Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Kenapa Si Adnan Mansor Kata UMNO Tidak Akan Terima Semula Zaid Andai Benar Dia Kuda Trojan Seperti Yang Di Labelkan Oleh Penyokong Azmin !

Nampaknya, gelaran "Kuda Trojan" dan "Agen UMNO" yang dilabelkan terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim selama ini bagai tidak kena pada tempatnya. Ia berikutan kenyataan tegas yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (foto), bahawa parti UMNO tidak akan menerima semula pemimpin itu. Adnan juga berkata bahawa untuk apa UMNO mahu terima semula Zaid yang kononnya sudah dibuang itu. Beliau berkata demikian ketika diajukan persoalan samada UMNO akan menerima kembali Zaid sekiranya beliau dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah, Adnan turut menegaskan bahawa partinya tidak akan menerima pemimpin bermasalah seperti Zaid. "Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen BN, orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya. Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus. Namun, Zaid yang dipecat dari UMNO pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan UMNO dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik keadilan yang baru.

[Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Para penyokong Azmin seringkali melabekan Datuk Zaid Ibrahim (foto), dihantar oleh UMNO untuk memecahbelahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia berikutan tindakan Zaid yang begitu lantang mengkritik kepimpinan parti itu. Malah, ia juga berkaitan dengan kenyataan panas Zaid supaya Anwar dan Azmin undur diri dari PKR jika mahu parti itu terus relevan pada masa yang akan datang. Apa yang pasti, Zaid memang dilihat begitu tegas dan berkarisma, namun beliau tidak sewajarnya begitu lantang menegur dan membuat kenyataan melulu tentang Anwar. Tambahan pula tindakan mengadakan sidang media di rumahnya juga dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar sebenarnya. Beliau harus lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan jika mahu terus dirinya dihormati. Malah, banyak juga kedengaran penyokong Zaid Ibrahim yang kecewa dengan tindakannya menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu baru-baru ini. Mereka terkejut kerana keputusan itu tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan penyokong kuatnya. Malah tindakan Zaid menarik diri menerusi kenyataan dilaman blognya itu dilihat satu keputusan yang tidak bijak dan akan membuatkan lebih ramai pihak melihat dirinya seorang insan yang kecewa. Soalnya, apakah Anwar boleh mengembalikan semula kepercayaan ahli parti itu?].

23 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Apa bezanya Azmin dengan Anwar? Yang baik dan betul semuanya datang daripada dia orang, yang dusta dan bohong semuanya harus datang daripada pihak lain. Menuduh dan menyalahkan pihak lain memang budaya mereka.

Anonymous said...

Tuduhan dan dakwaan Azmin bahawa Zaid ejen UMNO itu adalah semata-mata untuk meredakan kebimbangan melampau Azmin yang melihat Zaid sebagai saingan dan ancaman utama terhadap cita-cita dan impian politiknya. Tanpa menggunakan akal panjang, lantas apa yang terlintas dalam fikirannya ialah melabel Zaid sebagai ejen UMNO. Azmin kini masuk jerat ciptaannya sendiri.

kalau Azmin boleh sembrono menuduh Zaid sebagai ejen UMNO, maka sesiapapun boleh dan bebas pula menuduh dan melabel Azmin sebagai ejen makhluk perosak yang mesti dihalang. Baik juga seorang ULTRAMAN muncul di saat yang genting dan tepat. VIVA ZAID!

priyandeka said...

Sesiapa sahaja boleh memberi pendapat dan komen mereka, tetapi kebanyakannya berlandaskan emosi dan berpihak.Sememangnya sudah menjadi lumrah.Tak hairanlah semua itu, kerana sememangnya itulah kerja manusia.

Akan tetapi, jika apa yang dibangkitkan oleh Zaid itu ada benarnya, maka eloklah pihak yang satu lagi memuhasabah diri dan politik mereka agar terus menjadi segar dan terus diterima ramai.Jangan jadikan pengikut berada dalam kebingungan dan membuat tafsir yang berbagai.Tak eloklah begitu.

Akan tetapi, jika mereka sudah melaksanakan agenda politik secara telus, maka berkatalah secara benar.Keluarkan kenyataan secara terbuka agar pengikut yang banyak dapat mengetahuinya secara jelas. Sebabnya sekarang ini ramai yang tertunggu-tunggu siapa yang akan keluarkan kenyataan tersebut.

Kalau masing-masing keluarkan kenyataan membenarkan diri masing-masing, ianya tak akan berkesudahan dan tiada garis penamatnya.Maka eloklah rungkaikan segala kekusutan yang bercelaru di dalam pemikiran ramai pengikut.

Anonymous said...

Tuan blog,,,
Zaid nak cipta sejarah 8 bulan masuk PKR dah nak jawatan no.2, Cipta sejarah minta Anwar dan Azmin blah dari PKR. Ini mamat dlm umno pun tak boleh harap, dlm PKR tak boleh harap elok masuk Makkal Sakty saja,
Ber iya-iya tak nak bertanding tapi ....ckp tada serupa bikin. Boleh lah ramai yg suka sebab dia ni jenis beduit. Elok penyokong zaid pakat2 tubuh parti baru la.
Memang ada kelemahan sebab cara pemilihan PKR jenis baru...tentu sedikit sebanyak tak kena. kalau ada 100 orang setakat 10 kata tak betul tak la sampai nak stop pemilihan melainkan perlu baik tambah,
Pigirah bikin parti baru kalu kuat sangat,

oleh
DayakNgaju.

Anonymous said...

Bengap punya PDO.. boleh dia pakai kata2 adnan mansor tu.. mulut pemimpin umno sekor2 macam taik, langsung xblh pakai.. ni semua taktik nk membela zaid, untung2 CMK tu dpt apa yg dihajati..

Anonymous said...

Zaid x layak dalam Keadilan...!!

Anonymous said...

Wooii yg melompat 5 orang tu pun tak masuk Umno,3 orang di perak tu pun tak masuk Umno jadi mereka ok le tu kan?mereka pun umno tak mahu terima,tapi Umno kata kau orang si kata lompat ni jadi kawan umno je cukup lah tak usah join umno.Kau orang sangka Umno ni tak cerdik,Umno ni lebih cerdik sikit dari kau orang itu pasal 53 tahun Umno boleh tipu, kau orag tetap percaya,dan sekarang kau orang pun mula dah nak masuk celah kel*ng*ng Umno,.Zaid tak kan masuk umno itu memang dah pasti,aku pun boleh berlakun macam tu,dan umno acah tak mahu terima.Tengok Zaid berlakun dgn letak je jawatan menteri,terus dia jadi reformis,alahai kalau macam tu musa hitam dan sharil samad pun patut mengaku reformis.Aku rasa musa hitam dan sharil samad lagi layak,kerana lepas letak jawatan mereka tak kejar jawatan baru bertanding TP macam Zaid.

Kau orang ni fikiran tak jauh,selapis je atau pun terus nak menegakan benang basah siZaid tu(lulus spm ke pmr aku malas nak kata,sebab orang masuk U pun tak tahu semua,kau orang kata).padan le muka kau orag semua,ini semua gara-gara nak cepat dapat subsidi kot?.

Kalau ini taraf pemikiran kau orang jangan lah berangan nak jadi jaguh politik,cukup jadi ahli biasa je dah le .Lebih baik,usaha keras cari rezeki halal,boleh hidup senang juga.Dah ada duit banyak prkara boleh buat utk bejasa,pd ugama?,pd bangsa,pd keluarga apa saja boleh.Nak berjasa melalui politik ni jarang orang yg boleh,dapat kusa je nanti,mula mentekedarah duit haram,berderma pun dgn duit haram.

So tak usah le panjang-panjang kan cerita Zaid ni,walau apa pun dia dah kaya,kau orang macam mana?,

Anonymous said...

Aku suka PKR bercelaru. Lagi terus lagi baik, kalau boleh biar dia bercelaru dan ada krisis sampai PRU 13 menjelang tiba

Anonymous said...

semua ahli pkr asal dari umno, macamana perangai pkr, macam tu jugak perangai umno.

kata dulang paku serpih
kata pkr, umno lagi lebih.

Anonymous said...

Ambo Akan sokong Pas.. Jika pas tidak bersama pkr n dap!!!

Anonymous said...

Anon Sunday, November 14, 2010 2:59:00 AM.. Demo & keluargo demo xnok sokong pong xpo.. berjuta lg ore nok sokong PAS.. Takbirrrr!!!!
po demo tu anok rajo, ore nok laye.. kah..kah..kah..

Anonymous said...

Ambo pun sokong PAS kalau tak bersama DAP dan PKR. Lagi molek kalau PAS same UMNO hahahahahah

Bekas Mahaguru Pertama said...

Memang! Biar PKR bercelaru! Biar PKR berkelaru! Berbalahlah ooiii supaya musuh utama anda - UMNO - terus selesa menuju PRU ke 13!
Ingat! UMNO memiliki kehebatan dan kelicikan strategi...Anda PKR jangan terperangkap oleh tangan-tangan ghaib yang anda tidak melihatnya. PKR sangat merbahaya bagi UMNO selagi ia di tangan DSA...kerana DSA faktor terbinanya kesepakatan antara PAS dan DAP yang selama ini dianggap teramat mustahil.
Tidak anda melihatkah betapa liciknya usaha utk meminggirkan DSA dan kalau berjaya apakah tidak akan harus ada pula agenda tersembunyi seterusnya utk menghancurkan Pakatan Rakyat?
Ingat...UMNO memiliki kelicikan.UMNO sangat hebat dalam merancang agenda tersembunyi...
Siapakah nanti yang akan menangis dan siapakah pula yang bersorak riang kalau Pakatan Raakyat terkubur sebaik-baik sahaja tamat PRU 13?

Anonymous said...

apa boleh buat, ahli PKR semua ahli UMNO yang kecewa masuk dalam PKR... perangai pun dah keUMNOan la...apa kisah...

Anonymous said...

Hai PDO ni tak habis habis nak sokong zaid keparat nih...boleh lah joint dia nak bukan parti baru tu...CMK pun kalau dah teringin sgt tubuhlah PKR Baru bersama Zaid tu...

PDO ni dah dari awal sokong si Zaid ni...tak pe dia sokong Zaid...kan ini demokrasi namanya tp apasal org lain sokong Azmin dia marah sgt pulak...habis semua Azmin tak kena..bagi PDO kalau bab kejahatan ni... apa kejahatan yang Azmin tak buat...semua Azmin buat.

Zaid lah yang kudus dan mulus mcm malaikat...semua tak salah hatta dah lah menumpang dirumah orang, tuan rumah nak dihalaunya. Apa punya jenis manusia Zaid nih.

Zaid nih manusia ke atau ********

Anonymous said...

Rasanya Zaid tubuh parti baru,itu le yg aku harapkan,supaya dia belajar susah payah nak menghidupkan sebuah party.Lepas tu baru lah dia boleh nilai patut ke tak patut dia suruh Anwar keluar PKR.Tuhan Maha Adil,semuanya itu akan di alami Zaid tak lama lagi.

Aku harap juga CMK ,Zidi,Hj Nan DF,dan ketua-ketua cabang penyokong Zaid mengikut kapal baru tajaan Zaid.Kalau mereka ni ada dlam PKR aku percaya mereka akan sabotage PKR.PKR Pahang khususnya,boleh lah mula kembali hidup berpada-pada dgn pejabat lama msa Zakaria dulu.Kita kongsi sama-sama support,tak perlu sponser dari org macam SCW.Aku rasa selagi ada orang macam Hj.Suhimi,Hj. Abbas,YB Fauziah,Zakaria ,YB Azan dan beberapa orang lama,PKR Pahang tidak akan berkubur,jauh sekali di landa tsunami,seperti yg di katakan oleh CMK.Ingat PKR pernah tinggal satu kerusi,tapi kita bangkit kembali.Kita masih mempunyai Anawar si Rajawali seperti yg di nukilkan oleh arwah Dr. Usman Awang.HIDUP PKR.

Anonymous said...

aku tak kisah sangat kalau nak bertanding jawatan.itu bagus.soal sokong sape pun aku tak runsing,itu demokrasi tapi soal salahkan sesama sendiri ni membuatkan aku terfikir kenapa harus ikut rentak sumbang kalau dah tau sumbangnya.Paling sakitkan hati salahkan orang tu sebab sokong orang ni.Ramai mungkin tak tau betapa sukarnya PKR Pahang untuk menjadi sekuat sekarang.Aku ada sejak tahun 99,bermula dari kali pertama keADILan bertanding dalam PRU.2008 tahun gemilang PR di M'sia dan aku lihat pelbagai elemn pelik dalam parti.Aku harap semua bertenang dan hentikan pertengkaran ini.Taukah kalian Kuantan dan IM sekarang penyokong atas pagar kita hampir 70% dah mula hilang keyakinan? Apakah ini yang kita kata akan menawan Pahang? tepuk dada anya selera

Anonymous said...

Peringatan penting untuk semua.Kita berjaya di Parlimen Kuantan dan IM bukan kerana kita kuat,tapi kerana rakyat tiada pilihan lain.Mimpi indah itu sudah berlalu.Jika kita tak dapat pertahankan dua kerusi keramat itu,salahkan saja diri sendiri kerana kita yang jadikan ia 2 nisan untuk selamanya.

Anonymous said...

agaknya penyokong pkr ni semua makan taik...

Anonymous said...

anon 10;32;00

Yang lebih penting di fahami ialah kemenangan itu di capai sebelum pun Zaid jadi ahli PKR,so apa penting nya Zaid kalau begitu,sehingga kita sanggup menegakan beliau walau pun beliau terang-terang 'menghalau' Anwar yg telah memimpin PKR dalam p.raya 2008.

Anonymous said...

Walau apa pun gerak kerja kamu wahai abu jahal bin abu lahab dan juga cucu cicitnya tv3 tv1 rtm berita harian utusan masial dan ciat ciatnya kami PAKATAN RAKYAT tidak akan sesekali mengundi kamu BN...

Jika di letakkn bulan di tangan kanan kami dan matahari di tangan kiri kami untuk menyuruh kami meninggalkan perjuangan melenyapkan BN dari tanah air ini...kami tidak mau itu wahai lahab dan jahal....

Berceritalah kamu agen agen jahal dan lahab ttg apa pun PKR tumbang ke PAS merudum ke....Kami kami kami semua akan kuburkan kamu wahai barisan nasional

Bersiap sedialah kamu dari sekarang wahai tentera gajah BN untuk menghadapi askar burung kami...Sesungguhnya kami tidak akan lari dari medan peperangan ini walau bersepai di medan perang

Anonymous said...

Agaknya Anon Monday, November 15, 2010 12:49:00 PM ini hari hari makan babi patutlah tulisan dia bak babi...

Selamat petang anon BABI tunggal

Anonymous said...

anon 3:32,
Makan babi masih jauh leih baik dan terhormat berbanding menjadi pencacai tegar PKR, minum air kencing, makan najis dan menjadi penjilat setia lendir pekat kahak pemimpin PKR.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]