Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
Lazada Philippines
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI


December 16, 2008

Edisi Pahang: Kemalangan Di Jalan Nenasi-Pekan, Pemandu Mati Kereta Terhumban Ke Dalam Paya

ROMPIN - Seorang pemandu kereta mati lemas selepas kenderaannya terhumban ke dalam sebuah paya di Kilometer 22, Jalan Nenasi-Rompin di Pekan hari ini. Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahya Othman berkata, Muslam Sukarno, 38, dari Galing di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas. Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika Muslam dalam perjalanan dari arah Rompin menuju ke Pekan, katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, setiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu Muslam dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam paya terbabit. Mayat Muslam dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat - Bernama

[Malang tidak berbau, jalan pula licin sekarang ini. Justeru itu kepada warga Pahang yang melalui jalan dan selekoh berbahaya sila berhati-hati demi keselamatan. Terkadang, orang suka bawa kereta laju-laju tanpa memikirkan risiko. Memang seronok bawa kereta laju-laju, tapi bila terbabas dan tak sempat nak kontrol, akhirnya keluarga kita juga yang akan merintih dalam kesedihan. Ada juga orang yang suka "menganjing" atau pun jadi "samseng jalanraya", inilah sikap yang tidak patut berlaku sebenarnya. Namun ia sudah normal dan tabie manusia. Bila ada yang menganjing maka kita akan marah dan mengejar kereta terbabit, yang mana akhirnya kita sendiri yang susah bila terbabas dan sebaliknya. Sama-samalah kita mengambil ikhtibar atas banyak kejadian kemalangan yang sering berlaku di negara kita mutakhir ini].

PENGUMUMAN: Anda Yang Berminat Dan Mempunyai Bisnes Serta Produk Untuk Dipromosikan, Bolehlah Menempah Iklan Di Blog Ini. Kami Menawarkan Kategori Iklan Berbaris Seperti Ini Atau Iklan Seperti Di Sebelah (Imej). Kadar Harga Yang Ditetapkan Adalah Paling Minima Iaitu Iklan Berbaris (RM50 X 3 Hari) Dan Iklan Banner (RM150 Sebulan). Kami Juga Sedia Menerima Tempahan Membina Blog Usahawan Untuk Anda Yang Mempunyai Bisnes Sendiri. Jika Berminat, Sila Email pahangdaily@yahoo.com Untuk Mendapatkan Info Lanjut. Tkasih

IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

NOBISHA said...

salam.

blog ini telah disenaraikan di http://debatrakyat.blogspot.com

dijemput menziarahi apabila kelapangan.

Anonymous said...

Salam...
Al-Fatihah
Salam

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]