tan Di Pekan Semalam

PEKAN: "Niat laksana korban lembu sado ini tertunai," kata penternak muda, Aiman Aizuddin Azhar, 19, selepas lembu seberat satu tan bernilai RM25,000 miliknya yang dinamakan 'Scoot' dikorbankan sempena Aidiladha semalam.

Katanya, walaupun tidak dapat bersama pada program korban semalam kerana terpaksa menghantar lima lembu baka Kedah-Kelantan kepada pembeli di Muadzam Shah, dia bersyukur proses sembelih, lapah dan mengagihkan daging berjalan lancar dan selesai hingga lewat malam.

"Lapan individu mahir menguruskan proses berkenaan, ambil masa kira-kira 20 minit untuk mengikat dan merebahkan 'Scoot', seterusnya menyembelih di kandang khas di Kampung Permatang Pauh, di sini," katanya.

Katanya, proses melapah lembu sado baka Limousine berkenaan mengambil masa lebih sejam sebelum dagingnya diagihkan kepada asnaf dan penduduk kampung.

"Seramai 400 individu menerima antara satu hingga dua kilogram daging korban berkenaan," katanya menambah 'Scoot' pada awalnya dijadual dikorbankan hari ini, namun diubah ke semalam kerana ramai saudara maranya tidak bercuti sehingga hari kedua Aidiladha.

Aiman Aizuddin yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma Agroindustri Ternakan Ruminan di Kolej Vokasional Pertanian Chenor, Maran, bersyukur Allah SWT memudahkan segala urusan ibadah korban semalam.

"Ada kalangan petugas bimbang menguruskan haiwan seberat kira-kira satu tan berusia empat tahun itu," katanya. #sumber

Share:

KPDN Pahang Keluar 16 Notis Kepada Syarikat Perniagaan Menerusi Ops Kesan 2.0 Mulai 10 Jun Lepas

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang mengeluarkan 16 notis kepada syarikat perniagaan yang berdaftar dengan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) sepanjang pelaksanaan Ops Kesan 2.0 yang bermula pada 10 Jun lepas.

Pengarah berkenaan Jezlily Jamaluddin berkata Notis Pengesahan Maklumat Barangan dan Perkhidmatan (NPMB) dikeluarkan hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 56 syarikat perniagaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

”Dalam tempoh pelaksanaan Ops Kesan 2.0 ini, KPDN Pahang telah menerima sebanyak empat aduan berkaitan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Kesemua aduan telah disiasat di mana pihak syarikat atau perniagaan telah diberikan notis untuk mengemukakan maklumat lanjut berkaitan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KPDN Pahang juga telah menggerakkan 166 Pegawai Penguat Kuasa dan 75 Pegawai Pemantau Harga untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bekalan dan harga barangan keperluan pengguna di seluruh negeri ini menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, menurut Jezlily.

Beliau berkata sebanyak 3,448 premis telah diperiksa sepanjang Jun meliputi pemborong, peruncit, pasar basah, pasar tani dan pasar raya yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan.

“Dari pemeriksaan tersebut, sebanyak 33 kes telah dihasilkan di bawah akta yang dikuatkuasakan KPDN. Pihak KPDN Pahang mengalu-alukan pengguna untuk bersama-sama membantu menjadi mata dan telinga kementerian dan melaporkan sebarang kesalahan dan aktiviti mencurigakan peniaga melalui pelbagai medium penyaluran aduan yang disediakan,” katanya. #sumber

Share:

Penang FC Layak Ke Suku Akhir Piala FA, Tewaskan Sri Pahang FC 4-3 Menerusi Sepakan Penalti

KUANTAN: Penang FC layak ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Sri Pahang FC 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa tambahan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, pada Jumaat.

Kemenangan itu jelas menggembirakan skuad Harimau Kumbang selepas mendahului 1-0 pada separuh masa pertama sebelum skuad Tok Gajah menyamakan kedudukan 1-1 pada babak kedua.'

Namun, pada perlawanan itu, prestasi terbaik Penang bermula pada minit ke-37 menerusi Muhammad Nabil Ahmad Latpi yang hanya berada di depan gawang skuad Tok Gajah tetapi bola tendangannya melambung melepasi palang.

Namun, selang dua minit, Muhammad Nabil menebus kesilapan apabila menjaringkan gol pendahuluan selepas menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zarif Irfan Hashimuddin.

Sebelum itu, jaringan itu dikatakan batal kerana ofsaid tetapi selepas dilihat menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR), gol itu disahkan pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir.

Ketinggalan 0-1, skuad kendalian Fandi Ahmad berusaha untuk mencari gol penyamaan tetapi terpaksa akur keputusan itu kekal bagi tempoh 45 minit perlawanan.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli menggandakan asakan ke kubu tuan rumah untuk menambahkan jaringan.

Tetapi, jentera pertahanaKUANTAN: Penang FC layak ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Sri Pahang FC 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa tambahan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.


Kemenangan itu jelas menggembirakan skuad Harimau Kumbang selepas mendahului 1-0 pada separuh masa pertama sebelum skuad Tok Gajah menyamakan kedudukan 1-1 pada babak kedua.'

Namun, pada perlawanan itu, prestasi terbaik Penang bermula pada minit ke-37 menerusi Muhammad Nabil Ahmad Latpi yang hanya berada di depan gawang skuad Tok Gajah tetapi bola tendangannya melambung melepasi palang.

Namun, selang dua minit, Muhammad Nabil menebus kesilapan apabila menjaringkan gol pendahuluan selepas menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zarif Irfan Hashimuddin.

Sebelum itu, jaringan itu dikatakan batal kerana ofsaid tetapi selepas dilihat menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR), gol itu disahkan pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir.

Ketinggalan 0-1, skuad kendalian Fandi Ahmad berusaha untuk mencari gol penyamaan tetapi terpaksa akur keputusan itu kekal bagi tempoh 45 minit perlawanan.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli menggandakan asakan ke kubu tuan rumah untuk menambahkan jaringan.

Tetapi, jentera pertahanan yang diketuai kapten pasukan, Fadhli Shas kekal bertahan dalam menyekat lawan daripada membolosi gawang.

Peluang terbaik Sri Pahang menerusi rembatan kencang Azrif Nasrulhaq Badrul Hisam dari luar kotak penalti tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Penang, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pada minit ke-65.

Namun, Sikh Izhan akhirnya tewas hasil jaringan pemain gantian, Mykola Ahapov selepas menerima hantaran Manuel Hidalgo pada minit ke-78 meletakkan kedudukan 1-1.

Tiada jaringan sepanjang 30 minit masa tambahan menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Penang muncul pemenang. #sumbern yang diketuai kapten pasukan, Fadhli Shas kekal bertahan dalam menyekat lawan daripada membolosi gawang.

Peluang terbaik Sri Pahang menerusi rembatan kencang Azrif Nasrulhaq Badrul Hisam dari luar kotak penalti tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Penang, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pada minit ke-65.

Namun, Sikh Izhan akhirnya tewas hasil jaringan pemain gantian, Mykola Ahapov selepas menerima hantaran Manuel Hidalgo pada minit ke-78 meletakkan kedudukan 1-1.

Tiada jaringan sepanjang 30 minit masa tambahan menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan Penang muncul pemenang. #sumber

Share:

Lebih 60 Buah Kediaman Dari Tujuh Kampung Di Kuantan Rosak Di Landa Ribut Petang Kelmarin

KUANTAN: Lebih 60 kediaman di tujuh kampung sekitar daerah ini rosak dilanda ribut petang kelmarin ketika semua mangsa sedang bersiap untuk menyambut ketibaan Aidiladha, esok.

Tujuh kawasan itu membabitkan Rancangan Rumah Murah (RRM) Batu Tiga Setengah, Taman Seri Belat, Kampung Razali, Kampung Belukar, Kampung Kurnia, Kampung Penor dan Taman Penor Makmur.

Pemilik kediaman terjejas di Taman Penor Makmur di Jalan Kuantan-Pekan, di sini, Mohd Nazry Mansor, 46, mengakui reda dengan ujian menimpa keluarganya itu yang menyebabkan keseluruhan atap rumah yang baharu didiami itu diterbangkan angin kencang.

Dia antara 15 pemilik kediaman di kawasan itu yang mengalami kerosakan pada bahagian atap dalam kejadian ribut kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Mohd Nazry berkata, dia sekeluarga memutuskan untuk menyambut Aidiladha di rumah baharu buat kali pertama selepas berpindah akhir tahun lalu, namun ternyata impian berkenaan tidak dapat menjadi kenyataan.

Katanya, keseluruhan atap serta bumbung bahagian ruang tamu rumahnya diterbangkan angin menyebabkan siling kapur runtuh berikutan hujan lebat.

"Ketika kejadian saya dan keluarga dalam perjalanan pulang dari Pekan sebelum dihubungi jiran memaklumkan rumah kami rosak berikutan angin kencang.

"Saya sangkakan hanya kerosakan kecil, namun terkejut sebaik sampai apabila melihat keseluruhan atap dan bumbung sudah hilang," katanya yang turut memaklumkan perabot serta sofa termasuk barangan elektrik seperti kipas, lampu dan televisyen semuanya basah dan talian elektrik juga terputus.

Mohd Nazry yang juga kakitangan DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) di Pekan berkata, kejadian itu menyebabkannya kerugian kira-kira RM40,000 dengan pemaju segera menutup sementara bahagian bumbung menggunakan dengan plastik.

"Saya tidak pasti bila rumah berharga RM177,000 ini dapat dibaiki, difahamkan minggu depan wakil syarikat insurans akan datang untuk membuat penilaian kerosakan," katanya yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Sementara itu tinjauan di Taman Penor Makmur mendapati kerja membersih sisa atap rumah yang diterbangkan angin kencang dilakukan kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan pemaju perumahan berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif mengesahkan 62 rumah tujuh kawasan terjejas dan setiap mangsa layak menerima bantuan bencana disediakan kerajaan negeri dan agensi kerajaan. #sumber

Share:

Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin

KUANTAN: Apa sudah jadi dengan kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri di atas tanah milik Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam  Melayu Pahang (MUIP) di Bukit Kuin, Jalan Sungai Lembing - Kuantan?.

Itu persoalan yang ditimbulkan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli ketika menghubungi kami hari ini,

"Difahamkan sudah lebih 10 tahun terbiar, sehingga kini masih belum digunakan. Sedangkan kawasan jirat Cina bersebelahan sudah hampir penuh dan telah lama beroperasi," kata Shukri ketika turun padang ke lokasi itu semalam.

Menurut Shukri, memandangkan lokasi tanah perkuburan ini terletak berhampiran jalan utama maka sudah pastilah orang ramai terutamanya umat Islam yang lalu lalang di sini tertanya-tanya, apakah status kawasan terbabit sekarang.

"Saya juga dimaklumkan oleh penduduk setempat, sebenarnya kawasan tanah seluas 25 ekar itu juga sudah dipersetujui untuk didirikan sebuah maahad tahfiz. Namun sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan dan kerja tanah yang dilakukan," tambah beliau lagi.

Memandangkan tanah perkuburan ini tidak berapa jauh daripada bandaraya Kuantan, maka sudah pasti ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan ramai pihak.

Pada masa ini kawasan tanah perkuburan Islam seperti di Jalan Bukit Ubi, Setali dan Bukit Rangin yang berdekatan sudah semakin sempit untuk digunakan, maka sepatutnya kawasan ini dibangunkan segera sebagai persediaan di masa hadapan.

"Lokasi tanah perkuburan ini amat strategik, betul-betul ditepi jalan utama dan sudah pasti memudahkan urusan pengebumian sebenarnya. Cuma, memandangkan kawasan ini agak berbukit maka ia perlulah diratakan terlebih dahulu sebelum tindakan susulan dapat dilaksanakan." kata Shukri lagi. 

Tambah beliau, membiarkan kawasan tanah perkuburan ini terus semak-samun tanpa digunaka boleh mencemarkan imej agama Islam itu sendiri sebenarnya. 

Justeru pihak MUIP perlu berkerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung  (JPKK) untuk memastikan lokasi ini dapat dibangunkan segera. 

"Permudahkanlah apa sahaja permasalahan, agar ia memberi keselesaan dan kesejahteraan untuk semua pihak. Lagi pun ini adalah kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri berdasarkan papan tanda yang tertera," katanya. #PDO

Share:

SWCorp Pahang Pasang CCTV Pantau Kegiatan Buang Sampah Di Laluan Kuala Lipis-Gua Musang

LIPIS: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi panas sepanjang laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kuala Lipis - Gua Musang sejak awal bulan ini.

Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, ia bagi mengatasi isu pembuangan sampah serta kesalahan lain yang dilakukan oleh pengguna jalan raya terutamanya pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti persekolahan.

Menurutnya, setiap tindakan pengguna yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah merata-rata akan diperhatikan melalui CCTV.

"Pihak SWCorp juga telah bekerjasama dengan Majlis Daerah Lipis (MDL) untuk mengenal pasti individu yang melakukan kesalahan terutama membuang sampah merata-rata di laluan tersebut.

"Tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya pengguna jalan raya masih berdegil dan tidak mengambil serius perkara ini," katanya.

Tambah beliau, tindakan kompaun dan notis amaran boleh dikenakan pada bila-bila masa jika berlaku kesalahan berulang.

Sharudin berkata, pihak Alam Flora Lipis juga telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyediakan tong sampah di lokasi panas untuk kemudahan pengguna jalan raya membuang sampah sempena Aidiladha.

Sementara itu, Yang Dipertua MDL, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim berkata, masih terdapat segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dikesan menerusi CCTV terbabit sejak beberapa hari lalu.

"Ada yang buang sampah, air kencing tepi jalan dan ada juga amalkan sikap bertanggungjawab membuang di tong yang disediakan.

"Kita berharap isu lambakan sampah di tepi jalan sebelum ini tidak lagi berlaku, kesian dengan petugas-petugas yang membersihkan lokasi terlibat," katanya. #sumber

Share:

Dakwaan Rasuah: Amanah Pahang Cabar Sanusi Segera Membuat Laporan Kepada Pihak SPRM

KUANTAN: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang mencabar agar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kegiatan salahlaku di Kedah.

Pengerusinya, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, partinya memandang serius kenyataan yang Menteri Besar Kedah berhubung perkara terbabit.

"Kita sekali lagi cabar Sanusi supaya melaporkan salahlaku rasuah di Kedah dan kegagalan berbuat demikian, SPRM boleh mengheret mereka yang menyembunyikan kegiatan salah ke muka pengadilan," katanya pada Ahad.

Pada Khamis lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan bersedia menyahut cabaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli supaya membuat laporan berhubung dakwaannya konon berlaku rasuah melibatkan ahli PKR dan DAP hingga menjejaskan rancangan pembangunan negeri.

Bagaimanapun, tegas beliau, laporan kepada SPRM hanya akan dilakukan apabila tiba masanya nanti.

Mohd Fadzli menjelaskan perbuatan menyembunyikan kesalahan rasuah adalah satu kesalahan yang serius.

"Sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk tidak melaporkan sebagai jenayah rasuah sekiranya beliau mempunyai maklumat berkaitan.

"Laporan perlu dibuat oleh mereka yang tidak melaporkan aktiviti rasuah melibatkan pihak yang mengambil atau menerima boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM," katanya.

Beliau menambah, tindakan tidak bertanggungjawab menyembunyikan pesalah rasuah juga sangat bertentangan dengan prinsip Islam yang menekan soal integriti dan pencegahan kemungkaran. #sumber

Share:

Penyasaran Subsidi Diesel: MOF Akan Meneliti Cadangan, Rayuan Petani Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan dan dapatan hasil sesi libat urus kementerian itu dengan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata kesemua maklumat berkaitan akan dikumpul sebelum diteliti bersama kementerian berkaitan untuk diputuskan secara bersama.

Beliau berkata kerajaan sentiasa peka dan mengambil maklum keluhan dan rayuan pekebun sayur di Cameron Highlands yang membangkitkan beberapa perkara penting mengenai program penyasaran tersebut.

"Paling banyak yang kita terima daripada sesi dialog tadi adalah mereka meminta kajian semula syarat kelayakan yang mengehadkan minimum jualan pertanian sebanyak RM50,000 hingga RM300,000 setahun, syarat itu terlalu rendah dan mereka minta dinaikkan.

"Selain itu mereka turut menyatakan kebanyakan pengusaha kebun di sini guna peralatan yang menggunakan diesel, namun tidak termasuk dalam syarat layak untuk mendapatkan subsidi yang diperkenalkan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Bersama Pengusaha/Pekebun Cameron Highlands Mengenai BUDI Madani dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 di sini hari ini.

Lim berkata sesi libat urus itu turut membabitkan wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memberikan penerangan jelas kepada petani.

"Dialog ini penting kerana ia melibatkan pemegang kepentingan utama industri makanan negara dan kita mahu mereka sedar kerajaan sentiasa bersama mereka," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pekebun Sayur Cameron Highlands Chai Ee Mong berkata pihaknya meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan bantuan subsidi diesel BUDI Madani bagi memastikan inisiatif tersebut dapat dinikmati oleh petani dan pekebun kecil secara menyeluruh.

"Subsidi diesel yang diperkenalkan kerajaan amat baik, namun ada keciciran berlaku khususnya syarat yang diperkenalkan kebanyakannya kami tidak layak untuk dapatkan subsidi terbabit.

"Di Cameron Highlands sahaja terdapat 2,200 petani dan kami sekarang perlu bersaing dengan sayur yang diimport dari Thailand dan China di mana akhirnya kami, petani tempatan tidak boleh pasarkan sayur kami di pasaran tempatan kerana sayur diimport lebih murah, jadi akan berlaku lambakan," katanya. #sumber

Share:

Sultan Pahang Titah Tindakan Penguatkuasaan Lebih Tegas Elak Pembangunan Rizab Sungai

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dilakukan dan dipertingkat bagi memastikan tiada pembangunan di rizab sungai yang berpotensi mencemarkan sungai di Pahang.

Baginda bertitah perkara berkenaan perlu dipandang serius bagi memastikan kualiti air sungai negeri itu dapat dikawal daripada tercemar bagi merealisasikan matlamat menjadikan sungai sebagai nadi dalam kehidupan.

"Saya dimaklumkan sudah pun diwartakan sungai-sungai mempunyai (zon) penampan supaya tidak ada industri dapat dibina sepanjang tepi sungai di negeri Pahang," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada majlis pengurniaan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Pahang (RU'RASA) dan persembahan taklimat Projek Tebatan Banjir Sungai Kenau di Kampung Batu Empat, Jalan Sungai Lembing, di sini hari ini.

Dalam pada itu Al-Sultan Abdullah berharap projek tebatan banjir itu dapat disiapkan mengikut jadual bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan pekan Sungai Lembing.

"Kita tidak mahu lagi melihat rakyat di Sungai Lembing sentiasa dihantui dengan musibah banjir, bukan sahaja tahun ke tahun tetapi bulan ke bulan. Sudah sampai masanya, kita buat sesuatu di sini dan saya harapkan semasa pembinaan ini, rakyat di sini haruslah bersabar," titah baginda.

Pelaksanaan projek terbabit bermula pada November tahun lalu dan dijangka siap pada November 2026 yang akan mengurangkan risiko banjir.

Sementara itu Al-Sultan Abdullah mahu penerima rumah RU'RASA menjaga kediaman terbabit sebaik mungkin dan tidak menjual atau menyewanya kepada pihak luar.

"Projek ini adalah projek yang diusahakan pihak Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan saya sendiri dan telah melunaskan fasa satu, sebanyak 186 rumah telah siap, tinggal empat lagi belum siap. Fasa kedua dan ketiga akan diteruskan sehingga sampai lebih kurang 790 unit rumah," titah baginda.

Baginda turut berkenan menyempurnakan pengurniaan rumah RU'RASA jenis satu tingkat kediaman bertanah kepada 16 penerima di daerah Kuantan.

Kos pembinaan rumah itu berjumlah RM75,000 sebuah dengan keluasan 750 kaki persegi serta Kuantan adalah daerah kelapan yang membuat penyerahan rumah berkenaan. #sumber

Share:

Insiden Kebakaran Berlaku Di Sky Avenue Taman Tema Genting Highlands Awal Petang Semalam

KUANTAN: Kebakaran berlaku di taman tema Genting Highlands di Pahang awal petang semalam, menurut catatan media sosial dan anggota bomba.

Berdasarkan gambar dan klip video yang telah tular, api yang marak telah menyambar beberapa bahagian bangunan di taman tema itu.

Seorang netizen dalam ciapannya di X mendakwa bahawa kebakaran berlaku di Sky Avenue, yang merupakan pusatbeli-belah yang menempatkan restoran, bar, pawagam dan kedai runcit.

Menurut maklumat awal yang dikumpul, Balai Bomba dan Penyelamat Genting mengerahkan jentera bomba dan penyelamatnya ke tempat kejadian selepas mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu sejurus sebelum jam 5 petang.

Difahamkan pihak berkuasa juga telah meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, serta daripada rakan mereka di sempadan Selangor.

Malaysiakini telah menghubungi pegawai komunikasi Genting Highlands untuk mendapatkan ulasan segera mengenai kejadian itu.

Sementara itu, AstroAwani memetik Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Pahang menyatakan anggota bomba tiba di tempat kejadian pada jam 5.18 petang, terdiri daripada empat anggota bomba dari Genting Highlands, 16 dari Bentong, dan 16 lagi dari Janda Baik.

Ia berkata kebakaran pada mulanya melibatkan tingkat dua bangunan itu sebelum merebak ke tingkat empat.

Dalam satu kenyataan, Resorts World Genting berkata kebakaran itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang, lebih awal daripada waktu 4.55 petang yang dipetik Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Pemindahan dilakukan serta-merta bagi memastikan orang awam terhindar dari bahaya. Pasukan bomba kami bertindak segera untuk memadamkan kebakaran.

"Kami terus memantau keadaan dan akan memberikan kemas kini semasa," katanya.

Api akhirnya dapat dipadamkan pada pukul 7.00 malam, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Ismail Abdul Ghani.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kecederaan.

Malaysiakini telah menghubungi pegawai komunikasi Genting Highlands untuk mendapatkan ulasan segera mengenai kejadian itu. #sumber

Share:

Menteri Besar Pahang Di Benarkan Untuk Keluar Daripada Institut Jantung Negara (IJN) Hari Ini

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 7 Jun lalu.

Wan Rosdy yang berkongsi perkembangan terbaharu itu dalam hantaran menerusi Facebook berkata beliau buat masa ini dinasihati doktor supaya banyak berehat dan perlu menjalani rawatan susulan.

"Terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat saya selama lapan hari saya berada di IJN. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta memberi sokongan kepada saya.

"Insya-Allah, selepas pulih saya akan kembali bertugas seperti biasa. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua," katanya. #sumber

Share:

Al-Sultan Abdullah Berkenan Meluangkan Masa Menziarahi Menteri Besar Pahang Di IJN Semalam

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan meluangkan masa menziarahi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Institut Jantung Negara (IJN), di ibu negara hari ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang yang memaklumkan baginda tiba di pusat perubatan itu pada jam 3 petang tadi dan meluangkan masa kira-kira setengah jam bertanyakan khabar serta menitipkan nasihat sebagai penguat semangat buat Wan Rosdy.

Sultan Pahang turut disembah maklum oleh Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotoraks IJN, Prof Datuk Dr Alwi Mohamed Yunus mengenai keadaan terkini Wan Rosdy yang selamat menjalani prosedur pembedahan jantung pada 7 Jun lalu.

Terdahulu, dalam video yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang semalam, Al-Sultan Abdullah turut menitahkan sebuah surau yang dikunjungi baginda ketika mengadakan lawatan di Cameron Highlands untuk mendoakan Wan Rosdy.

Dalam kejadian sekitar 1 pagi itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

"Saya minta surau ini doa untuk Menteri Besar (Wan Rosdy) kita selamat sembuh selepas jalani pembedahan baru ini, dia seorang Menteri Besar yang baik," titah baginda.

Sementara itu, Wan Rosdy, menerusi hantaran di laman Facebook berkata beliau menghargai dan menjunjung kasih atas keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap kesihatan dirinya.

"Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat ke sisi Ke bawah Duli Paduka Baginda Tuanku serta diberikan kesihatan dan kesejahteraan," katanya. #sumbersumber

Share:

Kanak-Kanak Lelaki Berusia Tiga Tahun Maut Di Hempap Pokok Kelapa Dekat Felda Jengka 6

MARAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dihempap pokok kelapa di belakang rumah keluarganya di Felda Jengka 6 di sini pada Sabtu.

Mangsa, Wan Muhammad Harith Syauqi Wan Hazizi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada jam 10.35 pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang mengutip dahan kering bersama bapanya, Wan Hazizi Wan Kemboja, 50, di belakang rumah mereka.

Ibu mangsa, Saliah Mohd Noor, 39, berkata, ketika kejadian dia dan ahli keluarganya yang lain turut berada di luar rumah.

"Sebenarnya saya dan suami tinggal menyewa di Felda Jengka 3 dan pulang ke rumah mentua petang semalam (Sabtu).

" Sebelum kejadian, terdengar bunyi 'prak' tiga kali sebelum pokok itu menghempap anak, memang depan dan mata tak sempat buat apa-apa," katanya.

Saliah berkata, ketika ditemui keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan pengsan serta berlumuran darah di bahagian telinga dan hidung.

"Kami segera hantar anak ke HoSHAS untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

"Saya anggap ini ujian, takdir yang tertulis buat kami dan reda walaupun telah kehilangan anak bongsu," katanya.

Jenazah Wan Muhammad Harith Syauqi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 6 kira-kira jam 3.30 petang Ahad. #sumber

Share:

Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan disarankan untuk segera bantu kerajaan Pahang meninjau dan mengambil tindakan bagi menentukan tahap keselamatan Jalan Kuantan-Segamat.

Saranan itu dibuat oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, pada Isnin.

Baginda bertitah, kemalangan perlu dielakkan di jalan raya, terutama apabila aliran trafik bertambah pada musim perayaan, cuti persekolahan, dan cuti umum.

Justeru, tindakan pantas perlu diambil oleh semua pihak berwajib bagi mengelakkan kejadian berulang.

Oleh yang demikian, Baginda berpandangan bahawa jika semua perkara ini ditangani bersama antara pihak berkuasa dan pengguna jalan raya, ia bukan sahaja dapat memberi keselesaan, malah keselamatan penumpang dan pemandu akan lebih terjamin serta mengurangkan risiko kemalangan di jalan tersebut.

Baginda turut mengingatkan pengguna jalan raya untuk lebih berwaspada dengan memandu secara berhemah dan berhati-hati dan pemandu juga mesti berada dalam keadaan sihat serta cukup rehat bagi mengelakkan hilang kawalan.

"Statistik daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam tempoh lima tahun lalu dari 2020 hingga kini, mencatatkan sebanyak 65 kes kemalangan dengan 79 maut di jalan berkenaan.

"Antara punca kemalangan yang dikenal pasti ialah letih, mengantuk, dan kecuaian," titah Baginda dalam kenyataan tersebut.

Sebelum itu, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga yang terkorban dalam kemalangan melibatkan bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau, Rompin, pada Ahad.

Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan dukacita serta berharap agar seluruh ahli keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Baginda berdua mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Baginda turut menzahirkan rasa syukur kerana seramai 36 ahli rombongan yang terdiri daripada guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram, Melaka selamat dan hanya mengalami kecederaan serta mendoakan semoga mereka dikurniakan kesembuhan segera.

Sebelum ini, empat disahkan meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.30 pagi Ahad, apabila bas terbabit terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas tersebut dalam perjalanan membawa rombongan 22 guru dan lima kakitangan SK Jeram bersama keluarga mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. #sumber

Share:

Kemalangan Bas Di Jalan Kuantan-Segamat, Ujian Air Kencing Dan Darah Pemandu Diambil

ROMPIN: Ujian air kencing dan darah telah diambil terhadap pemandu bas persiaran yang membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau, Muadzam Shah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan ujian yang dilakukan terhadap pemandu berusia 50 tahun tersebut.

Menurutnya, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan menghargai kerjasama baik semua yang terlibat dalam kes terbabit.

"Siasatan secara menyeluruh masih dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Setakat ini, empat mangsa terkorban dalam nahas tersebut iaitu Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29, pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60 dan guru, Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.

Seramai 12 individu yang terlibat dalam kemalangan itu masih menerima rawatan di hospital daerah ini, Kuantan, Segamat dan Melaka.

Dalam nahas terbabit, bas yang membawa 37 penumpang dan dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. #sumber

Share:

Perdana Menteri Luangkan Masa Ziarah Wan Rosdy Di Institut Jantung Negara (IJN)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana Menteri memaklumkan, keadaan Wan Rosdy semakin baik ketika beliau melawatnya tengah hari tadi.

"Alhamdulillah saya berkesempatan menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tengah hari tadi.

"Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN," katanya menerusi Facebook, hari ini. #sumber

Share:

Kemalangan Bas Dengan Treler Di Simpang Keratong-Bahau, Seorang Lagi Guru Maut

KUANTAN: Seorang lagi guru yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalanan Kuantan-Segamat di Rompin awal pagi semalam meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut seramai empat orang setakat ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam tadi dan memaklumkan mangsa keempat meninggal dunia dikenali sebagai Dahlia Ahmad berusia 52 tahun.

“Mangsa meninggal dunia pada 9.30 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.

Menurutnya 10 mangsa kini masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.

Guru berkenaan merupakan mangsa keempat selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48, pemandu kedua bas Hadi Asyraf Mad Idris,29, dan pembantu operasi sekolah Hamzah Ahmad, 60.

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. #sumber

Share:

Mangsa Kemalangan Bas, Hasnatul Adilah Sempat Tanya Keadaan Anak Sebelum Nafas Terakhir

ROMPIN: Mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau awal pagi tadi, Hasnatul Adilah Hassan, 48, sempat bertanyakan keadaan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

Perkara itu dikongsikan rakan setugasnya Asmaniza Mohamad, 50, yang memaklumkan Hasnatul Adilah yang juga Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Jeram, Melaka ditemukan dalam keadaan tertiarap di luar bas.

"Arwah sempat tanya keadaan anak bongsunya yang turut sama dalam bas berkenaan, saya cakap anaknya ada di dalam bas, seorang rakan kami sempat mengajarnya mengucap," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Muadzam Shah di Rompin hari ini.

Berkongsi detik cemas itu, Asmaniza yang dikenali sebagai Cikgu Za berkata ketika kejadian beliau yang berada di bahagian belakang bas sedang tidur, namun terkejut apabila dihempap penumpang lain selepas bas berkenaan terbalik.

"Ketika itu memang gelap dan hanya (kedengaran) bunyi berlanggar, saya cuba untuk buka pintu kecemasan tetapi tidak boleh, namun berjaya keluar melalui pintu kecil di bahagian atas bas," katanya.

Selepas berjaya keluar beliau sempat membantu beberapa rakan lain yang berada di dalam bas sebelum mereka dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan anak lelaki Hasnatul Adilah dikenali sebagai Farouq berusia 12 tahun sedang mendapatkan rawatan di zon kuning hospital tersebut.

Nahas itu mengorbankan tiga individu termasuk Hasnatul Adilah selain seorang lagi guru Hamzah Ahmad, 60, dan pemandu bas kedua Mohd Adi Hasan, 29.

Dalam kejadian sekitar 1 pagi itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. Foto: Jabatan Bomba Dan Penyelamat #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.