script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Zahir Rasa Syukur Dan Bangga Atas Kejayaan Kerajaan Negeri Catat Kutipan Hasil Sebanyak RM1 Bilion Seawal September

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang menzahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan kerajaan negeri mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1 bilion seawal 17 September lalu sekali gus mencapai pencapaian berkenaan untuk tahun kelima berturut-turut.

Titahnya, kejayaan itu mencerminkan keupayaan pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam memperkukuh kedudukan kewangan menerusi pengurusan yang lebih cekap, pematuhan berkesan serta usaha membendung ketirisan hasil.

Menurut Kesultanan Pahang, baginda dilapor bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang Kali Ke-121 di sebuah hotel di sini.

Katanya, Al-Sultan Abdullah turut menghargai peranan syarikat berkaitan kerajaan negeri yang terus memberikan pulangan positif kepada Pahang.

Bagaimanapun baginda mengingatkan kejayaan sesebuah kerajaan tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan jumlah hasil yang dikumpulkan tetapi turut bergantung pada sejauh mana pencapaian kewangan itu mampu membawa perubahan positif kepada kehidupan rakyat.

“Oleh itu, saya berharap kekukuhan kewangan negeri diterjemahkan kepada pembangunan yang lebih menyeluruh, peluang pekerjaan yang lebih luas, peningkatan pendapatan rakyat, kemudahan infrastruktur yang berkualiti serta kesejahteraan yang dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat,” titahnya.

Baginda berharap pencapaian kewangan tersebut terus menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri yang seimbang, di samping memastikan manfaat kemakmuran dapat dinikmati rakyat di seluruh Pahang. #MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.