pahangdaily pahangdaily Author
Title: Eksklusif: Susulan Lima Pemimpin UMNO Negeri Terlibat Politik Wang, Bahagian Paya Besar Gesa Agar Menteri Besar Pahang Meletakkan Jawatan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN [7.45 pm] - Susulan lima pemimpin UMNO Pahang dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO semalam, nampak kemelut parti itu kini ...

KUANTAN [7.45 pm] - Susulan lima pemimpin UMNO Pahang dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO semalam, nampak kemelut parti itu kini semakin bertambah parah pula. Ia berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang menggesa supaya Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) meletakkan jawatan bagi mengambil tanggungjawab tersebut. Ini kerana daripada lima yang terlibat empat daripadanya adalah merupakan Wakil Rakyat. Tambahan pula ia melibatkan bahagian yang sama iaitu Paya Besar yang diketuai olehnya. Ahmad Tajuddin yang juga merupakan bekas ADUN Lepar menyelar penglibatan pemimpin UMNO bahagian itu yang secara tidak langsung menjejaskan imej serta maruah parti berkenaan. Semalam Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail digantung selama setahun, Ketua Pemuda Maran Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keanggotaan selama tiga tahun manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (ADUN Sg.Lembing), Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Mohd Shohaimi Jusoh (ADUN Lepar) dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar (ADUN Panching) telah diberikan amaran semalam.

Menurut Ahmad Tajuddin, semua pemimpin terbabit sebenarnya mendapat "lesen" daripada Menteri Besar selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri untuk melakukan aktiviti rasuah tersebut. Tambahan pula dipercayai Datuk Manan adalah merupakan "proksi Adnan". Namun, beliau akhirnya ditewaskan oleh Ahmad Tajuddin yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila meletakkan jawatan beliau selaku Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Malah beliau selepas itu telah banyak membuka "fail-fail sulit" tentang penjualan tanah-tanah milik UMNO kepada bangsa lain seperti yang pernah disiarkan oleh media arus perdana sebelum ini. Beliau khabarnya tidak berpuas hati dengan MB kerana "memancung" karier politik beliau yang semakin memuncak. Tindakan Adnan yang memberikan kerusi DUN Lepar kepada calon lain amatlah tidak disenangi oleh Ahmad Tajuddin. Beliau akhirnya merangka strategi untuk memalukan Menteri Besar Pahang itu. Hasilnya, beliau menang dalam perebutan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian terbabit. Ini memalukan Adnan dan amat mengecewakan Manan yang merupakan Ahli Parlimen kawasan terbabit. Kini wakil rakyat itu tidak memiliki sebarang jawatan lagi dalam UMNO bahagian Paya Besar setelah ditumpaskan oleh Ahmad Tajuddin dalam pemilihan lalu.

[Apakah tindakan Ahmad Tajuddin ini menggambarkan sudah mula wujudnya perpecahan besar dalam UMNO Pahang agaknya. Kami masih menantikan jawapan jujur dari Menteri Besar Pahang tentang desakan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar ini. Kami melihat Ahmad Tajuddin kini seolah-olah sudah mendapat "lampu hijau" daripada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan Adnan Yaakob. Jika beliau tidak berhati-hati dan membiarkan senario ini terus berlaku maka kempimpinan Adnan bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Keretakan yang berlaku ini bakal membuka ruang untuk Pakatan Rakyat terus "mengganyang" UMNO Pahang sebenarnya. Bahkan kami juga sedang menyiasat beberapa perkara dan fail yang melibatkan Ahmad Tajuddin untuk didedahkan dalam masa terdekat ini].

Advertisement

Post a Comment

paloi bin mulau said... Wednesday, March 18, 2009 8:10:00 PM

patutnya sprm kena le siasat kes rasuah mcm ni. takkan le undang2 utk pemimpin amno lain dari rakyat biasa?

atau pun memang pemimpin amno duduk atas undang2? pada teman ini bukan masalah dalaman parti. tapi masalah negara.

cuba fikir kalau bakal pemimpin berani main rasuah utk dapatkan kuasa apa yg mereka tak berani buat kalau sudah kuasa di tangan?

jadi hentikan lah cakap2 ini semua hal dalaman parti. apakata kalau ada laki yg pukul bini atau rogol anak sendiri, lepas tu selamba je cakap kat polis... jangan masuk campur ini urusan rumahtangga saya. boleh ke gitu?

antizionis said... Wednesday, March 18, 2009 9:57:00 PM

mcm tu punya pemimpin pn, masih ada lagi org yg nk menyokong..sedar la wahai org2 islam..

Anonymous said... Wednesday, March 18, 2009 10:20:00 PM

macam mana dengan jawatan Ahli Parlimen Paya Besar itu.. jika sudah sabit kesalahan, wajarlah YB berkenaan meletakkan jawatan..

rafarmohd said... Thursday, March 19, 2009 8:30:00 AM

memang wajar diadakan desakan agar YAB Dato Nan letak jawatan. Apatah lagi adanya pendedahan menyatakan Dato Nan sendiri merupakan penggerak utama rasuah politik di negeri Pahang ini.

Keadaan seumpama ini amat memalukan rakyat negeri Pahang yang bermenterikan seorang perasuah.

Anonymous said... Thursday, March 19, 2009 9:44:00 AM

Jika di dalam parti sendiri pun bergelumang dengan rasuah, apabila memimpinl rakyat itulah amalannya juga.
Desak mereka meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN atau jawatan yang dipegang dalam masyarakat.
Rasanya orang UMNO ada berani mahu buat perubahan ke? Asobiyyah apabila bersekutu dengan kezaliman dan kekorupan. Janji Tuhan untuk orang yang berAsobiyyah, tidak cium bau syurga. Fikir - fikirkanlah.

Anonymous said... Thursday, March 19, 2009 12:04:00 PM

Bila dah kena mereka nak salahkan ejen la pulak... Mana datangnya wang tu klau bukan dia sendiri yg bagi? Takkanlah ejen-ejen itu tolong bayarkan? Mengaku tak bersalah konon.
nak tipu pun agak-agak lah. Ingat rakyat ni bodoh sangat ker?

Video
Pendedahan

doremon said... Thursday, March 19, 2009 6:47:00 PM

kawan tak setuju kalau Paya Besar suruh tok nan letak jawatan.

kawan akan setuju kalau tok manan, haji suhaimi, sohaimi dan razali ajak tok nan, mai kita sama2 letak jawatan.

ramai lagi nak jawatan2 tu.

Tukul said... Thursday, March 19, 2009 7:39:00 PM

mana dia juak2 dan pencacai2 BeEnd yang sering BEKELIAU di web PDO ini??? apa kata anda tentang isu rasuah ni..
..."jadi hentikan lah cakap2 ini semua hal dalaman parti. apakata kalau ada laki yg pukul bini atau rogol anak sendiri, lepas tu selamba je cakap kat polis... jangan masuk campur ini urusan rumahtangga saya. boleh ke gitu?"..

Anonymous said... Thursday, March 19, 2009 7:54:00 PM

ala dah pakatan sendiri tak nak buka pekung di dada...takut rakyat marah..cuba siasat... berlambak juga pemimpin pakatan yang rasuah.... tapi kerana lebai atas kepala..semua tu menutup kepincangan dalam pakatan...

Anonymous said... Friday, March 20, 2009 8:10:00 AM

insaf la. cuba tanya diri sendiri betui x aku jadi agent dan guna duit . x payah salahkan org lain. jerat x kan lupa pelandok. pelandok saja lupa. ingatlah ini ketentuan illahi

 
Top