script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Amaran: Kami Hanya Menegur Tajuk Utama Harakah, Bukannya Kenyataan Presiden PAS !!

Kami ingin merujuk artikel "Analisis: Akhbar Harakah Perlu Berhati-Hati Dengan Artikel Amaran Yang Disiarkan". Tulisan tersebut telah menimbulkan kemarahan dikalangan para pembaca terhadap Pahang Daily, tambahan pula bagi para penyokong PAS. Bagi mereka apa yang disiarkan itu adalah bertujuan untuk "mengadu domba" dan melemahkan keperibadian Presiden PAS TG Hj.Hadi Awang. Kami menerima banyak email yang mengecam tindakan penyiaran artikel berkenaan. Namun, disini kami ingin memohon maaf sekiranya artikel berkenaan mengguris perasaan para penyokong PAS.

Bukanlah niat Pahang Daily, untuk mengeruhkan keadaan. Kami tahu prinsip dan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Justeru itulah kami hanya mahukan akhbar Harakah supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan artikel yang memaparkan tajuk "AMARAN" dimuka hadapan keluaran terbarunya. Bagi kami "Amaran" bermaksud "Ancaman" atau "Ugutan". Ini bermakna PAS mengancam akan keluar dari Pakatan Rakyat jika syarat yang ditetapkan tidak ditunaikan. Ianya membawa maksud bahawa PAS gusar dengan penubuhan kerajaan baru yang diwar-warkan oleh Anwar selama ini. Ancaman juga "berbunyi" kiranya syarat tersebut tidak dipenuhi maka PAS tidak menolak kemungkinan untuk berkompromi dengan UMNO dalam membina kekuatan Islam dan Melayu di negara ini.

Justeru itu, kami ingin nyatakan dengan jelas disini mengapakah persoalan ini ditimbulkan disaat-saat "genting" begini?. Apakah dalam pertemuan Anwar-Nik Aziz-Hj.Hadi di Kota Bharu baru-baru ini perkara ini tidak dibincangkan?. Walhal Anwar ada menyatakan yang PAS tidak akan dipinggirkan dalam usaha pembentukan kerajaan persekutuan yang baru. Ini bermaksud, Anwar tetap bersedia untuk menerima PAS seadanya. Namun tidak dinyatakan pula apakah kiranya kerajaan baru ditubuhkan, maka undang-undang Islam iaitu "Hudud" akan terus dilaksanakan serta merta. Inilah yang menjadi pra-syarat kepada PAS agaknya. Jika perkara ini menjadi satu pertikaian maka, kita meramalkan bahawa perjuangan ke arah perubahan sukar untuk dilaksanakan. Bak kata orang, belum apa-apa lagi sudah meletakkan berbagai syarat. Apakah ulamak dalam PAS tidak boleh bersabar dan berbincang secara "profesional" dalam menrungkaikan permasalahan ini. Walhal kita sering mendengar pimpinan Pakatan Rakyat telah beberapa kali mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Anwar.

Apakah yang berlaku kepada PAS sebenarnya? Benarkah kini terwujudnya "dua team" dalam menentukan hala tuju perjuangan parti Islam itu. Satu team TG Nik Aziz dan satu team lagi TG Hj.Hadi. Sebelum ini pun kita ada mendengar berita tentang kenyataan pemimpin kanan PAS Trengganu Mustafa Ali berhubung dengan hasrat Pakatan Rakyat itu. Beliau seolah-olah tidak yakin dan percaya ianya bakal terlaksana. Ini menyebabkan TG Nik Aziz terpaksa memanggil beliau untuk bersemuka di pejabatnya baru-baru ini. Akhirnya kekalutan itu dapat diselesaikan. Persoalannya, siapakah yang memberi kebenaran dan arahan kepada Mustafa Ali untuk mengeluarkan kenyataan tersebut?. Usahlah dikeruhkan lagi suasana yang semakin harmoni sekarang ini. Semasa sambutan Hari Malaysia 15 September di Stadium MBPJ, Kelana Jaya dulu pun kelibat TG Hj.Hadi tidak kelihatan. Apakah masih ada suara-suara yang tidak bersetuju dengan hasrat Anwar ini. Lantaran bersikap untuk berpaling tadah. Meluahkan kenyataan media serta meletakkan "syarat-syarat tertentu" dalam hal ini, membuktikan bagai ada sesuatu yang tidak kena kepada persefahaman ini.

Persoalannya sekarang, mengapakah kenyataan ber"Amaran" itu boleh menjadi tajuk utama akhbar lidah rasmi parti itu. Bukankah ia sebenarnya bakal mengundang padah akhirnya. Maka itu, biarpun benar kenyataan Hj.Hadi itu, kita harapkan agar Harakah dapat mengeluarkan artikel yang lebih berhemah. Tolong jaga hati dan perasaan kaum lain dalam menyiarkan sesuatu laporan berita yang boleh menimbulkan kontroversi. Kami sekali lagi memohon maaf atas komen ini. Sila klik disini untuk melihat komen-komen dan pandangan para pembaca tentang artikel yang disiarkan oleh Pahang Daily ini, dalam ruangan forum Tranungkite.

[Perundingan yang terbaik adalah secara muzakarah dan tidak dihebahkan kepada umum. Janganlah kita sendiri menjadi seperti parti karat UMNO, yang asyik bertelagah sana-sini. Akhirnya komponen BN didalamnya semakin hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan pakatan itu sendiri. Kami hanya mempertikaikan kenyataan yang disiarkan dimuka hadapan Hakarah dan bukannya apa yang diperkatakan oleh TG Hj.Hadi itu. Cuma perkara seperti ini eloklah tidak dihebohkan dan diselesaikan secara tertutup antara sesama pemimpin itu sendiri]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.