Namun kini, ada satu berita baru yang pasti lebih menggemparkan disaat Pengerusi SPR itu kini berkokok kononnya akan menyaman mana-mana pemimpin pembangkang yang menfitnah dirinya. Katanya sepanjang 25 tahun menjadi orang kuat SPR beliau telah berjaya menjalankan pilihanraya yang adil dan telus. Bahkan katanya. SPR tidak kuasa untuk menghalang penggunaan media dan lain-lain instrumen kerajaan oleb Barisan Nasional. Justeru itulah, beliau menafikan yang SPR berkerjasama dengan kerajaan BN untuk memastikan pakatan karat itu terus berkuasa biarpun telah ditolak oleh rakyat sebenarnya. Rashit SPR ini juga mengatakan beliau akan membuat tindakan tersebut selepas tamat tempoh perkhidmatannya hari ini. Beliau akan bersara wajib mulai hari ini selepas sekian lama menjadi "pencatur" perjalanan politik di negara kita. Terkadang rasa naik "meloya tekak" bila mendengar penjelasan "bangang" si Rashit ini sebenarnya. Kononnya beliau menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab sejak mengendalikan pilihanraya di negera ini.
Kami tidak mahu mengulas tentang kebobrokan SPR ini sebenarnya. Sebab semua rakyat yang cintakan keadilan melihat apa yang berlaku didepan mata mereka. Rashit boleh "berkata apa saja" kononnya beliau diftinah, ditohmah dan bermacam-macam lagi. Maka dengan bangganya. beliau akan membuat tindakan saman terhadap pemimpin pembangkang terbabit. Anehnya, beliau bertegas bahawa hanya pemimpin pembangkang sahaja yang menfitnah dirinya. Sebaliknya tiada pemimpin UMNO dan BN yang berbuat demikian. Ini bermakna, memang Rashit sebenarnya disokong oleh puak-puak yang telah "memperkotak-katikkan keadilan serta sistem demokrasi" di negara ini. Rashit tidak perlu terlalu bangga dan mendabik dada dengan kenytaaan beliau itu. Ini kerana rakyat sudah bijak menilai apa yang berlaku. Perjalanan pilihanraya di Malaysia terus dicemari dengan berbagai siu dan taktik kotor dalam memastikan kuasa terus berpihak kepada kerajaan. Rashit juga perlu menjawab isu persempadanan semula, celup jari dengan dakwat, pengundi hantu, undi pos dan banyak lagi yang ternyata telah disalah gunakan oleh pihak-pihak tertentu. Lihat sahaja di negeri Pahang ini, Rashit membantu TPM Najib untuk mendapat kemenangan mutlak dengan majoriti tinggi selepas dikejutkan dalam pilihanraya umum ke-10 dulu. Najib sudah tewas jika tidak dibantu dengan "undi pos" yang hadir lewat malam. Sedangkan semua pihak sudah tahu keputusan lebih awal. Rashit Perancang Kemenangan Najib Razak
Tiba-tiba, Najib dimenangkan dengan undi pos yang entah dari mana datangnya. Bagi mengukuhkan lagi bakal PM itu, kawasan yang terletak dalam daerah Kuantan dan sah berada dalam parlimen Paya Besar telah dihantar ke parlimen Pekan. Kawasan itu ialah Kem Batu 10, Kuantan yang menempatkan hampir 12,000 angkatan tentera. Diwujudkan sebuah kawasan DUN baru yang dinamakan Pulau Manis. Inilah dia sebenarnya penipuan jelas yang dibuat secara terancang antara Rashit dan juga Najib Razak. Itupun Rashit masih mahu mengatakan beliau tidak bersalah dan semua itu hanya fitnah semata-mata?. Begitu juga dalam kes celup dakwat pada jari. SPR telah membazirkan wang rakyat untuk menempah sistem terbabit tetapi akibat gusar ia akan menyukarkan "pengundi hantu" beroperasi maka dengan kuasa yang ada beliau membatalkan penggunaan dakwat tersebut disaat akhir. Atas alasan dakwat itu telah dibeli juga oleh orang lain untuk tujuan penipuan. Hingga ke hari ini tiada apa tindakan dan akhirnya beliau pula mengaku hanya mendapat laporan dan khabar angin. Bukankah ini jelas penipuan terancang Rashit untuk memastikan kerajaan BN tidak dimalukan baru-baru ini. Itu pun Pakatan Rakyat telah berjaya menidakkan majoriti 2/3 BN di parlimen. Bayangkan jika penggunaan dakwat itu dilakukan, sudah pasti kerajaan pusat sudah bertukar selapas tanggal 8 Mac 2008 yang lalu.
Apakah ini semua satu fitnah?. Rashit kononnya profesional tetapi dalam masa mengumumkan keputusan pilihanraya umum ke-12 lalu jelas sekali beliau seperti pemimpin UMNO dan BN. Cakap dan gayanya menunjukkan beliau terlalu kecewa dengan keputusan yang berlaku. Malah, beliau juga gagal melaporkan keputusan di negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Melihat watak beliau pada malam keputusan itu, sudah jelas kepada kita baha siapa Rashit ini sebenarnya. Maka usahlah Rashit ingin menjadi juara kononnya beliau "bersih" dari segala tohmahan yang dibuat. Mungkin dek kerana beliau akan berara wajib pada hari ini 31 Disember 2008 maka segala bukti-bukti tentang penyelewengan yang dibuatnya sejak sekian lama akan dibersihkan oleh pihak-pihak tertentu. Ini kononnnya bagi menjaga nama baik beliau, dan atas perkara itulah kini beliau dengan angkuh dan sombong mengatakan akan menfailkan tindakan saman terhadap mana-mana pemimpin pembangkang yang dikatakan menfitnah dirinya itu.
Rashit Dapat Tanah "Pilihanraya"Di Pahang
Sebelum ini, kami pernah mendedahkan bahawa Pengerusi SPR itu telah dihadiahkan tanah oleh MB Pahang. Ini berikutan dengan jasa-jasa Rashit yang telah menyelamatkan Pahang dari gelombang "Tsunami Pilihanraya" lalu. Mereka hanya gagal berbuat demikian di parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, kerana pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan itu memantau perjalanan pilihanraya dengan sistematik. Akhirnya kedua-dua kerusi parlimen itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dari PKR. Namun bagi lain-lain kawasan, ternyata UMNO dan BN masih dapat bertahan dari gelombang yang berlaku. Kami sudah mengenal pasti beberapa lokasi tanah tang berkaitan. Antaranya di sekitar daerah Maran, Temerloh dan Raub Pahang. Namun begitu siasatan kami untuk lokasi terbabit agak terjejas apabila segala data di Pejabat Tanah telah dihilangkan oleh pihak-pihak tertentu. Namun, satu penemuan terbaru telah dikenalpasti baru-baru ini. Pengerusi SPR itu dipercayai telah mempunyai tanah seluas lebih kurang 400 ekar di kawasan Raub Pahang. Maklumat yang kami terima, tanah terbabit dibuat atas nama anaknya bersama seorang pemimpin politik di Pahang.
Kami masih menyiasat perkara ini dan akan membongkarkannya dalam masa terdekat. Difahamkan juga semua proses tanah terbabit sudah hampir selesai sepenuhnya dan hanya menunggu geran sahaja. Krew kami di kawasan terbabit melaporkan bahawa tanah tersebut adalah anugerah dari MB Pahang atas kerjasama yang diberikan oleh Rashit SPR bagi memastikan negeri Pahang tidak tumbang ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum lalu. Soalnya di sini, siapakah pemimpin politik terbabit yang khabarnya bertaraf "Ketua Bahagian" di Pahang. Kami sedang mengumpulkan segala bukti dan maklumat berkaitan untuk didedahkan dalam masa terdekat ini. Justeru itu, kami amatlah berharap agar Rashit SPR dapat berhati-hati dengan tindakannya untuk menyaman pemimpin pembangkang. Jika perkara ini terdedah dan dibongkarkan , sudah pasti beliau akan meneri malu dan tamparan yang lebih hebat. Sebelum ini kami difahamkan juga beliau mempunyai sebauh kilang di Semenyih, Selangor yang juga diusahakan atas nama anaknya dengan pemimpin UMNO dari Sabah. Melihat kepada hubungan akrab beliau dengan pemimpin terbabit dalam urusan bisnes, jelas sekali ia akan menimbulkan lebih banyak skandal dan kontroversi selepas ini. Jangan sampai satu demi satu rahsia penyelewengan beliau dibongkarkan pula nanti
[Maka itu, kita amatlah berharap agar Rashit SPR berehat dan bermuhasabahkan diri serta bermain bersama anak-anak cucunya selepas bersara nanti. Jika beliau ingin menjadi juara saman menyaman kita mencabar agar beliau bertindak sebagai "anak jantan" dan menyertai politik dan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Jika beliau yakin dirinya berada dipihak yang benar maka sudah pasti rakyat akan memberi sokongan kepadanya. Namun, jika sebaliknya maka terbukti bahawa Rashit hanya bercakap dengan "bayang-bayang sendiri". Usahlah menjolok sarang tebuan, kelak akan memakan diri. Lebih baik beliau perbanyakkan beribadah dan mendekatkan diri kepada tuhan serta menginsafi segala apa yang telah beliau lakukan selama ini. Kerana Rashit akan dikenang sebagai "Bapa Perosak Demokrasi Malaysia". Kami difahamkan pemimpin terbabit adalah merupakan seorang Ketua Bahagian sebuah parti politik terkenal di Pahang, dan mereka kini amat gusar rahsia ini didedahkan kerana hanya menunggu geran sahaja. Justeru itu kami nasihatkan agar mereka berhati-hati jika tidak mahu isu ini dibongkar untuk pengetahuan rakyat dalam masa terdekat ini !!].
IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.






PDO,
BalasPadamPosting yg ni aku nk tegelak pun ada..jd rupanya pahang tak jatuh ketangan pembangkang sebab rashid tu dh dpt tanah kerajaan phg bagi..negeri lain yg jatuh tu sbb mreka tak beri tanahlah ye..mengarutlah korang ni.
Siasatan tu biarlah betul,jelas,sahih..korang asyik buat pendedahan je tp tak ada kesudahan..org jd keliru..korang punya pembaca pun makin lama makin kurang..dh jemulah tu..kasi bikin proffesionallah sikit beb..cari pendekatan baru..
UMNO rasa tergugat sebenarnya.teruskan PDO dedahkan kebobrokan yang dilakukan UMNO
BalasPadamape bukti die dapat tanah?bg no rujukan file
BalasPadammungkin ada segelintir pembaca yang takut... ya la..
BalasPadampembaca di sini.. bkan jer dr golongan atas pagar, pihak pembangkang,
tapi puak UMNO yg di bayar pun ada lpak dkat sini... nak Tumpang GLAMOUR PDO,, hehehe :-) cthnya ... iskandar.. PD.com
truskan PDO!!
Tulislah ikut suka hati nko...
"X suka bole pergi,, X perlu SUSAH HATI"
Pendedahan dengan maklumat separuh benar membuatkan orang selalu keliru. Apatah lagi orang yang kena tuduh jadi bingong.
BalasPadamNak dilawan dengan saman pendedahan itu ada benarnya walaupun sedikit. Takut pulak saman makan tuan. Itu yang menyebabkan PDO sentiasa dilihat berani membongkar berbagai isu tapi tiada penghujungnya.
Pada kita semua, bersabar aje le. Kalau ada bukti hentam cukup-cukup dan saman PDO ni, kalau tak ada lebih baik baca dan diam.
Bertegang leher tanpa cukup maklumat tak ubah seperti menegakkan benang basah !
Kalau kita menerima apa-apa maklumat elok kita siasat benar atau palsu. Jika anda tidak mampu menyiasat, elok anda berdiam diri sahaja. Lagi pun kadang kala terdapat maklumat yang tidak memberi apa-apa faedah kepada kita. Apakah faedah maklumat Rashid dapat tanah percuma dari Kerajaan Pahang kepada kita ? Itu utusan dia. Rezeki dia dan itu cara dia cari rezeki. Kita juga akan marah kalau orang kacau kita cara rezeki. Soal cara cari rezeki itu halal atau haram, salah atau betul, beretika atau tidak, kita serahkan kepada hakim (kalau dibawa ke mahkamah), pemerentah (kalau belum sampai ke mahkamah) kepada Allah (kalau semua belum diambil tindakan).
BalasPadamKalau rezeki yang halal biasanya barakah. Kalau yang haram tidak barakah. Banyak tanda rezeki itu tidak barakah. Pertama, rezeki itu mudah hilang (orang yang mendapatkannya tidak sayang kepada harta tersebut kerana mudah diperoleh. Hilang dibelanjakan secara sia-sia atau dicuri orang atau ditipu orang ataupun ditelah oleh bumi (seperti Qaron di zaman Firaun).
Kedua, orang yang mendapat harta itu ditimpa kesusahan sama ada kesusahan dari segi fizikal, mental atau emosi. Ia sentiasa rasa bersalah kerana ia tahu apa yang dibuat itu berdosa (Kesusuhan fikiran) atau ia takut orang lain akan mengambil tindakan undang-undang ke atasnya (kesusahan dari segi perasaan) atau ia anak/isteri/ahli keluarga hidup tidak senang dari segi kebendaan seperti ditimpa penyakit atau sebagainya (kesusahan fizikal)
Ketiga, orang yang mendapat rezeki secara haram akan merasa tidak puas dengan apa yang diperolehnya. Ia sentiasa berusaha mendapatkan harta yang lebih banyak lagi sama ada secar halal atau haram. Jadilah kehidupannya sibuk dengan mencari harta.
Kesian kat rashit ni,
BalasPadamasyik kena pitnah je,
dulu rumah dia kena baling cat merah
jangan kena baling cat kat muka plak
dah la..