script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

85,650 Pengguna Terjejas, Gangguan Bekalan Air Di Kuantan Bermula Selasa Susulan Kerja Kecemasan Baiki Kebocoran Saluran Paip

KUANTAN: Seramai 85,650 pengguna di sekitar daerah ini dijangka mengalami gangguan bekalan air selama 24 hingga 48 jam bermula Selasa susulan kerja kecemasan pembaikan kebocoran saluran paip di Rumah Pam Kobat Fasa 1.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu notis memaklumkan, gangguan bekalan air itu dijadualkan bermula pada jam 10 malam, 17 November hingga jam 10 malam, pada Rabu.

Menurut notis berkenaan, kerja kecemasan itu membabitkan pembaikan kebocoran saluran paip berukuran 600 milimeter ke paip utama 1,200 milimeter Pam No.5 serta kerja-kerja berkaitan di Rumah Pam Kobat Fasa 1.

"Antara kawasan yang terlibat ialah Beserah hingga sempadan Chendor termasuk Batu Hitam, Balok, Sungai Ular, Cherating, Gebeng, kawasan perindustrian Gebeng, Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan Pelabuhan Kuantan.

"Gangguan turut melibatkan kawasan Semambu, Jalan Beserah, Alor Akar, Teluk Sisek, Teluk Chempedak, Tanjung Api, Taman Gelora, Bukit Sekilau, Bukit Ubi, Galing, Setali, Air Putih, Bukit Setongkol dan Cenderawasih, " katanya.

Selain itu, kawasan Indera Mahkota, KotaSAS, Kampung Tiram, Taman Shahzan, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Terminal Sentral Kuantan, Kampung Padang, Bukit Kuin, Batu Sawar dan Bukit Bangkong turut terjejas.

Notis itu memaklumkan kawasan lain yang disenaraikan ialah Bukit Goh, Bukit Kuantan, sebahagian Tanjung Pasir, Tanjung Lumpur, Peramu, Telok Baru, Bandar Putra, Anak Air, Kempadang dan Alor Kangkung.

PAIP memaklumkan pengguna di kawasan terlibat akan mengalami putus bekalan air sepanjang tempoh kerja berkenaan.

"Tempoh pemulihan bekalan air pula dianggarkan mengambil masa antara 24 hingga 48 jam, " jelas notis itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya bagi menghadapi gangguan berkenaan. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Adakan Pertemuan Dua Hala Bersama Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Pe...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.