Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan ke Taiwan, jika perlu, untuk berjumpa dengan 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melakukan lawatan sambil belajar ke negara itu. Kata Anwar beliau tidak putus hubungan dengan anggota Parlimen berkenaan dan sanggup ke pergi ke negara itu jika mereka ingin berjumpa dan berbincang dengannya. "16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu prosiding di Mahkamah Seksyen di sini hari ini berhubung tuduhan liwat. Kumpulan berkenaan, yang diketuai Timbalan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional Datuk Bung Mokhtar Radin, dijadual pulang ke tanah air pada 17 Sept.
Mengulas keputusan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menganggotai parti itu, Anwar berkata: "Hendak tolong kapal karam secepat mungkin?". Mengenai kenyataan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap mereka yang mengapi-apikan isu perkauman, Anwar berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius. "Saya menyambut baik kenyataan tersebut dan merayu semua kaum dapat mengawal perasaan masing-masing dan tidak dipergunakan oleh sesiapa untuk mencapai agenda politik mereka," katanya.
Nampaknya Anwar begitu yakin bahawa 16 September bakal terjadi. Jika ini yang beliau nyatakan maka harapan untuk kita melihat perubahan pasti akan terlaksana jua akhirnya. Patutlah kerajaan beriya-iya benar untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi biarpun ianya langsung tidak masuk akal. Kes liwat Saiful umpama sampah yang perlu dibuang begitu sahaja sebenarnya. Langsung tiada nilai serta bukti yang kukuh untuk dibicarakan. Hingga ke saat ini, tiada satu pun laporan perubatan HKL tentang beliau diliwat dikeluarkan. Walhal laporan perubatan Pusrawi yang sedia ada dinafikan. Laporan apakah agaknya yang dimahukan oleh pihak polis lagi, bagi melengkapkan penyiasatan ini.
[Maka jika penyiasatan tidak lengkap, bukankah ianya hanya membuangkan masa untuk dibicarakan. Tampak ada kepincangan besar dalam kes ini sebenarnya. Sama-samalah kita nantikan perkembangan seterusnya kes ini].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan