script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Admin: Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Wartawan Sinar Harian Pahang !

[Dikemaskini 3.39 pm] Pahang Daily ingin memohon maaf atas penghantaran SMS "Info Terkini" kepada Skuad Wartawan Sinar Harian Pahang. Ini berikutan kami mendapat aduan daripada Skuad Raub yang mempertikaikan penghantaran SMS tersebut. Untuk makluman, semua nombor telefon tersebut telah diinstall ke dalam "server system" kami menerusi nombor yang tertera pada akhbar terbabit. SMS yang dihantar tidak dikenakan sebarang caj, dan pihak kami yang dikenakan caj RM0.25 untuk setiap SMS. Namun, atas komen serta pandangan daripada Skuad Raub yang antara lain menganggap ianya menganggu "privacy" mereka sebagai wartawan maka kami akan menghentikan penyebaran SMS tersebut mulai hari ini. Lantaran itulah kami amat berterima kasih kepada wartawan terbabit atas keperihatinan itu. Cuma atas dasar profesionalisme sebagai wartawan, disini kami ingin nyatakan bahawa :-
  1. SMS dihantar menerusi server yang dilanggan
  2. Tiada caj dikenakan kepada penererima SMS terbabit
  3. Kami sarankan supaya Sinar Harian tidak menyiarkan Nama, lokasi dan No HP setiap wartawan daerah bagi tidak mengganggu privacy serta keselamatan
  4. Sebagai wartawan, mereka seharusnya lebih suka mendapat info semasa politik negeri dan negara amnya.
  5. Sinar Harian dilihat lebih bersikap "Neutral" dari lain-lain akhbar arus perdana
Justeru itu seluruh warga Pahang Daily memohon maaf kepada Sinar Harian Pahang atas perkara ini. Semoga Sinar Harian akan terus maju dan berkembang dalam memberi maklumat serta informasi yang berguna kepada rakyat Pahang. Sekian Harap Maklum. Admin

[Pahang Daily amat berterima kasih kepada semua pengunjung yang terus memberi sokongan atas kewujudan blog ini, sama seperti Sinar Harian. Bezanya, kami tidak dibayar sebarang gaji walau satu sen pun untuk bertugas dan blog ini sendiri tidak mendapat sebarang sumbangan atau sumber kewangan dari mana-mana pihak. Maka kami merasa agak terkilan dan dukacita jika ianya dijadikan sebagai satu isu dalam hal-hal yang berkaitan kebebasan media]
Share:

1 ulasan:

  1. Terima kasih kerana memahami.
    Terima kasih juga kerana HIGHLIGHT dalam laman blog.
    Tapi kalau boleh, ikutlah prosedur penghantaran bahan.
    Sekiranya kami melanggan, tak apa la.
    sudah tertakluk dalam T&C.
    Tapi tak pernah tahu apa2,tiba2 seringkali menerima SMS yang dikira memang MENGGANGGU.
    Sekali lagi, terima kasih.

    SKUAD RAUB

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.