Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Pilihanraya: Wang Ehsan Kembali Jadi Royalti, Terbukti Kerajaan Menipu Rakyat Trengganu !!

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan dana yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu menjamin kelangsungan pendapatan Terengganu terutama apabila minyak sudah habis. Katanya, Kabinet akan memperhalusi lagi struktur pentadbiran dan perjalanan TIA bila kertas cadangan dana itu siap. "Pada prinsipnya, cadangan ini diluluskan jemaah menteri pada mesyuarat semalam (kelmarin)," katanya selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008 di Stadium Negeri di sini semalam. Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis jamuan rakyat di Masjid Tengku Intan Zaharah di sini, Najib berkata, penyerahan wang royalti minyak kepada Kerajaan Terengganu bakal menyaksikan pelbagai lagi pelaksanaan pembangunan dijalankan di negeri itu. Katanya, kerajaan negeri boleh menambah lagi pembangunan modal insan, fizikal dan aspek kerohanian di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). "Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta. "Dengan itu, Kerajaan Terengganu sudah cukup pitih (duit) untuk melaksanakan pelbagai pembangunan yang dirancang selama ini," katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalti. Katanya, selepas ini pembayaran royalti yang akan dibuat setiap suku tahunan akan disalurkan terus ke dalam akaun kerajaan negeri bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat negeri itu. Najib berkata, hasil minyak perlu diguna untuk meningkatkan keupayaan produktif negeri hingga membawa kepada percambahan kegiatan ekonomi dan pendapatan perkapita rakyat kerana minyak tidak kekal selamanya. (Berita Harian)

[laporan akhbar Berita Harian muka depan ini, nampak benar kini kerajaan BN sudah mula gusar dengan angin perubahan suara rakyat. Dengan pemberhentian wang ehsan dan digantikan kembali dengan wang royalti, maka isu ini pasti akan menjadi lebih panas. Untuk apa Najib melakukannya sekarang?. Walhal sebelum ini sudah puas MB Trengganu merayu dan terus merayu. Rupanya fahamlah kita sekarang, inilah dia "gula-gula pilihanraya buat rakyat Trengganu". Terbukti mereka takut denga Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu Januari nanti. Apapun, rakyat Trengganu terutamanya yang berada dalam parlimen Kuala Trengganu harus bijak melihat sesuatu isu sekarang. Perubahan yang berlaku ini, menjelaskan kepada kita bahawa rakyat diperbodohkan sedemikian rupa. Mereka menyekat royalti tatkala PAS memerintah Trengganu. Selepas Idris Jusoh berjaya merampas kembali Trengganu, mereka takut untuk menukarkan kembali waktu itu. Namun kini, mereka terpaksa lakukan demi membelu undi rakyat di Kuala Trengganu. Inilah dia kerja puak-puak UMNO sejak dulu, kini dan selamanya di Malaysia ini].



IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]



8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Seladang said...

Jom ramai-ramai ke Kuala Terengganu. Kita sokong pengundi Kuala Terengganu tumbangkan BN. Ketewasan BN di Kuala Terengganu akan menghilangkan keangkuhan BN selama ini. Pengundi Permatang Pauh telah melakukannya, kini harapan kepada pengundi Kuala Terengganu.

Kejayaan PAS kejayaan PAKATAN RAKYAT. Kejayaan PR kejayaan rakyat! Bebaskan rakyat dari belengu pura-pura UMNO/Bn!

Seladang said...

CUCU TOK KEDU tetap sokong Seladang untuk tumbangkan BN!

CUCU TOK KEDU said...

Memang cucu sokong sebab kita sama2 x sokong Barisan Nasional. Tapi jangan tibai beriya sangat Umno&Bn. Kena tibai pemimpin yang korup. Ahli x tahu apa2.

Jgn mare seladang. Awok dalam hutan. Kon di pinggir kampung. Klu nak mare tak apa. Jangan tibai kon macam awok tibai bloggers upahan UMNO Pahang!

my123 said...

nie laa UMNO ari nie haru biru...dulu dia yg tarik duit royalti tukar jadi wang ehsan ari nie beri balik...sbb PRK KT. tak ke giler....

fuady said...

Macam ni la cara orang politik pemimpin kita memerintah. Mula mula memang ada Royalti untuk Trengganau lepas tu tarik balik jadi Wang Ehsan bila PAS memerintah dan tidak di beri terus kepada kerajaan PAS bila PAS tak cukup duit kata PAS tak pandai memerintah bila BN memerintah da dah nak pilihan raya KT beri semula la royalti nak gula gula kan org ganu. Hebat sungguh mainan orang UMNO/BN undang undang buat mainan untuk mereka. Orang Ganu jangan undi lagi UMNO BN kerana mereka ni memang putar belit dan menipu.

keris panjang said...

dia org malu kat agong kot..nnt tukar agong dia org ubah cara lain lak..

Anonymous said...

Salam..
Kita tak perlu tengok senario untuk ketawa.
Tak perlu tengok raja lawak untuk ketawa.
Tak perlu tengok nujum pak belalang untuk ketawa.
Kita tengok permainan politik sekarang cukup menggelikan hati.
Kejap wang ehsan kejap wang royalti.
Malas nak komen lagi...
Lu fikirla sendiri...
Kata Nabil dalam tv.
Salam..

lanidris said...

Kawan belajar dulu 'rasuah' bererti memberi sesuatu yang berharga kepada satu pihak untuk mendapatkan sesuatu dari pihak tersebut sebagai balasan. Jadi 'royalty' yang diberi semula bererti satu bentuk rasuah sebab hendakkan undi di pilihanraya kecil akan datang ini. Mudah sangat orang trengganu kena rasuah weh!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]