script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sultan Pahang Terima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, Tengku Hassanal Dimasyhur Sebagai Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, pengiktirafan tertinggi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), sebagai menghargai kepimpinan serta sumbangan baginda dalam membangunkan universiti berkenaan sejak menjadi Canselor pertamanya pada 2004.

Penganugerahan itu dibuat sempena Majlis Konvokesyen UniKL Ke-23 (Sesi Pertama), yang turut menyaksikan kesinambungan legasi kepimpinan universiti berkenaan apabila Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dimasyhurkan sebagai Canselor UniKL.

Al-Sultan Abdullah menerajui UniKL sebagai Canselor pertama hingga 2025, ketika universiti itu berkembang menjadi institusi pendidikan teknikal berorientasikan industri.

Baginda menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi kolektif warga universiti sepanjang lebih dua dekad lalu.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut mencatat sejarah apabila Tengku Hassanal dimasyhurkan sebagai Canselor UniKL, menggantikan ayahanda baginda yang menerajui universiti itu dari 2004 hingga 2025.

Dalam titah penerimaannya, Tengku Mahkota Pahang menyifatkan pelantikan tersebut bukan sekadar satu penghormatan, sebaliknya amanah besar untuk memperkukuh asas yang dibina oleh ayahanda baginda.

"Beta menerima jawatan ini bukan semata-mata sebagai satu penghormatan, tetapi sebagai satu tanggungjawab besar terhadap masa depan generasi muda negara," titah baginda.

Baginda menggariskan lima keutamaan UniKL, iaitu memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), memperluas kerjasama industri, memupuk keusahawanan teknologi, membangunkan graduan yang berpegang pada nilai serta sahsiah kukuh, dan memacu agenda kelestarian.

Tengku Hassanal memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Hubungan Antarabangsa dari Geneva School of Diplomacy and International Relations pada 2018.

Baginda kemudian menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom pada 2019 dan menamatkan Program Pendidikan Eksekutif Futures for Public Policy di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore pada 2022.

Baginda kini merupakan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Inisiatif Pahang Net Zero 2030 serta Canselor Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS).

Baginda juga merupakan Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). #AstroAwani

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Terima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, Tengku Hassanal Dimasyhur Sebagai Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.