Warga Pahang Daily mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog "panas dan sensasi" ini. Terima kasih kerana terus memberi sokongan dan perhatian kepada blog ini. Kami senantiasa berharap agar semua pembaca berpuas hati dengan segala bahan yang disiarkan dilaman blog ini. Biarpun ada beberapa artikel yang agak panas dan bisa menyentuh hati dan perasaan para pembaca semua. Namun kami mempunyai prinsip dan asas perjuangan yang cukup untuk bersama-sama kepimpinan Pakatan Rakyat dalam merealisasikan "Misi Tawan Pahang" dalam pilihanraya umum akan datang. Kami juga berharap agar pembaca terus berkunjung ke blog ini untuk mendapatkan bahan-bahan serta artikel terkini tentang isu-isu semasa negara dan politik di Pahang khasnya. Marilah kita bersama satu arah dan satu tujuan untuk merubah segala kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Impian untuk kita melihat perubahan semakin dekat dan bakal terlaksana bila-bila masa dari sekarang.Disamping itu juga, kami mengalu-alukan segala sumbangan, pandangan, komen serta pendapat bernas untuk disiarkan dilaman blog ini. Kami berhasrat menjadikan Pahang Daily sebagai satu wadah perjuangan leluhur dalam menyemarakkan lagi semangat perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara tercinta ini. Dalam melaporkan berita, terkadang ada juga perkataan dan ayat yang kurang "enak" untuk didengar oleh "halwa telinga". Justeru itu, kami menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kesilapan ini. Teruskan bersama kami untuk mendapatkan berita terkini lagi sensasi. Pahang Daily "pemangkin perjuangan rakyat Pahang" bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk kewangan bagi menampung kos-kos berkaitan. Segala sumbangan anda amatlah dihargai untuk memantapkan lagi perjuangan ini. Salam perjuangan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Admin
[Ketua Editor Pahang Daily akan beraya di Felda Jengka 7, Bandar Jengka Maran Pahang dan juga Pontian Johor. Kepada para sahabat yang mengenali kami bolehlah menghubungi talian "berkenaan" untuk beramah mesra di hari raya.]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan