script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Edisi Pahang: 51 Tahun Merdeka, Tapi Penduduk Kg.Kechau, Lipis Terus Tersiksa Dan Terpinggir !!

Promosi Iklaneka Di Pahang Daily. Kami Akan Paparkan Iklan Banner & Info Ringkas Bisnes/Produk Anda. Cepat, Tempahan Dibuka Sekarang. Harga Promosi RM150 Sebulan Termasuk Design Banner. Promosi Sehingga 31 Disember 2008 Sahaja.Iklan Berbaris (Wording) Dikenakan Caj Sebanyak RM50 Untuk 3 Kali Siaran. Berminat Sila Email To Iklaneka [pahangdaily@yahoo.com]. Sila Sertakan Nama, Alamat, No.HP, Bisnes @ Produk Serta Website Anda. Design Akan Dibuat Segera Setelah Bayaran Diterima. Terima Kasih, Harap Maklum


KUALA LIPIS - Tiada apa yang mampu diungkapkan lagi bahawa Kuala Kechau merupakan sebuah kampung paling mundur di kawasan parlimen Lipis, Pahang yang kini berada dibawah Ahli Dewan Rakyatnya, Datuk Dr Shahrum Osman, Ketua Umno Bahagian, Abd Rahman Mohamad dan ADUN Cheka, Datuk Fong Koong Fuee yang juga Exco Jawatankuasa Sumber Manusia dan hal Ehwal Pengguna Pahang. Mungkin ramai yang tidak mengetahui kampung paling hampir dengan pusat bandar ini adalah kampung tertua di bekas ibu negeri Pahang itu. Meskipun begitu, masih banyak kemudahan prasarana jelas tidak dimiliki oleh warganya terutama aliran pengangkutan keluar masuk ke kampung tersebut.. Tinjauan ke kampung tersebut mendapati para penduduk masih menggunakan jambatan gantung yang sesuai dilalui penjalan kaki dan penunggang motosikal sahaja untuk berurusan mengangkut hasil-hasil pertanian dan menghantar anak-anak ke sekolah. Paling memeritkan, andai berlaku musim hujan berpanjangan, maka penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif lain yang jarak melebihi 5 kilometer kerana bimbang jambatan tersebut akan runtuh ditambah lagi struktur binaannya sudah semakin uzur.


Inilah dia wajah Ahli Parlimen Lipis dan ADUN Cheka yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap rakyat serta mengambil berat kawasan terbabit
Seorang penduduk yang sempat ditemui mendakwa, ada beberapa kali penduduk dan pengunjung dari luar pernah beberapa kali nyaris terjatuh kerana gagal mengimbangi badan semasa melalui jambatan itu. "Pernah seorang penunggang motosikal hampir sahaja menjunam bersama motorsikalnya ke dalam sungai. Nasib baiklah dia berjaya memaut besi yang mengikat jambatan itu. Jika tidak apa akan jadi jika dia terjunam ke dalam sungai.


Azab, Jalan laluan alternantif lebih 5km untuk keluar ke jalan utama
Ini belum lagi anak-anak yang berulang alik ke sekolah. Walaupun permohonan menggantikan jambatan gantung kepada jambatan konkrit yang memiliki ciri keselamatan lebih terjamin katanya, telah diiajukan kepada pihak bertanggungjawab seperti Pejabat Daerah dan wakil rakyat sehinggalah ke pengetahuan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Taib, namun sampai ke hari ini tiada jawapan menggembirakan penduduk diterima.

"Asyik-asyik, pihak terlibat menjawab permohonan tersebut 'sedang dalam perhatian'. Kami tidak mahu bila sesuatu malapetaka berlaku seperti tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meragut nyawa, barulah terhegeh-hegeh kerajaan mahu membantu pada hal ia boleh dicegah lebih awal. Apa yang dapat diperhatikan penduduk disitu menaruh harapan sebuah jambatan konkrit baru mampu dibina yang boleh dilalui semua kenderaan dan terjamin ciri keselamatannya. Untuk pengetahuan umum, kampung ini setakat ini hanya memiliki sebuah balai raya (foto) sahaja. Itu pun hanya menanti masa untuk runtuh memandangkan ia sudah diselimuti semak samun dan tiada penjagaan rapi. Itu belum lagi disentuh kemudahan jalan raya yang sudah lama diperbaiki terutama penduduk yang berada di kawasan penghujung kampung. Pada hal kawasan itulah lokasi terletaknya lokasi penduduk kampung mengerjakan hasil-hasil pertanian seperti tanaman getah, kelapa sawit, pisang dan sebagainya.

[Inilah dia bukti keperitan dan kepayahan yang rakyat alami hasil daripada perjuangan UMNO sejak 51 tahun memerintah negara ini. Mereka seolah-olah langsung tidak nampak akan betapa suara rakyat itulah yang menaikkan mereka menjadi Yang Berhormat. Dengan segala kekuatan yang ada kerana bernaung dibawah parti kerajaan "Barisan Nasional", mereka langsung tidak mahu memikirkan dan mengambil berat masalah rakyat di pendalaman ini sebenarnya. Justeru itulah dengan pendedahan ini, kita harap rakyat Pahang akan celik mata dan dibukakan hati untuk membuat perubahan demi masa depan mereka dan generasi akan datang].
Share:

10 ulasan:

  1. Woi!!skali lg si BAHLOL ni nak tutup kelemahan YB Penipu Kuat Rakyat (PKR) dgn bukak citer kononnya kawasan ni terbior, Puk+#@k betol la, ni sebijik mcm Karam Singh Walia sebut nak tutup bangkai babi, bangkai anjing bukak!!!! Dahla tak abis2 nak cari salah ko suruh YB2 PKR jalankan t/jawab nanti kena balasan baru tau.....

    BalasPadam
  2. haha!! skrg keris x bertuan dh bersuara sbg org umno sejati...org atas pagar konon, sifat org umno/BN suka bermuka2...cakap pn mcm org x bljr agama..

    BalasPadam
  3. Woii lanca%, pirrrah mabuk,, layan korang ni kena guna bahasa binatang baru reti, kalau x dungu dan bahlol mcm keldai!!!!!

    BalasPadam
  4. Bangsat sungguh Keris Tak Bertuan ini...Kenapa tuan Hamba Tak berani menunjukkan muka mu Tua Hamba...adakah anak ini sememangnya dilahirkan sebangsat-bangsat manusia....dah betol memang le kena tunjukkan....Lepih tu dah la mundur...tak maju pulak tu ...tanah runtuh pun nak kena tunggu peruntukan bertahun-tahun lamanya...ape cerrrr....

    BalasPadam
  5. jgn nk kata org..paku dulang paku serpih..apa hal dgn kaw. YB Nurul Izzah sampai rakyat yg diwakilinya mempersoalkannya..mereka kata ckp tak serupa bikin!

    BalasPadam
  6. Aku setuju keris panjang!! Mmg haram jadah diaorg ni, buang masa je layan... Jengka ni kaki jilat jubu# pembangkang, ko tgk kedah blum mende nak bogelkan hutan kat sana, tu seme ketor peli# nak fulus buat main golf lubang best!!!

    BalasPadam
  7. sebenarnya keris tak bertuan itu nak glamour kerana dalam UMNO biar lah sanjung pemimpin.... tak belajar ke UMNO dipilih oleh rakyat disuruh berkhidmat bukan rakyat berkhidmat kepada UMNO bodoh punya keris tak bertuan

    BalasPadam
  8. abdullah badwi tu bagus sangat ke kuat tidur jeaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  9. Saya rasa Keris Tak Betuan dan emosional sehingga sampai mencarut. Apa yang nak dimarahkan sangat tu.Saya nak ajak Keris Tak Betuan merenungkan pandangan saya ini:
    "Kata pakar psikologi, kalau manusia sudah gagal melawan hujah secara logik (akal rasionol) dia akan menggunakan akal emosional (otak primitif). Otak primitif ini milik haiwan. Jadi kalau Ketis Tak Bertuan menggunakan bahasa orang emosional, tak salah orang mengatakan Keris Tak Betuan bukan manusia, tapi haiwan.

    BalasPadam
  10. mmg BN hanya bermulut manis di ambang pilihanraya je, lepas tu hilang ntah ke mana. ikuti nasib jiran kita di kg kelubi mentakab ini



    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=207&mode=thread&order=0&thold=0

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Insiden Pekerja Maut Tersepit Dalam Mesin, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang Keluarkan Tiga Notis Larangan

KUANTAN: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang mengeluarkan tiga Notis Larangan kepada syarikat melibatkan penggunaan j...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.