pahangdaily pahangdaily Author
Title: Eksklusif: Politik Wang UMNO, Amat Memalukan Kerana Negeri Pahang Pecah Rekod Rasuah Bila Seorang Ahli Parlimen Dan Tiga ADUN Terlibat !!
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN - Apa sudah jadi dengan politik UMNO di Pahang agaknya. Jika dulu nama popular dari negeri ini yang pernah dikaitkan dengan politik...
KUANTAN - Apa sudah jadi dengan politik UMNO di Pahang agaknya. Jika dulu nama popular dari negeri ini yang pernah dikaitkan dengan politik wang dan dikenakan penggantungan oleh Lembaga Displin UMNO iaitu Shahiruddin Moin yang ketika itu merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang. Beliau dikaitkan dengan politik wang agen kepada bekas Naib Presiden UMNO yang turut digantung iaitu Isa Samad. Selepas kejadian memalukan itu, kita sangkakan gejala politik wang dalam UMNO akan pulih. Ternyata kes tersebut tidak menjadi pengajaran kepada puak-puak UMNO Pahang sebenarnya. Biarpun kita dikecohkan dengan tindakan Lembaga Displin UMNO menghalang Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bertanding gara-gara dikatakan terlibat dengan politik wang. Namun setelah diamati betul-betul ternyata satu perkhabaran yang lebih memalukan lagi buat UMNO Pahang sebenarnya. Siasatan kami mendapati seramai lima dari dua belas orang pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO semalam adalah dari negeri Pahang. Tambah memilukan ialah seorang digantung tiga tahun, seorang digantung satu tahun dan tiga diberi amaran. Bertambah parah lagi ialah apabila mereka yang terlibat itu ialah seorang bergelar Ahli Parlimen dan tiga lagi bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri dari bahagian yang sama iaitu Paya Besar. Manakala seorang lagi dari UMNO Bahagian Maran.

Nama-nama mereka yang dikenakan tindakan itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran iaitu Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas. Ahli UMNO dan Ahli Parlimen Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail (foto) yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Najib Razak (1986-1994) pula digantung keahliannya selama setahun. Manakala tiga lagi yang juga bersalah tetapi hanya diberi amaran ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Sungai Lembing iaitu Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, AJK UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Panching iaitu Mohd Zaili Besar dan Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar yang juga merupakan ADUN Lepar iaitu Mohd Sohaimi Jusoh. Sesungguhnya ini adalah merupakan sejarah paling pahit untuk dikenang buat UMNO Pahang sebenarnya. Biarpun ada yang diberi amaran dan sebagainya, namun ternyata dan terbukti bahawa mereka sebenarnya memang terlibat dengan rasuah dan tidak layak untuk bergelar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang lagi sebenarnya. Mereka menghampakan harapan rakyat yang memilih mereka dulu. Apakah kita mahu terus bersekongkol dengan pemimpin yang ternyata pengamal rasuah yang ditegah oleh agama Islam.


YB Sohaimi Md.Shah (ADUN Sg.Lembing), YB Sohaimi Jusoh
(ADUN Lepar) dan YB Zaili Besar (ADUN Panching)
[Harapan rakyat semoga Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dapat memantau dan mengambil serius akan perkara ini. Kesemua mereka jelas sekali telah memalukan UMNO Pahang dan dengan itu mereka tidak layak lagi untuk dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang. Daripada keempat pemimpin terbabit hanya YB Md.Sohaimi Mohamed Shah (ADUN Sg.Lembing) sahaja yang sudah beberapa penggal menjadi Wakil Rakyat. Sementara yang lainnya adalah muka baru yang dicalonkan dalam pilihanraya umum yang lalu. Apapun, kami amat bersimpati dengan Ketua Pemuda UMNO Maran yang telah dikenakan tindakan penggantungan selama tiga tahun oleh Lembaga Displin UMNO semalam. Ini memberi sedikit kelegaan kepada lawannya yang dikatakan telah menghabiskan wang sebanyak RM130,000 semata-mata untuk berkempen menentang Ketua Pemuda Maran itu sebenarnya].

PROGRAM CALL PUN DAPAT DUIT
Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia Yang Menggunakan Telefon Pospaid Atau Prepaid. Modal Hanya
RM50 Dan peluang Jana Income Maksima Sehari Hingga RM3,000 Baru Dilancarkan, Agen Diperlukan Di Seluruh Negara
Klik Sini Dan SMS 018-2206761


TAWARAN: PLAT CANTIK UNTUK DI JUAL
WEM77, BBG14, AGJ5, NCD4, AGE88, AGK88, WPC444, NBN44, BEU77, BT56, WR71, BBG60, BBP1234, JB111, ABU2121, BBE4444

Tel : 019 - 292 1111 (Cik Zura)

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, March 19, 2009 3:58:00 PM

Kenapa tak letak jawatan Ahli Parlimen dan Adun UMNO yang terlibat rasuah ni? Bila Elizabeth Wong cepat jer kau org melenting suruh letak jawatan.Padahal tu kat rumah dia.Dia punya sukalah nak setengah bogel ke bogel terus ke dia punya pasallah.Bila org UMNO terlibat rasuah tak payah pulak letak jawatan. Banyak cantik muka hang.Pi...daa

 
Top