Polis juga dipercayainya telah menahan beliau secara membabi buta dengan menggari serta memeriksa seluruh rumah dan tubuhnya. Susulan daripada kejadian tersebut Cucumatkilau telah membuat satu laporan polis dan menamakan pegawai terbabit dalam kes tersebut. "Inspektor wanita yang mengambil laporan tersebut telah menyatakan bahawa beliau akan melakukan siasatan secara telus dan adil. Namun setelah genap setahun berlalu tiada apa-apa perkembangan yang dilihat setakat ini. Hanya sekali saya dihubungi oleh pihak IPK yang bertanyakan bagaimana saya boleh nampak nombor baju anggota polis yang terlibat, walhal mereka memakai pakaian preman ketika operasi tersebut dijalankan" kata Cucumatkilau lagi. Polis seolah-olah merasa terlalu hairan dengan "magic' yang berlaku, kerana beliau boleh nampak nombor anggota polis terbabit biarpun mereka berpakaian preman. Dalam laporannya juga dipercayai beliau turut menyatakan nombor anggota yang melakukan kekasaran ketika beliau ditahan dulu. Kami difahamkan, Cucumatkilau akan mengenakan tindakan saman terhadap anggota polis terbabit dalam masa terdekat ini. Justeru itu, tunggu laporan seterusnya tentang perkara ini nanti. Untuk mengikuti kisah tangkapan beliau sila klik blog, video dan keratan akhbar berkenaan. Sokongan daripada rakyat Pahang untuk membantu Cucumatkilau dalam mendapatkan kos bagi mendapatkan peguam amatlah dialu-alukan. Sila SMS sokongan dan bantuan anda kepada Cucumatkilau ditalian 018-231 8800.
Keratan akhbar Suara Keadilan berkaitan isu tangkapan Cucumatkilau

Laporan polis dibuat, tapi sudah hampir setahun tiada apa-apa tindakan
Laporan Blog [ World Committee To Protect Blogger | Rocky Bru | Jeff Oii | The Stars | Kuda Kepang (Datuk Ron)| Free Media (Chinese) | Tranungkite | The Stars (Police report) | Video Tangkapan ]
[Kami amat bersimpati atas nasib yang berlaku kepada beliau. Bahkan sebenarnya ramai lagi krew-krew Pahang Daily Online yang terpaksa mengharungi berbagai detik dan ranjau berduri. Cucumatkilau juga adalah salah seorang Blogger yang paling lama berada di alam siber. Detik 5 Disember 2008 yang lalu genal 10 tahun beliau menguruskan blog www.cucumatkilau.co.cc. Kini beliau bertugas dengan sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dan masih menulis hingga ke hari ini. Beliau juga mula menulis artikel secara online kepada PDO dan kami amatlah berharap beliau akan terus berkarya dan menjadi salah seorang editor dan journalist yang berjaya suatu hari nanti. Sokongan padu daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi membantu blogger terbabit. Kami juga akan melancarkan kutipan derma tabung Cucumatkilau bagi menampung kos operasi yang berkaitan dengan kes berkenaan dalam masa terdekat ini].
IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.






Betul ke, dulu cucumatkilau sokong PAS tetapi sekarang sokong PKR?
BalasPadamApa kurangnya PAS?
Terbalik pula, Zukri Aksah dulu PKR kini PAS. Apa kurangnya PKR?
apa- apa hal bukan sokong anjing kerajaaaanszzzzzzzzzz
BalasPadamJawapan faROCK, tidak tepat langsung. Tidak menjawab soalan.
BalasPadamSaya ikhlas ingin tahu, apa masalah sebenarnya yang berlaku antara PAS dan PKR.
tak peduli apa di anak jawab. jangan dia kata polis lambat, dato nan punya hal jugak. kita tahu mentaliti beruk kat pdo- ayam mati atas jalan, kerajaan punya salah jugak. kalau semua kerajaan punya tanggung jawab, bila nak tidor sama bini ajak wakil kerajaan sekali lah.
BalasPadamapa sudah jadi polis kerjalh dengan amanah jangan berpolitik
BalasPadamSayang sungguh pada dato nan ... Ini mesti sudah termakan budi, banyak ke terima duit dari dato nan...?
BalasPadamKalau ayam mati atas jalan yang salahnya exco dato nan, kerana tak bagi duit subsidi buat reban ayam.
Kalau nak tidor dengan bini ajak wakil kerajaan tidor sekali, itu dah buat bini jadi pelacur.
Orang islam tak buat kerja macam ini. Haram.
Hanya orang yang melakukan rasuah saja yang sanggup buat bini macam tu....Tanyalah dato nan apa itu rasuah !